BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Mesti Baca

 sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Jun 22, 2009
Cerpen : Dairi Firqan, Hati Firqan
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Ibu cakap Firqan kena sayang mama,"
"Ibu cakap Firqan tak boleh nakal,"
"Ibu cakap Firqan tak boleh susahkan mama,"
Dia melihat wajah itu. Wajah itu tersenyum cuma, namun kata-kata itu melantun kuat membawa pilu di hatinya. Bagai dapat dia sentuh apa yang berlegar di hati wajah kecil itu.
"Firqan nak cakap, Firqan sayang mama…,"
Dia mula teresak-esak.
"Firqan…,"
Wajah itu senyum lagi.
"Firqan pergi mama. Mama tolong jangan sedih ya. Firqan janji Firqan tak akan susahkan mama,"
Suara itu bergema lagi bersama raut senyum dari wajah mulus di hadapannya.
"Firqan!,"
"Mama jangan sedih. Mama jangan menangis. Firqan sayang mama macam Firqan sayang ibu. Macam Firqan sayang papa. Macam Firqan sayang Haqeem…,"
"Firqan! Jangan pergi! Firqan, tunggu mama! Jangan tinggalkan mama…Firqan…,"dia merintih pilu. Merenung dalam asa pada tubuh yang semakin menjauh. Menghilang di sebalik kabus malam.
"Firqan…,"dia merintih lagi. Sungguh dia tidak mahu bayang itu pergi. Dan, dia terus merintih bersama esakan yang tidak berpenghujung.
"Wani…Wani…,"
"Firqan….,"lirih suaranya berbisik tatkala ada suara memanggil namanya. Tubuhnya terasa digoncang lembut.
"Firqan…,"
"Wani…bangun sayang,"
Bersama gerakan lembut di bahunya, dia seakan sedar suara suaminya yang sedang berbisik di telinga. Matanya yang terpejam, di buka perlahan.
"Wani mimpi lagi…,"
Wani diam. Bicara suaminya membawa perit pilu yang mengganggu tidurnya, kembali membelit perasaan. Air mata begitu mudah jatuh ke pipinya. Berakhirnya mimpi itu, bermakna dia sudah kehilangan Firqan. Tiada lagi wajah Firqan. Tiada lagi senyum Firqan. Tiada lagi bicaa lembut Firqan.
"Firqan datang lagi, bang…,"
"Itu Cuma mimpi Wani. Wani terlalu ikut perasaan. Sudahlah tu. Istighfar banyak-banyak,"
Sayu suaminya memujuk. Sayu suara itu membuat esakannya kembali semula. Dia tahu suaminya sedih. Barangkali lebih sedih berbanding dirinya.
"Semuanya salah Wani…,"dia bersuara pilu. Bersandar pada dada suaminya. Terasa rambutnya dielus lembut.
"Firqan tak akan salahkan Wani. Percayalah…,"
"Wani minta maaf bang….,"
"Sudahlah tu. Jangan ikut perasaan. Tidur,"suaminya bersuara sambil meletakkan sebuah buku ke meja sisi katil.
"Buku apa tu bang?,"
Suaminya menoleh. Kelihatan keberatan untuk menjawab.
"Buku apa bang?,"
"Hmmm…. Buku Firqan,"
"Buku apa?,"
"Dairi Firqan,"
"Wani nak baca…,"
"No. That’s not a good idea. Abang tak nak Wani baca,"
"Please bang…,"
"Nanti Wani rasa makin teruk. Abang tak nak Wani terus salahkan diri sendiri. Wani terus murung macam ni. Nanti apa jadi pada Haqeem? Pada abang?,"
"Wani nak baca bang…,"
Suaminya mengeluh perlahan. Buku di meja dicapai lemah. Perlahan buku dihulurkan padanya. Pandangan Wani tertancap pada tulisan tangan yang berukir cantik. Cantik untuk kanak-kanak seusia Firqan.

[DAIRI FIRQAN…HATI FIRQAN….]

Melihat ukiran tulisan itu…membaca kata-kata itu, dia menangis lagi. Menjatuhkan muka ke dada suaminya. Menangis lagi di situ.

