Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Apa? Tak tahu fesyen ke?" Soalku kepada seorang mamat yang tersenyum memandangku. Aku tahu..tak lain mesti sebab selipar ni. Kalau tak pakai blusher pun tak apa tadi..jimat sikit sebab dari tadi blusher semula jadi ni tak hilang-hilang. Hai..kenapalah hari ni aku rasa jauh sangat perjalanan yang tak luas permandangan nak sampai ke butik ni.. nasib baik tak adalah ramai sangat orang waktu ni..tapi..isk, malunya. Kalau masuk surat khabar mesti gempak ni.. ‘seorang pereka fesyen muda ( muda ke?) hanya memakai selipar tidur di kawasan awam’. Argh..aku peduli apa.
Aku melangkah dengan lebih laju kearah lif, sekarang ni bukan setakat jangan pandang belakang je..kiri, kanan..depan pun aku tak pandang dah. Asyik pandang bawah je..berserah sahaja, harap-harap tak terlanggar apa-apa.
" Fuh..akhirnya..." dapat juga aku sampai dalam lif ni, seorang pula tu. Hahaha.. lif ni aku yang punya! Aku mendongakkan kepala sambil mengesat dahi aku yang sedikit berpeluh. Sejuk- sejuk pun sempat berpeluh lagi aku ni. Aku mengemaskan rambut yang sedia berjutai menutup dahi. Dengan penuh keselesaan dan keyakinan aku menarik nafas panjang dan lepaskan. Rasanya dari sejak tadi aku tidak dapat bernafas dengan baik.
" So what ! i’m still the rockstar!" Aku mula mengeluarkan suara katakku dengan penuh yakin. Beg dibahu aku gantikan sebagai gitar. Ala.. relaks la, bukan ada orang pun. Paling-paling pun lampu dalam lif ni je yang terbakar bila dengar suara aku. Bukan apa..Cuma nak hilangkan rasa malu tadi je.
" Mak!" aku berundur beberapa tapak sehingga belakangku tertahan dengan dinding lif. Terkejut aku melihat Pak Samad berdiri kaku sambil tersengih memandang kearahku. Terserlah beberapa batang giginya yang tinggal tu. Bila pula orang tua ni ada dekat belakang aku..rasanya macam aku seorang sahaja waktu masuk tadi.
" Dah lama Pak Mad dekat sini?" soalku sambil tersengih. Malu hanya tuhan sahaja yang tahu. Habis hancur imej sopan aku depan Pak Samad. Mesti dia cancel nak ambil aku jadi menantu dia. Tapi kan.. kenapa aku rasa macam bodoh je soalan aku tadi?.
" Sempat la jugak dengar konset kamu tu..hehe" ujar Pak samad masih tersengih. Batang mop yang dipegang dari tadi disandarkan ke dinding.
" Hehehe.."
" Cantik kasut kamu tu ye? Macam kapet" tambah pak samad lagi kali ini kelihatan bicaranya lebih serius.
"Ahaha.. kalau Pak Mad nak tahu..ni lah trend sekarang. Kalau Pak Mad suka, singgahla butik saya nanti" ujarku penuh keyakinan. Suka juga aku melayan orang tua ni.
" Menatang apa tu tren? Bukan kereta api ke?" soal Pak Samad. Kerut didahinya bertambah. Aku tersenyum sendiri.
" Pak Mad bukan nak ke tingkat ni ke?" ujarku bila melihat pintu lif terbuka sedang Pak Samad asyik menggaru kepala. Bagus juga lif ni, tak payah aku susah bersoal jawab lagi. Pak Samad kemudian pantas mengambil mop dan baldi sebelum terkocoh- kocoh keluar. Apa yang nak dicepatkan pun aku tak tahu. Aku sekadar menggelengkan kepala melihat keletahnya.
Pintu Lif kembali tertutup..
" Eh kejap.. bukan butik aku dekat tingkat ni jugak ke?"
*********
" Ya, Kak Marni? Boleh I tolong?" Sapa Azlan yang baru melangkah masuk ke pejabatnya.Kelihatan marni sedang menantinya.
" Sorry Azlan..I’m not your sister" ujar marni lembut tapi tegas. Senyuman seperti biasa dihadiahkan pada Azlan.
" Bukankah you beria sangat nak jadi kakak ipar I? Anyway, sekali lagi..ada apa-apa yang boleh I bantu?" soal Azlan yang kini sudah selesa dikerusinya. Dia sudah dapat memahami perempuan dihadapannya, kalau tiada apa-apa masakan boleh kesini.
" Tak ada apa-apa lah. Ada hal sikit dengan papa, tapi Najwa cakap dia tengah meeting " balas Marni.
" Oo.. baru lepas meeting, rasanya Dato’ dah ada dalam bilik dia" balas Azlan. Sebolehnya dia ingin memendekkan perbualan antara mereka. Bukan dia tak suka dengan gadis dihadapannya ini..takkan ada orang yang tidak tertarik dengan model secantik dan semanja ni..tapi yang pasti orang itu bukan azlan.Entah kenapa tingkah marni seperti mengingatnya pada insan yang pernah mengaku sebagai ibunya. Masih banyak kerja yang harus disiapkannya.
