Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hi, nama aku Jonas Malvolo. Aku berpindah dari Kota Marudu, Sabah ke Kuching, Sarawak kerana mengikut bapaku yang telah ditukarkan tempat kerja. Aku merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Aku mempunyai 3 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Bapaku berkerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat manakala emakku adalah seorang suri rumahtangga," begitulah ucapan di awal perkenalan aku kepada kelas baruku iaitu tingkatan 6A3. Kemudian cikgu Anita, guru kelasku mengarahkan aku duduk di sebuah kerusi kosong di bahagian ketiga belakang. Aku pun mengikuti arahan cikgu Anita dan duduk di kerusi kosong itu. Di sebelah tempat dudukku adalah seorang pelajar perempuan yang ku lihat agak cantik dan sedap mata memandang. Kemudian suara cikgu Anita mula kedengaran menandakan sesi pengajaran dan pembelajaran telah pun bermula. Subjek pertama yang mula aku pelajari hari ini ialah bahasa melayu.
"Kringggg!!!" bunyi loceng bergema menandakan waktu rehat telah pun bermula. Waktu yang amat dinanti-nantikan oleh aku dan kebanyakkan pelajar sekolah. Aku mula mengemaskan peralatan sekolahku yang berselerak di atas meja sebelum keluar rehat. Kemudian aku ditegur oleh pelajar perempuan yang duduk dibelakang aku bersama-sama kawan-kawannya. "Hi, Jonas, aku Prisca, yang duduk sebelah kamu ialah Gladys dan sebelah kanan Gladys ialah Damian."
Ketiga-tiga mereka menghulurkan tangan tanda persahabatan dan aku pun menyambutnya. "Jom Jonas, kita pergi kantin bersama-sama. Prisca belanja kita, setuju Prisca?" kata Damian. "Hek eleh, kau ingat aku ni tukang cop duit ke? Sendiri makan sendiri la bayar.." jawab Prisca kepada Damian.
"Ala, sekali sekala belanja pa salahnya, kau kan Orang Kaya Baru atau pun nama singkatannya OKB.. he he he" balas Damian pula. Prisca pun menjawab "Kepala hotak kau la OKB, kalau OKB pun kau ingat tidak cukup susah ke, bayar bil elektrik, bayar air, bayar itu, bayar ini dan macam-macam lagi ha.. Apa! Ingat OKB tak pakai duit ke?". "Ala, rilex la Pris, itu pun nak kecoh ke? Damian gurau je la.. Sabar ye Pris. Jom kita ke kantin sekarang. Jonas jangan kau hairan tengok perangai mereka berdua ni. Mereka memang kebudak-budakan.. hehehe.." kata Gladys. Aku ketawa melihat gelagat mereka yang lucu itu. Aku pun mengikut langkah mereka menuju ke arah kantin.
Setelah tamatnya waktu rehat, bermulalah subjek seterusnya iaitu subjek sejarah. Sejarah merupakan subjek kesukaan aku. Gladys memberitahu aku guru yang mengajar subjek sejarah ini merupakan seorang guru yang terkenal dengan ketegasannya. Guru sejarahku yang bernama cikgu Christina telah diberi gelaran cikgu Harimau gara-gara ketegasannya dan kegarangannya umpama seekor harimau. Ketika cikgu Christina memasuki kelas 6A3, suasana didalam kelas amatlah sunyi-sepi.
Tiada seorang pelajar pun berani membuka mulut ketika cikgu itu mula mengajar. Hari ini, cikgu Christinamemulakan pengajarannya dalam bab 3 iaitu bahagian Ketahanan dan Pertahanan dalam tamadun Islam. Selepas cikgu Christina habis menerangkan bab yang diajarnya, maka bermulalah sesi soal jawab. Di waktu sesi soal jawab aku melihat kebanyakkan pelajar menundukkan kepala untuk mengelakkan diri mereka terpilih untuk menjawab soalan tersebut.
Kemudian, nama aku tiba-tiba disebut dan disuruh berdiri untuk menjawab soalan. Cikgu Christina menanyakan aku soalan yang berbunyi " Apakah perang pertama yang berlaku dalam kalangan umat Islam?". Aku dengan penuh keyakinan pun menjawab "Perang Badar adalah perang yang pertama berlaku dalam kalangan umat Islam dan ia disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini berlaku pada 17 Ramadan tahun 2H/624M dan dalam peperangan yang pertama ini telah membawa kepada kemenangan umat Islam pada waktu itu." "Bagus Damian. Itulah jawapan yang saya mahukan.Baiklah, kamu boleh duduk ke tempat kamu," kata cikgu Christina.
Kemudian loceng telah pun berbunyi untuk subjek yang seterusnya. Tepat pukul 12.30pm, loceng terakhir telahpun berbunyi. Ramai pelajar berebut-rebut menyimpan barang masing-masing dalam beg. Suasana pada waktu pulang memang riuh rendah umpama berada di pasar ikan. Aku pun turut mengemas buku-bukuku untuk dimasukkan ke dalam beg. Prisca, Gladys dan Damian turut mengajak aku berjalan kaki bersama-sama menuju ke perhentian bas.
ayakk.... sb 2 pon ase cam plik jew td... d iarap slpas nie x de dh yg terslah taip 2 ek.. nwy,,cayok2
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eh! bukan yg kena soal ngan cikgu sejarah tu ialah Jonas Malvolo?? knp damian plak??? salah taip ke?