BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Mei 18, 2009
Cerpen : Selamat Hari Guru Mama
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

BAYU pagi bulan Mei berhembus membawa pergi segala kenangan yang tercipta dalam bulan April. Lembaran baru bakal diselak, menutup naskah kehidupan yang lama. Azrul menyapu jem berperisa strawberry pada roti bakar di tangan kanannya. Kemudian, roti itu diletak di dalam piring kecil. Dia berlalu ke rak menyimpan gelas dan cawan. Dua biji gelas diambil lalu diletakkan di atas meja. Dia melangkah ke arah peti ais pula, mengeluarkan sekotak jus epal dan kembali semula ke meja makan. Azrul berpuas hati dengan juadah yang terhidang untuk sarapan pagi itu. Ada beberapa keping roti bakar, semangkuk bijirin dan sekotak jus epal. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi derap kaki yang menuruni anak tangga. Segera dia berlari ke ruang tamu.
"Selamat pagi mama!" ucap Azrul dalam senyuman yang melebar.
Zuhrina yang sedang memakai anting-anting di telinga hanya tersenyum nipis sebagai balasan sapaan anaknya tadi. Dia pantas mencapai beg bimbit yang terletak di atas meja kecil yang dihiasi beberapa pasu pokok kaktus. Ada yang tumbuh menghijau dan ada juga yang mula rekah berbunga.
"Mama tak sarapan dulu?" soal Azrul apabila melihat mamanya tidak terus ke dapur sebaliknya bergegas ke muka pintu.
Zuhrina membuka rak kasut lalu mengeluarkan sepasang kasut tumit tinggi rona krim, bersesuaian dengan kebaya biru gelap yang dipakainya. Dia memandang wajah anaknya yang berumur lapan tahun itu dengan pelbagai rasa.
"Mama dah lambat Rul. Rul sarapan sorang ya. Nanti mama balik kita makan sama,"
"Tapi ma..."
"Okey Rul mama pergi dulu," tukas Zuhrina.
"Mama tunggu!"
Langkah Zuhrina terhenti tatkala mendengar panggilan dari anaknya itu. Dia segera berpaling. Azrul berjalan perlahan ke arah mamanya. Wajahnya jelas masam mencuka.
"Kenapa ni Rul? Dahlah, mama nak pergi kerja ni," ujar Zuhrina, agak malas melayan kerenah anaknya.
"Rul nak salam mama," ucap Azrul.
Zuhrina terpana namun cepat-cepat tersedar. Segera dia menghulurkan tangan kanannya pada Azrul lalu disambut dengan kucupan oleh anak sulungnya itu. Sepantas kilat juga tangannya direntap kembali. Zuhrina membuka pintu kereta Viva miliknya lalu menghidupkan enjin. Azrul hanya memerhati pemergian mamanya dengan pandangan kosong.
Dia kembali semula ke dapur, melihat juadah yang terhidang di atas meja. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi tersebut. Sekeping roti bakar dicapai lalu disuakan ke mulut. Terasa pahit, tidak mampu ditelan. Namun dia gagahkan juga. Selepas habis menikmati sekeping roti bakar, dia menuangkan jus epal itu ke dalam gelas. Rakus dia meneguk air tersebut sehingga tinggal suku gelas. Berharap kedinginan jus epal itu dapat menyejukkan hatinya yang berbahang. Sejak mamanya dilantik menjadi guru penolong kanan dan sejak mamanya berpisah dengan papa, sedikit demi sedikit Azrul merasakan mamanya kian menjauh. Hatinya dipaut sayu. Tanpa disedari, ada air jernih yang mengalir di pipi bersama-sama jiwa yang rawan.

