Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kabus pagi yang sejuk itu menikam susuk tubuhku. Aku menghidu kesegaran udara jati Perak, cukup enak; aku menikmati nyanyian merdu sang Murai yang sedang duduk merehat-rehatkan diri di atas pokok. Aku menyandarkan tubuhku pada sebatang pohon rendang, yang terletak di depan rumahku. Daun-daun lebat daripada pohon yang rendang itu menghalang pancaran sinaran mentari daripada terus membakar kulitku. Pada hari minggu begini, aku memang selalu menghabiskan masa menikmati keunikkan alam semester. Indah sungguh kurniaan-Nya.
"Hai Sham! Buat apa tu?"
"Oh... umi; saja. Makan angin."
"Kenapa nasi tak cukup ke?"
"Aikkk... umi! Apa hal ni? Tiba-tiba je nak kenakan orang."
"Saja. Tak boleh?"
"Eh... boleh."
"Emm... jangan lama sangat berjemur kat luar. Nanti sakit Sham juga yang susah."
"Baiklah, Umi. Kejab lagi Sham masuk."
"Janji?"
"Janjiiii Umiiii," jawabku seakan-akan menyanyi.
Sebenarnya, aku sedang memikirkan perihal Sue. Dia anak orang berada, tapi... tidak pernah memperolehi kasih sayang yang secukupnya. Umi yang memberitahuku semalam selepas aku menceritakan bagaimana aku menyakatnya.
"Sham, umi nak kau minta maaf kat Sue."
"Laa... umi. Bukan Sham kacau teruk-teruk," aku menagih simpati.
"Itu bukan soalnya. Budak tu dah luka hatinya. Jangan kau parahkan lagi dengan gurauan seperti itu, Sham. Sesungguhnya lidah senjata paling berbahaya. Kau harus berhati-hati nak."
Kata-kata umi menyebabkan aku gelisah. Ada semacam perasaan sedih terbit jauh disudut hatiku. Seribu macam pertanyaan mula menari-nari di onak fikiranku. Tak dapat dibendung lagi.
"Sham kurang mengerti apa yang umi katakan." Pandangan mataku menjilat kesederhanaan wajah umi. Umi tenang. Tetapi, wajahnya sedikit menunjukkan ketegasannya. Mungkin tidak berpuas-hati dengan layananku terhadap Sue.
"Sham, sejak kematian neneknya lima tahun lepas, tiada lagi tempat dia untuk bergantung. Ayahnya sibuk dengan urusan perniagaan. Mak dia pula dah pun berkahwin lain selepas diceraikan oleh ayahnya. Dah tu, tak pernah pula datang menjenguk anaknya yang seorang ni. Mereka tak faham, Sue perlukan perhatian dan kasih-sayang bukannya harta kekayaan. Mereka hanya nampak kebendaan sahaja. Perasaan anak sendiri diabaikan. Dia seperti hidup keseorangan di dunia itu, yang hanya dikelilingi oleh orang-orang gaji. Tak kan Sue nak share masalah dia dengan orang yang tidak dikenalinya itu," hujah umi.
"Oooo... patutlah, Sue selalu duduk bersendirian. Dia hanya akan bersuara ketika perlu sahaja. Rupanya dia sakit, pada hatinya. Sham telah berlaku kejam," rintihku. Aku memang tidak tahu-menahu hal ini. Kalau tak pasti aku tidak akan menganggu ketenteraman Sue. Aku sangkakan kebisuannya disebabkan dia sombong atau mungkin juga disebabkan oleh kekayaannya itu. Tapi, rupanya aku silap tafsir. Ia tiada kaitan langsung. Sue sebenarnya tengah menghadapi masa-masa yang paling sukar.
"Baguslah kalau Sham sedar. Esok, awal-awal lagi, Umi nak Sham pergi minta maaf kat Sue. Tak kisahlah Sham dimaafkan atau tak. Sekurang-kurangnya Sham mencuba. Sham perlulah berjaga-jaga dan lepas ni jangan cakap yang bukan-bukan lagi. Nanti terkilan lagi budak tu."
"Baiklah umi. Sham janji. Tak kan buat macam tu lagi."
"Emmm... Baguslah. Oh ya! Sebelum umi lupa, siapa Asha, Sham?"
"She’s my best friend, umi."
"Tak nak kenalkan kat umi ke?"
"Insya-Allah umi. Macam mana umi tahu pasal Asha?"
"Umi tahulah. Sibuk tanya buat apa."
"Laa umi. Janganlah sorok-sorok lagi. Bagitahulah Sham."
"Hmm... sebenarnya umi tertengok buku rujukkan kat atas meja tu. Umi belek muka depan. Tengok ada nama Asha. Umi tahulah yang buku tu mesti milik Asha."
