BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Mei 25, 2009
Cerpen : Takdir yang Tercipta
Nama Pena : ATIQ ZIZAN

Kelihatan ibu sudah menunggu di meja makan.Tangannya ligat menyediakan sarapan

buatku.Ibu tersenyum manis apabila melihat aku menghampirinya.Hari ini seperti

biasa.Aku wajib ke sekolah untuk menuntut ilmu.Ibu kata hanya ilmu sahaja yang

mampu mengubah hidup aku.Aku cuma memiliki ibu.Ayah pula sudah tiada sejak aku

berumur enam tahun akibat ditembak perompak ketika melakukan tugas.Ayah seorang

pegawai polis yang yang cukup hebat dimataku.Keberaniannya telah menjadi semangat

untuk aku dan ibu terus hidup walaupun tanpa kehadirannya lagi.Teguran ibu pantas

melenyapkan ingatan aku terhadap ayah buat seketika. "Apa yang Haziq menungkan tu?"

soal ibu apabila melihat Haziq diam tanpa bicara salam yang selalu diucapkan.Aku lalu

memandang wajah ibu yang lengkap berjilbab hitam serta baju kurung biru tua.

"Haziq teringat ayah, bu.." balasku perlahan.Senyuman ibu mula kendur.Tangannya

mulai mengusap ubun-ubun kepalaku.

"Dahlah tu…Sekarang, sarapan cepat.Macam biasa,hari ni Haziq naik bas.Balik nanti

ibu jemput…" ujar Najmi sambil menghulurkan segelas susu panas kepada anaknya.

"Ibu jemput! Kenapa? Bukan ibu kerja ke hari ni…" ,aku agak terkejut.

"Mulai hari ni,Haziq akan tinggal sekejap dengan Abang Ilham selama empat hari.Ibu

ada kursus penting dekat Kedah.Jadi, lepas balik sekolah ibu terus hantar Haziq ke rumah

Abang Ilham…Bolehkan."

"Hah! Alaa…bu,tiada orang lain ke nak jaga Haziq.Kenapa Abang Ilham pula? Mesti

dia tak nak jaga Haziq.Dia bukan suka Haziq pun,bu…" aku merayu lantas memasamkan

muka.Wajah Abang Ilham serta-merta terbayang di benak fikiranku.

"Abg Am garanglah, bu.." rungut aku lagi.Cuba mencari alasan konkrit.

"Tak baik Haziq cakap macam tu.Itukan pak cik Haziq.Ibu fikir dah tiada orang lain

yang boleh jaga Haziq.Boleh ya sayang…Empat hari saja." pujuk ibu lembut. Aku

mengangguk lesu.Satu ciuman manja hinggap di pipi kananku.Terasa sungguh mesra.

Sudah masuk dua hari aku tinggal bersama Abang Ilham.Semalam aku tidak ke sekolah

kerana cuti am dan hari ini aku harus ke sekolah baru yang terletak di pusat bandar

Kuala Lumpur.Telur goreng dan roti menjadi santapan waktu pagi.Abang Am memang

tidak pandai memasak.Jadi, bila sampai waktu tengah hari terpaksalah aku makan nasi

dengan telur goreng sahaja.Cuma itu saja makanan yang aku tahu masak.Aku berkalih ke

jam dinding yang terletak di bahagian ruang tamu kondominium besar milik Abang Am.

7:15 pagi! ."Alamak! Dah lewat ni..Kenapa Abang Am tak bangun lagi?" getus aku

sendirian.Segera aku menelefon ibu.Aku terus berwaleh kepada ibu tentang hal sebenar.

"Assalamualaikum, ibu.Maaf, ganggu…" aku memulakan bicara.

"Walaikummussalam. Haziq kenapa telefon ibu pagi-pagi ni? Ada masalah ke?" soal ibu.

Kedengaran ibu seperti tergesa-gesa.Mungkin terlewat ke kursus itu.

"Err..ibu macam mana ni. Haziq dah lewat ke sekolah tapi Abang Am tak bangun lagi.."

"Kejutkan saja dia. Haziq pandai-pandailah cari idea.Okeylah, ibu nak pergi ni.Belajar

rajin-rajin ya sayang, assalamualaikum…". Talian telefon terputus.

