Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kau dah fikir hal tu, Dila?" Ema menatap wajah Dila yang sedang mencuka. Bukan niat Ema untuk mencampuri urusan Dila tapi sebagai kawan Ema perlu memberi pendapat jika itu melibatkan banyak pihak.
"Entah la.." Dila cuma mengeluh panjang. Dia menyebamkan muka di atas bantal. Tiba-tiba dia rasakan dadanya sesak.
"Dila, kau jangan macam ni. Sampai bila kau nak biarkan semua ni. Kau perlu buat keputusan secepat mungkin." Ema mengusap lembut rambut Dila. Bagi Ema, Dila perlukan sokongan untuk menghadapi semua ini.
"Aku akan cuba. Bagilah aku masa." Airmata Dila mengalir perlahan di pipinya.
****************************
Syg, nk jmpa x? Abg rndu.. SMS dari Adam. Hati yang gusar tiba-tiba lapang semula. Cepat-cepat dia membalas SMS itu.
Nk la. Tmpt biasa, k.
Dila segera bangun dari pembaringan. Dia perlu berjumpa Adam. Sudah banyak hari dia menjauh dari lelaki itu. Tapi semakin ingin dia lupakan Adam semakin kuat ingatan terhadap Adam. Setiap saat dan ketika dia ingatkan Adam.
****************************
Dila masuk ke dalam kereta Iswara Adam sebaik saja dia mengunci keretanya. Adam tersenyum.
"Kenapa ni, sayang? Kenapa buat Abang macam ni?" Di pandang wajah Dila penuh kasih sayang. Sejak beberapa hari lalu, Dila langsung tidak menjawab panggilannya malah SMS pun tidak dibalasnya.
"Abang, kenapa takdir kita macam ni?" Dila terasa sebak. Dia cuma menundukkan wajah memandang HP di tangannya.
"Takdir apa? Dila pun tahu, Abang sayangkan Dila. Kenapa ni?"
Adam memegang lembut tangan Dila.
"Tapi hubungan kita ni tak akan ke mana. Dila dah tak sanggup macam ni."
"Kan abang dah kata. Macam mana pun abang akan kahwin dengan Dila. Cuma Dila perlu bersabar."
"Tapi macam mana dengan Fitrah? Anak-anak abang?"
"Abang akan berterus terang dengan Fitrah. Dah la, jangan macam ni. Abang tak suka tengok Dila sedih macam ni."
Airmata di pipi Dila disapunya penuh kasih sayang. Adam tahu, keputusan ini bukan saja akan melibatkan Fitrah dan anak-anaknya tapi juga melibatkan semua pihak. Keluarganya dan keluarga Fitrah akan tahu hal ini tapi bagaimanalah hendak dielakkan lagi. Hal ini sudah terjadi.
Dia sendiri tidak menyangka perasaan seorang sahabat tiba-tiba bertukar kepada kasih hanya sekelip mata. Bukan simpati tapi kasih itu lahir tanpa diduga sedangkan bukan baru hari ini dia mengenali Dila bahkan dah lebih dari sepuluh tahun. Malah selama itu, dia sedikit pun tidak pernah ada perasaan begini terhadap wanita itu.
"Dila dah tak sanggup, Abang.."
Adam menarik Dila ke dalam pelukannya. Dia harap dengan pelukan dapat mendamaikan perasaan Dila.
Dila sudah tidak mampu untuk menahan segalanya. Lelaki yang berada di pelukannya kini bukan saja suami kepada seorang wanita tapi malah suami kepada sahabatnya sendiri. Sahabat yang pernah dikenali bukan sekejap malah di pelukan wanita itu jugalah dia pernah menangis dan meluah segala duka.
Tiba-tiba kini dia cuba meragut kebahagiaan itu. Dia telah berkali-kali menidakkan perasaan itu tapi dia tidak mampu melawan segalanya. Setelah kasih dulu pergi, dia cuba mengelak dari bercinta lagi dengan mana-mana lelaki namun kehadiran Adam merubah segalanya. Kasihnya tulus.
**************************
"Dila, sanggup kau hancurkan kebahagiaan orang lain hanya kerana perasaan kau tu?" Ema sudah tidak dapat menahan kemarahan. Dia tidak berniat memarahi Dila.
"Aku tak tahu.. aku terlalu sayangkan dia…" Airmata Dila mengalir. Di pandang wajah Ema mengharap simpati.
