BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 31, 2009
Cerpen : Cinta Remaja Ataupun Cinta Yang Sia-Sia
Nama Pena : Izsatanica

Sebaik habis tingkatan 5,aku terus meminta izin ibu untuk pergi ke rumah ibu saudaraku yang terletak di pinggir kota,jauh dari kebingitan bandar-raya..aku memberi alasan yang aku hendak menolong
ibu saudaraku di kedai makan miliknya.Ibu saudaraku memiliki sebuah kedai makan di tepi persimpangan jalan,hasil peninggalan arwah suaminya.
Sekarang,kedai itu diuruskan olehnya dengan pertolongan anak lelakinya yg menjadikan kedai itu sebagai sumber pendapatan.Aku adalah seorang
budak lelaki yg agak nakal,aku tinggal dengan orang tuaku sejak kecil lagi,dan setiap kali musim cuti sekolah tiba,aku akan pulang ke rumah ibu saudaraku,
kerana aku sememangnya rapat dengan mereka sekeluarga..Malah,aku memanggil ibu saudaraku dengan panggilan \'Mak\' dan suaminya pula ku panggil \'Ayah\'..Di sana,aku selalu dimanjakan.walau adakalanya dilibas penyangkut baju
Aku sebenarnya dilahirkan di situ,tetapi bila umurku meningkat,aku berpindah ke rumah ayahku agak jauh dari kampungku..aku belajar di sana,
sehinggalah aku tamat pengajian di tingkatan 5.Tiap kali musim cuti bermula,aku takkan lupa untuk pergi ke rumah ibu saudaraku,kerana aku merasa tenang di situ..belakang rumahnya adalah kawasan sawah padi yang luas..di hujung kawasan sawah padi itu,terdapat sungai di mana aku seringkali memancing bersama paklong ku,iaitu adik kepada ibu saudaraku.Aku amat rapat dengan adik saudaraku,dan sepupu ku..kami sering kali bermain bersama,dan setiap kali aku pulang ke kampung,merekalah yg menjadi teman ku melepak,memancing,dan bermandi laut..Dan di kampungku itu juga,aku belajar mgenali cinta..

Itu semua adalah kisah hidup ku yg nakal semasa kecil..sekarang aku sudah habis persekolahan di tingkatan 5.Sementara aku menunggu keputusan SPM dikeluarkan,aku menolong di kedai ibu saudaraku,dan aku diberikan sedikit wang kerana menolong mereka..Kedai itu
sememangnya tidak cukup kakitangan pekerja di waktu pagi,dan aku juga letih melayan pelanggan yang datang tidak henti-henti..Sewaktu raya
aidilfitri yang lepas,aku dikenalkan dengan seorang perempuan,sebaya dengan umurku..Dia adalah senior kepada adik saudaraku yang menetap berhampiran rumah ibu saudaraku..Namanya Liyana..Nama yang sehingga sekarang tak dapat aku lupakan..

Aku mula berhubung dengan Liyana sejak hari itu,dan hari-hari yang berikutnya.Setiap hari dia menelefonku,atau sebaliknya..Dan setiap malam aku bersms dengannya..Aku memanggilnya dengan nama \'Yana\' sahaja,kerana lebih senang untuk ku sebut..selepas sebulan lebih berhubung melalui telefon,
dia bertanya kepadaku "Khai,khai sayangkan yana???" Aku memang sayangkannya,dan dengan pantas aku menjawab"Sayang,Khai sayang sangat kat Yana"..Dia juga meluahkan,betapa dia sayangkan aku lebih dari segala-galanya..Yana juga memberitahu aku,yang dia sanggup harungi segalanya asalkan dia dapat bersama aku selamanya..Luahan hatinya membuatkan aku bertambah sayang kepadanya..Dan akhirnya,aku jatuh cinta kepada seorang perempuan bernama Liyana.

Liyana hanyalah seorang perempuan biasa,yang memiliki muka comel,dan perangai manja..Ramai juga lelaki yang hendak rapat dengannya,tapi aku yang menjadi pilihannya.Waktu malam,aku bersendirian memandang bintang di langit,aku merindukannya..Dan aku rasa bertuah dapat memilikinya.
Akan tetapi,banyak cerita-cerita yang tidak elok tentang Yana telah aku dengari dari mulut-mulut jiranku di kampung..Serta saudaraku sendiri memberitahu sesuatu tentang Yana kepadaku.Tetapi aku biarkan saja,kerana bagiku,itu adalah kisah silam seseorang yang telah pun menjadi sejarah..Yang penting,adalah
siapa dirinya sekarang..Sementara menunggu keputusan SPM dikeluarkan,aku mencari kerja sambilan,kerana bagiku,tidak cukup jika sekadar menolong ibu saudaraku di kedai makan miliknya.

Aku dan Yana sama-sama mencari pekerjaan di kilang-kilang sekitar bandar.Berdua dengannya,aku meminjam motosikal milik abang saudaraku untuk pergi mencari pekerjaan..Sepanjang pagi itu,bermacam-macam kilang telah kami kunjungi,dan pelbagai alasan diberi kepada kami..Ada yang mengatakan perlu sijil SPM,ada yang memerlukan pekerja wanita sahaja,dan kebanyakan kilang lain,cuma mnyuruh kami pulang,dengan alasan, "Kalau ada kekosongan,kamu akan dihubungi"..Tetapi aku tidak berputus asa..Aku dan Yana singgah di gerai makanan,membeli makanan untuk dimakan di taman tasik berhampiran..Di taman tasik,aku makan bersama Yana..Sedang makan,tiba-tiba Yana menghulurkan tangan hendak menyuapku..

Aku berasa segan,tapi kerana sayang,aku buka mulutku,dan dia menyuapku sambil tersenyum memandangku.
Aku rasa bahagia,rasa seronok..Sebab tidak menyangka Yana akan berbuat sedemikian..Kemudian,aku pula menyuapnya..Kami makan berdua sambil saling menyuap,dan tidak peduli akan mata-mata sekeliling yang memandang.
Habis makan,aku dan Yana kembali pergi ke kilang-kilang yang ada tertera poster perlukan pekerja..dan salah satu kilang yang kami kunjungi,adahlah sebuah kilang besar yang membuat pelbagai jenis computer dan peralatan elektronik.

Setelah penat mencari kerja,aku menghantar Yana pulang ke rumahnya,dan aku balik ke rumahku.Aku kembali menolong di kedai ibu saudaraku selama 3 hari,dan hari yang ke-4,aku mendapat panggilan daripada kilang besar yang membuat computer itu..Aku diminta pergi ke kilang tersebut pada hari isnin minggu berikutnya,dan membawa salinan kad pengenalan serta memakai pakaian yang sopan serta kasut yg elok,kerana pekerja kilang itu tidak dibenarkan memakai selipar atau sandal..Sebaik habis menjawab panggilan itu,aku sudah mendail no Yana,hendak memberitahunya berita gembira itu..Tapi ternyata Yana lebih pantas,dia terlebih dahulu menghubungiku dan bertanya samada aku dapat atau tidak panggilan dari kilang besar itu,yang meminta datang untuk temuduga.

