BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 31, 2009
Cerpen : Aku
Nama Pena : shinasuke

Kuintai pondok pengawal. Pintu pagar tertutup rapat. Alamak! Pak cik tu tak balik lagi. Tak mengantuk ke orang tua tu? Dari petang semalam sampai pagi ni asyik muka dia je yang duduk dalam pondok tu. Buntu aku memikirkan idea terbaik untuk lepas masuk ke dalam kawasan sekolah. Tak kan nak ponteng lagi hari ni. Serik aku dengan record kedatanganku yang semakin corot. PMR dah nak dekat. Karang tak pasal-pasal kena gantung sekolah.

"Pak cik, saya pelajar sesi petang. Saya ada aktiviti pagi ni dan kena jumpa cikgu Azura, boleh saya masuk?" kenapalah lambat sangat nak dapat idea. Senang je rupanya nak temberang pak cik tu. Dengan muka penuh jujur, berjaya juga aku masuk. Pak cik tu pulak langsung tak syak apa-apa. Laju je dia bangun bukakan pintu pagar. Tak sia-soa aku bersekolah di sekolah yang mempunyai dua sesi ini. Sesi pembelajaran nampaknya sudah sejam berlalu. Jam tanganku menandakan pukul 8.45 minit pagi. 15 minit lagi baru cikgu Nadia akan keluar. Baik aku tunggu sekejap. Kalau masuk kelas sekarang tentu-tentu kena sembur.

Tandas! Ya, tandas tempat terbaik untuk aku menghabiskan sisa-sisa waktu pertama pembelajaran. Nampaknya skip lagi kelas matematik aku hari ni. Bilalah aku nak berubah.


=============================================================

"Lambat lagi nampak, terbabas lagi ke?" tak salah lagi, ayat itu ditujukan buat aku. Lantak kau lah Salima nak perli ke nak apa ke, janji aku tan menyusahkan hidup kau sudah.

"Kau tahu tak, sebab kau lambat kitorang tak dapat buat pembentangan hari ni tau! Menyusahkan orang je! Tak pasal-pasal kitorang yang kena sembur." Bulat mata Salima memandang aku. Oh, nampaknya aku memang dah menyusahkan dia.

"Sorry... aku takde niat pun." Itu saja yang mampu aku lafazkan buat masa sekarang. Izyan dan Suhana kulihat sedang asyik menyalin sesuatu. Sesekali kepala diangkat merenung papan hitam. Nota matematik dengan corak-corak formular yang aku tak faham. Ni pasti kes masa cikgu mengajar diorang berborak, tu yang dalam ramai-ramai diorang je yang tak habis salin lagi. Aku? Tak payah cakaplah. Nanti pinjam je buku siapa-siapa salin kat rumah.

"kau marah aku lagi?" Salima masam mencuka di meja sebelahku. Kupegang bahu Salima mengharapkan simpatinya. Aku benar-benar tak sengaja. Bukan aku sengaja nak bangun lewat.

"Tak..." perlahan saja ayat itu lahir di mulutnya.

"kau tipu..." balasku.

"betullah!" balasnya seperti jemu dengan desakanku.

"habis tu kenapa kau tak nak pandang muka aku yang comel ni!?" aku menyengih. Salima menjeling manja. Akhirnya dia mencubit pipiku. Kami ketawa.


=============================================================


Pagi itu perutku terasa sakit bagai dipulas-pulas. Aku mohon izin cikgu untuk ke tandas. Secara tak sengaja aku terserempak dengan seseorang. Seseorang yang dalam diam menawan hatiku. Dzulqarnain, Lama aku memerhatikannya. Kalut seketika bila pandangan mata kami bertemu. Sebelum dia dapat membaca apa yang tersimpan di kepalaku, lebih baik aku melaksanakan permintaan perutku yang ketika itu sedang merintih-rintih. Mungkin akibat roti yang aku makan pagi tadi sudah hampir tarikh luputnya.