"Ohhh... Ingatkan umi pasang spy untuk intip Sham."
"Hiskkkk... budak ni. Sampai ke situ pula dia."
"Asha ada dua bahan rujukkan yang sama. Jadi, dia pinjamkan Sham sebuah. Kami tukar-tukar bahan Umi."
"No hal Umi. Itu sudah beres." Jawabku seraya mengusik Umi.
Sepanjang malam aku memikirkan kebodohanku. Aku sedikit pun tidak menyangka gurauanku hanya memburukkan keadaan. Pasti Sue benar-benar kecewa dengan sikapku. Aku sedar; ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.’ Keesokkan paginya....
Aku menghampiri Sue. Aku sudah bertekad untuk tidak mempermainkannya lagi. Perlahan-lahan aku mengatur ayat. Tak nak menyakitkannya lagi.
"Sue, saya nak..." tak sempat aku nak memohon maaf apabila tiba-tiba...
"Awak tak perlu cakap apa-apa. Saya tak sudi nak dengar." Lantang benar suaranya. Terkejut aku. Kussssss.... semangat. Nasib aku bukan lemah jantung orangnya.
"Astagfirullah azim! Apa yang awak cakap Sue? Saya tahu saya dah buat banyak salah pada awak... Saya bukan... bukan... nak....apa.." Belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku....
"Sudah." Jeritnya ringkas. Namun sudah cukup menunjukkan kegarangan suaranya.
"Sue?" aku memanggil lembut. Tidak mahu menanbahkan lagi api kemarahan Sue.
"Hmmm.... Dengar sini baik-baik. Saya tak suka awak. Saya benci awak. Awak tau tak, awak ni menyusahkan orang lain je. Awak buat saya tension. Tengok muka awak pun tak lalu saya nak makan. Meluat....!" herdiknya. Matanya kelihatan sedikit berair. Menangis ke dia?
Ishk apa kena dengan Sue ni. Aku dimarahinya. Ingatkan dia ni lemah lembut, sopan-santun... baik budi pekerti... tapi? Ahh... lantak dialah. Jual mahal tak bertempat. Nasib baik aku bukannya meluahkan perasaan kat dia. Kalau tak..., pasti dipangkungnya dengan kasut sekolah dia tu. Kalau pun dia marah sangat kat aku janganlah sampai macam tu. At least dengarlah dulu apa aku nak kata. Ni tak... pakai lenting aja... Aku tahulah aku bersalah.
"Shammmm.... apa hal tu?" Azmir bertanya.
"Entahlah," jawabku ringkas.
"Masya-Allah! Aku tak sangka suara dia selantang tu. Dia boleh lagi menjerit sampai macam tu sekali. Bergema kelas ni. Aku ingatkan dia tu pendiam. Tapi, rupa-rupanya diam-diam ubi berisi. Aku minta sangat agar dia tak buka mulut dia lagi. Kalau tak pecah gegendang telinga aku," luah Azmir. Aku pula buat ‘dek’ je. Sumpah! Aku tak nak minta maaf kat dia lagi selagi dia sendiri tidak datang tegur aku. Menyesal tak sudah-sudah ni.
"Sham, aku rasalah kan dia tu memang marah sangat kat kau. Sebab tu dia menjerit. Dia tu sopan. So, kalau dia berubah jadi agresif macam tadi tu, mesti sebab kau. Dia tak pernah macam ni sebelum ni. Aku tahu sebab kami satu kelas sejak form one lagi." Aku hanya tersenyum. Geli hati dengan diriku sendiri. Tak pasal-pasal kena sound depan orang ramai.
"Memang pun," kataku kepada Azmir. Dia juga tersenyum. Aku mengaku juga. Memang aku suka kacau Sue pun. Azmir pula beria-ria nak salahkan aku. Biasalah! Mabuk Kepayang...
"So, kau rasa macam mana? Elok ke kalau aku lupakan niat untuk meminta maaf dari Sue? Atau may be kau rasa aku patut berusaha lagi?"
"Tak yahlah Sham. Memburukkan keadaan je. Baik kau lupakan je niat kau tu. Biar budak tu cool sendiri. Dia tu memang cam tu. Tak suka di ganggu."
"Emmm.... okeylah. Nanti kau jangan salahkan aku lak. Kata aku tak minta maaf kat budak tu."
"Tak. Nasihat aku satu je. Jangan kacau budak tu lagi."
"Nasihat ke ugutan ni?"
"Two in one." Pandailah kawan aku ni. Dia takut budak tu benci kat dia sampai sanggup memberi nasihat yang berbaurkan ugutan pada aku. Aku kenalah juga patuhinya. Bukan sebab Azmir tapi sebab umiku.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan