Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tok Aki nak kemana tu nek?". Soal Nur Alia yang baru melabuhkan punggungnya disisi nek mah yang sedang menyudahkan lipatan kain yang terakhir, matanya terpandang akan kelibat tok aki mengatur langkah ke tali air yang beberapa meter dibelakang rumahnya "Nak ke tali air belakang sana tu, katanya nak memancing ikan keli. Si Adi tu suka sangat dengan ikan keli bakar cicah air asam dah puas makan tu dia makan ikan keli gireng masak cili pulak. Kuat betul dia makan tapi badan macam tu juga. Selalunya kalau balik ke sini dia ngan Tok Aki memancing kat sanalah." Neh Mah memuncungkan bibirnya mengaerahkan ke sana. Dia menyambung lagi "Dulu Adi suka bawak sekali kawannya budak Khairul dan Hamid, tapi sejak mereka dah kahwin ni jarang pulak datang kesini. Masing-masing sibuk dengan kelurga agaknya." Luahnya lagi. Nek Mah turut memandang suaminya ditangannya terdapat beberapa batang kail yang diperbuat dari buluh serta seberkas umpan. "Khairul, macam pernah dengar nama tu." Nur Alia seakan mengingati nama yang disebutkann oleh Nek Mah tadi. Seketika kemudian baru dia teringat Khairul lah yang menelefon suaminya semalam. Dia tersenyum teringat kembali ucapan yang didengarya bila menjawab panggilan darinya. "Ooo..yea ke. Tentu seronok kan nek. Alia nak ikut Tok Aki lah nek, boleh."pintanya lembut. "Jom lah, kalau kamu nak ikut. Nenek pun nak duduk bawah pangkin sana tu. Kita makan kat bawah sana bawak air ngan bekal sekali yea." Tangan tuanya diunjukkan kearah pangkin dibawah pohon ketapang yang batangnya sebesar pemeluknya. "Adi kemana?" Nek Mah bertanya setelah dia teringat yang dia terdengar ejin kereta Honda Accord dihidupkan setengah jam yang lalu. "Tadi dia kata nak ke pekan sekejap. Buat apa entah." Soalan Nek Mah di jawab dengan senyuman dan bahunya dijungkitkan. "Kenapa kamu tak ikut sekali.." nek mah semakin galak bertanya. "Saja nek, malas la nak ke pekan, dah muak asyik hidu asap jer, lubang hidung ni ha dah hitam legam macam bontut kuali dah jadinya." Nur Alia menunjukkan jari telunjuknya ke hidung dan memandang wajah tua didepannya itu. Kedut-kedut diwajah tua itu semakin kelihatan bila ketawa. Mereka sama-sama ketawa "Ada-ada je lah kamu ni…" Cepat benar kemesraan terjalin diantara mereka. Baru semalam Nur Alia diperkenalkan oleh Adi Hamidi kepada Nek Mah dan Tok Aki. Nur Alia tidak sedikit pun kekok bermesra dengan Tok Aki dan Nek Mah. Nek mah mengeleng kepala, lalu dia bangun dari duduknya, Nur Alia turut serta bingkas bangun apabila Nek Mah mula mahu melangkah. Dia menjinjit sebuah bakul yang berisi air dan beberapa jenis kuih yang dimasakkan oleh Nek Mah tengah hari tadi. Walaupun usia Nek Mah menjangkau hampir 70 tahun namun kudratnya masih lagi mampu menyaingi wanita berusi 50 tahun. Petua yang selalu diamalkan oleh Nek Mah adalah dengan sentiasa membasahkan anggota wajib dengan wuduk dan juga mengamalkna solat-solat sunat. Terutamanya solat sunat Tahajut diwaktu malam. Nur Alia menutup pintu dapur setelah diarahkan oleh Nek Mah. Mereka berjalan beriringan menuju ke pangkin sana. "Wah! Bestnya duduk melepak kat sini nek, petang-petang macam ni lagi lah. Nyaman betul lah. Nur Alia manarik nafas