****
[ Hari ni, kesian Haqeem. Nak main dengan Firqan, tapi, mama marah. Firqan pun pelik. Kenapa mama marah sangat? Tak apalah. Firqan pun tak nak mama marah-marah. Ibu cakap, tak boleh buat mama marah. Jadi, Firqan suruhlah adik ikut cakap mama.
Lepas tu, Firqan minta mama ajar English. Mama tak nak pun. Eh silap. Hehehe. Mama kata, mama tak ada masa. Bukan mama tak nak. Hmm… nampaknya kena tunggu papa baliklah.
Kena bohong papa lagilah nampaknya. Maafkan Firqan ya papa. Bukan sengaja nak bohong. Ustaz kata x ada bohong sunat, tapi, sebab mama, Firqan buat-buat adalah. Hehehe. Nanti, Firqan cakap, Firqan lupa ada homework. Kalau Firqan cakap mama tak ada masa nak ajar, papa mesti bising-bising kat mama. Firqan tak nak mama kena marah sebab Firqan…
Lepas ni, kena practice mcm mana nak berlakon kat papa ni. Hehehe.]

Dairi Firqan tertutup tiba-tiba. Bibir matanya panas untuk ke sekian kalinya bersama lintasan wajah Firqan dan Haqeem.
"Haqeem!,"
Anak kecilnya itu menoleh.
"Ada apa, mama?,"
"Bawa mainan tu, masuk ke dalam. Main kat dalam,"
"Alaa…Haqeem nak main dengan abang Firqan,"
"Jangan lawan cakap mama. Mama beli semua ni untuk Haqeem. Bukan untuk kongsi dengan orang lain,"dia bersuara garang sambil menjeling ke arah Firqan yang menunduk.
"Nanti, kalau rosak, langsung tak boleh main,"
"Alah mama ni. Abang Firqan bukan rosakkan pun. Abang Firqan pandai buat bunyi keretapi. Abang Firqan pandai buat bunyi kereta…motor…Abang Firqan…,"
"Sudah!,"Haqeem tersentak. Terus mencerlung marah sambil menarik muncung.
"Jangan nak lawan cakap mama. Sejak bila pandai lawan cakap mama ni?,"
Muncung Haqeem bertambah panjang.
"Tak apalah Haqeem. Haqeem bawa semua mainan ni ke dalam ya. Main kat dalam. Jangan lawan cakap mama. Ibu abang cakap, tak baik lawan cakap mak. Nanti masuk neraka. Neraka tu panas sangat. Haqeem nak masuk neraka ke?,"
Laju kepala Haqeem menggeleng.
"Tak nak… tak nak,"
Firqan tersenyum sambil mengusap rambut lurus milik Haqeem.
"Bawalah mainan ni masuk ke dalam. Main kat dalam. Abang nak buat kerja sekolah dulu,"
"Yalah. Buat cepat-cepat ya. Nanti temankan Haqeem main lagi,"
Firqan tersenyum. Membuat hatinya semakin panas. Haqeem kelihatan begitu akur pada kata-kata anak kecil itu. Kata-katanya bagai tiada makna. Cepat hatinya menjadi panas tiba-tiba.
"Mama…,"suara kecil Haqeem pecah lagi sambil bulat mata memandangnya.
"Hmm… ada apa?,"
"Nanti abang Firqan boleh temankan Haqeem main ya mama. Bolehlah mama,"
"Haqeem tak dengar apa dia cakap tadi? Dia nak buat kerja sekolah kan? Dah pergi masuk. Jangan ganggu dia,"
"Mama ni… suka sangat marah abang Firqan. Cakap kat papa, baru tahu,"
"Haqeem!,"dia mula menekan suara. Haqeem tidak lagi bersuara. Cuma tangannya lincah mengutip satu per satu mainan di lantai. Kemudian terkocoh-koch berlari masuk.
"Mama…,"
Dia menoleh. Merenung tajam wajah Firqan. Sungguh dia rimas mendengar anak kecil mengalun panggilan mama untuknya. Firqan bukan anaknya!
"Ada apa?,"
"Mama bolah ajarkan homework Firqan? English. Ada yang Firqan tak berapa faham,"
"Tolong sikit. Banyak masa aku, nak layan kau? Tak kuasa aku. Kau buatlah sendiri,"
Firqan diam. Tunduk merenung hujung kakinya sendiri. Kemudian perlahan anak itu mengangkat muka. Tersenyum kecil padanya.
"Tak apalah mama. Firqan cuba buat sendiri,"
Tubuh itu berlalu ke meja di anjung rumah. Mula membuka beg sekolahnya…
Tiba-tiba hatinya sayu mengingatkan itu semua. Betapa saat itu, dia gagal menyelami hati kecil milik Firqan.

