Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" I tak sanggup! You dah gila ke Saiful? Dia tu kawan baik I. Dan dia terlalu baik pada I. I tak sanggup nak lukakan hati dia." Keputusan yang dibuat oleh Saiful membuatkan dada Maisarah sesak. Dia tidak mungkin mengkhianati rakan karibnya. " Tapi I cintakan You. And I’m very sure yang you pun cintakan I." Saiful masih lagi bertegas dengan keputusannya. Memang sikap Saiful begitu. Suka membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu. " Ya. I akui. Memang I cintakan you. Tapi you kena ingat. Cinta tak semestinya bersatu. Dan cinta perlukan pengorbanan. Mungkin dengan cara lepaskan you merupakan pengorbanan I terhadap cinta kita. Dan yang paling penting I berkorban untuk Zarina. I tak sanggup kalau Zarina tuduh I rampas you dari dia. Dia terlalu cinta dan sayangkan you. You anggap je lah percintaan kita ni satu kesilapan." Maisarah terpaksa akur dengan keadaan. Walaupun cintanya terhadap Saiful begitu dalam namun Zarina terlebih dahulu memiliki Saiful. " I tak sanggup kehilangan you. You sendiri tahukan. Dah lebih tujuh tahun kami kahwin tapi sorang anak pun dia tak boleh bagi pada I. I perlukan zuriat untuk sambung keturunan I. Lagi pun seorang lelaki boleh mempunyai isteri hingga empat orang". " So. You nak kahwin dengan I semata-mata kerana nak dapatkan zuriatlah ya? Bukan sebab you ikhlas cintakan I? Ada macam-macam cara lagi untuk dapatkan zuriat. Kenapa cara ini yang you pilih?" " No. bukan macam tu maksud I. I cintakan you. I nak you jadi milik I. lagipun mak I pun lebih sukakan you dari Zarina. I sendiri tak tahu kenapa I macam dah tak ada perasaan cinta pada Zarina. macam tu jugalah cinta I pada you. I tak tahu kenapa perlu wujud perasaan cinta antara kita. Entahlah Sara. I buntu. You fikirlah dulu masak-masak dan I harap you tak hampakan I dan mak I." Saiful sendiri buntu. Zarina isterinya. Walaupun perasaan cinta terhadap Zarina kian pudar namun perasaan kasih itu tetap ada. Mungkin juga kerana asakan emaknya untuk mempunyai cucu membuatkan Saiful mengambil keputusan untuk memperisterikan Maisara. ********** " Ina. Abang nak bincang sikit dengan Ina. Ina sibuk ke?" " Tak adalah. Abang nak cakap apa? Pasal mak lagi ya? Kalau abang dah buat keputusan Ina ikut je. Abang ada hak. Lagipun Ina tak mampu nak bagi abang zuriat." Ah! Begitu kuat naluri seorang wanita. Sikap Zarina yang tak mudah melenting membuatkan Saiful merasa serba salah. Namun dia tahu jauh di sudut hati wanita ini dia terluka. " Ina… Janganlah fikir bukan-bukan ya. Abang buat semua ni untuk mak. Abang tak sanggup nak dengar mak herdik Ina. Abang minta maaf bagi pihak mak ya." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Saiful. Dia sudah kehabisan kata-kata. Ya Tuhan! Berdosanya aku pada Zarina. saiful hanya mampu berkata dalam hati. " Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan bang. Memang betul pun apa yang mak abang cakapkan. Bila abang nak nikah? Mana borangnya? Bagi la Ina sain" begitulah sifat Zarina. sungguh tabah dan sabar. Menyedari kekurangan dirinya dia sanggup bermadu daripada terpaksa terus kehilangan insan yang amat dicintai. Walaupun dia masih belum tahu siapa yang bakal menjadi madunya. Ah! Apa dia peduli. Asalkan suaminya bahagia. Semoga Tuhan menabahkan hatinya kelak. " Ina tak marah abang? Abang rasa bersalah pulak. Sebenanya abang nak bagi tahu yang bakal jadi isteri abang tu orang yang Ina kenal." Patutkah Zarina tahu. Kenapa rasa berslah harus bersarang dalam diri Saiful? Bukan itukah yang dimahukannya. " Siapa bang?" Walaupun Zarina sudah terasa akan lukanya namun dia tetap bertanya dengan nada yang lembut dan redha dengan apa sahaja keputusan suaminya itu. " Ar.. Sara. Siti Maisarah Hamzah." Dalamn rasa gugup hanya sepotong nama yang mampu keluar dari mulu Saiful. Dia tahu isterinya pasti terluka. Melihat genangan air mata di bibir mata Zarina membuatkan hati Saiful juga menangis. Saiful begitu lemah dengan air mata wanita. Apatah lagi air mata Zarina. setits air mata Zarina yang gugur seperti melumatkan hatinya.
Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Apa yang dia tahu dia harus menunaikan hasrat emaknya. Dan juga kehendaknya juga. Zarina berlalu tanpa sepatah kata. Sudah pasti Zarina masih tidak mampu untuk menerima kenyataan yang baru sahaja yang keluar dari mulut suaminya. Dia sendiri tidak menyangka akan bermadu dengan rakan karibnya. Dia mungkin pernah bermimpi untuk tinggal sebumbung dengan rakan karibnya tapi tidaklah sehingga berkongsi suami. Luluh hatinya. Tidak mungkin Zaina mampu mengubah kenyataan yang telah tersurat untuknya. ******* Esok merupakan hari pernikahan Saiful dan Maisarah. Mereka sedang sibuk menyediakan persiapan terakhir. Atas permintaan Zarina acara akad nikah akan diadakan di rumahnya dan Saiful. Tempat yang sama dimana dia dan Saiful diijab kabulkan tujuh tahun lalu. Maisarah terpaksa akur dengan kehendak Zarina. " Eh. Mana Ina?" dalam kesibukan itu Maisarah merasakan kehilangan Zarina. " Kat atas kot. Kejap I pergi tengok." Saiful cemas mencari Zarina. tapi kenapa dia harus cemas sedangkan dia tidak harus merasakan itu kerana dia sendiri pernah berharap agar Zarina pergi dari hidupnya. Tapi dia sendiri tidak sanggup untuk kehilangan Zarina. Selepas usaha mencari gagal yang hanya ditemui adalah sepucuk surat dari Zarina. Assalamualaikum abang, Maafkan Ina sebab Ina keluar rumah tanpa kebenaran abang. Ina perlukan sedikit ruang untuk terima semua ini. Ina ingat Ina kuat dengan dugaan yang Dia bagi pada Ina. Ternyata Ina salah. Ina belum cukup kuat untuk semua ni. Abang janganlah risau ya. Ina tak pergi jauh. Ina akan balik dalam masa seminggu. Ina harap abang faham dan izinkan Ina pergi buat sementara waktu. Semoga berbahagia..
Salam sayang, Ina
Saiful terduduk dibirai katil. Tanpa disedari air matanya gugur. Gugr kerana mengenangkan nasib Ina. Tiada apa yang harus dikesali. Ini jalan yang dipilihnya. Mungkin betul kata Zarina, dia perlukan sedikit masa untuk terima kenyataan yang begitu berat ini. Walaupun tanpa Zarina perjalanan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kini Maisarah telah menjadi isteri Saiful yang sah. Sejak diijab kabulkan Saiful merasa hanya Maisarah sahaja isterinya. Dia lupa akan kesedihan yang ditanggung oleh Zarina. Saiful tidak peduli lagi akan perasaan isteri pertamanya.
Saiful kini telah berubah menjadi Saiful yang lain. Kini dia semakin dingin terhadap Zarina. Pantang silap sedikit pasti tubuh Zarina menjadi mangsa untuk Saiful melepaskan marah. Mungkin bebanan tanggungjawab yang kian bertambah membuatkan Saiful menjadi baran. Tetapi hanya Zarina tempat dia melepaskan marah tidak pada Maisarah. Baginya Maisarah adalah sesuatu yang berharga padanya.
