BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Mei 13, 2009
Novel : Antara benci dan rindu 17
Nama Pena : Ida

Aku memelihat jam di pergelangan tangan. Hampir pukul 3 petang. Hati aku mula gelisah. Janjinya waktu lunch. Sekarang sudah waktunya untuk ke pejabat semula tapi batang hidungnya masih tidak juga kelihatan. Gusar hatiku sekiranya lelaki itu lupa akan temujanji kami. Maklumlah, aku menelefonnya semalam pun ketika jam sudah menunjukkan angka 11.30 malam. Mungkin waktu itu dia sudah enak dibuai mimpi. Dan mungkin jua dia menjawab panggilanku ketika mamai. Orang mamai sudah semestinya tidak mengetahui apa yang dicakapkannya. Harap-harap ia tak seperti yang aku sangkakan.
Pada waktu itu hanya wajah lelaki itu sahaja yang terlintas di fikiranku. Hanya dia saja harapanku kini. Aku tidak peduli apa yang akan difikirkannya nanti. Yang penting sekarang adalah ibuku. Untuk sekali ini aku terpaksa merendahkan keegoaanku yang sebelum ini tinggi melangit. Aku mahu melihat ibuku kembali sihat seperti sediakala. Dan untuk itu aku terpaksa melakukan ini. Melakukan sesuatu yang tidak pernah aku impikan iaitu, meminta tolong daripada Yusrizal.
Sedang aku mengelamun memikirkan ibuku, telefon bimbitku kedengaran berlagu riang. Pantas aku mencapai telefon bimbitku itu kerana aku tahu itu mestilah panggilan yang datangnya daripada Yusrizal.
"Hello, Rizal awak dekat mana? Dah lama saya tunggu ni?" sapaku tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa. Aku tahu ia sedikit gopoh dan kedengaran seperti terdesak. Dan sememangnya aku terdesak. Aku dengan abah sudah habis ikhtiar. Dan inilah ikhtiarku yang terakhir.
"Sorry, Ifa! Abang sibuk sangat hari ni. Abang terpaksa jumpa client petang ni. Ada perkara yang perlu diselesaikan segera. Abang rasa kita terpaksa cancel temujanji kita hari ni," ujar Yusrizal selamba.
"What??"
Aku terasa bagai hendak menggila saja waktu itu. Sudah hampir 2 jam aku disini dan lelaki itu menelefonku hanya ingin mengatakan yang temujanji petang ini terpaksa dibatalkan? Sungguh tidak adil! Namun begitu, aku kembali tersedar. Aku perlu mengawal kemarahanku. Hanya lelaki ini harapan terakhirku. Aku tak boleh cepat melatah atau harapanku akan hancur berkecai. Tidak! Aku tidak akan membiarkan ianya berlaku.
"Tak apalah kalau macam tu. Bila awak free just let me know. Kalau boleh dalam masa yang terdekat ni." Ujarku dengan nada perlahan. Tapi masih terselit ketegasan lewat bicaraku itu kerana aku mahu dia tahu yang aku memang sangat memerlukan pertolongannya sekarang.
"Actually, kenapa Ifa nak jumpa dengan abang? Curious pulak abang. Selalunya nak tengok muka abang pun Ifa tak mahu?"
Tiba-tiba aku terasa mukaku panas membahang. Terasa dengan panahan Yusrizal itu. Tapi dalam hati mengiyakan kata-katanya. Jika tidak kerana ibu jangan harap aku akan bermurah hati menelefon dan mengajaknya berjumpa. Aku terpaksa!
"Nanti saya beritahu awak. Saya perlukan pertolongan awak. Tak boleh bercakap dalam telefon. Saya perlu berjumpa dengan awak. Bila agaknya awak free?" tanyaku. Walaupun sebentar tadi aku ada menyuruhnya menelefonku sekiranya lelaki itu punya waktu terluang untukku tapi nampaknya aku perlu mendapatkan kepastian daripadanya. Perkara yang aku mahu bincangkan dengannya ini tidak boleh ditangguhkan. Makin ditangguh makin merana ibuku di hospital sana.
"Seems like you are really need me, huh?" Yusrizal bertanya dengan nada bongkaknya. Dapat aku bayangkan senyuman sinis yang terukir di bibirnya saat ini.
Aku terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Sama ada mengiyakan atau tidak. Disebelah sini egoku dan disebelah sana nasib ibuku. Benar-benar membuatkan aku buntu.
"Ifa??"
"Ya, saya perlukan awak," ujarku dalam keterpaksaan. Kalau tadi Yusrizal mungkin tersenyum sinis, kini mungkin senyuman tadi sudah bertukar menjadi sengihan bangga. Biarlah, demi ibu aku sanggup menuturkan itu walaupun ego wanitaku terpaksa diletakkan serendah-rendahnya.
"Thanks for saying that."
"Welcome, tapi bila awak free?" tanyaku lagi. Geram juga kerana lelaki itu tidak menjawab pertanyaaku tadi. Seakan sengaja mahu aku mengulangi pertanyaanku itu. Sehingga jelas menampakkan keadaanku yang benar-benar terdesak ini.
"Actually, esok abang terpaksa balik KL. Ada perkara yang perlu diuruskan di sana. Mungkin seminggu."
"What? Jadi maknanya saya hanya boleh jumpa awak selepas seminggu, macam tu?"
"Nampaknya macam tulah."
"Tapi...."
"Tapi apa Ifa? Seminggu bukannya lama pun. Takkan dah tak sabar nak jumpa dengan abang kot?"
Terdengar ketawa kecil lewat kata-katanya itu. Enak sekali lelaki itu mentertawakan aku.
"Perkara ni tak boleh ditangguhkan. Apatah lagi sampai seminggu."
"Okaylah kalau macam tu. Kejap lagi abang kena jumpa client. Perbincangan tu may be makan masa 2 jam. Jadi apakata Ifa datang office abang dalam pukul 5. Itulah saja masa yang abang ada. Itu pun kalau Ifa tak kisah. Kalau Ifa nak tunggu sampai seminggu pun abang tak kisah," katanya. Suaranya seakan sengaja mahu menyindirku.
"Tapi waktu tu kan semua dah nak balik. Siapa yang ada lagi kat office awak tu? Takkan saya nak tunggu sorang-sorang dekat situ?" bantahku.
"Abang akan inform secretary abang nanti. Jangan risau. So, macam mana? Petang ni atau seminggu lagi?" Yusrizal seakan-akan mengugutku pula. Mujurlah aku benar-benar memerlukannya saat ini. Kalau tidak jangan haraplah aku akan bertolak ansur begini. Benci pula rasanya kerana terpaksa meminta bantuan daripada orang yang paling aku benci. Benar-benar menjatuhkan air mukaku.
"Baiklah, saya tunggu awak di office awak nanti." Akhirnya aku memberi kata putus. Walaupun hatiku sedikit meluat dengan perangai Yusrizal yang seakan menunjukkan kuasa vetonya padaku hari ini, tetapi jauh di sudut hatiku tetap berterima kasih kepada lelaki itu kerana sudi berjumpa denganku.
"Okay, Ifa I got to go. Bye."
"Bbb.." Belum pun sempat aku membalas lelaki itu sudah mematikan talian. Kelihatan seperti lelaki itu sibuk benar. Kenapa sewaktu aku benar-benar memerlukannya dia pula seakan menjauh? Tidak seperti beberapa minggu lepas dan beberapa bulan kebelakangan ini. Sering saja wajahnya terpacul di depan mataku. Ahh, ini semua tugaan dari Allah. Aku harus menghadapinya dengan tabah. Tentu ada hikmah disebaliknya.
Dalam pada itu aku kembali teringat ibu. Perasaan gundah semakin bermaharajalela bila terkenangkan ibu. Lantas aku mencapai telefon bimbitku dan meninggalkan restoran itu. Aku mahu ke Kedah Medical Centre untuk melawat ibu. Aku masih punya masa selama 2 jam sebelum berjumpa dengan Yusrizal. Lebih baik aku menghabiskan masa bersama ibuku. Semalam ibu masih lemah. Tapi pagi tadi abah kata ibu sudah nampak sedikit segar. Nasib baiklah aku tidak ada kelas sekarang. Boleh juga aku meluangkan masa bersama ibu. Sabarlah ibu. Ibu mesti bertahan. Ifa akan berusaha mencari duit untuk membiayai kos perubatan ibu.