Aku menjawab aku baru saja menerima panggilan itu,dan aku merasa gembira kerana aku dan Yana sama-sama mendapat panggilan itu..Isnin minggu berikutnya,aku menaiki motosikal bersama Yana,pergi ke kilang tersebut bersama-sama..Kami ditemuduga,dan kemudian dibawa masuk mengelilingi bahagian dalam kilang tersebut untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan pekerja kilang tersebut,kerana kami juga akan menjadi sebahagian dari pekerja-pekerja kilang itu..
Kami berdua sama-sama diterima bekerja,dan diminta datang esok untuk memulakan kerja kami..Yang membuatkan aku berasa lebih gembira,aku dan Yana sama syif,jadi kami boleh datang kerja bersama,dan balik kerja bersama..

Minggu pertama bekerja di situ,agak perlahan rasanya,kerana kami diajar bagaimana untuk memasang komponen-komponen sebuah computer..tapi lama kelamaan,aku dapat membiasakan diri..
Hubungan aku dan Yana bertambah rapat sejak bekerja di kilang yang sama,dan pergi balik bersama..Pada suatu hari,kami dibenarkan pulang awal,kerana permintaan barang kurang,jadi pekerja-pekerja tidak perlu bekerja lebih masa pada hari itu..Tetapi aku tidak pulang terus ke rumah,aku duduk di taman bersama Yana,berdua di taman itu bermesra,
Umpama sepasang belangkas yang sentiasa melekat..Yana berada dalam pelukan aku sentiasa semasa di taman itu.

Tiba-tiba,Yana meluahkan sesuatu..Katanya,dia patut meluahkan sesuatu pada aku,yang seharusnya dilakukan lama dahulu..dan air matanya mengalir,meminta aku supaya jangan membencinya..Aku memeluknya dengan lebih rapat,dan aku berjanji kepadanya,aku takkan membencinya..Yana memberitahuku yang dia sudah tidak ada dara..Katanya,dia terlanjur dengan bekas teman lelakinya lama dahulu..Dan selepas itu,Yana menangis teresak-esak..Aku terkejut mendengar kenyataan itu,tapi aku diamkan..Aku amat menyayanginya..Aku memberitahunya yang aku sanggup menerima dia seadanya,dan sanggup menjadikan dia isteriku suatu masa nanti,kerana aku amat menyayanginya,asalkan dia berjanji kepadaku,yang dia tidak akan sesekali mengulangi semua perbuatannya dulu..

Yana masih lagi menangis,dan dia berjanji kepadaku..Sambil memandangnya,melihat airmatanya menitis turun jatuh ke bumi,aku tidak sanggup melihat perempuan yang amat aku sayangi sebegitu rupa..Aku tidak mahu airmatanya menitis lagi..Aku memeluk Yana,sambil mencium dahinya..Aku memberitahunya,dia adalah seseorang yang teramat istimewa dalam hidupku,dan dialah bakal isteriku dunia akhirat..Dan aku kesatkan air mata di pipinya itu..Aku mencium dahinya sekali lagi,dan aku mengajaknya pulang,kerana hari sudah lewat..Dalam keadaan serba salah melihat airmatanya itu,aku menghantarnya pulang ke rumah..Malam itu Yana menghubungiku,dia memberitahuku,yang dia amat sayangkan diriku,
Kerana dapat menerima dia seadanya..Dia berkata yang dalam hidupnya,dia Cuma mahukan aku sebagai suaminya dunia akhirat,dia tidak mahu sesapa lelaki lain untuk jadi suaminya…

Aku dan Yana menjadi rapat dan semakin rapat..setiap hari,aku pergi dan balik kerja bersamanya,dan setiap kali pulang dari kerja,kami akan berhenti singgah di taman untuk melepaskan rindu,sebelum pulang ke rumah..Hari-hari hubungan kami semakin intim,dan semakin melampau batasan seorang wanita dan lelaki..Tiba-tiba pada suatu hari,
Ibu Yana menelefonku,dan memarahiku kerana meragut dara anaknya..Ibu Yana bertanya dengan nada yang keras,samada aku tido dengan anaknya..Kerana katanya,Yana sudah memberitahunya semua yang berlaku selepas membaca msg sms yang aku hantar kepada anaknya..Dan Yana juga mengaku kepada ibunya,yang aku telah menidurinya..Aku terkelu,aku rasakan dunia aku gelap gelita tiba-tiba…Seolah matahari telah hilang selamanya.

Aku memberitahu sejujurnya kepada ibu Yana,bahawa sepanjang aku berkawan dengan Yana,aku tidak pernah tidur bersamanya lagi..Dan aku juga memberitahu ibunya,apa yang telah diberitahu Yana kepadaku mengenai kegadisannya..
Ibunya tidak percaya yang Yana telah lama hilang dara..Ibu Yana hendak pergi membuat ujian di hospital tentang anaknya itu..Aku menyuruhnya pergi membuat pemeriksaan doctor,untuk mendapat kepastian tentang status dara Yana.
Ibunya tidak percaya,ibunya menelefon ibuku pula…Dan memberitahu yang aku telah tidur dengan Yana,dan sekarang tidak mahu bertanggungjawab..

Aku memberitahu ibuku,yang ku panggil Mak…"Mak,khai dah bagitau mak,khai tak tipu..Khai dah cakap sejujurnya..Khai tak pernah tido dengan Yana lagi..Yana dah hilang dara lama,dengan pakwe lama.."
Ibuku memberitahu tentang itu kepada ibu Yana,tapi dengan cara baik..Dan selepas itu,Yana mengaku akhirnya,yang aku tidak pernah tidur dengan dia..Tetapi ibu Yana tidak mahu mengalah,dia cuba kaitkan dengan perbuatan aku menyentuh Yana..Ibu Yana memberi kata dua kepada ibuku,samada selesaikan dengan cara baik,atau cara keras..Ibu Yana mengugut akan membuat laporan polis,dengan tuduhan aku mencabul anaknya,dengan meraba seluruh tubuh Yana.. Aku terdiam,ibuku meminta supaya semuanya dibawa berbincang elok-elok..Dan aku faham rupanya,Yana sengaja memberitahu ibunya semua itu,supaya aku dikawinkan dengannya..Aku merasa benci kerana Yana berfikir sedemikian rupa,hanya untuk menjadi isteriku..

Tidak lama kemudian,selepas beberapa hari..Yana menghubungiku menggunakan telefon awam..Yana meminta maaf dan merayu-rayu supaya aku jangan membencinya,dan jangan meninggalkannya…Yana mengaku melakukan semua itu,dengan niat ingin aku menjadi suaminya..Yana memberitahuku,yang dia tidak mahu orang lain menjadi suaminya,atau wanita lain menjadi isteriku..Akhirnya,hati aku menjadi lembut..Aku bersedia memaafkan perbuatan Yana…Dan ibunya juga sudah tidak lagi bercakap denganku menggunakan nada kasar…aku dilayan baik dan disambut mesra di rumahnya ketika Yana mengajakku bertemu orang tuanya..


