BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Jun 17, 2009
Novel : Teguran Illahi 3
Nama Pena : aulia

BAB 3


MALAM yang hening tiba-tiba dicemari dengan bunyi sekumpulan Mat Motor menunggang bagai nak rak! Kamal terjaga dari tidur yang lena dek keletihan seharian dalam perjalanan. Matanya terkebil-kebil memandang syiling yang agak berlainan dari biasa. Dia berpusing kekiri mencari Liza dan ternampak beg bajunya, oh! Aku bukan berada di kampung bersama Liza. Kamal menyedari dia sebenarnya sudah berada di Kota, sudah mula menghirup udara yang penuh dengan debu kekotoran dari pencemaran yang nyata. Kota yang penuh dengan sandiwara manusia dua rupa. Keindahan Kota hanya di luaran tetapi dalaman diisi dengan kejelekan; bagi yang sedar, mereka mencari ketenangan dalam aktiviti keagamaan tetapi yang membiarkan diri dibelengu syaitan, mereka terus terleka dengan arus dunia keseronokan yang sementara.
Kamal menggosok mukanya masih keletihan. Petang tadi dia menunggu sahabatnya, Aman hampir satu jam. Selepas bertemu dan menjamu selera di gerai pilihan Aman, dia dibawa ke apartmen yang selesa milik temannya itu. Kamal segera solat jamak setelah mandi membersihkan dirinya. Dalam hati tidak sabar untuk menghubungi Liza di kampung. Sengaja dilewatkan untuk menalipon kerana Kamal ingin berbicara panjang dengan isterinya, melepaskan kerinduan. Aman seperti biasa setelah bersiap, dia keluar merempuh malam mencari teman-teman yang sehaluan. Kamal tak sangka sahabat baiknya masih seperti dahulu suka membuang masa berpeleseran. Hidup bujang ni memang banyak dugaannya.Kalau belum kahwin lagi mungkin aku juga seperti itu, terdetik hati kecilnya, lagipun mereka sudah tinggal bersama sejak masa studi lagi, lebih tepat lagi selepas kematian semua ahli keluarga Kamal dalam satu kemalangan ngeri. Kemalangan maut di antara kereta Harier ayahnya dan sebuah lori simen tiga tahun lalu masih segar diingatan hingga kini, adakalanya sungguh sukar untuk Kamal melupakannya sehingga sering terbawa dalam igauan. Jika diingatkan memang boleh jadi gila dibuatnya, kehilangan ibubapa dan dua orang adik perempuan yang disayangi amat memedihkan. Kamal segera memadamkan ingatan hitam yang baru nak muncul itu dan menyalurkan kepada hari-hari bahagianya bersama Liza. Bila teringat saja Liza, segera Kamal mencari telefon bimbitnya. Teraba-raba dia mencari di dalam poket seluar dan baju, tidak ada! Kamal gelabah seketika, kemana perginya telefon Nokia 1100 nya? Dia teringat kembali semalam adalah kali akhir dia menggunakannya, ketika menalipon Aman untuk memberitahu dia sudah berada di Pudu Raya. Selepas itu dia menunggu di Platform 4 selama sejam, dia masih ingat lagi handset itu disimpan semula di poket seluarnya dan… kemungkinan jatuh… tak mungkin kerana dia pasti kedudukan handset itu terkawal. Hem, bagaimana boleh hilang pula? Aduh! Ketika rindunya semakin memuncak terhadap Liza, handset pula menjadi masalah… Di mana pula dia nak cari telefon awam ditengah-tengah kediaman yang mewah ni? Aman tidak pula menggunakan telefon rumah, ternyata perangainya masih tak berubah… nak pinjam pada jiran waktu ni, semuanya dah masuk sarang tidak mahu diganggu, faham benar dia peel penghuni sini. Pening Kamal memikirkannya. Silap dia juga tidak mahu berhubung sebaik sampai di Kota. Kamal cuba memenjamkan matanya untuk menghilang denyutan yang semakin kuat. Maafkan abang, Liza! Kamal semakin rindu dan akhirnya tertidur semula.