* * * * *

"MACAM mana ni cikgu? Perkara ni kalau diketahui oleh orang luar, malu kita!" ujar Cikgu Kamarulazman, guru disiplin di Sekolah Menengah Sri Gelam itu.
"Sabar cikgu, bawa bertenang. Masalah tak akan selesai kalau kita asyik bertekak macam ni," getus Puan Maria, pengetua sekolah itu.
Zuhrina membaca sekali lagi kertas yang dipegangnya. Pelajar-pelajar kelasnya ini memang tidak habis-habis buat masalah. Bukannya tidak pernah ditegur, sudah berbuih mulut ini menasihati mereka, sampai hendak tercabut anak tekaknya memarahi mereka, tetap juga masih tidak mahu mendengar kata ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja.
"Macam mana Cikgu Rina?" tanya puan pengetua.
"Saya serahkan pada Cikgu Kamarul saja puan. Saya dah tak larat nak hukum mereka tu. Kalau ini jalan yang terbaik, saya ikut saja," jawab Zuhrina.
Cikgu Kamarulazman tersenyum seakan puas hati dengan jawapan yang diberi oleh rakan sekerjanya itu. Puan Maria mengeluh kecil. Sedangkan guru kelas sudah bersetuju, apalah dayanya untuk menghalang.
"Baiklah Cikgu Rina, nanti awak panggilkan Fared dan Zenizam untuk berjumpa saya pada waktu rehat nanti. Cikgu Kamarul, saya serahkan hal ni pada awak," ujar Puan Maria.
Kedua-duanya keluar dari bilik puan pengetua serentak. Belum sempat Cikgu Kamarulazman hendak membuka mulut, dilihatnya Zuhrina sudah mempercepatkan langkah. Pasti menuju ke kelasnya. Siaplah budak-budak tu nanti kena serangan mulut laser Zuhrina itu.

* * * * *

SELUAR biru gelap disarungkan ke tubuhnya diikuti dengan kemeja putih bersih yang licin bergosok. Rambutnya dilumur sedikit gel lalu disikat rapi. Beg sekolah yang agak berat dengan buku-buku teks yang tebal dipikul. Pintu rumah ditutup rapat lalu dikunci. Gugusan kunci itu kemudiannya diselitkan dicelah-celah pasu bunga yang terdapat di hadapan pintu itu. Azrul melangkah ke pintu pagar. Dia berdiri menanti ketibaan pemandu van untuk membawanya ke sekolah petang itu. Dalam penantian, Azrul terkenang semula pertelingkahan yang berlaku antara papa dan mamanya beberapa bulan yang lepas.
"Apa yang you sibukkan sangat kat sekolah tu sampai balik lewat petang? You tak kasihan ke tengok Azrul duduk sorang-sorang kat rumah?" Zuraidi memarahi isterinya.
"You tak tahu kerja I jadi you jangan ikut sedap mulut je bercakap. Yang you tu pun sama. Balik pagi tidur, petang keluar balik sampai pagi. Azrul tu langsung tak ada peluang nak jumpa you tahu tak?" bidas Zuhrina.
"Dah waktu kerja I macam tu. You bukan tak tahu kerja I, bouncer di kelab malam. You sepatutnya memahami," balas Zuraidi.
"I yang patut faham atau you yang tak pernah faham? Sekurang-kurangnya kerja I lebih terjamin dari you!"
"Oh, jadi you nak cakap yang kerja you tu bagus, baik and kerja I ni bodoh, macam tu?" ujar Zuraidi.
Zuhrina mencebikkan bibir. Sudah faham buat-buat bertanya pula.
"Baik, I nak tengok. Apa kerja you tu dapat tanggung hidup you atau tak!"
Zuhrina tersentak. Apa yang suaminya itu cuba sampaikan?
"Maksud you?" tanya Zuhrina.
"Mulai malam ni, I ceraikan you talak satu!"
Hampir gugur jantung Zuhrina mendengar lafaz talak yang keluar dari mulut suaminya. Dia jatuh terjelepok di atas lantai. Zuraidi lantas keluar dari rumah itu lalu menghempas pintu dengan kuat. Azrul yang sejak tadi bersembunyi di balik dinding berjalan perlahan ke arah mamanya yang terduduk menahan rasa. Zuhrina yang menyedari kedatangan Azrul segera bangun lalu berlari masuk ke dalam bilik. Azrul yang tidak ketahui apa-apa hanya mampu diam terpinga-pinga.
"PIN!! PIN!!"
Bunyi hon dari van berwarna kuning jingga itu mengejutkan Azrul dari lamunan. Azrul membuka pintu pagar dan kemudian menguncinya. Dia menyapa pemandu van yang dikenali sebagai Pak Ajis itu. Pintu van dibuka dari dalam dan Azrul pun memasuki perut van lalu van tersebut meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat itu dengan kepulan asap hitam di udara.