Aku sudah amat menyayangi Yana,lebih dari segala-galanya..Gaji bulan pertama aku,aku
Mengikut Yana pergi ke rumah neneknya,yang ku panggil ‘Tok’..Neneknya tinggal seorang diri,di sebuah kampong di Kulim,Kedah..Sampai saja di rumah neneknya,nenek Yana menyambut baik kedatangan kami..Dan Yana memperkenalkan aku kepada neneknya..Tok amat baik,walau tinggal seorang diri,tok menggagahkan diri membuatkan aku secawan kopi. Aku merasa segan dengan keadaan sebegitu..Aku mengajak Yana untuk pergi ke gerai berhampiran,untuk membeli sedikit kuih muih untuk dimakan bersama neneknya..
Aku makan bersama neneknya,dan pelbagai soalan diajukan oleh tok kepada aku..Pening juga nk menjawabnya.

Yana pergi mandi sementara aku berbual dengan Tok..Tok bertanya kepadaku "Khai,Khai serius la dengan cucu nenek ni??? Bila nak menikah??"…Terkelu juga aku mendengar soalan neneknya itu..Tapi aku sememangnya sudah sayang yang teramat dengan Yana..Aku menjawab "Serius tok,insyaallah,ada rezeki nanti..memang nak kawin..Tapi kerja dulu,kumpul duit..Insyaallah tok"..Neneknya tersenyum lebar mendengar jawapanku itu..Kemudian tok memberitahuku,
"Minggu lepas Yana ada melawat tok,dan dia bagitau tok,yang dia nak jadi isteri Khai..tu yang tok Tanya ni"..Aku berkata dalam hati..cepatnya Yana ni beritahu semua orang...Risau pula aku dibuatnya..

Selepas agak lama di rumah tok,kami pun pulang..Tapi kami tidak pulang ke rumah..Kalau diikutkan,malam itu kami sama-sama bekerja syif malam,tapi aku tidak ke tempat kerja,kerana Yana memujukku..Sebaik beredar dari rumah neneknya,Yana mengajakku untuk tido di sebuah hotel..Aku merasa gementar,kerana seumur hidupku,itulah kali pertama aku tidur di hotel,dan dengan seorang wanita..Yana kelihatan seperti tidak ada apa-apa..dan selamba..Aku pula yang merasa seram bulu roma..tapi bila dah berdua dengan Yana,nafsu mula menguasai..Malam itu,aku dan Yana tidur bersama seperti sepasang suami-isteri yang baru diijabkabulkan..Dan malam itu aku merasa tubuh seorang wanita,
Merasa bagaimana rasanya menjadi suami-isteri..

Keesokan harinya,kami mandi,dan pulang ke rumah dengan memakai baju kerja seperti biasa…Seolah-olah tiada apa yang berlaku..Tetapi,malam itu bukanlah penamat,malam itu adalah permulaan dosa-dosa aku..Yana tidak merasa kekok langsung,dan seperti sudah biasa…Gayanya..membuatkan aku berasa ragu-ragu…Tapi kerana sayang,aku lupakan semua itu..Setiap hari aku makan bersama Yana di tempat kerja,dan saling menunggu selepas habis waktu kerja…
Yana memberitahu rakan sekerjanya,yang bekerja sama bahagian dengannya,yang aku adalah bakal suaminya..Aku berasa gembira mendengar kenyataan itu daripada rakan Yana..Yana serius dengan hubungan kami..

Di tempat kerja,aku kerap mendengar cerita yang Yana dikaitkan dengan seorang senior di bahagiannya..Dan kawan-kawanku selalu memberitahuku tentang itu..Dan membuatkan aku berasa sakit hati..Aku bertanya kepada Yana, "Kenapa ada cerita-cerita camtu?? Kalau takda apa,takkan orang nak buat mulut??"…aku mula rasa tidak senang,dan hati aku mengatakan,yang Yana sedang curang di belakang aku..Tapi aku pendamkan saja..Yana bersumpah mengatakan yang dia takda apa-apa dengan budak laki tu..Aku mengangguk saja,tapi hati aku rasakan seperti ada yang tidak kena..
Suatu hari,aku tidak pergi kerja,kerana rasa tak sihat..Yana berkata,yang dia akan pergi sendiri..aku Cuma menyuruh dia berhati-hati..Keesokan harinya,aku Tanya kawan Yana yang bekerja sama bahagian dengan Yana,dia memberitahuku yang semalam Yana tidak datang kerja..

Aku terus mencari jawapan daripada Yana,dan terus mendesaknya..dia memberitahuku yang dia pergi tidur di rumah nenek.."Tok telefon bagitau Yana kata tok kena patuk ular,Yana terus pi ambik tok,bawa pi hospital..Salah ka??"
Aku terdiam mendengar jawapan Yana..Dan aku meminta maaf kepada Yana..Keesokannya,kami bekerja syif malam,tetapi dibatalkan,sebab kilang ada menerima lawatan daripada pihak tertentu,untuk memeriksa keadaan persekitaran tempat kerja,dan aspek keselamatan pekerja..Aku mengambil peluang itu untuk menginap di hotel lagi bersama Yana..Malam itu,aku bersama Yana.. Perlahan-lahan,satu-satu adegan suami isteri kami lakukan..Ketika bersama Yana,aku langsung tidak memikirkan soal dosa atau pahala..Segalanya disebabkan nafsu..Selepas seketika,aku menonton televisyen bersama Yana,Yana tiba-tiba melutut di depan aku,dan memegang kaki aku sambil menangis,menyuruh aku membawa mak untuk berjumpa ibunya..Dia merayu-rayu kepadaku..Aku tak sanggup melihat Yana begitu,aku mengangkatnya duduk dalam pelukan aku,dan aku memberitahunya yang aku perlu kerja dan mengumpul duit dulu,sebelum aku boleh menjadi suaminya..

Dia tak mahu mendengar,Yana terus mendesak supaya aku membawa Mak,untuk berjumpa ibunya..Aku memujuk Yana,dan aku memberitahunya betapa aku menyayangi dia,aku amat teringin hendak menjadikan dia sebagai isteriku,tetapi aku tak ingin dia menjalani hidup susah denganku..sebab itu aku ingin bekerja,dan mencari duit dan membina hidup yang stabil,supaya dia tidak merasa susah selepas menjadi isteriku..Akhirnya,Yana diam..dan memelukku,tetapi air matanya tetap mengalir tidak berhenti..Tiba-tiba,Yana bangun menuju ke bilik air..Aku bertanya "Yana nk pergi mana??" "Bilik air"..jawabnya tanpa memandangku..Tiba-tiba kedengaran bunyi tangisan..Yana menangis dalam bilik air,dan mengunci pintu..Aku memujuknya,tapi dia tetap tidak mahu membuka pintu..Aku risau dengan keadaan Yana yang tengah emosi,dan aku risau dia akan melakukan perbuatan yang tak masuk di akal..Aku
terus memujuk Yana,memberitahunya betapa aku menyayangi dirinya lebih dari aku menyayangi diriku sendiri..
Yana perlahan-lahan membuka pintu..