LIZA semakin gelisah dan malam semakin lewat. Di mana suaminya ketika dan saat ini? Tidak rindukah dia atau ada apa yang terjadi? Ya Tuhanku, selamatkan suamiku! Liza cuba mendail lagi. Masih tidak ada jawapan, cuma kedengaran nada dering dan kemudian terhenti. Sekali lagi Liza mendail tetapi kali ini nadanya terus senyap. Liza memerhati handset di tangannya, masih baru… Kamal telah beria-ria membelikannya semalam, senang berhubung nanti katanya. Liza masih ingat lagi kata-kata Kamal kepadanya semalam…
"Biar abang beli handset ni dan simkadnya nanti, Liza pilih ya. Abang nak nombor yang cantik tau secantik isteri abang ni." Kamal mencuit dagu Liza dan Liza segera menepis mesra kerana malu diperhatikan oleh tauke kedai lalu memegang dan membelek-belek handset yang bewarna hitam itu dengan penuh minat.
"Ohh… muka Liza ni macam nomborlah ye," terdengar nada sedih di pendengaran Kamal namun dia ingin mengusik isterinya, nampak cantik pula bila wajahnya marah macam tu… ayu!
"Memang cantik, macam nombor tujuh, mancung gitu!" Kamal memuncungkan mulutnya dan mengenyitkan mata, menunduk dan membisik perlahan, "… semuaaa…nya cantik!" Dia mengarahkan matanya keseluruh tubuh Liza. Liza terus tersenyum malu dan mencubit peha Kamal perlahan. Kamal mengaduh kesakitan dan ingin memeluk Liza tetapi segera Liza menunjuk ke arah beberapa orang yang lalu lalang menjeling dan memerhati gelagat mereka tadi. Beberapa orang hanya tersengeh dan berlalu manakala beberapa yang lain menjeling sahaja.
"Okeylah… nanti Liza bagi surprise… abang masih tak tau lagi nombor Lizakan." Dia berasa seronok pula memikirkannya. "Tapi abang janji tau, bila tiba kat Kota, terus telefon Liza di rumah ya." Liza meminta dengan sedih bila teringat mereka akan berpisah keesukan harinya. Dia risau jika lambat mencari nombor yang berkenan di hatinya nanti lambat pula berhubung dengan suami tercinta. Apapun Abang Kamal tentu akan menunggunya telefon dahulu. Aku mesti mencari nombor tu selepas Abang Kamal bertolak pergi. "Liza akan sms nombornya nanti, insyaallah."

Liza mengeluh, tetapi lain pula yang terjadi… Hampir malam baru Liza dapat mencarinya di kedai Ah Seng setelah beberapa kedai di jelajahinya, semata-mata mencari satu nombor cantik yang berkenan di hati. Mungkin Abang Kamal dah tidur tapi tak mungkin tutup telefon pula. Sekali lagiLiza mendail tapi masih tidak berkesan. Setelah beberapa kali cubaannya gagal, Liza menyebamkan mukanya ke katil. Sampainya hati abang… Liza rindu ni… Abang Kamal, abang pergi mana ni?