* * * * *

"CIKGU tak seharusnya bersetuju dengan tindakan Cikgu Kamarul tu," bantah Cikgu Saliza pada Zuhrina.
"Saya dah tak mampu nak fikir apa lagi cikgu. Penat dah saya melayan kerenah pelajar kelas saya yang nakal tu," balas Zuhrina.
"Tapi apa gunanya gantung mereka dari pergi sekolah? Mereka tetap akan buat perkara yang sama apabila kembali semula ke sekolah. Seharusnya sebagai guru kelas mereka, cikgu patut fikirkan cara lain supaya mereka sedar," ujar Cikgu Saliza lagi.
"Saya tahu, saya faham tapi saya tak tahu bagaimana lagi nak didik mereka ni supaya mendengar kata. Bergaduh dengan orang luar di dalam kawasan sekolah, memang kes berat Cikgu Saliza. Sampai jadi kes polis. Apalagi yang saya nak buat? Lebih baik serahkan pada ibu bapa mereka untuk selesaikannya," balas Zuhrina.
Saliza menatap wajah sahabatnya itu dengan rasa simpati. Saliza tahu masalah yang melanda diri sahabatnya itu. Zuhrina masih sedang belajar menerima hakikat penceraian yang berlaku dalam hidupnya beberapa bulan yang lepas. Dia masih dalam kejutan. Namun sebagai seorang guru, Zuhrina harus bersikap profesional. Dia harus bijak membezakan yang mana urusan peribadi dan yang mana urusan kerja.
"Jadi, apa yang cikgu nak buat sekarang?" tanya Cikgu Saliza.
Zuhrina diam dan terus diam.

* * * * *

AZRUL pelik apabila melihat pintu pagar masih berkunci. Matanya melilau sekeliling. Kereta Viva milik mamanya tiada di halaman. Ini bermakna mamanya masih belum pulang. Azrul melirik pada jam di tangan. Sudah pukul 6.30 minit petang. Ke mana agaknya mamanya pergi? Beg yang dipikul diturunkan lalu diletakkan di tepi. Azrul duduk di atas jalan tar di hadapan pintu pagar, menunggu kepulangan mamanya kerana dia tidak punya kunci mangga pintu pagar itu. Kebiasaannya mama akan pulang dahulu sebelum dia jadi dia memang tidak pernah menyimpan atau membawa kunci pintu pagar itu. Lima minit menunggu, Azrul mula bosan. Dia cuba memanjat pintu pagar yang dua kali ganda dari tingginya namun gagal. Hatinya mula merungut, marah.
"Eh, Rul!! Buat apa kat luar ni? Mama tak balik lagi?" tegur Ramlah, jiran sebelah rumahnya.
"Belum lagi makcik,"
"Azrul, dah berapa kali kakak cakap, jangan panggil kakak makcik. Kakak ni muda lagi tau," jelas Ramlah.
Azrul menyeringai, menampakkan barisan giginya yang berlubang di sana-sini. Bukannya Azrul tak mahu memanggil wanita itu kakak tetapi dirasakan tidak sesuai. Kata mama, jirannya itu sudah berumur 38 tahun, justeru tidak sesuai dipanggil kakak. Mungkin kerana Ramlah masih belum berkahwin, menyebabkan dia membahaskan dirinya begitu.
"Tak ada pula mama kamu pesan pada kakak apa-apa. Adalah hal agaknya tu. Dah, jom masuk rumah kakak. Dari kamu duduk sini sorang-sorang, kena culik baru tahu," lancang sekali mulut Ramlah berbicara.
Azrul mengangkat beg sekolahnya semula. Dia tidak berapa gemar tinggal di rumah Ramlah. Adik lelaki wanita itu yang berumur 14 tahun selalu sahaja membulinya. Habis buku sekolahnya diconteng atau dikoyak budak lelaki itu. Entah mengapa dia berperangai begitu, tidak pula Azrul ketahui. Dengan langkah yang malas, dia berjalan menuju ke rumah jirannya itu. Baru beberapa langkah, bunyi enjin kereta menampar telinganya lantas Azrul berpaling. Mamanya sudah pulang! Azrul menjerit kesukaan. Zuhrina keluar dari kereta lalu mendapatkan anak lelakinya itu.
"Maaf sayang. Mama jumpa kawan tadi. Dah lama Rul tunggu?" beritahu Zuhrina.
"Tak apa mama. Rul pun baru sampai," ujar Azrul menyedapkan hati mamanya.
"Akak baru nak ajak dia masuk rumah akak tadi. Yalah, akak tengok dia sorang-sorang duk tercegat kat depan pagar tu, risau pula akak," terang Ramlah.
"Terima kasih kak. Kami balik dulu ya," ujar Zuhrinah lalu memimpin tangan anaknya menuju ke kediaman mereka.