Aku melihat Yana duduk di sudut bilik air,sambil menangis..Aku mengangkatnya,dan memujuknya untuk tidur di atas katil..Aku memeluk Yana,dia masih lagi menangis..Aku bertanya samada dia mahu pulang ke rumah?? "Kalau Yana rasa tak selesa,kita balik???Khai taknak tengok Yana camni…"..Tetapi Yana enggan,dia Cuma diamkan diri..Aku memeluk Yana,dan mencium bibirnya,memeluknya..dan aku mencium dahinya sebelum menyuruh dia tidur…Yana seakan dirasuk,
Dia tiba-tiba menghentak kepalanya di dinding..Aku menariknya,dan menghalangnya…Aku memujuknya,dia menangis lagi..Merayu supaya membawa mak untuk berjumpa ibunya,sekurang-kurangnya mengikat tali pertunangan.. "Yana takut kehilangan Khai,Yana taknak..Yana taknak!!"…Yana terus menangis..Aku berasa serba salah melihat Yana sebegitu..
Yana menangis lagi..Dia meminta aku supaya memberikannya anak..Aku memberitahunya yang aku tak dapat berbuat camtu,sebab belum menikah..Dia terus meminta,menangis-nangis supaya aku memberikannya anak..Yana berkata
"Kalau ada anak,mak dengan mama takkan membantah kita nak kawin,Yana boleh jadi isteri Khai.."
Mama adalah panggilan Yana kepada Ibunya..

Aku masih boleh berfikir…Aku taknak perkahwinan sebegitu rupa..Aku memujuk Yana,Aku bersumpah dengan Nama Allah,yang aku akan menjadikan Yana sebagai isteriku dan aku akan membawanya ke rumahku suatu hari sebagai menantu mak..Aku amat menyayangi Yana,aku tak sangka dia sanggup jadi sehingga sedemikian kerana aku..Aku cintakan Yana..Berulang kali aku mengucapkan kalimah itu kepada Yana..Dan Yana juga bersumpah dengan nama Allah,yang dia akan mencintai aku sehingga akhir nafasnya,dan bersumpah dengan nama Allah,yang dia akan menjadi isteriku dunia akhirat…Airmata aku mengalir saat itu..Aku teramat menyintai Yana,dan tak pernah aku menyintai perempuan lain sebagaimana aku menyintai Yana..Aku memeluk Yana,dan begitu juga dengan Yana..
Yana tidur lena dalam pelukan aku sehingga pagi..

Dua bulan telah berlalu,dan kontrak kerja aku di kilang tersebut telah tamat.Dan aku tidak dapat menyambung kontrak disebabkan aku telah menerima surat panggilan kedua untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.Aku memberitahu perkara tersebut kepada Yana,dan dia sedih pada mulanya,tetapi akhirnya mengerti setelah aku menjelaskan kepadanya,yang PLKN itu hanyalah selama 3 bulan..Dan selepas 3 bulan itu berlalu,aku akan kembali dalam dakapan Yana buat selamanya..Sama-sama mencari pekerjaan baru,dan sama-sama membina kehidupan yang sempurna..Dan sehari sebelum aku diharuskan melapor diri di kem PLKN,aku bersama Yana dari pagi sehinggalah matahari terbenam…

Saat itu,aku amat menyayangi Yana,aku sudah tidak peduli lagi akan kehidupan silam Yana yang lepas..Aku iklas menyintainya,dan aku bernekad,aku akan mengubah diri Yana supaya menjadi seorang isteri yang baik,dan seorang ibu yang terbaik..Itulah niatku,dan itulah azamku. Yana pernah berbincang denganku,jikalau kami mendapat anak lelaki,dia ingin memberi nama Khairul Anuar kepada bayi kami nanti sempena namaku,dan jikalau mendapat bayi perempuan,kami akan menamakannya Nur Ilyana Balqis,sempena nama Yana..Aku dan Yana mula memasang angan,aku impikan,aku hidup bahagia bersama Yana,dan mendapat sepasang anak..Lelaki dan perempuan..Aku akan menjadi seorang suami dan seorang bapa yang terbaik buat Yana,dan buat anak kami nanti..Keesokannya,aku melapor diri di tempat mendaftar,dan menaiki bas ke kem Latihan Khidmat Negara..Minggu pertama aku di sana,aku merasa sangat terseksa,kerana aku tidak suka dengan kehidupan yang terkongkong,dan aku tidak dapat melihat Yana untuk jangka masa yang lama..3 bulan aku rasakan terlalu lama..Aku membawa telefon bimbitku ke kem tersebut..Malangnya,pelatih-pelatih tidak dibenarkan menyimpan telefon sendiri,di kem tersebut,kami hanya dibenarkan menggunakan telefon pada hari ahad,iaitu hari cuti..
Hari untuk berehat,tiada aktiviti yang mewajibkan pelatih menyertainya pada hari itu..

Walau aku telah berjauhan dengan Yana,aku tetap menghubunginya..Aku tidak menyerahkan telefon bimbitku untuk disimpan jurulatih PLKN,aku menyimpannya sendiri,dan menyorokkannya..Setiap malam,sebelum tido.Aku akan menghubungi Yana,berbual dengannya,dan memberitahunya betapa aku merindukan dirinya..Dan begitu juga Yana,dia akan menghubungiku setiap malam..Rinduku terubat walau aku berjauhan dengan Yana..Sepanjang aku berada di kem tersebut,Yana lah yang menambahkan kredit telefonku,agar aku sentiasa dapat berhubung dengannya setiap hari..Aku menolak pada mulanya,tetapi Yana berkeras tetap mahu berbuat demikian..Katanya,andai aku menganggapnya sebagai seorang isteri,andai dia benar-benar bermakna dalam hidupku,jangan pernah mengungkit soal itu..Aku menjadi bertambah sayang kepada Yana..

Di kem tersebut,ramai rakan-rakanku yang berkenalan,dan berpasangan..Dan ada juga perempuan yang meminta no telefonku,tetapi aku menolak,aku memberitahunya,yang aku sudah berkahwin..Di kem tersebut,aku telah menjalani bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan,dan juga aktiviti yang aku sendiri tidak suka,tetapi terpaksa..Seperti kawad kaki..Aku sewaktu sekolah,selalu melarikan diri setiap kali ada aktiviti kawad,kerana aku langsung tidak sukakannya..Tetapi,di kem tersebut,aku terpaksa..Di kem tersebut,aku mempunyai ramai kawan,kebanyakannya kerana sama nakalnya denganku..Aku selalu dihukum semasa berada di kem kerana pelbagai jenis kesalahan yang aku lakukan..Contohnya,aku menyelinap keluar di waktu malam,selepas waktu tido..Kerana ingin menghisap rokok di tandas..Akibatnya,aku dihukum melakukan tekan tubi sambil memakai kain pelekat,kerana pada waktu itu,aku hanya keluar dari bilik dengan memakai kain pelekat..

Bila teringat semua itu,aku tersenyum sendiri terkenangkan kenakalanku..Aku pernah cuba membawa makanan dari dewan makan pergi ke bilikku,kerana aku sudah terlewat,jadi aku bercadang hendak makan di dalam bilik sahaja..Malangnya,sewaktu dalam perjalanan ke bilik,secara kebetulan ketua disiplin lalu di situ,aku terpaksa lari mengelilingi padang kawad sebanyak 10 pusingan dengan membawa makananku..Air minumanku didalam cawan yang penuh,hanya tinggal suku kerana telah tertumpah sewaktu aku dihukum berlari..Hahaha..Semua itu adalah antara kenangan aku dihukum di kem latihan khidmat Negara kerana nakal..Akan tetapi,kenakalanku hanya begitu,aku tidak pernah curang kepada Yana..

