BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Jun 19, 2009
Novel : Di Penghujung Rindu 6
Nama Pena : Hanni Ramsul

Pandangannya dihalakan ke tengah lautan yang luas. Bersandar malas di balkoni. Buntu sebenarnya. Bercampur denga sedikit rasa geram. Hatinya digugat rasa kecewa lagi. Dia terlewat sekali lagi. Dan seperti biasa, Mak Su Senah sentiasa menolak untuk membantu. Sama seperti lima tahun dulu. Saat dia muncul di rumah ini,bersama berita yang cukup meruntun hatinya. Bersama berita kehilangan dua orang insan yang amat rapat di hatinya. Bapanya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat dia menatap wajah lelaki itu buat kali terakhir. Dan, mendengar berita sedih itu, dia dapat rasakan betapa beratnya beban kesedihan yang ditanggung Nurul Huda sendirian. Dia tiada di sisi gadis itu di saat dirinya mungkin amat Nurul Huda perlukan. Dia terlewat. Terlewat untuk mencari wajah bapanya. Juga terlewat untuk menatap wajah Nurul Huda. Saat dia muncul, Nurul hilang entah ke mana. Hilang yang sehingga ke hari ini gagal dia jejak. Nurul Huda hilang di saat cintanya kukuh pada Camelia. Gadis itu terus-terusan menyepi. Membuat hatinya berat menanggung rasa bersalah. Juga berat menanggung seribu persoalan. Mengapa Nurul Huda pergi meninggalkannya? Kerana ayah…atau kerananya?
Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Hari ini baru dia sedar, ternyata sudah terlalu lama peristiwa itu berlaku. Terasa juga terlalu banyak perkara yang telah dia sia-siakan. Segala-galanya menjadi sia-sia. Hidupnya. Masa lalunya. Dan juga masa depannya. Semuanya tiba-tiba terasa tidak bermakna.
"Kimi.."
Hakimi mengalih pandangan, Mak Su Senah muncul bersama hidangan minum petang. Dia menghela nafas panjang. Merenung wajah tua di hadapannya yang sentiasa tenang. Melihat wajah tenang itu, hatinya sering tertanya-tanya, adakah benar Mak Su Senah tidak tahu apa-apa tentang Nurul Huda? Atau..ibu suadaranya itu Cuma mahu melindungi sesuatu? Mahu menjarakkan dia dengan Nurul Huda?
"Kenapa pandang maksu macam tu?,"suara tua itu singgah di telinga sambil Mak Su Senah melabuhkan punggung ke kerusi. Wajah Hakimi pula direnung lama. Sudah lama lelaki ini tidak menjejaki kaki di rumah ini. Rumah peninggalan arwah ayah Nurul Huda. Rumah yang mengumpulkan mereka semua satu ketika dulu. Dia tahu Hakimi berjauh hati dengannya.
"Kimi marahkan Mak Su ?", soal Mak Su Senah seakan faham dengan apa yang bersarang di hati Hakimi. Hakimi tersenyum nipis. Senyumanya dirasakan sumbang. Marah? Marahkah dia pada wanita itu? Tidak mungkin. Atau.. Barangkali ada sedikit geram di hatinya? Sudahnya, dia mengeluh lagi. Hampir putus-asa nadanya. Dia berpaling sekali lagi. Menghadap laut. Membiarkan wajahnya nyaman disapa bayu pantai. Itu mampu membuat dia berasa lebih tenang
"Kimi…,"
"Entahlah Mak Su. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Dulu pun…inilah juga jawapan Mak Su. Sekarang Mak Su ulang kata-kata yang sama."dia bersuara sebaik mendengar namanya disebut lagi. Terus leka melayan angin pantai, tanpa menoleh memandang wajah Mak Su Senah.
"Betul Kimi. Mak su tak tahu, kalau Mak Su tahu, dari dulu lagi Mak Su berterus terang dengan Kimi. Buat apa Mak Su nak rahsiakan apa-apa daripada Kimi? Mak su pun tak suka tengok keadaan Kimi dengan Huda jadi macam ini. Nama saja berkahwin. Nama saja suami isteri. Hakikatnya ? Seorang di timur, seorang di barat. Kalau lah Mak Su boleh tolong…Mak su akan tolong sedaya-upaya Mak Su ."