"Fikirlah,Dila. Biar kau sengsara hari ini tapi tidak pada kemudiannya. Dia dah lama hidup bersama Fitrah.. Dia ada anak-anak.. Macam mana pun dia akan tetap lebihkan mereka."
Dila bangun memeluk Ema. Dia menangis di dalam pelukan sahabatnya itu. Dia tahu, seharusnya dia tidak bermain api yang akan membakar dirinya sendiri. Walau sekecil manapun api itu, bahangnya tetap membakar.
"Aku sayangkan kau. Aku tak nak kau hidup merana. Di luar sana masih ramai lagi lelaki yang yang menanti kau."
**************************
Syg, knp ni? Jgn buat Abg mcm ni.
SMS Adam dibiarkan. Sudah seminggu dia tidak menjawab panggilan mahupun SMS Adam. Dia cuba untuk menjauhkan diri dari lelaki itu walaupun sebenarnya dia terasa amat payah. Petang kelmarin dia ternampak Adam dan Fitrah bersama 2 orang anak mereka di Sunway Carnival. Jelas tergambar kemesraan mereka sekeluarga. Tiba-tiba dia diburu perasaan bersalah yang teramat sangat terhadap Fitrah kerana selama sejak dari dulu lagi wanita itu sentiasa berada di sisi saat dia memerlukan. Kini, dia cuba merampas kebahagiaan wanita itu dan mengkhianati persahabatan mereka.
"Lelaki, Dila.. Mana pernah mengaku kekurangan yang ada pada mereka. Mereka menggunakan pelbagai alasan agar kita mempercayai mereka. Kau percaya Fitrah mengabaikannya?"
"Dila, aku tidak akan menghalang dan aku tak akan menggalakkan. Keputusan di tangan kau. Jika aku jadi kau, aku tak akan pilih jalan berliku. Biarlah aku terluka dan merana sekarang dari aku terpaksa menanggung derita berkongsi kasih."
Terngiang kata-kata Ema di telinganya.
Airmata Dila mengalir.
***************************
"Dah lama Dila tak ke sini ye, bang." Fitrah memandang suaminya yang sedang menonton televisyen.
Adam pura-pura tidak dengar.
"Abang.."
"Mungkin dia sibuk kot.."
"Fitrah rasa dia macam dah jauh sangat dengan kita.." Fitrah pandang wajah suaminya yang sejak tadi pura-pura tidak mendengar. Hatinya sedikit terguris.
Adam cuma mengangkat kedua-dua belah bahunya. Dia tidak mahu Fitrah menyoal lebih banyak lagi tentang Dila kerana ini akan membuatkan dia terlepas kata. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlepas kata, dia yang akan menanggung akibatnya.
Fitrah merasakan seperti ada yang tidak kena. Adam sering mengelak bila dia bertanya tentang Dila. Seolah ada sesuatu yang disembunyikan. Naluri seorang wanita mula diamuk rasa cemburu.
Entah-entah, mereka ada apa-apa.
Hati kecil Fitrah berkata.
Astaga… Tidak mungkin Dila sanggup buat begitu terhadapnya…
Segera Fitrah mengusir fikiran jahat dari kepalanya…
**************************
"Dila, kenapa ni? " Adam memegang tangan Dila lembut. Wajah Dila yang muram seperti baru lepas menangis ditatapnya.
"Abang.." Dila membalas tatapan Adam.
"Dah sampai masanya untuk kita berpisah.."
Kata-kata Dila umpama bom yang baru meletup. Adam terpana seperti tidak percaya.
"Tapi, kenapa? Kan Abang dah janji akan berkahwin dengan Dila. Tolong jangan buat Abang macam ni.."
"Dila…please.." Adam mula rasa cemas melihat Dila yang masih mendiamkan diri.
Dila sendiri sebenarnya tidak yakin dapat membuat keputusan ini. Adam memang seorang lelaki yang baik. Selama ini, Adam tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Tetapi hubungan dia dan Adam tetap salah kerana Adam adalah hak isteri dan anak-anaknya.
"Kita kena back to normal. Abang. Seperti dulu… Dila tak sanggup nak lukakan hati Fitrah.." Dila segera bangun dan berdiri di hadapan Adam.
"Abang, maafkan Dila.. Dila memang sayangkan Abang tapi Dila lebih sayangkan Fitrah dan anak-anak Abang.."