* * * * *

LANGIT malam hitam pekat. Tiada langsung cahaya rembulan yang menerangi. Gugusan bintang pula seakan malap cahayanya. Mungkin petanda malam ini hujan akan turun. Zuhrina berjalan perlahan mengelilingi halaman rumahnya. Di tangan, gelas berisi coklat panas masih berasap. Perlahan-lahan Zuhrina membuka lembaran peristiwa yang berlaku siang tadi. Peristiwa yang menghadirkan gundah di dalam hati. Semuanya berlaku selepas dia tamat mengajar kelas tambahan pada pukul empat petang. Hajatnya untuk terus pulang ke rumah tergendala setelah menerima mesej dari bekas suaminya yang ingin bertemu empat mata dengannya. Ada perkara mustahak yang ingin dibincangkan.
Dalam hati, ada pelbagai gelodak rasa yang menerpa. Mungkinkah bekas suaminya itu ingin berbaik semula dengannya? Mengenangkan perkara tersebut, dia diselubungi gembira. Ternyata masih ada sayang dalam hati untuk suami yang masih dicintai. Sampai di tempat yang dijanjikan, Zuhrina menunggu dalam debar ketibaan suaminya.
Beberapa minit menunggu, suaminya muncul. Tanpa salam, tanpa bertanya khabar, suaminya terus ke topik utama. Zuhrina hanya menangkap perkataan hak penjagaan anak dan yang selebihnya ibarat angin membuai pergi setiap patah kata bekas suaminya itu. Hatinya hancur, luluh! Lenyap segala angan-angan indah yang diimpikan. Musnah semua khayalan pesona yang dicitakan. Selepas menerangkan serba-sedikit tentang tujuan perjumpaan itu, suaminya bergerak pergi namun sempat dia berpesan sesuatu. Pesanan yang Zuhrina tidak akan lupa hingga nyawanya terputus dari badan.

"Kalau boleh, I nak selesaikan dengan cara baik. I nak you serahkan Azrul dengan rela hati. Tak perlu nak bawa ke mahkamah. I malas nak uruskan segala macam prosedur yang leceh tu. I tahu, you rasa yang Azrul tu satu beban. Sebab itulah I nak Azrul tinggal dengan I. Lagipun, I akan bernikah tak lama lagi. Dengan perempuan yang tahu menghargai dan menyayangi,"

"Mama!"
Teriakan Azrul memecah lamunan Zuhrina. Benarkah seperti kata suaminya, Azrul adalah satu beban baginya? Jauh di lubuk hati, Zuhrina seakan bersetuju dengan pendapat suaminya itu. Perpisahan yang terjadi antara dia dan suami, Azrul yang menjadi punca. Sedikit-sebanyak dia rasakan Azrul pembawa malang. Apatah lagi selepas melahirkan Azrul, dia dimaklumkan bahawa dia sudah tidak boleh mengandung lagi kerana rahimnya sudah tidak kuat. Jika dia berkeras untuk mengandung, kandungan tersebut akan mudah gugur.
Tinggal bersama-sama Azrul juga memeningkan kepalanya. Dia tidak kisah soal kewangan kerana gajinya sebagai seorang guru mampu menampung mereka dua beranak. Apatah lagi baru-baru ini dia dinaikkan pangkat sebagai guru penolong kanan hal ehwal pelajar. Cuma, apa yang menjadi masalah ialah dia tidak punya cukup masa untuk mengambil berat akan diri Azrul. Siangnya dia sibuk dengan aktiviti di sekolah. Mengajar, mesyuarat, menguruskan perihal para pelajar yang ramai dan melayan pelbagai kerenah para pelajar kelasnya yang nakal itu. Kadang-kala dia harus pergi mengikuti seminar atau kursus menyebabkan dia harus meninggalkan Azrul pada jagaan orang lain. Kala malam, dia harus menanda dan menyemak latihan dan ujian yang diberi. Kemudian dia akan masuk tidur kerana keletihan. Selalu juga dia diserang migrain kerana terlalu banyak berfikir. Berfikir tentang perasaan, tentang masa depan dan tentang kehidupannya.
"Mama!!" jerit Azrul lagi.
Perlahan-lahan sebuah keluhan dilepaskan. Mungkin ada baiknya jika dia serahkan Azrul pada bekas suaminya. Mungkin kehidupannya akan lebih teratur.
"Mama di sini Rul!" laung Zuhrina.
Azrul keluar dari dalam rumah, mencari-cari mamanya. Apabila melihat mamanya yang sedang berdiri memandang langit, segera dia menerpa ke arah mamanya. Kaki mamanya dipeluk erat. Zuhrina mengusap kepala anaknya lembut. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Azrul akan hasrat papanya itu. Dapatkah Azrul menerimanya? Ah, mungkin itu yang Azrul hajatkan. Yalah, selama ini dia sendiri jarang menumpukan perhatian pada anaknya yang seorang ini. Jadi, secara tidak langsung, ini adalah untuk kebaikan Azrul juga.