Aku amat menyayangi Yana,dan aku tidak dapat menerima mana-mana perempuan lain sebagai pasanganku..Kerana seumur hidupku,Yana adalah perkara yang paling penting dalam hidupku,dan adalah perempuan pertama yang benar-benar mencuri hatiku..Selepas sebulan berada di kem tersebut,suatu hari,telefon aku telah dirampas jurulatih kem kerana tidak menyerahkan telefonku untuk disimpan oleh pihak kem..Selama 2 hari aku tidak dapat memegang telefonku,dan selama itu juga aku resah tentang Yana,aku risau tentang apa yang difikirkannya..Aku menggunakan telefon awam,dan menelefon Yana,tetapi aku tidak ingat no telefonnya,kerana Yana kerap menukar no telefon bimbitnya..Aku menelefon saudara perempuanku,dan memintanya memaklumkan Yana tentang telefonku yang telah dirampas jurulatih..

Selepas meminta maaf kepada jurulatih,dan memohon maaf,telefon aku telah dipulangkan kembali..Malam itu,aku terus menghubungi Yana,dan menjelaskan kepadanya tentang apa yang telah berlaku..Yana marah kepadaku,dan mengatakan yang saudara perempuan aku lebih penting daripada dirinya,kerana aku hanya mengingati no telefon saudara perempuanku,dan tidak no telefon bimbitnya..Aku meminta maaf kepada Yana,dan aku menjelaskan kepadanya,
Bahawa aku cuba untuk menelefonnya,tetapi aku tidak dapat mengingati no nya,jadi aku menghubungi saudara perempuan aku,supaya dia dapat memaklumkan kepada Yana..

Sejak hari itu,hubungan aku dengan Yana menjadi semakin renggang..Sikap Yana semakin dingin kepadaku,dan semakin hari kami semakin kurang berhubung..Tidak seperti sebelum ini..Tiba-tiba,suatu hari,Yana mengatakan kepadaku,yang dia ingin menyertai tentera darat,alasannya dia mempunyai seorang rakan di sana,yang boleh menolongnya mendapatkan pekerjaan,dan katanya,itu adalah demi masa depannya..Aku cuba mendapatkan penjelasan,kerana sebelum ini,Yana pernah memberitahuku,yang dia tidak suka kepada tentera,kerana disiplin yang ketat,dan kehidupan seorang askar yang terkongkong..Aku bertanya kepada Yana, "Kenapa tiba-tiba Yana nak masuk tentera??? Sebelum ni,kata tak suka..Tapi sekarang,tiba-tiba bagitau camni."..Aku menolak,aku langsung tidak bersetuju dengan apa yang diberitahu oleh Yana..

Yana berkeras,dia tetap dengan pendiriannya,dan katanya,hanya itu boleh menjamin masa depannya nanti..Dia tetap akan menyertai tentera,walau apa pun terjadi..Tidak kira samada mendapat persetujuan aku,ataupun tidak..Sikapnya yang tiba-tiba berubah membuatkan aku berasa sangsi dengan tujuannya untuk menyertai tentera..Yana masih lagi degil,dia tetap ingin menyertai tentera,dan katanya,dia sanggup meninggalkan aku,kalau aku tidak mengizinkannya menyertai tentera..Aku mendesak Yana,aku ingin mendapatkan kepastian,kenapa secara tiba-tiba fikirannya berubah,dan sikapnya tiba-tiba sebegini..Akhirnya,Yana berterus terang,Yana memberitahu,dia ada berkenalan dengan seorang budak tentera,dan katanya,sudah lebih sebulan dia bersama budak tersebut..Aku terdiam,itu bermakna,sebaik saja aku menyertai Kem PLKN ini,Yana menjalinkan hubungan dengan budak tersebut..

Aku berasa sungguh kecewa,dan sakit mendengar kenyataan yang diluahkan oleh Yana sendiri..Aku akur akan kehendak Yana..Aku memutuskan hubungan kami,kerana Yana sudah berbuat sedemikian..Walau perit,walau sakit untuk aku luahkan,aku tetap dengan keputusanku..Aku tidak dapat menerima perbuatan Yana terhadapku..Alasannya,aku boleh menganggap orang lain lebih penting daripada dirinya,iaitu saudara perempuanku..Kenapa dia tidak boleh berbuat perkara yang sama??Aku menjelaskan lagi kepada Yana,yang aku hanya menyintai dirinya,dan aku menghubungi saudara perempuanku kelmarin,hanya untuk meminta dia memaklumkan Yana apa yang telah terjadi pada telefon bimbitku..Aku berasa sangat kecewa dengan Yana,aku meminta untuk memutuskan hubungan kami..Yana bertanya samada aku serius dengan apa yang aku katakana??? Aku menjawab "Ya..khai serius,Yana sanggup buat camni,Khai langsung tak sangka,macam ni rupanya perempuan yang Khai anggap sebagai isteri..

Tidak lama kemudian,seminggu sebelum aku tamat menjalani program latihan khidmat Negara tersebut,Yana menghubungiku..Yana memohon maaf kepadaku,dan meminta agar aku tidak meninggalkannya..Dia mengaku dia bersalah,terlalu terburu-buru..Yana memberitahuku,yang dia sudah tidak ada apa-apa dengan budak tentera tersebut,dan dia ingin kembali kepadaku..Dia memohon maaf..Dia memberitahuku,yang ibunya tahu pasal hubungannya dengan budak tentera tersebut,dan memarahinya…Ibu Yana memaksanya memutuskan sebarang hubungan dengan budak tentera tersebut..Itu yang diberitahu Yana kepadaku..Aku mula berubah hati..Sememangnya aku amat menyayangi Yana,dan masih lagi menyintai dirinya..Aku sedia menerima kembali Yana dalam hidupku,dengan syarat semua yang berlaku,takkan berulang kembali..Aku memberitahu Yana, "Lagi sekali benda camni jadi,Khai takkan memaafkan Yana selamanya,dan takkan menerima Yana sebagai isteri Khai sampai bila-bila.."..Yana bersetuju,dia meminta maaf,dan dia memberitahuku,yang dia amat menyayangi diriku..

Sebaik saja tamat kem PLKN itu,aku pulang ke rumah,dan selepas 2 hari,aku bertolak ke rumah ibu saudaraku..Aku ingin pergi mencari pekerjaan dengan saudara lelaki aku,yang sama umur denganku..Sampai di kampung,aku menghubungi Yana..Aku amat merindui dirinya..Aku berjumpa dengan Yana,tetapi malangnya Yana sudah tidak semesra dulu..Aku rasakan seolah aku menemui seseorang yang berbeza..Bukan seseorang yang ku anggap sebagai isteriku..
Yana hanya terdiam,mungkin rasa kekok kerana sudah 3 bulan tidak bertemu denganku..Itulah yang aku fikirkan,aku biarkan saja perkara itu..Keesokannya,aku pergi ke rumah Yana,aku bertemu dengan kedua orang tuanya,meminta izin untuk keluar bersama Yana..Ibunya mengizinkan,dan ibunya memesan,jangan pulang terlalu lewat..Aku berjanji takkan lambat,dan akan menjaga Yana dengan baik..

