Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pak Tarmizi yang sudah tampak tua dan menjangkau lebih separa abad hidupnya itu muncul menyambut kepulangan Herlina di muka pintu. Herlina tersenyum sopan seraya mengangguk-anggukkan kepala membalas perlawaan. Beg-beg sendat bawaannya bertukar tangan. Wajah bapa Ardi itu ditatapnya dengan seribu keharuan. Tangan tua itu dia salami lantas kakinya melangkah masuk ke dalam ruang rumah agam yang besar itu.
Herlina merebahkan diri ke atas sofa mewah bercitarasa inggeris di ruang tamu. Tubuhnya tenggelam nyaman di dalam kelembutan sofa empuk yang bersadur kain baldu berwarna unggu muda. Seraya melepaskan lelah dan kekejangan tubuh. Hampir seharian dia menempuh perjalanan pulang yang panjang hingga menjerakan raga.
Mata Herlina liar memandang ke sekitar ruang dalam rumah agam. Dia masih mengingati keadaan rumah itu dulu ketika ditinggalkan. Susunatur ruang tamu masih dalam posisi yang sama. Ada sebuah set sofa mewah trend inggeris di sudut kanan ruang. Berhadapan dengan sebuah rak kecil dari kayu jati dimana sebuah televisyen lengkap dengan set hifi berciri mewah diletakkan. Sebuah almari hiasan dari kayu nyatuh yang sarat dengan barangan kristal tetap teguh di sudut kiri ruang. Betul-betul berrhadapan dengan pintu masuk rumah. Sebuah pasu berukiran sarawak yang sarat dengan bunga-bunga plastik hasil gubahannya dulu masih menghiasi ruang di tepi pintu masuk. Juga tanaman bonsai kegemarannya. Suasana masih tak berubah.Cuma langsirnya sahaja yang bertukar warna dari yang lalu.
Rumah agam bersemi vernakular klasik ini tetap tidak banyak berubah. Susunatur ruang rumah ibu yang bersatu luas merangkumi ruang tamu dan ruang tengah untuk berjamu selera masih dalam aturan yang sama. Beserta dengan tiga buah bilik tidur yang lengkap dengan bilik air masing-masing berderetan teratur di posisi kanan ruangannya. Bilik pak tarmizi di deretan pertama, diikuti kamar pengantin dia dan ardi beserta sebuah bilik tamu yang digunakan bila ada yang menziarah. Sementara ruang rumah anak yang mengandungi sudut dapur dan bilik orang gaji tetap teguh melabuh di ruang belakang rumah yang agak tersorok. Rumah agam itu masih tetap menyimpan ciri-ciri nolstalgianya yang tersendiri. Rumah keluarga Ardi.
"Abang ardi ke mana, abah? Masih tak balik ke?", soal herlina ketika melihat kelibat bapak mertuanya yang baru muncul semula dari arah pintu bilik. Menghantar beg-beg sendat miliknya tadi.
Tangannya bingkas menyeka keringat yang menempel di wajah dan lehernya yang jenjang dengan tisu tipis. Sesekali tisu itu ikut dikibar-kibarkan persis menahan kepanasan tubuh. Persoalan itu sudah lama dipendamkan dilubuk hati.
"Entahlah! Dari semalam dia keluar tak pulang-pulang lagi ni! Mulanya abah ingat dia pergi menjemput rina. Tapi tak terjumpa pula. Kejab lagi balik lah dia tu agaknya.", luah Pak Tarmizi seakan mengeluh. Sesekali digaru-garu kepalanya yang sudah sarat memutih itu seakan sukar memberi jawaban yang pasti. Seperti cuba mengelak pun ada.
Herlina terbisu seribu bahasa. Naluri kewanitaannya seakan tersentuh. 'Apa yang dilakukan Ardi saat ini? Dia ingat tak aku pulang hari ini? Bukankah mereka ada berbual sehari sebelum kepulangannya ke sini dulu? Suaranya ketika itu biasa-biasa saja. Tak nampak sebarang masalah pun!' Dahi Herlina terkerut menelan seribu fisafat keanehan.