****

[ Hari ni, Haqeem jatuh. Firqan dah cakap jangan panjat-panjat. Haqeem tak nak dengar. Kesian Haqeem. Kepala Haqeem berdarah. Terhantuk kat meja. Mama cakap Firqan buat. Tak mama. Bukan Firqan yang buat. Firqan nak cakap, tapi mama tak nak dengar. Mama pukul belakang Firqan. Sakit sangat.
Lepas tu, Firqan terkejut sangat -sangat tengok mama ambil penyangkut baju. Sungguh. Firqan takut sangat. Apa mama nak buat dengan penyangkut baju tu? Rupa-rupanya mama nak pukul Firqan. Firqan takut. Firqan takut sakit. Firqan jerit kat mama, jangan pukul Firqan. Mama tak dengar pun…mama pukul jugak.
Mama pukul Firqan sakit sangat. Apa salah Firqan mama? Ibu pun tak pernah pukul Firqan. Papa pun sama. Sakit sangat belakang Firqan ni, mama….
Ibu…Firqan nak ibu…Firqan rindu ibu…Firqan tak nak mama…]

Air matanya merembes tiba-tiba. Bagai terasa perit setiap pukulannya di belakang Firqan. Sungguh. Segunung sesal menyesakkan dadanya saat ini.
"Firqan… mama minta maaf…,"bersama rintihan sekali lagi dia menjengah masuk ke dalam peristiwa lalu.
Tangisan Haqeem yang kuat membuat dia berlari ke ruang tamu. Melihat Firqan membongkok memerhati Haqeem.
"Sakit ke Haqeem?,"
Tangisan Haqeem bertambah kuat.
"Kepala Haqeem berdarahlah. Biar abang kesat darah ni,"
Dia melihat Firqan tunduk sambil menyelak t-shirt yang dipakainya. Menyapu perlahan dahi Haqeem. Membuat tangisan Haqeem bertambah kuat. Membuat hatinya menjadi geram.
"Kenapa ni? Haqeem kenapa?,"lantang dia bertanya sambil bercekak pinggang.
"Kepala Haqeem mama….,"
Saat itu dia melihat dahi Haqeem yang basah dengan darah.
"Ya ALLAH! Apa kamu buat ni Firqan? Kamu nak bunuh Haqeem ya?,"
"Haqem. Dia…,"
Belum sempat Firqan memhabiskan cerita, tangannya sudah mendarat di belakang Firqan. Geram melihat keadaan anaknya. Geram memikirkan apa yang telah Firqan buat terhadap anaknya.
"Sakit mama,"
"Sakit? Kau nak lagi sakit ? tunggu,"
Firqan tercegat. Dia pula melilau mencari sesuatu. Terlihat penyangkut baju di atas sofa, segera dicapai. Mengalih pandangan kea rah wajah Firqan yang kecut.
"Jangan mama. Jangan…,"
"Apa kau buat kat Haqeem hah? Saja nak bagi dia sakit ya? Sekarang kau rasa. Aku pula yang buat kau sakit,"
Firqan menggeleng laju.
"Firqan tak buat apa-apa, mama,"
"Tak buat apa-apa sampai berdarah macam ni? aku memang dah lama geram dengan Firqan!,"bagai hysteria, penyangkut baju hinggap di belakang Firqan.
"Aduh! Mama! Sakit mama! Jangan pukul Firqan mama…,"
"Rasakan kau!,"
"Sakit mama. Jangan mama. Ibu! Tolong Firqan ibu. Tolong Firqan ibu,"
"Panggil ibu kau. Panggil!,"
"Mama! Jangan pukul abang Firqan. Mama …jangan pukul abang Firqan!,"Haqeem menjerit kuat. Menangis seiring dengan esakan kuat Firqan.
"Sakit mama…,"rayu Firqan sambil terduduk di sudut dinding. Mendengar rayuan itu, entah kenapa tiada simpati yang berhimpun di hatinya. Tangannya makin laju menghayun penyangkut baju. Bagai puas hatinya mendengar tangisan Firqan.
"Wani! Apa ni?,"
Tangannya dipegang dari belakang.
"Awak nak bunuh budak ni ke?,"
"Kalau dia mati, saya lagi suka! Saya tak suka dia! Tak suka!,"
"Wani!,"
"Saya benci dia. Saya benci abang,"tiba-tiba marahnya berganti sebak. Laju dia meninggalkan suaminya. Meninggalkan esakan Firqan sambil menarik tangan Haqeem. Kepala Haqeem yang berdarah masih membuat dia risau.

