BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Mei 26, 2009
Cerpen : Ranjau Kehidupan
Nama Pena : Syafie al-Insafi

"NYAH kau dari sini! Anak tak kenang budi!"

Aku mengeluh sendirian. Terasa berat sekali keluhan yang meruntun di jiwaku tatkala aku melepaskannya. Patah-patah ayat yang keluar daripada mulut ayahku acap kali bergema di ruang koklea; seakan-akan seperti pita rakaman yang sering kali memutarkan bait-bait ayat tersebut. Aku merenung kosong memandang kawasan tasik yang terbentang di hadapan ruang jendela mataku. Bertemankan suasana girang kanak-kanak yang sibuk bermain dalam dunia mereka sendiri. Berkejar-kejaran ke sana ke mari. Tidak langsung menghiraukan dengan apa yang terjadi di sekeliling persekitaran mereka. Seolah-olah esok masih ada lagi.

Aku sempat mengerling ke arah sepasang kekasih yang sibuk memadu kasih di suatu sudut wakaf di tepi tasik, tidak jauh dari tempat aku berteduh. Begitu romantiknya mereka berdua. Bergelak ketawa, senyum tersipu-sipu sambil si teruna membaling beberapa ketul batu ke dalam tasik. Si dara hanya duduk memerhatikan gelagat si teruna. Alangkah mesranya mereka berdua.

"Hmm, adakah keputusanku selama ni betul?" Ujarku dalam nada separuh berbisik.

Aku memalingkan mukaku ke atas. Terlihat akan sekumpulan unggas yang terbang secara berkumpulan. Burung Raja Udang. Barangkali terbang mencari rezeki di muka bumi Tuhan ini. Kelibat awan yang berarak dari tenggara datang membawa petanda bahawa sebentar lagi bumi ini bakal disirami dengan hujan. Namun, aku masih tidak berganjak walau seincipun. Masih lagi berteleku duduk di bawah sepohon pokok yang rendang. Mengenang kembali peristiwa yang berlaku semalam. Peristiwa yang mengubah status diriku sendiri.

"Charles, apa yang Charles buat ni? Charles dah tak sayang mama lagi?" ujar ibuku dalam nada sebak.

"Charles sayangkan mama. Tapi, ni pilihan hidup Charles. Harap mama dan papa faham."

"Faham? Kau faham apa? Kau jelaskan sekarang macam mana kau boleh jadi macam ni? Cakap!" bentak ayahku garang.

"Tak ada sesiapapun yang paksa Charles masuk Islam. Charles sendiri yang nekadkan hati. Bukannya hasutan sesiapapun."

"Papa tanya kau, Charles. Kau jawablah. Kenapa kau boleh jadi macam ni, ha? Kau tak pandai nak jaga maruah keluarga. Kau tengok sekarang, apa dah jadi? Di mana kami nak letak muka kami ni? Maruah kami? Cakap, Charles. Cakap!"

Aku diam. Terkedu. Hendak memandang wajah ayah aku. Sekalipun aku tak sanggup. Ayah aku ketika ini berada dalam status amuk. Hanya menunggu masa saja untuk melihatnya meletus. Ibu pula hanya mampu menangis, melinangkan air matanya sejak dari tadi.

"Ya Allah, jika ini adalah sebahagian daripada dugaan Engkau, maka aku redha untuk mengharunginya. Engkau berikanlah kepadaku kekuatan dalam menempuhinya. Hanya Engkau sajalah yang mampu memberikan pertolongan kepada hamba-hamba-Nya," doaku di dalam hati yang tidak putus-putus sejak dari tadi.

"Charles, papa dah hilang sabar dengan kau. Dari tadi lagi papa tunggu, tapi langsung tak ada jawapan yang keluar daripada mulut kau. Charles, papa tanya kau sekali lagi. Siapa yang paksa kau masuk Islam? Apa yang buat kau jadi macam ni? Perempuan tu, bukan? Cakaplah Charles," nada kemarahan ayahku semakin memuncak. Berbeza dengan sebentar tadi. Aku masih lagi diam membisu. Menundukkan pandanganku.