"Tolong bagitau saya kat mana dia sekarang. Itu saja. Takkan Maksu tak tahu?,"
"Dia ke Kuala Lumpur,"
"Beri saya alamat dia,"
Mak Su Senah menggaru kepala. Hakimi mengulang permintaan yang sama. Serba-salah untuk dia menjawab lagi.
"Maksu tak tahu. Huda cakap nanti dia bagi,"
Hakimi mengeluh lagi.
"Nombor telefon?,"
"Kimi. Buat apa Maksu nak tipu? Maksu dah cakap tadi, kan? Maksu lupa nak minta. Lagipun, Huda cakap, dia akan balik semula ke sini, sebaik dia dapat kerja kat sana. Balik sekejap,"
"Macam mana Maksu boleh lupa?,"
"Maksu ni dah tua. Huda pula, bukan kamu tak tahu perangainya. Asal maksu minta. Nanti dulu…nanti dulu… Asyik nanti dulu, lama-lama Maksu lupa terus,"
Hakimi tersenyum kecil. Lucu pula mendengar jawapan itu. dia berpaling. Memandang wajah Mak Su Senah yang jelas kelihatan serba-salah. Mendengar kata-kata itu, tiba-tiba dia terasa Nurul Huda cukup dekat dengannya. Memang Nurul Huda suka bertangguh. Satu perangai yang sering menjadi punca perang mulut mereka satu masa dulu. nurul Huda yang keras kepala. Nurul Huda yang suka melawan cakapnya.
"Macam mana Huda sekarang, Maksu?,"soalan itu meniti perlahan di bibirnya. Dengan malas dia bergerak menghampiri Mak Su Senah. Ingin sekali dia mendengar cerita tentang gadis itu. Kenapa? Yang pasti dia rindu. Rindu pada siapa? Dia tidak pasti. Rindu pada adik angkatnya? Atau rindu pada isterinya? Dia sendiri tidak tahu.
"Macam tulah. Sama saja perangainya. Degil. Tak nak dengar cakap orang,"
Hakimi tersenyum.
"Banyak kali Maksu suruh dia cari kamu. Suruh dia jumpa kamu. Dia tak nak. Tak nak ganggu hidup kamu, katanya,"
Senyum Hakimi hilang perlahan-lahan. Pasti Nurul Huda tidak mahu menjadi penghalang antara dia dan Camelia. Pasti itu punca Nurul Huda tidak mahu mencarinya.
"Anak Huda…macamana?," Hakimi mengalih bicara. Tiba-tiba dia teringatkan cerita Julia dan Sharil. Nurul Huda sudah punya anak. Entah kenapa, hatinya memberontak ingin melihat anak itu. Barangkali itu adalah anaknya.
"Anak kamu juga. Imran Najmi namanya. Huda panggil Ajim. Comel budaknya, keletah. Saling tak ubah macam kamu masa kecil-kecil dulu. Degilnya, Nampak macam mengikut mamanya ",
Hakimi tersenyum. Anak dia? Tidak pernah terlintas di fikirannya, yang jauh dari pandangan matanya, dia mempunyai seorang anak lelaki. Dia sudah menjadi seorang bapa, tanpa dia tahu pun tentang statusnya yang satu itu.
"Ye ke Mak Su ?"soalan itu terlontar dari bibir, tanpa dia sendiri tahu akan maksudnya.
"Iyalah."
Hakimi merenung jauh. Cuma membayangkan wajah anaknya yang tidak pernah dia temui. Cuba membayangkan keletah anak lelakinya. Nurul Huda tidak pernah menghubunginya. Jauh sekali memaklumkan keadaannya. Ternyata dia rugi untuk mendengar tangisan seorang anak. Dia juga rugi untuk mendengar tawa seorang anak. Tidak dapat melihat zuriatnya membesar di hadapan mata. Tiba-tiba bibir matanya terasa panas. Siapakah yang harus dipersalahkan ?
"Saya teringin sangat nak jumpa Ajim, Mak Su. Selama ini, saya tak tahu pun..rupa-rupanya saya sudah menjadi seorang bapa. Sampai hati Huda rahsiakan benda sebesar ni, dari saya"
Mak Su Senah kelu seketika. Hiba melihat wajah Hakimi yang sedikit murung. Hakimi tersenyum kelat. Walau dia tahu, apa yang berlaku bukanlah salah Nurul Huda sepenuhnya, namun, rasa terkilan tetap menyucuk hati. Dia ada hak untuk berkongsi perasaan sebagai seorang bapa. Dia ada hak untuk mendengar Imran Najmi menangis. Ada hak untuk laungkan azan ditelinga anak itu sebaik dia melihat dunia ini. Dia ada hak untuk melihat langkah pertama imran Najmi. Untuk melihat Imran Najmi jatuh dan bangun lagi. Dia tidak berkesempatan untuk melihat semua itu.