* * * * *

JAM loceng menjerit nyaring. Zuhrina segera menekan butang berwarna biru itu sekaligus menghentikan jeritan yang membingitkan telinga. Tepat pukul sembilan pagi. Hari Sabtu begini biasanya dia akan ke sekolah untuk mengajar kelas tambahan bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Zuhrina bingkas bangun lalu mengemas katilnya ala kadar. Dia tidak terus ke bilik air sebaliknya melangkah ke bilik Azrul. Pintu bilik dibuka. Katil anaknya sedikit pun tidak berusik. Oh, dia terlupa semalam bekas suaminya membawa Azrul bermalam di rumahnya sementara. Soal hak penjagaan anak itu, sudah dimaklumkan pada suaminya bahawa dia telah bersetuju untuk menyerahkan Azrul di bawah jagaan bekas uaminya itu dan biarlah bekas suaminya sendiri yang memberitahu Azrul tentang perkara itu.
Pintu bilik ditutup semula. Zuhrina menuruni anak tangga menuju ke dapur. Selalunya sarapan sudah tersedia di atas meja. Azrul telah diajar untuk menggunakan pembakar roti dan sedikit perkakas dapur. Anaknya itu memang pandai berdikari walau umurnya masih lagi muda. Sudah lama juga Zuhrina tidak menjejakkan kaki ke dapur. Biasanya dia akan membeli lauk-pauk dari kedai kerana nasi sudah ditanak oleh Azrul sejak pagi. Dia hanya perlu memanaskan sahaja.
Baru sahaja Zuhrina ingin naik semula ke bilik, dia terpandangkan tudung saji rona hijau yang terletak betul-betul di tengah meja. Ada sesuatu di dalamnya. Pantas Zuhrina membukanya dan alangkah terkejut apabila melihat sebiji kek dan sepucuk surat disertakan bersama. Perlahan-lahan surat itu dibuka. Dari Azrul.

Mama,

Azrul minta maaf sebab tak dapat sambut hari ibu dengan mama hari ni sebab mama kata papa nak ajak Azrul pergi jalan-jalan. Azrul tak nak pergi tapi mama kata kasihan dekat papa. Papa rindukan Azrul. Jadi Azrul pun ikutlah cakap mama.

Mama,

Kek ni Azrul yang buat dengan Makcik Ramlah. Azrul yang minta Makcik Ramlah ajarkan. Azrul cakap dekat makcik yang mama selalu nampak sedih. Jadi makcik kata baik bagi mama makan kek sebab kek manis. Makcik kata lagi mama pasti senyum sebab makan kek yang manis. Azrul pun mintalah makcik ajarkan sebab Azrul dah lama tak nampak mama senyum.

Mama,

Azrul minta maaf kalau Azrul ada buat salah. Azrul tahu Azrul banyak susahkan mama. Azrul selalu kacau mama masa mama tengah buat kerja sekolah. Azrul selalu kacau mama masa mama tengah berehat. Azrul selalu paksa mama balik cepat walau Azrul tahu mama banyak kerja kat sekolah. Azrul minta maaf mama.

