BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Jun 28, 2009
Novel : Bisikan Cinta 4
Nama Pena : norshiemah

BAB 4

Maya masih setia di hadapan komputer. Suasana riuh yang menghiasi ruang pejabatnya tidak dihiraukan. Apa yang perlu dikejarnya kini adalah kerja-kerja yang masih lagi tertangguh. Bukan senang nak kira gaji orang ni. Kalau silap key-in mahu puas nak berjawab nanti. Kalau kurang gerenti ramai-ramai yang datang berjumpa. Tapi…. bila terlebih masing-masing buat bodoh je. Sungguh pun tangannya berjalan namun mulutnya juga turut berjalan. Kacang yang berada di sisi setia menjadi teman.
"Eh, kau tak nak tengok si Sofiah ke?" Tanya Razak tiba-tiba. Tiada reaksi. Maya masih lagi dengan tugasannya.
"Oi, aku tanya ni kau dengar ke tidak?" Ulang Razak. Sengaja dia mendekatkan dirinya ke arah Maya.
"Aku dengarlah ni. Kau janganlah ganggu aku. Aku ada banyak kerja ni. Kenapa dengan Sofiah? Dia dapat bunga lagi ke? Ala… kalau setakat dapat bunga ros dah lama aku tahu dah. Atau pun dia masuk hospital? Ala… ramai teman lelaki yang boleh support dia. Sudahlah. Aku nak buat kerja ni." Jawab Maya tanpa memandang sedikit pun ke arah Razak.
"Sofiah dah jadi alim." Maya terhenti apabila mendengarkan bicara Razak. Alim? Biar benar. Sofiah jadi alim?
"Kau jangan nak buat lawak kat sini pulak, Razak. Aku sumbat kau dengan kacang ni." Maya masih lagi tidak percaya.
"Kalau nak tahu aku melawak atau pun tidak, marilah ikut aku. Aku gerenti kau mesti terkejut. Aku mula-mula tengok pun macam tak percaya." Maya berpaling. Mencari kejujuran dia riak wajah Razak. Wajah Razak ditenung. Sofiah jadi alim. Betul ke tidak ni? Hish! Tak percayalah. Tak mungkin Sofiah boleh jadi alim. Alim yang macam mana hah? Wah ini sudah kira cerita bagus. Boleh dapat gossip hangat minggu ni.
"Sumpah. Aku tak tipu kau. Marilah aku tunjukkan." Razak menarik tangan Maya. Maya yang berada di dalam keadaan terpinga-pinga akur. Dia segera mengikut Razak sehingga kelibat Sofiah berada di ruang matanya.
Bagaikan tidak percaya Maya apabila melihatkan pesonaliti baru Sofiah. Berbaju kurung penuh sopan. Baju kurung warna unggu lemah itu menyerlahkan lagi keayuan Sofiah. Sejak bila pula Sofiah ni dah insaf?
"Sofiah, betul ke apa yang aku tengok ni? Atau pun jelmaan Sofiah Afzan? Kenapa dengan kau ni? Kau kena brain storming ke? Atau pun pakwe kau sekarang ni ustaz? Tak pernah aku tengok kau pakai baju kurung. Kalau nak pakai pun kena paksa. Apa mimpi kau malam tadi?" Tanya Maya yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia tidak sangka sahabatnya itu boleh berubah.
"Apa pulak ni? Tak boleh ke aku nak pakai baju kurung ni? Ini kan baju tradisional kita. Memang patut pun aku pakai. Yang kau ni pelik sangat kenapa? Bukannya aku tak pakai baju."
"Yelah, tiba-tiba kau pakai baju kurung mahu aku tak terkejut. Kenapa dengan kau ni Sofiah? Kau dah buang tabiatkah? Kalau kau belum buat wasiat aku rasa baik kau buat sekarang. Tak adalah susah nak buat pembahagian harta." Sofiah memandang Maya dengan satu jelingan yang tajam.
"Mulut kau tak ada insuran langsung." Bentak Sofiah. Terasa dia dengan kata-kata Maya sebentar tadi.
"Yelah, mana aku tak fikir bukan-bukan. Tiba-tiba je kau berubah. Risau juga aku tengok kau ni. Cuba kau cerita sikit macam mana kau boleh jadi macam ni. Gerenti semua yang ada kat sini nak tahu macam mana kau boleh pakai baju kurung ni." Maya cuba menekan Sofiah untuk meceritakan perkara yang sebenar sehinggakan seluruh rakan pejabat terkejut dengan penampilannya.
"Masakan pantai berubah inikan pula kita manusia." Selamba saja Sofiah menjawab. Maya tidak puas hati. Dia cuba untuk mencungkil segala rahsia yang membuatkan Sofiah berubah.
"Aku tak percaya yang kau boleh berubah macam ni cepat."
"Okeylah, sebenarnya….. aku….. hish, malulah aku nak cakap." Ujar Sofiah yang malu-malu.
"Apa kena dengan kau ni, Sofiah? Nak kata kau gila, aku rasa kau sudah cukup waras. Cuma kau tu belum matang lagi. Aku rasa ini mesti sebab seseorang sampai kau berubah. Cuba kau beritahu aku, siapa orangnya. Aku nak tahu juga." Sofiah mendekatkan dirinya ke arah Maya. Dia cuba berbisik sesuatu di telinga Maya. Maya menahan gelak sambil menekan perut. Mungkin kelakar baginya. Namun tidak pada Sofiah. Wajahnya berubah. Merah menahan malu. Menyesal pula dia menceritakan tentang perihalnya kepada Maya. Sofiah jadi serba-salah. Buatnya Maya beritahu seluruh pejabat bukankah itu perkara naya.
"Hai, dalam ramai-ramai lelaki yang kau kenal muka ‘tempoyak basi’ tu juga yang kau berkenan. Aku tak tahulah kenapa dengan kau ni. Mata kayu agaknya." Maya yang menggelarkan Hafiz ‘tempoyak basi’ terkejut apabila perubahan yang dibuat oleh Sofiah adalah gara-gara dia untuk mengambil hati Hafiz.
"Kau ni, kalau ye pun janganlah cakap kuat sangat. Malu aku nanti." Wajah Sofiah mula berubah. Merah menahan malu.
"Yang kau nak takut kenapa? Lumrahlah orang jatuh cinta. Apa yang kau nak malukan. Ala…. kalau setakat muka Encik Hafiz tu, aku rasa banyak lagi aku boleh jumpa kat kampung aku. Sofiah, aku nak khabarkan pada kau. Tunang aku tu, kalau aku letakkan sebelah-menyebelah dengan Encik Hafiz aku gerenti tunang aku lagi macho dan kacak. Bukan apa, Encik Hafiz kita tu bukannya tak kacak. Tapi dia tu kedekut. Nak senyum pun susah. Sebab itulah muka kacak pun tak guna kalau 24 jam mencuka. Sebab itulah aku rasa dia belum kahwin lagi. Agak-agak kaulah, siapalah insan malang yang jadi isteri dia?"
"Maya!" Sekali lagi Maya terkedu dengan suara itu. Sofiah yang berada di hadapannya dipandang. Maya tidak segera berpaling. Sebaliknya dia cuba mencari kekuatan untuk bersemuka dengan Hafiz.
"Er…. Ye… ye… Encik Hafiz, kenapa? Boleh saya bantu?"
"Awak ni setiausaha saya ke?"
"Apa? Encik Hafiz ingat saya tak boleh buat ke kerja-kerja setiausaha? Selama ini pun semua kerja saya yang buat." Alamak, terlepas cakap. Maya segera menekup mulutnya dengan tangan. Sofiah yang masih lagi berdiri tak senang hati. Buatnya Hafiz tahu yang selama ini sebahagian kerjanya pekerja di pejabat itu sering diberikan kepada Maya mahu dia menangis tak berlagu bila mendapat surat amaran.
"Apa maksud awak? Saya tak faham."
"A.. er… bukan, maksud saya masa saya sekolah dulu saya saya banyak sertai aktiviti ko-kurikulum. Saya pernah jadi pengerusi, setiausaha, bendahari dan yang paling banyak sekali ajk kecil. Tapi…. Kalau nak saya senaraikan memang banyak aktiviti yang saya masuk. Yang paling saya minat sekali Persatuan Penulis. Kalau Encik Hafiz nak tahu sayalah juara menulis sajak peringkat sekolah. Saya pun pandai cipta pantun dan sajak. Encik Hafiz nak dengar tak? Hah, saya ada satu pantun.
Orang tua bermain kotak,
Pergi bermain di gunung Belum,
Apa guna berwajah kacak,
Kalau muka asyik bercantum.
Hah, macam mana? Okey tak?"
"Sudah, saya tak nak dengar semua tu. Awak tak ada kerja lain ke? Nak saya tambahkan kerja awak?" Tegur Hafiz kepada Maya.
"Er.. baiklah Encik Hafiz. Saya pergi dulu." Tanpa sebarang bicara lagi Maya berlalu menuju ke arah mejanya. Kerja yang tertangguh dari tadi disambung semula.
"Sofiah, saya nak awak buat tempahan meja di Hotel Grand Seasson untuk dua orang makan tengahari nanti. Saya nak makan di sana nanti. Dan lagi satu kalau ada perempuan cari saya biarkan dia masuk. Saya akan tunggu dia di dalam." Pesan Hafiz sebelum dia masuk kembali ke bilik. Sofiah yang mendengar pesanan itu merasa cemburu tiba-tiba. Perempuan? Siapakah dia? Teman wanita diakah atau pun sekadar pelanggan?
Sofiah tersentak apabila melihatkan seorang wanita muda berdiri di hadapannya.
"Ye cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya Sofiah lembut.
"Saya nak berjumpa dengan Encik Hafiz. Ada dia pesan apa-apa? Sebab saya ada temujanji dengan dia untuk keluar makan." Jawab wanita itu dengan penuh manja. Sofiah terkedu. Dia tahu kini, dia hanya bertepuk sebelah tangan.
"Oh ya, dia sedang menanti cik di dalam. Cik boleh masuk sekarang."
"Terima kasih." Sofiah menyambut senyuman wanita dengan satu senyuman paksa. Naluri wanitanya kini bergolak dengan api cemburu. Tiba-tiba dirasakan dirinya tergugat kini. Sofiah memandang ke arah meja Maya. Kosong.
"Lim, Maya mana?"
"Dia keluar. Kenapa?"
"Nothing." Tidak lama kemudian, Hafiz keluar bersama-sama dengan wanita muda tadi. Sofiah hanya dapat memerhatikan pasangan itu dengan mengiggit jari. Pasangan itu sungguh mesra. Kenapa bukan aku? Melepaslah kau, Sofiah.
posted by Penulisan2u @ 2:58 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Lemonade 34
Nama Pena : Myra Raniya

BAB 32

"Syed Ashraf Naqiuddin…"

"Yes?" Senyuman paling manis terukir di bibir. Syah kerut dahi. Apahal mamat ni? Dah buang tabiat apa? Syah geleng kepala. Anak matanya jatuh pada cincin pelbagai bentuk dan rupa pada jari-jemari Que.

"Didn’t I tell you that those things cannot be wear…"

"In school area? Aha! You’ve told me before. Masuk kali ni dah 99 kali. Hey, say that again. Nanti boleh cukupkan 100." Ujar Que sambil menjungkitkan keningnya. Syah ketap bibir. Mamat ni kan…memanglah sengaja menaikkan temperature kemarahan aku. Anak matanya merenung tajam ke dalam anak mata Que.

"Encik Syed Ashraf Naqiuddin bin Syed Amir, benda-benda tu semua are FORBIDDEN! Should I spell it for you?" sinis nada suara Syah. Que tergelak kecil. Wajah Syah ditenung.

"Garang. Okay! I’ll take it off." Lambat-lambat Que menanggalkan entah apa-apa punya cincin yang tersarung pada jari-jemarinya. Syah hanya mampu memerhati. Sesekali bibirnya pasti mengomel entah apa-apa apabila Que seolah-olah cuba mempermainkannya. Siot punya orang!

"Okay! Aku dah tanggalkan. Puas hati?"

Syah menjuihkan bibirnya. Notebook ditangan dibuka. Pen memainkan peranannya. Que sekadar memerhati. Eh? Takkan nak tulis jugak nama aku?

"Kan aku dah tanggalkan cincin ni?" Protes Que. Syah tayang muka tak bersalah. Sehelai kertas dari notebooknya dikoyakkan lantas dihulurkan kepada Que. Que mengambil lantas dibaca setiap patah perkataan yang tertulis di atasnya. Syah sudah pun mengatur langkah meninggalkan dia yang masih terpacak macam tiang di situ.

Buatlah lagi prngai x srupe owunk tuh

Mcm hape jew

Enjoy study!

Serentak sebuah senyuman terukir di bibir. Head girl…head girl…memang susah nak diramalkanlah kepala otak kau tu. Pelik! Sama peliklah dengan orangnya. Segera, kertas itu dilipat lalu disimpan di dalam kocek seluarnya. Langkah kaki diatur menuju ke kelas. Oh ya! I’ll sure enjoy study this time. Que menghela nafas kelegaan. Dreams come true, my friend and I’m happy with it!

QUE melangkah masuk ke dalam kelas bersama dengan sebuah senyuman terukir elok di bibirnya. anak matanya meliar melihat sekeliling kelas. Tak banyak yang berubah. Still havoc macam dulu. Macam hari-hari yang lepas. Di satu sudut, seperti biasa musuh tradisi kumpulannya, Acap and the gang sedang membuat pakatan bersatu tetap ditemani awek masing-masing. Hailah…nak buat pakatan pun perlukan awek di sisi ke? So the odd group la!

Syasya yang sudah sedia maklum kegedikannya masih lagi dengan gediknya. Tak habis-habis nak menempel muka kat Acap. Dan Acap! Kau relakah diri kau diperlakukan sebegitu? Que geleng kepala. Lantak koranglah. Janji aku happy, korang pun happy. Aku tak kacau korang, korang pun tak kacau aku. Unless…korang nak muka korang lebam macam zaman dulu-dulu. Ahaha…

Que melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Sling bag kesayangannya diletakkan di atas meja. Buku latihan Add Math dikeluarkan lantas kaki membawa langkah menghampiri kawan-kawannya yang setia menantinya di belakang. Macam satu masa dulu. Zaman nakal, riang-ria. Que angkat tangan. Yang lain-lain hanya senyum. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang sudah tersedia buatnya.

"So? What’s up?" Que memula bicara. Juan tayang muka mengantuk. Poji dah mula menguap. Hailah…mengantuk lagi ke diorang ni?Am tersengih menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Keyol dan Dan dah buat agenda sendiri. Tak habis-habis dengan cosplay thingy diorang. Susah bila anime maniac berjumpa dengan orang yang sekepala dengan diorang. Nasib baik aku tak teruk macam diorang lagi. Fuh…

"Que! SPM ni buat aku suffer luar dan dalamlah." Rengek Poji sambil menggaru-garu hidungnya. Rambutnya yang sudah mencecah kolar baju langsung tidak dihiraukan. Ni betul-betul dah kes teruk, sampai rambut pun dah macam apa je.