"Mak Su dah banyak kali nasihatkan Huda. Mak Su suruh dia cari kamu. Tapi..tulah. dia tak nak. Mak Su pun tak tahulah apa masalah kamu berdua. Nak kata bertengkar..tak pernah Mak Su Nampak kamu berdua bermasam muka. Apa sebenarnya yang berlaku ni ? Kimi ? Dengar tak Mak Su Tanya ni ?" soal Mak Su Senah sambil menepuk lengan Hakimi. Membuat lelaki itu tersentak. Bayangan anaknya yang cuba dia imaginasikan, hilang serta-merta.
"Apa Maksu cakap?,"
Mak Su Senah menggeleng bersama satu keluhan kecil.
"Maksu Tanya, apa sebenarnya masalah Kimi dengan Huda ni?,"
"Panjang ceritanya Mak Su. Mungkin silapnya datang dari saya. Entahlah. Saya pun tak tahu. Tapi…itu semua cerita lama. Kalau diungkit pun..dan tak ada makna."
Mak Su Senah mengeluh panjang. Dengar saja kata-kata Hakimi, hatinya makin kuat menyatakan hubungan pasangan suami isteri itu memang bermasalah. Ada rahsia yang sedang Hakimi dan Nurul Huda selindungkan.
"Takkan tak ada jalan penyelesaian langsung masalah kamu berdua ini."
"Macamana nak cari jalan penyelesaiannya, kalau Huda terus-terusan lari macam ni ? Mak Su pula…bukannya nak tolong saya."
"Hish ! Budak ni ! Tak faham orang cakap. Bukan Mak Su tak nak tolong. Tapi Mak Su tak boleh nak tolong. Kamu terlewat sikit. Huda dah pergi Kuala Lumpur. Ada interview kerja katanya. Bila Mak Su minta nombor telefonnya, dia asyik cakap nanti lah..nanti lah. Tup..tup..dia dah pergi. Nombor telefon tak ditanggalkannya. Kalau ada. Mestilah Mak Su dah bagi. Berapa kali Mak su nak cakap ni ? kamu ni, memang suka buat Maksu serba-salah tahu!",suara Mak Su Senah suda sedikit meninggi.
Hakimi tergelak kecil. Mak Su senah sudah mula hilang sabar. Perlahan dia bergerak merapati wanita itu. memeluk perlahan bahu Mak Su Senah.
"Yalah…yalah. Saya percaya."
"Mak Su Senah tersenyum sedikit.
"Tapi, kalau Maksu nak rahsiakan pun, saya faham. Saya sedar, saya ni siapa. Cuma anak angkat ayah saja. Huda tu, anak saudara maksu. Mestilah Maksu utamakan Huda, kan?,"
"Kimi!,"jeritan kecil itu pecah bersama pukulan kuat di bahunya. Pedih! Hakimi menyeringai sambil menggosok bahu yang pedih.
"Lagi sekali kamu cakap macam tu, Maksu tampar mulut kamu,"
Hakimi tergelak. Marah benar Mak Su Senah.
"Saya gurau jelah. Saya tahu Maksu sayang saya juga,"
"Maksu tak suka kamu bergurau benda macam tu. Maksu tak pernah bezakan kamu dengan Huda. Semuanya anak saudara Maksu,"
"Ya..Ya… Saya salah. Saya minta maaf. Saya tak gurau maca m tu lagi,"
Mak Su Senah menjeling marah. Hakimi tersengih. Membuat marahnya hilang perlahan-lahan. Pipi Hakimi diusap lembut. Tiba-tiba jadi rindu pada lelaki itu.
"Rindunya Maksu pada Kimi,"
Hakimi tersenyum kecil. Memegang jemari yang sedikit berkedut yang masih melekat di pipinya. Dia tergelak apabila melihat ada air mata yang nenitis perlahan di pipi Mak Su Senah.