Mata Dila dan Adam bersatu. Dila tahu sinar yang terpancar di mata Adam adalah tulus namun dia tidak mampu untuk meneruskan hubungan ini. Betul kata, Ema. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri sehingga sanggup membiarkan hati wanita lain terluka.
Adam mengenggam tangannya.
"Cuma, Dila harap Abang dapat rahsiakan segalanya dari Fitrah jika Abang nak kita berkawan macam dulu."
Dila tinggalkan Adam yang masih terkejut dengan keputusan itu. Airmata bergenang di kelopak matanya. Namun dia tahan jua dari mengalir.
Cinta tidak semestinya kita perlu bersatu dengannya di dalam ikatan perkahwinan. Biarlah cinta itu tersemat kukuh dihatinya. Dan dia berharap Adam dapt menerima semua ini dengan redha. Biarlah dia terluka dari melukakan sahabatnya sendiri.
Bagi Adam, inilah saat yang amat memedihkan. Dia terlalu sayangkan Dila. Sama seperti dia sayangkan Fitrah dan anak-anaknya. Tapi Dila sudah tinggalkannya kini. Meskipun dia tahu, hubungan persahabatan mereka tidak akan putus tapi itu situasi yang berbeza.
jika apa yang berlaku dlm cerpen ini berlaku dlm dunia ini, pasti ramai yg akan merasa bhgia.. secalit kekecewaan dihati, akan t'semat kebahagiaan utk selama-lamanya. apa yg kurang hanyalah perkembangan watak dila. mungkin dgn itu akan lebih memberi kesan yg mendalam kpd pembaca... walau ape pun. it's a good job..
Cerita yg boleh dijadikan pengajaran dan paparan buat gadis2 di luar sana, lazimnya. Saya juga tdk terkecuali drpdnya. Hampir terjerumus ke arah itu, namun Allah SWT telah memberi petunjukNya. Biarpun perpisahan itu menyakitkan, namun dpt memberi seribu kebahagiaan kpd diri masing2 di kemudian hari. Apapun, tahniah, teruskn menulis..
Perpisahan itu memang menyakitkan... rindu itu memang memeritkan... cinta tak semestinya bersatu... tapi percayalah ketentuan Allah... Sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA...
cerpen ni sedikit sebanyak punyai persamaan dgn kisah hidup sy yg lalu. mmg perpisahan tu menyakitkan dan m emerikan. kadangkala kita kena akur dgn qada & qadar drpdNYA. mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut. sblm memberi cinta @ kasih syg kpd seseorg...cintailah & sayangilah diri sendiri. Kerna kekecewaan mudah menghingapi hati..dan kegembiraan sukar didapati. berilah cinta & kasih sayang pd yg sepatutnya. elakkan diri drpd cinta terlarang kerna sukar utk melepaskan diri bila dah terjebak. sy ucapkan tahniah kpd penulis kerna berjaya menghasilkan cerpen sebegini. teruskan berkarya.
ala........mcm 2 ker?nape cepat sangat berpisah..biarlah kantoi dulu ngan wife dier.jd madu..nak tau jg pe akan jadi pada sahabat baik itu..lagipun setiap owg ada cter len jgk..
best2 je adam peluk dila ye. bukan muhrim pun. ni la dunia sekarang. penulis, beragama Islam, letakkanlah norma2 Islam dalam karya anda. Baru cantik. biarpun yang banyak berlaku sekarang adalah sebaliknya; kuantiti tidak menjamin kualiti. maksud saya, biarpun ramai muslim berkelakuan tidak seperti muslim di luar sana, tapi Islam itu tetap mulia adanya,kan?
buat apa kita nk hipokrit. realiti kehidupan mmg mcm tu. dlm dunia perfileman dan drama, elemen2 tak bermoral bnyak ditonjolkan. bkn utk menarik masyarakat meniru elemen2 tersebut ttp sbgai pengajaran.
niat tak menghalalkan cra.. sklipon nk berikn pengajran jgn tonjolkan unsur2 barat tu memalukan bangsa...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jika apa yang berlaku dlm cerpen ini berlaku dlm dunia ini,
pasti ramai yg akan merasa bhgia..
secalit kekecewaan dihati,
akan t'semat kebahagiaan utk selama-lamanya.
apa yg kurang hanyalah perkembangan watak dila.
mungkin dgn itu akan lebih memberi kesan yg mendalam kpd pembaca...
walau ape pun.
it's a good job..