Mama,

Tak lama lagi hari guru pula. Azrul tak tahu nak bagi mama hadiah apa. Takkan nak bagi kek lagi. Azrul tanya cikgu dekat sekolah. Cikgu cakap Azrul boleh bagi apa yang Azrul mampu asalkan ikhlas. Azrul ada kumpul duit belanja sekolah. Azrul ingat nak belanja mama makan KFC. Nanti kita pergi sama-sama ya mama.

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru, mama. Azrul sayang mama. Sayang sangat-sangat!!!

Tangan Zuhrina menggigil. Dia terjelepok di atas kerusi. Apa yang telah dia lakukan? Apa yang telah merasuknya sehingga dia tergamak membuang anak yang dikandungnya selama sembilan bulan? Apa yang telah dia lakukan pada anak yang langsung tidak bersalah? Apa yang telah dia lakukan pada anak yang selalu menyediakan sarapan untuknys setiap pagi, yang menemaninya setiap hari di rumah, yang memeluknya sebelum tidur, yang berusaha untuk membuat dia tersenyum semula? Ya Allah! Kejamnya aku sebagai seorang ibu! Betapa dia pentingkan diri sendiri, betapa dia terlalu ikutkan perasaan dukanya, betapa dia mudah berputus asa pada hidup ini. Maafkan mama, Azrul. Maafkan mama!
Zuhrina bangun perlahan-lahan. Surat ditangan diepagang kejap. Dia bergegas menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia segera menyiapkan diri. Dia ingin bertemu Azrul. Dia ingin memeluk dan mencium anaknya itu sepuasnya. Tunggu mama Azrul, tunggu mama...

TAMAT

Selamat Hari Guru Mama: Dalam mengejar impian, ada hati yang dahaga setitik kasih...
posted by Penulisan2u @ 1:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
33 Comments:
  • At 18/5/09 10:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu sedih..apa nyer mak lah..x tau jer anak adalah harta yg paling x ternilai????

     

  • At 18/5/09 12:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Aduss!!! sedey giler... hope sy tak menjadi ummi yang begitu pentingkan kerjaya hingga anak2 terabai.. Iskandar & Izzah..... Ummi sayang kalian...

     

  • At 18/5/09 2:25 PTG, Anonymous rahmah said…

    sedih2.. tapi matang btol anak dia tu.. smoga x jd mcm mama ni suatu hari nnt.. amin..

     

  • At 18/5/09 3:31 PTG, Anonymous khaulah said…

    a'ah...mmg sedih.. dah menangis dah ni..

     

  • At 18/5/09 5:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ah, encik ridh memang suka buat sy menangis!! benci!

     

  • At 18/5/09 5:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy lihat cerpen2 yg saudara ridhwan tulis memang sangat menyentuh hati. jika temanya cinta, memang sangat romantis. jika temanya sedih, memang menitiskan air mata.

    dr mana saudara menyelami perasaan ini? pengalaman sendirikah? saya amat meminati cerpen cinta antara kita & cinta antara kita ii. tak nak buat sambungan?

    -fiqa-

     

  • At 18/5/09 5:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sampai hati mak dia buat macam tu! tak patut betul!

    sedih citer ni. habis tisu aku sepeket. kipidap bro!

     

  • At 18/5/09 10:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menangis dan terus menangis... :'(

     

  • At 19/5/09 12:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah kerana berjaya menghasilkan cerita yang amat menyentuh hati ini...

     

  • At 19/5/09 12:33 PG, Anonymous NiNa said…

    well done, writer...so sad at the end tp penuh dgn pengajaran

     

  • At 19/5/09 1:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih untuk cerita ini... saya tersentuh -cikgu fadz-

     

  • At 19/5/09 7:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tiiiidddaaaaaaakk!!

    baru tak nak sedih dah jadi sedih. best giler! well done! :)

     

  • At 19/5/09 8:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu sedeyh bace cerpen nih.

    (:~D)
    ske komen

     

  • At 19/5/09 11:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dahlah tengah sedih, baca citer sedih. lagi sedih aku... anyway, good job penulis!

     

  • At 20/5/09 8:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    it is normal for parents nowadays biarkan anak2 terkapai2, we are juz kids, we still need u in our life.....
    susah btul ke parents nak faham?
    kadang2 children are more mature than parents....
    thanks 2 the writer.....