Keluar saja dari tandas, aku sekali lagi terserempak dengan Dzulqarnain. Dia sedang jalan beriringan dengan Syahmi, teman sekelasnya.

"Syahmi, Cikgu Norain datang tak hari ni?" aku cuba mengambil kesempatan. Kebetulan guru kelas matapelajaran Bahasa Melayu kami diajar oleh guru yang sama. Mereka menoleh ke arahku.

"Cikgu Norain tak datang, ada kursus dua hari." Soalan yang kuajukan kepada Syahmi dijawab oleh Dzulqarnain. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa berbunganya hati aku. Aku tersenyum dan mengangguk. Mereka kembali berjalan meninggalkan aku yang masih kaku menjadi pemerhati.

Sungguh aku terpukau dengan renungan mata Dzulqarnain. Dia lelaki idaman pelajar SMK Seroja Merpati. Siapa tak kenal Dzulqarnain? Pelajar lelaki terbaik di tingkatan 3 yang sebaya denganku. Pandai dan tampan. Bezanya dia duduk di kelas terpandai sementara aku di tengah-tengah. Bak kata orang, bodoh tidak pandai pun tidak. Seingat aku, pada awal aku di sekolah itu aku menyukai Syahmi lebih dari Dzulqarnain. Tapi entah kenapa selepas itu perasaanku beralih kepada Dzulqarnain. Mungkin kerana penampilannya.


=============================================================


"Dzul, kau ada nombor telefon Syamira tak?" kuajukan soalan itu kepada Dzulqarnain. Dia mengangguk dan dengan pantas memberikan aku nombor telefon Syamira. Terbit perasaan cemburu di hati kerana dengan mudah Dzulqarnain mengingati nombor telefon Syamira. Seolah-olah sudah biasa menggunakan nombor itu. Aku tahu mereka berkawan rapat. Sering aku melihat mereka jalan berdua pulang dari sekolah. Tapi menurut Izyan , Dzulqarnain tidak mempunyai perasaan walau sebesar zarah pun terhadap Syamira. Kata Izyan, Dzulqarnain sendiri yang memberitahunya.

"Thanks Dzul." Balasku mesra. Dzulqarnain mengangguk dan berlalu. Aku sekali lagi menjadi pemerhati. Seterusnya nombor telefon Syamira kusimpan ke dalam poket baju kurung sekolahku. Tujuanku untuk bertanya tentang latihan kawad kaki petang itu. Syamira kapten perempuan pasukan Kadet Remaha Sekolah, jadi jika ada apa-apa pertanyaan aku harus merujuk padanya.

Hanya Izyan dan Suhana yang mengetahui perasaanku terhadap Dzulqarnain. Salima tidak mengetahuinya kerana Salima juga menyimpan perasaan yang sama terhadap lelaki itu. Aku tidak mahu kehilangan kawan semata-mata kerana seorang lelaki. Jadi aku memilih untuk terus menjadi pemerhati. Biarku simpan perasaan itu sehingga suatu hari nanti.


=============================================================


Aku pulang sekolah seperti biasa. Berjalan separuh sebelum berhenti menunggu bas di tempat biasa. Seorang lelaki yang sekian lama aku perhatikan datang dari arah belakangku. Dia juga menunggu bas yang sama. Aku suka melihat wajahnya. Tampan. Lelaki itu tinggal satu kawasan dengan rumahku. Cuma aku tidak tahu rumahnya yang mana satu.

Untuk dibandingkan dengan gadis-gadis sekolah yang hampir sebaya denganku di tempat menunggu bas itu, mustahil untuk dia merenung ke arahku. Ramai juga gadis cantik yang mencuri-curi pandang ke arahnya. Biasalah anak muda sepertiku, pantang nampak yang ada rupa sedikit, semuanya menjadi idaman.

"Kau suka dia ya?" Tegur Salima. Aku tersenyum malu. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Mungkin Salima nampak bagaimana cara aku merenung lelaki itu. Salima tersenyum-senyum turut memandang ke arah lelaki itu.

"Nama dia Fitri." Ujar Salima.

"Mana kau tahu?" soalku.