sedalam-dalamnya. Angin petang menyapa lembut pipinya seolah-olah merestui kedatangannya disini. Serta merta ingatannya melayang kepada abah. Apa yang abah buat sekarang ini. Dia selalu mengikut abahnya berkebun jika pulang ke kampung. Tentu dah berbuah terung yang ditanamnya bersama abah 3 bulan lalu. Nek Mah tersenyum melihat aksi Nur Alia yang mendepakan tangan menghirup udara segar. Tok Aki yang ralit dengan pancingnya memandag kearah pangkin dibawah pokok ketapang setelah kosentrasi nya terganggu dek suara Nur Alia. Dia tersenyum sendirian, melihat cucu menantu angkatnya itu yang tidak kekok berada dikediamannya. Malah keramahan Nur Alia melayani dia dan isterinya menambat hati tuanya. Sejuk matanya melihat Nur Alia yang bertudung itu sewaktu pertama kali bertemu. Nur Alia berjalan menghampiri Tok Aki yang baru mengalihkan batang kailnya ke tempat lain. Mungkin lokasi tersebut tidak ada banyak ikan. Raga yang berada disebelah Tok Aki masih lagi kosong. Dia mengagak tentu Tok Aki belum lagi menaikkan sebarang ekor ikan. "Tok.. Alia nak cuba mancing boleh tok?" Soal Nur Alia yang sedikit teruja bila melihat air yang semakin galak berkocak. Tentu banyak ikan. Tapi kenapa Tok Aki belum dapat seekor ikan pun." "Kamu tu reti ke memancing Alia." Tok aki menjawab juga dengan soalan. "Tak tahulah tok, Alia tak pernah memancing lagi. Alia nak cuba lah ni, manalah tahu nasib Alia baik dari tok, dapat ikan keli besar, boleh buat ikan bakar cecah air asam." Alia cuba memacing simpati dari to kaki. Tok Aki hanya tersengih mendengar jawapan Nur Alia. Kamu ingat senang ke nak memancing ni, macam beli ikan kat pasar ke? Belum memacing dah sobong diri." Tok Aki merenung Nur Alia, dia tersengih melihat Nur Alia seperti bersungguh. Alia tersengih dengan jawapan Tok Aki, dia melabuh punggungya diatas akar pokok duku, sambil memandang kearah ikan kecil yang sedang berkejaran dipermukaan air entah apa yang digaduhkan, merebut makwe agaknya, dia ketawa kecil dengan telahan bodohnya. Tok Aki berjalan kearahnya, dihulurkan sebatang kail untuk Nur Alia. Nur Alia bangkit dari duduknya lalu batang kail beralih tuan Tok Aki dan Nur Alia sama-sama tersenyum. "Pegang baik-baik. Nanti tercucuk mata kail tu." Pesan Tok Aki sebelum mengatur langkah. Nur Alia hanya mengangguk kecil. Dia bertambah teruja ketika mendengar beberapa kali air sungai berkocak mesra. Nur Alia menghampiri gigi air. Dia terus mencampakkan tali halus yang berada dihujung batang kail itu kedalam air. Dia meniru aksi yang dilakukan oleh Tok Aki yang dilihatnya dari jauh tadi. Tok Aki membatalkan langkahnya ketika Nur Alia mencampakkan kailnya ke sungai. "Eh kamu dah taruk umpan ke belum?.."tanya Tok Aki yang sudah tercegat dibawah pohon duku tempat Nur Alia menapak tadi. "Umpan!....umpan apa tok." Nur Alia terpinga-pinga mendengar soalan Tok Aki. Dia tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Tok Aki. Tok Aki hanya mengeleng kepala apabila melihat Nur Alia masih kebingungan. Dia menghampiri Nur Alia lalu manarik batang kail itu. Mata kail yang kosong tanpa umpan itu kelihatan bersinar berpadu dengan cahaya matahari. "Kat mana kamu belajar memancing ni Alia. Tengok…." Tok Aki memperlihatkan mata kail yang kosong