Haziq mengeluh resah.Mesti Abang Am memarahinya jika tidurnya diganggu.Kelihatan

malam tadi Abang Ilham pulang lewat.Dia masuk ke dalam rumah dengan keadaan

mabuk sampai tidak perasan Haziq yang sedang berdiri dihadapannya.

Tubuh Abang Ilham yang agak sasa itu digoncang perlahan-lahan.Dengusan kasar

kedengaran. "Abang Am, Haziq dah lewat ni..Cepatlah hantar.Nanti cikgu marah..".

"Pergi sendiri naik bas tak boleh ke!Abang mengantuklah..Dah pergi!".Haziq terkejut.

"Okey..Haziq pergi sendiri.Abang jangan terkejut bila baca surat khabar esok ada budak

bernama Haziq kena culik! Baru padan muka!".Kata-kata Haziq begitu menikam hatinya.

Pantas dia bangun dan memandang wajah cuka Haziq. "Yelah! Abang hantar..Tunggu

luar dulu.." ujarnya lesu lantas berlalu ke bilik air.Haziq tersenyum puas.

"Ish..kecil-kecil dah pandai gertak aku.."desis Ilham geram.Pintu bilik air ditolak kasar.

Sejurus sampai di sekolah, Haziq lekas turun dari perut kereta.

"Abang Am jemput pukul satu nanti ya..Jangan lambat!"pesan Haziq sungguh-sungguh.

"Err..Abang nanti jangan lupa solat..Assalamualaikum".Ilham agak terkejut mendengar

pesanan kedua Haziq.Rupa-rupanya, Haziq sedar dia tidak pernah mengerjakan solat.

Rasa malu tiba-tiba menyerang sanubarinya.Teringat sejadah biru di kamar belakang

yang disimpannya sejak bertahun-tahun dahulu.Ilham akur.Sudah lama dia tidak

tunduk pada Yang Esa.Apatah lagi berzikir dan membaca kitab suci Al-Quran.

Ya Allah!Apa yang aku buat selama ni.Ilham mengejipkan mata seperti terlupa sesuatu.

Lupa tentang ibadahnya selama ini yang wajib dilakukan.Fikirannya mula runsing dan

tidak tentu hala.Oh!Tuhan, berikanlah aku hidayahmu.

"Woi..jauh menung.Seronok tak jaga anak buah.Sure letih nak layan budak-budak…

Sabar la.Jangan tension.Hilang handsome kau tu.."usik Nafiq selamba.Dia kenal sangat

dengan teman rapatnya itu.Jika ada masalah pasti diam dan termenung.Ilham tersengih

mendengar usikan nakal Nafiq.Lukisan projek di atas meja terus dibiarkan sepi.

"Apa kata malam ni kita keluar.Macam biasa.Lepak dengan awek cun.Okey!"

"Aku tak jadi ikut.Malam ni aku ada hal.Kau pergilah sorang-sorang.."balas Ilham

acuh tak acuh. "Laa..apasal ni.Nak cakap kena marah dengan bos tak.Sebab aku tau

kawan aku ni best worker kat sini.Selalu saja kena puji.Aku je yang selalu kena marah".

"Merepeklah kau ni..Nah! Bagi lakaran ortografik ni kat bos.Aku nak balik dulu.."

Ilham bangun dan terus keluar dari ruang pejabat.Nafiq terkebil-kebil memandang

lakaran Ilham.Lengkap dan kemas.Memang patut hasil kerja Ilham dipuji Bos Amir.

Kereta Vios miliknya diparkir.Haziq masih bisu disebelahnya.Sebaik enjin dimatikan,

Haziq terus menuju ke lif terletak berhampiran.Ilham masih kaku.Dadanya berombak

kencang.Dahinya dihentak-hentak ke stereng.Tangannya pula erat memegang telefon

bimbit yang baru membawa berita yang sukar diterimanya.Fikirannya juga ligat

memikirkan tentang Haziq. "Apa Haziq boleh terima semua ni?" fikir Ilham buntu.

"Abang Am menangis!" soal Haziq tiba-tiba.Ilham geleng.Menafikan.Air mata yang

masih bersisa diseka.Wajah lembut Haziq ditenung lama.Dia lalu teringat kata-kata Kak

Najmi yang masih terngiang-ngiang di telinga.

"Haziq ni good boy.Akak yakin dia tak buat masalah.Lagi pun dia pandai urus diri.