"Tu..." Salima menuding pada tanda nama yang melekat di baju sekolah lelaki itu. Aku cepat-cepat menarik tangan Salima sebelum ada yang menyedari tingkah kami. Salima ketawa.

"Fitri..." perlahan nama itu lahir di bibirku. Dalam diam aku tersenyum.


=============================================================


"Kau nak masuk kawad tak tahun ni?" Izyan masih mendesak. Jemu aku dengan soalan yang sama. Kalau ikutkan hati aku malas nak berkawad lagi tahun ni. Kadang-kadang bukan terpilih pun. Faham sangat aku dengan kakak-kakak senior tu, biasanya nak pilih geng diorang je. Kitorang junior ni jangan haraplah. Bila dah tak cukup ahli nanti baru terhegeh-hegeh pelawa masuk.

"Malas!" jawabku sepatah. Tanganku rancak menyalin nota sejarah di papan hitam.

"Ala Sha...please..." Izyan masih tak jemu memujuk. Siap buat mata ala-ala kucing siam lagi semata-mata nak ajak aku masuk kawad tahun ini. Bukan aku tak mahu, tapi minatku sudah berkurang. Apa yang aku minat sekarang aku sendiri pun tak tahu.

"Sha...Please..." Entah kenapa agaknya kawan-kawan aku ni, macamlah diorang boleh lupa step kalau aku tak ada. Tak cukup Izyan, Suhana pun nak pujuk sama. Salima tak terkecuali, Sejak semalam hantar SMS cakap kapten Kadet Remaja Sekolah masih mencari-cari ahli untuk mencukupkan bilangan pasukan kawad kakinya. Mengenangkan Kapten yang handsome tu, boleh cair juga aku. Aku tersengih sendiri.

"Woi! boleh pulak kau nak berangan kat sini!" Tersentak aku dibentak Suhana. Mungkin marah kerana aku tak memberikan respon yang baik terhadap pujukannya tadi. Melihat kesungguhan 3 sahabatku ini, dengan penuh keberatan aku mengangguk juga. Lebar senyuman masing-masing. Salima siap bagi ciuman di pipi kananku. Apa-apa sajalah.

Itulah kehidupanku sejak di tingkatan satu. Belajar kurang bermain lebih. Masuk aktiviti kelab sekolah yang kurang penting sehingga acap kali mengabaikan sesi pembelajaran di dalam kelas. Aku tiada hati mentelaah buku. Bosan merenung huruf-huruf yang sama setiap hari. Kena leter dengan ayah seratus kali, masuk telinga kanan tak sempat keluar telinga kiri lebih dulu keluar ikut lubang hidung.


=============================================================


"Aku dengar Dzulqarnain suka Marina." Ayat Salima itu menarik perhatianku. Kulihat Izyan dan Suhana memandangku sekilas.

"Mana kau tahu?" Soal Izyan.

"budak-budak ni kecoh cakap diorang nampak Dzulqarnain bagi surat dekat Marina..." Jawab Salima. Tidak cemburukah Salima? Bukankah dia juga menyukai Dzulqarnain. Ah! Pedulikan. Salima bukan lekat dengan satu lelaki. Dia punya ramai teman lelaki.

"Ohh..." Panjang muncung Suhana sambil menjeling ke arahku. Mungkin ingin melihat responku. Ya! Aku memang cemburu. Tapi biarlah. Itu bukan urusanku. Tidak mustahil Dzulqarnain terpikat dengan Marina. Marina cantik, baik, pandai, malah menjadi pelajar perempuan terbaik satu nama di atas Dzulqarnain. Jadi tidak mustahil ada episod cinta monyet di antara dua pelajar terbaik itu.

"Kau cemburu ye?" Izyan mengusikku sebaik Salima dan Suhana hilang entah ke mana. Lamanya aku berkhayal sehingga tak sedar ke mana menghilangnya Salima dan Suhana.

"Tak!" aku menafikan. Hakikatnya aku memang cemburu. Izyan ketawa mengekek. Sengaja mengusikku. "Mana Eima dengan Su?" Soalku.

