Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"abang, mari sini tolong abah pegang ayam ni" pinta si abah "macam ni ke abah" tanya si abang "ya, pegang kuat-kuat nanti terlepas pula ayam tu." "abah nak bunuh ayam tu ke? Kesian dia" si adik hanya menyangkung menyaksikan gelagat si abang dan abahnya. "eh, adik tak boleh cakap macam tu. Kita kena sembelih dia, untuk kita makan" jelas si abah. "tapi kita bunuh dia juga abah" tanya si adik tak puas hati. "adik, memang lah kita bunuh dia. Dalam islam ini dinamakan penyembelihan, bukan pembunuhan. Kita sembelih untuk dimakan, dan untuk kita teruskan hidup. Abang dengan adik kan suka makan ayam" jelas si abah sambil tangan kanannya memegang parang dan tangan kirinya menyisip bulu ayam di bahagian lehernya. "abang pegang kuat-kuat, lepas sembelih abah cakap campak, abang campak ok" "ok"
Si abah menyembelih ayam itu dengan beberapa kali pusingan parang dileher ayam.
"Allahhuakhbar" laungan si abah "Allahhuakhbar" si adik dan si abang mengikut laungan itu. "eeee...darah" si abang mula kegelian "abang, pegang kuat-kuat. Nanti terlepas abis baju abang berdarah." "baiklah" si abang menjawab sambil matanya dipejam. Tangannya dipegang erat-erat pada leher ayam tersebut. "banyaknya darah" si adik tekun melihat lelehan darah yang mula percik ke tanah.
"abang, abah kira sampai tiga kita campak ayam ini kat tepi pokok tu" si abah mengeluarkan arahan. "baiklah abah" jawab si abang "satu, dua, tiga..." mereka mencampakkan ayam tersebut di tepi pokok itu. "abah kenapa dicampak ayam itu?" tanya si adik. "kita campak ayam itu supaya ayam itu mudah mati dan darah takkan terpercik ke arak kita. "Oooo" si adik menjawab. Si abang hanya memerhati gelagat si ayam yang baru disembelih. "nanti kalau ayam tu dah tak bergerak lagi bagi tahu abah. Abah nak masuk rumah dulu" si abah mengorak langkah ke dalam rumah. "ok bos" jawab serentak si adik dan si abang.
"abang, apa maksud abah bila ayam tu dah tak bergerak?" tanya si adik "Mungkin bila ayam tu dah mati agaknya, aku mana tahu." balas si abang
Mereka berdua tekun melihat aksi ayam itu bertarung dengan sakaratulmaut. Setelah beberapa minit...
"abang, dah tak bergerak lagi tu" tanya si adik "eh, ye la." balas si abang "abah!!! Abanh!!!; jerit si adik.
Si abah di dalam rumah terus menuju ke arah anak kembarnya itu. "kenapa?" "ayam itu dah tak bergerak lagi" jelas si adik "itu maknanya ayam itu sudah mati dan kita boleh bersih-bersihkan dia" jawab si abah. "bersihkan dia?" si abang kehairanan. "maksud abah kita mandikan ayam itu, lepas tu kita kuburkan ke? Sama macam apa yang abang dengan adik buat bila comel mati dulu" sambung si abang "bukan macam itu, ayam ini kita nak buat makan. Comel tu mana boleh makan" jelas si abah. "Oooo..."
"emaknya, dah masak ke air panas tu" "sudah abahnya, ambil la" jawab si emak "kejap, abah nak ambil air panas" jelas si abah kepada abang dan adik
Si abah meninggalkan anak-anaknya. "air panas? Untuk apa ek abang?" "mana lah aku tahu, mungkin untuk rebus ayam ini. Tapi aku nak ayam goreng bukan ayam rebus" "aku pun sama juga. Ermmm" balas si adik
"ok, ni dia air panas." tanya si abah "abah, air panas ni kita nak buat apa?" tanya si adik "kita nak rendam ayam ini" jawab si abah "aku dah kata, kita rendam ayam ini lepas tu kita rebus dia. Apa abang nak makan ayam goreng. Nak ayam goreng" pinta si abang "la, kita rendam ayam ini untuk memudahkan kita cabut bulu dia, lepas tu baru boleh goreng"jelas si abah. "eh...hehheheh..ingatkan nak rebus ayam itu" ketawa kecil si abang dan adik.
Mereka mula merendam ayam itu lalu mencabut bulunya satu persatu.
