Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
BAB 1 MALAM semakin larut, kedinginan yang menyelubungi kamar pengantin baru itu seakan tak terasa oleh Kamal dan Liza yang sedang asyik masyuk berbual mesra. Sesekali Liza menjeling suaminya yang semakin nakal mengusik. Bukan baru kenal namun sudah hampir tiga tahun mereka berdua mengenali hati dan budi masing-masing akan tetapi dek baru disatukan sebagai pasangan pengantin baru membuatkan Liza terasa lain, sementelah bergelar isteri untuk pertama kali ini. Liza memandang semula suaminya dan semakin teruja bila mata mereka bertemu, segera dia melarikan wajahnya. "Kenapa Liza malu dengan abang ni?" Kamal mula bertanya perlahan. Suaranya sengaja di rendahkan agar lebih romantis. Bukan dia tidak tahu perasaan gemuruh yang melanda isterinya, aah… biar dirasakan getaran dan debaran agar malam ini akan menjadi kenangan yang terindah. "Abang tunggu ni," tambah Kamal lagi, senyuman nakal bermain di bibir nipisnya. Sungguh ayu dan manja kelihatan Liza malam ini. Kamal memerhati keseluruhan raut wajah isterinya, cantik, manis dan indah. Semuanya kini menjadi miliknya yang sah, hanya dengan sekali lafaz nikah. Aduh, berdebar rasanya untuk melayari hidup bersama buah hatinya ini. Apakah nanti mampu dia memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin keluarga? Ikhlas dia berharap semuanya akan berjalan dengan lancar Insyaallah. Kamal merenung isterinya lagi… Hatinya menjadi lembut bila terpandang akan anugerah ini, ya! Terserlah kejelitaannya sebagai gadis Melayu yang anggun…, hati Kamal semakin bergelora… Bertahun dia impikan malam ini, sejak bertemu pertama kali dengan Liza, hatinya berdetik memberitahu, gadis ini seorang yang istimewa. Semenjak itu sering malamnya dipenuhi dengan angan serta khayalan untuk hidup bersama idaman hatinya. Kini semuanya menjadi kenyataan dan Kamal tersenyum puas, terima kasih ya Tuhanku. Liza semakin gelisah bila suaminya masih terus memandang, terkesima sedikit dengan perilaku suaminya yang tidak banyak membantu bagi menghilangkan perasaan malu dan gemuruh yang dirasainya sekarang. Apa yang harus aku lakukan, bisik hati kecil Liza. Hatinya berdebar kencang. Malam perkahwinan adalah satu malam yang menjadi ketakutan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin. Malam yang menjadi penentuan bagi kebahgiaan pelayaran hidup seorang perempuan dan Liza akui dia juga turut takut, takut jika tidak dapat memberi dan menerima… Takut juga jika terjadi sesuatu yang di luar jangkaan, minta dijauhkan ya Allah! Liza membuangkan ketakutan yang melanda lalu dia memikirkan apakah tindakan yang wajar dilakukan jika suaminya mula… "Tunggu apa? Liza tak fahamlah…" Liza menundukkan wajahnya yang sudah mulai merah. Aduh, kenapa aku semakin malu pada Kamal. Selalunya tidak begini, habis berani dia akan merelakan juga Kamal memegang tangannya bila dirayu setiap kali mereka berjumpa, itupun berlapik dengan tudung. Ini bila dah sah sebagai pasangan suami isteri, nak bertentangan mata lama-lama pun malu, apatah lagi nak diusik… Debaran hati Liza semakin kuat kedengaran ditelinganya bila tiba-tiba Kamal menghampiri, terasa sasa dan tegapnya badan bila bergeselan. Haruman wangian menerpa ke rongga hidungnya… Sungguh ‘macho’ dan menambahkan lagi rancaknya perjalanan darah ke seluruh angguta badan. Dirinya terasa menggeletar sedikit dan segera Liza mencapai bantal golek yang berhampiran untuk mencari kekuatan lalu mendakap erat bantal itu ke dadanya, wajahnya masih ditundukkan. Kamal tersenyum menyaksikan telatah isteri yang serba salah dalam setiap tindakannya. Kamal mengerti dan amat memahami kerana dia juga berperasaan yang sama. Aku akan cuba menenangkannya… semoga dia memberikan kerjasama. "Sayang, abang cukup bertuah tau dapat Liza sebagai isteri abang." Kamal bersuara lagi dan memegang wajah kesayangan itu dengan lembut. Wajah itu direnungnya dengan puas. Mata Liza yang bulat itu masih merenung kebawah dan Kamal mengeluh mesra, kebiasaannya mata Liza yang