Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Farisya menahan segala kata-kata dari mulut Tasha. Kalau tidak memikirkan maruah suaminya, sudah lama dia melangkah pergi meninggalkan majlis itu. Hatinya menjadi panas. Walaupun dapat mempertahankan diri, sedikit sebanyak hatinya tercalar.
Farisya lega apabila mendengar Haziq meminta izin dari Zakuan untuk pulang. Dia tidak perlu lagi berpura-pura di hadapan semua. Selepas bersalaman, Haziq dan Farisya melangkah keluar dari perkarangan banglo mewah itu. Haziq sedikit hairan dengan kelakuan Farisya. Dia lebih banyak membisu selepas berbual dengan isteri Zakuan.
"Apa yang kau bualkan dengan Tasha?" Farisya menoleh. Pandangannya tajam seperti ingin di telan Haziq hidup-hidup. "What do you expect?" "Maksud kau?" Haziq tidak faham dengan soalan Farisya. "Jangan jadi bodoh. Apa tujuan awak bawa saya ke sana?" "Tujuan apa pulak ni? Zakuan tu kan kawan aku. Salah ke aku bawa kau sekali," Haziq sedar akan senyuma Farisya yang sedikit sinis.
"Oh ye ke. Bukan untuk tunjukkan saya pada Tasha, best friend tunang kesayangan awak tu." Haziq kehilangan kata-kata. Dia langsung tidak teringat yang Tasha adalah teman rapat pada Irma. "Aku tak de niat pun nak buat kau macam tu. Aku tengok dia ok je layan kau. Kau pun banyak senyum masa berborak dengan dia. Macam tak de masalah je,"
"Yang kita nampak tak sama dengan apa yang kita dengar. Jangan ingat saya diam sebab saya kalah. Kesabaran manusia ada batasnya. Lepas ni awak tak payah nak susahkan diri nak bawa saya ke mana-mana majlis pun. Saya tak berminat," tegas Farisya.
"Kenapa?" Haziq memperlahankan kelajuan keretanya. Dia ingin tahu apa yang tersirat di hati Farisya. "Awak tak perlu tahu kenapa. Dan satu lagi, jangan nak samakan saya dengan mana-mana kawan perempuan awak yang lain. I'm Farisya Hani and that's I am."
Perbualan mereka mati di situ sehingga tiba di rumah. Tanpa menunggu, Farisya terus saja melangkah meninggalkan Haziq yang masih di dalam kereta. Farisya langsung saja ke bilik walaupun berselisih dengan kedua mertuanya.
Datin Rosma dan Dato' Razlan sedikit hairan. Selama ini, Farisya tidak pernah berkelakuan demikian. Farisya tidak pernah mengendahkan mereka ketika bertembung. Dato' Razlan melirik ke arah Haziq yang baru saja melangkah masuk. Melihat renungan tajam papanya sudah dapat di fahami Haziq.
"Kenapa dengan Farisya?" Haziq duduk di sofa sambil meletakkan brifcasenya disisi. "Tak tahu la. Tadi masa dekat rumah Zakuan, Ziq tengok ok je," Haziq cuba berdalih. Sebenarnya dia tidak mahu papa dan mama dapat menghidu mengapa sikap Farisya berubah.
"Ada kamu bergaduh dengan dia?" Haziq hanya menggeleng. "Kamu tak pujuk dia ke Ziq? Jangan buat dia macam tu Ziq, walau macam mana pun dia tetap isteri kamu. Ingat tu. Tanggungjawab kamu untuk ambil tahu," leter Datin Rosma. Dia seperti dapat mengagak apa yang di rasai Farisya.
"Kalau dia yang tak nak cakap, Ziq nak buat apa. Takkan Ziq nak paksa dia," Haziq mengeluh. "Kamu dah cuba ke?" "Dah masa dalam kereta tadi. Biar la. Nanti dia ok la tu. Dia pun bukan budak kecik lagi." Haziq tidak mahu memberatkan kepalanya dengan masalah Farisya.
"Sebab dia bukan budak kecil la kita kena ambil tahu. Kalau budak kecil, mama sendiri pun tak kisah. Jangan dah jadi sesuatu nanti baru kamu nak menyesal." "Ziq tahu la mama. Nanti la Ziq tanya dia," Haziq menjawab malas.
*********
Farisya mengurung dirinya di dalam bilik mandi. Di buka pili air dengan laju. Air matanya jatuh tidak tertahan. Tangisannya tenggelam bersama pancuran air yang mengalir deras memenuhi tab mandi.
"Oh..rupanya u la Farisya," masih terngiang-ngiang suara Tasha di telinganya. Tasha melirik ke arah Farisya dari atas ke bawah. Farisya sedar akan tindakan Tasha. "Hhmmm.. yup! It's me," Farisya tersenyum kelat. Tahu akan maksud dan tujuan Tasha meliriknya sedemikian.