**********
Nasib baik aku seorang pereka fesyen bukannya pereka laman atau pereka grafik dan lebih bernasib baik aku buka butik, bukannya kedai basikal ataupun kedai makan. Kenapa tiba-tiba aku boleh menghargai apa yang aku ada ni..sebab aku ada butiklah, aku ada banyak kasut disini. ‘I love you lah kasut’ terima kasih sebab kau ada disini. Aku memeluk kasut yang baru aku ambil dari rak dan bawa ke pejabat aku.
" Hai, Puan Boss. Sihatkah anda?"
Aku memandang kearah atie yang terjengul di muka pintu. Aku memberi isyarat tangan supaya Atie mendekati aku. Senyuman paling manis aku berikan padanya.
" Nah!" aku menghulurkan mug kearahnya. Atie mula menarik muka yang tak laku seposen pun tu. Nasiblah, siapa suruh dia rajin sangat tegur aku pagi- pagi macam ni. Kan dah kena buat air untuk aku. Okay apa? Aku kan boss.
" Ingatkan sailormoon tak buli orang.." Ngomel Atie namun mug ditanganku tetap diambilnya.
" Eh, sorry sikit. Orang Mineko tau! Tak mainlah sailormoon..itu tahap kamu" ujarku sebaik sahaja Atie ingin melangkah keluar. Mineko tu hanya salah satu watak yang aku suka dalam komik helios eclips selain unsur api dan helios sendiri. Kalaulah watak dalam komik tu semua benar ada, kan seronok.
Aku mencapai pensil dan sedaya mungkin keluar dari alam khayalan aku. Kalau aku dah mula fikirkan komik, alamatnya tak menjadilah kerja aku. Tak lama lagi, pertandingan tahunan yang biasa aku sertai itu akan bermula. Tahun ni, harap-harap tuah masih menyebelahi aku seperti tahun lepas. ‘Cayalah fatin..kamu memang hebat’.
************
" Atie, tolong order kan Red Duchess Satin dengan Black Crinkle Organza ek. Kak Atien nak keluar sekejap" aku menepuk bahu Atie yang sedang sibuk dengan laptopnya. Dah alang- alang dia oline, baik suruh dia oderkan terus.
Enjin sudah dihidupkan, destinasi kali sedikit jauh. Tak tahulah kenapa dia pilih Putrajaya. Macam tak percaya pun ada bila Datin Leina ajak keluar. Manalah tahu kalau dia sudi jadi penaja aku nanti kan.Bukan nak ambil kesempatan tapi sekadar mencuba nasib.Dalam tidak sedar, dua minggu telah berlalu dan aku masih seorang driver yang tak bergaji. Apa-apa pun aku tetap gembira sebab aku adalah Fatin. Aku memandang kearah Prada Fairy di tempat duduk sebelahku. Di situ tergantung elok rantai kunci berbentuk hati pemberian abang. Sedikit berkarat menggambarkan usianya namun tak mungkin akan aku buang. Aku kembali memandang kehadapan,jalan raya seperti biasa masih penuh dengan kenderaan. Aku masih tersenyum sendiri bila terkenangkan sejarah rantai kunci pemberian abang tu.
" Kenapa ni? Muncung lain macam, dengan bulu ayam dekat rambut.Kamu nak tukar jadi ayam dah ke?" soal abang sambil membuang bulu ayam yang melekat dibaju dan dirambut aku.
" Bodoh.." hanya itu yang keluar dari mulutku. Memang aku cukup bengang pada waktu ni. Aku menggaru-garu lengan yang terasa begitu gatal.
" Tak baik cakap orang bodoh tau. Siapa buat adik abang ni? Cakap cepat..biar abang pergi marah dia" ujar abang sambil tangannya ligat pula menyapu pipi aku yang sedikit comot.
" Tak.. silap cakap tadi..dia bukan bodoh, tak pandai je" balasku bila menyedari aku menyebut perkataan yang seringkali dilarang Abah.
" Itu pun tak baik..mana boleh cakap benda tak elok dekat orang lain" Kepala aku diusap beberapa kali.
" Ala..semua tak boleh. Anak baru Uncle Rosli tu, dia kurung fatin dalam reban ayam tok" ujarku bersungguh namun hanya dibalas dengan tawanya. Ada ke patut gelakkan aku yang teraniaya ni. Apa punya abang la ni.
" Dah. Jangan marah lagi, ambil ni " Abang menarik tangan aku dan meletakkan satu rantai kunci bebentuk hati. Aku kembali tersengih, hilang semua kemarahanku sebentar tadi.
" Cantik..bila abang beli ni?"
" Mana ada abang beli.. Abang tikam tadi" ujar abang masih tersenyum. Mati-mati aku ingat dia belikan khas untuk aku. Ni mesti kes nak tikam benda lain tapi dapat benda lain ni.
Aku masih ingat senyuman dan tawa abang ketika itu.Aku kembali memberi tumpuan pada panduan aku. Jalan disini kelihatan lebih lengang namun tiba- tiba aku hilang kawalan pada stereng bila terdapat kereta yang berhenti secara kecemasan dihadapan. Walaupun tidak terlalu hampir, dengan kelajuan ini mustahil aku dapat berhenti tanpa melanggarnya.Paparan terakhir dilayar mata aku adalah beg yang tercampak kehadapan. Semuanya berubah semakin kabur selepas itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bila lg nk sambung ni>??? tak sabo la...