bundar itu akan galak memerhatinya dan tidak melepas pandang pada setiap perilakunya. Kini mata itu tersembunyi, lalu Kamal mengangkat wajah isterinya dan memandang kemata bulat itu seketika. "Isteri abang ni malu rupanya," bisik Kamal dengan penuh kasih sayang. Jiwanya semakin bergelora. Tenungan Kamal membuatkan Liza berasa serba salah dan malu, dia merasakan suaminya bisa mendengar getaran yang bertambah kuat di dalam dirinya. Liza merendahkan pandangannya ke leher Kamal dan kemudian ke dada sasanya. Dia merindukan sentuhan dari Kamal, bagaimana rasanya jika dirinya dalam dakapan. Liza cuba membuangkan rasa malu yang bersarang di jiwanya. "Abang, Liza pun rasa amat bahagia sekali bang…" Liza menyatakan dengan ikhlas dan merelakan dirinya dipeluk erat sekali. Dia akhirnya mengalah dalam kerelaan…
Cahaya mentari menyusup masuk melalui ruang tingkap cermin yang terbuka, lantas menyinari kamar dan menyimbahkan bahang paginya ke atas pasangan yang sedang tidur kesiangan, terlena dalam suasana bilik yang harmoni. Bilik yang bercirikan Melayu lama dengan bahan binaan yang berkualiti, tetap teguh di celah-celah kemodenan, walaupun pudar sedikit namun semakin berseri setelah disolek dengan warna yang lembut; manakala perabut antik dan beberapa peralatan warisan turun temurun masih dijaga serta dikekalkan. Liza menggeliat kemalasan di atas katil antik peninggalan nenek yang diperbuat dari besi mampat dan bertiangkan besi separuh bulat yang kecil bewarna hitam. Empat tiang sisi yang setinggi hampir dua meter itu dilitupi dengan kelambu satin putih dihiasi dengan cadar lembut dari jenis kain sari bewarna sama. Tilam yang empuk bagai menatang pasangan itu untuk terus lena bermimpikan yang indah-indah. Liza menarik nafas panjang, rasa sayang untuk meninggalkan tempat tidur. Segera kaki di jatuhkan ke birai katil sambil tangannya masih di atas dada Kamal. Perlahan dia mengangkat dirinya bangun sambil tangan ditarik ke sisi, dirinya lemah dan masih letih dari aktiviti malam tadi. Bukan senang untuk melayan tetamu dan karenah sanak saudara, terutama yang nakal mengusik. Liza bersyukur kerana suaminya sentiasa di sisi untuk menangani semuanya. Ketika bersama Kamal di kamar tidur mengundang debaran demi debaran yang tak diduga. Sesungguhnya Kamal amat bertimbang rasa dan tidak menuntut haknya dengan segera, malahan dia telah memberi ruang untuk Liza mengenali dan memahami dirinya dahulu. Liza berasa lega kerana banyak perkara yang perlu dipelajari dari suaminya dan salam pengenalan adalah yang terbaik dirasakannya setakat ini. Tak sangka perbualan pengenalannya bersama suami mengambil masa yang lebih dari sepatutnya. Entah pukul berapa dia terlelap keletihan dan itupun setelah Kamal menyedari dia menguap beberapa kali. Namun dia kini lebih mengenali latar belakang Kamal daripada hari sebelumnya. Memang dia perlu mengetahui segalanya tentang Kamal untuk lebih memahaminya dan menghormati setiap tindakannya agar hidup mereka nanti lebih teratur dan bahagia. Kamal tiba-tiba beralih tidur dan mata Liza segera tertancap di wajah Kamal. Raut muka Kamal di jelajahi dengan mata dan spontan jari jemari Liza menyentuh pipi Kamal yang kasar. Perlahan sekali di belai wajah itu, betapa dia gembira dapat hidup bersama dengan Kamal namun dia masih malu untuk menunjukkan dirinya yang sebenar. Dia tidak petah untuk berkongsi bilik lagi dan akan cuba membiasakan dirinya untuk memulakan perubahan. Kamal masih lena dan dengan malas Liza melangkah kaki menuju ke bilik air. Setengah jam kemudian dia keluar semula dan berdiri di sebelah suaminya. "Bang… Abang…! Bangun le… Hari dah siang ni." Liza menyentuh bahu Kamal mesra dan manja. Wajahnya di dekatkan ke wajah Kamal untuk mengintai jika ada sebarang gerakan mata. Tangannya terus menggosok dan membelai mesra, " bang… Bangun! Kalau tak nak bangun, Liza nak ke dapur ni tolong mak." Liza cuba mengusik. Liza lantas berpaling ingin pergi tetapi dengan secepat kilat Kamal menyambar tangannya dan menarik Liza ke dalam