Am angguk. "Yelah Que! Everytime nak happy, enjoy separuh mati je sure SPM thingy yang keluar kat otak." Juan turut sama mengangguk. Que memerhatikan kawan-kawannya satu-persatu. Alahai…ciannya! Hampir-hampir sahaja dia meledakkan tawanya. Sabar Que…sabar.

"Dahlah tu. Jom. Add math marathon."

"Dia dah mula dah…" Yang lain-lain mengeluh. Que tersengih.
posted by Penulisan2u @ 2:53 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Mr. Teddy 16
Nama Pena : Noreyn

Bab 17

"Hello Mr. Teddy?"

"Teddy bear mana boleh jawab?"

"Ah dia ni lagi. Tak ada muka lain ke? Awak ni tak ada kerja ke? Tadi kata ada urgent meeting kat site? Buat apa kat sini? Dan satu lagi, macam mana awak tau saya ada kat sini?"

"Yang awak tu pulak buat apa kat sini? Melawat sanak saudara ke?"

"Ye. Nak beli ‘anak’ baru. Apasal dosa?"

"Tak. Tak dosa pun" Aku tau yang hobi kau tak pernah berubah. Yang hairan, apa saja yang ada pada teddy bear tu?

"Tapi awak tak jawab lagi soalan saya tadi?"

"Soalan? Soalan apa?"

"Macam mana awak tau saya ada kat sini?"

"Six sense" Aku ikut kau dari belakang tadi. Kau naik teksi mana nak perasan aku ikut kat belakang.

"Apa apalah" Teddy tersenyum memandang teddy bear yang berwarna putih. Didadanya terdapat bentuk hati dengan tulisan I Love You.

"Manja saya tanya sikit boleh tak?"

"Apa dia?" Manja masih lagi tersenyum. Tangannya pula leka membelek belek teddy bear yang tersusun rapi.

"Tadi awak sikit punya marah tapi sekarang senyum memanjang. Awak sihat ke tak?"

"Saya memang cepat marah. Saya tak boleh control perasaan marah saya. Lebih lebih lagi dengan orang yang suka control saya macam awak ni. Tapi setiap kali saya marah, saya akan ke sini. Hanya tempat ni yang dapat redakan kemarahan saya. Mereka ni walaupun tak boleh berkata kata tapi tetap boleh meredakan kemarahan saya. Kalau saya sakit boleh mengurangkan kesakitan yang saya tanggung. Kalau saya sedih, dengan adanya mereka boleh menenangkan saya. Dan kalau saya gembira boleh menambahkan kegembiraan saya."

"Hai macam tu sekali? Patutlah merata awak letakkan ‘sanak saudara’ awak tu kan?"

"Ye. Tak tau kenapa tapi rasa macam tak lengkap hidup saya tanpa teddy bear. Pelik kan? Tapi itulah saya. Hidup Manja tak akan lengkap tanpa teddy bear"

"Habis tu masa awak kahwin nanti pun awak nak letak mereka merata jugak ke?"

"Ah topic kahwin. Tak ada topic lain ke? Boring la"

"Hai cik Manja sayang, kenapa tak rehat kat rumah? Buat apa kat sini?"

"Abang. Manja nak Mr. Teddy ni. Belikan ye?" Teddy merengek kepada jejaka tersebut sambil memeluk lengannya.

"Hey baru 2 hari lepas abang belikan takkan nak lagi?"

"Nak. Yang ni. Cute sangat. Please. Please. Please"

"Okey. Okey. Yang mana? Ni? abang pergi bayar dulu tunggu sini ye?"

"Manja, siapa lelaki tu?"

"Boyfriend. Saya pernah cakap kan? Yang hadiahkan jam ni?"

"Ye. Saya masih ingat lagi" Jadi betullah kau dah ada boyfriend? Tak ada harapan kah aku ni?

"Awak tak nak ke site? Ada meeting kan?"

"Ye nak pergilah ni. Tapi Manja.."

"Apa dia?"

"Boleh tak kalau saya belikan awak teddy bear ni?" Spider menunding ke arah teddy bear berwarna coklat yang memegang dadanya dengan kedua belah tangannya.

"Tak boleh"

"Kenapa?"

"Nak tau? Kalau ada sesiapa yang nak belikan saya teddy bear ada satu syarat"

"Syarat? Syarat apa? Nak belikan teddy bear pun kena bersyarat ke?"

"Orang yang nak belikan teddy bear untuk saya mestilah yang ada pertalian istimewa dengan saya. Awak dengan saya hanya rakan sekerja jadi tak boleh. Sorry"

"Jom Manja"

"Okay Norman saya pergi dulu. Awak tolong bagitau diorang yang saya tak sihat jadi tak dapat hadiri meeting tu. Okay? Bye"

Bagaimana harus aku luahkan pada kau Teddy ku sayang? Aku menyintaimu. Kenapa kau perlu bersama seseorang yang terlalu tua daripada kau? Sepatutnya kau bersama aku.










Bab 18

"Manja, kenapa setiap kali ada lelaki yang cuba rapat dengan Manja mesti Manja nak along berlakon jadi boyfriend Manja?"

"Mana ada berlakon? Along kan memang boyfriend Manja? Lagi pulak, siapa yang nak merapati Manja ni?"

"Along rasa Manja tau siapa. Mungkin Manja sengaja buat buat tak tau"

"Manja tak faham apa yang along cakapkan ni, yang Manja tau along boyfriend Manja tu je"

"Sampai bila? Sampai bila along kena jadi boyfriend Manja?"

"Sampai bila bila. Walaupun along dah kahwin"

"Manja tak boleh macam ni. Manja tau tak yang along risau sangat dengan sayang along ni?"

"Kenapa pulak?"

"Along risau sama ada Manja akan berjumpa dengan orang yang betul betul memahami dan menerima Manja seadanya atau tak. Tapi pada masa yang sama along tak boleh sentiasa bersama Manja untuk melindungi Manja. Mungkin Manja tak tau yang mak, angah, along dan ayah terutamanya terlalu risaukan Manja. Kami takut nak lepaskan Manja tapi pada masa yang sama kami tak sanggup tengok Manja menjalani kehidupan ni seorang diri"

"Along, Manja okay macam ni. Lagipun Manja kan muda lagi? Kalau dah tertulis yang Manja ada jodoh kahwinlah Manja kalau tak pun Manja tak kisah. Manja lebih senang macam ni sebab along pun tau kan yang Manja tak suka orang control Manja?"

"Tapi sampai bila Manja nak macam ni?"

"Sampai Manja jumpa dengan Mr. Teddy"

"Mr. Teddy? Mati hidup balik pun patung tak boleh hidup Manja"

"Bukan Mr. Teddy tu. Mr. Teddy yang Manja maksudkan ialah seorang jejaka yang secomel teddy bear"

"Habis tu kalau orang tu sebesar Kuman KU2 tak apa?"

"Tak kisah. Janji bila Manja nampak je dia Manja dah tau dialah Mr. Teddy Manja"

"Tapi Manja, macam mana pulak Manja boleh sukakan seseorang tu tanpa mengenal asal usul dia? Cinta pandang pertama? Mustahil lah"

"Apa yang mustahil? Contohnya cinta pandang pertama Manja pada teddy bear"

"Along rasa Manja ni masih tak sihat lagi kot pasal tulah merepek macam ni. Tak pun sebab Manja terlalu obsess sangat dengan teddy bear sebab tu nak cari pasangan hidup pun yang ada ciri ciri teddy bear. Along kahwinkan dengan polar bear baru tau"

"Okey juga apa? Kalau polar bear tu tak cederakan Manja lah"

"Okeylah along balik dulu. Tapi nanti Manja nak balik naik apa?"

"Ala pandailah Manja nak balik. Lagipun kan cawan kopi tu ada?" Teddy berbisik di telinga alongnya.

"Okeylah along balik dulu" Along mengosok gosok kepala adiknya sebelum melangkah meninggalkannya.

Tanpa mereka sedari sebenarnya ada seseorang yang memerhati dari awal sehingga ke akhir.
posted by Penulisan2u @ 2:49 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Semarak Cinta 11
Nama Pena : Benangmas

"Tok Aki nak kemana tu nek?". Soal Nur Alia yang baru melabuhkan punggungnya disisi nek mah yang sedang menyudahkan lipatan kain yang terakhir, matanya terpandang akan kelibat tok aki mengatur langkah ke tali air yang beberapa meter dibelakang rumahnya
"Nak ke tali air belakang sana tu, katanya nak memancing ikan keli. Si Adi tu suka sangat dengan ikan keli bakar cicah air asam dah puas makan tu dia makan ikan keli gireng masak cili pulak. Kuat betul dia makan tapi badan macam tu juga. Selalunya kalau balik ke sini dia ngan Tok Aki memancing kat sanalah." Neh Mah memuncungkan bibirnya mengaerahkan ke sana. Dia menyambung lagi
"Dulu Adi suka bawak sekali kawannya budak Khairul dan Hamid, tapi sejak mereka dah kahwin ni jarang pulak datang kesini. Masing-masing sibuk dengan kelurga agaknya." Luahnya lagi. Nek Mah turut memandang suaminya ditangannya terdapat beberapa batang kail yang diperbuat dari buluh serta seberkas umpan.
"Khairul, macam pernah dengar nama tu." Nur Alia seakan mengingati nama yang disebutkann oleh Nek Mah tadi. Seketika kemudian baru dia teringat Khairul lah yang menelefon suaminya semalam. Dia tersenyum teringat kembali ucapan yang didengarya bila menjawab panggilan darinya.
"Ooo..yea ke. Tentu seronok kan nek. Alia nak ikut Tok Aki lah nek, boleh."pintanya lembut.
"Jom lah, kalau kamu nak ikut. Nenek pun nak duduk bawah pangkin sana tu. Kita makan kat bawah sana bawak air ngan bekal sekali yea." Tangan tuanya diunjukkan kearah pangkin dibawah pohon ketapang yang batangnya sebesar pemeluknya.
"Adi kemana?" Nek Mah bertanya setelah dia teringat yang dia terdengar ejin kereta Honda Accord dihidupkan setengah jam yang lalu.
"Tadi dia kata nak ke pekan sekejap. Buat apa entah." Soalan Nek Mah di jawab dengan senyuman dan bahunya dijungkitkan.
"Kenapa kamu tak ikut sekali.." nek mah semakin galak bertanya.
"Saja nek, malas la nak ke pekan, dah muak asyik hidu asap jer, lubang hidung ni ha dah hitam legam macam bontut kuali dah jadinya." Nur Alia menunjukkan jari telunjuknya ke hidung dan memandang wajah tua didepannya itu. Kedut-kedut diwajah tua itu semakin kelihatan bila ketawa. Mereka sama-sama ketawa
"Ada-ada je lah kamu ni…" Cepat benar kemesraan terjalin diantara mereka. Baru semalam Nur Alia diperkenalkan oleh Adi Hamidi kepada Nek Mah dan Tok Aki. Nur Alia tidak sedikit pun kekok bermesra dengan Tok Aki dan Nek Mah. Nek mah mengeleng kepala, lalu dia bangun dari duduknya, Nur Alia turut serta bingkas bangun apabila Nek Mah mula mahu melangkah. Dia menjinjit sebuah bakul yang berisi air dan beberapa jenis kuih yang dimasakkan oleh Nek Mah tengah hari tadi. Walaupun usia Nek Mah menjangkau hampir 70 tahun namun kudratnya masih lagi mampu menyaingi wanita berusi 50 tahun. Petua yang selalu diamalkan oleh Nek Mah adalah dengan sentiasa membasahkan anggota wajib dengan wuduk dan juga mengamalkna solat-solat sunat. Terutamanya solat sunat Tahajut diwaktu malam.
Nur Alia menutup pintu dapur setelah diarahkan oleh Nek Mah. Mereka berjalan beriringan menuju ke pangkin sana.
"Wah! Bestnya duduk melepak kat sini nek, petang-petang macam ni lagi lah. Nyaman betul lah. Nur Alia manarik nafas sedalam-dalamnya. Angin petang menyapa lembut pipinya seolah-olah merestui kedatangannya disini. Serta merta ingatannya melayang kepada abah. Apa yang abah buat sekarang ini. Dia selalu mengikut abahnya berkebun jika pulang ke kampung. Tentu dah berbuah terung yang ditanamnya bersama abah 3 bulan lalu. Nek Mah tersenyum melihat aksi Nur Alia yang mendepakan tangan menghirup udara segar.
Tok Aki yang ralit dengan pancingnya memandag kearah pangkin dibawah pokok ketapang setelah kosentrasi nya terganggu dek suara Nur Alia. Dia tersenyum sendirian, melihat cucu menantu angkatnya itu yang tidak kekok berada dikediamannya. Malah keramahan Nur Alia melayani dia dan isterinya menambat hati tuanya. Sejuk matanya melihat Nur Alia yang bertudung itu sewaktu pertama kali bertemu.
Nur Alia berjalan menghampiri Tok Aki yang baru mengalihkan batang kailnya ke tempat lain. Mungkin lokasi tersebut tidak ada banyak ikan. Raga yang berada disebelah Tok Aki masih lagi kosong. Dia mengagak tentu Tok Aki belum lagi menaikkan sebarang ekor ikan.
"Tok.. Alia nak cuba mancing boleh tok?" Soal Nur Alia yang sedikit teruja bila melihat air yang semakin galak berkocak. Tentu banyak ikan. Tapi kenapa Tok Aki belum dapat seekor ikan pun."
"Kamu tu reti ke memancing Alia." Tok aki menjawab juga dengan soalan.
"Tak tahulah tok, Alia tak pernah memancing lagi. Alia nak cuba lah ni, manalah tahu nasib Alia baik dari tok, dapat ikan keli besar, boleh buat ikan bakar cecah air asam." Alia cuba memacing simpati dari to kaki.
Tok Aki hanya tersengih mendengar jawapan Nur Alia. Kamu ingat senang ke nak memancing ni, macam beli ikan kat pasar ke? Belum memacing dah sobong diri." Tok Aki merenung Nur Alia, dia tersengih melihat Nur Alia seperti bersungguh.
Alia tersengih dengan jawapan Tok Aki, dia melabuh punggungya diatas akar pokok duku, sambil memandang kearah ikan kecil yang sedang berkejaran dipermukaan air entah apa yang digaduhkan, merebut makwe agaknya, dia ketawa kecil dengan telahan bodohnya.
Tok Aki berjalan kearahnya, dihulurkan sebatang kail untuk Nur Alia.
Nur Alia bangkit dari duduknya lalu batang kail beralih tuan Tok Aki dan Nur Alia sama-sama tersenyum.
"Pegang baik-baik. Nanti tercucuk mata kail tu." Pesan Tok Aki sebelum mengatur langkah. Nur Alia hanya mengangguk kecil. Dia bertambah teruja ketika mendengar beberapa kali air sungai berkocak mesra.
Nur Alia menghampiri gigi air. Dia terus mencampakkan tali halus yang berada dihujung batang kail itu kedalam air. Dia meniru aksi yang dilakukan oleh Tok Aki yang dilihatnya dari jauh tadi. Tok Aki membatalkan langkahnya ketika Nur Alia mencampakkan kailnya ke sungai.
"Eh kamu dah taruk umpan ke belum?.."tanya Tok Aki yang sudah tercegat dibawah pohon duku tempat Nur Alia menapak tadi.
"Umpan!....umpan apa tok." Nur Alia terpinga-pinga mendengar soalan Tok Aki. Dia tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Tok Aki.
Tok Aki hanya mengeleng kepala apabila melihat Nur Alia masih kebingungan. Dia menghampiri Nur Alia lalu manarik batang kail itu. Mata kail yang kosong tanpa umpan itu kelihatan bersinar berpadu dengan cahaya matahari.
"Kat mana kamu belajar memancing ni Alia. Tengok…." Tok Aki memperlihatkan mata kail yang kosong tanpa umpan itu. Nur Alia hanya tersengih. Dia sendiri tidak tahu kenapalah dia tak terfikir pasal umpan. Tok Aki terus mencucuk umpan perut ayam dihujung mata kail. Lalu dia menghulurkan kepada Nur Alia untuk dilemparkan ke mana-mana tempat yang dia suka. Nur Alia mengambil huluran batang kailnya dari Tok Aki. ‘Hati-hati’.. pesan Tok Aki. Nur Alia membaling mata kail yang berisi umpan perut ayam itu kedalam air. Balingannya kuat sehingga Tok Aki yang berada disebelah terperanjat. Dia mengelengkan kepala.
"Dushhh!…alamak kuatnya." Nur Alia hanya tersengih lalu tunduk menatap bumi. Dia tersenyum. Nampak sangat dia tiada bakat memancing. Nek Mah yang melihat dari tadi ketawa terbahak-bahak disertakan dengan gelengan kepala, dia seronok melihat Nur Alia yang terkial-kial memancing ikan, lagaknya seperti pro tetapi asasnya pun tak tahu. Nur Alia melayan perasaan sementara menunggu umpannya dimakan ikan. Satu kepingan kecil selipar menerapung di permukaan air, kata Tok Aki tadi, kalau pelampung itu tengelam timbul dan dilarikan kedasar sungai ,maknanya ikan memakan umpan itu. Jadi untuk mengelakkan ikan itu tertelan mata kail lebih dalam. Kita perlu menarik batang kail dengan cepat. Matanya terarah tepat ke pelampung, bimbang andai seliper yang dipotong kecil dijadikan pelampung tenggelam kerana dilarikan ikan.