Aku keluar bersama Yana,dan pergi membeli baju untuk adik perempuannya,kerana harijadi adik perempuannya sudah hampir tiba,dan harijadi Yana juga..Harijadi adik perempuannya awal 13 hari daripada harijadi Yana...Aku membeli tudung dan sehelai t-shirt untuk adik perempuannya,dan sehelai baju kurung berwarna hijau untuk Yana..Kerana itu warna kegemarannya..Yana kelihatan gembira..Kemudian,kami membungkus makanan,dan pergi ke sebuah tasik berdekatan dengan rumah neneknya,untuk makan disitu…Keadaan di tasik itu sungguh tenang,dan sungguh cantik..
Tiada orang lain yang berada di tasik itu,kerana hari itu adalah hari bekerja,jadi Cuma ada kami berdua di situ..
Aku makan bersama Yana,dan seperti biasa,saling suap-menyuap..Walau bagaimanapun,aku berasa kurang selesa,kerana Yana seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada diriku..Kebiasaannya,aku akan memegang telefon Yana setiap kali kami keluar berdua,dan setiap kali ada msg yang masuk ke telefonku,dia akan menjadi pembaca yang pertama..

Tapi hari itu berlainan,Yana tidak mengizinkan aku untuk melihat telefonnya,bagaikan ada yang disoroknya..Selepas seketika Yana menekan-nekan telefonnya,barulah dia mengizinkan aku melihat..Tetapi masa itu,sudah tidak ada apa-apa lagi untuk aku lihat dalam telefonnya..Perasaan curiga aku tentang cinta Yana kepadaku kembali,dan semakin mengganggu diriku..Pulang dari berjumpa Yana,malam itu,aku duduk berseorangan di luar rumah,dan termenung memikirkan segala yang telah terjadi antara aku dan Yana selama ini,dan keadaan sekarang yang sudah tidak sama lagi seperti dulu..Walau aku terpisah dengan Yana selama 3bln,akan tetapi kasih sayang dan perasaan cintaku kepada Yana tidak pernah berubah,malah aku semakin menyintai Yana..Aku masih berpegang pada janjiku,dan aku sentiasa teringat akan sumpahku hendak menjadikan Yana sebagai teman hidupku dunia akhirat..

Selepas beberapa hari,Yana memberitahuku,yang ibunya meminta aku supaya membawa ibuku kerumahnya,untuk membincangkan perihal kami berdua,dan untuk mengikat tali pertunangan katanya..Aku hanya mengiakan..Aku berkata "Khai akan bawa mak datang,Khai akan minta baik-baik dengan mak,tapi Yana jangan berharap sangat,tau..Mak pernah kata kat Khai,kalau Khai tak bersedia,mak takkan pergi meminang anak orang..Bukan senang nak jaga anak dara orang.." Itulah pesan ibuku,dan itu juga yang aku beritahu kepada Yana..Yana mendesak aku setiap hari supaya membawa ibuku untuk bertemu dengan ibunya,dengan alasan ibunya setiap hari mengingatkan Yana tentang itu..Aku semakin tidak senang dengan sikap Yana..Suatu hari,aku keluar berdua dengan Yana,kami pergi berjalan-jalan di pusat membeli belah,makan di situ..Kemudian,kami pergi ke tepi pantai dan duduk berbual di situ..Tiba-tiba telefon Yana berbunyi..Pada masa itu,aku yang memegang telefonnya,dia ingin mengambil,tetapi aku membantah,aku ingin melihat dulu msg yang masuk..Msg untuk Yana itu berbunyi "Hai sayang,tengah buat apa??Abang rindu,Abang rindukan pelukan hangat sayang.."

Hatiku menjadi resah dan tidak menentu,aku bertanya kepada Yana,tetapi Yana mengatakan yang msg itu adalah untuk adik perempuannya..Kata Yana,adiknya selalu menggunakan telefonnya untuk menghubungi kawan lelaki..Aku tidak percaya.. "Adik juga ada telefon sendiri,buat apa guna fon Yana untuk msg laki???" Yana tidak dapat menjawab..Aku membalas msg itu "Siapa ni,nak cari sapa?? Sapa sayang??" Selepas itu,aku hanya memandang muka Yana dengan perasaan marah..Aku benci bila aku ditipu,dan aku merasa sangat terluka,bila kepercayaan yang aku beri,langsung tidak dihargai..Sebentar kemudian,ada msg yang masuk lagi..

"Abang cari Yana la..Dah lupa abang?? Minggu lepas kita pergi tengok wayang sama-sama,kena tahan polis sama-sama..pastu kita bermalam berdua..Dah lupa ka???"

Aku merasa sangat geram ketika itu..Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hatiku bila membaca msg seumpama itu,yang ditujukan kepada seorang perempuan yang aku anggap sebagai isteri sendiri..Aku mendesak Yana,apa yang telah berlaku antaranya dengan lelaki tersebut??Yana mengelak,dia berkali-kali bersumpah mengatakan yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki tersebut..Aku sudah hilang kepercayaan kepada Yana..Aku tidak dapat menerima apa yang telah terjadi..Aku terus pulang selepas itu..Keesokannya,kakak saudaraku yang sudah berkahwin,melarangku berkawan lagi dengan Yana..Aku tidak mengendahkan apa yang dikatakan kakak saudaraku pada mulanya,kerana mereka sekeluarga memang dari dulu menghalang hubungan aku dan Yana..Tetapi,selepas mendengar apa yang diucapkan oleh kakak saudaraku,aku terdiam..Dia memberitahuku,yang Yana pernah dihalau keluar rumah oleh ibunya sendiri kerana tidak pulang ke rumah selama beberapa hari..Kakak saudaraku sendiri pernah melihat Yana membonceng motosikal dengan seorang lelaki pada pukul 2 pagi,semasa dia baru pulang dari rumah mentuanya..

Kakak saudaraku memberitahuku,yang ibu Yana datang berjumpanya beberapa hari yang lepas,katanya ingin cepat-cepat melangsungkan perkahwinan kami berdua,kerana kedua-dua saling menyukai..Yana bukanlah seorang perempuan yang elok..Rupa-rupanya dia kehilangan dara sewaktu berada di tingkatan 2,dan sejak itu,dia tidur dengan mana-mana lelaki yang menjadi teman lelakinya..Saudara lelaki aku pernah berkata sedemikian,adik saudaraku yang sama sekolah dengan Yana dulu pun menceritakan perkara yang sama..Malah,adik kepada kakak saudaraku di kampong itu sendiri pernah menjadi kekasih Yana,tetapi setelah berkali-kali dilarang oleh kakak saudaraku,adiknya memutuskan hubungan itu..Aku merasa sangat tertipu..Gadis yang aku sayangi,gadis yang aku anggap sebagai isteri,rupanya berperangai sebegitu..Aku ingat aku dapat mengubah diri Yana,aku ingat aku dapat menjadikan Yana seorang perempuan yang lebih baik..Tetapi aku salah..Yana tidak pernah berubah,malah semasa menjadi pasanganku,dia keluar dengan lelaki lain..
Dia sendiri mengaku setelah aku meminta untuk memutuskan hubungan,kali ini untuk selamanya..Dan aku yakin,banyak lagi yang aku tidak tahu tentang diri Yana,yang selama ini aku sangkakan aku tahu segalanya tentang diri Yana..