Aku menolak pintu bilik yang menempatkan ibuku. Kelihatan ibu sedang makan sambil disuapkan oleh abah. Wajah ibu nampak pucat benar. Sayu aku melihatkan keadaan ibu itu. Ibu menghadiakan senyuman untukku. Pantas aku membalasnya. Begitulah ibu. Walaupun sakit, bibirnya masih mampu menguntumkan senyuman buat insan-insan yang disayanginya. Mungkin tidak mahu kami risaukan dirinya.
"Ibu sihat hari ni?" tanyaku sambil tunduk mencium tangan ibu. Ibu hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tangannya ramah menjamah wajahku. Kasih sayangnya terhadap diriku tidak pernah berkurang walaupun kesihatannya terganggu. Kadang-kadang terfikir olehku yang doktor membuat kesilapan semasa menentukan penyakit ibu, kerana selama ini ibu tidak langsung menunjukkan tanda-tanda menghidapi penyakit itu. Tapi beberapa hari yang lalu ujian makmal sudah mengesahkan terdapat ketumbuhan di kepala ibu dan itulah punca kepada sakit kepala ibu selama ini. Kata doktor lagi, ketumbuhan itu semakin membesar dan berada tahap kritikal. Jika ibu tidak dibedah segera untuk membuangkan ketumbuhan itu, ia mungkin akan mengancam nyawa ibu.
Sebab itulah aku terpaksa mengatur pertemuan dengan Yusrizal hari ini. Aku mahu meminjam wang sebanyak RM30, 000 daripadanya. Kos pembedahan itu memakan belanja RM50, 000. Kebetulan aku mempunyai simpanan sebanyak RM10, 000 hasil daripada usahaku selama ini. Dan pula juga mempunyai simpanan sebanyak RM 10, 000. Dan itu belum cukup untuk menampung kos perubatan ibu. Sebanyak RM30, 000 lagi perlu dbiayai. Lalu, aku dan abah kehulu-kehilir mencari saudara mara yang boleh menghulurkan bantuan, tapi tidak ada seorang pun yang sudi. Saudara maraku juga bukannya datang dari kalangan orang berada. Mana mungkin mereka mempunyai simpanan sebanyak itu.
Tidak cukup dengan itu, teman-teman rapat juga turut dihubungi. Namun semuanya memberikan jawapan yang sama. Begitulah keadaannya kalau kita memerlukan bantuan. Semua orang akan menjauh. Benarlah kata orang, teman ketika ketawa ramai tapi teman ketika menangis sukar dicari. Itulah yang sedang berlaku pada diriku ini. Sehingga lewat malam aku mencari nama dan nombor telefon teman-teman yang kurasakan mampu menolongku, tapi sekali lagi jawapan yang kuterima menghampakan. Akhirnya dalam kekalutan itu, hanya satu nama yang terlintas di fikiranku. Yusrizal! Ya, dialah yang mampu menolongku saat ini. Berlatar belakangkan keluarga yang kaya raya sudah cukup untuk memberikan suntikan nafas buat diriku. Dalam kepalaku sudah terbayang-bayang wajah ceria ibu selepas pembedahan itu nanti.
"Ifa pergi jumpa Rizal ke?" tanya ibu. Aku yang sedikit terkejut dengan pertanyaan ibu menglontarkan pandangan ke arah abah meminta kepastian. Hairan juga bagaimana ibuku mengetahuinya. Sedangkan aku tidak pernah memaklumkan tentang itu. Kelihatan abah hanya menganggukkan kepala. Mengiyakan telahanku bahawa dia sudah memberitahu ibu.
"Iya bu," jawapku lambat-lambat.
"Ifa, tak perlulah nak bersusah-payah sebab ibu. Mungkin ini sudah ketentuan takdir. Ibu redha Ifa," ujar ibu lirih. Sedih aku mendengarnya.
"Ibu janganlah cakap macam tu. Ibu mesti sihat semula. Ibu sabar ek. Ifa akan usahakan cari duit tu."
"Tapi kita bukan orang senang Ifa. RM10,000 tu pun bukan senang abah nak kumpul. Bertahun juga. Niatnya nak menunaikan haji dengan duit tu, tapi tengoklah sekarang."
"Tak apalah Shima, duit boleh dicari. Mungkin bukan rezeki kita lagi nak menunaikan haji. Yang penting sekarang kesihatan awak tu," pujuk abah.
"Tapi saya kasihankan abang. Abang dah lama teringin nak pergi ke Mekah kan?" Linangan air mata ibu jelas dipancar di tubir mata.
Abah menggenggam jemari ibu. Cuba mengalirkan kekuatan seorang suami pada isterinya. Dan aku pula tidak lupa untuk mengalirkan rasa sayangku buat ibu. Lama aku menemani ibu berbual. Cuba menceriakan suasana yang diselubungi keheningan sebentar tadi. Dalam keadaan ibu begini sudah tentu sokongan orang tersayang amat penting buat ibu.
Timbul kekesalan dihatiku kerana tidak mengikut nasihat teman-teman yang menyarankan aku supaya mendaftarkan diri untuk polisi insuran perubatan. Jika tidak, tentu aku tidak perlu bersusah payah begini. Ahh, sekarang baru aku tahu kepentingan polisi insurans perubatan itu! Sudah tiada guna.
"So, macam mana Ifa? Rizal boleh tolong ke?" tanya abah.
"Tak tahu lagi abah. Sebenarnya Rizal tak datang tadi. Katanya ada meeting dengan klien. So, dia suruh Ifa jumpa dia dekat office pukul 5 petang ni," beritahuku.
"Pukul 5? Sekarang dah pukul 4.30 ni, Ifa!"
Aku melihat jam di pergelangan tangan. Benar kata abah. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 minit. Lebih baik aku bertolak sekarang. Takut pula kalau terlewat. Tidak enak pula rasanya kalau membiarkan orang menunggu. Apatah pula aku yang mahu berjumpanya kerana memerlukan pertolongan.
"A’ahlah abah. Kalau macam tu Ifa kena pergi sekarang. Takut terlewat pula. Ibu abah, Ifa pergi dulu ya? Nanti Ifa datang lawat ibu lagi ya?"
Aku bingkas setelah menyalami tangan kedua orang tuaku. Namun, saat tanganku mencapai tombol pintu, ibu memanggilku. "Ada apa bu?"
Ibu tersenyum sebelum berkata. "Kalau Rizal tak dapat tolong. Ifa tak perlulah paksa dia. Mungkin ini dugaan Tuhan. Ibu redha," ujar ibu sekali lagi.
"Ibu janganlah cakap macam tu. Doakan Ifa ya?"
Kedua ibu bapaku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.