Harap Am tak kisah nak jaga Haziq.Bukan lama pun..empat hari saja.Manalah tau

Haziq boleh ubah cara hidup Am..".

"Haziq minta maaf sebab marahkan Abang Am tadi.Haziq betul-betul takut duduk kat

sekolah sorang-sorang..".Kata-kata Haziq mematikan lamunannya terhadap Kak Najmi.

Segera Ilham memeluk tubuh kecil Haziq. "Abang yang salah sebab lewat jemput Haziq

kat sekolah.Abang minta maaf..".Haziq turut membalas pelukan erat Ilham.

"Ziq.." Ilham cuba mencari kekuatan.

"Ya..Ada apa, bang?" soal Haziq yang masih erat dalam pelukan.

"Ibu dah tak ada.." .Pelukan Ilham makin erat.Menunggu reaksi Haziq.

"Memanglah ibu dah tak ada.Diakan tengah kerja.Mana ada kat sini.." jawab Haziq.

"Ziq!Ibu dah meninggal dunia tengah hari tadi.Dia kemalangan.Dia dah tinggalkan

Haziq buat selama-lamanya." Ilham berterus-terang.Haziq lantas menolak badan Ilham

dengan kasar. "Apa?! Abang Am tipu!Tipu!Ibu dah janji dengan Haziq akan balik.

Ibu hidup lagi!Abang tipu Haziq! Tak mungkin…" jerit Haziq terus berlari ke biliknya.

Ilham terduduk kaku.Pandangannya dilemparkan ke luar jendela.Mencari ketenangan.

Seminggu berlalu.Haziq kelihatan lebih pasif sebelumnya.Lebih banyak berkurung di

dalam bilik.Ilham pula sibuk dengan pekerjaan sebagai arkitek dan sering pulang lewat.

"Haziq kurung dalam bilik ni lama-lama buat apa? Haziq selalu menangis?" soal

Abang Am suatu hari.Haziq geleng dan tersenyum.Jari telunjuknya diarahkan ke atas

meja kecil.Terdapat sebuah buku kecil berwarna hijau tua.

"Haziq selalu baca Yassin untuk ayah dan ibu Haziq.Biar nanti ibu dan ayah tenang kat

sana.." jawab Haziq tulus tanpa berselindung. "Haziq selalu solat hajat..Doa ibu dan ayah

masuk syurga dengan Haziq nanti.Dekat sana nanti Haziq boleh jumpa mereka"

tambahnya lagi sambil merenung wajah Ilham yang terus berdiam diri.

"Abang pakai cantik-cantik ni nak pergi mana?" ujar Haziq dengan wajah sedikit

berkerut. "Abang nak keluar kejap dengan kawan" ujar Ilham seraya bangun untuk

bergerak pergi. "Petang ni kalau main kat bawah,cepat balik!" jerit Ilham berpesan

dari luar.Sepatu dipakai kemas-kemas.

Petang itu, Haziq masih bersendirian.Hanya ditemani cuaca tenang sekitar

kondominium itu.Warga kondo disini kebanyakannya sibuk bekerja.Jarang sekali melihat

kelibat penduduk disini untuk beramah mesra sesama sendiri.Sungguh berlainan ketika

berada di luar bandar! Fikir Haziq sendirian.Haziq lalu melemparkan pandangan ke langit

dikara yang terlalu memukau pandangannya.Maha Berkuasa Allah mengatur segalanya!

Haziq lalu teringat kejadian malam tadi.Dia terjaga apabila terdengar alunan suci kalam

Al-Quran dibacakan penuh syahdu.Perlahan kakinya bergerak ke kamar Abang Am.Pintu

dikuak sedikit.Dari kesamaran cahaya lampu tidur, kelihatan Abang Am cukup khusyuk

dengan bacaan surah Al-Mulk.Haziq gembira dengan perubahan Abang Am.Terlalu

gembira.Ternyata Allah masih membuka pintu hidayah buat Abang Am.

"Adik tinggal disini?" soal seorang perempuan berbaju kurung hijau.Entah mana

munculnya Haziq pun tidak sedar.Lamunannya juga serta-merta terhenti.Haziq lalu

berpaling ke arah suara itu.Kepalanya dianggukkan pantas.Manis.Itu yang dapat

diungkapkan dalam hati Haziq apabila melihat kakak yang mungkin berumur muda

beberapa tahun dari Abang Ilham.Wajahnya begitu manis dan cantik.

