Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nama aku Fiona Natasha atau korang boleh panggil aku Tasha. Aku seorang gadis yang terlalu sempoi, cara aku berpakaian menampakkan aku kolot seperti seorang mak cik, tapi aku selesa berpakaian macam ni. Rambutku yang terurai panjang hingga ke pinggang selalunyaku simpul siput, sanggul, tocang atau digayakan seperti ekor kuda.
Perwatakanku seperti kebudak-budakkan sikit, aku ni lurus orangnya. Apa yang orang selalu cakap, aku akan percaya bulat-bulat. Sampaikan aku sering dibuli ditempat kerjaku. Satu lagi perangai aku yang tak boleh diubah ialah sifat kelam kabutku. Apa nak buat, sejak azali lagi aku macam ni. Terima jelah hakikat.
Aku bekerja disebuah syarikat swasta dimana kesemua pekerja terdiri dari orang melayu. Syarikat yang aku bekerja sekarang ialah Nilam Holding Berhad. Aku ni kerja sebagai kerani je. Taklah semegah mana pun, tapi aku selesa kerja disini. Adat bila bekerja, yang lemah pasti ditindas, macam tu juga dengan aku. Aku sering dibuli ditempat kerja. Kerja yang aku tak patut buat terpaksa aku lakukan dengan penuh tak kerelaan.
Sekarang ni pun aku berada di ofis, tengah berangan, ye jangan korang tak tau, aku punya hobi ialah berangan. Eh...macam kenal je minah depan aku ni...
"Woi, aku suruh kau pergi buat minuman untuk aku, bukan berangan." Dia menarik rambutku yang bertocang dua. Dia yang kumaksudkan ialah Sharima atau lebih glamour Sherry. Dialah yang suka buli aku, kerja aku sebagai kerani dah jadi macam setiausaha dia atau pembuat minuman untuk dia. Kerja dia setiausaha bos. Tapi sekarang ni pengganti bos lama tak masuk lagi, jadi dia anggap diri sendiri dia bos.
"Apa lagi yang kau tercegat tu? Pergilah buat air untuk aku cepat!" arahnya lagi padaku yang terkulat-kulat memandangnya. Aku bangun dan bergerak membuat air dibilik yang disediakan khas untuk membuat air dan sewaktu dengannya.
"Apalah nasib aku macam ni. Nama je kerja kerani, tapi dah jadi tukang buat air pula ni." Aku mengacau-ngacau air dalam cawan.
"Apa kau buat tu? Aku dah dahaga ni tahu tak?" pekik Sherry yang terpacul dari mana ke sini. Aku yang terkejut dan gelabah dengan pekikkannya secara spontan sudu yang berada ditanganku terpelanting ke arahnya dan tepat landing atas dahinya yang licin.
"Adoi.......!!!! Kau nak bunuh aku ke?" dia sudah naik kuda kepang (naik angin).
"Sori cik Sherry, saya tak sengaja." Aku memohon maaf padanya.
"Sori...sori...naik lorilah kau. Habis dahi aku kau kerjakan. Siap kau." Dia menghampiri aku. Aku yang ketakutan dan kalut spontan melarikan diri dan merempuh Sherry didepanku. Terjadilah adegan kejar mengejar antara kami berdua.
"Woi....!!!! Jangan lari. Siap kau aku dapat nanti. Aku siat-siat kulit kau dengan kuku aku." Aku menoleh kebelakang dan melihat dia masih mengejar aku. Macam budak-budak pula kitaorang ni. Dah tu buat ofis ni macam sendiri punya, siap boleh main kejar-kejar lagi.
"Alamak...mak cik, ketepi...ketepi...tak boleh brek ni." Lantai yang licin kutempuh dan akhirnya aku hampir tersungkur. Nasib baik aku sempat berpaut pada sesuatu yang keras dan kukuh. Fuhhhh...aku menarik nafas lega tapi tak lega lagi bila teringatkan Sherry yang masih berlari dan menuju ke arahku.
"Adoi...!" dia terjatuh macam betik busuk. Kesian, tapi tercetus ketawaku yang serak-serak basah ni. Dia tersungkur sebab lantai licin, mak cik cleaner baru mop lantai tadi. Padan muka dia.
"Sakitnya bontot aku ni." Sherry bangun dan menggosok-gosok punggungya yang sakit. Aku pula tak putus-putus ketawakan dia, dah ada macam cik ponti mengilai pun ni.
"Ehem...." dehem seseorang di tepiku. Siapa pula ni? Menganggu aku betullah. Aku memusing ke arah suara yang berdehem tadi. Ayark...
nak baca kasi habis......bru komen k hehehehe.....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
weh best cpt smbng