KEESUKAN harinya Aman membawa Kamal ke pejabat di mana dia dikehendaki mendaftarkan diri untuk kemasukan pertamanya di bangunan itu. Kamal mengikut sahaja arahan dari Aman selaku perantaraan pihak atasan dan dirinya. Setelah semuanya selesai, Kamal diberikan sebuah bilik pengurusan berdekatan bilik Timbalan Pengarah Unit. Seharian Kamal bertungkus-lumus mengkaji beberapa fail pengurusan dan fail syarikat untuk memberikan impak kepadanya agar dia dapat menjalankan kerjanya dengan lebih cekap. Kamal lupa pada kerisauan isteri di kampung, lupa juga pada mertua yang menunggu berita. Kerja yang mencabar adalah satu bidang yang disukainya dan kelebihan Kamal ialah dia terlalu pentingkan kesempurnaan dalam pekejaannya dan dalam apa jua kerja buatnya. Sejak di Universiti dahulupun Kamal sering mencapai kejayaan; dia tergolong dalam kumpulan pelajar yang menjadi ikutan serta contoh, mempunyai daya saing yang tinggi dan popular. Tidak hairanlah semasa di kampus dulu, setiap kali di beri tugasan luar di mana-mana jabatan, pasti dia disayangi dan menjadi kesayangan Bos! Kawan dan lawan menghormati dirinya sebagai seorang yang tidak mengenal erti kekalahan. Tiada siapa yang tahu betapa Kamal cuba melupakan peristiwa hitam yang menimpa keluarganya, bukan tidak mahu mengingati tapi dia terlalu tertekan, dia menyerahkan segala tenaga dan pemusatan fikirannya kepada kerjaya. Kejayaan yang dicapai memberi kepuasan kepadanya sekali gus memberi ketenangan.
Di pejabat itu dia bekerja dengan seorang setiausaha yang comel bergaya, berkulit hitam manis, Devi, berketurunan India dan telah bekerja selama dua tahun di situ selepas pulang dari pengajiannya di Universiti Fresno, Selatan California. Kepetahannya berbahasa Inggeris dan keramahannya bergaul telah membuat dia cepat naik dalam dunia kerjayanya.
Kamal pada mulanya malu untuk menyuruh Devi membuat penerangan mengenai beberapa hal dan fail tetapi Devi pandai menyesuaikan diri. Kini, mereka boleh bekerjasama dengan baik sekali setelah penerangan pertama dari Devi memuaskan hati Kamal. Sejak pagi tadi Kamal asyik terperap di bilik cuba menyelesaikan beberapa tugasan, perutnya kini sudah berbunyi meminta diisi. Kamal mendongak ke meja Devi, kosong! Ke mana pula perginya setiausaha comelnya? Dia baru bercadang untuk meminta Devi membuatkan air untuknya dan terpaksalah nampaknya buat sendiri. Kamal segera bangun dan mula berjalan ke ruang belakang di mana terdapat sebuah jug air panas dan beberapa bekas gula,Milo dan kopi serta juz minuman. Nasih baik ruang mini kantin ini ada berdekatan , malas juga nak keluar merayau ke tempat lain. Dia masih baru dan belum tahu lagi selok belok ruang dan bilik di sini. Dia akan pastikan Aman memberitahu tentang pejabat ini malam nanti.
Sedang Kamal membancuh Milo panas, tiba-tiba kedengaran siulan kecil dari belakang. Kamal berpusing dan melihat Devi sedang bersandar melihatnya dengan posisi yang agak seksi; rambutnya hitam lebat berombak di dahi dengan potongan pendek lurus paras leher. Berbaju biru laut tanpa lengan dengan skirt hitam berbelah tepi dan berkasut tumit tinggi bertali tinggi.
"Ada apa yang lucu Cik Devi?" Kamal bertanya dengan senyuman kecil bersahaja. Boleh tahan juga anak dara ni, berani menggoda tak kira siapa, bisik hati kecilnya. Terusik juga nafsu mudanya yang telah biasa terisi sebelum ini.
"Boleh tahan juga U berdikari tanpa I." usik Devi manja. Matanya tajam memandang Kamal yang tidak menunjukkan sebarang reaksi nakal, satu cabaran baginya untuk mencuba lagi dengan godaan yang lebih berani. Dia ingin melihat sejauh mana ketahanan lelaki ini yang agak menarik hatinya. Pada pertemuan kali pertama dengan Kamal memang Devi tertarik untuk mengenali dengan lebih jauh lagi, entah kenapa lelaki Melayu ini berlainan sekali dengan mana-mana lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini. Kamal begitu bersahaja dan steadi bila berhadapan dengan dirinya, tidak seperti lelaki lain… pantang digoda, cepat mengambil kesempatan. Aku tidak akan lepaskan lelaki sebaik ini, detik hati Devi tegas.
"Nak buat cam mana, dah dahaga so kena explore sendiri laa… Nak suruh orang tu, dia sekejap ada sekejap takde." Kamal membalas sinis. Mereka sama-sama tersenyum memahami maksud gurauan dari Kamal. Masing-masing kembali ke meja sendiri dan menghabiskan kerja untuk dua jam berikutnya tanpa kata-kata lagi. Sekali –sekala kelihatan Devi memintas untuk mengambil fail-fail di rak berdekatan. Tidak ada lagi adegan berani cuma senyuman manis mengiringi kerlingan . Kamal hanya mampu membalas dengan anggukan kepala.
Malam itu selepas solat Maghrib, Kamal termenung panjang… bagaimana keadaan Liza di kampung. Risaukah dia? Bagaimana mahu berhubungan dengan isterinya sedangkan nomborpun dia tidak tahu lagi. Apakah maknanya semua ini? Kamal masih lagi terkenangkan isteri bila Aman yang baru keluar dari bilik air berdiri di hadapannya.