     

  • At 20/5/09 1:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    owh, sy benar2 t'sentuh... syabas writer!!

     

  • At 20/5/09 3:03 PTG, Blogger CTNAQUIA ESIR said…

    sedihnyala...~
    tapi best!!

    (^_^)v

     

  • At 20/5/09 3:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best! best! teruskan berkarya... ;)

     

  • At 21/5/09 12:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    uwaaa..sedihnya..
    gud job penulis..

     

  • At 21/5/09 7:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    well done writer!! kipidap bro!

     

  • At 22/5/09 4:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam perkenalan dan selamat sejahtera.

    Terima kasih saya ucapkan pada yang sudi singgah membaca dan melontarkan ulasan dan pandangan anda. Saya amat hargainya. Jemput baca karya-karya saya yang lain seperti Cinta Antara Kita I & II, Antara Dua Hati I & II, Rawan Sekeping Hati dan lain-lain...

    Selamat membaca... ;)

     

  • At 22/5/09 4:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fiqa: terima kasih atas sokongan yang anda berikan pada saya. saya menulis berdasarkan pengalaman saya dan juga sekeliling. apa yang saya tulis, lahir dari hati kerana menulis juga perlu dengan niat yang betul...

    em, insyaallah, akan ada sambungan untuk cerita cinta antara kita. sama-sama kita nantikan ya... ;)

     

  • At 22/5/09 11:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Ya Allah..sedihnye..x tahan aku..

     

  • At 23/5/09 4:14 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cop!!
    knp sy xrasa sedih erk??
    pelik2....
    (O.o)

     

  • At 23/5/09 2:13 PTG, Blogger Camellia MK (Maria Kajiwa) said…

    Bertemu di sini sekali lagi Ridh..teruskan.kakak tetap sokong kamu.

     

  • At 25/5/09 3:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita nie sangat2 la menyentuh perasaan sy...
    mg patut parents yang berkerjaya bace cerita ni su that anak2 x terbiar cam sy ni..huhuhu...sedeynye ble sndidr alami..wawawawa...

     

  • At 26/5/09 3:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kak maria: iya, kita bertemu lagi. di mana ada ruang untuk berkarya, di situ kita mencelah... hehehe... ;)

     

  • At 27/5/09 2:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Tanpa Nama; 25/05/09; 3:32 am

    Usah bersedih. Apa yang kamu patut lakukan ialah berbincang dengan keluarga kamu. Perasaa hasrus diluahkan. Jika dipendam, ia akan lebih memeritkan nanti terus menjadi nanah di hati.

    Saya yakin, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak mereka. Mungkin mereka fikirkan tentang kebaikan dan kebahagiaan kamu di kemudian hari. Jika kamu mahu sedikit perhatian, curi masa mereka sebentar agar mereka tahu kamu wujud.

    Maaf, saya berbicara panjang. Sekian...

     

  • At 31/5/09 12:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sangat menyentuh hati... good job writer! ni nak cari karya kamu yang lain...

     

  • At 21/6/09 12:11 PTG, Anonymous IeDa said…

    sedih la.....tp disebabkan dkt ofis ni so terpaksa la cover air mata yg hampir jatuh berderaian 2...

     

  • At 23/7/09 5:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best , i had experience the same story in my real life . but , i was 15 at that time :)

     

  • At 20/6/11 9:10 PTG, Anonymous mai said…

    wah!!!!sungguh menabjukkan skli.....diakhir crta membuatkn sy mngalir air mta....kasiannye sma azrul 2...harp2 ibu bpa yg di luar sne jnganlh siakan anak anda,lgi2 yg soleh2 2...ehe3.....(^_^)...

     

  • At 11/3/12 8:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    err bukan apa, tp nak ckp, cerita ni takde lar best sgt. maksud saya, ia tak padan dgn temanya 'HARI GURU'. lagipun endingnya, open ending.. jadi cerpen ni tergantung. just anak dia pegi kat suami dia and dia kasi surat kata slamat hari ibu selamat hari guru nak beli kfc pakai duit sdiri blablabla sume dia nangis.. BANG! dah habis.

    harap boleh baiki lagi cerpen.
    markah: 5/10.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group