"I ingatkan wife Ziq lebih bergaya dari Irma. Opss.. do you know Irma?" Tasha berbual manja. "Actualy I tak kenal, Cuma pernah dengar nama dia je. I dengar dia model iklankan?" Farisya tidak mengaku kalah.
"Ha ah.Top model lagi tu," jawab Tasha bangga. "Betul la tu. I pun ada dengar yang dia dah kahwin dekat oversea kan?" "I pun tak sangka yang dia akan tinggalkan Ziq sebab dia orang ni loving couple tau. Memang sesuai." Farisya senyum lagi.
"Sesuai pun tak guna juga kalau tak setia, tak gitu cik Tasha." Senyuman di wajah Tasha berubah. Dia tidak sangka yang Farisya bijak mematahkan serangannya. Masih berbekas di hatinya ketika melihat Haziq berjalan sambil memeluk pinggang Farisya.
"Tapi I yakin yang dia akan kembali kepada Ziq. They still loving each other," Tasha sengaja membuat Farisya berasa cemburu. "Oh realy. I tak tahu pulak yang tu. Kalau masih saling menyayangi, kenapa sanggup lari dengan lelaki lain? Atau api cinta sudah tak sehangat dulu?" Tasha terkejut dengan kata-kata Farisya. Farisya memang bukan orang yang sebarangan.
"What do u meant?" Tasha berpeluk tubuh. "Cinta sudah beralih arah. Atau pun mungkin Irma dah jumpa orang yang lebih baik dari Haziq. Who know's"
"Sebenarnya, orang macam u ni langsung tak sesuai kalau di gandingkan dengan Haziq. U tengok la cara u berpakaian. Macam orang kampong je. Haziq boleh dapat lagi bagus dari u," hati Farisya bergetar. Cuba di tahan api kemarahannya.
"Sesuai atau tak, Haziq dah jadi suami I pun . I ni bukan apa, malas nak tayang body I kat orang. Buat apa I nak tambah dosa suami I. Kesian dekat husband u kan. Dapat wife macam u yang suka pakai baju yang tak cukup kain ni," sindir Farisya. Puas hatinya melihat wajah Tasha bertukar merah menahan marah.
"You jangan nak berlagak dengan I. Haziq terima u pun sebab Irma yang tinggalkan dia. Lagipun I tahu parent dia yang paksa u kahwin dengan dia. I yakin yang u takkan bahagia dengan Haziq sebab Haziq masih cintakan Irma," Tasha cuba mengawal emosinya.
"Maybe? Kalau betul Irma sayangkan my hubby, dia takkan tinggalkan Haziq. I tak rampas dia dari sesiapa, Irma yang tinggalkan dia. Lagipun u tak patut tanya I, u patut tanya Haziq atau pun parent dia sendiri," Farisya membalas setiap patah perkataan Tasha. Tak mungkin dia akan berdiam diri.
"I tahu yang u terima Haziq sebab harta diakan? Jangan ingat I tak tahu asal usul u. Orang miskin macam u ni la yang selalu gunakan anak-anak orang kaya macam kami untuk di jadikan mangsa. U gunakan papa Haziq untuk jodohkan u dengan dia. Lepas tu, boleh la u bolot semua harta dia," Tasha tidak berpuas hati.
'What! It's to much beb…to much…'
"You wrong cik Tasha. I sikit pun tak hairan dengan harta dia. Lagipun bukan dia yang kaya, papa dia yang kaya. Kalau setakat harta, I boleh dapat lebih dari tu. Jangan jadi bodoh cik Tasha. I tak akan kahwin dengan orang tu semata-mata kerana harta, lain la kalau orang yang macam u," Tasha merasa tercabar. Riak wajah Farisya langsung tidak berubah. Dia masih tenang sambil tersenyum.
"U tengok la nanti. Ziq masih hak Irma." Tasha tidak mahu mengaku kalah. "Hak?!... hak apa yang dia ada? Isteri? Tunang? Girl friend? Hak apa yang dia ada. For your information, I ada hak yang lebih kuat dari dia," Farisya berbisik kepada Tasha sambil tersenyum.
"Hak I sebagai isterinya yang sah. U fahamkan," Tasha terkedu. Dia kehilangan kata-kata. "U?!" Tasha meninggalkan Farisya dengan wajah mencuka.
Pengorbanan yang di lakukan terlalu perit untuk dilalui. Air mata tidak berhenti mengalir. Sendu yang berlagu dibiar berlalu. Dia tekad, biar guruh berdentum memecah bumi sekali pun. Dia tetap takkan tunduk mengalah. Andai itu takdir untuk dirinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lepas yang ke-9 ni xde lg ke?