"Sunyi aja ni. Macam takde orang la pulak. Takkan diaorang keluar, baru kejap tadi aku keluar." Adi Hamidi melangkah menaiki anak tangga. Dia menolak daun pintu namun tidak terbuka. Dicubanya lagi. "Hai berkuci lah pulak."
"Assalamualaikum…"Adi memberi salam beberapa kali, namun tiada sahutan dari isi rumah. Beberapa minit kemudian baru dia dapat meneka kemana lagi Tok Aki dan Nek Mah melepak kalau bukan ditali air belakang rumah mereka. Dia menuju ke belakang rumah tempat selalu dia dan Tok Aki memancing. Barang-barang yang dibelinya tadi dibawakan sekali.
"Assalamualikum nek!..amboi seronok nampak. " Sakat Adi Hamidi yang mucul tiba-tiba dibelakang Nek Mah. Barang-barang yang dibimbitnya tadi diletakkan ditepi pangkin.
"Eh kamu ni Adi, bila baliknya. Nek tak dengar pun bunyi kereta kamu. Kamu kemana?" Soal Nek Mah mengesot sedikit ketepi.
"Mana nak dengarnya nek kalau mata tu kearah sana aja, tersenyum-senyum macam orang angau aja, takkan rindukan Tok Aki pulak nek.." Adi Hamidi menambahkan lagi usikkannya. Nek Mah menampar lembut lengan sasa cucunya, dia seronok dengan usikan cucunya itu.
"Mari minum sekali." Pelawa Nek Mah menuangkan secawan air kopi lalu dihulurkan kepada Adi Hamidi.
"Mana Alia nek." Tanya Adi kepada Nek Mah setelah kelibat Nur Alia tidak kelihatan hanya kelibat Tok Aki sahaja yang kelihatan.
"Hai tadi bukan main cakap kat nenek, yang awak tu pun sama juga baru tak jumpa bini lima minit dah resah gelisah. Tu ha… Bini kamu nak belajar jadi nelayan pulak." Muncungnya dihalakan kearah kawasan yang banyak pokok-pokok renek. Mata Adi Hamidi melilau mencari kelibat isterinya. Terpandang dia akan isterinya yang sedang bertengek keseorangan seakan termenung.
"Eh! reti ke dia memancing tu nek. Tekun aja gayanya. Soaaln itu diatanya kepada Nek Mah yang turut memerhatikan Nur Alia dihujung sana.
"Nak tahu reti ke tak reti pergilah sana. Nek nak tengok siapa dulu yang boleh naikan ikan, kamu ke Alia." Nek Mah seakan mencabar dalam senyuman. "Mestilah Adi nek, kalau tak caya tengok lah nanti. Cucu jantan nek ni yang akan dapat ikan dulu." Adi Hamidi berlagak sambil mendabik dada. dia akan menyahut cabaran dari neneknya lalu turun perlahan dari pangkin dan melangkah kearah Tok Aki dihujung sana.
"Tok mana kail Adi tok? Soal Adi Hamidi bila langkahnya sudah hampir benar dengan Tok Aki. Dah dapat ikan ke tok?" Dia memandang bakul raga yang kosong, lalu tersengih.
"Ini tok mesti tak dapat ikan lagi ni. Kalau aku dapat ikan bolehlah aku kenakan Tok Aki. Alia budak hingus tu sampai esok pun takkan dapat ikan." Kata hatinya. Tok Aki memandang kearah Adi Hamidi, lalu senyum. Dia tahu apa yang berada dibenak cucunya sekarang. Selalunya mereka begitu. Sengihan Adi Hamidi mengandungi maksud untuk mengalahkannya.
"Tu ha kat sana, tok sandarkan pada dahan pokok manggis tu." muncungnya dihalakan kearah pohon manggis bersebelahan pohon duku tempat Nur Alia bertengek tadi. Kail itu hanya dikhaskan untuk Adi Hamidi, dia sendiri pun tidak menggunakan kail yang dibuatnya untuk cucunya itu. Adi Hamidi melangkah untuk mengambil batang pancingnya. Setelah menyiapkan umpan dia memadang Nek Mah yang sedang tersengih diatas pangkin, dia mencuit sedikit hidungnya tanda berlagak hero. Nek Mah mengelengkan kepala. Adi Hamidi melangkah lalu berlabuh tidak jauh dari tempat Nur Alia memancing. Nur Alia yang melihat tingkah Adi Hamidi dari tadi hanya diam membisu, sepatah pun tidak disapanya. Dia membiarkan Adi Hamidi dengan pancingnya. Adi memandang Nur Alia dengan sengihan mengejek.
"Memancing tak reti ada hati nak dapat ikan." Adi sengaja meninggikan kata-katanya sengaja mahu menyakitkan hati iserinya. Nur Alia hanya mencebik. Malas dia melayan Adi Hamidi yang sengaja mencari fasal dengannya.. Anak-anak ikan yang sedang berkejaran dipermukaan air lebih menarik minatnya dari bertekak dengan suaminya.

Hampir setengah jam Adi Hamidi membenamkan mata kailnya didalam sungai, namun tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah hidanganya.
"Apa kena pulak ikan hari ni, biasanya pantang nampak umpan aku, nak meyambar aja." Rungutnya. Tangannya diligas ke kiri kanan menghalau nyamuk. "Boleh tahan juga Alia ni. Tak takut kena gigit nyamuk, kalau perempuan yang aku kenal dah tentu pantang bebirat sikit mengadu padanya, eee...Rimas dibuatnya. " bebelnya sendirian.
Nur Alia yang sedang ralit memandang pancingnya sedikit terkejut, apabila pelampungnya sesekali tenggelam timbul.. dadanya berdebar. Dia pasti sekejap lagi dia akan merasai nikmatnya menaikkan ikan ke darat. Dan dia sangat berharap beroleh kemenangan, akan ditayangkan kepada Tok Aki dan juga Adi Hamidi yang menjeling ke arahnya kini.
"Alamak Alia dah dapat ikan lah." Adi Hamidi sedikit cuak.
Nur Alia mengangkat batang kailnya, dia cukup seronok, kesabarannya kini membuahkan hasil terbit senyuman panjang menyerikan wajahnya yang sedikit kemerahan menahan panahan mentari. Dengan sekuat hati Nur Alia menarik batang kailnya, ‘Zapppp’….teroleng-oleng makhluk panjang berwarna gelap yang berada dihujung mata kailnya. Alia kaget. Batang kail terlepas dari gengamannya. Nur Alia sedikit terjerit berlari sekuat hati ke arah pangkin, melarikan diri dari makhluk itu. Makhluk panjang yang memakan umpanya itu sedang elok berlabuh dipangkuan suaminya, setelah Nur Alia tanpa sengaja melepaskan batang kailnya. Adi Hamidi yang terkejut dan kegelian terus melompat kedalam air. Habis basah semuanya. Tok Aki yang melihat kejadian itu, bergegas berlari ke arah tempat Adi Hamidi duduk tadi.. dia ingin memastikan makhluk apa yang dikailnya Nur Alia sehingga cucunya bertindak begitu.
"Kah..kah.."Tok Aki yang ketawa melihat makluk panjang yang berwarna keperangan berukuran setengah meter panjangnya meronta-ronta diatas tanah minta dilepaskan, ketawanya hampir membuatkan dirinya tersungkur ke tanah. Dia tidak menyangka makhluk panjang yang disangkanya ular itu adalah belut. Adi Hamidi yang baru sahaja memanjat tebing kehairanan, Tok Aki masih memegang makluk panjang itu. Cuba megeluarkan mata kail yang ditelan tadi.
Adi Hmaidi cuba melangkah perlahan-lahan kearah Tok Aki bimbang juga akan disengat ular air, sangkanya. Tok Aki menyuakan belut itu ke arah Adi Hamidi. "Ini belut lah. Bertuah betul budak Alia tu, tak pernah-pernah orang memancing dapat belut,alih-alih dia sekali memancing aja terus dapat menundukkan belut." Adi hanya mencebik. Dia tak menyangka Tok Aki akan memuji isterinya.

Nur Alia yang berada disisi Nek Mah, kelihatan pucat. Dia ditenangkan oleh nek Mah yang masih tersenyum. Nek Mah juga menyangka Nur Alia memancing ular. Adi Hamidi dan Tok Aki kelihatan mengemas perkakasan memancing. Adi Hamidi kelihatan basah kuyup, belut yang tadi diisi kedalam raga. Tok Aki menjinjit sekarung guni kecil warna coklat yang berisi beberapa ekor ikan. Nur Alia yang terpandang akan Adi Hamidi yang turut sedang memandangnya sedikit menunduk, dia takut bertentangan mata dengan suaminya ketika ini. Dia takut akan dimarahi oleh Adi Hamidi. Nur Alia mengesot sedikit kesisi Nek Mah.
"Nah! siang ‘ikan panjang’ ni buat goreng kunyit." Arah Adi Hamidi kepada Nur Alia sambil mengunjukkan bakul yang berisi belut itu. Sengaja ditekankan perkataan ‘ikan panjang" untuk melihat mimik muka isterinya yang kegelian. Nur Alia terpinga-pinga dia memandang Nek Mah, mohon simpati.
"Apa yang dia dapat tadi tu Adi. Ular air ke?" Soal Nek Mah meredakan ketegangan Nur Alia. Tok Aki yang masih lagi terbayang insiden tadi, ketawa kecil.
"Cucu awak tu memang bertuah, tak pernah-pernah kita dapat belut. Malam ni dapat lah makan belut hasil pancingan cucu awak tu Nek Mah nya." Nek mah membulatkan mata, dia sedikit pun tidak menyangka Nur Alia memancing belut. Adi Hamidi yang sering memancing bersama suaminya itu pun tidak pernah memperolehi belut. Alih-alih Nur Alia yang baru datang sehari disini boleh memancing belut. Rezeki mereka. Tok Aki cuba mengeluarkan belut dari raga untuk ditunjukkan kepada Nek Mah. Adi Hamidi geram. Neh Mah dah mula menyebelahi Nur Alia. Tadi baru sahaja Tok Aki memuji isterinya, dan sekarang Nek Mah pula yang memujinya. Adi Hamidi kalah. Nur Alia hanya tersenyum memandang suminya sebagai sindiran dia mencuit sedikit hidungnya. Dia mula merasa kemenangan.
posted by Penulisan2u @ 2:43 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Jatuh Cinta Lagi!! 11
Nama Pena : fantaghiro

'Nak call ke tak nak? Nak call ke tak nak?' DZ mundar mandir di ruang pejabatnya. Handphone di tangan dipusing-pusing. Sudah beberapa kali dia cuba membuat panggilan ke nombor Fazreen. Tapi setiap kali itu juga dia memutuskan talian sebelum sempat talian disambungkan. Ego seorang lelaki. Dia masih malu dengan kejadian minggu lepas. Mama pula asyik bertanya sama ada dia sudah meminta maaf dengan Fazreen. Rimas betul macam ni.

"No. you have to call her. Cepat jumpa, cepat mintak maaf, cepat settle benda yang merepek ni." DZ memberi semangat kepada dirinya sendiri. Panggilan dibuat lagi. Kali ni mesti cakap betul-betul.


'Number sape la pulak ni. Orang tengah busy macam ni la dia nak call.' Panggilan dijawab.

"Hello." Fenn memulakan bicara.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." 'Suara lelaki. Siapa pulak ni?'

"Boleh saya cakap dengan Cik Fazreen?" DZ sedikit gabra. 'Macam mana aku nak cakap ni?'

"Speaking. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni."

"DZ. I mean Iqram."

"Iqram? Iqram mana yek?" Saja je Fenn buat-buat lupa. Mesti siasat dulu. Kang orang lain, malu je.
Huh. Short-term memory betul la minah ni. Takkan dah lupa kot orang yang tengking dia hari tu. "Anak Puan Syarifah." Makin laju jantung Fenn berdegup. 'Apa lagi mamat ni nak. Takkan kena lagi kot.'

"Apahal u call I ni. I busy lah." Fenn buat-buat malas nak layan. Tapi memang malas nak layan pun.

'Kalau tak kerana mama aku, tak hingin pun aku nak call kau la jembalang.' "I wanna see u."

"What? Nak jumpa I? nak buat apa?" Apahal mamat ni tiba-tiba nak jumpa aku pulak. Takkan tak puas lagi mengamuk hari tu. Ish, musykil aku.

"I just wanna say erm…." Aduh, susah betul nak mintak maaf. Malu ni.

"Say what? Cakap je lah kat sini. Tak payah jumpa." 'Ni yang aku malas ni. Cakap je lah. Banyak kerja ni woi.'

"Sorry!" Huh. Keluar jugak.

"Hah kang senang. Habis tu, nak jumpa buat apa lagi. Dah cakap kan. Ok lah. Banyak kerja ni. Bye."
Amboi, kerek betul la minah ni. Kau ingat aku hadap sangat nak jumpa dengan kau. Kalau ko taknak, aku lagi 10 kuasa 10 taknak tau. Eksyen betul.

"Wait. I've to see u. Ada benda lain yang nak kena bincang." Perkara ni mesti settle. Malas nak tangguh lagi. Lantak lah nak jadi apa pun jadilah.

