Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
FARIS duduk berteleku di bangku sebuah pondok berhampiran tasik UNITEN. Suasana petang apabila berada dikawasan tasik itu sememangnya amat menenangkan jiwa Faris. Faris memang selalu menghabiskan masa petangnya di tasik itu sekiranya dia tidak mempunyai kelas. Kekadang berseorangan, kekadang pula bersama teman baiknya Nazri. Pandangan Faris terus dilontarkan pada langkah seseorang yang semakin menghampirinya di pondok tersebut. Seorang lelaki awal 30-an kelihatan tergesa-gesa menuju ke arah Faris. "Sorry, bos! Lambat sikit.." ujar lelaki itu sebaik sahaja tiba. "Banyak la kau punya sorry!" Faris mendengus. "Ni gambar yang bos mau.." sengih lelaki tadi sambil menyerahkan satu sampul bersaiz A4 ke tangan Faris. Faris mencapainya dengan tidak sabar. "Semuanya ada ke, Mat?" kening Faris terangkat sambil memandang tepat ke wajah lelaki dihadapannya. "Iya, bos! Tengok la.." senyum lelaki yang dipanggil Mat itu. Senyumannya lebih kepada senyuman ingin membodek. Faris membuka sampul tadi dengan rasa tidak sabar. Dia mengeluarkan kepingan-kepingan gambar yang terdapat didalam sampul tersebut. Satu persatu diperhatikan olehnya dengan penuh hati-hati. Mata Faris seakan terbelalak melihat gambar-gambar tersebut. Jiwa lelakinya memberontak. Mukanya sudah merah menahan kemarahan dan sakit hati. Wajah Nazifa dan lelaki yang sama terpampang di dalam gambar-gambar tersebut. Lelaki yang dilihatnya bermesra-mesraan dengan Nazifa sewaktu di perpustakaan hari itu. Hatinya semakin terbakar apabila meneliti setiap satu gambar yang berada ditangannya. "Arghhhh!!!" habis berterabur semua gambar dari tangan Faris. Dadanya bergelora menahan marah. Nafasnya turun naik mengikuti gelora kemarahan didadanya. Satu tumbukan dilepaskan diatas meja dihadapannya. Bunyinya agak kuat sehingga membuatkan Mat tersentak. Mat yang melihat terkejut bukan kepalang dengan reaksi Faris dan muka bengis lelaki itu. "Siapa lelaki tu, Mat?" soal Faris sambil jari telunjuknya terarah ke dasar sekeping gambar yang berada di atas meja. Wajahnya masih merah padam menahan amarah. "Errr..err..dia tu..nama dia..err..Saiful!" agak terketar-ketar suara Mat menjelaskan kepada Faris. "Aku tanya dia siapa! Bukan aku tanya nama dialah, bodoh! Aku upah kau siasat siapa mamat tu!" tempik Faris, dia sudah mula meradang. Mat memandang Faris dengan wajah yang kecut. Dia melihat sekeliling. Mujurlah tiada sesiapa yang berada berdekatan pada waktu itu, kalau tidak jatuh sudah maruahnya. "Err..dia tu ke, bos? Dia..bo..bo..bo.." "Siapaaa?!!" jerkah Faris. "Boyfriend perempuan tu!!" terus laju perkataan yang gagap Mat ingin menyebut tadi keluar. Dia tidak berani memandang wajah Faris lagi selepas itu. Faris yang mendengar terus terkedu. Hatinya kian membara. Teman lelaki? Jiwa lelakinya rasa tercabar. Rasa cemburunya sudah terasa menjalar ditangkai hati. Bagaikan duri yang menyucuk-nyucuk jantungnya. ‘Nazifa milik aku! Pergi mampus la boyfriend dia! Kau tunggu dan lihat aje, Saiful. Nazifa milik aku!’ jerit hati Faris.
"PAPA! Esok Ifa final exam. Papa doakan Ifa, ya? Ifa nak mintak ampun dan maaf dengan pa dan ma sebelum Ifa ambik exam.." suara Nazifa kedengaran ceria dicorong telefon. Dato’ Adham tersenyum lalu berdehem sebentar ingin melegakan rasa gatal tekaknya yang dialami baru sebentar tadi. "Iye, papa maafkan Ifa. Lagipun Ifa tak ada buat salah pun. Ifa anak yang baik!" Dato’ Adham bersuara penuh kasih sayang. Rindunya pada anak gadisnya itu terasa meluap-luap. "Mama pun maafkan Ifa!" kedengaran sayup-sayup suara ibunya yang menyampuk di talian. Nazifa tersenyum bahagia. "Ira pun maafkan Kak Ifa jugak!" suara satu-satunya adik kesayangan Nazifa juga kedengaran sayup-sayup sedang menyampuk. Dia tersenyum lagi. Airmata terasa ingin menitis tatkala mendengar suara-suara insan kesayangannya dicorong telefon. Rasa rindunya terasa mencengkam jiwa. "Pa, Ifa exam dua hari tau! Lepas ni Ifa balik rumah, siaplah papa dengan mama kena bawak Ifa pegi dating!" Nazifa cuba bergurau dan tergelak kecil, tidak mahu ibu dan bapanya mengetahui sebak didadanya yang mencengkam. Hatinya yang ingin menjerit kerinduan kepada keluarganya. ‘Hai, lambatnya dua hari mahu berlalu!’ detik hati Nazifa dengan perasaan tidak sabar mahu pulang bercuti. "Ok! Papa pun nak jugak dating dengan Ifa nanti. Ifa study rajin-rajin, ok? Kasi gempak result Ifa! Baru dia orang tau Ifa ni anak siapa!" Dato’ Adham sudah ketawa dengan jenakanya sendiri. "Anak mama jugak, ok?" kedengaran ibunya sedang menyampuk. Nazifa turut ketawa mendengar keletah kedua orang tuanya. "Akak kepada Nazira jugak!" kali ini suara adiknya pula kedengaran. Nazifa ketawa lagi. Rasa terubat rindunya pada keluarga. Dia sudah merasa tidak sabar lagi mahu pulang ke rumahnya. ‘Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan keluarga yang bahagia..berikanlah aku hati yang bersabar. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi peperiksaan akhir ini. Berikan hamba-Mu yang lemah ini, semangat yang kental serta rahmatilah aku dengan kasih sayang-Mu, ya Allah..Aminn..’ Nazifa berdoa di dalam hatinya dengan bersungguh-sungguh.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jahatnye faris...