BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Mei 10, 2009
Novel : Cerita Tentang Kau dan Aku 2
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Mak nak sambung sampai ke sana,"
Ameer meninjau sambil berdiri di sebelah ibu mertuanya. Kemudian dia tersenyum kecil.
"Boleh ya, Meer?,"
"Hmm… mak cakap saja nanti, berapa mak nak… Nanti saya bagi,"
"Buat apa nak sambung lagi mak? Membazir aje,"Laila menyampuk dari kerusi rotan yang didudukinya. Tidak berpuas-hati dengan keinginan ibunya yang bagai tiada penghujung.
"Apa pula? Mak nak besarkan, suka hati mak lah. Ameer pun tak bising…,"
Laila bungkam. Kalau sudah libatkan nama Ameer, apa lagi guna kata-katanya. Yang mengeluarkan belanja, bukan dia. Tetapi Ameer. Sudahnya, dia terus memerhati dalam diam perbualan Ameer dan ibunya. Rasa geram bagai tidak bertepi. Wajah Ameer yang tersenyum senang dipandang sekilas. Senyum panjang ibunya pula bagai menjentik lagi geram di hati. Hati yang memang sudah sedia membara dengan permintaan bukan-bukan ibunya. Tidak betah lagi dengan apa yang dipandang dan didengar, dia mengangkat punggung.
"Nak ke mana, Maya?,"
Laila berpaling. Melawan renungan suaminya yang sedikit kehairanan.
"Masuk,"jawabnya sepatah. Kaki segera dihayun. Tidak lagi menoleh ke belakang. Malas mendengar bual bicara Ameer dan ibunya.
"Hai kak… lajunya. Nak ke mana ni?,"sapaan itu, membuat langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik. Adiknya tersengih bersama dulang minuman di tangan.
"Akak nak rehat kejap,"
"Tak nak minum sekali ke? Ikin dah buat air ni,"
"Tak apalah. Kejap lagi akak keluar. Nak baring kejap. Penatlah,"
Asyikin mencebik.
"Hmmm… suka hati akaklah…,"
Laila tersenyum hambar. Memandang kosong ke arah adiknya yang sudah mula menyambung langkah.
"Ikin,"
Asyikin menoleh. Laila masih di pintu. Menggaru dahi sambil bercekak pinggang.
"Ada apa, kak?,"
Laila diam seketika. Mencari ayat pemula bicara.
"Mak baru sambung beranda depan. Apa lagi mak nak buat tu? Nak sambung apa lagi?,’akhirnya soalan itu dilontar bersama rasa tidak puas hati.
Asyikin tersengih.
"Entah. Mak nak tukar jadi banglo kot,"
Laila menjeling. Asyikin tergelak dengan loyar buruknya sendiri.
"Okaylah kak. Pergilah berehat. Ikin ke depan. Nak hantar minuman,"
Laila sekadar mengangguk. Daun pintu ditolak perlahan. Mengeluh panjang sambil bergerak ke katil. Penat berada di dalam kereta selama hampir lima jam, membuat dia begitu tertarik ke situ. Berbaring sambil meregangkan badan. Lega. Seketika begitu, dia bangkit. Tidak tenang sebenarnya. Sungguh dia kurang senang dengan sikap ibunya. Entah kenapa, menebal rasa malu pada Ameer, dek kerana sikap ibunya yang satu ini. Kadang-kadang sukar untuk dia faham sikap Ameer. Lelaki itu terlalu berlembut dengan ibunya. Dia mengeluh lagi. Ketukan perlahan di pintu memaksa dia berpaling. Memandang daun pintu yang terbuka perlahan. Wajah Ameer terjengul.
"Tak nak minum ke?,"
Laila menggeleng perlahan. Melihat gelengan itu, memaksa Ameer melangkah masuk. Menghampiri Laila yang bersandar malas di kepala katil.
"What’s wrong?,"
"Nothing. Tak ada apa-apa,"
"Muka masam je. Takkan tak ada apa-apa?,"
Laila diam. Memandang sepi pada Ameer yang mengambil tempat di sebelahnya.
"Tell me. Kenapa ni?,"
"Entahlah bang,"
Ameer mengangkat kening. Inginkan satu penjelasan yang panjang lebar dari isterinya itu.
"Abang balik ni, bukan sebab saja-saja nak balik, kan? Sebab mak suruh kan?,"
Ameer tergelak kecil. Melihat wajah Laila yang masih tiada seri.
"Apa salahnya? Bukan balik rumah orang lain. Rumah mak Maya juga kan?,"
Laila mengeluh lagi. Memandang wajah Ameer tanpa perasaan.
"Kan?,"soal Ameer sekali lagi.
"Kalau mak suruh balik tak bersebab, Maya tak kisah. Tapi, Maya tahu. Itulah sebabnya mak suruh abang balik kan?,"
"Kalau mak tak suruh pun, memang patut kita balik kan? Dah lama juga kita tak balik…,"
Laila menarik nafas panjang. Perlahan mengangkat punggung. Kaki dihayun ke jendela. Membiarkan angin petang membelai lembut wajahnya.
"Kenapa abang tak cakap saja dengan mak, tak perlu semua tu, tadi?,"tiba-tiba dia bersuara setelah agak lama melayan sapaan angin petang ke wajahnya.
"Kenapa pula? Kenapa tak perlu?,"
"Abang tak rasa membazir ke?,"
Ameer tersenyum kecil. Turut mengangkat punggung dari katil.