****
[Esok, dah 100 hari ibu pergi. Firqan tanda kat kalender. Firqan rindu ibu. Firqan sedih. Tapi, papa selalu cakap, tak baik nangis. Kalau Firqan rindu ibu. Kalau Firqan ingat ibu, papa suruh Firqan baca Al-fatihah. Hadiahkan untuk ibu. Firqan selalu buat, papa. Tapi, esok Firqan teringin sangat-sangat nak tengok org baca Yasin untuk ibu. Baca Yasin kat rumah papa ni. Tapi, (banyaknya tapi…hehe..tak apalah. Inikan dari Firqan..suka hatilah nak letak berapa banyak pun)..Tapi, mama tak bagi. Last-last, papa cakap, buat kat surau ajela. Hmm… tak apalah. Tapi( Tapi lagi), harap-harap nanti, ada benda yang boleh buat mama ubah fikiran.
Satu lagi, teringin sangat nak jalan-jalan dengan papa, mama dan Haqeem esok. Dah cakap dengan papa. Papa pun dah paksa mama ikut. Hehehe. Tak apa ya mama. Sekali ni ajer. Lepas ni, mana tahu, dah tak boleh jalan-jalan dengan mama lagi]

Sungguh semua yang ditulis Firqan. Memang itulah kali terakhir dia bersama-sama dengan Firqan. Memang akhirnya majlis tahlil 100 hari, dibuat di rumahnya.
"Mama tunggu Firqan dulu,"
Dia merengus perlahan. Rimas. Segera dia berpaling. Firqan nampak tidak sabar di sisi suaminya yang sedang membeli aiskrim. Barangkali mahu menyertai dia dan Haqeem. Sengaja dia lajukan langkah kerana tidak mahu bersama-sama anak itu. Biarlah suaminya yang melayan Firqan. Dia ikut pun, sebab terpaksa. Tanpa mempedulikan Firqan, dia melangkah lagi.
"Mama! Berhenti!,"
Firqan menjerit kuat. Dia sendiri tergamam. Terkejut mendengar hon yang kuat. Serentak itu, dia terasa tubuhnya ditolak kuat. Membuat dia terdorong ke tepi bersama-sama Haqeem. Haqeem menangis sebaik dia terjatuh bersama-samanya di atas rumput di tepi jalan.
"Firqan!!!,"
Dia betul-betul tergamam sebaik mendengar dentuman kuat. Sebaik mendengar jeritan suaminya. Dia melihat suaminya yang terpaku. Empat askrim di tangan suaminya sudah jatuh ke jalan. Kereta di hadapannya terhenti. Dan, dia melihat tubuh Firqan kaku tidak bergerak beberapa meter di hadapan kereta tersebut. Ada darah merah yang membasahi jalan raya. Darah itu memberi kesedaran padanya. Firqan kemalangan! Kemalangan kerana cuba menyelamatkan dia dan Haqeem.
"Firqan!!!,"dia menjerit hysteria saat suaminya sudah meriba tubuh Firqan yang ketara longlai di matanya. Pipinya banjir serta merta. Janganlah apa-apa terjadi pada Firqan.
"Firqan!,"dia menjerit kuat. Membuat dia tersentak sendiri. Memandang sekeliling. Dia berada di bilik Firqan. Dairi Firqan terjatuh dari ribanya. Sungguh dia diburu rasa bersalah yang teramat sangat. Kalaulah dia tidak sebegitu ego, pasti Firqan masih berada di sisinya saat ini. Dia abaikan keselamatan dirinya dan Haqeem semata-mata marahnya pada Firqan. Padahal, hakikatnya Firqan langsung tidak bersalah. Begitu buruk layanannya pada Firqan, tetapi Firqan menjadi penyelamatnya. Kalau Firqan tidak menolaknya, pasti tubuhnya dan Haqeem yang melambung ke jalan. Sungguh dia yang bersalah.
Sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi, dia tunduk mencapai semula dairi kecil Firqan. Memang dairi itu membuat dia semakin sedih. Namun, dia begitu ingin menyelami apa yang bermain di hati anak kecil itu. Satu perkara yang tidak pernah dia lakukan di saat Firqan masih bersamanya.
Dia membelek lagi. Beberapa helaian awal dairi itu, yang digam pada setiap penjuru buku, menarik perhatiannya. Perlahan dikoyak tempat yang bergam. Rupa-rupanya masih ada catatan di situ.