Baru sekarang aku faham,kenapa ibu Yana begitu cepat hendak kami mengikat hubungan kekeluargaan sedangkan aku masih tidak apa-apa untuk berkeluarga..Rupanya kerana sikap Yana yang sedemikian..Aku berasa sangat bodoh kerana mencintai perempuan sebegitu..Aku mencurahkan segala-galanya,tetapi Yana tidak pernah berubah,tidak pernah puas dengan apa yang telah aku beri,dan tidak pernah puas dengan seorang lelaki..Aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan,dan berpindah ke rumahku kembali..Sudah cukup luka yang aku dapat sepanjang berada di kampungku itu..Aku kembali ke rumahku,ke tempat yang sepatutnya aku berada..Selama seminggu aku tidak pergi kemana-mana..Dan selama seminggu aku hanya terperuk di rumah..Yana ada menghantar msg,dan menelefonku..
Tetapi aku tidak membalas apa-apa kepadanya..Aku tidak dapat menerima hakikat apa yang telah terjadi dalam hidupku ini..Minggu berikutnya,aku mendapat kerja di kilang membuat air mineral..Gajinya tidak seberapa,Cuma kecil..

Aku tidak kisah tentang itu,daripada aku terperuk di rumah tanpa melakukan apa-apa..Aku bekerja selama seminggu di situ,kerjanya terlalu teruk..Terlalu memenatkan,tidak berbaloi dengan apa yang dibayar kepadaku..Tetapi aku terus bertahan,dengan kerja sebegitu,aku dapat hilangkan Yana dari fikiranku..Kerana aku terlalu penat bekerja..Selepas itu,aku mendapat panggilan daripada kakak saudaraku yang berada di KL..Katanya ada kekosongan di tempatnya bekerja,dan dia sudah memaklumkan kepada bos,yang dia ingin membawa adiknya untuk temuduga..Pada mulanya,aku menolak,kerana aku tidak biasa pergi terlalu jauh,dan dengan diriku sehelai sepinggan,langsung tiada duit belanja..Dan jika aku bersetuju,aku akan tinggal dengan dia dan suaminya sehingga aku stabil,dan aku boleh berpindah ke rumah sewa dengan rakanku nanti,begitulah katanya..Aku enggan pada mulanya,tapi dia menelefon aku berulang kali,dan memujukku..Katanya dengan gaji yang kecil di sini,kerja penat tak berbaloi,langsung tak dapat menolong orang tua..
Dia mengajak aku tinggal dengannya,bekerja di tempatnya..Sekurang-kurangnya,aku sudah tidak menjadi beban kepada kedua orang tuaku nanti..dan gaji aku juga lebih tinggi daripada yang aku perolehi sekarang di sini..

Aku mula berfikir,dan aku sama sekali tidak mahu pulang ke kampongku..Situ hanyalah kedukaan yang aku perolehi..Aku teringin hendak pergi jauh dari Yana,pergi jauh dari segala yang mengingatkan aku kepadanya…Akhirnya aku bersetuju dengan tawaran kakak saudaraku itu..Aku meminta izin dari ibuku,dan ibuku mengizinkan aku pergi.. Sekurangnya,aku dapat menimba ilmu berada di tempat orang..Kakak saudaraku yang menolongku mendapatkan pekerjaan..Dia yang membayar belanja untuk aku datang ke KL,dan dia juga yang memberiku duit belanja sementara menunggu aku memperolehi gajiku yang pertama..Aku amat terhutang budi kepadanya..Di sini,aku hidup sendiri..Tiada kawan untuk aku berjalan-jalan,kehidupan seharianku cumalah bekerja,atau duduk di rumah..Ini kerana aku tidak dapat membiasakan diriku dengan tempat ini lagi..Sedikit sebanyak,ingatanku terhadap Yana semakin kurang..Tetapi tiba-tiba Yana menghubungiku kembali,dengan menggunakan no telefon yang lain..Aku tidak menyangka itu Yana,jadi aku menjawabnya..Sebaik mendengar suara Yana,segala yang terjadi dulu kembali di ingatanku..Aku benci akan diriku,kerana jatuh cinta dengan Yana..Aku terus meletak telefon..

Tidak lama selepas itu,Yana menghubungiku,tetapi aku tidak menjawab panggilannya..Dia menghantar msg,katanya "Kita sudah putus,tapi kenapa semua orang kampong mengatakan yang Yana tidur dengan Khai??"Aku terkelu mendapat msg itu,dan aku terus menghubunginya,aku memberitahunya,segala yang terjadi antara aku dengannya,hanyalah antara aku..Dan aku tidak pernah menceritakan tentang itu kepada sesiapa...Yana bertanya,kenapa ada cerita tentang itu..Aku menjawab sejujurnya..Tiba-tiba,Yana mengalihkan topic perbualan,dia bertanya bagaimana khabar diriku,di mana aku sekarang,dan aku bekerja sebagai apa..Aku hanya menjawab,semua itu tidak perlu aku beritahu kepada dirinya,dan aku terus meletak telefon…Selang beberapa hari,ada lagi msg daripada dirinya..Tetapi aku abaikan saja msg daripada dirinya..Kemudian,aku mendapat tahu yang dia akan bertunang,dan dia sendiri ada menghantar msg kepadaku,menjemputku datang ke kenduri pertunangannya dengan budak tentera..Aku tidak menjawab..

Walau sudah bertunang,Yana selalu menghubungiku,dan selalu menghantar msg kepadaku…Tetapi aku tidak balas,aku tidak dapat menerima Yana kembali dalam hidupku,dan disebabkan itu juga,aku tidak dapat menerima mana-mana perempuan dalam hidupku sehingga sekarang,kerana aku tidak dapat melupakan Yana,hanya dia yang teramat aku cintai,tetapi aku juga tidak akan menerima Yana kembali,kerana segala yang dilakukannya kepadaku,tidak dapat aku maafkan..Pulang ke kampong,ibuku bertanya kepadaku "Khai kawan lagi dengan Yana??" Aku menjawab "Tak mak,Khai dah takda apa-apa dengan Yana..
Semuanya dah berakhir,mak….Jadi pengajaran buat Khai mak.." Aku menyangka ibuku akan mengingatkan diriku yang dia pernah memesan pada suatu masa dulu,Yana tak sesuai dengan diriku..Tetapi ibuku datang kepadaku,dan mencium dahiku,ibuku berkata "Jangan fikirkan sangat pasal itu,ingat nak cari duit,dan ingat yang mak sentiasa sayangkan Khai.."
Aku terharu mendengar kata-kata itu daripada ibuku..Aku sekarang sudah tidak lagi mimpikan Yana..Hanya ibuku yang aku pentingkan dari segala yang lain..