"Membazir kenapa?,"soalnya lembut sambil memeluk bahu isterinya. Laila tersenyum kelat. Kurang selesa dengan perbuatan Ameer. Entah kenapa, pelukan itu bagai mengundang ingatannya pada perempuan-perempuan yang sering menemani suaminya itu. Walau tidak pernah bertembung, cukup banyak peristiwa yang membuktikan kecurangan Ameer terhidang, di hadapannya. Pelukan dan kemesraan suaminya itu terasa begitu murah. Begitu mudah diberi kepada gadis-gadis yang mampu menawan hati lelakinya. Laila mengeluh kecil. Dia sudah mula membuat andaian sendiri.
"Rumah ni dah cukup besar, bang. Mak pun Cuma tinggal berdua dengan Ikin saja. Buat apa nak besarkan lagi?,"dia bersuara laju. Mahu melontar jauh fikiran negatif yang cuba menghasut sebenarnya. Walau seburuk mana perangai lelaki itu, Ameer tetap suaminya. Ada tanggungjawab terhadap lelaki itu, yang tergalas di bahunya.
"Permintaan mak. Ikut sajalah,"
Laila berpaling. Merenung wajah Ameer yang bersahaja. Dalam diam, hatinya memuji lagi. Tampan. Dalam diam juga dia bersyukur. Bersyukur kerana, sampai ke saat ini, hatinya tidak terikat dengan cinta Ameer. Tidak dapat dia bayangkan apa akan jadi pada perasaannya kalaulah cinta terpatri di hatinya. Cinta pada lelaki seligat Ameer tidak akan membahagiakannya. Dia yakin pada hakikat itu.
"Kenapa ni? Kenapa pandang abang macam tu?,"
Laila terkedu seketika. Perlahan dia berdehem. Menutup malu sendiri.
"Itulah yang Maya pelik. Maya tak faham. Abang ikut saja permintan mak. Bulan lepas, bagi duit nak beli rantai baru. Dah tu, sibuk suruh belikan kereta untuk Ikin…,"dia menyambung bicara tanpa mengacuhkan soalan Ameer.
"Abang tak kisah, sayang,"
"Itu namanya ambil kesempatan bang. Maya malu tau, bila mak buat macam ni…Malu dengan abang,"
"Nak malu kenapa? Mak Maya, mak abang juga kan?,"
"Tapi, tak perlulah mak buat macam ni. Kereta dah ada, suruh beli lagi untuk Ikin. Emas dah tak cukup tempat nak pakai, beli juga yang baru. Ni… nak besarkan rumah pula. Bukan ramai pun yang duduk kat rumah ni,"
Ameer tergelak kecil. Laila sudah mula membebel. Kurang senang dengan sikap ibunya sendiri. Diam Laila hilang sudah. Emosi sungguh isterinya saat ini. Dia mengeratkan pautan tangannya di bahu Laila.
"Terpaksalah. Dah itu janji abang dulu, sebab nak dapat anak dara dia ni…,"
Laila menjeling. Sedikit tajam. Kata-kata itu meresap ke tangkai hatinya. Mendengar kata-kata itu, tiba-tiba terasa dirinya seperti barang dagangan. Diperdagangkan oleh ibunya sendiri demi sedikit kemewahan yang Ameer janjikan. Benarkah begitu? Wajah Ameer yang disimbah senyuman itu, direnung lama. Kerana dia, Ameer sanggup menurut apa sahaja kemahuan ibunya? Benarkah begitu? Hatinya bertanya lagi.
"Banyak betul abang kena berhabis sebab Maya ya? and… sebab itulah mak beria-ia suruh Maya terima abang ya?,"sedikit sinis soalan itu meluncur di bibirnya. Terkilan dengan kata-kata Ameer sebenarnya. Barangkali pengakuan dalam gurau itu adalah hakikat yang tersembunyi selama ini. Hakikat yang berjaya menyatukan dia dan Ameer dalam satu ikatan perkahwinan. Hakikat yang menceritakan kenapa ibunya bersungguh-sungguh memaksa dia menjadi suri hidup Ameer.
Ameer menyambung senyum. Memang betul kata Laila. Memang banyak dia berhabis demi Laila. Daripada mula merapati keluarga Laila sehinggalah ke saat ini. Daripada rumah kayu kecil, rumah ini sudah berubah wajah. Menjadi rumah batu yang cukup besar untuk dihuni cuma berdua oleh ibu mertua dan adik iparnya. Namun, tidak mungkin dia mengakui semua itu di hadapannya isterinya ini. Pasti pengakuan ini hanya akan membuat hati Laila semakin tawar padanya.
"Abang gurau je. Memang abang tak kisah, Maya. Biarlah. Kalau bukan bagi pada mak, nak bagi pada siapa lagi? Mak Maya, mak abang juga. Abang bukan ada family lain pun…,"
"Tapi, permintaan mak tu… Maya..Maya tak suka. Maya tak suka mak membazir macam tu. Abang janganlah ikut sangat kehendak mak,"
Ameer terus tersenyum.
"Abang… Maya serius ni. Abang janganlah senyum-senyum saja,"
Ameer mengeluh pendek. Pelukan di bahu Laila terlerai.
"Sesekali beginilah abang boleh tengok emosi Maya. Kalau tidak, macam patung bernyawa,"
"Patung bernyawa? Rasanya tak pernah Maya buat abang macam tu…,"
Ameer tersenyum.
"Maksud abang, emosi kali ni, nampak betul-betul ikhlas. Emosi Maya yang lain tu… macam sandiwara. Sandiwara menyambung kelangsungan hidup kita sebagai suami isteri…,"