"Tandaslah. Kemana lagi ratu dua ekor tu!" jawab Izyan sambil ketawa. Suasana kelas bising membingitkan telinga. Maklum saja cikgu Norain masih berkursus. Inilah kesempatan kami membuat bising di dalam kelas.


=============================================================

Aku berkawan baik dengan Salima, Izyan dan Suhana. Kami tak jahat. Kami cuma nakal sahaja. Ponteng kelas itu perkara biasa. Lebih-lebih waktu pelajaran Matematik. Tandas sudah menjadi rumah kedua kami. Sehari dekat 10 kali pergi tandas. Cover ayu setiap masa. Tidak hairanlah kalau 3 kawan-kawan aku ini boleh main kejar-kejar dengan ustazah dalam sekolah pada hari ko-kurikulum semata-mata kerana pakai baju ketat-ketat dalam kawasan sekolah lepas tu tudung yang sepatutnya dipakai di kepala tersimpan di dalam beg.

Esoknya, kerana terlalu marah, Ustazah itu memanggil ketiga-tiga sahabatku ini masuk ke dalam kelas bersebelahan kami. Betapa malunya mereka dimaki dan dicubit di hadapan kelas lain. Izyan lebih merasa malu kerana Hazmir, lelaki yang diminatinya merupakan salah seorang pelajar kelas itu. Percuma saja sahamnya jatuh di hadapan Hazmir dan kawan-kawannya. Aku bernasib baik kerana tidak terlibat.

Esoknya lagi, akibat teruk dimaki oleh ustazah, mereka membuat rancangan untuk serong sekolah. Aku yang tidak mahu berpisah, turut terjebak dengan rancangan mereka. Bodohnya aku ketika itu. Dengan tanpa sekelumit rasa bersalah, aku, Izyan dan Salima keluar dari rumah lengkap beruniform sekolah tapi sebaik sampai di rumah Suhana, kami menukar pakaian sukan dan membuat keputusan untuk melepak di sebuah sungai berdekatan rumah Suhana. Seronok bermandi-manda tanpa rasa bersalah. Nasib kami baik kerana tidak pernah diketahui sesiapa sehingga ke hari ini.

Sudahnya akibat terlalu banyak bermain dan bersuka ria, keputusan PMRku tahun itu ala kadar sahaja. Bak kata orang, sekadar cukup-cukup makan. Ekorannya, tahun ke-empat aku dimasukkan ke dalam kelas tingkatan 4 Akaun. Tak lepas nak masuk kelas Sains. Biarlah, bukan aku berminat dengan sains pun. Dalam banyak-banyak subjek, aku paling tak suka Matematik. Jadi untuk apa aku di kelas Akaun ini?

Dengan bangganya aku membuat keputusan untuk turun ke kelas Ekonomi Asas. Bertemu dengan rakan-rakan yang sama tahap kemalasannya denganku. Walaupun nakal, walaupun tidak suka membaca buku, namun aku punya minat tersendiri. Aku minat dunia sastera dan penulisan. Dengan minat yang sedikit itu, aku mohon keizinan ayah untuk bertukar sekolah.

Ayah tidak menghalang. Awal tingkatan empat, aku bertukar sekolah. Khabarnya Dzulqarnain juga bertukar ke sekolah lain. Tapi dia bertukar kerana kecemerlangannya di dalam peperiksaan PMR yang lepas. Dia ditawarkan ke sekolah asrama penuh di Shah Alam.


=============================================================


Aku tertipu! Aku fikirkan sekolah baruku ini menyediakan pelajaran kesukaanku seperti yang aku dengar dari rujukanku. Tetapi rupa-rupanya sudah lama ditukarkan dengan subjek geografi. Aku benci! Untuk apa aku bertukar sekolah kalau subjek yang aku minati tiada? Menyesal aku meninggalkan sekolah lamaku. Sedih aku mengingatkan Izyan dan Suhana yang berat berpisah denganku dan Salima. Salima juga berpindah sekolah kerana Ibu bapanya ingin berpindah ke tempat lain. Tempoh persahabatan kami tak akan berakhir, aku tak akan sesekali melupakan mereka.


