Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Air mata yang mengalir aku kesat apabila terdengar ketukan di pintu bilik tidurku. Hilang berterbangan semua ingatanku pada kenangan yang mengguris itu. Terfikir olehku untuk apa aku mengingatinya lagi, sedangkan kutahu ia akan mengundang air mataku jua nanti. Tapi walau kucuba untuk melupakannya ia tetap menjelma tanpa diundang di fikiranku ini. Seterusnya menambahkan perasaan benciku terhadap bekas suamiku itu. "Ifa dah tidur ke?" Terdengar suara ibu di luar bersama ketukan-ketukan kecil. Pantas aku bangun mendapatkan cermin. Menilik sedikit mataku yang membengkak akibat terlalu lama menangis. Bedak miyami aku capai dan menempek sedikit di wajah untuk menghilangkan kesuraman diwajahku ini. "Kejap ibu," pekikku. Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan baik barulah aku membukakan pintu. Sememangnya dari tadi lagi aku mengunci pintu. Tidak mahu tertangkap oleh ibu dan abah dalam keadaan aku bersedih begini. Kerna aku tahu hati mereka akan terluka sekiranya melihat aku bersedih. Maklum sajalah hanya aku permata hati mereka. "Ada apa bu?" tanyaku setelah membukakan pintu. Sebolehnya aku berwajah ceria. "Kenapa mata Ifa merah?" tanya ibu, risau. Tangannya ramah menyentuh wajahku. Aku hanya tersenyum sumbing sambil menggeleng perlahan. "Ifa ngantuklah bu. Sebab tu mata merah. Ibu bukan tak tahu anak ibu ni. Kalau mengantuk sangat sampai meleleh air mata," dalihku. Semetelah pula memang sifatku begitu. Kukira ibu pun sudah faham benar dengan sifatku yang satu ini. Mataku akan berair seperti orang menangis jika aku terlalu mengantuk. Dan ini kukira alasan yang amat munasabah buatku. Ibu menggeleng kepala sambil tersenyum. "Kalau mengantuk tidurlah. Jangan memaksa diri. Kan dah merah mata tu? Esok nak pergi kerja dengan mata merah tu ke? Kang dah tak cantik anak ibu," ujar ibu lembut. Aku tersenyum manis membalas kata-kata ibu. Rasa bersalah semakin membukit apabila mendengar kata-kata ibu. Maafkan Ifa ibu sebab menipu ibu. Ifa tak nak susahkan hati ibu dan abah. "Kejap lagi Ifa tidurlah ek? Emm, ibu datang bilik Ifa ada apa-apa ke bu?" "Tak ada apa-apa. Ibu tengok bilik Ifa cerah tadi. Sebab tu ibu datang tengok, dah tidur ke belum anak ibu ni." "Ooooo..kejap lagi Ifa tidur yea bu. Sikit lagi Ifa nak siapkan kerja Ifa tu. Ifa pun dah tak tahan ngantuk dah ni," kataku. Ahh, kerja apa sangatlah yang aku buat melainkan bersedih saja dari tadi. "Yelah, cepat tidur yea. Nanti terlewat bangun pulak. Ibu pun nak masuk tidur ni," ujar ibu. Aku hanya mengangguk. Tapi saat ibu ingin berpaling aku terperasankan sesuatu. Pantas tangan ibu kucapai. Ibu yang terkejut dengan perbuatanku itu mengerutkan dahi tidak mengerti. "Kenapa Ifa?" "Kenapa muka ibu pucat?" wajah ibu kuamati. Memang pucat sekali. Hairan pula aku sebab pagi tadi ibu kelihatan sihat sahaja. "Tak ada apa-apalah. Ibu Cuma pening kepala saja. Dari petang tadi lagi berdenyut-denyut kepala ni. Sebab tu ibu ajak abah balik dulu tadi. Lagipun Rizal ada temankan Ifa. Dia pun suruh ibu dengan abah balik dulu lepas makan sebab tengok ibu macam dah tak tahan sangat," terang ibu. Oh, patutlah ibu dan abah tinggalkan aku dengan Yusrizal tadi. Aku ingatkan ibu dengan abah memang berniat untuk meninggalkan aku dengan lelaki itu. Berdosanya aku sebab terfikir yang bukan-bukan dengan orang tuaku tadi. "Kenapa tak beritahu Ifa dulu tadi?" "Ibu memang saja minta Rizal jangan beritahu Ifa sebab Rizal kata tadi ada benda yang nak dibincangkan dengan Ifa. Kalau beritahu Ifa mesti Ifa nak ikut ibu balik kan?" Betul juga apa yang difikirkan ibu itu. Aku memang akan cepat risau. Apatah lagi kalau ianya melibatkan