"Apa lagi. Busy lah. Takde apa nak bincang lagi. Dah mintak maaf, dah lah. And for your information, I dah lupa benda-benda tu. Tak kuasa nak fikir lama-lama." Memang tak kuasa nak fikir. Buang karan je. Baik fikir kerja yang melambak kat depan ni.

"Woi, ko ingat aku nak sangat ke jumpa dengan ko. Kalau tak kerana mama aku, tak hingin aku nak mengadap muka kau tu tau tak. Macam lawa sangat." Hah ambik kau. Berlagak sangat dengan aku. Ko tak kenal lagi siapa DZ.

Fenn tergamam. 'Fuh, angin torpedo dah datang balik dah. Baru je tadi bukan main sopan cakap dengan aku. Main kasar ek. Siap ko hantu.'

"Habis tu, ko ingat aku nak sangat jumpa ko. Muka macam tempe basi. Ada hati nak kahwin dengan aku. Masuk kuali je la buat sambal. Tu pun kalau ada orang nak makan." Ambik kau sebijik.

'Oo..menjawab. nanti kau.' DZ dah cekak pinggang.

"Wei mangkuk. Ko dengar sini. Ko ingat aku ni hadap sangat nak menikah dengan minah senget macam ko ni ke? Kalau tak sebab mama aku yang pergi pinang ko tanpa persetujuan aku, sampai tujuh keturunan pun aku tak hingin nak nikah dengan ko la mangkuk. Usah kan nak nikah, nak jumpa pun aku tak ingin."

'Mangkuk ko panggil aku. Takpe.. ko panggil aku mangkuk kan..'

"Hoi mangkuk jamban, kalau tak puas hati sangat, datang jumpa aku. Kau ingat aku takut dengan tempe basi macam ko ni." Ah.. belasah je la.

"OK. Ko tunggu sampai aku datang. Kita tengok siapa yang mangkuk jamban." 'Minah kerek ni nak lawan dengan aku ye. Tunggu kau. Kita tengok siapa yang jadi sambal tempe nanti.'

'Alamak, nak jumpa betul-betul ke? Aku main-main je la mangkuk. Ish, biar benar mamat ni. Apa aku nak buat ni.'

"Hello…hello.." 'Alamak, dah putus la pulak. Alahai, mati aku macam ni. Kalau mamat tu betul-betul sekeping macam tempe tak pe la jugak. Ni badan macam Stone Cold. Betul-betul cari nahas aku ni.'
Fenn mundar-mandir dalam pejabatnya. Kerja yang melambak atas meja, dibiar. Masalah lagi besar dah datang. Nasib baik Dr. Amin kat sebelah cuti. Kalau tak, mesti orang tua tu dah dengar dia berperang tadi. Nak call Mek, nanti kacau pulak. Minah tu dah lah asyik busy memanjang sejak naik pangkat ni. Otaknya bercelaru. Dia mesti fikirkan sesuatu ni. Tengah dia memerah otak mencari idea, handphonenya berbunyi lagi.

"Alamak, dia call lagi. Alahai, macam mana ni."

"Hello, aku dah kat bawah ni. Kau turun sekarang."

"Erm… kan aku dah cakap tadi aku busy. Ko balik je lah." 'Boleh ke excuse macam tu? Dah lah aku yang mula-mula suruh dia datang.'

"Hai takkan Cik Fazreen kita ni dah mengaku kalah sebelum berjuang kot. Ke dah takut?"

"Tolong sikit ye. takut-takut ni tak main la. Hah, ok. Ko tunggu. Aku datang." 'Cabar aku ye. nanti ko. Pantang keturunan aku dicabar tau.'
Dari jauh Fenn sudah dapat melihat DZ yang berdiri di luar keretanya. Nasib baik tak ramai orang. Kalau ada student nampak, mati dia. Mesti kena gossip.
DZ memandang tajam ke arah Fenn. 'Badan keding macam ni ada hati nak lawan aku konon. Sekali aku jentik dah terbalik.'

"Apehal ko nak jumpa aku sangat ni?" Fenn buat-buat berani. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.

"Hai, belum lawan lagi takkan dah pucat kot." Sakat DZ. Saja bagi Fenn gelabah.
Fenn meraba-raba mukanya. "Mana ada pucat. Aku letihlah banyak kerja." Cover. Tapi memang dia takut tahap gaban pun.

"Ikut aku. Tak sesuai cakap kat sini. Nanti kalau student kau nampak, apa pulak kata mereka tengok lecturer dia orang yang 'macam sopan' ni bergaduh dengan lelaki depan mereka." Sengaja ditekan perkataan macam sopan untuk menyakitkan hati Fenn.

"Perlu ke? Alah, cakap je la kat sini." Tak kuasa aku nak keluar dengan kau.

"Ok. Aku no hal. Aku bimbang kau tu je. Nanti kalau orang nampak kau kena tarik ke, tumbuk ke, kau jugak yang malu." Fenn diam. 'Betul jugak. Tapi selamat ke kalau aku ikut mamat tak center ni? Selamat kot.'


Tasik di hadapan mereka ditenung tanpa perasaan. Sunyi sahaja tempat ni. Ye lah. Tengah hari macam ni siapa yang nak datang jogging. Orang gila je yang datang jogging waktu macam ni.

"Hah, cakap la cepat." 'Main-main pulak mamat ni. Tadi beria ajak datang. Sekarang dia pulak yang senyap.

"Apa kata kalau kita setuju je dengan plan mama aku?" DZ memulakan bicara. Agak lama juga dia memikirkan tentang perkara ni. Kalau ini yang boleh membuatkan mamanya bahagia.

"Apa ko cakap ni. Ko jangan nak main-mainlah. Aku tak suka. Dah lah. Kalau takde apa-apa yang penting, aku balik dulu." Kena sampuk dengan hantu tasik ke mamat sengal ni? Ish, tiba-tiba je. Seram.

"Aku serius. Kalau itu yang boleh membahagiakan mama, aku sanggup. Aku tak sanggup nak tengok mama terus sakit macam tu." DZ pasrah. Mamanya adalah segala-galanya. Tak sanggup lihat mamanya terluka lagi.

"Oh, kalau aku yang terseksa takpe lah. Maaflah, aku tak semulia kau. Aku tak setuju." 'Banyak la kau punya plan. Tadi bukan main lagi kau kutuk aku, sekarang ni nak suruh aku kahwin dengan kau pulak. Sorry sikit, kau silap orang la.'
DZ tenung mata Fenn tajam hingga membuatkan Fenn tidak selesa. 'Boleh tahan keras hati jugak minah ni. Takpe, aku akan buat sampai ko setuju.'

"Aku bagi ko masa untuk fikirkan pasal ni. Kita tak perlu kahwin. Just tunang je dulu. Lepas setahun, kita putus. Mungkin mama akan boleh terima kalau kita hanya putus tunang daripada bercerai." Terang DZ dengan ego.

Fenn senyum sinis. "Hebat betul idea ko ni. Tak sangka pulak aku tempe basi macam kau ni boleh terfikir idea yang maha hebat macam ni. Hotak kau. Kau ingat aku ni apa? Buat kontrak jadi tunang orang? Aku tak setuju. Kau cari je pompuan lain kat India Street tu ramai. Kalau ko tak jumpa, aku boleh tolong carikan. Dah, aku nak balik." Tak kuasa nak melayan orang tak betul macam ni. Makin dilayan, makin menjadi gilanya.

"Please.." lengan Fenn ditarik pantas. "Please… just for once. Mama hanya nak kat kau. Kalau tak, dah lama aku cari pompuan lain yang jauh lebih bagus dari kau." Masih lagi angkuh. Nak mintak tolong dengan orang pun sempat lagi berlagak.

'Tapi ni yang aku lemah ni. Please la jangan merayu macam ni. Adoi…tak boleh tak boleh. Ko kena kuat Fenn.' "NO!!"

"PLEASSSSEEE!!" DZ buat muka kesian. Anything for you mama.

'Ish mamat ni. Aku tendang terus masuk tasik kang, tak faham bahasa ke?'

"Taknak! Dah full stop." Tegas. Tak boleh bagi muka sangat.

"Ok, aku sanggup buat apa saja yang kau suruh asalkan kau setuju." Apahal dengan ko ni DZ. Ah.. kali ni je.

'Hm..menarik. kesian la pulak aku tengok mamat ni. Ish, jangan lembut hati Fenn. Tapi, kesian jugak kat auntie Pah.'

"Iiissshhh, kacau la kau ni. Kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke? Yelah, yelah. Nanti aku fikir. Tapi aku tak janji nak setuju dengan idea gila babas kau ni tau." DZ senyum. 'Yes, lakonan menjadi. Hehe..boleh ganti Rosyam Nor la macam ni.'

"Thanks..Jom aku belanja ko makan dulu. Pastu aku hantar ko balik." Umpan DZ.

"Takpe lah. Ko hantar je aku balik. Banyak lagi kerja aku kat ofis tu nak kena settle." 'Tak kuasa aku nak makan dengan kau. Tengok muka kau pun aku dah rasa nak muntah, ni kan pulak nak makan dengan kau. Please lah.'
posted by Penulisan2u @ 2:37 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Pasangan Degil 7
Nama Pena : Hayisa Neerza

"Well Mr Zafryl,i really like your concept,it's adorable. En Wong Joon memuji hasil rekaan yang telah dibentangkan sebentar tadi.

"Sorry, Mr Joon it's not mine,but my son." En Zafryl menepuk bahu Zaril yang sedang berdiri tegak macam patung di sebelahnya.Zaril sudah kembang mendengar pujian yang tidak disangka-sangka dari mulut papanya.Kemudian mereka berjalan menghantar wakil dari Korea itu keluar dari bilik mesyuarat.

"Zaril, i'm so proud of you." En Zafryl memandang anaknya dengan penuh bangga." Small matter la pa." Zaril membalas bersahaja. Kemudian En Zafryl berjalan menuju ke biliknya.Zaril terus berjalan masuk ke pejabatnya dengan hati yang kembang sedari tadi lagi.

Zaril mehempaskan punggungnya dia atas kerusi.Bibirnya tidak lekang dengan senyuman yang sentiasa terukir.

"Zaril..your design will be in Korea!!!" Zaril menjerit sekuat hati tanpa dia sedari yang dia sedang terpekik terlolong di dalam biliknya.

"En Zaril...anything problem. I heard someone screaming!" Adriana mencari arah suara yang menjerit itu.Setiap pelusuk bilik dia cari.

"Eh,dah la tu..kau tak korek telinga tu, mana ada orang menjerit. Dah pergi sambung kerja." merah padam muka Zaril pabila Adriana menerjah masuk biliknya tadi.

"Owh, ye ke..sorry lah boss! hehe" Adriana terus keluar dari bilik Zaril.Sebaik sahaja kelibat Adriana hilang dari pandangan telefon bimbit berbunyi.

"Hello" Zaril memulakan dahaulu. " Hello, woi kau ni asal garang sangat ni." pemanggil tersebut terus menerjah Zaril.

" Aaa... ni sape ek?" Zaril menggaru kepalanya.

"Aku dah agak dah mesti kau tak ingat...aku Danial la pandai!" Danial mengeluh.

"Owh.........patutlah macam kenal je suara. Wei kau apa khabar lama tak dengar cerita?" terus senyuman terukir di bibirnya.

"Baik,aku dah ada kat Malaysia dah ni." " La..bila kau balik,asal tak g tau aku?" Zaril tidak puas hati.

"Dah seminggu dah aku balik ni. Tapi hari ini baru ada seruan untuk aku call kau" Danial ketawa kecil.

"Hampehnya kawan." Danial hanya tergelak.

"Wei, Ril ko ada keluar dengan leeya kan. Korang pergi klcc." "A'ah betul la camne kau tahu ni?" Zaril bertanya.

" For your information..aku yang langgar leeya masa tu. Aku tak sengaja sebenarnya,sebab lama sangat aku pandang leeya sampai tak sedar hehe." Danial hanya tersengih. Tiba-tiba hati Zaril terpukul mendengar bicara Danial.

"Ha..kau pandang leeya lama,apa maksud kau?" Hati Zaril berdebar-debar.

"Actually kan since kite kat U tu aku dah suka kt leeya tau. Lepas tu aku g overseas x sempat nak luahkan perasaan aku ni." Danial berterus terang pada kawan baiknya ini. Zaril pula sudah berpeluh ditempatnya.

"Betul ke Danial...perempuan macam leeya tu kau suka,Zaril ketawa." dia mengelap dahinya.

" Hish kau ni,leeya tu ok pe..bagi aku dia tak teruk...cantik apa dia.Cuma perangai dia tu la x betul sikit macam kau haha." Danial ketawa, hatinya berasa lapang tika ini.

"Ril,kau keluar dengan leeya kat klcc korang x de pape kan...ya lah setahu aku korang ni asyik x betul je..tiba-tiba keluar sama x de papekan?" Danial ingin memastikan perasaan Zaril.Zaril menelan air liurnya.

"Mana ade, aku dengan leeya tak de pape la.Kitowang keluar pon sebab terserempak kat situ.Kitorang x de pape la." Zaril tersenyum kecil.

"Hrmm ok la,aku nak g dulu k bye." Danial mematikan telefonnya. Tiba-tiba sahaja Zaril menjadi resah.Ril ko ni kenapa relax la...biar la Danial suka kt si leeya tu.Kau bukan pernah buat confession pon yang kau ada perasaan kat leeya tu.Relax la. Zaril menarik nafasnya.Entah kenapa rasa takut yang menyelubungi dirinya tika ini tidak hilang-hilang.
posted by Penulisan2u @ 2:31 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Siapa Amira?? 12
Nama Pena : Putri Lily

MALAMNYA ketika Danial berura-ura mahu menghubungi Putrisya, telefon bimbitnya terlebih dahulu berdering. Ada nama Alaudin tertera di skrin kecil itu. Danial mengecilkan mata. Kehairanan.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam... Dani, you there?"

"Yap! What up?" Jawap Danial bersahaja. Cuba berlaku seolah-olah tidak ada apa-apa.

"Dani, aku nak ucapkan terima kasih kerana bantuan kau siang tadi." Ucap Alaudin lemah.

Dia tidak ada di pejabat sewaktu kejadian itu. Dia terperanjat apabila mendapat tahu isterinya datang menyerang Rahayu. Rahayu yang menceritakan semua itu kepadanya.

"Apa bantuan yang aku dah beri pada kau? Aku rasa aku cuma bantu Ayu aje tadi." Balas Danial. Nadanya tidak begitu ramah. Danial sempat membayangkan wajah masam isteri Alaudin. Timbul rasa kasihannya pada wanita itu kerana dicurangi oleh suami sendiri.

"Tu aku tau... tapi sekurang-kurangnya dengan pengakuan kau macam tu depan isteri aku, dia dah mula keliru. Selama ni dia cuma dengar cakap-cakap orang tentang perhubungan aku dengan Ayu. Bila dia dapat tau kau adalah tunang Ayu, dia rasa bersalah kerana menuduh Ayu tanpa cukup bukti..."