[ Firqan Cuma ada ibu. Firqan tak ada ayah. Firqan sayang ibu. Ibu cakap ALLAH lebih sayangkan ayah. Tapi, tak ada ayah pun, Firqan tetap gembira. Ibu sayangkan Firqan. Cuma…kalau tengok kawan-kawan dengan ayah dorang, Firqan teringin juga nak ada ayah. Tapi, Firqan tak cakap dengan ibu. Firqan tak nak ibu sedih. Tapi, tiap-tiap malam Firqan berdoa, moga-moga Firqan dapat sorang ayah baru. Hehehe.
Satu hari, ibu cakap, Firqan akan dapat papa. Sukanya. Ibu cakap, Firqan akan dapat papa, mama dan adik.
Lepas tu, papa datang dalam hidup kami. Papa baik. Papa jaga ibu. Papa sayang Firqan Ibu selalu pesan, nanti, kalau ibu dah tak ada, Firqan kena tinggal dengan papa. Firqan sedih dengar ibu cakap macam tu. Firqan tak nak ibu pergi. Firqan sayangkan ibu.
Tapi, akhirnya ibu pergi jugak. Macam ibu cakap, papa pun cakap macam tu. Papa cakap ALLAH lebih sayangkan ibu.
Lepas tu, papa ajak Firqan duduk dengan papa. Hari nilah. Hari ni, Firqan pergi rumah papa. Jumpa mama Wani. Cantik mama Wani. Tapi, garang sangat dengan Firqan. Tak pernah senyum pun kat Firqan. Firqan jumpa Haqeem. Firqan suka sebab Firqan ada adik.
Dari mula-mula Firqan pergi rumah papa, Firqan selalu dengar mama gaduh dengan papa. Mama cakap papa bohong mama. Mama cakap papa jahat. Mama cakap papa kahwin lain sebab papa dah tak sayang mama. Kesian papa kena marah. Papa tak banyak cakap pun. Papa diam ajer.
Lepas tu, mama selalu marah-marah Firqan. Tapi, Firqan ingat pesan ibu. Ibu cakap, Firqan kena sayang mama macam Firqan sayang ibu. Mama dah bagi papa kat Firqan. Ibu cakap, Firqan tak boleh buat mama marah. Tak boleh buat mama sakit hati. Jadi, Firqan sabarlah.
Tapi, sebenarnya ibu… tak ada saper-saper pun boleh ganti ibu. Firqan nak ikut ibu… Firqan nak ibu aje… Firqan rindu sangat kat ibu…]

"Jahatnya mama pada Firqan…,"
Dia melihat ada kesan dakwat pen yang mengembang. Jelas Firqan menangis di saat mencoretkan kata-kata itu. Perlahan dia pejamkan mata. Andai dapat dia undurkan masa, dia tidak akan mahu menjadi seego ini. Apalah dosa Firqan, andai ibu anak kecil itu menjadi madunya. Bukan Firhan yang patut menjadi tempat dia lontarkan rasa geram pada rahsia yang bertahun disimpan suaminya. Dua tahun dia dimadu. Cuma di saat madunya meninggal dunia, barulah dia tahu yang dia ada seorang anak yang perlu diasuk seperti anaknya sendiri. Anak tiri suaminya.
"Wani…,"
Dia mendongak. Suaminya tercegat di hadapannya. Pasti baru pulang dari hospital. Perlahan dia meyeka air mata yang bersisa.
"Sudah-sudahlah tu. Jangan baca lagi dairi tu,"lembur suara suaminya.
"Abang… Wani nak pergi ke pusara arwah isteri abang…,"
Dia sedar wajah suaminya sedikit terperanjat.