orang tuaku. "Dahlah, Ifa pergilah tidur. Nanti lewat pulak bangun esok. Kelas Ifa pukul 8 kan? Tak usah nak risaukan ibu. Esok lepas bangun tidur oklah ni." "Yelah, ibu pun rehat cukup-cukup. Muka ibu pucat sangat. Risau Ifa tengok." "Yelah, ibu nak masuk tidurlah ni. Selamat malam sayang." "Selamat malam bu." Sepeninggalan ibu, aku kembali termenung di atas katil. Mataku langsung tidak mengantuk seperti yang aku katakan kepada ibu tadi. Itu semua hanya alasan semata. Hari ini adalah hari yang paling sedih buatku selepas aku kembali mendapatkan semangat diri beberapa tahun yang dulu. Aku telah berazam untuk tidak bersedih lagi. Tapi nampaknya aku telah melanggar azamku itu. Ahh, Ya Allah hatiku tidak tenang sekali pada saat ini. Apa yang harus aku lakukan? Terfikir hendak mengerjakan solat sunnat dua rakaat dan membaca Al-Quran terikat diriku yang uzur pula. Jadi apa yang harus aku lakukan? Lebih baik aku tidur. Mungkin pagi esok aku akan lebih tenang. Lalu, aku merebahkan diri di atas katil selepas menutup suis lampu. Membiarkan cahaya lampu tidur sahaja menyimbahi ruang bilikku ini. Namun, baru sahaja aku hendak melelapkan mata, telefon bimbitku menjerit nyaring dengan tiba-tiba. Aku mengintai jam kecil di atas meja. Sudah menunjukkan pukul 12.15 minit malam. Siapa pula yang menelefonku tengah-tengah malam begini? Lalu, tanpa membiarkan telefon itu menjerit lebih lama aku mencapainya. Tertera nombor yang tidak kukenali di skrin. Dahiku berkerut. Tetapi panggilan itu tetap kujawab. "Hello." "Hello Ifa. Belum tidur lagi?" Aku pantas mematikan talian apabila suara si pemanggil menyapa gegendang telingaku. Tidak mahu suara itu lebih lama menyapaku. Perasaan benciku padanya hari ini begitu memuncak. Namun beberapa saat kemudian telefon bimbitku kembali menjerit. Dan si pemanggil adalah orang yang sama. Laju sahaja tanganku menekan punat cancel. Tidak ingin aku menjawab panggilan dari lelaki itu. Untuk apa dia menghubungi aku? Adakah hanya ingin menambah rasa sakit hatiku ini? Dan aku akan pastikan dia tidak akan berjaya melakukan itu. Kali ketiga telefon bimbitku berbunyi terus aku menukar modenya ke silent. Biarlah berapa kali telefon ini hendak berbunyi pun pasti tidak akan mengangguku lagi kerana ia sudah bisu. Biar padan dengan muka Yusrizal. Biar dia rasa sakitnya hati bila tidak dipedulikan.
Keesokkannya, apabila aku bangun benda yang pertama yang aku cari sudah semestinya telefon bimbitku. Bukan untuk melihat berapa missed calls ataupun mesej yang telah ditinggalkan buatku semalam, tetapi untuk melihat pukul berapakah aku mencelikkan mata dari mimpi-mimpi yang tidak berapa indahku semalam. Kadang-kadang aku terfikir untuk apalah aku bersusah payah melihat jam di telefon bimbitku sedangkan jam kecil sudah tersedia di atas mejaku. Tapi itulah kesan teknologi yang perlu aku akui keberkesanannya terhadap pengguna-pengguna seperti aku. Ternyata pengusaha-pengusaha telefon bimbit telah berjaya membuatkan telefon bimbit sebagai suatu aset yang sangat berharga pada masa sekarang. Tapi nampaknya niatku terpaksa ditangguhkan buat sementara apabila mataku disapa beberapa perkataan di skrin telofon bimbitku.
3 mesagge received 15 missed calls
Fuh, banyaknya! Tak tidur ke Yusrizal semalam? Tak ada kerja agaknya melainkan mengacau aku. Pantas punat ‘read’ aku tekan. Hendak juga aku lihat pesanan apa yang lelaki itu tinggalkan untukku.
Syg nape x jawab cal abg?
Itulah mesej pertama Yusrizal. "Sebab aku malas nak cakap dengan kaulah," bisikku sendirian. Menyakitkan hati saja. Mesej kedua aku buka dan kubaca.
Syg dah tido ke?
Mesej kedua Yusrizal. Kulihat masa mesej itu diterima. 1.55 am? Uissshh..tak tido ke mamat ni?