"Cik ni Cik Nur Halifah ke?" tanya seorang wanita muda sebaik saja aku melangkah memasuki pejabat AMA Holdings. Kelihatan beberapa orang pekerja sudah mula meninggalkan pejabat. Maklumlah, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Waktu untuk pulang.
"Iya saya. Cik ni...?"
"Saya Aisyah. Setiausaha Encik Yusrizal. Encik Yusrizal ada inform saya tadi yang cik nak datang," beritahunya, sopan.
"Ya, ya. Saya ada urusan penting dengan dia sekejap. Dia ada ke?"
"Maaf cik. Encik Yusrizal belum sampai lagi. Cik boleh tunggu dalam bilik dia. Mungkin sekejap lagi dia sampai."
"Boleh ke saya tunggu dalam bilik dia?"
"Encik Yusrizal yang minta cik tunggu dalam bilik dia," jelasnya.
"Oooo," hanya itu yang terkeluar dari mulutku.
"Jom, saya tunjukkan bilik Encik Yusrizal."
Aku mengagguk. Kemudian, aku terus dibawa ke bilik Yusrizal. Kagum juga aku melihat keseluruhan pejabat AMA Holdings yang baru sahaja beberapa bulan beroperasi ini. Agak besar juga.
"Cik duduklah dulu. Mungkin kejap lagi Encik Yusrizal sampai."
"Emm..awak dah nak balik ke?"
"Belum lagi. Saya ada diluar. Kalau cik perlukan apa-apa beritahulah saya. Saya keluar dulu.
Sepeninggalan Aisyah, aku mula berjalan mengengelilingi bilik Yusrizal yang sederhana besar ini. Tapi nampak kemas.
Setelah puas mengelilingi bilik itu, aku melabuhkan punnggung di atas sofa yang disediakan. Jam sudah menunjukkan pukul 5.20 petang, tapi wajah lelaki itu masih jua tidak kelihatan. Kemana sajalah Rizal ni. Waktu kita memerlukan bantuan hilang lesap pula. Aku mula menyandarkan badan. Sofa yang lembut seakan-akan memanggilku untuk melelapkan mata. Rasa mengantuk yang datang entah dari mana berjaya membuatkan aku terlelap.

