Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cinta membasuh tangannya sambil merungut sendirian di dalam tandas. " Eee, lelaki tadi tu memang betul-betul tak guna la.. Dia sengaja nak malukan aku! Nasib baik Khai takde kat situ tadi ," kata Cinta geram. " Tak boleh jadi macam ni, aku tak boleh biarkan dia terus kenakan aku hanya kerana dia tahu rahsia aku. Aku kena cari jalan ni," kata Cinta lagi. Seketika kemudian, dia terdengar satu suara dari luar tandas itu. Dia berjalan perlahan-lahan untuk mengintai ke luar tandas itu. Kelihatan Airell sedang duduk sambil turut merungut sendirian di atas tangga yang berada di sebelah tandas itu. " Ee.. geramnya aku dengan si Zul tu, bukan main mesra lagi dia dengan Maria. Kalau boleh, nak je aku belasah-belasah dia tu! Tak tahu ke yang Maria tu bakal isteri aku? ," katanya sendirian. Cinta agak terkejut mendengar kata-kata Airell itu tadi. Cuma ada seorang je pelajar bernama Maria di sekolah itu, dan Maria itu adalah Maria yang satu kelas dengannya. ‘ Dia suka Maria? ’bisik hatinya. Namun kemudian, dia tersenyum sendirian. Lalu dia berjalan keluar dari tandas itu dan turun melalui tangga yang sedang Airell duduk itu sambil bersiul. Airell agak terkejut melihat Cinta yang tiba-tiba muncul itu. Cinta terus berjalan turun tanpa menghiraukan Airell tetapi dia sempat tersenyum sinis kepadanya. Airell mula terpaku sebentar. " Jangan-jangan dia dengar tak tadi? Habislah aku.. Kalau dia sebarkan tentang perkara ni, mana aku nak letak muka aku ni? ," kata Airell sendirian.
Cinta berjalan menuju ke kelasnya. Dalam fikirannya, dia sedang mengatur satu rancangan tentang bagaimana dia akan kenakan Airell. Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan kata-kata lelaki itu tadi. Tak sangka betul, dalam ramai-ramai perempuan, Maria yang dia pilih. Perempuan talam dua muka itu! Cinta tergelak sendirian. Maria, rakan sekelas dan juga jirannya memang tidak disenangi oleh Cinta. Bagi Cinta, perempuan itu hanya seorang yang hipokrit. Semua orang di sekolah fikir dia adalah seorang gadis yang boleh dikatakan ‘sempurna’, dengan kesopanannya, budi bahasanya, kelembutannya, keramahannya dan bermacam-macam kesempurnaan lagi. Tapi sebaliknya bagi Cinta yang sudah mengenali gadis yang menjadi jirannya itu sejak kecil lagi. Kesemua ciri-ciri yang dianggap ‘sempurna’ itu sebenarnya hanyalah suatu kepura-puraan semata-mata. Kerana apa? Hanya tiga sebab, untuk menjadi popular, disayangi dan disanjungi. Cinta masih lagi ingat, banyak masalah yang telah diberikan oleh Maria kepadanya. Salah satunya ialah dia dituduh mencuri wang ibu bapa Maria sehingga menyebabkan dia dirotan oleh ibu bapanya sendiri. Waktu itu Cinta baru berusia 12 tahun. Tapi Cinta tahu, wang itu sebenarnya telah dicuri oleh Maria dan dia dijadikan sebagai kambing hitam. Kadang-kadang terfikir juga dalam fikirannya yang perempuan itu menjadi begitu kerana terlalu dimanjakan. Maklumlah, anak tunggal, tambahan lagi lahir dalam keadaan yang penuh dengan kemewahan. Tiba-tiba, dia berasa lengannya dicengkam oleh seseorang. Dia cuba untuk melihat siapa yang sedang mencengkam lengannya itu. Namun belum sempat dia berpaling, dia telah ditarik dengan agak kuat oleh orang itu. Lalu dia terdorong ke tepi kelas itu di mana tiada orang di situ kecuali seorang, orang yang menarik dia ke situ. " Kau???! ," kata Cinta separuh menjerit apabila melihat Airell yang masih lagi memegang lengannya. " Ye, aku.. Kenapa kau terkejut sangat ni? Macam baru nampak hantu je ," kata Airell. " Bukan baru nampak hantu, tapi syaitan ," kata Cinta sambil merentap lengannya yang dipegang oleh Airell. " Ooo..syaitan. Aku tak nampak pun? ," kata Airell lagi. " Sebab kaulah syaitan tu! ," kata Cinta pula menyindir Airell. " Kau nak apa heret aku ke sini? Tak habis-habis lagi nak ganggu hidup aku? ," sambung Cinta lagi. " Aku nak tanya kau sikit ni.. ," Airell mula bersuara. " Apa? ," tanya Cinta. " Kau dengar ke apa yang aku cakap kat tangga tadi tu? ,"tanya Airell kepada Cinta. " Tentang kau ni suka kat Maria? ," tanya Cinta pula sambil cuba untuk berjalan pergi dari situ. Airell terkejut mendengar kata-kata Cinta lalu mengejar Cinta dan berdiri di hadapannya bagi menahan Cinta daripada terus berjalan pergi. " Kau ada cakap kat siapa-siapa tak pasal ni?," tanya Airell lagi. " Kenapa? Kau takut? ," tanya Cinta sambil memandang sinis ke arah Airell. " Lebih baik kau jangan cakap kat siapa-siapa, kalau tidak...," " Kalau tidak apa? Kau nak bunuh aku? ," sindir Cinta sebelum Airell sempat menghabiskan ayatnya. Airell kelihatan geram melihat air muka Cinta yang selamba itu namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kalau di hadapannya itu adalah lelaki, dah lama dia belasah lelaki itu. Tapi masalahnya, di hadapannya itu adalah perempuan. Cinta hanya tersenyum sinis, kemudian dia berlalu pergi dari situ sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu. Airell masih lagi berdiri sendirian di situ sambil mengetap bibirnya.
ala..pendek gler. panjang lar sikit....................................
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Loh..dh abis..?knp pendek sgt??tp best r....
Tahniah...
Ayupali