***
Dia mengaminkan doa. Surah Yasin dibawa ke dahi. Rupa-rupanya pusara Firqan cuma bersebelahan pusara ibunya. Firqan menyusul ibunya selepas seratus hari ibunya pergi. Dan, hari ini, genap pula seratus hari pemergian Firqan. Cuma hari ini, dia mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan pusara Firqan. Sebelum ini, dia tidak sanggup. Tidak sanggup memikirkan yang dia sudah terpisah dengan Firqan. Yang Firqan sudah pergi ke alam lain. Meninggalkan dia dengan rasa bersalah yang terlalu sarat.
"Maafkan mama, Firqan. Mama sayang Firqan. Mama banyak bersalah pada Firqan,"
‘Mama tak salah….’
Bulu romanya terasa meremang tiba-tiba tatkala semilir lambut berhembus di wajahnya Dan suara itu seakan mengiringi hembusan itu. Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba terasa Firqan begitu hampir dengannya.
"Mama yang salah. Kalaulah mama hati-hati…,"
‘Jangan salahkan diri mama. Firqan sayang mama. Mama tolong jangan sedih. Firqan tak mahu mama sedih’
Hembusan itu membawa suara lagi. Barangkali dia berimaginasi. Barangkali Firqan memang di sisi.
"Firqan..Firqan…,"dia bersuara tiba-tiba. Mencari-cari bayang Firqan.
"Wani…,"suaminya di sisi bersuara perlahan. Air mawar di dalam bekas, di habiskan. Kemudian menabur lebihan bunga di pusara arwah isteri dan anak tirinya.
"Firqan bang. Dia ada di sini. Wani dengar suara dia,"
"Wani. Jangan ikut perasaan sangat. Redhakan pemergian dia. Abang pun sedih. Abang gagal memenuhi permintaan Maizura untuk jaga Firqan betul-betul. Tapi, inikan sudah tersurat. Kita tak boleh lawan qada’ dan qadar ALLAH. Janganlah ikut perasaan. Kita doakan Firqan tenang di sana. Mungkin ini yang terbaik untuk arwah,"
Dia tunduk, menyentuh nisan yang terukir nama Firqan. Kemudian memandang nisan di sebelah. Terukir nama Maizura.
"Dah. Jom kita balik,"
Dia mengangguk perlahan. Berdiri sambil melangkah beriringan dengan suamiya. Sekali lagi dia menoleh.
‘Mama jangan sedih. Mama doakan Firqan dan ibu selalu…,"
Sekali lagi hembusan yang sama membelai wajahnya. Dia tersenyum bersama air mata.
"Mama tak akan sedih lagi sayang…,"dia bersuara perlahan. Menyambung langkah dengan perasaan yang sedikit lega.
"Are you okay?,"
Dia tersenyum di pintu kereta. Soalan suaminya dijawab bersama anggukan. Suaminya tersenyum kecil walau jelas kelihatan kesedihan di mata lelaki itu.
"Abang…,"
"Ada apa?,"
"Boleh Wani tahu kenapa abang kahwin dengan Maizura? Kenapa rahsiakan dari Wani?,"
"Maizura patient abang. Dia ada barah rahim. No chance. Abang selalu tengok Firqan. Selalu menemaninya setiap kali dia ke hospital. Dia sebatang kara. Dia perlukan jagaan. Firqan juga perlukan jagaan. Yang lebih abang risau, kalau Maizura tak ada, bagaimana nasib Firqan. Mereka tak ada sesiapa. Sebab tu, abang kahwin denganMaizura. Abang jaga dia. Dan, abang mahu Firqan masih ada keluarga, biarpun selepas ibunya tak ada,"bicara suaminya terhenti seketika.
"Pasal abang rahsiakan tu. Abang tahu abang salah. Tapi, abang tahu perangai Wani. Dan, Maizura sakit, Wani. Abang tak nak nanti dia stress. Abang rasa, lebih baik Wani tak tahu. Mungkin abang silap. Maafkan abang,"
"Mungkin abang tak silap. Mustahil Wani akan terima semua tu dengan waras, kalau abang berterus-terang dengan Wani dulu. Wani salah faham. Maafkan Wani,"
Suaminya tersenyum hambar. Cuma memaut tubuhnya ke dalam pelukan. Dia tenang di situ.

***
TAMAT
posted by Penulisan2u @ 4:07 AM  

42 Comments:
  • At 22/6/09 8:12 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    cdey nyer.....
    pg2 da tngkap leleh ak......

    nice story....

     

  • At 22/6/09 11:58 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story

     

  • At 22/6/09 2:05 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    gler sedih cter nie...
    sib bek dpt thn lelh...
    uhuhuhuhh..

    anyway nice story..

    .::+RogayahVogue+::.

     

  • At 22/6/09 2:41 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya la citer.......wawawawa

     

  • At 22/6/09 5:02 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang menyentuh hati,
    leh mengalir air mata.
    Congtrat 2 writer
    jalan cite yang ada fell leh rasa kesedihan..

     

  • At 22/6/09 11:17 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    betapa tulusnya kasih sayang kanak-kanak...

     

  • At 23/6/09 12:06 AM, Blogger Nurasyikin said…

    really nice story..:-)

     

  • At 23/6/09 12:07 AM, Blogger Nurasyikin said…

    kalau dipanjangkan dan digarap lagi, boleh dijadikan novel..:-)

     

  • At 23/6/09 3:10 AM, Blogger iya_adirah said…

    hye hanni..
    sy suke cite ni..
    suke sgt2..
    ptme kali sy bce cerpen sy ngs..
    haha~
    congrats erk..

     

  • At 23/6/09 1:27 PM, Anonymous far_east said…

    yer la writer...so sad laa this story..teruskan usaha anda lagi...caiyok caiyok..

     

  • At 23/6/09 1:55 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdihny..nk ngis ase..huhu

     

  • At 23/6/09 2:45 PM, Anonymous kenanga_idaman said…

    sedihnye...bersyukur dgn pe yg kita ada..
    tp betul2 sedih...