Laila mengerling. Patung bernyawa? Sandiwara? Sedikit melampau perumpamaan yang Ameer berikan. Rasanya layanannya pada Ameer tidaklah seburuk itu. Tidak pernah wujud perkataaan-perkataan itu di dalam hidupnya. Dia tidak pernah menghukum Ameer dengan kaku dan bisunya. Dan, sandiwara… jauh sekali perkataan itu daripada kamus hidupnya. Apa yang dia lakukan adalah apa yang seorang isteri patut lakukan. Dia berpaling. Mahu berlalu dari situ. Dalam diam, hatinya terguris dengan kata-kata Ameer.
"Maya…,"Ameer bersuara tiba-tiba. Langkah yang baru mahu diatur, terbatal tiba-tiba. Laila menoleh. Mencari wajah Ameer.
"Ada apa, bang?,"
Mendengar soalan Laila dan melihat wajah Laila, Ameer tersenyum kelat. Tidak jadi mahu menyambung kata. Sudahnya, dia cuma menggeleng perlahan.
"Sure?,"
"Very sure,"
Laila jongket bahu.
"Kalau macam tu, Maya keluar dulu?,"
Ameer mengangguk. Dan, Laila mula mengatur langkah.
"Err… Maya…,"
Sekali lagi langkah Laila terhenti, dan sekali lagi dia menoleh.
"Abang… kenapa ni?,"
Ameer tersengih. Bergerak mendekati Laila.
"Mak cakap ada rebung. Baru ambil dari kebun,"
"So?,"Laila bertanya pendek.
"So… sayang masakkan? Dah lama tak makan rebung masak lemak,"
"Suruhlah mak mertua abang masakkan. Kenapa suruh Maya pulak? And… patung bernyawa, tak pandai masak,"
Ameer terdiam. Memandang wajah Laila yang tidak bereaksi. Tidak sangka itu jawapan yang Laila berikan, sebenarnya.
"Tak nak tak apalah…,"akhirnya dia menjawab dengan nada sedikit hampa.
Laila tersenyum. Dalam marah, terselet sedikit rasa kasihan melihat Ameer yang terus terdiam.
"Berkali-kali panggil Maya, just nak suruh Maya masak rebung ke?,"dia bersuara perlahan. Cuba memujuk hatinya yang terguris dek kata-kata Ameer, demi mengembalikan senyum di bibir lelaki itu.
Ameer mengangkat muka. Wajah Laila sudah dihias senyum. Senyum yang nampak cukup manis di matanya. Bukan selalu senyum sebegitu terhidang untuknya. Ada rasa hairan yang menjamah hatinya. Kata-kata Laila sebentar tadi cuma gurauan kah?
"Boleh ke tak?,"dia bertanya sekali lagi. Inginkan kepastian.
Laila memeluk tubuh. Merenung lama wajah suaminya.
"Sejak bila abang nak suruh Maya masak, siap kena tanya boleh ke tak?,"soal Laila pelik.
"Sejak muka Maya serius benar bila abang minta tolong tadi,"
Laila tersenyum kecil. Serius? Siapa yang tidak jadi serius, kalau dipanggil berkali-kali hanya untuk permintaan sekecil itu. Dan, siapa yang tidak jadi serius apabila sewenang-wenangnya suami membuat kesimpulan sendiri tentang sikap dan perlakuan yang di persembahkan?
"Abang panggil macam nak cakap benda penting. Tapi, Cuma nak suruh Maya masak. Siapa tak geram?,"bohongnya sambil tersenyum kecil.
Ameer turut tersenyum.
"Thanks sayang,"
Laila tersenyum kecil.
"Maya keluar dulu. Siapkan sayur lemak abang tu,"
Ameer mengangguk perlahan. Merenung Laila yang berlalu keluar. Sebaik pintu tertutup, satu keluhan berat dilepaskan.
"Memang ada soalan penting untuk kamu, Maya…,"dia bermonolog sendiri sambil berbaring ke katil. Laila isterinya. Hampir tiga tahun hidup bersamanya. Laila akur pada setiap permintaannya. Laila tidak pernah menyakiti hatinya. Laila patuh memenuhi setiap keinginannya. Tetapi, kenapa sehingga ke saat ini, dia tetap berasa Laila masih lagi tidak menjadi miliknya? Laila seperti masih terlalu jauh darinya. Terlalu jauh…
Irama true tone dari poket seluar membuang seketika fikirnya. Perlahan tangan bergerak mengeluarkan telefon bimbitnya. Melihat nama yang muncul di screen. Perlahan telefon dibawa ke telinga.
"You kat mana?,"
"Kampung,"
"Bila you balik? Tak cakap pun?,"
Ameer diam seketika. Nada suara Shania kedengaran sedikit marah di telinganya.
"Takkan semua benda I nak buat kena inform you…,"akhirnya dia bersuara dengan nada sedikit mendatar. Sudah sedikit rimas sebenarnya dengan tingkah Shania sejak akhir-akhir ini. Shania mula mahu menjaga setiap langkahnya. Dalam erti kata lain, Shania mula mahu mengongkongnya.
"Yelah. At least cakaplah. I kat office you sekarang. Datang-datang, you tak ada,"
"Selalu nak datang, call I dulu…,"
"Ingat nak buat surprise. You pula tak ada. Hmm.. Okaylah. Berapa hari you kat kampung?,"
"Tak sure. May be dua tiga hari,"
"Dengan wife?,"
"Rumah dia. Mestilah dengan dia…,"
Diam. Ameer tersenyum kecil. Dia tahu Shania cemburu.
"Hello… ada lagi ke ni?,"dia bersuara separuh bergurau.
"Ada… Oklah. Selamat bercuti,"
"Okay. Thanks,"
"I’ll miss you…,"
Ameer tergelak.
"Me too…,"
"A lot…,"
"Yeah… Me too,"
"Love you Meer. Bye,"
"Bye…,"
Talian dimatikan perlahan-lahan. Wajah Shania yang menenami sembangnya seketika tadi, turut hilang perlahan-lahan. Berganti wajah Laila bersama rasa suram yang bertandang lagi.