Zarina tetap seperti dahulu. Hanya akur terhadap apa jua yang dilakukan terhadapnya. Dia tidak mahu digelar isteri derhaka. Dia seperti orang dungu. Dia akur. Asalkan Saiful tetap suaminya. ****** " Heh! Kau ni ada otak ke tak?! Dah lama jadi bini aku takkan kau tak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka! Dah nyanyuk agaknya. Kau tahu kan aku tak suka orang usik kerja aku!" Sifat baran Saiful semakin menjadi. " Maafkan Ina bang. Ina janji Ina tak buat lagi." Dalam esakan Zarina terpaksa meminta maaf walaupun ternyata bukan kesalahannya. Masakan dia tahu mana pergi semua dokumen kerja Saiful. " Itu je lah yang kau tahu! Menangis tak habis-habis! Aku benci tengok air mata kau tu! Sudahlah! Tepi!" dengan kasar Saiful menolak Zarina. Zarina yang tidak sempat mengimbangi badanya terus jatuh menuruni anak tangga. Saiful kaget! Dia tidak seperti tidak mempercayai apa yang telah dilakukannya. " Ina. Bangun… Bangun sayang.. Maafkan abang.. Abang tak sengaja." Hanya tangis sesalan yang mampu dilakukan oleh Saiful. ******* " Doktor. Macam mana dengan isteri saya?" Saiful cemas. Apa yang berlaku dirasakan seperti mimpi. " Encik ni suami Pn. Zarina ya?" " Ada apa sebenarnya doctor? Isteri saya tak ada apa-apa kan?" Ya Tuhan! Kau selamatkanlah isteriku. Aku berjanji tidak akan mensia-siakan kurniaan-Mu itu. " Saya minta maaf. Pihak kami sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan isteri encik dan kandungannya. Tetapi Tuhan lebih sayangkan dia. Pendarahan pada otaknya terlalu serius dan jika dia selamat sekalipun dia mungkin akan hilang ingatan." " Apa? Kandungan?" " Ya. Takkan encik tak tahu. Arwah isteri encik hamil 10 minggu." " Ya Allah!" hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Selama ini dia telah mensia-siakan pemberian Tuhan padanya. ********** Saiful masih termenung di birai katil. Air matanya tidak mampu berhenti menitis. Dia masih terkenang kenangan bersama Zarina. Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa Saiful. Betapa dia merasa begitu berdosa kerana mengkhianati cinta yang tulus dan suci dari Zarina. Namun segalanya sudah terlambat untuk disesali. Zarina telah pulang kepangkuan-Nya.
Sedang Saiful mengemas barang milik Zarina, dia terjumpa sebuah diari. Dan Saiful yakin bahawa diari itu milik Zarina. Milik seorang isteri yang mencintainya dengan tulus dan suci. Cuma dia sahaja yang buta untuk menilai keikhlasan yang dicurahkan Zarina setelah diduga dengan masalah zuriat.
Dengan perasaan yang bercelaru Saiful membuka lembaran demi lembaran diari tersebut. Namun dia hanya tertarik dengan sekeping gambar. Ya. Gambar milik mereka 12 tahun lepas. Ketika mereka masih hangat dilamun cinta. Ditatapnya gambar dengan mata yang berkaca. Mereka begitu bahagia. Walau ketika itu dia mengharapkan cinta dari Maisarah.
Fikiran Saiful terus-terusan dihantui kenangan silam. Andai dia mampu mengubah segalanya dia akan mencintai Zarina setulusnya. Dia tidak mungkin sesekali melukai hati wanita itu. Betullah kata orang manusia hanya menghargai setelah merasa sakitnya kehilangan dan kini barulah Saiful mengakui kenyataan tersebut.
Diari Zarina masih lagi tersemat dalam dakapan Saiful. Perasaan rindu kian menggebu. Jika Zarina masih bernafas pasti ketika ini dia tidak kesunyian. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsinya bersama Saiful. Walau sesebuk mana pun Zarina namun dia tidak pernah gagal menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kebajikan Saiful tidak pernah terabai.
Tanpa disedari air mata Saiful semakin laju menitis. Gambarnya bersama Zarina masih ditatap. Hanya fikirannya sahaja yang menerawang entah kemana. Melihat diari yang telah terbuka Saiful tertarik untuk membacanya. Dibuka halaman pertama. Tertera tarikh dua bulan lepas.