"macam ini ke abah?" tanya si abang "ye macam tu? Mudah kan?" "mudah, mudah" jawab si adik "abah, comel boleh kita buat macam ini tak? Comel pun ada bulu juga, abang tak pernah gunting pun bulu comel" tanya si abang "eh...abang, comel tu lain. Itu kucing, kita tak boleh makan. Ada binatang yang kita boleh dan tak boleh makan. Kucing kita diharamkan untuk makan" jawab si abah. "ooo"
"nasib baik comel tak boleh makan, kalau tak, nasib comel pun sama macam ayam ini. Selamat-selamat. Tapi comel dah mati. Rindunya "benak si abang
"ok abah, dah abis cabut" si adik mula bersuara "penatnya cabut, hehehhe...lawa juga ayam ini tak ada bulu kan adik" "betul tu, hehhehe..." "apa la anak-anak abah ni. Ok lepas ini abah nak buang isi dalam perut ayam ini. Lepas tu baru kita beri pada emak untuk di masak."jelas si abah "ok bos"
"ermmm..sedapnya lauk hari ini. Emak ini ke ayam yang kami sembelih tadi" tanya si adik "ya" jawab si emak "sedapnya ayam goreng, suka suka" balas si abang "along, tengoklah pandai taw kita orang sembelih ayam" sinis si adik kepada along. "pandai apanya. Kalau setakat sembelih tutup mata, along pun boleh" jawab si along. "eleh, ingat kita orang tak tahu ke, along kan takut darah. Nak sentuh darah pun takut. Hehehhe" si abang mula membalas sambil ketawa kecil. Diikuti oleh si adik. "sudah-sudah, mari kita makan." si abah mematikan pertelingkatan anak-anaknya. "nah ambil ayam sorang satu" sambung si abah. "suka, suka, nyam nyam" jawab si adik
Setelah selesai makan malam,
"abang, best tak tadi sembelih ayam?"tanya si adik "best, best, ermmm tak best aku tutup mata. Kalau aku buka mata tentu best" "ala, kenapa kau tutup mata tadi" "aku takut la, tapi lain kali aku mesti tak tutup mata" jawab si abang.
"eh anak emak kenapa tak tidur lagi" tanya si emak yang telah menjadi rutin melihat anak-anaknya sebelum masuk tidur. "kamu berbual pasal tadi petang. Sembelih ayam." jawab si adik "emak, mak...esok kita sembelih ayam lagi ek?" tanya si abang "eh, tak kan hari hari kita nak makan ayam, nanti matilah semua ayam kita." jawab si emak. Jawapan si emak membuatakn si abang memalingkan mukanya ke bawah. "la ye ke? Habis tu esok mak nak masak apa?" tanya si adik "esok emak masak sayur lemak, dengan daging lembu masak rempah" jawab emak. "daging lembu?" si adik mengulangi kata-kata emaknya. "ha, kalau macam tu esok kita sembelih lembu ye mak" si abang gembira kembali. "la, mana boleh kita sembelih lembu. Nanti bukan lembu yang disembelih, kam berdu yang dikejarnya, sudah-sudah tidur ya." jawab si emak. "ermmm..baik lah" jawan serentak si adik dan si abang.si emak, menutup pintu dan kamar bilik anak kembarnya dipenuhi dengan kegelapan.
"dik, boringnya hari ini" "la kenapa pula?" tanya si abang "nak sembelih ayam lagi la" "la kau ni, kita nak minta tolong siapa? Abah keje. Semalam boleh la sebab abah cuti" balas si adik. "ermmm..." mata abang mula melirik ke kawasan kebun belakang rumahnya.
"hhaa..." jerit kecil si abang. "apa dia?" si adik kehairanan "kau nampak apa tu?" si abang menunjukkan objek yang dilihanya dengan menggunakan jari. "yang mana?" "ala, kau ni. Yang itu" "anak ayam?, kau nak buat apa" "kita sembelih la" jelas si abang "kau gila, itukan ayam nek esah. Kalau dia tahu tak ke mati kita" "kau ni penakut la, kita sembelih lah ayam tu. Lepas tu kita bagi ayam itu kat nek esah suruh dia masak." "eh, boleh ke anak ayam di masak?" "boleh la, kan abah cakap ayam boleh dimakan" "betul tu" "tahu pun. Mesti nek esah berterima kasih kat kita kerana kita sembelihkan ayam dia" jelas si abang "hehehhe, jom kita tangkap ayam" ajak si adik. "jom"balas si abang
Mereka berkejar-kejar menangkap ayam, akhirnya mereka dapat menangkap 3 ekor anak ayam.
"ermmm..comel-comel pula anak ayam ini. Abang, aku tak sampai hati la" "kau ni, kita dah penat tangkap ayam ni. Aku nak ambil parang kejap" si abang mula melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil parang.
"eh, abang nak buat apa parang tu?" tanya si emak "abang nak pinjam kejap je" "tak boleh, bahaya. Letak balik parang tu" si emak menajamkan matanya.
Si abang mula melangkah kaki ke arah adiknya dengan wajah yang penuh kehampaan.
"kenapa kau ni? Tadi bukan main seronok" tanya si adik "mak tak kasih pinjam parang" jelas si abang "apa, tak kasih? La, abis tu macam mana kita nak sembelih ni?" "ha, aku ada idea" jelas si abang. "apa dia?" tanya si adik "semalam, abah guna parang untuk sembelih ayam besar, sekarang kita nak sembelih ayam kecik, tak payah pakai parang la" jelas si abang "habis tu kita nak pakai apa kalau bukan parang" "kita pakai pisau jilit yang abah buat cukur janggut dia" jawab si abang "kau tahu ke abah simpan kat mana?" "aku tahu, selalu aku tengok abah cukur janggut dia..hehehhe. tunggu jap ek?" jelas si abang. "ok ok"
Si abang bergerak kembali menuju ke rumah untuk mendapatkan pisau jilit. Kali ini dia tidak memberitahu emaknya.
"ok ini dia" si abang menunjukkan pisau jilitnya. "ok ok, jom kita sembelih anak aya ini" "kau pegang, aku sembelih" perintah si abang "ok ok" balas si adik
Mereka mula menyembelih satu persatu anak ayam yang ditangkap. "Allahhuakhbar" si abang mula menyembelh tanpa menutup matanya. "Allahhuakhbar" si adik mengulangi kata-kata abangnya. "semalam, abah pusing-pusingkan pisau ni beberapa kali kat bahagian leher ayam" jelas si abang "ok, kau buat lah apa abah buat semalam"
Si abang memusingkan beberapa kali pisau jilitnya di leher anak ayam tersebut. "erggggg" suara si abang sambil menyembelih anak ayam tersebut. "alamak" jerit kecil si abang "kenapa, kenapa?" tanya si adik
Si abang menunjukkan kepala anak ayam yang terputus yang disembelihnya. "abang, terputuslah kepala anak ayam itu." "macam mana ni?" tanya si abang "tak apa la, kita campak je lah anak ayam ni. Tunggu sampai dia mati dulu" Si abang dan adik mula mencampakkan anak ayam yang disembelihnya. Tidak ketinggalan kepala yang tertanggal turut dicampaknya. Begitu juga dengan anak ayam yang kedua dan ketiga. Si abang tersembelih anak ayam tersebut sehingga terputus kepalanya. Tiba-tiba...
"Ya Allah, apa kau orang buat ni" jeritan si nek esah membuatkan kembar itu terkejut. "lah, lah... apa anak kau buat ni" nek esak memanggil emak si abang dan si adik. Tetapi raut wajahnya menunjukkan sedikit ketawa. "kenapa mak cik?" tanya si emak " itu" nek esah menunjukkan jarinya ke arah si abang dan si adik.
Si abang dan si adik masa itu tengah takut dan ‘cuak’.
"tu lah kau abang, aku cakap nek esah mesti marah" "diam la" si abang mula ketakutan.
"Ya Allah, apa yang abang dengan adik buat ni?" tanya si emak yang sudah berada di depan abang dan adik. "kami nak sembelih macam mana abah sembelih semalam." Jawab si abang "betul tu" si adik menyokong kata si abangnya. "la ya ke?" balas si emaknya.
Emak dan nek esah mula ketawa dan tersenyum sesama sendiri.
"ermmm…apa lah cucu-cucu aku buat ni. Nak sembelih kenapa sampai putus kepalanya?" tanya nek esah "terputus nek, kami minta maaf" jawab si abang "ia nek. Tak apa, nek ambil 2 ekor anak ayam tu dan goreng. Mak ambil seekor ayam tu dan goreng. Adik dengan abang sangup kongsi seekor ayam tu" balas si adik Kata-kata itu membuatkan si emak dan nek esah ketawa semula.
"sayang, anak ayam mana boleh digoreng. Kalau goreng pun mesti hancur. Sudah nenek tak marah. Tapi lain kali jangan buat lagi taw." "baiklah nek" jawab serentak abang dan adik. "abang minta maaf ya nek. Kami janji kami tak akan buat lagi" "adik pun sama nek" "sudah-sudah, nenek tahu cucu-cucu nenek baik. Nenek maafkan" "hai, anak-anak mak ni. Ada-ada je. Dah masuk lepas tu mandi. Dah bau ayam dah tu" jelas si emak "tapi kalau tak nak goreng kita nak buat apa dengan anak ayam tu?" tanya si adik "a’ah nak buat apa nek?" si abang kehairanan "tak apa, biar nenek yang tanamkan anak-anka ayam itu." Balas nek esah "Ooo..ok...hehehhe" si adik ketawa kecil "ok ok...nenek tanam taw, lepas tu jangan lupa siram dan taburkan bunga kat kubur dia. Bacakan doa untuk anak-anak ayam itu ye. Hehhehe..." jawab si abang pula "abang teringatkan comel ker?" tanya si adik "ada lah sikit-sikit" balas si abang "sudah-sudah pergi masuk dan mandi" pinta si emak "baik bos"
sonok nyer jd bdk2.... wt pape pon x kna mrh kn... huhuhuhu...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha:))...hahaha:))..best2...ada blog tak?