"Siapa nama? Umur?".

"Haziq Nakhwat.Panggil Haziq je..Umur 11 tahun.Haziq baru tinggal disini.."

"Oh! Nama akak, Nur Aisyah.Panggil saja Kak Isyah.Haziq tinggal dengan ibu dan

ayah?" .Tangannya mula mengusap rambut Haziq.Haziq berasa seperti ibu yang sedang

membelainya.Damai sekali.

"Emm tak! Haziq tinggal dengan pak cik.Ayah dah lama meninggal.Ibu juga dah

meninggal dunia, baru seminggu lalu..Kemalangan.." suaranya mulai kendur.Sebak dihati

masih terasa pedihnya.Isyah terkesima.Sungguh dia tak sangka budak sekecil di

hadapannya mampu menghadapi dugaan yang menimpanya dengan tabah.Jelas diraut

wajahnya terlukis seribu kerinduan yang tidak dapat dirungkai.

"Dah makan?" .Haziq mengangguk lesu. "Makan apa tadi?" Kak Isyah bertanya lagi.

"Telur goreng dengan nasi.Pak cik tak reti masak.Jadi, Haziq masak apa yang Haziq tau."

Isyah menggeleng simpati.Lalu, diajaknya Haziq mengunjungi kondominiumnya

di tingkat empat.Haziq dihidangkan makanan yang lebih enak dan berkhasiat.

"Sedapnya akak masak!" ujar Haziq gembira.Mulutnya penuh dengan makanan.Isyah

pula tergelak melihat gelagat budak usia 11 tahun itu.Sungguh periang dan agak peramah.

Jam berdetik menunjukkan pukul 7:33 malam.Haziq memohon kebenaran untuk

pulang.Pasti Abang Ilham sudah balik.Isyah turut menemani Haziq pulang.Risau akan

keselamatan anak yang masih mentah itu.

Sebaik pintu dibuka, wajah Abang Am seperti udang kena bakar.Merah menyala.Haziq

dan Kak Isyah agak terkejut.Pantas lengan Haziq ditarik kasar.Satu pelempang hinggap

di pipi kiri Haziq.Isyah terkejut. "Awak!.." Kak Isyah sedikit menjerit.Geram dengan

kelakuan lelaki di hadapannya itu.Sudahlah tak bertanya budak tu pergi mana.Terus saja

di lempangnya Haziq. "Hei! Awak ni siapa? Jangan berani nak bawa Haziq ke

mana-mana.Awak jangan menyibuk hal orang lain boleh tak!.." marah Abang Am.

"Abang! Akak ni baiklah..Dia cuma ajak Haziq pergi kondo dia je..Salah ke?" nyata

Haziq tersedu-sedu.Terasa hangat pipi kirinya. "Diam! Abang dah suruh Haziq balik

awal!Kenapa lambat? Buat Abang risau saja. Pergi masuk! Mandi cepat.."

arah Ilham tegas.Kepalanya di paling kembali ke arah gadis dihadapannya.Gadis itu

kelihatan kembali tenang.Wajahnya di tundukkan.

"Maaf! Saya lambat hantar Haziq balik.Awak jangan marahkan dia lagi ya!Saya yang.."

Belum sempat Isyah menamatkan ayat terakhir, Ilham menghempas daun pintu dengan

kuat. "Ya Allah! Garangnya dia ni.." getus Isyah di dalam hati.

Selepas kejadian itu, Abang Ilham menghantar Haziq ke kampung.Haziq akan dijaga

oleh Nek Wirna yang pernah menjaga Abang Ilham ketika kecil dahulu.Nek Wirna

sungguh baik.Kedatangan Haziq disambut gembira olehnya. "Haziq kena duduk sini ke,

bang".Ilham mengiakan. "Sekolah sini juga?".Ilham sekali lagi mengiakan.

"Haziq jangan nakal-nakal.Belajar rajin-rajin.Abang Am hantar Haziq ke sini sebab kat

KL tak siapa yang boleh jaga Haziq.Lagi pun, Abang sibuk dengan kerja.Okey!" beritahu

Ilham terus-terang.Haziq akur.Memang Abang Am begitu sibuk berkerja. "Ibu..ayah..

Semua orang dah tak sayangkan Haziq lagi.Semua tak nak jaga Haziq lagi.Kenapa ibu

tinggalkan Haziq sorang-sorang!.."rintih Haziq dalam jiwa kecilnya.Rindu kian menebal.