7 Ogos 2007 Adakah aku yang salah kiranya aku tidak mampu memberi zuriat padamu hingga aku harus berkongsi kasih dengan wanita lain. Tahukah kau bahawa aku terlalu inginkan zuriat dalam rumah tangga kita. Sepahit-pahit dugaan adalah apabila insan yang aku cintai ingin mengahwini wanita lain kerana kekurangan aku sendiri. Yang lebih membuat aku terluka wanita itu adalah rakan baik aku sendiri. Maisarah, kenapa kau sanggup seksa diri aku? Ya tuhan. Tidak cukupkah dugaan yang kau berikan terhadap hambaMu ini. Berilah aku kekuatan agar aku mampu menghadapi segalanya. Abang…kenapa Maisarah yang abang pilih? Sudah kurangkah wanita dalam dunia ini?
Ya Allah. Berdosanya aku. Aku tidak mampu manjaga amanah yang Kau beri padaku. Saiful merasa begitu terkilan. Mengapa Zarina bersetuju ketika aku meminta izinnya untuk berkahwin dengan Maisarah walaupun dia tidak merelakannya. Besarnya pengorbananmu Zarina. Air mata Saiful berjujuran jatuh kerana begitu terharu akan pengorbanan Zarina terhadapnya.
20 Ogos2007 Berita kemunculan orang baru antara kalian membuat aku berasa semakin terguris. Saiful sudah jarang sekali bertanya khabarku. Apatah lagi pulang kerumah. Masanya lebih banyak diluangkan bersama Maisarah. Aku akui aku tidak mampu memberi Saiful zuriat. Tetapi adilkah aku di hukum begini? Adakah aku sudah kehilangan hak sebagai seorang isteri? Mana hilangnya janjimu untuk berlaku adil? Abang…sayang terlalu rindukan abang.. tapi mungkinkah Saiful akan rindukan aku? Atau dia sudah lupa. Sabarlah Ina. Mungkin Saiful sibuk bekerja.
27 Ogos 2007 Hari ini genaplah 12 tahun aku mendirikan rumah tangga bersama Saiful. Aku telah sediakan makan malam yang istimewa untuknya dan ingin kongsi berita gembira ini bersamaya bahawa aku sudah hamil. Dari awal pagi lagi aku meminta Saiful agar pulang kerumah untuk hari ini dan Saiful bersetuju. Bahagianya.... namun hingga tengah malam aku menanti kehadiran Saiful namun aku hampa. Aku hanya makan malam berteman air mata. Mungkinkah kasih buat aku sudah pudar? Tak apalah Ina. Mungkin Saiful ada temu janji bersama pelanggan dan mungkin juga keletihan. Atau mungkin juga Maisara patut diberi perhatian kerana dia sedang berbadan dua.
Saiful semakin sebak mengenangkan betapa sabarnya Zarina menanti kepulangannya. Tidak pernah langsung terlintas sesuatu yang buruk di hati Zarina terhadap Saiful. Perasaan bersalah makin menebal dalam diri Saiful. Dia masih teringat pada malam yang sepatutnya dia bersama Zarina menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saiful memang sengaja tidak ke sana.
Deraian air mata kian laju menitis di pipi. Sudah seminggu Saiful murung. Dalam dirinya kini hanya ada rasa bersalah terhadap Zarina. Egonya telah memakan dirinya sendiri. Seandainya dia diberi peluang dia masih ingin jalani kehidupannya bersama Zarina. Cinta pertama dan terakhirnya. Walaupun Saiful masih mempunya Maisarah namun dia tidak mampu untuk mencintai wanita itu. Dia hanya mampu menyayangi tetapi tidak sama sekali mencintai Maisarah. Pagi itu Saiful dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitnya yang menjerit minta diangkat. Tertera nama Maisara. Saiful sebal. Entah mengapa dia mengharapkan Zarina yang menelefonnya. Tetapi ia tidak mungkin akan berlaku. Zarina telah pergi. Ya. Telah pergi untuk selamanya. Saiful seharusnya menerima kenyataan itu. Bukankah itu yang boleh membuatkan dia terus hidup bersama Maisara tanpa ganggugan?