tanpa umpan itu. Nur Alia hanya tersengih. Dia sendiri tidak tahu kenapalah dia tak terfikir pasal umpan. Tok Aki terus mencucuk umpan perut ayam dihujung mata kail. Lalu dia menghulurkan kepada Nur Alia untuk dilemparkan ke mana-mana tempat yang dia suka. Nur Alia mengambil huluran batang kailnya dari Tok Aki. ‘Hati-hati’.. pesan Tok Aki. Nur Alia membaling mata kail yang berisi umpan perut ayam itu kedalam air. Balingannya kuat sehingga Tok Aki yang berada disebelah terperanjat. Dia mengelengkan kepala. "Dushhh!…alamak kuatnya." Nur Alia hanya tersengih lalu tunduk menatap bumi. Dia tersenyum. Nampak sangat dia tiada bakat memancing. Nek Mah yang melihat dari tadi ketawa terbahak-bahak disertakan dengan gelengan kepala, dia seronok melihat Nur Alia yang terkial-kial memancing ikan, lagaknya seperti pro tetapi asasnya pun tak tahu. Nur Alia melayan perasaan sementara menunggu umpannya dimakan ikan. Satu kepingan kecil selipar menerapung di permukaan air, kata Tok Aki tadi, kalau pelampung itu tengelam timbul dan dilarikan kedasar sungai ,maknanya ikan memakan umpan itu. Jadi untuk mengelakkan ikan itu tertelan mata kail lebih dalam. Kita perlu menarik batang kail dengan cepat. Matanya terarah tepat ke pelampung, bimbang andai seliper yang dipotong kecil dijadikan pelampung tenggelam kerana dilarikan ikan.
"Sunyi aja ni. Macam takde orang la pulak. Takkan diaorang keluar, baru kejap tadi aku keluar." Adi Hamidi melangkah menaiki anak tangga. Dia menolak daun pintu namun tidak terbuka. Dicubanya lagi. "Hai berkuci lah pulak." "Assalamualaikum…"Adi memberi salam beberapa kali, namun tiada sahutan dari isi rumah. Beberapa minit kemudian baru dia dapat meneka kemana lagi Tok Aki dan Nek Mah melepak kalau bukan ditali air belakang rumah mereka. Dia menuju ke belakang rumah tempat selalu dia dan Tok Aki memancing. Barang-barang yang dibelinya tadi dibawakan sekali. "Assalamualikum nek!..amboi seronok nampak. " Sakat Adi Hamidi yang mucul tiba-tiba dibelakang Nek Mah. Barang-barang yang dibimbitnya tadi diletakkan ditepi pangkin. "Eh kamu ni Adi, bila baliknya. Nek tak dengar pun bunyi kereta kamu. Kamu kemana?" Soal Nek Mah mengesot sedikit ketepi. "Mana nak dengarnya nek kalau mata tu kearah sana aja, tersenyum-senyum macam orang angau aja, takkan rindukan Tok Aki pulak nek.." Adi Hamidi menambahkan lagi usikkannya. Nek Mah menampar lembut lengan sasa cucunya, dia seronok dengan usikan cucunya itu. "Mari minum sekali." Pelawa Nek Mah menuangkan secawan air kopi lalu dihulurkan kepada Adi Hamidi. "Mana Alia nek." Tanya Adi kepada Nek Mah setelah kelibat Nur Alia tidak kelihatan hanya kelibat Tok Aki sahaja yang kelihatan. "Hai tadi bukan main cakap kat nenek, yang awak tu pun sama juga baru tak jumpa bini lima minit dah resah gelisah. Tu ha… Bini kamu nak belajar jadi nelayan pulak." Muncungnya dihalakan kearah kawasan yang banyak pokok-pokok renek. Mata Adi Hamidi melilau mencari kelibat isterinya. Terpandang dia akan isterinya yang sedang bertengek keseorangan seakan termenung. "Eh! reti ke dia memancing tu nek. Tekun aja gayanya. Soaaln itu diatanya kepada Nek Mah yang turut memerhatikan Nur Alia dihujung sana. "Nak tahu reti ke tak reti pergilah sana. Nek nak