"Din, wait... wait... wait...!" pintas Danial "Aku tak nak tau apa-apa pun pasal kalian. Aku tak nak bersubahat lagi. Sepatutnya tadi aku tak perlu buat apa-apa untuk lepaskan Ayu. Biar orang macam kau dan Ayu ni tau bahawa manusia ni ada hati dan perasaan. Bukan macam binatang! Sesenangnya kau berdua nak main perasaan orang. Kau patut tau, dan kalau boleh sampaikan pada Ayu, yang sebenarnya aku membantu tadi bukan untuk galakkan kau orang, tapi apa yang aku lakukan tadi kerana ingin membersihkan suasana pejabat kita dari dikotori oleh perkara remeh macam tu." Danial meluahkan semua rasa kurang senangnya terhadap kelakuan rakan kerjanya selama ini.

Mendengar tiada balasan, Danial menyambung lagi.

"Aku bukan iri Ayu pilih kau dari aku, Din. Malah aku bersyukur terlepas dari sebarang ikatan dengan perempuan macam tu. Tapi... apa lagi yang kau pandang dari Ayu? Sedangkan kau sendiri tau macammana perangainya. Isteri kau tu... aku tengok tak kurang satu apa pun."

"Ya aku tau, Dani. Tapi kita sama-sama lelaki. Apa yang kau pernah rasa bila berdepan dengan Ayu, begitu juga yang aku rasa... walaupun aku dah beristeri. Aku bukan malaikat, Dani. Kau belum beristeri. Jadi kau belum tau orang macam aku lah yang paling kuat dugaannya."

"Aku memang tak berani beri jaminan. Tapi kalau aku rasa iman ku belum cukup kuat untuk berdepan dengan godaan macam tu, aku tak kan berani beristeri dulu. Dan kalau terjadi juga dalam sejarah hidup aku, berani juga aku menanggungnya. Bukan pengecut macam kau! Sebagai kawan aku cuma nak ingatkan kau. Terpulang kau nak ikut ke tak? Kalau dah terlanjur kau sukakan Ayu, kenapa nak sembunyikan lagi? Kalau mampu... ambil je dia jadi isteri yang sah. Tak taulah kalau Ayu tu setakat simpanan waktu kau terdesak aje. Kalau betullah... hmm berapa ramai lagi perasaan orang yang kau nak mainkan?"

Seperti satu kelegaan yang Danial rasakan setelah meluahkan segala yang terbuku di hatinya dengan perangai kawan kerjanya itu. Dia berharap Alaudin dapat menerima nasihatnya dan membuat satu keputusan yang betul-betul berani.

* * * * *

BARU masuk lima muka surat yang ditaip, Putrisya sudah kebuntuan idea. Padahal siang tadi meluah-luah idea yang datang tiba-tiba. Hanya sahaja dia tidak sempat nak save kan dalam bentuk lakaran ringkas. Semuanya hanya dibiarkan dalam ingatan.

Putrisya bersandar menghilangkan lenguh pada bahunya. Dia mencapai mug air dan meneguk sekadar membasahkan tekak. Di ketika itu telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.

Rec> Assalamualaikum.. Putri.
Boleh Dani cal?

Mesej dari Danial rupanya. Putrisya menutup matanya untuk melepas keresahan. Kasihan pula bila Danial tetap mencuba menghubunginya semenjak selepas pertemuan mereka.

Belum sempat Putrisya berfikir apa untuk membalas mesej itu, nama Danial sudah tertera di skrin kecil telefonnya, menandakan Danial sudah pun menghubunginya. Kali ini hati Putrisya lembut sedikit dan mampu menjawap panggilan itu.

"Wa’alaikumsalam, Dani.." Menjawap salam yang belum sempat dijawapnya melalui mesej tadi.

"Alhamdulillah... akhirnya." Keluhan lega dapat didengar dari seberang sana.

Putrisya juga mengeluh kerana sedar betapa dia telah berlaku tidak sepatutnya, meninggalkan Danial begitu sahaja di hari pertemuan. Kemudian membiarkan pula panggilan Danial tidak berjawap. Sebenarnya dia bukan ingin lari dari kebenaran. Tetapi dia keliru dengan kenyataan.

Setelah sama-sama berdiam, serentak pula mereka bersuara dengan saling memanggil nama masing-masing. Kedua-duanya ketawa dengan kebetulan itu.

"Okey ladies 1st." Danial mengalah.

Putrisya tersenyum. Suara Danial begitu syahdu pada pendengarannya.

"Putri nak minta maaf sebab tinggalkan Dani macam tu aje. Dani tentu terkejut dan hairan, kan?"

"Hmm... tentu saja Dani hairan. Tapi Dani tau satu hari nanti tentu Putri akan terangkan, kenapa Putri macam tu." Balas Danial. Tenang sahaja suaranya. Supaya Putrisya tidak terus simpan rasa bersalah.

Putrisya tidak menjawap. Kata-kata Danial seakan memberitahunya bahawa Danial masih lagi mengharap keterangan darinya tentang persoalan Amira.

"Dani masih nak tau pasal Amira?" Putrisya bertanya lemah.

"Siapa yang tak tertanya-tanya jika tiba-tiba dapat mesej dari wanita misteri macam tu, Putri? Datangnya tiba-tiba dan perginya... Berapa kali Dani try call, tapi linenya dah diputuskan. Pelikkan?"

"Kalau dah Dani tak suka dengan kemunculannya, kenapa kehilangannya ditanya pula?" Putrisya cuba menduga.

"Kalau takda kena mengena dengan sesiapa, Dani boleh lupakan saja. Tapi bila dia sendiri mengaku yang dia kawan Putri, salah ke Dani bertanya tentang dia pada Putri?" Danial menjawap sejujurnya.

Putrisya mengeluh perlahan. Tidak dapat memahami apa sebenarnya yang dia rasa saat itu. Kecewa atau cemburu?

"Jadi setelah kian lama menghilang, Dani call Putri semula, semata-mata untuk cari tahu siapa Amira aje?" Terluah sudah kemusykilan di hati. Tanpa Putrisya sendiri menyedari.

Lama Danial berdiam. Mungkin terpana dengan sindiran Putrisya. Kemudian dia menjawap lambat-lambat.

"Putri, sebelum kemunculan Amira, memang dah lama Dani cuba nak hubungi Putri. Tapi.. Dani sedar Dani terlalu ego. Kebetulan kata Amira, Dani boleh bertanya tentang dia pada Putri. Jadi..." Sengaja Danial membiarkan kata-katanya tergantung. Seakan percaya Putrisya tahu selanjutnya.

Teringat Putrisya akan salah satu mesej Amira pada Danial.

‘1 hari nanti bila u rasa rindu nak baca msg gila dari I,
u bertanyalah pada Putri.’

"Dani rindukan Amira ke?" Tanya Putrisya tiba-tiba.

Putrisya menanti jawapan penuh debaran. Kedengaran Danial menjawap dengan suara yang seakan berbisik.

"Dani lebih rindukan Putri... Rindu masa kita bersama dulu."

Terasa darah panas menyerbu naik ke wajah Putrisya. Andai ada seseorang di hadapannya, sudah tentu dapat melihat wajahnya yang kemerah-merahan kerana malu. Tapi Putrisya cepat tersedar dari godaan.

Tahu apa yang sedang dirasakan Putrisya, Danial menyambung cakapnya lagi.

"Maaflah kalau Dani tersalah sangka. Tapi dari awal Dani dapat jangkakan ada persamaan antara Amira dan... Putri. Berterus teranglah Putri. Siapa sebenarnya Amira? Apa kaitannya kalian berdua? Atau Putri lebih suka kalau Dani menuduh bahawa sebenarnya Amira tu adalah Putri sendiri? Putri menyamar jadi Amira hanya kerana ingin berhubung semula dengan Dani?"

Kalau tadi wajahnya kemerahan menahan malu, tapi kini wajah Putrisya merah menahan marah. Dia tidak menyangka sejauh itu sangkaan Danial tentang dirinya. Namun Putrisya sedar itu hanyalah jangkaan Danial. Benar atau tidaknya hanya dia sahaja yang boleh memberi jawapan. Sebab itu dia masih mampu bersuara dengan tenang.

"Beginilah Dani... Putri sebenarnya tak mahu ambil tahu tentang Amira kerana memang Putri tak pernah ada kawan bernama Amira..."

Danial mengeluh berat. Persoalannya masih belum terjawap. Tetapi dia masih mendengar kata biacara Putrisya seterusnya.

"Dah pengirim mesej tu sendiri mengaku yang nama dia bukan Amira. Jadi bagaimana Putri nak mengenali siapa sebenarnya dia yang mengaku kawan Putri?"

Danial mula serius mendengar. Kenapa dia boleh lupa tentang itu. Salahnya sendiri tidak bertanya siapa nama sebenar wanita itu.

"Tapi bila Dani tuduh Putri yang menyamar kerana tujuan itu, berat sekali rasanya nak memikul..."

"Maafkan Dani sekali lagi... Dani hanya hairan kenapa dia boleh tahu tentang Putri jika Putri tak mengenalinya?" Danial semakin kebingungan.

Putrisya menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan dengan perlahan sebelum menjawap.

"Putri sendiri hairan... tapi dari cara-cara dia bercerita keadaan dirinya, tentang kawan yang dia maksudkan... tentang... arwah kekasihnya..." Putrisya terhenti di situ.

Danial menanti dan memasang telinga. Kerana dirasakan suara Putrisya semakin perlahan. Lama menanti tetapi Putrisya masih berdiam diri.

"Putri..," panggil Danial. "Dari situ apakah Putri dapat mengenalinya? Kalau betul, bawalah Dani jumpa dengan dia. Sebab Dani nak pastikan betul ke dia wujud?"

Putrisya masih mendiamkan diri. Tidak punya daya untuk menjawap. Hatinya dipagut sayu. Apalagi mendengar permintaan Danial itu. Rasa hiba yang tidak dapat ditahan membuat sedunya sampai ke pendengaran Danial di hujung talian.

"Kenapa Putri mesti menangis? Hari tu pun Putri nangis bila habis baca mesej-mesej dia? Putri tau tak, cara Putri ni buat Dani semakin nak tau." Pujukan dan desakan termasuk sekali dalam kata Danial.

Setelah mengucap barulah Putrisya dapat mengawal diri.

"Betul Dani nak jumpa dengan dia?" Tanya Putrisya. Masih dengan sedu sedannya.

"Dani tak perlu susah payah bertanya macam ni, kalau bukan itu tujuan Dani."

Putrisya mengesat airmatanya. Semakin dia cuba menghapuskan, semakin deras mengalir.

"Baiklah... kebetulan esok hari cuti... kita pergi jumpa dia ya?" Akhirnya Putrisya membuat keputusan.

Danial tersenyum kelegaan. Segala persoalan akan terjawap.

* * * * *

p/s ok.. sampai jumpa di lain sambungan lagi utk mengetahui huraiannya.. :)

~Putri Lily~
posted by Penulisan2u @ 2:29 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : My sweet 19 boy 8
Nama Pena : wirna ibtiraz

"U nak bawak I jumpa siapa?"
"Jom la, dia kawan saya. Jom."
Dari luar aku dah dengar suara Darius dengan Syafnie. Ada orang buka pintu. Darius masuk dulu. Lepas tu baru Syafnie masuk.
"Hai, Min. Mak cik."
"Yus. Ermm…mak cik, ni kawan sekelas saya. Satu kelas dengan Wafi jugak. Nama dia Darius."
"Apa khabar, mak cik?" Darius bersalam. Aku tengok Syafnie, biasa je… Takde respon pun.
"Darius…?" Bila mak cik Kalsom pandang je Syafnie…
"Ermm, mak cik, ini Syafnie."
Pada saat itu, wajah gadis yang berdiri kat sebelah Darius tu, berubah serta merta. Aku tak tau macam mana nak cerita. Tapi, ini la antara dialog-dialog yang dapat aku ingat.

"Syafnie?" Mak cik Kalsom macam rilek je.
"Mak cik…?"
"Kamu…"
"Kenapa, mak cik?" Darius pulak mencelah. Aku? Baik aku diam je dulu.
"Kamu dah tau keadaan Wafi?" Mak cik Kalsom tengok kat Wafi. "Kamu kenal dia, Yasmin?"
"Ar…ye. Dia kawan Darius."
"Mak cik minta maaf, Syafnie. Majlis tu terpaksa ditangguh dulu. Keadaan Wafi sekarang tak mengizinkan."
"Majlis? Majlis apa?" Darius pulak tanya. Saja, buat-buat terkejut. Atau…dia memang terkejut? Dia tak tau lagi majlis apa?
"Majlis nikah. Syafnie dah hamil. Majlis terpaksa dijalankan jugak. Syafnie, maafkan mak cik. Majlis tu tak seberapa. Wafi… Mak cik minta maaf sangat-sangat, Syafnie." Kenapa dengan Darius ni? Kalau ye pun berpura-pura terkejut, tak payah la ketara sangat.
"Saya tak faham. Majlis nikah? Syafnie…?" Syafnie dah terdiam. Tau pun takut.
"Saya…saya…" Syafnie dengan muka bersalah dia. Eh, terus lari keluar?
"Syafnie!" Darius pulak kejar. Biar la…
"Mak cik…" Aku pegang tangan mak cik Kalsom. Sejuk sangat. Mesti dia takut berdepan dengan Syafnie tadi. Tangan aku pun…sejuk jugak. "Mak cik nak tau siapa Syafnie sebenarnya?"
"Syafnie? Dia kawan Wafi. Tapi, entah macam mana…"
"Mak cik, saya dah tau semuanya. Wafi dah bagitau saya."
"Kamu pun dah tau?"
"Ye. Dia dah cerita pada saya pasal Syafnie dan majlis tu."
"Itu la budak perempuan tu."
"Mak cik, saya ada sesuatu nak bagitau pada mak cik."
"Bagitau mak cik? Apa?"

So, dengan lega hatinya, aku menceritakan segala-galanya pada mak cik Kalsom. Dari senyuman mak cik Kalsom, aku nampak cahaya kegembiraan yang tak terhingga. Memang tak sangka. Tekaan aku, tepat sekali. Tentu Wafi pun dah boleh rasa lega. Masalah dia dah selesai. Dia tak perlu berhenti sekolah. Dan tak payah kahwin… Macam terlalu cepat je semua tu berlaku. Tapi takkan la aku harap ambil masa yang lama pulak. Mesti la nak cepat berlalu. Biar semua ni settle dengan segera. Aku pun boleh menarik nafas lega. Dan, dah tak payah risau kalau perkara ni heboh kat sekolah. Sebab, khabar angin tu tak benar.
Yang aku pelik sekarang, lepas Darius kejar Syafnie yang lari keluar dari bilik Wafi hari tu, terus aku tak jumpa dia. Apa agaknya yang berlaku antara diorang sekarang? Bila difikirkan balik, kesian jugak kat Darius. Dia macam tak tau apa-apa. Macam, dia pulak yang lebih kesian daripada Wafi. Tapi, nak buat macam mana? Dia dengan Syafnie kan dah kenal family masing-masing. Mesti takkan kisah punya la… Bagi aku, apa yang penting sekarang adalah bagaimana nak sembuhkan Wafi. Dah lama Wafi tak sedarkan diri. ‘Jangan la tidur lama-lama, Fi. Semua orang rindukan kau.’ Tentu keluarga Wafi rasa lega sekarang. Masalah yang paling besar dah settle. Aku yakin, memang dah settle. Harap-harap Wafi akan sedar secepat mungkin.

