Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kira melangkah masuk ke rumah yang sunyi. Dia melepaskan keluhan kecil. Seperti yang sudah dia jangka, mama dan papanya tiada di rumah. Masih petang, masih terlalu awal untuk mereka pulang. Kak Timah yang tidak menyedari kepulangan Kira sibuk di dapur. Kira mendekati Kak Timah perlahan-lahan.
"Kak Timah!"
"oh mak kau!" latah Kak Timah. Kira ketawa berdekah-dekah.
"tak apa, Kira bukan tak ada kunci." Jawab Kira seraya menarik kerusi dan duduk. Dia mengambil sebiji epal lalu digigitnya.
"Kira seronok kat kolej?" Tanya Kak Timah, dia juga menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Kira.
Kira mengangguk sahaja. Seketika, ingatannya melayang pada Hafiz. Lalu dia senyum sendiri.
"ha, senyum sendiri ni mesti ada apa-apa? Dah dapat pakwe hensem ke?" Ya! Tapi jawapan itu hanya terkeluar di fikirannya di sahaja. Tidak terlafaz.
"mana ada la. Dapat kawan ramai." Ujar Kira. Dia menggigit lagi epal itu lalu dikunyahnya.
"hmm, ye lah tu. Kira nak makan apa malam ni? Kak Timah masak special untuk Kira."
"ye ke? Hmm, kalau macam tu, Kira nak Pizza Hut, Kenny Roger"s, KFC, McD, semualah." Ujar Kira bersungguh-sungguh.
Kemudian dia ketawa kecil apabila melihat wajah Kak Timah yang sudah terkulat-kulat.
"Kak Timah ni macam tak kenal Kira pulak. Kira makan apa saja yang Kak Timah masak. Jangan risau. Ok?" ujar Kira lalu bangun menuju ke peti ais. Dia mengambil sebotol air sejuk, dituang di dalam gelas lalu diteguknya habis.
"Kak Timah, Kira naik dulu. Nak mandi dan rehat. Penat." Ujar Kira seraya berlalu pergi. Kak Timah Cuma mengangguk sahaja.
Sampai di biliknya, Kira terus merebahkan badannya yang kepenatan.
Kini baru dia berpeluang meneliti kembali apa yang telah berlaku sejam dua yang lalu. Dia tidak tahu adakah dia mengambil tindakan yang betul. Tapi dia tahu perasaannya pada Hafiz tulus.
Dia bukan seorang yang mudah jatuh cinta namun kini dia merasakannya.
Adakah ini yang orang bercinta akan lakukan? Bertindak tanpa memikirkan kesannya kelak. Kesannya? Apa akan jadi kalau hubungan mereka diketahui orang? Dia tertanya-tanya kesusahan apa yang akan menimpanya jika hubungan mereka sampai ke pengetahuan orang-orang tertentu.
Sedang dia mengelamun, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterima. Kira tersenyum sendiri. Mesej dari Hafiz.
Ingatkan saya?
Kira senyum mengejek. Perasan! Pantas jarinya menaip balasan.
Perasannya awak!
Dan mesej masuk lagi.
Betullah tu. Awak menyesal?
Balasan Kira,
Tak dan takkan pernah menyesal. Kalau saya nak menyesal awal-awal lagi saya dah tak kisah dengan awak.
Jadi selama seminggu kita kenal ni awak kisah la dgn sy?
Haah kan. Kt br sminggu kenal. Menyesal la pulak.
Padan muka kau, usik aku lagi. Kira tersenyum sendiri.
Awak menyesal? Betul? Tapi satu saya nak cakap, saya tak pernah menyesal kenal dengan awak Kira. Cuma saya sedih bila awak akan susah bersama saya. Kira, masih belum terlambat kalau awak nak menarik diri. Saya faham… :(
Kira mengeluh panjang.
awak jangan Tanya lagi boleh? Macam mana kalau saya kata saya tak sanggup?
Kalau awak tak sanggup, saya lagi tak sanggup Kira. Sy tak kan maafkan diri sy kalau sesuatu terjd pd awak Kira.
Hairan. Kita kenal tak sampai seminggu tapi kenapa kita boleh terikat dengan satu sama lain begitu cepat?
Kan awak jugak yang kata, rasa tu hadir tanpa kita minta tapi ia tetap hadir. Kan?
Hmm, betul, this is my first time Hafiz.
Tiada balasan tapi telefonnya berbunyi nyaring minta diangkat. Kira menjeling sekilas nama pemanggil sambil tersenyum simpul.
"kenapa telefon?" tiada hai salam atau sapaan, itu yang ditanyanya dulu.
"sebab saya nak dengar pengakuan tu dari mulut awak sendiri. Betul this is your first time?" tanyanya seakan tidak percaya.
"kenapa tak percaya?" Tanya Kira pula. Dia ketawa kecil.
"because you are lovable Kira. How could you have no one in your heart until now? It"s just unbelievable."
"sebab saya takut untuk jatuh cinta. Dan tak sangka pula when I first fell in love, awak orangnya."
"dan ketakutan awak mungkin akan menjadi igauan buruk awak Kira." Hafiz mengingatkan lagi.
"saya tahu, saya rasa saya nak pertimbangkan balik boleh tak? Saya nak fikir balik." Tanya Kira, lebih kepada mahu mengacah.
"Kira, saya tak main-main ni."
"saya pun. Tu la awak, asyik Tanya benda yang sama, penat la saya. Kan saya dah kata saya takkan menyesal? Kenapa awak nak Tanya banyak kali? Awak nak saya undur diri? Macam tu?" tingkah Kira.
Terdengar keluhan panjang Hafiz.
"Kira, saya Tanya sekarang sebab kita belum begitu rapat lagi. Nanti bila sayang saya pada awak dah menebal, saya bimbang kita akan lagi sakit untuk meneruskan semua ni. Dan saya tak sanggup merasa sakit sebegitu lagi."
"Hafiz, walaupun ini kali pertama saya menyukai seseorang dan pertama kali sy terpaksa berhadapan dengan situasi ni, tak pernah terlintas di hati saya untuk menarik diri. Perasaan yang saya alami bukan main-main, dan saya akan buktikan pada mereka yang saya tak main-main dan cinta itu lebih agung dari segala-galanya."
"Kira, awak nak tau satu perkara? When I first saw you, I knew you are the one for me and now I know that it is very much true. You are the one for me." Kira terdiam, terharu mendengar pengakuan itu.
"thanks Hafiz for that, I really appreciate it."
"Kira, promise me? Promise me that no matter what happens to you, you will let me know, small or big things, whatever, promise me you will tell me Kira?"
"Hafiz, I promise you, no matter what happens to me, I will let you know, small or big things, whatever, I will tell you, ok?" Kira memberi janji.
"ok, ingat, awak dah janji. Saya tak nak awak berahsia dengan saya. Ok?"
"ok, saya takkan berahsia dengan awak, awak pun jangan berahsia dengan saya tau."
"ok. Saya kena pergi dulu, nanti Wani nak datang rumah."
"hmm, ok. Bye."
Dan talian dimatikan. Kira merenung siling. Wani. Hafiz. Kira memejamkan matanya rapat-rapat, malas mahu mengingati apa-apa sehingga dia tertidur.
Kembali ke kolej lusanya, Kira terus mencari Syafni di biliknya tetapi Syafni masih belum pulang. Kira menanti sehingga malam, barulah Syafni tiba di biliknya.
"Syaf!"
"ha, awal kau balik?" ujar Syafni berbasa-basi.
Kira terdiam seketika. Syafni tidak memanggilnya awak lagi sebaliknya "kau". Kira menjungkit bahunya, malas hendak ambil pusing tentang itu.
"saya dah tau kenapa Hafiz jadi macam tu." Ujar Kira, menanti reaksi Syafni yang sibuk mengemas bajunya.
"kenapa?" Tanya Syafni. Kira pun bercerita panjang. Syafni Cuma mendengar sahaja tanpa memberi apa-apa reaksi yang Kira harapkan.
"Syaf awak ok ke?" Tanya Kira, mulai bosan bercerita seorang diri.
"ha? Ok je. Kenapa?" Tanya Syafni, raut wajahnya seakan baru tersedar yang dia tidak menunjukkan wajah ceria seperti selalu.
"taklah, awak muram je. Are you sure you are ok?" Tanya Kira lagi.
"yes, I"m ok, Cuma mungkin penat sikit. Sorry Kira."
"tak apa, saya balik bilik dulu la. Esok cam biasa tau." Ujar Kira lagi seraya bingkas dari duduknya.
"ok. Jumpa esok." Kira kembali ke biliknya, terlupa sebentar pada keanehan Syafni sebentar tadi.
Keesokan harinya, Kira dan Syafni sibuk berbincang tentang persatuan yang mahu mereka sertai. Menyertai persatuan atau kelab bukanlah satu kewajipan tetapi lebih kepada salah satu cara untuk mengisi masa lapang. Hari ini merupakan hari pendaftaran kelab dan persatuan yang terbuka kepada pelajar baru.
Kira bercadang mahu menyertai Kelab Fotografi sementara Syafni pula mahu menyertai Kelab Anak Seni.
"nampaknya kita tak minat benda yang sama, kan?" ulas Kira. Syafni mengangguk.
"tak apa Kira, kita boleh meluaskan pemandangan, ramaikan kawan. Betul tak?"
"betul. Kaunter Kelab Fotografi kat sana. Saya pergi dulu. Jumpa nanti. Kalau awak habis dulu, awak balik dulu lah."
"ok." Dan mereka berpisah haluan. Apabila Kira semakin hampir dengan kaunter pendaftaran kelab itu, telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang baru diterima dari Hafiz.
Kira, awak nak masuk kelab apa?
kelab fotografi. Awak kelab apa?
Kira, tu kelab saya. Awak masuk kelab lain, boleh?
Kenapa pulak?
Kira, awak dah lupa? Bahaya kalau kita berdua dalam satu kelab.
Tapi sy mmg minat fotografi. Dh lama sy teringin nk masuk kelab mcm ni.
Kira, sy hrp awak fikir baik-baik. Kalau awak sanggup, sy tak boleh buat apa but please, we must be very careful, ok?
Hmm, ok. Nanti sy gtau lain.
Kira bersandar di dinding, menimbangkan tindakan yang patut diambil. Minat atau cinta? Argh, pening!
yeay.. org 1st komen.. x bc pn lg tp mesti best sbb suma cte2 awk best.. keep up a good work bebeh..
nurul_amrie
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yeay..
org 1st komen..
x bc pn lg
tp mesti best
sbb suma cte2 awk best..
keep up a good work bebeh..
nurul_amrie