"Kenapa Kamal? Dari tadi asyik termenung, ingatkan siapa? Isteri kau tu takkan lari, bila dah setle nanti, kau ambil dia." Aman memberi cadangan. "Kau dah telefon ke belum?" Dia bertanya lagi.
Kamal menggelengkan kepala. "Handset aku hilang semalam semasa menunggu kau. Aku tak tau nak contact siapa sebab no phone isteri aku… er…no baru." Kamal menerangkan dengan nada yang lemah. Dia sudah hilang punca untuk menghubungi isterinya dan berharap Liza tetap mengerti. Seminggu dua nanti dia akan pulang sekejap menjenguk mereka dan memberitahu keadaan yang sebenarnya. Biarlah dia nak marah namun sekembalinya nanti ke sisi Liza, akan dipujuk isterinya itu dengan kerinduan yang memanjang. Kamal senyum sendirian dan melepas pandang ke luar jendela apartmen yang setinggi enambelas tingkat itu.
"Haru juga kalau macam tu…" Aman menoleh ke arah Kamal, "… eh, apa yang kau tersengeh tu? Syok sendiri pulak." Celoteh Aman lagi bagai mak nenek. Susah untuk dia memikirkan masalah sahabatnya ini. Ada isteri tapi tak tau pula nombor phone, hai… pening! Aman duduk di sofa sambil menepuk-nepuk belakang kusyennya. Dia melunjurkan kaki dengan selesa, tangannya membelek-belek CD yang berserakan di hadapan. Sudah puas dia menontonnya berkali-kali dan ingin pula dia berkongsi cerita dengan Kamal. Kebanyakan cerita yang menjadi koleksinya juga pasti menjadi kegemaran Kamal. Mereka pernah tinggal bersama dan sering menjalankan aktiviti bersama. Cuma bab kahwin awal tidak menjadi pilihan bersama kerana masing-masing mempunyai pendirian yang berlainan. Aman tidak menyalahkan Kamal untuk menamatkan kehidupan bujangnya lebih awal, itu pilihan Kamal sedangkan dia mempunyai target untuk memulakan kehidupan berkeluarga lima tahun lagi, jika diizinkan Tuhan. Aman pun baru mendapat kerja selepas Graduasi mereka setahun yang lalu, tetapi sebelum ini dia sudah pernah bekerja sambilan di bawah syarikat yang sama tiga tahun lalu. Mungkin juga kerana duit yang banyak, di tambah lagi dengan duit poket dari keluarga dan biasiswa membuatkan Aman sering berpeleseran diwaktu malam jika ada peluang. Bila senang mendapat teman wanita maka susah pula untuk memilih yang berkenan di hati. Bukan seorang dua yang menjadi kenalannya malahan dia mempunyai lebih dari lima orang teman wanita. Kamal juga sering menemaninya jika di pelawa. Siapa tidak kenal Aman dan Kamal, teruna idaman gadis-gadis di Universiti. Mereka berdua terkenal dengan sifat ‘gentleman’ dan periang, mudah menghulurkan bantuan jika diperlukan tidak kira masa dan tempat. Aman masih ingat beberapa peristiwa lama yang sering menjadi gurauan mereka berdua bila terkenangkan zaman studi mereka dulu. Terutama mengenai seorang gadis yang memang habis gila pada Kamal, entah di mana dia sekarang?
Kamal masih tersenyum sendirian bila dia kembali semula ke alam nyata. Apartmen ini masih tidak berubah, susunan dan perabutnya masih seperti dulu. "Masih seperti dulu pondok kau ni Man, kau tak jemu dengan deco ni." Kamal mendepangkan tangannya.
"Orang bujang ni mana le tau nak kemas-mengemas...Keep it simple man…" ujar Aman terus terang. "Lagipun aku dah lama bujang , tau je nak appreciate things, selagi nampak cantik dan selesa… aku akan happy di sini." Aman bersahaja memandang sahabatnya. "Ingat tadi nak kasi kau tengok cerita best ni tapii… jom keluar… aku nak kau berhibur lupakan kerinduan kau tuu…" Aman bangun dan mencapai kunci kereta di dinding. "Nak ikut tak? Aku nak tunjukkan kau satu keunikan hiburan yang dah lama kau tak kecapi." Aman menyatakan dengan ceria.
Kamal membaringkan dirinya diatas sofa. "Malaslah…aku tak solat lagi."
"Nak solat pulak…." Aman memandang dengan perasaan dengkel, " Alahai… kau perform ur prayer… lepas tu kita keluar kejap, kalau kau tak seronok, kita chao je." Ujar Aman bersahaja. Kamal berasa serba salah untuk mengikutinya, fikiran rungsing memikirkan tindakan yang selanjutnya, apa yang harus dibuatnya? Pening! Daripada pening duduk keseorangan di sini baik aku pening mengikuti gelagat Aman yang gila-gila ni. Akhirnya Kamal membuat keputusan untuk melupakan segalanya sebentar. Segera dia bangun mengerjakan solat dan menjeling Aman yang sedang bersiap untuk keluar. Dia tahu dia akan terjerat dengan hiburan di luar sana, hiburan yang unik dan menggetarkan. Syurga dunia jika dibiarkan diri terjebak… Aduh Liza! Maafkan abang!
posted by Penulisan2u @ 2:34 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:
  • At 25/6/09 2:33 PTG, Blogger aulia adz said…

    rasanya banyak lagi kelemahan but Insyaallah akan edit nanti.Maka perlukan komen yg membina @ menegur. Thanks

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group