Dan sehingga sekarang,sudah hampir setahun aku bekerja di sini,dan aku sudah mendapat ramai kawan-kawan yang mengambil berat akan diriku,termasuklah seseorang yang bernama Nor..Khidupan aku sekarang bertambah baik,dan aku akan sentiasa cuba membaiki hidupku ini..Pada masa ini,cinta sudah tidak ada makna bagiku..Aku hilang kepercayaan terhadap cinta,dan banyak perkara yang telah terjadi dalam hidupku ini..Sehinggakan ada masanya,aku rasakan seperti hendak mati..Tetapi aku yakin,segala yang terjadi ada hikmahnya..Dan setiap yang buruk itu,akan mendapat balasan setimpal..Dan aku juga tidak lari daripadanya..Setiap orang mempunyai impian,tetapi tidak semua impian yang kita impikan,akan menjadi kenyataan..Aku menjadi aku yang sekarang,setelah semua yang telah terjadi..Aku bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa..

Dan cinta sudah menjadi perkara yang tidak penting bagiku,meskipun aku berasa sunyi..Kerana cinta hanya menyakitkan..Aku Cuma berharap semoga suatu hari,akan ada seseorang wanita yang muncul dalam hidupku,dan mencintai aku seadanya dengan seiklas hatinya..Hanya itu yang aku harapkan..
posted by Penulisan2u @ 3:59 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
23 Comments:
  • At 31/7/09 9:54 PTG, Blogger khadijah said…

    wow.....
    nie cerita betoi ker rekaan semata......
    apa2 pun cerita nie ok....
    n banyak memberikan pengajaran..........
    tahniah penulis.....
    teruskan menulis lagi

     

  • At 1/8/09 12:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcm realiti ja pn...tp kn mg bdk pmpuan zmn skrg rmai yg prangai huduh cm 2..

     

  • At 1/8/09 1:20 PG, Blogger deleted said…

    ni cerita betul kan? coz memang inilah realiti hidup. great story.

     

  • At 1/8/09 11:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah pnjg nya tpi pa2 pun mmg best..cita mmg realiti khidupan rmja skrg..smga khai b'jmp ngan poan yng stia n jujur...

     

  • At 1/8/09 12:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    makkk aaaiiii... panjang nyer..
    hurmmm..mmg lar bdk zaman skunk ramai yg hodoh prangai nyer... tp tak sumer.. dak laki pun ade gak yg mcm tu...tp tak sume jugak..
    kisah niy.. hampir same ngn kisah kwn aku..
    cume bezanye ni laki jd mngsa,,
    kayh,,,gud job..
    truskan usaha.

    -sha-

     

  • At 2/8/09 12:06 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pergghh...
    cm kesah benar je...

     

  • At 2/8/09 2:44 PTG, Blogger Unknown said…

    congrates to penulis.....teruskan!!

     

  • At 2/8/09 9:14 PTG, Blogger AishiTeru said…

    emmmmmmmm.........menarik

     

  • At 3/8/09 12:40 PTG, Blogger bidadari cinta said…

    very interesting this story..
    real realiti untuk remaja zaman skrg..
    congrates to writer...4 star..

     

  • At 3/8/09 4:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    manusia skang xramai yg baik...so xpyh la pcaye sgt kt org yg kte sangke baik...

     

  • At 4/8/09 1:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam..hanya cinta pada yang maha Esa kekal untuk selamanya.. ingatlah wahai khai..pasni kalo ade cinta lain yang masuk, biarlaa cinta pada Allah melebihi segalanya.. moga pe yang kita buat..diredhai dunia dan akhirat..yg penting niat..syabas pada khai sebabkan kuatkan semangat utk buang terus minah tu dalam hidup khai..ingatlaa..Allah nak bagi yg lagi baik...dan Allah takkan uji umatnya jika ujian yang nak diberi tu tidak setimpal dengan kemampuan umat tersebut menerimanya... Hidup Khai!!!!!

     

  • At 5/8/09 1:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cedih...
    khai cpt2 brubah k..
    kembali ke pangkal jalan..
    1 hr nt, ble tibe msenye, pasti khai dpt jodoh y sbena.
    good job writer..
    keep it up k..

    zre_ida@yahoo.com

     

  • At 6/8/09 2:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gaya penulisan bagus! critanya sy xnak komen lbh2..
    rasanya remaja skg byk yg mcmtu..
    sy xheran dgn kisah2 spt tu lg..
    sy pn ada bf jg tp kmi da janji xkn buat mksiat..
    kpd rmaja, marila jaga kesuciaan dri kta..

     

  • At 10/8/09 9:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kisah benar ye..
    urm..
    its not easy to change somebody..
    tat gurl pun mst ade kisah htm yg wat die jd gtu..
    but ape pun..
    hrp khai dlm citer ni x gv up..
    or balas dndam pada pmpuan laen lak..
    okies..
    jln citer mmg cm real story la beb..
    cograts!!!

     

  • At 11/8/09 4:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie mcm cite real jer...
    kalo nie cite real msti sdhkn..
    tapi perempuan tu mcm tak dek maruah diri jer..
    tapi penulis nie memng bijak btlla sbb keluarkn cite mcm nie..
    good job izsatanica..

     

  • At 11/8/09 9:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gak ehmm
    romantik ade
    sedih ade
    curang pun ade
    (azlina cute)

     

  • At 16/8/09 9:54 PG, Anonymous sYuhAdA said…

    erm...
    bleh thn ar cta nie...
    bes jgk...
    truskn usaha anda...
    chayok2!!!!

     

  • At 16/8/09 7:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xsuke...mcm pe je..xbes2..

     

  • At 1/9/09 12:56 PTG, Anonymous nurindah said…

    salam Ramadhan,
    Kalau bole,selitkan rasa berdosa pada Allah dalam citer adik.Jika dah berdosa,kena ingat Allah. Cinta akan datang selepas tu.

     

  • At 4/9/09 2:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    askum..
    citer ni terlalu'BEBAS'
    jalan p'crtaan yg bgus..
    kite kena igt bahwa 'CINTA MANUSIA TIDAK SEHEBAT CINTA ALLAH'g0od st0ry..
    ermmm..cter ni dah d'keluarkan d'psran ke??
    teruskan usaha n creat cter len n more great dr ni,k...

     

  • At 27/10/10 10:46 PG, Blogger Adii NakHeran said…

    fuhhh mmg best gilew,,,
    sanggup ada perempuan yg sedemikian,,
    blew aku baca ni baru aku tersentuh,,
    mmg aku cintakan dia tapi aku tak dapat terima dia balik,,
    pheww weet,,,
    good job writer,,!!!!

     

  • At 14/3/11 1:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    agak menyamai kisah hidup aku....so aku dpt hayati story nih....that y aku jd camni skrg....pa2 pn, congrat to da writer.... hope da lh cer yg lg menarik selepas nih....
    -tok wan-

     

  • At 15/11/14 5:19 PTG, Blogger Unknown said…

    Crite yg menarik .. byk pengajaran dlm crite nh .. sadiss pulaak bile aku baca .. :') ..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group