Kehidupan Saiful kini tidak terurus. Dia masih dihantui bayangan arwah Zarina. Terlalu banyak dosanya terhadap wanita itu. Dan yang paling membuat Saiful tertekan dia tidak sempat untuk meminta maaf dari Zarina. Malahan dia juga tidak dapat menemani Zarina di saat-saat Zarina menghembuskan nafas yang terakhir.
Assalamualaikum abang.. Mungkin masa abang baca surat ni Ina dah tak ada di sisi abang. Pertama sekali ina nak minta maaf zahir dan batin pada abang. Ina harap abang dapat halalkan makan minum Ina selama kita bersama. Halalkan apa yang abang bagi atau apa-apa yang Ina terambil dari abang. Ina minta maaf lagi sekali kerana rahsiakan semua ini dari abang. Ina tak ada niat nak belakangkan abang. Tapi mungkin cara ini dapat ajar ina jadi insan yang tabah dan sabar. Dan ina tak nak bebankan abang dengan penyakit Ina ni. Walaupun kita dah semakin jauh tapi Ina yakin abang tetap sayangkan Ina kan? Ina tumpang bahagia dengan kebahagiaan abang sekarang. Mungkin masih belum terlambat untuk Ina ucapkan tahniah pada abang. Tak lama lagi abang akan jadi ayah. Ina yakin abang pasti bahagia. Dah lama abang impikan gelaran itu. Tapi Ina tak dapat nak tunaikan. Ina tahu abang seorang lelaki yang kuat untuk menghadapi dugaan dan Ina nak abang lebih banyak bersabar dengan apa jua dugaan yang datang. Ina harap abang akan terus membina keluarga yang bahagia dan sempurna dengan hadirnya orang baru dalam hidup abang dengan Maisarah. Abang.. Ina minta izin abang untuk pergi. Ina nak pergi jauh dari semua ni. Izinkan Ina pergi…
Sepucuk surat telah membuatkan Saiful sedar bahawa apa setiap yang hidup akan pergi. Dia yang masih hidup harus teruskan hidup. Saiful telah berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan menyiakan kurnia yang dia miliki kini seorang isteri dan sepasang bayi kembar. Mungkin Tuhan telah mengampunkan dosa silamnya. Kini Saiful berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lampau.
sobsobsob.. wua..sdey r cite nie.. best2.. tp apela c saiful ni..bile ina x ley preg dy kate cintakn sara..tp bile ina dah x de dy kate hanya ley syg tp x cntakan sara..huhu..emo plak! keep up d good work..^-^
sakit hati aku mengenangkan perbuatan saiful tuh.... ko mmg xlayak dpt kebahagiaan...ko hancurkan hati zarina cmtuh.....mak mertua zarina tu plak bodoh nak mampos...xpikir ke ape perasaan zarina bile didesak2 cmtuh?kalo ko di tmpt die msti sedey kan?bangang pnyer mertua!
sdey sgt2... mtk d jaokn poligami dlm hdupku.. takot sgt d sia2kn cmtu.. anyway, good work writer.. just polish lg bahasa n taiping error k. keep up da good work.
sdih gler r..aku mmg tak suke laki kwin dua akupon tak tau knpe..cian dia baik cmtu pun kne pkul lagi..tak ptut btul saiful ske2 hti die je..tpi mane wtak maisarah mcm tak wjud je..mule2 je die ade..ape2 pun gd luck to writer!!
cinta seorang isteri seperti zarina adlah sebuah cinya yang suci lagi ikhlas...walaupun pada awal perkhwinan ina xadpt mengurniakan zuriat bt saiful...ina tetap bersabar...dan terus bersabar sehnggakan saiful telah mengambil keputusan untuk menikahi sahabat baiknya maisara...walaupun begitu...dalam dugaan begitu...akhirnya ina telah disahkan hamil tapi malangnya...sikap saiful yang panas baran telah menyebabkan ina meninggal dunia... akhirnya saiful telah menyesali sikapnya itu...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sobsobsob..
wua..sdey r cite nie..
best2..
tp apela c saiful ni..bile ina x ley preg dy kate cintakn sara..tp bile ina dah x de dy kate hanya ley syg tp x cntakan sara..huhu..emo plak!
keep up d good work..^-^