Aku tersedar apabila terasa ada sesuatu yang bergayut di wajahku. Dan apabila aku membuka mata wajah seorang lelaki terus menyapa pandanganku. Terkejut aku dibuatnya sehingga tidak sedar tanganku sudah menolak dadanya yang hampir dengan dadaku dengan agak kuat. Pantas aku menjauhkan diri.
"Hey..abanglah!"
Kata-katanya membuatkan aku mula mengamati wajahnya. Semua yang kabur diingatanku tadi kembali terang bagai disuluh cahaya. Siapa lelaki didepanku ini, di mana aku dan kenapa aku berada di sini sudah dapat dikenalpasti.
"Err..sorry. Terkejut tadi," ujarku perlahan. Sudah berapa lama agaknya aku tidur di situ? Dan sudah berapa lama agaknya dia mengamati aku tidur sebentar tadi? Dan yang paling tidak aku mahu fikirkan ialah apa yang dia telah lakukan padaku dalam keadaan hampir begitu tadi? Tapi nampaknya aku telah memikirkannya. Dan ia membuatkan aku tidak tenang.
"It’s ok. Letih sangat nampak? Sampai tertidur."
"A’ah, letih sangat."
"Sorry pasal tadi. Abang memang tak dapat mengelak. Ingatkan sempat abang nak jumpa dengan Ifa tadi. Tapi tiba-tiba klien nak jumpa abang pulak," jelas Yusrizal. Mungkin rasa bersalah kerana telah membuatkan aku menunggu lama tadi.
"Tak apa. Awak sudi jumpa saya sekarang pun dah cukup baik."
"Oh ya. Ada apa Ifa nak jumpa dengan abang? Ada hal penting ke?"
Aku terdiam buat seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk dituturkan. Bair sedap di pendengaran lelaki itu. Dan semoga lembut hatinya untuk menghulurkan bantuan buat ibu. Lagipun ibuku itu juga bekas mentuanya. Takkanlah dia tidak mahu menolong?
"Ifa??"
"Emm..sebenarnya macam ni. Saya nak pinjam duit dari awak."
Aku mencuri pandang wajah Yusrizal. Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Dan aku sudah mengagak reaksi seperti itu daripadanya.
"Patutlah Ifa beria nak jumpa dengan abang. Ada benda yang Ifa mahukan dari abang rupanya," ujarnya sambil tersenyum sinis. Lagaknya seperti orang yang tersangat kecewa. Sedangkan hatiku sedikit sakit kerana diperli begitu. Faham sangat maksud lelaki itu.
"Saya datang sini bukan nak bergaduh dengan awak. Saya memang perlukan bantuan awak sekarang," ujarku. Kedengaran seperti memberi amaran.
"Abang faham. Kalau tidak Ifa pun tak sudi nak pandang muka abang kan?"
"Rizal, please.."
"Ok, ok. Berapa banyak duit yang Ifa nak pakai?"
"RM30, 000."
"What? RM 30,000? Ifa nak buat apa dengan duit sebanyak tu?"
"Saya pinjam duit tu untuk ibu."
"Untuk ibu? Kenapa dengan ibu?"
"Ibu perlu dibedah dengan segera. Minggu lepas doktor sahkan ada ketumbuhan dalam kepala ibu. Kalau tak dibedah mungkin akan mengancam nyawa ibu sebab ketumbuhan tu makin membesar dan aktif," terangku satu persatu. Lelaki itu kelihatan terkejut dengan berita yang aku sampaikan. Mungkin tidak menyangka ibu yang kelihatan itu sedang menderita kerana penyakit. Kalau dia terkejut apatah lagi aku?
"Ifa tak bohong kan?"
"Takkanlah saya nak bohong tentang ni?"
Bilik pejabat itu hening seketika. Kami berdua sama-sama terdiam. Aku mengangkat kepala dan merenung Yusrizal yang seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Boleh tak awak tolong saya? Awak jangan risau, saya akan bayar balik duit awak tu nanti. kalau tak mampu bayar penuh saya akan bayar beransur-ansur. Tapi saya janji akan bayar."
Yusrizal membalas renunganku. Pandangannya punya maksud yang tersirat. Sedangkah aku sudah tidak sabar ingin mendengar persetujuan daripadanya.
"Boleh tak Rizal?" tanyaku lagi.
Yusrizal menganggukkan kepala. Anggukannya membuatkan aku hampir menjerit. Terasa mahu saja kupeluk tubuhnya untuk mengucap rasa terima kasih yang tidak terhingga.
"Tapi dengan syarat!"
"Cakaplah apa saja syaratnya Rizal. Saya akan penuhi. Asalkan awak sanggup tolong saya."
Yusrizal menarik nafas dalam. Kelihatan payah benar dia hendak mengeluarkan suara.
"Syaratnya, kita rujuk semula!"
Dan bila mendengar kata-katanya itu, senyumanku terus mati. Aku memandangnya seperti tidak percaya. "Tak mungkin! Tak mungkin saya akan rujuk dengan awak semula!"
"Itu saja syaratnya. Kalau Ifa keberatan abang tak paksa. Tapi maaf, abang tak dapat membantu."
"Tapi, kita tak akan bahagia!"
"Semua itu terletak pada ketentuan Ilahi. Dia yang akan tentukan sama ada kita akan bahagia atau tidak."
Aku memejamkan mata. Tidak menyangka syarat ini yang akan dikenakan lelaki itu. Pandai sungguh dia mengambil kesempatan ke atas diriku. Dan aku pula sudah tersepit antara dua. Kalau aku menolak, maknanya aku akan gagal mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatan ibu. Dan kalau aku terima, bermakna jalan derita kehidupanku sudah terbuka luas.
"Macam mana?" tanya lelaki itu, tidak sabar.
Aku memejamkan mata lagi. YA ALLAH, demi ibu aku terpaksa melakukan ini. Dalam keterpaksaan aku menganggukkan kepala.
posted by Penulisan2u @ 3:02 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
14 Comments:
  • At 13/5/09 4:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..rizal mggunakn kesempatan yg ade dgn baik ek..huhu