tengok siapa dulu yang boleh naikan ikan, kamu ke Alia." Nek Mah seakan mencabar dalam senyuman. "Mestilah Adi nek, kalau tak caya tengok lah nanti. Cucu jantan nek ni yang akan dapat ikan dulu." Adi Hamidi berlagak sambil mendabik dada. dia akan menyahut cabaran dari neneknya lalu turun perlahan dari pangkin dan melangkah kearah Tok Aki dihujung sana. "Tok mana kail Adi tok? Soal Adi Hamidi bila langkahnya sudah hampir benar dengan Tok Aki. Dah dapat ikan ke tok?" Dia memandang bakul raga yang kosong, lalu tersengih. "Ini tok mesti tak dapat ikan lagi ni. Kalau aku dapat ikan bolehlah aku kenakan Tok Aki. Alia budak hingus tu sampai esok pun takkan dapat ikan." Kata hatinya. Tok Aki memandang kearah Adi Hamidi, lalu senyum. Dia tahu apa yang berada dibenak cucunya sekarang. Selalunya mereka begitu. Sengihan Adi Hamidi mengandungi maksud untuk mengalahkannya. "Tu ha kat sana, tok sandarkan pada dahan pokok manggis tu." muncungnya dihalakan kearah pohon manggis bersebelahan pohon duku tempat Nur Alia bertengek tadi. Kail itu hanya dikhaskan untuk Adi Hamidi, dia sendiri pun tidak menggunakan kail yang dibuatnya untuk cucunya itu. Adi Hamidi melangkah untuk mengambil batang pancingnya. Setelah menyiapkan umpan dia memadang Nek Mah yang sedang tersengih diatas pangkin, dia mencuit sedikit hidungnya tanda berlagak hero. Nek Mah mengelengkan kepala. Adi Hamidi melangkah lalu berlabuh tidak jauh dari tempat Nur Alia memancing. Nur Alia yang melihat tingkah Adi Hamidi dari tadi hanya diam membisu, sepatah pun tidak disapanya. Dia membiarkan Adi Hamidi dengan pancingnya. Adi memandang Nur Alia dengan sengihan mengejek. "Memancing tak reti ada hati nak dapat ikan." Adi sengaja meninggikan kata-katanya sengaja mahu menyakitkan hati iserinya. Nur Alia hanya mencebik. Malas dia melayan Adi Hamidi yang sengaja mencari fasal dengannya.. Anak-anak ikan yang sedang berkejaran dipermukaan air lebih menarik minatnya dari bertekak dengan suaminya.
Hampir setengah jam Adi Hamidi membenamkan mata kailnya didalam sungai, namun tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah hidanganya. "Apa kena pulak ikan hari ni, biasanya pantang nampak umpan aku, nak meyambar aja." Rungutnya. Tangannya diligas ke kiri kanan menghalau nyamuk. "Boleh tahan juga Alia ni. Tak takut kena gigit nyamuk, kalau perempuan yang aku kenal dah tentu pantang bebirat sikit mengadu padanya, eee...Rimas dibuatnya. " bebelnya sendirian. Nur Alia yang sedang ralit memandang pancingnya sedikit terkejut, apabila pelampungnya sesekali tenggelam timbul.. dadanya berdebar. Dia pasti sekejap lagi dia akan merasai nikmatnya menaikkan ikan ke darat. Dan dia sangat berharap beroleh kemenangan, akan ditayangkan kepada Tok Aki dan juga Adi Hamidi yang menjeling ke arahnya kini. "Alamak Alia dah dapat ikan lah." Adi Hamidi sedikit cuak. Nur Alia mengangkat batang kailnya, dia cukup seronok, kesabarannya kini membuahkan hasil terbit senyuman panjang menyerikan wajahnya yang sedikit kemerahan menahan panahan mentari. Dengan sekuat hati Nur Alia menarik batang kailnya, ‘Zapppp’….teroleng-oleng makhluk panjang berwarna gelap yang berada dihujung mata kailnya. Alia kaget. Batang kail terlepas dari gengamannya. Nur Alia