"Tak, papa. Sebenarnya, dah lama Charles masuk Islam. Tapi, Charles tak beritahu papa dan mama. Charles takut kalau papa dan mama menentang keras hasrat Charles ni. Hal ni langsung tak ada kaitan dengan perempuan tu."

Pang! Aku terpaling ke kanan. Aku memegang raut pipi kiriku. Sakit. Terasa bagaikan fikiranku melayang sebentar.

"Papa, kenapa papa tampar Charles?" Ibuku tergesa-gesa mendapatkan diriku. Memeluk diriku yang masih lagi terkedu dengan situasi sebentar tadi.

"Charles, mulai saat ni, papa tak nak tengok lagi kau ada dalam rumah ni. Keluar! Kau bukan lagi anak papa."

"Papa, papa sedar tak apa yang papa cakap ni? Charles ni satu-satunya anak lelaki kita," balas ibuku dalam nada sebak. Tiada lagi linangan air mata mengalir keluar membasahi pipi.

"Mama, jangan sekali-kali mama nak halang tindakan papa. Charles bukan lagi anak kita. Dia dah pun menganut Islam. Mama tak malu terhadap jiran-jiran lain? Saudara-mara kita lagi? Mana nak letak maruah kita ni?" tegas ayahku bersuara.

"Biarlah apa yang orang lain nak kata apapun. Mama tetap tak benarkan Charles keluar dari rumah ni."

"Mama, mama jangan nak melawan cakap papa. Papa tak nak tengok lagi muka Charles dalam rumah ni lagi. Anak derhaka. Tak kenang budi."

Groomm! Aku tersentak dengan bunyi guruh yang berdentum di ruang langit. Hujan sudah mula menyirami permukaan bumi. Aku mula meninjau persekitaran sekeliling. Mencari-cari kawasan untuk berteduh. Tiba-tiba, mataku tertacap ke arah sebuah pondok di sebelah kiriku, tidak jauh dari tempatku berteleku. Aku bergegas ke pondok berkenaan. Aku mengelap manik-manik peluhku yang sudah bercampur dengan rintik-rintik air hujan di mukaku setibanya aku di pondok berkenaan. Aku menghela nafasku panjang-panjang. Terasa suatu bebanan terungkai tatkala aku menghembuskan nafas berkenaan.

Meow! Meow!

Kucing. Hanya itu yang terlintas di fikirkanku selepas mendengar bunyi ngiauan berkenaan. Aku mencari dari mana datangnya ngiauan itu. Tiba-tiba, mata aku terlihat seekor kucing yang basah kuyup di bawah sepohon pokok tidak jauh dari pondok tempatku berteduh. Sayu aku melihatkan keadaan fizikal kucing terbabit. Dengan tidak semena-mena, aku bangkit dari dudukku, berlari mendapatkan kucing yang basah kuyup itu. Aku mengelap tubuh badannya menggunakan sapu tanganku setelah aku bawa kembali ke pondok tersebut. Tangan aku mengusap-usap kepala kucing itu. Warna bulunya putih. Umpama kapas.

"Hmm, apalah nasib kau, kucing? Tapi, tak apa. Aku tak akan biarkan kau kesejukan di sini. Jom, ikut aku balik," bisikku kepada kucing berkenaan.

Meow! Kucing itu memandang tepat ke arahku seperti mengiyakan percakapanku sebentar tadi. Sungguh. Memang benar, haiwan juga mempunyai naluri kasih sayang. Namun, mengapa ada manusia yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan hanya kerana perbezaan agama? Mengapa?

* * * * *

April 2008. Hanya tinggal kira-kira 2 minggu lagi peperiksaan akhir semester dua akan berlangsung. Menjengah jendela diari seorang pelajar. Kini, aku menuntut di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Aku lebih menumpukan terhadap peperiksaan akhir ini meskipun aku juga aktif dalam berpersatuan. Walaupun peristiwa hitam itu berlaku sejak empat bulan yang lalu, aku tabahkan hati menjalani kehidupanku sebagai seorang hamba-Nya. Biarlah segala apa yang berlaku terhadap diriku sebelum ini, aku anggap ianya adalah sebahagian daripada pecahan kehidupan yang perlu dilalui oleh insan yang bergelar manusia. Setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh-Nya adalah berbeza mengikut tahap iman seseorang manusia itu sendiri. Hanya Dia yang Maha Mengetahui dengan apa yang berlaku.