"Saya dah balik, kan? Tak payahlah sedih-sedih,"
"Kamu dengan Huda sama saja. Kenapa tinggalkan Maksu sorang-sorang di sini?,"
"Jamal kan ada. Mana ada Maksu sorang-sorang?,"
"Maksu nak kita berkumpul macam dulu. Memanglah Jamal ada. Tapi, Maksu nak kamu dan Huda pun ada dengan Maksu,"
Hakimi tersenyum.
"InyaALLAH, lepas ni, saya akan selalu jenguk Maksu,"
"Yalah tu. Dulu pun, kamu cakap macam ni juga. Sudahnya kamu pergi, tak balik-balik,"
Hakimi tersenyum pahit.
"Maksu tahu, kamu merajuk dengan Maksu kan? kamu ingat Maksu sengaja nak rahsiakan hal Huda dari kamu. Kan?,"
"Dulu, ya. Sekarang ni, tak. Saya percaya Maksu. Maafkan saya ya. Saya tak bermaksud nak buat Maksu sedih,"
"Janganlah hilang lagi ya,"
Hakimi tersenyum sambil mengangguk perlahan.
"Kalau dapat nombor telefon Huda, beritahu saya ya. Saya nak sangat jumpa dia. Jumpa Imran Najmi saya,"
"Pasti Mak Su beritahu."
Hakimi diam mendengar jawapan Mak Su Senah. Senyum dan gelaknya juga hilang perlahan-lahan. Kini focus mindanya kembali kepada Nurul Huda. Nurul Huda sudah ke Kuala Lumpur. Nurul Huda bakal bekerja di sana. Jauh di sudut hatinya, dia berharap agar dia dapat bertemu dengan Nurul Huda di kota metropolitan itu.
"Selama lima tahun ni…Kimi buat apa ?"
Soalan Mak Su Senah sekali lagi mengganggu lamunan.
"Buat bisnes sendiri Mak Su,"
"Dah jadi tauke besar rupanya, anak saudara Mak Su ni, patut la dah tak ingat kampung halaman lagi"
"Janganlah perli saya macam tu Mak Su. Bukan saya tak nak balik. Tapi, banyak sangat kenangan sedih di sini. Lebih-lebih lagi bila saya teringatkan arwah ayah. Saya rasa berdosa..Mak Su.", Hakimi bersuara sayu.
"Sudah lah tu. Tak ada apa yang hendak di kenangankan. Sudah tersurat sebegitu..kita kenalah terima dengan redha. Terima qada’ dan qadar Allah dengan redha. Jangan dikesalkan benda yang dah berlalu. Apa yang penting, kita sentiasa doakan kesejahteraan arwah di sana."
Hakimi Cuma membisu. Tiada kata-kata untuk diluahkan. Rasa bersalahnya bagaikan tidak bertepi. Bersalah pada ayahnya. Bersalah pada Nurul Huda. Walau dia cuma anak angkat tetapi jasa ayahnya terlalu besar terhadapnya. Belum sempat dia membalas segala jasa itu, Allah telah menjemput ayahnya pulang. Ya. Dia harus redha. Malah memang dia redha dengan pemergian itu. Cuma, rasa terkilan di hati yang sukar dikikis. Melekat terus sebagai kenangan pedih yang sukar dilupakan. Saat Nurull Huda bersedih dengan berita kematian ayah tersayang, dia bersenang-senang menghabiskan masa bersama Camelia. Sehari selepas usai majlis konvokesyen mereka lima tahun lalu, dia mengikut Camelia pulang ke Kedah. Selepas dia mencari wajah Nurul Huda yang sudah tiada di sisinya. Selepas Nurul Huda meninggalkannya yang sedang keliru. Keliru dengan tindakan pelik Nurul Huda. Memang dia mahukan kepastian dari Nurul Huda. Namun, rancangan yang sudah diatur teliti bersama Camelia menjadi penghalang. Dia mahu menagih penjelasan Nurul Huda sepulangnya dia dari Kedah. Tetapi, dia terlewat. Dan, tanda Tanya itu kekal menjadi misteri di hatinya. Misteri perubahan sikap Nurul Huda secara tiba-tiba, lima tahun dulu.
"Kimi… sudahlah tu. InsyaALLAH, kamu akan jumpa Huda nanti,"
Hakimi tersenyum nipis.
"Minum dulu. Dah sejuk airnya ni,"
Hakimi mengangguk tanpa menjawab.

****
posted by Penulisan2u @ 3:24 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group