Ilham berlalu pergi membiarkan Haziq yang kaku membisu.Kereta Vios Ilham kian

hilang di pandangan Haziq. "Haziq sayang Abang Ilham.." ujarnya perlahan.

Usai solat Isyak, Ilham menuju ke kolam renang yang terdapat di bawah kawasan kondo

itu.Tempat itu juga, Haziq selalu bersiar-siar.Seorang gadis sedang berdiri ditepi kolam

itu.Merenung keindahan bintang malam.Ilham menghampiri gadis itu.Dia yakin gadis

itulah yang diherdiknya dulu."Kesian!Nak marah Haziq, dia pun kena sekali."gumamnya.

Ilham berdehem beberapa kali.Ternyata gadis itu leka melihat bintang.Entah apa yang

difikirnya!Sampai tak sedar Ilham di sebelahnya.Isyah terkejut lalu beranjak ke tepi

sedikit.Cuba mengadakan jarak di antara mereka.

"Maaf! Fasal saya marah awak minggu lalu.Tak dapat nak kontrol marah.Maaf ya.."

rayu Ilham berharap gadis itu tidak memendam rasa dendam.Isyah mengangguk.

Pandangannya masih di larikan ke arah lain. "Saya Nazirul Ilham.Panggil Ilham.Awak?"

Isyah agak terkejut dengan kelakuan pemuda itu. "Friendly pula dia ni!" desis Isyah.

"Nur Aisyah.Panggil Isyah..Awak pak cik, Haziq ke?"

"Oh! Isyah.Aah..saya pak cik,Haziq."

"Dah lama saya tak nampak Haziq.Mana awak kurung dia?"

"Mana ada saya kurung dia.Haziq saya hantar ke kampung nenek angkat saya.." Ilham

berasa terpukul dengan kata-kata gadis genit itu.Wajahnya pula sukar dilihat kerana

terlindung di sebalik tudung putih yang dipakainya. "Awak tak rasa ke Haziq

perlukan awak.Tak patut awak hantar dia kat nenek awak tu.Dia nampak betul-betul

sayangkan awak.Dalam keadaan begini, Haziq amat memerlukan seseorang untuk

menyanyanginya." ujar Isyah tiba-tiba.Pandangannya seketika dialihkan ke muka Ilham.

"Nenek sayakan ada.Sekurang-kurangnya ada orang yang sayang dia juga kat sana.."

"Maksud saya orang yang lebih dia kenal seperti awak! Jadi dia akan rasa lebih selesa

untuk berbicara.Elok awak jaga dia.Jaga anak yatim piatukan disukai Allah malah

kita juga akan diberkati-Nya.".Ilham mengangguk-angguk kepala.Menyedari

kekhilafannya terhadap Haziq.Ilham mula menyedari gadis ini begitu prihatin terhadap

Haziq.Perilakunya juga sopan dan sederhana. "Boleh saya ajak awak minum kat luar?"

"Err..Maaflah.Kalau Haziq ada saya tak kisah.Lagi pun saya memang tak biasa

keluar dengan lelaki..Maafkan saya..".Isyah berterus-terang dan berlalu pergi.Ilham

sedikit hampa.Namun senyuman mula terukir di bibirnya. Gadis itu cukup berlainan

sifatnya, bukan seperti gadis lain yang di kenalinya.Membuat Ilham semakin ingin

mengenalinya lebih dekat.

"Kenapa Abang Am bawa Haziq balik KL?"soal Haziq pelik.Kereta Vios milik Abang

Am meluncur laju mengharungi lebuh raya Utara-Selatan.

"Rindu kat Akak Isyah tak?" soal Ilham sambil memandang sekilas wajah Haziq.

"Kak Isyah! Oh! Mestilah Haziq rindu kat dia.Dia baik. Abang kenal dia ke?"

"Baru hari tu abang kenal dia.Nice orangnya.Dia tanya Haziq ke mana.Abang jawablah.

Dia ingat abang kurung Haziq.Selepas tu abang ajak dia…".

"Mesti Abang Am ajak dia keluar! Betul tak.." duga Haziq memintas Ilham.

"Eh! Pandainya teka..Tapi dia tak nak la.."

"Kenapa? Abang Am marah dia lagi ke? Atau Kak Isyah merajuk?.."duga Haziq lagi.