Sejak peristiwa hitam tersebut juga, aku lebih bergerak aktif dalam mendalami hal-hal keagamaan. Aku kerap kali mengikuti segala program yang berkonsepkan kerohanian seperti forum, ceramah, diskusi dan usrah yang dijalankan oleh badan-badan atau persatuan-persatuan Islam yang ada di sini. Aku, sebagai seorang pendatang baru dalam anutan Islam ini berasa amat bersyukur dan terharu dengan layanan dan kemesraan yang dipamerkan oleh saudara-saudara Islam yang lain. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana mungkin aku dapat diterima oleh mereka sebelum aku memeluk Islam. Rasa syukur yang tidak terhingga aku panjatkan kepada-Nya.

Terbayang kembali bagaimana payahnya untuk aku mendalami ilmu agama ini. Hendak ke sesuatu ceramah mahupun forum yang dianjurkan pun rasanya terbatas untuk diikuti ketika aku berada di rumah. Sehinggakan untuk bersolat Jumaat pun aku terpaksa menyelinap secara senyap agar tidak dihidu segala perbuatan aku ini, lebih-lebih lagi kedua-dua orang tuaku. Hendak bersolat dan membaca al-Quran terpaksa aku laksanakan dalam bilikku sendiri dengan mengunci pintu. Pernah juga aku bersolat di dalam ruang bilik air kerana bilikku dihuni oleh saudara-maraku yang datang menziarah dari kampung. Kadang-kala, aku terpaksa minum air kosong untuk mengisi perut disebabkan segala hidangan yang dimasak oleh keluargaku adalah bersumberkan makanan yang berstatus haram bagiku untuk dijamah. Pernah suatu hari, keluargaku mengadakan majlis keraian di rumah bersempena dengan kejayaan ayahku yang dinaikkan pangkat. Seluruh hidangan yang disajikan sudah semestinya sedikit sebanyak mengandungi ramuan yang haram untukku jamah. Arak sudah pasti terpampang di sana sini sudut kediaman.

"Charles, kenapa ni? Charles tak sihat? Kenapa tak jamah langsung hidangan tu?" kata mama kepadaku apabila melihat aku membisu dan tidak menjamah sedikitpun hidangan sejak majlis bermula dari tadi lagi.

"Err, tak apalah, mama. Charles dah makan dah tadi. Makan udang," petahku menipu ibu sambil melembarkan senyuman. Hambar. Ternyata hambar.

"Betul ni, sayang? Betul Charles dah makan? Mama dari tadi perhatikan Charles. Charles langsung tak jamahpun," ibu masih lagi mencurigaiku.

"Betul, mama. Charles dah makan. Charles makan kat dapur tadi. Seganlah nak makan depan orang lain," ujarku pantas.

"Betul, mama. Adik nampak abang makan tadi. Di dapur," pintas adikku yang hanya membatukan diri melihat kerenah kami berdua sejak tadi lagi.

"Baiklah, kalau dah macam tu. Mari, tolong mama layan tetamu yang datang."

"Baik, mama," serentak aku dan adikku menjawab.

"Terima kasih, adik," bisikku di telinganya setelah ibu hilang dari pandanganku.

"Sama-sama. Dah, jom tolong mama tu," ujarnya sambil tersenyum manis ke arahku.

"Sebentar. Sejak bila aku makan dekat dapur? Setahu aku, aku minum air sirap saja," getus kalbuku sendirian. Adakah adikku sudah mengetahui status sebenar diriku ini? Aku menggelengkan kepala lalu beredar membantu ibuku melayan tetamu yang semakin ramai membanjiri ruang tamu kediaman.

* * * * *

Bak kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." Segala taktik yang aku praktikkan agar tidak diketahui oleh ahli keluargaku akhirnya dapat dihidu. Segala-galanya bermula apabila ayahku terserempak dengan kelibat diriku ketika aku hendak pergi bersolat Jumaat di seberang taman perumahan. Di situlah bermulanya episod di mana aku dihalau keluar dari rumah dan dari keluarga sendiri. Namun, segala apa yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya. Ketika ini, hatiku amat tenang sekali. Alhamdulillah, dengan bantuan daripada beberapa sahabatku, akhirnya aku dapat mengecapi apa yang aku peroleh sekarang. Syukur kepada-Nya.