Di sekolah baru, aku gembira dengan teman-teman baru tapi tidak sebahagia ketika aku bersama Izyan, Salima dan Suhana. Aku masih berutus dengan mereka walaupun kami sudah jarang bertemu. Di sekolah baru itu, aku berminat dengan seorang pelajar yang setahun muda dari usiaku. Zakwan, Kacak berwajah kacukan barat. Tambahan pula kelasnya terletak di sebelah kelasku, bila sudah tiap-tiap hari bertemu tidak mustahil aku semakin cair dengannya. Namun hakikat yang tak boleh diubah, aku seorang perempuan dan malu untuk meluahkan perasaan. Akhirnya kami hanya saling pandang memandang dari jauh sahaja walaupun sebenarnya jarak itu cukup dekat. Dia mungkin tidak punya perasaan terhadapku atau mungkin tidak pernah tahu bahawa aku menyukainya.


Walaupun pelajaran yang aku minati tiada di situ, demi menjaga hati ayahku, aku teruskan juga belajar di situ. Aku menjalani kehidupan seperti biasa walaupun telah bertukar sekolah. Masih menunggu bas untuk pulang ke rumah di tempat yang sama. Masih bertemu dengan lelaki yang bernama Fitri itu seperti selalu. Jarak yang dekat tapi masing-masing bisu. Seperti Zakwan, hanya mata menghubungkan kami.
Aku masih juga tidak berubah. Masih dengan tabiat lama. Malas belajar dan lebih banyak berkhayal. Akibatnya keputusan SPMku tidak begitu memuaskan. Juga hanya cukup-cukup makan. Aku mendapat tawaran belajar di UITM dalam bidang Art & Design. Tetapi kerana tidak terlalu meminati bidang itu, aku membuat keputusan untuk menolaknya. Aku sekali lagi ditawarkan ke tingkatan enam. Aku memilih untuk meneruskan pelajaranku ke tingkatan enam.


=============================================================



Tingkatan enam mengubah sedikit perjalanan harian hidupku. Aku berkenalan dengan kawan-kawan yang lebih matang berbanding teman-teman lamaku. Namun aku masih belum berubah.


Ingat lagi aku di tahun kedua aku di tingkatan enam, aku berkenalan dengan seorang pelajar baru bernama Muhaimin. Dia juniorku. Ketampanannya menawan hati mudaku. Kebetulan aku seorang pengawas sekolah, dia juga berminat untuk menjadi seorang pengawas sekolah, kesempatan itu kuambil untuk merapatkan diriku dengannya. Dia memberi respon yang baik. Menghormatiku sebagai seniornya.



Dia menjadi calon Kapten Pengawas sekolah setelah kami yang lebih senior meletakkan jawatan. Sejak itu hubungan kami bertambah rapat. Aku mengambilnya sebagai adik angkatku. Namun rakan-rakan membuat spekulasi bahawa aku mempunyai hubungan istimewa dengan Muhaimin lebih dari seorang kakak dan adik angkat. Pedulikan apa kalian mahu katakan, hanya aku dan dia yang tahu sejauh mana hubungan kami. Dia banyak berkongsi suka duka kehidupannya denganku.Begitu juga aku. Dari rasa suka aku jadi sayang kepadanya. Sayang seorang kakak kepada adiknya walaupun usia yang hanya setahun bezanya.
Aku menerima dia seadanya seperti mana dia menerimaku. Keputusan SPTMku kurang memuaskan dan aku tidak berjaya pergi ke mana-mana IPTA seperti yang aku impikan. Manakan tidak, aku malas belajar dan lebih banyak bermain. Di tahun kedua itu juga aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Khairi. Kami menjalinkan hubungan istimewa. Aku dijadikan teman istimewanya. Tidak aku nafikan setelah hampir setahun berkawan, akhirnya aku juga jatuh cinta pada Khairi. Sayangnya hubungan itu tidak lama, terputus setelah aku ditipu olehnya. Dia tidak curang tapi dia menipu aku tentang kisah silamnya. Aku tidak suka ditipu lantas cara terbaik adalah membawa haluan masing-masing. Perpisahan itu memusnahkan semangat ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam STPM tahun itu. Sudahnya aku gagal lagi. Walaupun tidak gagal, tapi masih di tahap cukup-cukup makan kata orang.