Tubuhnya disandarkan lemah ke sofa seraya ingin membuang terus kelelahan dalam jiwa. Matanya merenung jauh ke arah jendela ruang tamu yang berhias langsir berona merah bata itu. Dicubanya membuang segala yang membuntu di hati. Batinnya diajak untuk beristirehat. Pak Tarmizi pula sudah lama menghilang ke ruang belakang rumah
Herlina terus melayan fikirannya sendiri. Dia terkenang cerita-cerita ardi tentang rumah agam milik keluarganya ini dulu. Ardi selalu membayangkan kehidupannya di waktu kecil yang penuh dengan kesunyian dan keseorangan. Sejak kecil ardi diasuh oleh para pengasuh yang sering bertukar-ganti di sepanjang dirinya membesar. Sering bertukar harap juga untuk menagih kasihsayang di kala batin kecilnya amat dahagakan perhatian. Ardi membina mandiri dalam dirinya sendiri disamping membentuk keperibadian yang agak pendiam dengan orang lain.
Ardi merupakan anak muda yang menghadapi keretakan perkahwinan kedua orang tuanya dalam saat batin yang masih amat memerlukan. Ibunya membawa diri ke Singapura dan tidak muncul-muncul lagi. Seakan membawa diri justeru melupakan dirinya juga sebagai anak. Dia meniti hidup bersama bapanya sejak berusia enam tahun. Ditinggalkan pada para pengasuh kerana bapanya yang terlalu sibuk mengejar kerjaya sendiri. Bapanya juga seperti tidak pernah mahu memperdulikan dirinya. Di kala mendengarkan cerita-cerita silam Ardi ini, Herlina pasti akan menunduk simpati sendiri. Herlina dapat merasakan alam kesepian itu. Rumah ini juga tampak begitu mencengkam kesunyiannya pada diri herlina. Begitu mengerunkan sanubari.
Pabila mengenangkan ardi kini, benak Herlina persis dihambat dengan seribu kekecewaan yang amat dalam. Terasa yang suaminya itu tidak begitu memperdulikan kepulangannya. Hatinya seakan kelu tertusuk luka.
'Ardi! Kemana kau! Semalam kau seakan tidak sabar menyambutku di airport dari telefonmu. Tapi kau tidak pernah ada, hinggalah kujejaki sendiri di rumahmu ini. Bayangkan betapa kecewa hatiku kini.'
Rasa sebak bergelumang di seluruh ruang dadanya kini. Pelupuk mata mulai sarat berkaca-kaca. Namun tetap dicuba untuk menahan guliran airmata.
"Minumlah, nak!"
Herlina tersentak. Lamunannya mati andar. Dia memandang ke arah makcik tua bertubuh rendang yang mempelawa dia minum itu. Makcik itu meletakkan secangkir teh panas di hadapannya dengan senyuman yang ramah di bibir. Herlina cuba membalas dengan mengukir senyum mesra. Memang dia tak kenal betul makcik yang tiba-tiba muncul dihadapannya ini.' Adakah ibu Ardi? Ah! Tak mungkin! Nampak terlalu tua. Saudara mara Ardi agaknya'. Wajahnya berkerut menahan kehairanan.
"Makcik orang gaji di rumah ini. Anak ni herlina, kan? Isteri ardi. Makcik kenal dari gambar nikah anak yang tergantung di dalam bilik ardi tu!".
Makcik tua itu bersuara seakan tahu nada kekeliruan yang menyelubungi hati herlina saat itu. Tersipu-sipu malu jadinya herlina.
"Makcik tak minum sekali?", pelawa herlina pula sambil mendekatkan mulut cawan putih berisi teh panas ke bibirnya. Dihirupnya teh itu perlahan-lahan. Tertib.
"Minumlah nak!, Makcik ada kerja lagi di belakang tu", balas makcik itu lagi seraya meminta izin untuk ke dapur semula. Seperti seberkas angin yang berlalu, tampa sadar makcik tua itu terus menghilang dari pandangan herlina.