     

  • At 23/6/09 3:42 PM, Blogger nadiah_abdllah said…

    mata saya bocor...
    mata saya bocor...
    :((

     

  • At 24/6/09 3:20 AM, Blogger nia hani said…

    wawawa..sedey nyer criter nih..
    awal2 citer lagi dah tangkap leleh dahh..
    anyway, mabruk!!

     

  • At 24/6/09 10:47 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    jhat la penulis ne
    buat org nangis je
    abis kantoi dgn mmbr
    tp best gle
    jgn lpu tlis la lg

    e-da

     

  • At 24/6/09 2:58 PM, Anonymous ain said…

    sedih nyer cter niew..tahniah kepda pnulis..

     

  • At 24/6/09 5:47 PM, Blogger aquahartz said…

    Sedihnyeeee... nangis2 saya baca. Saya lemah sket kalau citer2 pasal kanak2 ni.
    Well done.

     

  • At 24/6/09 10:26 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    ish..ish...naper ler cite ni sedih sgt???teremosionel aku mlm ni....naseb baek dlm blk.hahahaha

     

  • At 25/6/09 12:16 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    aku sedey tuh ade la sket2...tp geram+marah tuh jauh lebih terase kt wani si betine tuh...kalo aku dapat die, mau aku siat2 die hidup2..kasi terajang muke die smpai lumat2..eiiii hangin aku satu badan dibuatnyer!!

    ko tak layak terima kemaafan firqan tuh...langsung xlayak!!

     

  • At 25/6/09 4:06 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    firqan...waaaaa..aku nangis...xcaye rasanya..
    nangis???waaa..mataku bsh...dh la tgh mood sdih..
    adoi...

     

  • At 25/6/09 10:56 AM, Blogger :-) said…

    sedey sngt2..
    budak2 tak pandai nk menipu..
    betapa tulusnya hti firqan..
    bittaufiq wannajah untuk penulis..
    all the best :-)
    dalam senyuman ada tngisan

     

  • At 25/6/09 12:15 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    aduss...sedih gilerr cite niii..
    dh serak abis sore aku...
    huhuhu

     

  • At 25/6/09 3:28 PM, Anonymous dhia said…

    sdey soit cite ni..contrl ak kt opis ni..wawawawaw

     

  • At 25/6/09 11:12 PM, Blogger MrS.H said…

    sedihnyer...
    meleleh gak la...
    uwaaa....
    tapi best...(cam firqan la plak ... :)

     

  • At 26/6/09 11:50 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2

     

  • At 27/6/09 12:55 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    Writer,u pny story sume cool la..congrt!

     

  • At 27/6/09 1:41 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    ape ni? adoiiiiiiiiiiii meleh air hidung skali...

     

  • At 28/6/09 12:48 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    serius sedey gler!!! aku nangis x henti2 bc cite nih...
    cian r kt firqan tu.....
    huhuhuhu~

     

  • At 30/6/09 5:33 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sungguh..tada tipu..
    mmg cdehlahhh..
    huaaa...
    nsib baik tak bocor(kena control)

    ~sha~

     

  • At 5/7/09 4:24 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    baeknyer firqan nih..i hope when i was in his age..i was able to be like him..n strong like him..but i did not..by the way...there is beauty in tragedy...huhu.

     

  • At 8/7/09 3:53 AM, Anonymous saffashapawi said…

    aaaaaaaaaaaaa~~ abis air dalam badan kuar meleleh. da kering da body ku inih... huaaaaaaaaaaaaa.

     

  • At 8/7/09 2:57 PM, Blogger A'al said…

    sedih lah gak.tapi,cam tak logik arr bab yang dia tolak 2 orang tu...sbb,firqan budak kecik,cam mne leh tolak org dewasa dan sorang budak kecik...klau lah tolak,maybe tak pelanting jauh sngt.

     

  • At 9/7/09 10:48 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedeyny...
    huuuuhhuuuuu (nangis panjang²)...
    tahniah kat writer....
    suka sgt cite camni...
    sbb de moral of de story...
    nway, klu nk tulis lagi cite camni
    jgn lupa sediakn tisu skali eh...
    hehehe..
    gud luck writer...
    keep up de gud work..

    ~lizarazu~

     

  • At 10/7/09 3:34 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    tisu..tisu..huhu..sdih r..apepun. gud job r..SYG FIRQAN

     

  • At 10/7/09 3:41 PM, Blogger sh@r!p0p..aku orang biasa said…

    wah!!!!

    cter yg sedey

     

  • At 15/7/09 1:40 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaaaaawaawaaa.cdey aq baca...nasib bek xder orng tgok aq nangis...