Tak sampai beberapa hari selepas aku memutuskan hubungan dengan Khairi, aku bertemu semula dengan seorang lelaki yang pernah kuukirkan namanya di satu sudut di dalam hatiku. Bukan bertemu mata tapi melalui sebuah website di internet atau lebih dikenali sebagai Myspace. Aku cuba mendapatkan emailnya untuk berhubung kembali dengannya. Dzulqarnain, dia hadir semula dalam hidupku. Sejujurnya di atas nama emailku ada nama dia. Email itu kucipta sebelum aku bertemu semula dengannya. Aku sendiri tak tahu kenapa semasa aku mencipta alamat email itu, nama Dzulqarnain yang menjadi pilihanku. Bukan nama Fitri, bukan nama Zakwan, Bukan nama Khairi atau bukan nama siapa-siapa. Dzulqarnain seorang pelajar yang berjaya kini sedang menyambung pelajarannya di luar negara.
Sehingga hari ini kami masih belum bertemu semula kerana dia jauh di sana. Kami hanya berhubung di internet. Aku berharap dapat bertemunya suatu hari nanti. Kerana nasihat darinya juga, aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di peringkat Ijazah pertama di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta milik MARA. Walaupun aku seorang pelajar yang malas, tidak mahu berusaha dan tidak cuba berusaha, pendidikanku tetap sampai ke tahap yang tinggi dan Tuhan itu seolah-olah tetap memberi aku peluang untuk berjaya berbanding teman-teman yang sama nakal denganku dahulu. Aku bersyukur ke hadratNya. Kini aku berjanji, biar aku tutup sementara pintu hati ini untuk lelaki dan meneruskan pelajaranku sehingga berjaya. Aku tidak mahu bermain lagi. Aku bersyukur walaupun aku pelajar yang nakal dan degil, aku masih dilindungi Allah, aku masih menjadi seorang gadis yang suci dan tidak pernah disentuh lelaki seperti kebanyakkan gadis di zaman ini. Semoga Tuhan terus melindungi aku.

Sekian.


=============================================================


Kisah ini kisah benar. Kisah hidup saya sendiri. Mungkin membosankan pembaca. Tidak mengapa. Saya juga akan bosan jika saya seorang pembaca yang membaca kisah sebegini. Tetapi apa yang ingin saya katakan di sini, walau banyak mana kita gagal dalam kehidupan, kita masih boleh berjaya asalkan kita di landasan yang betul dan sering memohon pertolongan dari Tuhan. Saya dan Dzulqarnain [bukan nama sebenar] masih belum bertemu semula sehingga hari ini dan masih berhubung melalui khidmat Yahoo Messenger. Saya terima seandainya dia bukan jodoh saya kerana saya tahu saya tidak layak untuk lelaki seperti dia. Cuma jadikan kisah saya yang tak seberapa sebagai pengajaran hidup pembaca.
posted by Penulisan2u @ 4:32 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
18 Comments:
  • At 31/7/09 3:39 PTG, Blogger nurul rasya said…

    kisah benar ke?

    gagal sekali bkn bererti gagal selama-lamanya dlm hidup

    trimas sbb tulis cter ni sebagai pengajaran utk bdk2 skewl mcm sy

     

  • At 31/7/09 5:58 PTG, Blogger zila@akulovetravel said…

    BOSAN SIH

     

  • At 1/8/09 11:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ni kisah hidup awk ke??apsal hidup awk bosan..