Herlina kembali melayari perasaan gundahnya seorang diri. Hanya tuhan yang tahu, betapa terasing rasa dirinya di saat itu. Sudahlah kepulangannya seperti tidak bersambut. Kini dia bagai tetamu tak diundang pula rasanya di rumah suami sendiri. Sedangkan dua tahun lalu dia pernah menetap di sini selepas perkahwinannya dengan ardi. Malahan dia yang menguruskan semua kerja-kerja rumah di kediaman agam ketika itu. Biarpun tak lama, kerana dia harus berangkat menyambung pelajarannya enam minggu kemudiannya.
Herlina cuba meredam hatinya yang bercelaru. Dihirupnya teh panas yang disediakan itu lagi. Seakan guliran air suam yang mengalir nyaman ke tengkoroknya itu mampu menenangkan jiwa dalam diam. Dia cuba melayarkan memori-memori indah semasa di alam perantauannya di Amerika. Di pekan kecil pittburgs yang mempunyai empat nada musim setiap tahun. Bersama Nedo dan Christine yang selalu menjadi penghibur di setiap saat sepinya. Malah bantu melupus kerinduannya pada tanahair
Tidak mungkin dia dapat lupa pada Nedo. Gadis manja berbangsa sunda itu memiliki kulit kuning langsat yang agak menawan. Tubuhnya yang kecil seperti wanita jepun selalu membuatkan dia sering digoda oleh penuntut berkulit putih. Dari kejauhan dia nampak seperti seorang gadis kerdil yang begitu comel, sehingga mampu melirik pandangan aneh sesiapa sahaja kepadanya. Dan tak hairan, kami sering kehilangan jejaknya ketika berjalan-jalan di sekitar yang ramai orang.
Nedo juga sering kecuh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Malah dia sering terlupa dan tertinggal barang-barangnya setiap waktu. Seringkali Herlina dan Christine tak kering gusi melihat gelagat kelam kabut temannya itu. Tingkahnya agak lucu ketika dia berkelakuan begitu.
Nedo adalah anak kepada sebuah keluarga bangsawan sunda dari surakarta. Bapaknya seorang bupati daerah yang mempunyai posisi politik yang kuat di sana. Keluarganya juga amat berpegang teguh pada adat dan budaya. Tak henti-henti nedo menceritakan betapa rumit hidupnya ketika bersama keluarga yang ningrat itu. Betapa bosan dikala dia sering dipinggit untuk melakukan segala hal. Setiap perbuatan juga harus berpandu pada adat. Oleh itu, peluang melanjutkan pelajaran ke amerika ini benar-benar membuatkan dia gembira. Dia boleh berbuat apa sahaja mengikut kehendak hatinya, tampa kongkongan keluarga.
Christine! Masih herlina ingat perawaan temannya yang berdarah korea itu. Tubuhnya kurus tinggi, tidak seperti gadis-gadis korea yang lain. Wajahnya juga agak menarik. Dia punya lesung pipit kecil di bawah bibir yang membuat parasnya manis ketika melirik senyum. Christine juga agak berani diantara mereka. Tidak pernah takut dengan apa-apa pun. Selalu juga dia berlagak seperti pelindung kepada herlina dan nedo. Sekali pandang, dia tak ubah seperti seorang gadis campuran darah timur-barat yang seakan sudah menetap lama di amerika.
Christine sering mendahului mereka dalam banyak perkara. Dia peka dengan segala hal di sekelilingnya. Dalam kuliah juga christine sering menjadi yang terbaik diantara mereka. Akibatnya dia sering menjadi guru tak bertauliah kepada nedo dan herlina. Tersenyum herlina bila mengingatkan tingkah laku teman-teman akrabnya itu. Sayangnya mereka sudah tiada disisi lagi.
Sedar-sedar hari sudah beransur diselimuti remang senja. Suasana suram menyaluti seluruh ruang dalam di rumah agam itu. Azan maghrib yang lantang kedengaran dari surau yang berdekatan seakan membangkitkan herlina dalam lamunannya yang panjang.
Herlina berganjak lemah menukar posisi duduknya. Dia berdengus lemah beberapa kali penuh kelesuan. Seakan lemas dalam dunia fantasianya sendiri.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan