Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mia mengerling jam di dinding.Sudah jam 1 pagi namun kelibat suaminya masih belum kelihatan.Dia mengeluh perlahan.Sejak akhir-akhir ini suaminya amat sibuk.Dia bangun dari sofa untuk melangkah ke kamar tidurnya.Tidak lama kemudian dia mendengar pintu utama dikuak. "Abang dah balik ya."Mia bergegas kepada suaminya. "Ya.Mia tunggu abang ke?"Syafiq bertanya perlahan.Wajah Mia ditenung lama. "Tadi Mia tunggu abang.Tapi abang lambat sangat balik.Elok je Mia nak masuk bilik,abang dah balik."Tutur Mia lembut. "Maaf ye sayang.Abang banyak kerja sangat di pejabat."Syafiq serba salah.Dia kasihan kepada isterinya.Bukan dia sengaja hendak balik lewat malam begitu. "Tak apa bang.Abang dah makan?" "Dah tadi kat kafe pejabat.Sayang tak mengantuk lagi?"Syafiq bertanya sambil tangannya memeluk erat pinggang isterinya. "Belum lagi.." "Jom kita duduk di sofa."Syafiq menarik tangan isterinya. "Penat sangat ke bang?"Terbit rasa kasihan di hati Mia melihat wajah lesu suaminya.Tangannya lincah memicit-micit bahu Syafiq. "Penatlah juga.Kerja tak habis-habis."Syafiq memejamkan matanya menikmati urutan lembut Mia di bahunya. "Abang janganlah paksa diri abang sangat.Kalau penat,rehat.Kerja tu boleh sambungkan." "Abang tak suka tangguh-tangguh kerja.Sayang pun tahukan.Eh Ikin dah tidur ya?" "Dah lama tadi.Dia tunggu abang sampai tertidur." "Kasihan anak abang tu.."Syafiq meleretkan kata-katanya. "Kat mama dia tak kasihan ke?"Mia menduga. "Kat mama dia lagi kasihan.Abang rindu sangat kat Mia.Yelah,pagi-pagi abang ke pejabat.Balik pula lewat.Tak sempat abang nak bermanja dengan isteri abang ni."Syafiq mengusap-usap lembut leher Mia. Mia senyum.Dia pun rindukan suaminya.Walaupun tinggal sebumbung,kadang-kadang dia berasa amat jauh dengan suaminya.Adakala tercalit juga perasaan curiga di hatinya.Dia takut suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.Tapi sebelum perasaan curiga itu menyelubungi seluruh hatinya,dia pantas mengusir jauh perasaan curiga tersebut.Dia yakin dengan suaminya.Suaminya tidak pernah menipunya selama ini. "Mia..jangan prasangka terhadap abang ya.Abang balik lewat sebab kerja.Abang tak buat benda bukan-bukan di belakang Mia.Mia percayakan abangkan?" Syafiq seperti dapat menduga gelora di hati Mia. "Mestilah Mia percayakan abang.."Mia mengucup lembut pipi suaminya. Syafiq tersenyum bahagia.Mia amat memahami dirinya.Bagi dirinya,Mia adalah seorang isteri yang sempurna.Makan pakainya tidak pernah terabai.Sungguh,dia amat menyayangi dan mencintai isterinya itu.Walaupun berjuta dugaan yang datang melanda,cintanya terhadap Mia tetap teguh.
-------------------------------------- Mia memandang kesekeliling rumah.Hatinya kosong.Dia berasa amat sunyi.Waktu begini dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya.Dia rindukan bisikan cinta Syafiq.Dia rindukan belaian mesra Syafiq.Dan dia rindukan segalanya tentang lelaki itu.Tapi walau sebanyak mana pun dia rindukan Syafiq,dia mengerti kerinduannya tidak akan terubat.Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan,suaminya itu sudah tidak mempunyai banyak ruang untuknya dan juga untuk anak mereka.Sudah lima tahun perkahwinan mereka dan sebelum ini dia tidak pernah berasa sunyi seperti ini.Dia mahukan rumahtangga mereka seperti dulu.Mia melepaskan nafasnya perlahan. "Mama..papa mana?" Ikin yang baru berusia 4 tahun bertanya. Pertanyaan Ikin mengejutkannya dari lamunan.Dia menatap wajah mulus Ikin.Rasa sedih menyerbu hatinya.Si kecil itu juga merindui papanya. "Papa kerja sayang.."Mia mengusap pipi tembam Ikin. "Bila papa balik?"anak kecil itu bertanya lagi. "Malam nanti papa balik.Kita tunggu papa sama-sama ya nanti."Dia tahu Ikin juga rindukan Syafiq.Mana taknya,Syafiq ke pejabat ketika Ikin masih enak tidur.Dan ketika Syafiq balik,Ikin sudah pun tidur. Ikin mengangguk seakan mengerti.Dia meneruskan bermain permainannya. Mia kembali mengelamun.Rasa bosan masih menguasai hatinya.Dia hendak berkerja tetapi Syafiq tegas melarangnya.Syafiq mahukan dia berada di rumah.Dan yang paling penting Syafiq mahu dia yang menjaga Ikin saban waktu.Kerana taatkan suami,dia mengikut kehendak Syafiq tanpa ragu.
--------------------------------------------
Syafiq mengurut-urut lehernya.Lenguhnya mula terasa.Dari tadi dia tekun menyiapkan tugasannya.Dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.Matanya melekat pada gambar berbingkai yang terletak elok di atas mejanya.Diambil gambar berbingkai tersebut.Bibirnya mengukir senyum.Gambar Mia yang sedang mendukung Ikin dipandang lama.Saat itu rindu kepada Mia menerjah sanubarinya.Dan dia tahu isterinya itu juga merinduinya.Dia dapat merasakannya. "Maafkan abang sayang.Abang tak dapat selalu temankan Mia.But I always love u.."kata Syafiq sambil matanya masih tetap menatap gambar tersebut. Ketukan di pintu biliknya mengganggu emosinya ketika itu. "Masuk."Syafiq sedikit menjerit. "Hai Fiq.Busy ke?" Amran bertanya. "Agakla.."pendek jawapan Syafiq. "Busy dengan gambar isteri kau tu ya?"Amran tersengih.Matanya mengerling bingkai gambar yang berada di tangan Syafiq. "I miss her so much.."luah Syafiq. Amran ketawa.Kemudian dia mengeleng-ngelengkan kepalanya."Fiq,kau tu dah lama kahwin.Tapi macam pengantin baru.Bukannya kau duduk jauh dengan isteri kau." "Memanglah.Semakin hari aku semakin rindukan dia,semakin cintakan dia.Walaupun kami tinggal bersama,kami jarang berbicara.Kau pun tahukan,aku sibuk dengan kerja." "Kau tu yang gila kerja Fiq."Bidas Amran. "Bukan gila kerja.Kerja yang selalu menghambat aku.Sampai aku dah tak boleh lari dah."Syafiq mengeluh perlahan. "Hidup ni kena berkorban Fiq.Aku datang ni nak bagitahu kau,petang ni ada mesyuarat.Jangan tak datang pula."Amran berpesan sebelum melangkah keluar dari bilik Syafiq. Mesyuarat lagi? Syafiq mengeluh untuk kesekian kali.Dia baru bercadang untuk pulang awal.Dia rindukan isteri dan anaknya.Tapi niatnya itu terpaksa dibatalkan.Dia melihat jam di pergelangan tangannya.Sudah jam 4 petang.Dan dia tahu mesyuarat yang akan berlangsung nanti sudah pasti akan lambat habis.Dan dia juga sudah pasti akan pulang lewat.Syafiq mengeluh lagi,Saat itu wajah Mia dan Ikin datang silih berganti di ruang mindanya.
--------------------------------------
Syafiq menapak ke dalam rumah.Rumahnya gelap.Hanya cahaya dari tv yang menerangi ruang tamu rumahnya.Dia mencari kelibat isterinya.Dalam cahaya yang samar dia melihat susuk tubuh isterinya yang berbaring di sofa.Perlahan-lahan dia mendekati isterinya.Isterinya itu telah nyenyak tidur.Syafiq duduk di atas lantai betul-betul berhadapan dengan isterinya.Tangan kanannya mengelus perlahan rambut Mia.Wajah putih bersih Mia ditatap penuh minat.Dia terleka menatap wajah indah milik isterinya.Wajah itu tetap cantik dan masih mampu mencairkan hatinya.Hembusan nafas Mia dapat ditangkap oleh telinganya walaupun perlahan.Syafiq menngucup lembut pipi Mia.Kasihnya terhadap Mia semakin menggunung dari ke hari.Dan cintanya terhadap isterinya itu semakin bercambah dari hari ke hari.Perlahan-lahan Syafiq mengangkat tubuh genit Mia.Dia tidak mahu mengganggu lena isterinya. "Abang dah lama balik?"Mia menggeliat kecil dalam rangkulan suaminya. "Baru je."Matanya melekat di wajah Mia. "Kenapa tak kejutkan Mia.Susahkan abang je nak usung Mia."Mia melingkarkan kedua-dua tangannya di leher Syafiq.Bibirnya tersenyum manis. "Abang tak nak kejutkan Mia tadi.Lena betul abang tengok Mia tidur."Senyuman manis Mia menggetarkan jiwa lelakinya. Syafiq membaringkan Mia ke atas katil.Ditariknya comforter menyelimuti tubuh Mia.Selepas itu dia duduk di birai katil bersebelahan dengan isterinya.Wajah Mia ditenung tidak berkelip. "I’m sorry honey..Abang balik lewat lagi."Rasa bersalahnya membalut hati. "Syyhh..tak payah minta maaf.Abang ada mesyuaratkan.Tak apa..Lagipun abang dah call Mia bagitahu abang ada mesyuarat."Mia menggenggam erat tangan suaminya. "I love you so much sayang.."Syafiq berkata tiba-tiba.Ungkapan itu lahir ikhlas dari dasar hatinya. "I love you too.."Balas Mia.Dia megucup tangan suaminya. "Mia tidur dulu ya.Abang nak jenguk Ikin kejap.Lepas tu abang nak mandi."Selepas berkata-kata,Syafiq mengucup bibir mungil Mia. Mia hanya tersenyum dan mengangguk.
Syafiq membuka pintu bilik Ikin perlahan.Anak kecilnya itu sedang lena diulit mimpi.Perlahan-lahan dia mencium dahi anaknya.Selepas itu diusap-usap kepala anak kesayangannya itu.Bibirnya mengukir senyum. "Maafkan papa sayang…"Bisiknya di telinga Ikin seolah-olah Ikin dapat mendengar bicara yang tercetus dari bibirnya. Ikin menggeliat.Terasa lenanya diganggu.Dengan pantas tangan Syafiq menepuk-nepuk belakang anaknya.Dia menunggu sehingga anak kecil itu lena kembali.
-----------------------------
"Abang minta maaf.Abang tak boleh temankan Mia pergi kenduri tu hari ni."Syafiq serba salah untuk menuturkan ayat itu.Namun dia tiada pilihan. "Kenapa bang?"Mia menyoal.Kecewa mula menguasai jiwanya. "Abang ada meeting.Tadi baru abang dapat call." "Tapi semalam abang dah janji dengan Mia.."kata-katanya dileretkan.Mengharap simpati dari suaminya. "Abang minta maaf.Tiba-tiba hari ni ada meeting.Dan meeting tu penting."Syafiq menjelaskan. "Mia ni tak pentinglah?"Tanya Mia tidak puas hati.Tangkai hatinya seperti ditarik-tarik saat itu.Pedih di hati hanya tuhan saja yang tahu. "Please sayang..Mia pun penting.Mia hidup abang.."Syafiq memeluk kejap bahu Mia. Mia melepaskan diri dari pelukan Syafiq.Hatinya menjadi tawar.Dengan langkah yang longlai dia menapak ke balkoni bilik.Angin dari luar menghembus wajahnya.Dia hanya membiarkan.Mengharap angin dapat menyejukkan jiwanya yang sedikit membara ketika itu.Sebak yang membuak di dadanya ditahan.Dia tidak mahu air matanya tumpah.Dia harus kuat. Syafiq mengeluh perlahan.Dia tahu isterinya sedang merajuk.Bukan sekali dua dia mungkir janji terhadap isterinya tapi berkali-kali.dan setiap kali itulah Mia akan memaafkannya.Bukan dia sengaja mungkir janji.Bukan dia sengaja mahu menyakiti hati isterinya.Tubuh Mia yang membelakangi dirinya dipandang.Dia melangkah ke arah Mia. "Sayang.."Panggilnya lembut.Syafiq memeluk Mia dari belakang. Mia hanya diam.Dia sudah malas mahu berkata-kata.Tangan Syafiq yang melingkar kemas di pinggangnya dibiarkan. "Sayang marah abang ya?" Syafiq mengucup lembut cuping telinga Mia. "Mia dah tak larat nak marah-marah bang.Abang tu selalu busy."Mia memaksa dirinya untuk berkata-kata. "Maafkan abang ya.Abang janji.Lepas projek di Sungai Buloh tu selesai,abang akan temankan Mia.Sayang nak pergi mana pun abang ikut."Syafiq memujuk.Bibirnya dibenamkan ke leher isterinya. "Abang selalu macam tu.Berjanji bagai nak rak,tapi asyik mungkir janji je."Bidas Mia. "Come on dear..Kali ni abang betul-betul janji."Syafiq memalingkan tubuh Mia mengadapnya.Wajah Mia masam mencuka.Tiada senyuman untuknya. "Eloklah tu tunjuk muka masam kat suami.Tak nak masuk syurga ke?"Sakat Syafiq. Mia hampir tergelak mendengar kata-kata Syafiq.Rajuknya sudah tidak menjadi.Pantas tangannya menumbuk manja dada Syafiq.Suaminya itu memang pandai memujuk. "Macam tulah.Kan manis kalau senyum.Mia tahu tak senyuman Mia ni lah yang buat abang tak lari kemana-mana.Abang setia dengan Mia je."Syafiq mengusik.Dia lega melihat Mia sudah boleh tersenyum. "Mia pegang janji abang tadi tau.Kalau abang mungkir lagi,siap abang."Mia mengugut. "Iye..abang akan tunaikan janji abang tu.Eh si comel abang tu tengah tidur ya?"Syafiq baru teringat akan Ikin. "Tidur lagi.Ikin tu selagi tak pukul 10 tak bangunlah dia." Syafiq senyum."Abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik.Kunci semua pintu tau."Pesan Syafiq. "Abang pun hati-hati,Jangan bawa laju sangat."Mia menyalami tangan suaminya. Syafiq mengangguk.Dia tunduk mengucup lembut dahi Mia.Syafiq melangkah menuju ke pintu bilik.Sebelum menutup pintu bilik dia memandang isterinya. "Mia tak pergi kenduri tu?" "Mia pergi.Tunggu Ikin bangun dulu.Tak sampai hati nak kejutkan dia." "Jangan pergi lama sangat.I love you sayang…"Syafiq melambai isterinya. Mia hanya mengeleng melihat tingkah suaminya.
-------------------------------
Mia memandang ke sekeliling restoran.Kelibat lelaki itu belum kelihatan.Dia mengerling jam ditangannya.Dia mendengus perlahan.Lelaki itu sudah lewat 10 minit.Mia kembali menyedut air dari gelasnya.Air oren di dalam gelasnya sudah tinggal separuh. "Hai..sorry I’m late." Mia mendongak.Lelaki tu sedang tersenyum kepadanya. "Duduklah."Mia berkata pendek. "Anak you mana?" Tanya lelaki itu. "Ada kat rumah Mak Su dia."Mia menjawab. Lelaki itu meratah setiap inci wajah Mia.Wanita itu masih cantik walaupun sudah bergelar seorang ibu.Sayang wanita itu bukan bergelar ibu kepada anaknya. "Zam..please jangan tengok I macam tu."Mia kurang selesa.Dia perasan mata Zamrul tepat menikam wajahnya. "Salah ke? I rindukan you.Dah lama I cari you.Dan sekarang baru I jumpa you."Dalam hatinya dia bersyukur kerana menghadiri majlis kenduri kawannya.Di majlis itulah dia berjumpa dengan Mia kembali.Kekasih yang menghilang tanpa jejak enam tahun lalu. "I isteri orang.."Mia mengingatkan statusnya kepada Zam. "Yes,I know that."Pantas Zamrul berkata. "You dah kahwin?" Mia sekadar bertanya untuk menutup gelisah di jiwa. "Belum..I tunggu you.Tapi I kecewa sebab you dah kahwin dengan orang lain."Zam berterus terang.Memang dia menunggu Mia selama ini.Tapi dia kecewa kerana Mia sudah menjadi milik insan lain.Dan membuatkan dia lebih kecewa,Mia meninggalkannya tanpa jejak. "I minta maaf.You jangan ungkit kisah lama tu boleh tak?"Mia lemas dalam jiwanya sendiri.Kisah silam antara dia dengan Zamrul sudah dilupakan sejak dia berkahwin dengan Syafiq.Dan yang membuatkannya terus melupakan Zamrul adalah kerana kasih sayang dan cinta Syafiq yang tidak bersempadan buatnya. "I bukan nak mengungkit kisah silam kita.I cuma nak tahu kenapa you hilangkan diri dari I macam tu je?" Zamrul inginkan jawapan.Jawapan kepada persoalan yang menghuni benaknya selama 6 tahun.Dan Mia sahaja yang mempunyai jawapan kepada persoalan itu. "Kalau I tak nak bagitahu?"Mia sengaja menguji.Berat hatinya untuk mengorek semula kisah lama yang sudah tertanam elok di sudut hatinya. "Intan Damia..please..tell me.."Zamrul sudah merayu.Perasaannya meronta-ronta ingin tahu. "Sebab I kena kahwin dengan Syafiq."Mudah sahaja jawapan Mia. "Sebab tu you sanggup tinggalkan I?" Zamrul tidak puas hati mendengar jawapan Mia.Mudahnya Mia melupakan cinta mereka semata-mata untuk berkahwin dengan Syafiq. "I tak ada pilihan lain.I terpaksa kahwin dengan dia.I tak tahu kami ditunangkan semasa kecil.I tak sampai hati nak beritahu you pasal tu."Mia membongkar semula kisah lamanya.Rasa bersalahnya melingkari jiwanya. "You patut bagitahu I.Kita boleh selesaikan masalah tu bersama.Ini tidak,you pergi macam tu je,tak cakap apa-apa kat I." "Sudahlah Zam.I dah lupakan semua kisah kita.I sedikit pun tak menyesal kahwin dengan Syafiq.I bahagia Zam.." "You bahagia,tapi I? You kejam Mia.You bahagia tapi I menderita.You know how much I love you right?" Keras suara Zam.Hatinya kembali ditoreh.Luka lama yang hampir sembuh mula berdarah kembali. "I minta maaf sangat-sangat.Bukan niat I nak kecewakan you.Please understand me.."Mia menahan sebak yang perlahan-lahan menziarah hatinya. "Sampai sekarang I masih cintakan you.."Zamrul melahirkan rasa hatinya yang tetap tidak berubah.Cintanya terhadap Mia masih melekat kemas di hati. Mia menatap wajah Zamrul.Lelaki itu masih seperti dulu.Masih tampan seperti dulu dan tiada apa yang berubah tentang lelaki itu.Saat mata Zamrul bertembung pandang dengan matanya entah kenapa jantungnya memainkan irama kencang.Irama sama yang pernah dimainkan oleh hatinya 6 tahun lalu ketika dia bersama lelaki itu.Dia tunduk.Dia kalah dengan renungan mata Zamrul.Terasa panahan tajam mata Zamrul meresap masuk ke dalam sanubarinya.Sedang asyik mindanya memutar kembali rakaman kisah silamnya dengan Zamrul,wajah Syafiq menari-nari di tubir matanya.Dia mengucap panjang,sedar hatinya curang saat itu. "I balik dulu.I takut anak I menangis ditinggalkan lama-lama sangat."Mia rasa itulah alasan terbaik untuk dia mengundur diri. Zamrul mengangguk.Pedih di hatinya di tahan.Dia memandang sayu langkah Mia.Wanita itu bukan lagi miliknya..
--------------------------------- Mia memandang Syafiq yang sedang lena tidur di sebelahnya.Wajah suaminya amat tenang ketika tidur.Kadang-kadang dengkuran halus Syafiq jelas kedengaran di telinganya.Dia melihat jam loceng di sisi katil.Sudah jam 2 pagi namun matanya masih segar.Entah mengapa sejak dia bertemu kembali dengan Zamrul,dia sukar menidurkan matanya.Ingatan terhadap lelaki itu semakin kuat mengetuk pintu hatinya.Perlahan-lahan dia bangun dari katil.Kakinya diatur ke arah balkoni bilik.Sebaik sahaja dia membuka jendela balkoni,angin pagi terus menerpa tubuhnya.Kesejukan mula membalut dirinya.Pantas dia memeluk tubuh.Matanya memandang ke arah luar.Hanya kegelapan malam yang dijamu matanya.Dia mengeluh perlahan.Kenangan silam antara dia dengan Zamrul kembali menerjah memori ingatannya.Dia menutup mata cuba mengusir jauh kenangan tersebut.Kenangan indah yang diakhiri dengan perpisahan itu cukup merobek hatinya.Hatinya sudah tiada buat insan yang bernama Ahmad Zamrul.Dia telah menyerahkan seluruh hatinya kepada suaminya.Dan suaminya hanya berhak yang menjadi pemilik hatinya.Namun mengapa saat itu wajah Zamrul sukar dikikis dari ingatannya? "Sayang.." Mia tersentak dari lamunannya yang panjang.Terasa hangat tubuh suaminya melekap di badannya. "Ya bang.."Mia turut memeluk suaminya. "Kenapa tak tidur lagi ni?"Syafiq sedikit hairan.Biasanya waktu begini isterinya itu sudah enak dibuai mimpi. "Mia tak mengantuk.."Jujur jawapannya. "Mia berangan pasal abang ya.."Syafiq menyakat. Mia diam.Dia berasa bersalah yang amat sangat.Tidak patut seorang isteri memikirkan lelaki lain selain suaminya.Tapi dia? "Abang rindukan Mia.Abang rasa kita dah jauh sikit.Salah abang sebab selalu tiada masa dengan Mia dan Ikin."Syafiq menyalahkan dirinya.Tuntutan kerja membuatkannya dia alpa terhadap rumahtangganya. "Abang kerja bukan buat benda tak elokkan.Mia tidak kisah."Tidak kisah? Betulkah dia tidak kisah? Setiap saat dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya.Tapi dia hanya pendamkan keinginannya itu. "Terima kasih sebab memahami abang."Syafiq mengucup kedua-dua belah pipi Mia. Mia senyum.Ya,dia memahami suaminya.Tetapi Syafiq? Fahamkah Syafiq yang jiwanya menjerit sunyi setiap hari? "Jom tidur bang.nanti lewat pula abang pergi kerja esok."Mia melangkah ke katil tapi ditahan oleh Syafiq.Mia mengangkat kening tanda tidak mengerti. "Temankan abang kejap.Abang tak puas lagi dengan Mia.Bukan senang kita boleh berdua macam ni." "Baiklah bang."Mia kembali ke dalam pelukan suaminya. Bibir Syafiq mengukir senyum indah.Damai hatinya bersama isterinya saat itu.Sungguh dia rindukan saat-saat indah bersama isterinya.Tangannya membelai lembut wajah Mia.Haruman mewangi dari rambut Mia sedikit sebanyak membuatkan hati lelakinya resah.Isteri yang dinikahinya 5 tahun lalu masih bisa membuatkan tiang imannya bergegar.Tubuh Mia dipeluk erat.
----------------------------
"I balik dulu ya." "Takkan you dah nak balik.Awal lagi ni."Terasa berat hatinya ingin melepaskan Mia pulang. "Dah lama kita keluar."Mia tidak senang duduk. "Sabarlah sayang.Kita pergi tengok wayang dulu nak?"Ajak Zamrul. "You ni..Jomlah balik." "Bukan senang nak keluar dengan you tau tak.Banyak je alasan you.Anak you demamlah,you tengah masaklah.Tak larat I nak dengar tau tak?" Mia tergelak.Alasan-alasan itu memang sengaja direkanya.Dia ragu-ragu untuk keluar dengan Zamrul.Tapi hari itu dia menerima ajakan Zamrul.Dia sudah bosan terkurung di rumah.Dia sudah bosan dengan kesepiannya.Dia juga sudah jemu dengan kesunyiannya.Dan ternyata rasa sunyinya hilang apabila bersama Zamrul.Lelaki itu pandai membeli hati sunyinya. "Macam mana kalau orang nampak? I tak nak Syafiq tahu nanti."Mia cemas sendiri.Dia takut tingkah lakunya dapat dihidu Syafiq. "Kita tak buat benda salahkan.Kita keluar jalan-jalan je."Tutur Zamrul ingin meyakinkan Mia. Tak salah? Tak salahkah seorang isteri keluar dengan lelaki lain? Itupun tanpa pengetahuan dan keizinan suaminya. "Lain kali lah kita keluar." "No..jom temankan I tengok wayang."Zamrul menarik perlahan tangan Mia. Mia tiada pilihan.Akhirnya kakinya mengikut rentak kaki Zamrul.Rasa bersalah yang berkumpul di jiwanya ditolak sejauh mungkin.
------------------------------------
‘Abang balik lambat hari ni.Jangan tunggu abang.I miss you..’ Sms ringkas dari Syafiq dipandang lama.Hatinya tidak lagi memberontak.Dia sudah tidak kisah jika Syafiq pulang lewat.Kini dia sudah mempunyai teman di kala dirinya dihempap kesunyian.Zamrul..lelaki itu saban hari tanpa jemu menjadi peneman kesepiannya.Malah dia tidak betah jika tidak berhubung dengan Zamrul.Lelaki itu begitu bijak mencorakkan warna ceria di jiwanya.Lelaki itu juga cerdik mengusir duka dan lara dari sudut hati gelapnya.Bunyi telefon bimbitnya menarik perhatiannya.Sms yang baru diterima dibaca. ‘I tunggu di tempat biasa.’ Sms dari Zamrul membuatkan jiwanya segar.Membuatkan hatinya mekar membunga.Layanan Zamrul membuatkannya lupa tentang status dirinya.Dan Zamrul sendiri pun tidak pernah mengingatkannya tentang itu.Dia bingkas bangun menuju ke bilik untuk bersiap.
"Sampai bila kita macam ni?" "Maksud you?" Darahnya terasa deras mengalir. "Yelah.Takkan hubungan kita tak ada penghujung."Zamrul merenung Mia tidak berkelip. "Memang hubungan kita tak ada penghujung Zam.Jangan mengharap pada yang tak pasti."Mia berasa tidak senang dengan apa yang dituturkan oleh Zamrul. "Tak boleh ke kita bersama?"Zamrul masih mengharap. "I dah kahwin Zam."Walaupun masih tercalit sedikit cinta dihatinya untuk Zamrul,mustahil untuk dia bersama lelaki itu.Tapi dia mengakui sayangnya pada lelaki itu semakin bercambah. "Tinggalkan suami you." Lancar sahaja kata-kata tersebut tercetus dari bibir Zamrul. "I sayangkan rumahtangga I." "You tak sayangkan I?" Tanya Zamrul. Pertanyaan Zamrul membuatkan Mia tersentak.Pantas wajahnya ditundukkan. "Jawab Mia..Jujur dengan I.."Tangan Zamrul menyentuh dagu Mia.Perlahan-lahan wajah Mia didongakkan. "I akui.Sejak you hadir semula dalam hidup I memang I gembira.I dah tak rasa sunyi.Sayang I pada you tak pernah hilang sejak 6 tahun lepas.Tapi sayang tu I dah simpan kemas dalam kotak hati I.Dan kalau boleh I tak nak bukanya lagi." Mia berkata jujur.Baginya tiada apa yang perlu disembunyikan daripada Zamarul. "Tapi I tahu ia dah terbuka sedikit demi sedikit kan?" soal Zamrul menduga hati Mia. "Walaupun terbuka,I akan tutup kembali."Tegas suara Mia. "I tahu susah you nak padamkan cinta kita dulu." "Ya..tapi I dah cuba yang terbaik untuk melupakan kisah cinta kita dulu." "Tapi you masih tak dapat lupakannya kan?" Zamrul menduga lagi.Dia ingin mengorek isi hati Mia. "Sudahlah Zamrul."Dia takut jika hatinya sekali lagi tunduk pada cinta Zamrul.Lelaki itu masih menghuni di sudut hatinya. `You fikirlah dulu.I tak akan desak you." Perlukah dia berfikir? Bukankah dia bahagia bersama Syafiq? Syafiq adalah suami yang terbaik untuknya.Tapi kenapa saat itu hatinya meronta ingin bersama Zamrul? --------------------------------
Syafiq pulang awal hari itu.Dia memandang Mia yang leka menonton tv.Isterinya itu sudah tidak lagi meyambutnya seperti biasa.Perubahan sikap isterinya sejak kebelakangan ini menyesakkan dadanya.Merajukkah Mia? Syafiq menghampiri isterinya. "Khusyuknya sayang abang ni."Syafiq melabuhkan punggungnya di sebelah Mia. "Eh abang.Mia tak perasan abang balik tadi." "Tak apa.Sebab hari ni abang balik awal kan? Tu yang tak perasan."Syafiq melentokkan kepalanya ke bahu Mia.Dia rindu untuk bermanja dengan isterinya. Mia kekok.Sudah lama suaminya tidak bermanja dengan dirinya.Dia gelisah.Selama ini memang kemesraan dari Syafiq yang diingininya.Tapi malam itu kemesraan Syafiq membuatkan dirinya lemas. "Kenapa diam saja? Merajuk dengan abang ya?"Syafiq mencuit hidung Mia. Merajuk?Dia sudah tidak kuasa hendak merajuk.Hatinya tawar saat itu.Tingkah Syafiq yang romanti tidak dapat membeli hatinya. "Tak lah.Mia okey je.."Mendatar suaranya. "Jangan merajuk,nanti lekas tua."Syafiq menyakat.Bibirnya bermain-main di leher Mia. "Sayang.."panggil Syafiq lembut. "Ada apa bang?" "Erm layan abang malam ni boleh?" Keinginan untuk bersama isterinya semakin kuat menarik nafsunya. "Err Mia mengantuklah abang.Lain kali ya.Mia masuk tidur dulu ya."Mia melepaskan pelukan Syafiq dan terus menuju ke bilik.Dia tidak tahu mengapa mulutnya menolak walaupun hatinya menjerit mahu bersama Syafiq. Syafiq memandang lesu langkah isterinya.Selama 5 tahun perkahwinan mereka,ini kali pertama Mia menolak keinginannya.Hatinya berdetik hairan.
-------------------------
Zamrul diam menanti bicara daripada Mia.Wanita itu hanya diam seribu bahasa.Seksa jiwanya menanti kata Mia. "Macam mana?" "I takkan tinggalkan Syafiq."Muktamad keputusan Mia. "Please Mia.."Zamrul tidak senang duduk. "I keliru Zam.."Mia menundukkan wajahnya. "I tahu masih ada cinta you untuk I kan." Mia hanya diam.Dia sudah kehilangan kata-kata.Berdepan dengan Zamrul membuatkan dia lemah.Lemah dek kisah cinta silam yang masih menghantui jiwanya. Zamrul menggenggam erat tangan Mia.Mia hanya membiarkan.Siapa pilihannya sebenar? Mengapa Zamrul hadir dalam hidupnya saat dia kesepian? Dan kesepian itu adalah punca dia memulakan kembali hubungannya dengan Zamrul.
Syafiq berpaling untuk melangkah.Adegan yang dilihat tadi benar-benar menguji hatinya.Matanya telah menjawab segala persoalan yang bermain di mindanya.Kini dia tahu mengapa sikap Mia terhadap dirinya berubah.Mia telah merobek segala isi hatinya.Hatinya benar-benar telah kosong ketika itu.Dia mengucap panjang meredakan amarah yang meledak di jiwanya.Isteri..tegarnya dirimu.. ------------------------------------
Mia mendukung Ikin yang sudah lena tidur.Pintu kereta ditutup perlahan.Kakinya diatur ke dalam rumah.Dengan sebelah tangannya,Mia terkial-kial cuba membuka pintu rumah.Tiba-tiba dia tersentak kerana pintu dibuka dari dalam. "Abang.."sapanya perlahan.Dia tidak menyangka yang Syafiq akan pulang awal hari itu. "Dari mana?" Syafiq bertanya ringkas. "Tadi jumpa kawan.Lepas tu ambil Ikin dari rumah Mak Su dia." "Mia letak Ikin dalam bilik dulu.Abang ada benda nak cakap dengan Mia."Syafiq menuju ke sofa di ruang tamu. Mia hanya mengangguk,akur dengan kata-kata suaminya.Dia cemas tiba-tiba.Perkara apakah yang ingin diberitahu Syafiq kepadanya? Mindanya tidak dapat memproses jawapan kepada persoalan yang berlegar di benaknya.
"Abang..ada apa?" soalnya.Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Syafiq.Wajah suaminya ditenung lama. "Mia cintakan dia?" Syafiq bertanya tiba-tiba. Mia terkedu.Soalan apakah itu? "Abang nampak semuanya tadi.Jawab soalan abang." "Apa maksud abang ni?" Mia berpura-pura tidak faham. "Lelaki yang berpegangan tangan dengan Mia di restoran Bayu petang tadi.Mia cintakan dia?" Syafiq menyoal buat kali kedua. Dia tidak menyangka kedatangannya ke restoran Bayu petang tadi akan membongkar kecurangan isterinya.Dari jauh dia melihat tangan Mia erat dalam genggaman lelaki yang tidak dikenalinya.Dan pada masa itu hanya tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia.Segunung kepercayaan yang diberikan kepada Mia runtuh berkecai menindas hatinya. "Abang..maafkan Mia.Kami cuma kawan."Mia mendekati suaminya.Dia melutut di kaki Syafiq. "Kawan ke macam tu Mia? Sampai pegang-pegang tangan."Syafiq bersuara perlahan.Semangatnya entah terbang kemana. "Mia tiada apa-apa dengan dia bang.Trust me.."rayu Mia. "Abang tengok Mia gembira bersama dia.Kalau Mia cintakan dia,abang akan lepaskan Mia.."Berat hati Syafiq melafazkan kata-kata itu.Namun digagahkan jua hatinya. Mia mendongak mencari wajah Syafiq.Kemudian dia mengeleng berkali-kali. "Apa abang cakap ni?"Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. "Mia sunyikan hidup dengan abang.Abang sibuk dengan kerja sampai abang abaikan rumahtangga kita."Syafiq menyalahkan dirinya sendiri. "Tidak bang.Mia yang salah.Mia ikutkan sangat rasa sunyi yang merajai hati Mia.Mia lupa menjaga status Mia sebagai isteri abang.Maafkan Mia.."Mia mula teresak.Sungguh,dia menyesal akan perbuatannya.Dia sedar cinta dan sayangnya hanya untuk Syafiq.Namun dia alpa dengan keceriaan yang diberikan oleh Zamrul sehingga dia lupa akan kasihnya terhadap suaminya itu. "Abang tak salahkan Mia.."Tenang Syafiq berkata.Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak.Marah jauh sekali. "Jangan cakap macam tu bang.Abang marahlah Mia.Abang pukullah Mia."Dia memeluk erat kaki Syafiq.Ketenangan wajah suaminya seakan mengguris-guris hatinya. "Abang tak akan pukul isteri abang.Mia pun tahukan betapa abang sayangkan Mia.Abang cintakan Mia seikhlas hati abang.Tak sangka pula begini jadinya.."Dipandang sayu wajah isterinya.Air matanya ditahan supaya tidak gugur. "Mia tak sengaja buat abang macam ni.Mia sunyi bang bila abang pergi kerja.Dia cuma peneman Mia je.Abang,maafkan Mia.."Semakin kuat tangisannya.Rasa bersalahnya semakin menebal. "Abang maafkan.Tapi hati abang ni luka berdarah.Abang akan pergi dari hidup Mia sementara waktu.Abang nak tenangkan diri.Abang takut kasih abang terhadap Mia akan bertukar menjadi benci jika abang tak pergi dari sini.Dan jika dalam masa pemergiaan abang ni,Mia memilih dia,abang pasrah.Sepanjang ketiaadaan abang nanti,abang izinkan Mia kemana-mana sahaja tidak kira dengan siapa."Syafiq bangun.Ditariknya nafas perlahan untuk mengumpul kekuatan.Terasa seluas lautan cintanya terhadap Mia sudah kering. "Abang,jangan tinggalkan Mia.Tolonglah bang.."Mia turut bangun.Dia memaut kuat lengan suaminya. "Mia jangan risau tentang duit belanja.Abang akan masukkan duit belanja untuk Mia dan Ikin ke dalam akaun Mia."Syafiq meneruskan kata-katanya tanpa mempedulikan rayuan Mia.Hatinya yang luka lebih diutamakan. "Abang…."Mia sudah mula mengonggoi. "Jaga diri Mia.Dan jaga anak kita baik-baik."Syafiq mengambil kunci kereta dan terus meluru keluar. Mia terduduk di atas lantai.Esakannya hiba kedengaran.Adakah ini pengakhiran istana cintanya dengan Syafiq? Kerana kesilapannya,rumahtangga bahagianya menuju keretakan.
-----------------------------------
"Ikin rindukan papa tak?"Mia memeluk erat Ikin. "Rindu."Jawab Ikin ringkas. Mia senyum.Pipi Ikin dicium lama.Sedikit tersentuh hatinya mendengar jawapan Ikin.Dia juga rindukan Syafiq.Sudah tiga bulan Syafiq menghilangkan diri.Sepanjang tempoh itu Syafiq tidak pernah menghubunginya.Sudah puas dia menjejaki Syafiq namun dia hampa.Setiap hari dia berdoa agar Syafiq akan pulang semula ke sisinya membina semula teratak cinta mereka yang hampir roboh .Zamrul? Lelaki itu sudah dibuang terus dari kamus hidupnya.Dia telah memberi kata putus kepada Zamrul bahawa dia akan setia dengan Syafiq.Dan lelaki itu akur dengan kehendaknya.Lelaki itu sudah tidak mengganggu hidupnya. "Mama,papa mana?"Pertanyaan Ikin menamatkan lamunannya. Mia senyum hambar.Pertanyaan itu sudah lali di telinganya. "Papa kerja sayang.."bohongnya. "Lambat lagi ke papa balik?" Anak kecilnya itu juga tahu erti kerinduan. "Sabar ya sayang.Nanti-nanti papa balik.Kita sama-sama tunggu papa ya?" Ikin memujuk.Rambut Ikin dibelai lembut. Dia sendiri tidak pasti bila Syafiq akan pulang.Namun dia yakin suaminya itu akang kembali jua satu hari nanti.Bilakah hari itu? Dia sendiri pun tidak tahu.Yang pasti dia menghitung hari menanti kepulangan Syafiq.Setiap detik yang berlalu penuh dengan harapan.
-----------------------------
Syafiq leka memerhatikan hujan yang turun.Jendela yang sedikit terbuka diluaskan.Titisan-titisan hujan itu bagaikan rindunya kepada Mia.Rindu yang tidak pernah padam dari bara hatinya.Kedinginan malam itu tidak dapat memadamkan api rindunya.Sihatkah isteri dan anaknya? Dia sendiri tidak tahu.Setiap hari dia menahan hatinya daripada menghubungi Mia. "Kalau dah rindu sangat baliklah."Amran tiba-tiba bersuara dari belakang. "Kau dah nak halau aku ke? Maaflah menumpang di rumah kau lama sangat." "Bukan tu maksud aku.Aku tau kau rindukan isteri dan anak kau.jangan ikutkan sangat kata hati tu."Amran tahu isi hatinya sahabatnya itu. "Tapi Am.."Syafiq tidak menghabiskan kata-katanya.Sudah sembuhkan luka di hatinya? "Setiap orang lakukan kesilapan.Mia bukan sengaja kan.Dia cuma rasa sunyi sebab tu dia keluar dengan lelaki tu.Aku yakin cintanya hanya pada kau."Amran menepuk-nepuk lembut bahu Syafiq. Benarkah kata Amran? Benarkah cinta Mia hanya untuknya? Kalau benar megapa Mia sanggup curang kepadanya? "Kau masih cintakan isteri kau? Soal Amran. "Dia wanita pertama dan terakhir yang aku cintai.Sebab tulah aku terluka sangat Am bila dia buat aku macam tu.Aku rasa macam tak dihargai.Sedangkan aku dah tuangkan semua kasih sayang aku untuk dia."Syafiq melahirkan rasa kecewanya. "Aku pasti Mia sudah menyesal dengan perbuatannya.Dia banyak kali call aku tanya pasal kau.Nasib baik mulut aku ni tak terlepas cakap kau kat rumah aku."Dia berharap kata-katanya dapat melembutkan hati Syafiq. Syafiq hanya diam memikirkan kata-kata Amran.Kata-kata Amran ada juga betulnya.Otaknya sudah penat berfikir.Pandangannya dilontarkan kembali ke luar jendela.Titisan hujan masih lagi turun tidak berhenti.Seperti rindunya kepada Mia yang tidak pernah terhenti..
----------------------------------
Mia berlari-lari menuju ke pintu utama.Ketukan bertalu-talu menganggu dia dari terus memasak.Dibukanya pintu dengan pantas.Mia menggosok-goso matanya.Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Ini abang sayang.."Syafiq senyum.Lukanya telah diusir jauh. Mia terus memeluk suaminya.Penantiannya tidak sia-sia.Air mata gembira merembes di pipinya. "Maafkan abang sebab lama sangat tinggalkan Mia dan Ikin."Syafiq mencumbui wajah Mia.Kerinduannya terubat kini. "Mia tahu abang akan balik juga."Katanya dalam esakan. "Dah-dah jangan menangis.Kan abang dah balik ni."Syafiq mengusap lembut belakang Mia.Dia sedar kasihnya terhadap isterinya tidak pernah berubah. "Mia rindukan abang.."Pelukannya dikemaskan. "Abang pun.."Terasa bahagia di hatinya. "Abang janji jangan tinggalkan Mia lagi.."Dia tidak sanggup kehilangan suaminya sekali lagi. "Abang janji.Ni dengan senduk ni nak buat apa" Syafiq menjeling senduk di tangan kanan Mia. "Mia tengah masaklah bang."Mia tergelak.Dia baru perasan senduk masih di tangannya. "Sayang masak apa?" "Masak asam pedas kegemaran abang."Jawab Mia berserta senyuman. "Mia macam tau-tau je abang nk balik hari ni."Sakat Syafiq. "Mia hari-hari masak asam pedas.Sebab Mia tak tahu abang balik bila.Mia nak bila abang balik je,Mia hidangkan lauk kesukaan abang.Dan hari ini adalah hari yang Mia tunggu-tunggu bang."Ujar Mia tulus. Syafiq sebak mendengar bicara isterinya.Sekali lagi Mia ditarik ke dalam pelukannya. "Terima kasih sayang…" "Papa!!"Ikin berlari-lari mendapatkan Syafiq. "Anak papa sihat?" Syafiq mendukung Ikin.Pipi Ikin dikucupnya.Kemudian tangannya menggeletek anak kecilnya itu. Mia tersenyum melihat tingkah dua insan kesayangannya.Di dalam hati dia berdoa agar kebahagiaan itu akan kekal menjadi miliknya.Dan dia tidak akan sesekali mengulangi perbuatannya.Dia merenung lama wajah suaminya.Terasa cintanya terhadap Syafiq semakin kuat membakar jiwanya.Suami..terima kasih atas kasihmu..
sedihnya crita ni...dua2 org salah dlm hal ni...si suami trlalu sbuk n si istri x bleh kwal nfsu....tetapi mmg ade org yg mcm dlm crita ni...kiranya,cerita ni bukan rekaan semata-mata.........
hampir sama dengan kisah hidup saya cuma saya tak la sampai keluar dengan lelaki lain untuk hilangkan kesunyian suami juga sangat bazik cuma kesibukkan dia seperti syafik tu kadang2 buat saya tertekan
sweet betul citer ni.. byk pengajarannye.. zaman skrg, ramai suami isteri yg menjadikan penceraian sbg penamat hubungan mereka.. sedangkn masih ade cara untuk slmtkan umahtangga tu.. hope suami isteri luar sana dpt ambil iktibar n jgn jadikan cerai itu sbg langkah mudah bile mhadapi mslh.. to writer, gud job..!!
citer yg bnyk moral value..sy pun blum kawen dan ada bf yg sgt bz, hanya dpt jumpe 2,3 kali sebulan..tambahan pula dia duda anak 2..sy takut dia lebihkan anak2nya lalu saya disisihkan sbb tu sy takut nak kawen tp smuanya terserahlah pada takdir
hehe...penulisan yg bek... tp x ske cte niy sbb suami tuh yg slh wt isteri curang..las2 dy tggalkn isteri dy lak... klo jp x per gak...niy lme kot.....x ptut2..
CITER SWEET... BUT,ISTERI YG CURANG N BERDOSA KUAR NGN LAKI LAIN TAU... PATUT CERAIKN JER... HAHAHAH X PON SULA JE... SEKSA DIA SKIT..BRU DIa meneyesal.. HAHAHAHAAHAHAHA
alhamdullillah.. sy ucpkan tahniah kpd penulis. terdapat begitu byk iktibar yg dpt kita ambil dr crita ini dan langkah penyelesaian rumah tangga yg patut dipuji.. byk2 crita yang telah sy bc n tonton, sy berasakan penulisan ini begitu berjaya memuaskan naluri dan kehendak hati sy.. sy berasa begitu puas dr pemulaan sehingga penamatnya.. tahniah!!!
seronok sgt bc citer nie....harap jadi pengajaran kat aku...citer nie sama dgn kehidupan aku skrang.... suami jauh dan bekerja..aku belajar di jhr...hanya sabtu dan ahad sahaja menjadikan aku isterinya...
Sedey sgt citer nih but it so sweet.., sy dh nangis ms bc sbb sy ade kecik ati ngn suami smlm. Cmne pn sy tetap cintakan suami sy sprtmana mia cintakan suami dia. Tq penulis.
geram tul aku ngan Mia tu.. syafiq pun satu hal..kerja2 jugak.. tp nk wat camner..si isteri patut fhm ngan suami.. suami patut fhm ngan isteri.. lgi senang klu suami tu benarkan aje isteri bekerja..br saling memahami..
hahaha... abang,benarkanlah sayang nk kerja..waaaa...(saja guna ni nk suh suami baca..keh3..)
alhamdulilah..tahniah di atas bakat kurniaanNYA kepada anda,anda dapat manfaatkan dgn baik! g xlalui semua ni, tp bla g baca cerpen mcm ni.. g seolah2 mengalami dan g ambik sbg iktibar..:) thanks..dr_g
cerita yg menarik,isteri tak sepatutnya curang pada suami walau kesunyian.walau sesibuk mana pun suami berkerja luangkan mase utk keluarga.Hanya dekatkan diri pada Allah dpt menghalang utk kita bertindak diluar batasan.
Jalan cerita yang sangat bagus dan padat walaupun cerpen. Amat menyentuh hati dan perasaan.Setiap isteri patut bersyukur kepada-NYA kerana setiap pasangan yang berkahwin adalah yang terbaik untuknya walaupun pahit yang diterima.
terima kasih kepada penulis yg menulis ttg cerita nie...... nnt kalau syer dah kwin sayer akan ambil ikhtibar dari cerita nie... tq buat penulis ini...
congratzz, jatuh air mata sya baca, haizz, salah gak laki toe, sapa suruh keja jak, xda masa dengan family, kan jadi mcm toe , yla memang lh duit toe penting, tpi duit toe xbole beli ksh syang kta.
bestnye... citer ni... arap2 citer ni jdi pengajaran pd 'si suami yg terlalu sibuk' tu... dan pd 'si isteri yg kesepian' tu b'sabarlah... mungkin DIA ingin menguji sejauh mana kita taat kepada suami kita... nice story! :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
so sweet.
sedih jugak
good job