"Emm, taklah..Abang rasa dia malu..Kalau Haziq ada baru dia nak!"

"Oh! Tu sebab Abang Am bawa Haziq balik ni..". Ilham lalu tersengih panjang.

Ketukan pintu bertalu-talu mengejutkan Ilham. "Ya, masuk.." arahnya.

Pembantu setianya, Nurul datang menghampiri.Sebuah fail hitam diletakkan di atas meja.

"Bos Amir suruh encik semak kertas kerja projek mega yang sedang dibina

sekarang.Semua yang berkaitan dengan projek mega ini ada dalam fail ni.."

"Okey..thank you" .Ilham melepaskan keluhan panjang.Menangggalkan kot yang

dipakainya.Ikatan tali lehernya dilonggarkan sedikit.Tangannya pantas mencapai fail

hitam tadi.Tertera namanya di depan muka fail tersebut.

"Ketua projek..Nazirul Ilham…Hah! Aku?...Pelik.." Ilham membulatkan mata.Kurang

percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Projek tu memang kau jadi ketuanya!"ujar satu suara dari arah pintu.Nafiq!

"Tapi kenapa aku? Kau pun boleh jadi ketuanya..".Nafiq menghampiri Ilham.

"Assistant kau, bos lantik aku..Kira samalah tu..Nampaknya bos lebih percayakan kita.

Makin naiklah gaji kita nanti..Hoho!" tawanya riang. Alhamdullilah! Ucap Ilham syukur

dengan rezeki Allah yang tiba-tiba datang melimpah ruah.

"Aku tengok sejak akhir-akhir ni kau dah banyak berubah.Dah tak macam dulu.Lepak,

bual-bual kosong dengan kami,disko tengah malam.. Kau okey?" soal Nafiq yang

sememangnya suka akan keseronokan.Dia terlalu bersifat hedonisme.Ilham geleng.

"Aku tak nak join korang lagi.Lagi pun apa yang kita buat tu berdosa..Tak bermanfaat.."

luah Ilham memandang tepat ke dalam mata rakannya itu.Nafiq mengangkat kening.

Terkejut. "Dosa! Sejak bila kau mula tau fasal dosa ni, Am?Weird!"

"Sejak aku mula kenal kehidupan yang sebenar, Fiq..". Ilham bangun terus berlalu

keluar.Malam ini, dia dan Haziq diajak Isyah makan malam bersama.

Dia perlu pulang awal. "Hei, Am! Tunggu, aku tak habis cakap lagi..".Jeritan Nafiq

dibiarkan sepi.Ilham terus melangkah.

"Wah! Cantiknya bunga ros merah ni, bang.Mesti untuk Kak Isyah.Betul tak?"

soal Haziq sambil memegang kuntuman ros yang mekar mewangi itu.

"Emm..nanti esok kita keluar siar-siar sama Kak Isyah.Nak!" ajak Ilham.Sudah tiga hari

Haziq tidak dibawanya bersiar-siar.Mesti budak kecil itu berasa bosan.

"Wah! Best tu.." ujar Haziq kegirangan.

"Abang dah solat isyak?".Ilham menggeleng.

"Nak jemaah sama abang, boleh?" Haziq memohon kebenaran.Perkara itulah yang paling

dirinduinya.Solat jemaah.Dulu,ketika ibu dan ayah ada mereka selalu melakukan solat

secara berjemaah. "Ibu cakap dapat 27 kali ganda pahala kalau solat jemaah!" ujar Haziq

lagi. "Jom..tapi abang nak mandi dulu.". Ilham terus melangkah menuju ke bilik.

Doa dipanjatkan ke hadrat Illahi dengan penuh khusyuk.Setelah itu mereka

mengaminkannya bersama-sama.Haziq terus menyalami tangan Abang Am seraya itu

Ilham mencium kedua-dua pipi Haziq.Haziq terkedu.Tak pernah Abang Am

melakukan perkara sebegitu terhadapnya. "Abang sayang, Haziq.." ucap Ilham perlahan.

"Haziq pun sayangkan, abang..".Mereka saling berpelukan.Bagi Ilham,Haziq benar-benar

telah mengubah cara hidupnya yang dulu jauh terpesong.Inilah takdir yang diciptakan

Allah.Penuh hikmah!