****
posted by Penulisan2u @ 8:06 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 26/5/09 2:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    CITE NI BEST. PENGGUNAAN AYAT YANG BAGUS.
    TAPI WATAK AMER TU JAHAT LAH.
    SANGGUP DIA CURANG PADA ISTERINYA.
    SEBELUM DAPAT, MCM-MCM JANJI MANIS.PAS DAPT, HAMPAS.
    CEPAT-CEPAT SAMBUNG CITE NI.
    HARAP AMER DAPT BALASAN DAN INSAF.
    BIAR DIA TAU PERASAAN KASIH SAYANG TIDAK BOLEH DIMAIN-MAINKAN...

     

  • At 27/5/09 11:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ehm,memg pun..lelaki mcm ni mengundang sakit hati orang pompuan jer..cuba la berterus terang, rukun dan aman damai rumah tangga tu.Manusia suka mencipta masalah tapi sukar menyelesaikan masalah.novel ni bagus cos mengisahkan realiti hidup berumah tangga.keep going..

     

  • At 5/6/09 3:49 PTG, Blogger syzn said…

    emm, smbung lagi cite nihh pls,
    thxx

    nice idea and storyy
    ameer tu mcm urggghh
    betul2 sakit hati lah tgok si ameer tu

    btw sambungg cpt2 k,
    hahahaha ;))

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group