dakapan. "Eh… Abaaang…" LIza merengek manja. "Ooh… nak lari ye isteri abang ni,’ Kamal merangkul erat, "hem…sedap bau isteri abang ni…" Pipi gebu Liza dicium mesra. Mata Kamal menjeling kemerahan yang mula mewarnai wajah Liza. Masih malu lagi rupanya, sifat yang mulai menarik hati Kamal sekali gus mencabarnya. "Alahai abang ni… Liza dah mandi dah…" perlahan dia menuturkannya, dalam masa yang sama ingatannya berputar… masih segar lagi sikap nakal suaminya semalam, malu masih bertandang di jiwa. Kamal tersenyum memahami. "Lagipun mak dengan abah dah lama tunggu kita. Nanti apa kata mereka bila Liza pertama kali em… " Liza tidak dapat berterus terang menyatakan dalam bentuk perkataan, "…kat rumah, lewat pulak." Kemanjaan suara dan liuk bicara isterinya membuatkan Kamal bertambah geram dan terasa ingin merangkul terus tanpa mempedulikan sesiapa. Namun dia masih boleh bersabar. Kamal segera melepaskan rangkulan dan bangun. "Tunggu abang sebentar ya." Tuala dicapai dan Kamal berjalan perlahan menuju bilik air selepas meletakkan kucupan di bibir Liza.
Di ruang tamu kelihatan Mak Leha dan Pak Aziz sedang berbual-bual mesra mengenai majlis yang baru berlalu dan mengenangkan kembali telatah anak-anak. Perkahwinan Liza adalah majlis pertama untuk mereka sekeluarga kerana cuma Liza sajalah anak perempuan tunggal mereka. Faiz dan Azmir sudahpun bekerja namun masih bujang lagi, entah bila pula mereka hendak berumahtangga, tidak juga ada rengekan pada ayah bonda. Bukan sekali dua Mak Leha berleter mahukan menantu tetapi mereka berdua buat bodoh je. Akhirnya Mak Leha berserah pada takdir. Lain pula dengan Pak Aziz, dia tidak risau dan tidak berkata apa-apa asalkan anak-anaknya sudah bersedia nanti, barulah dia akan pastikan mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul. "Meriah juga khenduri kita ya bang." Mak Leha memberikan komen merujuk kepada majlis walimah anak perempuan mereka. "Saya pada mulanya risau juga takut tak cukup lauk pauk, nasi ke… Tapi Alhamdulillah!" Dia menambah lagi. "Hem, saya pun risau juga sikit tapi saya yakin insyaAllah, jemputan kitapun tak ramai," tokok Pak Aziz pula. "Apa yang tak ramai tu yah…" Liza yang baru turun tangga bersama Kamal mencelah tiba-tiba. Wajahnya yang ceria membuatkan Mak Leha tersenyum gembira. Bahagianya dia apabila melihat anak gadis kesayangannya ceria. Hati ibu siapa yang tahu. Bukan semua anak memahami perasaan seorang ibu dan tidak ramai yang bisa kenal erti pengorbanan. Untuk membesarkan seoang anak memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang bukan sedikit, masa dan ruang dipenuhi dengan perhatian terhadap anak-anak, layanan dan tumpuan yang dicurahkan melebihi kasih sayang terhadap diri sendiri. Tangisan anak-anak bagaikan sembilu yang menyusuk dada sang ibu. Aduhai, mengertilah anak-anak jiwa seorang serikandi keluarga. "Yelah… ayah kamu tuu, masa tulis nama pada kad jemputan kahwin dulu, ramai yang terlupa. Ada juga beberapa kawan dan saudara yang terlepas pandang. Memang patut le kalau tak ramai yang hadir semalam." Mak Leha menjelaskan sambil menjeling suaminya yang duduk tenang di sebelah.. Bukan dia tidak bersyukur tetapi terkilan tidak mengajak semua kenalan. Kebiasaannya begitulah jikalau baru pertama kali membuat khenduri. Mak Leha pun dah biasa dengar semua itu dari jiran-jiran yang telah mengadakan khenduri untuk anak-anak mereka. Walaupun tidak ada pengalaman tetapi dia rajin bertanya. Mak Leha memandang anak menantunya yang sedang berdiri mengadapnya. " Haa… Kamu berdua kalau nak makan pergi le ke dapur tuu. Mak dah makan tadi temankan ayah kamu ni." Mak Leha menyuruh sambil tangannya mencapai surat khabar semalam yang terlipat di atas meja. Liza memegang tangan Kamal dan menariknya ke dapur. Dia tahu ayah tidak boleh makan lewat, perut ayah tu dah biasa diisi dengan makanan mak setiap awal pagi. Kamal dengan hormat meminta izin untuk ke dapur lalu berjalan beriringan dengan Liza. Mak Leha dan Pak Aziz berbalas pandangan terkenangkan masa muda-muda dahulu.