* * * * *

Amir apa khabar? Dah lama mama tak dengar perkhabaran Amir. Amir sihat? Mama dan papa sihat. Mama dah masukkan wang perbelanjaan bulan ini ke dalam akaun Amir. Harap-harap cukuplah untuk kegunaan Amir. Bila nak balik rumah?


Kalbuku tersentuh dengan mesej yang aku terima sebentar tadi daripada ibuku. Ibuku sudah mula membahasakan perkataan ‘Amir’ untuk memanggil aku. Tidak lagi dengan nama Charles. Terharu aku. Sejak peristiwa tempoh hari, hanya ibu saja yang acap kali menghubungiku. Namun, ayah masih lagi dengan pendiriannya. Masih lagi dengan ego dan maruahnya. Sehingga sanggup mengadaikan hubungan silaturrahim keluarga sendiri.

"Papa, bilakah agaknya papa nak berubah? Tak ada rasa kasihan langsung terhadap mama. Kalau ikutkan hati ni, nak saja aku tampar papa," rungutku.

"Astaghfirullah." Aku mengucap istighfar berkali-kali. Kesal. Kesal dengan apa yang aku rungutkan sebentar tadi. Aku tidak sepatutnya berkata atau berniat sedemikian rupa, namun disebabkan perasaan marah terhadap perilaku ayah tersebut yang menyebabkan aku secara tidak sengaja mengatakan perkataan yang sedemikian rupa.

"Bagaimanalah mama sekarang ni? Adik pula macam mana? Sihatkah mereka berdua?" Bertalu-talu persoalan yang datang menjengah ruang akal tatkala memikirkan insan-insan tersebut. Ingin sekali hajat di hati untuk kembali menziarahi mereka di rumah, tapi apakan daya, selagi ayah tidak menerima kehadiranku dalam kamus hidupnya, tidak akan sekali-kali aku mampu untuk menjejakkan kaki ke sana. Hanya berbekalkan telefon bimbit ini sajalah yang merupakan penghubung antara aku dengan ibu.

"Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati ayah dan ibuku serta adikku untuk menerima hidayah daripada-Mu," doaku dalam hati.

* * * * *

"Ya Allah, Kau berikanlah Nur dan hidayah daripada-Mu agar terbuka pintu hati ayah dan ibuku serta adikku untuk menerima-Mu. Aku berdoa kepada-Mu memohon kepada-Mu agar Kau maafkanlah segala salah dan silap mereka sekiranya mereka ada melakukan perkara-perkara yang mengguris hatiku. Semoga mereka beroleh hidayah daripada Kau, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani."

Itulah antara bait-bait doa yang sering kali aku lafaz tatkala selesai mengerjakan solat. Aku melipat kain sejadah lalu meletakkannya di suatu sudut berhampiran dengan almari. Aku bersandar di birai katil. Aku mengerling ke arah jam locengku. Waktu menunjukkan sudah hampir jam 2.45 pagi. Aku baru saja usai menunaikan solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat. Lama aku bermunajat kepada Yang Maha Esa. Mengadu kepada-Nya mengenai pelbagai perkara. Esok akan bermula peperiksaan akhir bagi semester kedua pengajian untuk sesi kali ini. Aku memerhatikan siling bilikku. Tidak berapa lama kemudian, akhirnya, mataku terlelap.

* * * * *

Pagi ini sungguh dingin sekali udaranya. Nyaman. Maklumlah, waktu Subuh tadi bumi Johor ini disirami hujan yang agak lebat. Aku berjalan-jalan di sekitar kawasan kolej kediamanku. Menyirup udara pada pagi itu setelah hujan reda sambil melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Di ufuk timur, sang suria masih lagi belum menampakkan sinar cahayanya. Aku tiba di suatu pondok yang terletak bersebelahan dengan gelanggang tenis. Aku terus duduk di bangku yang disediakan di pondok tersebut. Mataku memerhatikan suasana persekitaran pada pagi itu. Fikiranku kosong. Hanya mampu untuk mentafsirkan kehijauan dan keindahan pada pagi itu yang masih lagi dibasahi dengan embun. Peperiksaan akhir aku baru saja selesai kelmarin. Subjek Elektrik. Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi minggu-minggu peperiksaan tersebut dengan tenang walaupun aku merasakan soalan peperiksaan pada kali ini agak sukar berbanding soalan-soalan peperiksaan pada sesi lepas berdasarkan set-set soalan peperiksaan yang ada dalam simpananku untuk rujukan.