Xpela kalo syg dah tido. Nite syg. N sori pasal td. Abg x brmaksud nk igtkn syg tntg peristiwa dlu. Truly sori. Luv u so much..
Errr..meremang pula ku rasa belakang tengkukku ini. Love you konon! Senang saja lelaki itu mengucapkan kata cinta. Maklumlah, lelaki playboy sepertinya memang mudah menuturkan itu kerana bagi mereka ucapan itu tiada makna. Hanya untuk bersuka-suka. Tapi bagi diriku ucapan itu sangat bermakna. Melambang rasa cinta yang tidak terhingga kepada pasangan dan bukan untuk dibuat main seperti yang dilakukan Yusrizal. Dan aku tidak akan mudah percaya pada ucapan cinta yang dilafazkan lelaki seperti Yusrizal. Tak mungkin! Selepas membuang semua mesej dari inbox aku meletakkan telefon bimbitku di meja solek. Sempat juga aku meneliti mataku di cermin. Manalah tahu kalau-kalau mataku sembab pula pagi ini kerana menangis semalam. Aku menarik nafas lega kerana tangisanku semalam tidak meninggalkan kesan-kesan itu. Aku tersenyum di hadapan cermin. Terasa bodoh pula aku menagisi semua kenangan itu. Aku menangis, sedangkan mungkin Yusrizal sedang ketawa kesukaan kerana berjaya membuatkan aku menangis. Sudah tentu ia umpama kemenangan buat lelaki itu. Ahh, untuk apa lagi aku memikirkan lelaki itu? Lebih baik aku mandi dan membersihkan diri.
Selepas berpuas hati dengan penampilanku pagi ini aku turun ke bawah. Sempat kulihat jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Aku perlu bertolak awal ke UUM hari ini kerana aku punya kelas tepat pukul 8 pagi. Hai, agak malang aku semester ini. Tidak seperti semester sebelumnya. Kelasku setiap hari akan bermula pada pukul 10 pagi. Dapatlah aku menolong ibu apa yang patut dahulu sebelum bertolak ke UUM. Tapi tidak pada semester ini. Terutama sekali pada hari ahad dan rabu. Suatu perkara yang tidak dapat aku biasakan lagi adalah aku terpaksa bekerja pada hari ahad. Kalau di negeri lain hari inilah yang ditunggu-tunggu, tapi tidak pada pekerja-pekerja yang mencurahkan khidmat di negeri Kedah ini. Cuti kami hanyalah pada hari sabtu. Itulah hujung minggu di sini. Tapi nasib baik jugalah aku bekerja sebagai pensyarah. Cutiku juga sudah semestinya lebih daripada pekerja-pekerja lain. Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur. Tiba-tiba perasaan hairan melanda hatiku ini. Selalunya waktu begini ibu sudah sibuk di dapur. Aku yang berada di bilik tingkat atas pun akan terbau aroma masakan ibu. Tapi untuk hari ini tiada pula aroma itu menyapa hidungku. Takkan ibu tak bangun lagi? Mustahillah. Abah yelah jugak. Sebab abah akan masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi itu tak bermakna ibu juga perlu bangun lewat. Jarang sekali ibu berbuat begitu. Sebagai seorang isteri, ibu akan memastikan semuanya tersedia awal untuk suami dan anak tercinta. Aku tahu itu kerana aku juga pernah menjadi seorang isteri suatu ketika dahulu. Pantas aku mencari kelibat ibu. Tempat pertama tentulah didapur. Tapi tidak pula kelihatan ibu disitu. Kemana pula ibu ni? Aku keluar dari ruangan dapur dan menuju ke ruang tamu pula. Manalah tahu kalau-kalau ibu ada di situ. Dan jantungku bagai berhenti berdegup apabila terpandang tubuh kaku ibu disitu. Terlepas beg berisi laptop di tanganku ini. Laju sahaja aku mendapat ibu lalu memangku kepalanya. Apa yang terjadi kepada laptopku itu aku tidak peduli. Apa yang lebih penting sekarang ialah ibu. "Ibu, kenapa ni? Ibu bangun bu," panggilku bersama tangisan. Pipi ibu kutepuk berkali-kali. Tapi ibu masih tidak juga tidak sedarkan diri. Tidak pernah aku melihat ibu pengsan begini. Hatiku dilanda kerisauan yang teramat. Ya Allah janganlah apa-apa yang buruk berlaku pada ibuku. "Ibu bangun bu. Jangan buat Ifa takut bu," rayuku lagi. Tapi tubuh ibu masih jua kaku. "Abah!!!!!!"
harap2 ibu ifa tuh xsakit teruk la....tolong la jgn jadi ape2 kt ibu ifa..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...
tak sbr nak tunggu sambungannya..
suspen2..
gud job
~salam~