sedikit terjerit berlari sekuat hati ke arah pangkin, melarikan diri dari makhluk itu. Makhluk panjang yang memakan umpanya itu sedang elok berlabuh dipangkuan suaminya, setelah Nur Alia tanpa sengaja melepaskan batang kailnya. Adi Hamidi yang terkejut dan kegelian terus melompat kedalam air. Habis basah semuanya. Tok Aki yang melihat kejadian itu, bergegas berlari ke arah tempat Adi Hamidi duduk tadi.. dia ingin memastikan makhluk apa yang dikailnya Nur Alia sehingga cucunya bertindak begitu. "Kah..kah.."Tok Aki yang ketawa melihat makluk panjang yang berwarna keperangan berukuran setengah meter panjangnya meronta-ronta diatas tanah minta dilepaskan, ketawanya hampir membuatkan dirinya tersungkur ke tanah. Dia tidak menyangka makhluk panjang yang disangkanya ular itu adalah belut. Adi Hamidi yang baru sahaja memanjat tebing kehairanan, Tok Aki masih memegang makluk panjang itu. Cuba megeluarkan mata kail yang ditelan tadi. Adi Hmaidi cuba melangkah perlahan-lahan kearah Tok Aki bimbang juga akan disengat ular air, sangkanya. Tok Aki menyuakan belut itu ke arah Adi Hamidi. "Ini belut lah. Bertuah betul budak Alia tu, tak pernah-pernah orang memancing dapat belut,alih-alih dia sekali memancing aja terus dapat menundukkan belut." Adi hanya mencebik. Dia tak menyangka Tok Aki akan memuji isterinya.
Nur Alia yang berada disisi Nek Mah, kelihatan pucat. Dia ditenangkan oleh nek Mah yang masih tersenyum. Nek Mah juga menyangka Nur Alia memancing ular. Adi Hamidi dan Tok Aki kelihatan mengemas perkakasan memancing. Adi Hamidi kelihatan basah kuyup, belut yang tadi diisi kedalam raga. Tok Aki menjinjit sekarung guni kecil warna coklat yang berisi beberapa ekor ikan. Nur Alia yang terpandang akan Adi Hamidi yang turut sedang memandangnya sedikit menunduk, dia takut bertentangan mata dengan suaminya ketika ini. Dia takut akan dimarahi oleh Adi Hamidi. Nur Alia mengesot sedikit kesisi Nek Mah. "Nah! siang ‘ikan panjang’ ni buat goreng kunyit." Arah Adi Hamidi kepada Nur Alia sambil mengunjukkan bakul yang berisi belut itu. Sengaja ditekankan perkataan ‘ikan panjang" untuk melihat mimik muka isterinya yang kegelian. Nur Alia terpinga-pinga dia memandang Nek Mah, mohon simpati. "Apa yang dia dapat tadi tu Adi. Ular air ke?" Soal Nek Mah meredakan ketegangan Nur Alia. Tok Aki yang masih lagi terbayang insiden tadi, ketawa kecil. "Cucu awak tu memang bertuah, tak pernah-pernah kita dapat belut. Malam ni dapat lah makan belut hasil pancingan cucu awak tu Nek Mah nya." Nek mah membulatkan mata, dia sedikit pun tidak menyangka Nur Alia memancing belut. Adi Hamidi yang sering memancing bersama suaminya itu pun tidak pernah memperolehi belut. Alih-alih Nur Alia yang baru datang sehari disini boleh memancing belut. Rezeki mereka. Tok Aki cuba mengeluarkan belut dari raga untuk ditunjukkan kepada Nek Mah. Adi Hamidi geram. Neh Mah dah mula menyebelahi Nur Alia. Tadi baru sahaja Tok Aki memuji isterinya, dan sekarang Nek Mah pula yang memujinya. Adi Hamidi kalah. Nur Alia hanya tersenyum memandang suminya sebagai sindiran dia mencuit sedikit hidungnya. Dia mula merasa kemenangan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xde blog ke? bes cite neyh....congrats 2 da writer! huhu