"Betul, abah. Budak yang nama Syafnie tu, memang orang yang sama."
"Ye?"
"Erm. Tapi, macam mana abah boleh kata, perkara macam ni memang biasa berlaku? Macam mana abah boleh teka, yang tu adalah Syafnie yang sama?"
"Nak tau?" Memang la nak tau. Kalau tak, takkan aku tanya. "Abah ada sorang kawan dulu. Macam tu la orangnya. Anak tunggal seorang hartawan." Wah, macam cerita Tiga Abdul pulak.
"Laki ke perempuan, bah?"
"Perempuan…"
"A…girlfriend abah yang dulu ek…?" Mama dah menjeling. Jealous la tu…
"Bukan… Dia classmate abah masa abah belajar kat kolej dulu."
"Cantik tak, bah?" Zarith ni pandai la mengumpan abah. Mama mesti bengang je.
"Ehem…boleh tahan la…" Mama buat tak dengar je. "Tapi, mama lagi cantik."
"Seksi?"
"Seksi…seksi la jugak…"
"Hahaha…mesti abah selalu perhatikan dia…"
"Apa la Zarith ni! Ha, lepas tu, bah?"
"Kawan baik abah namanya Hakim. Hakim ni budak pandai, tapi pemalas. Suka keluar berjoli. Sekali dia kenal dengan awek ni. Mula-mula memang abah ingat diorang akan terus melekat. Sebab, Hakim ni memang dah sayang sangat dengan awek dia tu. Sekali awek dia tu main kayu tiga. Habis la Hakim. Mana nak letak muka? Dah la satu kolej dah tau pasal diorang pernah…ye la, pernah…" Ermm…aku faham.
"Habis tu? Macam mana dengan dia?"
"Terus berhenti kolej, sambung study kat tempat lain." Wah! Dahsyat jugak…
"Awek dia, bah?"
"Awek dia terus la belajar kat situ lagi. Dia banyak duit. Boleh buat apa saja."
"Kawan abah pulak? Dia kat mana sekarang?"
"Entahlah. Lepas pindah tempat belajar, terus tak contact. Tak tau la apa khabar dia sekarang."
"Dahsyat ye, bah. Itu dah terbuat. Nasib baik la Wafi ni tak…" Malu la nak sebut. Zarith pun faham.
"Itu la mama kata, masa belajar, belajar. Jangan nak bercinta…" Tiba-tiba pulak mama mencelah.
"Tapi, abang Firul, ma?"
"Abang Firul tu…ada la tu, nak kenakan mama. Dah, abang Firul kamu tu, kes special."
"Special yang macam mana tu, ma?"
"Ar…sebab mama dah kenal dengan kak Hafisya kan? Kan, ma, kan…"
"Ye…mama kenal. Tapi, adab antara lelaki dengan perempuan tetap kena jaga. Jangan melebihi batas. Nak bercinta, bukan tak boleh. Tapi, kena la pandai berfikir. Benda yang belum berlaku, kita tak tau. Yang penting, kena pandai mengelak. Satu je, kalau ada masalah, jangan nak simpan-simpan, cakap je… Apa pun, rahsia takkan terus kekal menjadi rahsia. Lama-lama orang tetap akan tau."
"Wah…mama macam ustazah yang selalu bagi tazkirah kat t.v. tu la, ma…" Bukan selalu nak sakat mama macam ni. "Tapi, mama jangan risau! Anak-anak mama ni, takkan buat perkara-perkara macam tu. Bukan setakat salah disisi agama, menambahkan dosa pulak tu…"
"Betul tu, ma."
"Hehe…INSYAALLAH…"
"Macam tu, abah pun nak bagi tazkirah jugak la…"
"Abah…"

Cikgu Fara menarik nafas lega. Muka dia dah nampak berseri semula. Macam sebelum-sebelum ni. ‘Macam tu la, cikgu. Baru la cun…’ Aku, pagi-pagi lagi dah pergi jumpa cikgu Fara. Nak ceritakan pasal Wafi. Masalah Wafi dah settle.
"Bagus la kalau hal ni dah selesai. Ermm…Darius macam mana?" Ha, Darius?
"Saya tak pasti la, cikgu. Lepas Syafnie keluar dari situ, Darius keluar jugak. Lepas tu saya dah tak jumpa dia."
"Ermm…harap-harap dia pun ok jugak la ye." ‘Harap-harap la…’ "Jadi, budak perempuan tu memang dah terperangkap la ni? Dia tak cakap apa-apa?"
"Dia pun dah tak tau nak cakap apa. Nampak je mak Wafi, muka dia terus merah padam. Terus lari keluar. Agaknya, dia rasa malu kot. Bila tengok Wafi, mak dia, ada Darius lagi… Tak tau la macam mana dengan diorang sekarang."
"Cikgu harap, perkara macam ni takkan berlaku lagi. Cikgu pun pelik, macam mana la Wafi boleh terjebak dalam hal macam tu. Nasib baik la hal ni boleh selesai kat sini je. Kalau lebih serius? Cikgu tak tau la macam mana nak backing korang ni lagi." Kesian cikgu Fara. Tak pasal-pasal dia pulak yang risau. Itu la lumrah jadi cikgu. Cikgu mana yang tak risaukan anak murid sendiri? Tambah-tambah cikgu Fara ni…baik. Sayang cikgu…!

"Bagusnya! Yus pulak macam mana?" Hana pun, kena la tau…
"Entah. Aku tak sempat nak berbual dengan dia lagi."
"Tak kisah la, janji masalah Wafi dah settle."
"Tu la, Ijae. Aku pun tak sangka, memang betul dia orang yang sama. Aku sendiri pun masih terkejut sebenarnya."
"Kenapa? Kau tak harap dia orang yang sama?"
"Bukan macam tu. Just, aku kesiankan Yus. Mesti dia rasa malu dengan kita sekarang. Mati-mati dia pertahankan Syafnie hari tu. Lastly..."
"Macam mana reaksi Yus?"
"Dia sendiri pun terkejut jugak. Tak tau la, Na. Aku takut nak tegur dia sekarang. Biar la dia tegur kita dulu."
"Sejak bila kau takutkan Yus ni? Selalu, kau dengan dia, macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa, mesti nak bergaduh je…"
"Itu lain, Ijae. Ini melibatkan hal yang serius."
"Apa yang korang bualkan ni? Oh…sampai hati tak ajak aku…" ‘Darius?’ Dia ni, suka muncul tiba-tiba.
"Yus…kau dengan Syafnie, macam mana?" Faizal berani tanya. Aku…ermm… Darius senyum. Tapi tak nampak manis pun…
"Korang nak tau? Mula-mula, aku sendiri macam tak percaya. Aku paksa Syafnie cakap jugak. Akhirnya, dia berterus terang. Baru aku faham."
"So, sekarang ni, kau nak buat apa?"
"Buat apa? Apa yang aku boleh buat? Memang dia orangnya. Hal Wafi pun dah lepas. Lega la sekarang." Darius pandang aku. ‘Kenapa pandang aku pulak?’
"Jadi, pertunangan kau dengan dia…macam mana?"
"Teruskan." ‘Teruskan?’ Nak pulak dia teruskan… "Nak buat macam mana? Dah lama terikat. Takkan nak putus macam tu je…" Sekali lagi dia pandang aku. "Lagipun, aku dah janji akan rahsiakan hal ni daripada mak ayah dia. Dengan syarat, dia takkan buat perkara macam ni lagi. Jadi, teruskan la." Semudah tu?
"Kau maafkan dia?" Darius angguk je. "Aku rasa elok jugak macam tu. Takde la dia nak buat yang bukan-bukan lagi."
Rahsiakan dari mak ayah dia? Habis, yang jumpa dengan ustaz Nazim hari tu, siapa? Bukan mak ayah dia ke? Dah sampai ke tahap nak buat majlis tu. Takkan mak ayah dia tak tau yang dia akan kahwin dengan Wafi? Ini lagi satu pelik. Banyak cerita la perempuan ni. Misteri. Boleh pulak dia buat kerja-kerja macam ni. Dah takde benda lain yang lebih berfaedah agaknya.
"Min, cikgu Fara dah tau?"
"Erm."
"Cikgu Fara? Guru kelas korang kan?"
"A’ah…dia ada dengar cite pasal Wafi. Dia panggil aku hari tu. Sebab nak tau lagi detail apa masalah Wafi. Lepas tu, dia minta aku siasat. Sebab tu la sampai ke shopping complex hari tu…"
"Oh…yang kau terhendap-hendap macam spy james bond tu ek?"
"Ye…!"
"Oh…"
"Lepas tu, tiba-tiba pulak mangkuk ni muncul. Kacau plan aku je…"
"Bukan kacau plan kau, kacau daun…" Faizal usik Darius. Kacau daun? Boleh la dikatakan macam tu. Ye la, kan orang tengah nak dating masa tu… "Tak gitu, Yus…"
"Ye la tu…"
"Eh…korang ni, macam-macam cite dah…aku, macam mana? Satu apa pun tak faham ni…" Laa…kesian Hana. Dah ketinggalan.
"Takpe, Na. Lain kali aku ajak kau jadi spy sekali…ye…!"
Mata Hana tak lari daripada Faizal. Lepas cakap, mesti dia nak pandang Faizal. ‘Aku tau, Na. Kau still sukakan dia. Cuma kau je yang tak nak cakap.’ Hana, Hana… Apa salahnya kalau berterus terang? Tak la asyik simpan semuanya dalam hati je. Aku rasa, sampai masanya nanti, Faizal pasti akan tau perasaan sebenar Hana pada dia. Kelakar jugak diorang ni kadang-kadang. Hana, simpan perasaan dalam hati je. Faizal pulak, macam tak faham-faham. Apa nak jadi dengan dua orang kawan aku ni… Daripada Form 1, sampai la sekarang, tak pernah selesai. Yang si Faizal ni, tak faham-faham lagi ke hadiah yang Hana bagi tiap-tiap tahun tu? Kalau bukan sebab suka, tak mungkin Hana sanggup pergi ke dalam bandar yang jauh tu, semata-mata nak beli hadiah untuk hari jadi dia. Aku rasa, dah berbelas hadiah yang Faizal dapat daripada Hana ni. Entah la, Na. Pedih macam mana pun, kau yang tanggung. Aku dah suruh kau terus terang, kau tak nak. Kalau macam ni la gayanya, sampai bila-bila pun Faizal takkan perasan. Tadi masa tengah rancak berbual, tiba-tiba Faizal dapat panggilan. Mesti Ainul tu. Takde orang lain dah. Kalau dah Faizal pergi berdiri jauh-jauh semata-mata nak jawab call, memang sah dah. Aku tengok Hana…haihh…
"Lain kali? Kau nak masalah macam ni timbul lagi?"
"Takkan la…dah, cukup la sekali ni je ada masalah macam ni. Aku dah tak larat nak settlekan." Betul ni…letih la nak selesaikan masalah-masalah macam ni. Tapi, takkan tak nak tolong kawan-kawan sendiri? "Ha! Korang jangan nak buat hal yang macam ni pulak. Penat aku tau!" Darius just pandang je. Entah la. Dia macam menyimpan sesuatu. Aku tak dapat teka apa dia. Biasanya dia tak macam ni. Takkan sebab hal Syafnie kot. Bukannya tunang dia tu pregnant betul-betul pun. Nak main-mainkan orang je.

~Mslh tu dh settle.Aku hrp kau x mrhkan aku lg.~

Darius hantar mesej kat aku malam tu. ‘Marah?’ Berapa kali aku nak cakap dengan dia ni? Kan aku dah kata, aku tak marah dia…

~X…aku dh x mrh.lg pn,ak x prnh mrh kau~

~Yeke?btl ke kau x prnh mrh aku?~

‘Aduh…’ Tak faham-faham la dia ni…

~Ye,jgn rsau…k.dh la,aku nk tdur dlu.nite~

‘Mana Darius beli hadiah ni?’ Merata kedai aku cari, tapi tak jumpa. Ada kedai yang jual pun, tak sama dengan yang ni. Tak sama langsung ukiran dia dengan yang ni. ‘Kedai mana…?’

"Darius tak cakap apa-apa ke?" Hanim ni, tak faham bahasa ke? Berapa kali aku nak bagitau, aku tak tau.
"Sorry la, Hanim. Saya betul-betul tak tau. Apa kata, awak tanya dia sendiri? Ye?"
"Takkan la saya nak tanya dia sendiri pulak? Nanti dia ingat yang saya ni terhegeh-hegeh sangat." ‘Ermm…memang nampak macam tu pun…’ "Takde ke? Takkan takde langsung?"
"Betul… Nanti la, saya suruh dia balas surat awak tu ye. Ok?" Penat aku macam ni!

"Yus, kau tak balas lagi ke surat si Hanim tu? Berapa kali la aku nak kena jawab soalan dia lagi ni? Tolong la…balas la cepat…"
"Kan aku suruh kau balaskan. Selagi kau tak balas, selagi tu kau akan terus disoal, ditanya…"
"Tak boleh ke kalau kau tak susahkan aku? Aku dah bosan la. Dia asyik datang cari aku. Semata-mata nak tanya pasal surat kau. Hah!"
"Meh, meh…duduk sini ha…" Hangin je… "Kalau kau kawan aku, tolong la aku…ye?" Ada hati lagi nak pujuk aku tu! "Tak pun, kita tulis sama-sama. Kau buat ayat untuk aku, aku tulis. Ok? Amacam?" ‘Komplot pulak?’ Memandangkan aku dah fade up dan give up, terpaksa la tolong mamat ni tulis surat yang…menyampahkan tu! Entah apa-apa ayat je yang aku hentam. Biar la…bukan surat dari aku. Atas nama Darius!

‘Ke hadapan cik Hanim yang dihormati…’

Boleh ke ayat macam tu?

‘…Pertama sekali, saya menghargai niat baik cik Hanim nak berkawan dengan saya. Ya, saya sudi untuk berkawan dengan cik Hanim. Tapi, kita hanya boleh setakat berkawan saja. Buat pengetahuan cik Hanim, saya sebenarnya sudah memiliki insan yang istimewa dihati saya. Saya benar-benar minta maaf. Maafkan saya andai saya menyebabkan cik Hanim tersalah faham terhadap saya…’
Memang betul-betul skema. Skema…
‘…Yang menulis, Darius.’