Perkahwinan Mak Leha dan Pak Aziz adalah atas pilihan orang tua mereka sendiri. Hari bersanding baru mereka saling bersua muka. Pak Aziz masih ingat lagi pertama kali terpandang wajah Mak Leha, bagaikan bulan yang penuh, terkejut juga hatinya kerana isterinya begitu cantik dan berseri , terdengar desas desus orang yang memerhati mengatakan pengantin perempuan bagai bidadari turun dari kayangan. Begitu bangga sekali Pak Aziz mendengarkannya. Begitulah seri seorang wanita yang menjaga diri dan maruahnya tidak macam setengah anak-anak gadis zaman sekarang, terlalu terbuka dan bebas berkeliaran di mana-mana. Hampir hilang serinya dek berpanas dan berjemuran. Mak Leha terlalu naïf kerana berasal dari kampung pendalaman yang jauh dari bandar dan arus kemodenan. Dia seorang perempuan yang taat pada suruhan Tuhan dan amat setia kepada kedua orang tuanya. Kebiasaan anak gadis kampung tidak tinggi pelajarannya namun mereka sangat pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Begitu juga dengan Mak Leha, dia bersekolah setakat tahun enam sahaja maka tidak hairan jika banyak yang belum diketahuinya lebih-lebih lagi darihal kehidupan berumahtangga. Pak Aziz tersenyum sendirian mengingatkan hari perkahwinan mereka berdua, betapa malunya Mak Leha untuk tidur di sebelahnya dan mengambil masa hampir setahun untuk membiasakan, tidak berapa lama selepas itu Mak Leha mengandungkan Ahmad Faiz dan selang beberapa tahun kemudian, diikuti dengan Azmir dan Liza. Kehidupan mereka sungguh bahagia dikurniakan dengan anak-anak yang comel dan pandai. Pak Aziz merasakan pekerjaannya sebagai seorang penjual ikan semakin dihormati. Ke mana-mana sahaja PakAziz pergi, semua orang bertanyakan khabar anak-anaknya. Mereka kagum dengan usaha Pak Aziz dan isteri dalam membesarkan anak-anak dan mendisiplinkan mereka. Kini mereka suami isteri boleh tersenyum riang dengan kejayaan yang diperolehi oleh anak-anak mereka.
Pak Aziz memandang isterinya yang sudah mula asyik membaca suratkhabar di hadapannya. Kehidupan amat bermakna pada dirinya setelah dia mengenali isterinya ini. Entah berapa tahun lagi mereka berdua dapat bersama sebelum ajal memisahkan mereka. Mak Leha seakan dapat merasai perhatian suami ke atasnya dan mendongak muka lalu melemparkan senyuman mesra. "Kenapa abang pandang saya macam tu… " Tanya Mak Leha perlahan, pandangan suaminya yang penuh dengan kasih sayang itu membahagiakannya. Dia tidak mahu berpisah lama dengan suaminya itu. Dia menyedari umur mereka semakin bertambah, bak kata pepatah; rumah kata pergi, kubur kata mari. Dia berharap dirinya tidak perlu merasakan kehilangan suaminya, biarlah dia yang menyahut panggilan Illahi dahulu kerana tidak mahu keseorangan. Belum sempat Pak Aziz menjawab , Liza dan Kamal muncul semula, mengambil tempat berdekatan. Pak Aziz mengalihkan pandangan kearah anak dan menantunya. Di hatinya berputik kasih, "Ha! Macamana kamu berdua ni? Apa perancangan masa depan?" Dia berharap agar mereka dapat menghabiskan masa beberapa minggu di rumah. Selalunya setelah bercuti dari Universiti, pasti tak lekang dengan pelbagai program. Pak Aziz sudah mula rindukan anak-anaknya. Rindukan suasana silam, dikelilingi anak-anak yang pelbagai ragam, riuh dengan rengekan dan permintaan. Biarlah Kamal menganggur dulu, lagipun mereka berdua baru sahaja habis belajar dan belum pernah tinggal lama di rumah. Bukannya habis beras jika mereka berkumpul semua, cukup lagi duit pencennya untuk menanggung mereka, biarlah si Kamal itu belajar untuk menjadi pemimpin, dapat juga dia berjemaah dan mengaji di mesjid sepanjang dia tinggal di sini, kata hati Pak Aziz mengharap kebaikan untuk anaknya. "Awak ni, kenapa ke situ pula yang awak tanya? Biarlah mereka fikir kemudian. Saya lebih suka tengok mereka macam ni. Bukan senang nak nampak mereka kat rumah ni. Dulu dah asyik belajar je… jarang lekat di rumah," gertus Mak Leha perlahan. "Saya tahu le… Tapi apa salahnya kalau saya nak tahu apa perancangan menantu saya ni." Pak Aziz menggulung rokok daun yang ada di sisinya tadi. Kebiasaannya selepas makan maka segulung atau dua gulung rokok daun itu akan dihisap sebagai mengisi masa santainya. "Lagipun saya juga sronok depa dua ni kat rumah, tak le terasa sunyi sangat macam biasa, tinggal kita berdua je." Luah Pak Aziz selamba. Matanya diarahkan kepada Mak Leha yang sudah mulai faham maksudnya. "Yelah… Awak tengok saya hari-haripun jemu gak, maklumlah dah tua ni mula le cari alasan." Mak Leha terasa hati dan meluahkan terus tanpa berkias. Sejak menjangkau usia senja ini, cepat benar dia terasa bila suami berkata sesuatu yang sensitif. Tidak boleh tidak dia akan berasa sayu serta merta. Mungkin dia kurang bermesra dengan suaminya akhir-akhir ini dan jurang yang terbina tanpa disedari telah merenggangkan kasih sayang mereka. Hidup berumahtangga ini berteraskan hubungan yang erat dan perkongsian dalam segala hal, dari sekecil-kecil berkongsi makan sehinggalah kepada perasaan dan luahan. Mak Leha masih ingat ketika di alam percintaan dulu, semuanya manis dan indah untuk diterokai bersama. Mempelajari sesuatu dari suami adalah satu kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan. Kamal dan Liza mengambil tempat berdekatan dan tersenyum melihat telatah ayah bonda. Mereka tahu mak dan ayah saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan kesunyian yang melanda dalam kehidupan mereka kini kadang-kadang menekan jiwa. Sejak ayah pencen bertambah lagi boring kehidupan mak kerana bukan senang hendak melayan karenah ayah sehari suntuk. Ayah bukan seperti orang lain yang suka menghabiskan masa di luar rumah, ayah suka berada di rumah dan suka masakan mak. Abang-abang yang kerap kali balikpun masih mahukan masakan mak. Kamal sudah mula masak dengan perangai mertuanya itu. Walaupun dia baru dalam keluarga ini namun dia begitu gemarkan masakan Mak Leha dan sudah mula mengatur menu untuk diberikan pada Liza, mengharap agar Liza boleh menyediakan masakan seperti bondanya. Setelah berfikir dan mendengar celoteh kedua mertuanya, Kamal pun mula merancang dan cuba untuk memberitahu sesuatu. Tambahan lagi dia telah menerima berita dari kawannya awal pagi tadi. "Mak jagan risau, saya tak rasa kecil hati. Saya