    -cheesecake-

     

  • At 13/5/09 9:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer nie best sangat, tapi lambat upload kekadang berbulan2 tunggu..erm..takder blog ker?? jangan buat ternanti2...penantian satu penyeksaan..huhu

    neslo girl

     

  • At 13/5/09 5:01 PTG, Blogger alay yuhuu said…

    bg la blog....mustahil xder blog kn...hehe

     

  • At 13/5/09 5:20 PTG, Anonymous zee said…

    tol 2 akn x ada blog kot....
    da x sabo nk tggu next cite nie...
    best...

     

  • At 13/5/09 10:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la..tapi lambat sgt nak tunggu..

     

  • At 13/5/09 10:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wait..
    in islam..it is ok if nak rujuk bersyarat??
    it seems forbidden..
    -just curious-

     

  • At 14/5/09 2:59 PG, Blogger kUsUt iTu StYlO said…

    citer nie best...
    tpi lmbt la nk tgu...
    cpat la upload...!!!!!11

     

  • At 14/5/09 9:14 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Juz nak tau jek. Mane starting citer nie...
    X jumpe pon????

     

  • At 14/5/09 10:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita best tapi lambat sangat nak tunggu sambungan ye....
    bosannnnnnnnn

     

  • At 14/5/09 11:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i like the way ur writing....=)cpt2 la upload ye;-)

     

  • At 16/5/09 7:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bile nk spmg ag cite nie..

     

  • At 5/9/09 9:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    macam citer novel nabila jer..

     

  • At 24/10/09 5:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    AKUM,
    Ceta diye memang syok, but nak tunggu lama2 tak bestlah.napa lambat sangat upload.

     

  • At 26/4/10 9:51 PTG, Anonymous Eika Mentiq said…

    cte ney mmg mnarik..
    watak yg ditonjolkn mmg kene dgn jln ctenye..

    p/s : congratz..!! troskn usaha anda utk m'hasilkan krya yg lebey baek pd mse akn dtg.. tenkiu.. :D

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group