    (:~D)
    ske komen

     

  • At 1/8/09 1:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    budak2 zaman sekrg nih.. suka sgt ngn cinta monyet.. kejap suka org sana.. kejap suka org sini.. isk~

     

  • At 1/8/09 4:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suka ayat last..

    xpenah disentuh oleh lelaki..

    syabas..

    nEuR0 shEwAzni~

     

  • At 3/8/09 4:55 PTG, Anonymous fiqah said…

    cter neh mema bosan tapi ia memg realiti seorang remaja. saya yakin semua orang pernah mengalami cinta monyet ini. kadang2 ianya kelakar kalau kita imbas kembali ketika kita tidak matang waktu dulu......

     

  • At 3/8/09 6:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tu lah remaja zaman skang ni..
    cube pikir ape faedahnye...
    bercinte bagai nk rak sampai bertahun
    tahun,last..putus...buang mse dan duit jek..
    ape dpt??sakit hati adelah..

     

  • At 3/8/09 6:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x semestinye semua org penah
    mengalami cinte monyet...
    ade yg xpnh..bg sye ia sesuatu yg
    bgos...kbaikan dkt diri seorg pompuan
    itu nnt akn mencorakkn suami die pd mase akn dtg..
    sbb pompuan yg baik utk lelaki yg baik..

     

  • At 5/8/09 1:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg kene tjuk ngan cte ni..sal 'aku' je.
    nway, gud job writer..

     

  • At 5/8/09 3:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sa suka!!! gaya penulisan mmg bagus. tahniah. cuma crita ja yg tak brapa menarik tp ni adalah kisah sbenar so ok la.
    smua remaja skola mmg mlalui pgalaman yg sma, iaitu cinta monyet tu. Nmn, khormatn diri wajib d jaga.. teruskn mhasilkan karya.

     

  • At 6/8/09 11:30 PG, Blogger ummi said…

    bosannyer...

     

  • At 6/8/09 12:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm, lebih kurng je lah dgn aku story ni, apepun congrtn coz berani mencipta cerpen yg jrg aku jmpe ni, god luck...

     

  • At 8/8/09 12:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    usaha tangga kejayaan
    3 star

     

  • At 8/8/09 7:32 PTG, Anonymous qyqa COMEL GILER said…

    salam...
    saya bukanlah ustazah nak berceramah tapi saya cuma nak bagi pengetahuan am jer..
    untuk pengetahuan semua,bercinta sebelum kahwin adalah haram sebab ianya adalah bunga2 zina..
    jangan hampiri zina dan bercouple 2 adalah perkara yg menghampiri zina..

    2 writer..
    try lagi..
    citer ni sebenarnya ok..

     

  • At 8/8/09 7:34 PTG, Anonymous qyqa COMEL GILER said…

    walaupun sy pun sebenarnya pernah couple gak...he3,tapi tu zaman jahiliah...
    sekarang dah insaf!!he3...

     

  • At 8/8/09 9:30 PTG, Anonymous MiSz_LoBeR said…

    ASLKM... Betul kata akak d atas nie....
    heheheh... saya slalu ckap mcam turh dkt kwan...
    dlm phone dorang namakan saya sebagai ustazah... hahahaha...
    lagi pun,saya satu2nya muslim d klas....
    saya pernah jugak couple,tp,dr dlm phone jak...
    saya x suka larh cinta main jumpa2 sgala... buat org malu jak.... hehehe....
    sory,citer bukan2...

     

  • At 8/8/09 9:33 PTG, Anonymous MiSz_LoBeR said…

    citer nie best....
    hehheheh,lupa plak saya nak komen td.... mama xda,amik kesempatan larh.... hehehehehe... macam saya lagi bagus...single-mingle.... hahahahhahahh.... live a happy life.... adios...

     

  • At 11/8/09 8:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jgn komen ksh hidup org,ksh hidup anda mgkin lbh sadis..ksh hdp anda pny rasa menunjukkn anda berusaha..menunjukkn nada melankolik,anda penulis titipkn peribahasa atau kata2 hikmat untuk menambah huraian. tahnuah ats true story anda!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group