     

  • At 16/7/09 1:32 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sangat..huhu
    two thumbs up 4 u writer...

     

  • At 22/7/09 11:44 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaaaaaaaaaaaaaa..........tidak2..
    seb bek roomate ku tadak,lau tak mati2 kene ktuk..air mata leleh..
    congratz to d writer..
    best2

     

  • At 24/7/09 7:27 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihny crite nie..
    hu..
    nsb baek x dak owng kt umah..
    anywhre keep it up writer..
    wt gi karya laen ea3..

     

  • At 27/7/09 12:18 PM, Anonymous watie said…

    nice story....
    cite ini sdih sngt....
    ia sepatutnye dijadikan pengajaran buat semua yang setiap insan itu perlu memyayangi antara satu sama lain dan saling bertimbang rasa....
    selain itu seseorang itu harus memounyai perasaan kasih sayang walaupun bukan dari darah daging kita sendiri....

     

  • At 29/7/09 9:12 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yg baik,jarang ditemui...bahasa yang indah membuat kita sama2 menghayatinya..tahniah

     

  • At 30/7/09 3:43 PM, Blogger senjalina said…

    sedihnya nsib dapat tahan..hehehe..tahniah...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Ingin bertanya pada hati, bibir berat berbicara... siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia..."

Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.

Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat.

Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya.

Penulis Menggunakan nama pena pelangipagi05 apabila menulis di penulisan2u

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.siapakahdihatiku.blogspot.com

Tajuk: Siapakah Di Hatiku
Penulis: Adilla Tasha
Terbitan: Kaki Novel

Harga: RM18
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

ABANG KAMAL.. Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati?. Membuat hatiku berlagu sendu? mengalun irama indah di hati.

ENCIK FIRDAUZ.. Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak wujud di hati ini. Dan kalau cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi..

CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat pada mu. hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajhmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu..

AKU... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.biarlahYMberbicara.blogspot.com
 

Tajuk: Biarlah YM Berbicara
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel

Harga: RM20
Ulasan:

 


       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

      Iklaneka

 

BANNERMISSNOR 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik untuk dinilai oleh penerbit dan seterusnya diterbitkan di pasaran. Antara penulis awal yang terpilih :-

 

  Hanni Ramsul

( Biar YM Yang Berbicara Jun 2009

( Pergilah Air mata )

  Ariela Sahimi ( AkuBintangBiasa )

( Baju Pengantin Mak Andam ) Ogos 2009

  Adilla Tasha ( Pelangipagi05 )

( Siapakah Di Hatiku ) September 2009

  Shasfa Alyahya ( Shasfa )

( Hot Gimmick ) November 2009

  Arisa Eriza ( Angelica Risza )

( Bini aku tomboy ke? )

  Lynn Allynna ( Fantaghiro )

( Sepupuku Suamiku? )

  Iman Hazana

( Cinta atau jodoh )

  Eury Athena

( Ad + Iz )

Ida Farisya

( Antara benci dan rindu)

  Fynacomel

( Kawen Muda )

 

Insyaallah. Lebih ramai lagi penulis online di penulisan2u akan keluar novel di pasaran. Terima kasih kepada penerbit yang menjalinkan usahasama dengan penulisan2u.

      Penulis & Karya
  • Akubintangbiasa

  • Hanni Ramsul

  • Aka3k

  • Sweetlavander

  • Pemuja Rahsia

  • Ratubulan

  • Dr.rock

  • Fynacomel

  • Nurul Aini Bakar

  • Myra Raniya

  • Zachwan

  • Jay

  • Iman Hazana

  • InkDakwat

  • Qalis Darwisha

  • cHe

  • Jentayu_wan imz87

  • Y.W Shah

  • Ghina Sandra

  • Pelangipagi05

  • Mayakuzar

  • Dia Adila

Senarai penuh penulis klik disini

 
      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Muka Depan

      Pesanan Penting

Anda Sudah menghantar karya? Tetapi karya anda tidak disiarkan disini? sila emailkan kepada kami dengan segera maklumat karya anda seperti :-

 

 • Tajuk karya

  Email anda

  Nama pena anda

 

sila emailkan maklumat ke email bantuan@penulisan2u.net untuk disiarkan secepat mungkin dan untuk tindakan selanjutnya.

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Radio Online

Radio Internet Pilihan anda

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: admin@kakinovel.com

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Solutions Sdn Bhd (karnaDya), bagi penulis-penulis yang berbakat yang mempunyai karya untuk di terbitkan dan ingin melihat novel-novel terbaru layari di http://www.karnadya.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group