"Nanti..bila Kak Isyah dah kahwin , abang Am pun dah kahwin.Siapa nak jaga Haziq?"

soal Haziq ketika mereka bertiga sedang menikmati makan malam usai solat Isyak.

Isyah tersenyum.Ilham pula berdiam diri.Masing-masing meneruskan suapan dimulut.

"Haziq tau!..".

"Apa dia?" soal Isyah yang mula meneguk air oren sejuk.

"Abang Am kahwinlah dengan Kak Isyah!" ujar Haziq selamba.Ilham yang leka

mendengar tersedak-sedak.Mukanya merona merah.Isyah menghulurkan segelas air ke

arah Ilham. "Err..Haziq minta maaf, bang.". Ilham menghela nafas panjang.

"Lain kali jangan buat lagi.Nanti abang mati tercekik baru tau!". Isyah dan Haziq

tergelak kecil melihat gelagat Ilham yang masih terbatuk-batuk.

Esoknya, Ilham membawa Isyah dan Haziq bersiar-siar di sekitar bandar.Mereka lalu

duduk rehat di sebuah taman rekreasi. "Abang! Mana bunga yang abang nak bagi tu?"

soal Haziq berbisik di sebelah. "Abang tertinggal dalam kereta! Lupa nak ambil.."

"Tak apa, biar Haziq ambilkan.Abang Am buallah dengan Kak Isyah…" kata Haziq cuba

memberi pertolongan.Ilham tersenyum.Kunci kereta bertukar tangan.Haziq terus berlalu.

"Err..Isyah.". Isyah berpaling ke arah Ilham.Tubuh Haziq tidak kelihatan. "Ya..".

"Saya ada benda nak bagi kat awak.." .Sebuah kotak kecil berwarna merah dihulurkan ke

arah Isyah.Isyah lalu menyambutnya dan dibukanya dengan hati-hati.Sebentuk cincin.

Isyah terkejut."Awak…".Belum sempat Ilham meneruskan niatnya. Terdengar jeritan

Haziq di belakang.Ilham berkalih begitu juga Isyah.Masing-masing kaget melihat sekujur

tubuh penuh dilumuri darah terbaring di atas jalan.Haziq!

Ilham dan Isyah terus berlari dan merapati tubuh kecil Haziq yang telah kaku.Sejambak

bunga ros masih erat berada di tangannya.Ilham menggoncang tubuh Haziq berulang kali.

Berharap Haziq sedar.Namun hampa.Darah kian membuak keluar dari mulut kecil Haziq.

Nadinya juga sudah terhenti.Ilham dan Isyah bagai tak percaya."Haziq!Haziq! Bangun!".

THE END...Berhiburlah dengan cerpen saya yg sudah disiarkan iaitu Avatar Catur Maya dan Eqzar yg berunsur sains fantasi..Semoga terhibur..-Gadis usia 18-
posted by Penulisan2u @ 2:06 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
25 Comments:
  • At 25/5/09 2:51 PG, Blogger bulan bintang capricorn said…

    napa cm familier je cite nieh.??

    nieh cite yg penah kuar kat tv3 dulu an

    kat slot cerekarama

    am i ryte.?

    copy paste ke.?

     

  • At 25/5/09 6:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betul la...sebijik cam cite slot cerekarama,stp hr sabtu jam 10mlm.....ending cite pn dh leh agk...

     

  • At 25/5/09 11:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    avatar catur maya 2 mmg best lain dr yg lain
    tp yg ni mmg ciplak idea drama kan
    que haidar, rozita che wan berlakon kan..
    adoi jgn ar cmni..
    buruk nama nnti...

     

  • At 25/5/09 11:19 PG, Blogger shahagurlz said…

    btul3..
    cter ckerama que haidar n ayu raudah berlkon..

     

  • At 25/5/09 2:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ni saja-saja buat arr...bosan takder IDEA NAK WAT CERPEN..INGAT SENANG KE NAK WAT CERPEN..ADUHAI...GIVE SPIRIT LARR...-PENULIS-

     

  • At 25/5/09 3:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haah ni jalan cerita yg mcm kat tv3 tu kan
    tp ending dia x sama kan
    pape pun all the best :)

     

  • At 25/5/09 10:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni dh prnh kuar sblm ni dlm mjlh pe ntah...
    aku prnh bca...
    sblm cite ni kuar dlm tv3...