faham maksud ayah tuu… Lagipun Liza ni nak kawin awal," Kamal mengerling isterinya, "Aduhhh..!" Dia menggosok pehanya yang baru dicubit oleh Liza. Tersenyum manja Liza melihat suaminya terkena. Mak Leha yang melihat segera menegur anak perempuannya, tidak baik buat suaminya begitu. Seorang isteri kenalah melayan suami dan tidak boleh menyakitinya dalam apa jua bentukpun. Setiap perempuan harus belajar menghormati dan menyanjungi lelaki yang bernama suami. Panjang lebar Mak Leha meleteri anak perempuannya yang baru memijak alam rumahtangga. Terasa bersalah dia melihat begitu cetek ilmu yang berada di minda anaknya itu. "Abang Kamal tu mak, kat depan mak ayah dia baiklah tapi sebenarnya dia suka buli Liza…" dalam gurauan, mengadu Liza pada Mak Leha. Rambutnya yang panjang terurai lembut di raih ke dada dan dipintal perlahan. Liza kelihatan berseri dan raut wajahnya yang bujur sirih tampak ayu. Kerlingan demi kerlingan dilemparkan kepada suami yang asyik tersenyum. "Sebenarnya mak, kawan saya phone tadi memberitahu saya mendapat tawaran kerja dari firma yang saya mohon dulu. Saya kena lapur diri minggu depan." Tangannya menggenggam tangan Liza yang tiba-tiba memaut. "Saya tak bawa Liza sebab saya menumpang di rumah kawan saya tu. Em… Bila dah dapat rumah nanti, bolehlah saya bawa." Kamal dapat merasakan getaran yang bergolak di jiwa isterinya. Hati siapa yang tidak sedih untuk berpisah setelah baru mendirikan rumahtangga. Kamal cuba tidak merenung wajah isterinya yang tentu sedang bersedih mendengar berita ini. Dia tidak sempat berbincang dengan Liza tadi kerana semuanya begitu cepat berlaku. Kamal mengagak mungkin sebulan dua nanti baru dia mendapat tawaran itu dan sempat le untuk mencari lokasi rumah sewa mereka namun manusia merancang dan Allah jua yang lebih mengetahui. Mak Leha dan Pak Aziz agak terkejut juga mendengarkannya tetapi mereka bersetuju juga dengan keputusan yang diambil itu. Kamal berhak menentukan nasibnya sendiri dan mereka tidak boleh masuk campur, tambahan lagi setelah memegang tanggungjawab sebagai seorang suami, dia harus berdikari. Mereka tidak membantah jika Liza juga ingin turut bekerja untuk membantu suaminya yang masih baru di alam pekerjaan dan tidak mempunyai keluarga pula. Semuanya bergantung kepada Kamal sendiri, biarlah dia melepaskan dirinya dulu fikir Pak Aziz. Sekarang ni bukanya senang untuk mendapat pekerjaan, di luar tu bersepah pelajar keluaran Universiti dalam dan luar Negara tapi masih ramai yang menganggur.
Malam itu sekali lagi Liza berhadapan dengan suaminya. Sejak siang tadi dia begitu sabar dan tidak membicarakan perasaan hatinya terhadap keputusan yang diambil oleh Kamal, kini dia terasa kecil hati. Kamal seakan tahu apa yang bergolak di hati dan mindanya. Bahu Liza disentuh mesra dan rambut panjangnya dibelai lembut. Kamal menciumi dahinya dan memeluk erat dirinya. "Abang tahu apa yang ingin Liza katakan. Maafkan abang ya… Kita kena menghadapi kenyataan sayang…" Kamal cuba memujuk isterinya dan dalam pada itu cuba mencari kekuatan diri untuk memulakan satu penghidupan yang baru. Liza cuba menahan sendu dan membiarkan dirinya dalam dakapan Kamal. Begitu sedih untuk membayangkan dirinya nanti tanpa suami di sisi. Entah bagaimana setelah bergelar isteri dia merasakan begitu sukar untuk berpisah dengan suaminya walaupun seketika. Perasaannya sayu dan sensitif, kemanjaannya semakin bertambah setelah dia belajar erti kasih. Apakah ini perasaan setiap yang bergelar isteri, betapa besarnya pengorbanan mereka ketika suami jauh dari pandangan, bagaimana mereka dapat menahan hati yang rawan? Resah ini begitu menyiksakan. "I know you Liza… isteri abang ni tabah hadapi segalanya em…! Semuanya akan success nanti Insyaallah ye." Kamal melepaskan pelukan dan mengundur setapak ke belakang lalu mendepangkan tangannya, "Now come here…" Kamal menutup suis yang berdekatan dan mula melayani isterinya yang masih merindu…
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
-Mizi, hai,thanks kerana ikuti jln cerita ni...actually dah buat sambungannya hingga ke Bab 4,ish...ish...cuma lupa nk hantar cos asyik buat blog hem... -Fithri, saya hargai minat saudara, nanti saya contact ye...thanks!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
IT'S GREAT. CEPAT BUAT SAMBUNGANNYA.