"Hahaha…"
"Apasal kau gelak?" Nak mintak tolong aku, tapi gelakkan aku. Tak bersyukur betul!
"Macam ayat-ayat cinta la…"
"Eh, aku tolong kau ni pun dah cukup baik tau! Dah, lepas ni kalau ada lagi surat,ha! Kau tulis la sendiri!"
"Jangan la merajuk… Aku gurau je…" Macam ni, baik aku merajuk lama-lama. "Hahaha…kelakar la…" Baik aku blah! "Eh, Min. Jangan la marah… Ok, ok, aku dah tak gelak dah. Terima kasih sebab tolong aku. Kalau aku, jangan harap la nak boleh buat ayat-ayat yang macam ni. Terima kasih tau! Ermm, pandai jugak kau buat ayat macam ni. Mana kau belajar? Entah-entah, kau dah ada pengalaman tak…"
"Mana ada…kau jangan pandai-pandai nak buat cite. Aku baling kau dengan kasut nanti."
"Betul ni? Entah-entah, betul tak…?"
"Eh! Sini kau! Sini…!" Menguji kesabaran je… Baling kasut betul-betul, baru padan muka!
Tau penat! Nak lari konon… "Ha, kenapa? Dah menyerah? Nak rasa kasut aku ni?"
"Min, dah lama aku tak tengok kau senyum macam ni. Kau marah-marah aku macam ni…aku rindu tau! Hah…syukur la…Yasmin yang asal dah kembali…" Ye ke? Yasmin yang asal dah kembali? Aku dah berubah ke sebelum ni?
"Bila masa pulak aku dah jadi Yasmin yang lain?"
"Bukan Yasmin yang lain. Entah…mood kau semacam je. Macam marah sangat kat aku. Baru hari ni aku nampak kau bersemangat. Nak kerjakan aku. Sebab Wafi ye?" ‘Wafi?’ Mungkin. Tapi, sebab tu je ke? "Ermm…kau…ada apa-apa perasaan terhadap Wafi ke?" ‘Perasaan terhadap Wafi?’ Gila ke apa? Wafi tu aku anggap macam abang aku je. Macam mana nak ada perasaan kat dia pulak?
"Apasal kau tanya aku macam tu pulak?"
"Saja. Ye la, kau ambik berat sangat kat dia. Kalau orang yang tak kenal, mesti dia ingat kau ada simpan apa-apa perasaan pada Wafi." Tak mungkin la! Mengarut je…
"Takde la. Aku anggap Wafi tu macam abang aku je. Dia pun selalu tolong aku. So, aku ambil peluang ni untuk tolong dia pulak. Itu je."
"Itu je? Betul?"
"Ye la." Darius dah salah faham ke? Takkan dia ingat aku sukakan Wafi? Ridiculous! Kalau Jihad dulu tu, lain la. Tapi dengan Jihad pun aku tak pernah bercakap. Setakat senyum je. Tu pun kebetulan dia ternampak aku usha dia. Susah nak gambarkan betapa…handsomenya dia masa tu…hah… Gila bayang sekejap aku masa tu. Wajah tertampan yang aku pernah jumpa. Aduh…
posted by Penulisan2u @ 2:22 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Bila 20
Nama Pena : orentalez

Putih. Ah sudah, macam aku biasa tahu sahaja tempat ni. Aku cuba luaskan lagi kelopak mata aku. Rasa seperti baru bangun dari tidur yang cukup nyenyak. Pandanganku tertumpu pada susuk tubuh yang sedang duduk disebelah tempat aku berbaring.Aku mimpi ke atau aku dekat alam lain, aku sendiri tak pasti. Benarkah apa yang aku lihat sekarang ni.‘Azlan’. Apa yang dia buat dekat sini? Aku mimpi kot, baik aku pejam mata balik dan mesti lepas bukak balik aku berjaya kembali kealam nyata.

" Fatin.." suara itu membuatkan aku kembali membuka mata dan sememangnya aku tidak bermimpi. Azlan berada di sebelah aku.

" How do you feel?" ujarnya sebaik sahaja aku buka mata dan memandang kearahnya. Feel mende pula ni? Apa yang tak kena dengan aku?.Kenapa dia tengok aku macam tu, macam aku ada buat apa-apa salah pula. Aku memandang sekeliling. Ini bukan wad kecemasan ke?. Oh my god! Aku accident tadi. Ala.. apa jadi dengan kereta kesayangan aku tu.

" Macam mana you.." aku sedikit musykil. Macam mana Azlan boleh berada disini.

" Abang Hafez call tadi mintak suruh kesini dan bawakkan you balik. Dia sibuk uruskan kereta you.." Terang Azlan berserta senyuman. Sudah lama rasanya tidak melihat senyuman yang satu ni. Sejuk hati.. tapi, bila sebut pasal kereta.

" Kereta? Teruk tak? Ouch!" Aduh kenapa sakit sangat tangan aku ni.

"Berhenti la fikir benda yang tak penting dan belajar fikirkan diri sendiri tu " Aku berpaling kearah suara itu. Nadanya cukup keras dan tegas.Salah ke aku risaukan kereta aku, selama ni bukan aku ke yang bayar ansurannya. Aku memegang lenganku yang terasa perit sambil memandang hairan kearah hafez. Kenapa la pula mamat ni emosional sangat.

" Tangan akak terseliuh tu, jangan banyak bergerak sangat.." ujar Azlan tiba-tiba. Hai.. mamat ni pun satu. Memang sah dua orang ni adik beradik, tak dapat disangkal lagi. Dua-dua pelik. Tadi elok-elok you and I, sekarang dah tukar akak pula. Satu-satu punya perangai..aku juga yang normal, hehehe.

" Jom" ujar Hafez dan Azlan.

Aku memandang kearah dua beradik dikiri dan kanan aku. Ini apa kes pula, stok cakap serentak. Memang sah, dua orang ni dari dunia lain ni, bukan orang bumi. ‘Tapi kan.. kalau dah seorang pegang kanan dan seorang lagi pegang kiri..yang mana satu aku patut ikut ni?’.

" Ouch!" jeritan kecilku membuatkan Azlan menarik kembali tangannya dari bahu aku. Sepantas itu juga Hafez menarik tangan kiri aku. Erat pautannya memimpin aku keluar. Musykil aku, yang sakit..tangan. Tapi kenapa pimpin macam aku tak boleh jalan pula.

" Azlan bawak kereta ke depan ya" ujar Azlan memintas kami dan berlalu.

" Err.. tak payah pimpin kot..kaki okay.." ujarku sedikit teragak-agak. Terus sahaja Hafez melepaskan pautan. Laju langkahnya kehadapan. Ingatkan baik sangat, hujungnya.. ditinggalkan juga aku dekat belakang.

Sebaik sahaja berada didalam kereta sehingga sekarang. Masing-masing tidak berkata apa. Aku lihat Hafez dan Azlan bagai melayan perasaan sendiri di depan. Boring betul la mamat dua orang ni. Macam manalah seorang boleh jadi kekasih dan seorang lagi jadi suami aku ni. Teruk betul la taste kamu ni Fatin. Tapi rasa lain macam pula bila senyap macam ni. Pasang radio pun tak. Hari tu nampak macam rapat sangat tapi..takkan bergaduh kot.. ish, suka hati aku sahaja nak fikir yang bukan-bukan.

" Tak nak pasang radio ke?" ujarku memecah sunyi.

" Nope." Jawab mereka serentak membuatkan aku tersenyum. Memang pelik diorang hari ni. Tapi kenapa pula tak boleh pasang radio..

" Boleh la.. bukak slow je.." Aku masih tidak berpuas hati. Permintaan aku tidak dilayan.

" Kalau nak tanya sikit boleh?" soalku bila mereka enggan melayan.

" Shut up" ujar mereka. Masih serentak.

"Nak tanya pun kena marah.." Aku mengomel sendiri. Apa salah aku? Ala.. ingat diorang bagus sangat la tu. Kalau nak cakap serentak sangat, pergi la masuk coral speaking atau apa sahaja yang berkaitan. Aku melepaskan pandangan keluar. Tengok pokok-pokok lagi bagus dari layan kau orang.

*******


Syukurlah semua selamat, kereta pun dua hari lagi sudah boleh diambil. Dasyat betul aku ni, kemalangan tak ada la seteruk mana, tapi boleh pula pengsan hari tu. Tangan yang terseliuh ni pun dah beransur pulih. Tapi ada satu perkara sahaja yang buat aku musykil dua tiga hari ni. Kenapa dengan si Hafez ni lain macam? Dia tak bagi aku buat kerja langsung dekat rumah, memanglah aku suka..selama-lamanya pun okay juga. Tapi..yang aku peliknya dia tak rajin senyum macam dulu, cakap pun hal penting sahaja.Woo..Apa dah jadi dengan raja kegelapan seorang ni?. Entah-entah dia tengah kumpul kuasa untuk tewaskan aku.

Aku menghampiri Hafez yang sedang khusyuk dengan sebuah buku setebal kamus oxford. Apa yang dibaca pun aku tak tahu. Kalau aku lah .. boleh termuntah agaknya baca buku setebal tu.

" Hai..nak air tak?" soalku. Aku bersandar di dinding sebelah meja kerjanya.

" No" Balasnya ringkas dengan pandangan yang masih tertumpu pada bukunya. Aku merenung helaian yang dibukanya. Banyaknya tulisan, dah la kecil-kecil..tak ada gambar langsung pula tu. Naik berpinar mata aku melihat. Berganda-ganda lebih bagus kalau baca komik. Bosanlah dia ni. Aku mencapai kotak cermin matanya di sudut meja. Bukan apa..aku dah tak tahu nak buat apa. Tapi entah macam mana boleh terlepas dari tangan.

" Aduh" sakit masih terasa pada tangan yang aku sangka sudah sembuh sewaktu aku cuba mencapai kotak itu dari lantai.Aku ni memang tak tahu nak berhati-hati.

" Kan senang kalau rehat dalam bilik, tak pun pergi tidur " Hafez serius memandang aku sebelum mengambil kotak itu dan letakkan kembali di atas meja. Itu pun nak marah.

" Ala.. orang bukan cedera teruk pun. Fatin memang hebat!" ujarku dengan penuh keyakinan seperti biasa.

" Hebat sangatlah kalau bawak kereta sampai langgar devider, dah tu pengsan sampai berjam" luah Hafez masih dalam nada serius. Ala..bukan aku sengaja nak langgar devider tu..kalau tak langgar, tak tahulah apa yang jadi pada kereta depan.

" Marah?" soalku. Senyap..tiada jawapan.

" Hee.. orang tahu achik risaukan orang kan? Or.. hah! Achik dah jatuh chenta dengan orang kan?" ujarku sambil mendekatkan wajahku dengannya. Serius.Sengaja aku ingin melihat reaksinya. Bukannya apa..saja nak usik, rasa macam dah lama pula tak tengok senyuman kejamnya seperti sebelum ni.

" Oh my God.. you are so annoying! Ada juga orang yang perasan tahap ni dalam dunia ni kan?" ujarnya sambil menolak muka aku menggunakan sebesar-besar tapak tangannya supaya menjauhinya. Aku tersengih seperti kerang busuk. Boleh pun mamat ni senyum.

" Dah.. pergi tidur" ujarnya bila melihat aku yang masih tersengih disitu. Suka hati sahaja nak halau aku. Ini kan rumah aku. Ikut aku la nak duduk dekat mana pun.

" Kalau bukan jatuh cinta..." aku masih tak berpuas hati.

" Apa lagi?" Soalnya yang kini sudah menanggalkan cermin matanya dan memberi perhatian pada apa yang akan aku cakap.

" Achik ni kan..sebenarnya ‘Soileh’ pemerintah dunia kegelapan tu kan? Yang muka sama macam helios" Tuturku penuh yakin.

" What?" Hafez masih kurang faham. Berkerut dahinya memandang aku.

" Ha... betul la tu. Orang dah agak dah" Ujarku sebelum melangakah keluar dari bilik itu. Suka aku bila lihat dia buat muka pening macam tu. Bukan selalu.

***********

Hafez bersandar pada bangku yang terdapat disitu. Masih belum terasa ingin pulang ke pejabat. Air tin yang dipegang dari tadi dibuka dan diteguk perlahan sebelum diletak tepi. Dia tersenyum, tak pasal-pasal beberapa hari ni terpaksa berulang kerja naik LRT. ‘Fatin..fatin’ Detik hati hafez bila teringat peristiwa hari tu.

"Hello, encik ni Saudara Cik Fatin ke?" soal satu suara yang tidak dikenali sebaik sahaja telefon diangkat. Siapa pula yang call pakai nombor fatin ni? Persoalan mula berlegar di kepalanya.

" Saya suami dia..boleh saya tahu ini siapa?"

" Oh patutlah dia set nombor telefon cik sebagai nombor satu..sebenarnya isteri encik ada dengan saya sekarang" balasnya tanpa menjawab soalan hafez.

" Kenapa pula?" Hafez kurang faham.

" Isteri encik accident betul-betul belakang kereta saya tadi dan sekarang dalam perjalanan ke hospital" tutur wanita yang tidak dikenali itu bagai membuat jantungnya berhenti seketika.

Hafez yang dalam perjalanan berjumpa Azlan segera menukar haluan. Pelbagai andaian wujud dimedan fikirnya waktu itu. Mati-mati dia ingatkan kemalangan teruk. Tapi nasib baik jugalah semua selamat.
Dia tersenyum lagi.

***********

" Maaf Datin, hari tu saya dah mungkir janji" Aku memandang Datin Leina dengan rasa bersalah. Kalau hari tu aku bawa kereta baik-baik mesti tak kemalangan dan tidaklah buat orang tertunggukan aku.

" It’s okay Fatin, you bukan sengaja tak datang pun. Macam mana tangan?" Soalnya lembut. Sudah la cantik..lembut pula tu. Kenapalah aku tak macam dia kan. Aku membalas senyumannya.