     

  • At 25/5/09 10:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ending die sme jgak...ank buah die meninggal..
    ble sy bce ayt first tu sy da agak ni cte cam lam tv..
    tp...for writer, tq coz dgn cerpen ini tlh mengisi wktu lapang sy...sonok je bce..:)

    --insan yg perihatin--

     

  • At 26/5/09 2:45 PG, Blogger ain_dira said…

    btl3... citer yg penah siar kat tv3.. cari la idea laen yg x ciplak dr yg sedia ade.. baru sonok bace..

     

  • At 26/5/09 8:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xde idea, x yah la bt.buang karen je bace.

     

  • At 26/5/09 10:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcm cite SYURGA CINTA je..filem yg baru kuar 2..btul x??

     

  • At 26/5/09 12:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Boringnyer.....uih.....mengantuk....Cuba perbaiki la k....

    AFFA MADANI

     

  • At 27/5/09 11:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagusnya tulis semula cite ni..
    tp tuk penulis,bek ko statekan asal idea ni dr cte 2..
    xdela org nak ptikaikan..
    kena saman ngan pengarah nt baru tau...
    hak cipta tpelihara ni beb..

     

  • At 28/5/09 4:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    syurga cinta....name haziq tuuuu ....kopi n teh la ni

     

  • At 28/5/09 7:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haah la.. mula2 baca dah cam tau cerita ni.. kot ye pun nak menulis.. jgn la buat yg orang dah pernah buat.. cari idea sendiri kalau nak orang gv spirit untuk awak whai penulis.. awak nak ke kalau hasil karya awak orang PLAGIAT @ COPY????

    -manusia-

     

  • At 28/5/09 8:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni dah kluar kan... patutlah nmpk familiar.. anyway.. utk penulis.. truskan usaha anda dlm dunia crpen. lagi satu... klu blh jgn la tiru cite org.. x baik.. apa2 pun.. gud luck for u.

     

  • At 28/5/09 10:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    SECARA KESIMPULANNYA..CERITA NI MMG DARI CEREKARAMA..KHAS UTK SAPER YG TAK TGK CITER TU...ALAH NI SAJA2 TRANSLATE DLM CERPEN...TU PUN NAK KECOH KER...CITER CERPEN LAIN PUN BYK ARR YG SAMA..ASYIK-ASYIK CINTA...NI ADIK AKU YG BUAT LARR...-PENULIS YG TAK MAHIR LAGI-

     

  • At 29/5/09 2:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lor..adik ko plak bt, cover line nmpak?cinta ni luas, eleborate lah dgn bek.saja2?ko igt, tulis cerpen ni skadar nk glamer n interpreme nme je ke? kne saman bru tahu.ap2 pun, gud lak 2u.-ak yg suke komen-

     

  • At 30/5/09 7:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    klAu naK aDaptasi..siLa lar tuLis paPe note ek ciK pNulis~ nEway u Ade BakaT~ jGn seSiakan.- OrEn

     

  • At 31/5/09 12:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sabar ye penulis..
    jgn la marh2...
    kite terima kritikan scara positif..
    -smile-

     

  • At 31/5/09 9:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mana ader marah..luah perasaan jewrr....hepi nie....-penulis-

     

  • At 2/6/09 11:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    rilek ah penulis...
    jgn mrh2 erk..
    ptutlh mser memuler bcer tu cam pnh dngr jew
    criter nih..
    drama,sbelum sejadah dibentang..
    que n ayu raudhah blakun..
    pepepun gud luck 2 u erk

     

  • At 2/6/09 11:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak kisah ler citer ni dah kuar tv ke ape ker..
    aku pun tak tgk citer ni..

    tapi yg aku musykilnya ilham tu kan pakcik haziq..
    nape panggil abang am..tak uncle am ke..pak cik am ker..

    pape pun jgn buat citer yg familiar..klu idea asal, original, tak ciplak lagi best..

    klu xde idea..xyah berkarya lg..tggu idea dtg baru buat..

    ~harith damia~

     

  • At 19/6/09 11:55 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yeah...siyes,betul tu en.harith damia...
    xde idea,baek xyah wat karya,ciplak lak tu...
    malas aku nk bace la..

     

  • At 30/6/09 9:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha
    padan muke si penulis..
    tu la copy paste lg..
    kn da kne..
    adik konon..haha
    xde idea xpyh berkarya..
    bukan karya namenye ni..hahaha..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group