" Dah okay Datin..dah boleh melukis pun" ujarku sambil menghulur secawan teh yang baru dihantar Atie. Baik betul la Datin Leina ni, baju yang ditempah sudah diberi tapi sudi juga dia datang melawat aku.
posted by Penulisan2u @ 2:15 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Alia 13
Nama Pena : kaira_syuma

"Assalammualaikum," Alia tersentak mendengar orang memberi salam.
"Siapa yang datang ke rumah malam-malam buta ni?" Alia berjalan pantas ke pintu. Dia membuka pintu. Dihadapannya berdiri beberapa orang tua kampung mereka.
"Err… Kenapa pak cik?" Soal Alia gugup. Ketika itu Syah sudah berada di sisi Alia. "Siapa juga yang ada di rumah ni?" Soal mereka tegas.
"Kami berdua saja," Alia menjawab gugup.
"Siapa lelaki ni?" Soal mereka yang lain.
"Saya cikgu dia. Dia terkena demam campak, jadi saya hantar dia balik kampung. Kami baru sampai petang tadi," Syah menjawab tenang.
"Kenapa ni?" Tiba-tiba Nek Aton dan Tok Man bertanya. Mereka berdua baru balik dari masjid.
"Ni cucu Tok Man ni, berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Keadaan mereka juga mencurigakan. Tengok rambut Alia tu, tak terurus," Semua mereka angguk kepala mendengar kata salah seorang kumpulan tadi.
"Eh…. Kami tak buat apa-apa pun. Tok, jangan percaya cakap mereka. Kami tak buat apa-apa pun," Alia memandang sayu wajah datuknya yang jelas kecewa itu.
"Ye… Kami tak buat salah," Syah turut membela diri.
"Mengikut hukum kat kampung ni, bersalah atau tidak, kalau kena tangkap ketika berdua tanpa ada ikatan yang sah, kamu mesti menikah," Mereka menghukum tanpa memberi peluang untuk Syah dan Alia membela diri. Alia terduduk mendengar keputusan yang dibuat. Tok Man dan Nek Aton terpaksa menurut.
"Tak boleh. Saya masih belajar," Alia membentak.
"Kalau dah salah tu, nikah je jalan penyelesaiannya. Lagipun kamu sudah akil baligh," Alia tidak dapat menolak lagi. Syah sudah mendiamkan diri. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Keesokan harinya segala urusan tentang pernikahan mereka diurus. Mereka dinikahkan di Pejabat Majlis Islam bersaksikan keluarga terdekat sahaja. Datuk Zamri dan Pn. Hamidah sudah dihubungi dan bersetuju dengan keputusan tersebut. Bagi Syah pulak, dia tidak menolak cuma rasa kecewa sebab perkahwinannnya berlangsung dengan cara yang tergesa-gesa dan juga mengaibkan. ‘Nasib baik kahwin dengan Alia,’ Bisiknya nakal sambil melirik ke arah Alia yang sedang menangis disisinya. Walaupun sedih tapi dalam diam dia gembira juga, sebab dapat memiliki Alia. Dia tidak faham mengapa dia berperasaan begitu. Perkahwinan mereka juga dirahsiakan dari pengetahuan guru dan pelajar sekolah mereka. Syah diberi cuti selama seminggu kerana dia juga terkena jangkitan demam campak. Selama seminggu di kampung Alia, Syah semakin tertarik dengan suasana dan yang lebih penting dia berazam untuk menambat hati Alia. Namun semenjak mereka diijabkabul, Alia semakin menjauhkan diri darinya dan Syah faham mengapa. Dia juga tidak memaksa Alia untuk menerimanya.
"Alia," Alia menoleh memandang sayu wajah mak mertuanya.
"Kamu tak apa-apa?" Soal Pn. Hamidah lembut. Alia geleng kepala. Bagaimana penerimaan sahabat-sahabatnya kelak bila mengetahui statusnya kini. Alia menangis dalam pelukan Pn. Hamidah.
"Cikgu saya takut. Tentu mereka membenci saya," Alia menangis teresak-esak seperti anak kecil. Syah yang hendak ke ruang tamu, menghentikan langkahnya sambil memasang telinga tentang apa yang di bincangkan oleh mamanya bersama Alia.
"Jangan susah hati. Hal itu kita fikirkan kemudian. Yang penting, sekarang, Alia kena kuat dan tabah. Sebab hujung tahun ni nak ujian SPM. Sabar ye. Nanti mama cakap kat Syah supaya merahsiakan hubungan kamu ni," Pn.Hamidah mengusap rambut Alia. kasihan dengan apa yang menimpa anak murid dan anaknya itu.
"Syah mari sini," Syah menghampiri ibunya dan duduk di hadapan Alia.
"Mama harap kamu pandai-pandailah simpan rahsia ni. Kasihan kat Alia. Dia belum bersedia dan masih terkejut dengan apa yang menimpa kamu berdua." Syah hanya mengangguk kepala. Dia kasihan melihat Alia berwajah sugul dan asyik menangis semenjak mereka bernikah. Tapi dia harus berlagak seolah-olah dia juga tidak suka akan perkahwinan mengejut itu.
"Awak ni kenapa? Asyik menangis je. Rimas saya tengok," Syah duduk di sebelah Alia setelah mamanya beredar ke dapur. Alia merenung wajah selamba itu. ‘Tidakkah dia rasa sedih dengan apa yang menimpa?’ Soal Alia dalam hati. Mereka kini tinggal di rumah Datuk Zamri yang menjadi rumah percutian mereka sekeluarga buat sementara. Alia masih mendiamkan diri, malas untuk bercakap. Syah geleng kepala.
"Dah bisu pulak," Syah menyandar di sofa. Pn.Hamidah datang membawa buah-buahan untuk pencuci mulut.
"Syah, nampaknya kamu kena sambung mengajar lagi sebulan. Cikgu Roziah telefon minta sambung cuti dia. Anaknya kurang sihat," Pn. Hamidah memberitahu anaknya. Syah angguk kepala tanda setuju. Lagipun cutinya masih ada 3 bulan lagi. Tiba-tiba Alia tergelak. Mereka berdua memandang ke arah Alia. Syah hairan, baru sebentar tadi dia menangis bagai nak rak, tiba-tiba boleh ketawa pulak. Alia tersenyum lagi sambil matanya masih setia memandang skrin tv. ‘Owhhh. Tengok cerita karton la pulak. Cerita kacang pulak tu. Kalau dah budak, budak jugaklah perangainya.’ Syah geleng kepala. Malas mahu mengganggu Alia yang begitu leka menonton tv. Yang penting Alia tidak menangis lagi.
*****************
"Alia, demam kau ok?" Ajay bertanya bimbang sambil membelek tangan dan pipi Alia. Alia menepis tangan Ajay. Tindakan spontannya itu mengundang rasa hairan di hati Ajay.
"Kau kenapa?" Soal Ajay pelik.
"Errrr… Aku tak nak kau kena jangkitan bila sentuh aku," Alia berkata gugup.
"Nanti tak pasal-pasal kau cuti seminggu pulak," Alia tersenyum.
"Selama kau bercuti, kami semua dah jadi macam ayam berak kapur. Sorang tengok sorang, boring betul," Imah memeluk bahu Alia. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan pagi jam 10 .
"Betul ke? Entah-entah korang happy bila aku takde," Alia berkata sinis.
"Pandailah kau," Maziah menolak kepala Alia. Alia tersengih sambil menjilat aiskrimnya.
"Hai Alia," Alia tersentak bila di tegur oleh seseorang. Alia memandang wajah yang menegurnya.
"Errr. Awak ni siapa?" Soalnya hairan. Pelajar tersebut tersenyum malu.
"Saya Salman. Pelajar kelas 5B," Ucapnya tenang.
"Owh!!!" Itu saja yang mampu diucapnya. Malas mahu melayan orang kerana saat ini fikirannya bercelaru mengenangkan masalah hidupnya. Salman duduk di kerusi yang kosong dihadapan Alia.
"Saya nak berkenalan dengan awak, sudi tak?" Soalnya terus. Alia bingung.
"Maaf. Saya takde masa nak fikir hal macam tu okey," Alia terus berlalu meninggalkan Salman yang terpinga-pinga. Ajay, Imah dan Maziah tersenyum melihat Salman yang terpinga-pinga ditinggalkan oleh Alia.
"Lupakan saja niat awak tu. Alia belum bersedia lagi nak berkawan serius dengan lelaki," Ajay menepuk bahu Salman. Imah dan Maziah angguk kepala dan berlalu.
"Saya takkan mengalah," Salman berkata tegas. Mereka bertiga geleng kepala.
"Sara, kau kenapa?" Soal Alia hairan. Semenjak beberapa minggu yang lalu, Sara bersikap dingin dengannya.
"Takde apa-apa." Sara menjawab ringkas dan berlalu.
"Tunggu Sara. Kau ada masalah? Kenapa asyik nak jauhkan diri dari aku?" Alia menggenggam erat tangan Sara. Sara menepis dengan kasar.
"Jangan sibuk hal aku boleh tak?" Sara berkata kasar dan berlalu meninggalkan Alia yang terpinga-pinga di tengkingnya.
Perhubungan mereka menjadi semakin hambar. Alia juga menjadi seorang yang pendiam dan kadangkala dia akan mengelakkan diri bila Sara berada bersama rakan-rakan yang lain. Puas di pujuk, namun mereka masih tidak mahu berdamai.
"Alia, kenapa ni? Apa masalah kau dengan Sara tu?" Maziah bertanya sedih. Alia geleng kepala.
"Entah. Aku tak tahu. Dia tak nak bercakap dengan aku. Kalau kau nak tahu kenapa, kau tanya dia, dia mungkin ada jawapannya," Alia berkata perlahan. Sedang masalahnya tiada siapa yang mampu menolong, di tambah pula dengan perangai Sara yang bermasam muka dengannya. Salman juga masih tidak berputus asa mengorat Alia sehingga menimbulkan rasa kurang senang dihati Syah bila heboh satu sekolah Salman cuba mengorat Alia. Semuanya gara-gara Salman yang menghebohkan kepada rakan-rakannya yang dia sedang bercinta dengan Alia.
posted by Penulisan2u @ 2:14 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Perjalanan seorang mujahid 4
Nama Pena : redlinez

Sebulan berlalu,abang-abang melaka sudah pun berpindah ke sebuah rumah sewa di kota bharu.Walaupun sekejap bersama,memori kami penuh dengan warna warni umpama pelangi selepas gerimis.Kini aku hanya menumpukan pada pelajaranku di sekolah,aku mula jauhkan diri dari bersosial.Mana taknya,lagi 2 bulan peperiksaan agama akan bermula.Namun,setiap perjalanan pasti ada rintangannya.

Suatu malam,sedang aku study group di meja belajar seorang dari penghuni asrama yang tidak aku kenali hampiriku."Assalammualaikum,awak ni Mujahid kan?saya Ikram.."mula bicara pelajar itu.Aku sekadar tersenyum.Di meja study yang panjang itu hanya ada aku,Imi.Faiz dan Ikram.Hatiku bagai tak senang bergetar bila Ikram menegur aku tadi,macam ada benda yang bakal berlaku."Eish,kenapa aku gelabah semacam je ni?"aku bertanya pada diriku.

"piss..Mujahid,sini jap"panggil Faiz."Apa dia?"soalku bila menghampiri Faiz."Kau tak tahu ke yang budak Ikram tu ada six senth?"lanjut bicara Faiz."ha?ngarut la..mana ada benda-benda camni..ok kita tengok kang"balasku sambil berpaling dan senyum kepada Ikram.Aku bangun dari kerusi dan berjalan menghampiri bangku batu lusuh yang berada di bawah pohon mangga.Aku duduk dan lantas menjerit"Ikram..mai sini jap".Ikram berpaling ke arahku dan bangun perlahan menuju ke bangku yang sedang aku duduki ini.Bila Ikram berada di hadapanku,aku berkata"Citer la sikit pasal diri ko"."Ok,aku berasal dari sebuah kampung.Bapa aku bomoh dan..."senyap akhir katanya."Dan ape"soalku tegas agar benda yang ingin dia katakan mampu dilisankan."Dan..aku ada six senth..ko mesti tak percaya kan?tapi ni realiti"balas Ikram.Aku hanya mampu tersenyum dan senyap tanpa menjawab apa-apa."Ok,aku bukti kan..bla,bla,bla..btol tak?"soal Ikram selepas memberitahu benda yang hanya aku dan beberapa orang sahaja yang tahu."Emm..aku masih lagi tak percaya..hehehe..sori la,benda-benda ngarut dah banyak aku jumpa..semua penipu..kalau betul pon tu syaitan la yang tolong"aku membidas kata-kata Ikram."Abis,aku tau pasal benda ni camne?"soal Ikram dengan api kemarahan yang timbul bila aku katakan dia penipu.

"Sebab malam tu..kau yang mengintai dari belakang pintu..betul"kedengaran suara dari belakang pohon mangga."Sape lak nih?"hatiku berbisik.Kedengaran tapak kaki berjalan dari sebalik pohon mangga dan dalam kegelapan malam,samar-samar muka orang itu kelihatan."Malam hari pertama Mujahid daftar di asrama..dia ada berbual ngan Hilmi..kau yan g terhendap-hendap di belakang pintu"sambil mendengar kata-kata itu,aku melihat perubahan muka Ikram.dengan tersengih-sengih,dia bangun dan pergi begitu sahaja macam tak berlaku apa-apa."heheheh..macam-macam la orang kat dunia ni"kata aku keseorangan.Aku berpaling untuk melihat lelaki yang membongkarkan temberang Ikram.Tapi,dah terlambat.Lelaki itu hilang tanpa kesan macam angin da.."Sape ye?er,malam ni malam jumaat la.."aku bankit dari bangku itu dan berjalan menuju ke meja study dengan hati berdengup kencang.

Tiba di meja study,Mujahid menceritakan apa yang berlaku.Jam loceng berdenting,menunjukkan tepat pukul 2 pagi.Semua jadi pucat bila suasana mula suram dan senyap.Seorang demi seorang bangkit menuju ke katil.Kini tinggal Mujahid dan Hilmi.Nyamuk memang tak perlu la citer,berlegar-legar mencari peluang menghisap darah.Suasan yang sunyi membawa kepada kebosanan bagi diri Mujahid.Dia bangkit dan menghampiri Hilmi.

"Mi,citer la sikit ape-ape benda..aku bosan da..ok"minta aku bila duduk betul di sebelah kanan Hilmi."Ok boss.."jawabniya pantas."Ni aku pantang nih..jangan panggil aku boss la..berbulu lak telinga aku dengar.."tegur aku bila dengar perkataan yang tidak menyedapkan hatiku itu."o..ok-ok,takde dah pasni"kata Hilmi bila mendengar teguranku itu.Hilmi meletakkan pen dan buku Adab Nususnya(subjek keramat bagi mujahid),lantas mulakan bicara dengan Al-Fatihah.Mulalah perbualan kami...

"Thaghut..apa tu?ia membawa erti segala yang membentuk dan berwatak atau menjadi pangkal sifat-sifat melampau,zalim dan engkar.Ibnu Abbas menyatakan thaghut ini sebagai patong berhala.Saidina Umar Al Khattab menyatakan sebagai syaitan dan berhala.Mujahid pula menyatakan syaitan yang berupa manusia.Manakala Imam Malik menyatakan segala rupa bentuk penyembahan selain daripada Allah yang membawa kesyirikan dalam kehidupan.Syed Qutb mentafsirkan thaghut sebagai melampaui batas dan menyeleweng dari kebenaran yang telah ditetapkan oleh Allah dari segi aqidah dan syariat.Beliau juga menghubungkan thaghut dengan manhaj dan konsep hidup yang tidak berpegang kepada tali(undang-undang) Allah.Syed Abul A\'la Maududi pula mentafsirkan bahawa thaghut ialah sesiapa sahaja yang memberontak melawan Allah dan memaksa hamba-hamba Allah menjadi khadamnyaserta berusaha menjadikan hamba-hamba Allah itu tunduk dan patuh kepadanya.Mereka ini mungkin terdiri daripada rahib,ulama\',pemerintah atau raja dan negara."berhaenti kata-kata sambil meminum air membasahi tekak yang kering.Mujahid berkata"Kesimpulannya..secara umumya thaghut itu ialah semua perkara yang berupakanamalan atau kepercayaan yang boleh merusakkan tauhid dan syirik dalam aqidah.Thaghut ini akan menjelma dalam bentuk syaitan atau iblis,berhala,idieologi,sistem,undang-undang,kerajaan,ilmu dan lain-lain perkara yang membawa manusia durhaka kepada Allah dan engkar kepada Nabi-Nabi serta Rasul-RasulNya...betul?"."Yup..pandai ko wat kesimpulan macam ustaz lak aku dengar..hehehe"kata Hilmi bila dengar aku membuat kesimpulan."Citer lagi Hilmi.."mintaku bila melihat jam hampiri pukul 3 pagi."Ok..lagi.."."BUMM..."kedengaran suatu benda berat menhempap di atas atap zink betul-betul di atas kepala kami lantas menyebabkan terkejut dan membisu.Kemudian Bunyi cakaran jelas kedengaran."Gulp..ape lak tu?"sambil telan air liur kecut perut aku berbisik kepada Hilmi."Ape ye??"...
posted by Penulisan2u @ 2:10 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group