Aku masih lagi duduk di bangku. Duduk merenung suasana pada pagi itu. Sekali-sekala terungkap kembali peristiwa-peristiwa lepas yang bisa mungkin aku berada pada hari ini. Pelbagai peristiwa yang kurasakan terlalu amat bermakna yang telah aku lalui sehingga kini. Namun, aku masih tidak dapat melupakan peristiwa aku dipukul dan dimarahi seteruk-teruknya oleh ayahku. Titik hitam dalam sejarah kehidupanku.Hanya kerana perbezaan ideologi dan fahaman, aku dipukul dengan tali pinggang sehingga berbirat-birat tubuhku dilakukan oleh ayahku, bagaikan dirasuk hantu. Tidak cukup dengan itu, aku dimarah, dicaci dan diherdik serta diugut jika aku masih lagi berdegil dengan prinsip dan pendirian aku. Namun, atas dasar kepercayaan aku terhadap-Nya, aku tidak sesekali gentar dan tunduk dengan tuntutan gila ayahku sendiri. Aku tidak melawan sekalipun terhadap apa yang dilakukan oleh ayahku kepadaku, tapi aku hanya memintanya agar dia merestui hidupku setelah aku memeluk agama Islam. Aku dihalau keluar dari rumah meskipun dihalang oleh ibuku. Tapi, demi agama yang telah aku anuti ini, aku keluar juga atas arahan ayahku. Akhirnya, di sinilah aku berada kini. Jauh di selatan tanah air. Meneruskan pengajian aku dalam bidang yang aku minati di peringkat ijazah sarjana muda.

"Ah, biarlah ia berlalu pergi. Tak mungkin aku dapat bertemu dengan keluargaku kembali jika papa masih lagi jumud dengan pendiriannya," getus dalam hatiku.

Tiba-tiba, suara lunak seorang Hawa memberikan salam. Aku menoleh mencari kelibat suara tersebut. Tidak semena-mena, mataku bertentang mata dengan si empunya diri yang memberi salam sebentar tadi. Aku terkedu. Lama aku memerhati tubuh yang berada di hadapan kaca mataku. Lama aku cuba mengingati raut wajah dara yang tersenyum manis memandangku.

"Sau..saudari ni nak..nak jumpa si..siapa?" soalku teragak-agak.

"Abang ni bernama Muhamad Amir Ibrahim bin Abdullah, bukan?" soalnya pula tanpa menjawab pertanyaanku tadi.

"Ya. Ya, saya."

Bibirnya makin diukir dengan senyuman yang menguntum. Disulamkan dengan lesung pipi di kanan wajah, menampakkan lagi keserian di mukanya. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi selepas itu. Fikiranku ketika itu ligat memikirkan siapa gerangan gadis yang berada di hadapanku ini. Bekerja keras mencari dan menggeledah di segenap ruang memori untuk mendapatkan jawapan terhadap pertanyaan yang terpacul sejak awal tadi.

"Abang, abang tak kenal atau buat-buat lupa dah?" ujarnya memecah kesunyian pada pagi itu setelah lama aku memerhatikannya dari atas hingga ke bawah.

"Haa?" balasku seakan-akan pelik dengan soalan pertanyaan tersebut. Puas aku memikirkannya namun, gagal untuk aku mencari jawapannya.

"Ini adiklah. Tak ingat dah? Mentang-mentanglah orang tu dah belajar tinggi-tinggi, dah lupa dengan adik sendiri dah," ujarnya sambil memerhatikan aku yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga.

"Adik? Masya Allah. Abang betul-betul dah lupa. Adikkah ni? Mengapa adik pakai macam ni?" ujarku lagi sambil menunjukkan jari telunjukku ke arah tudung yang dipakainya.

"Panjang ceritanya, abang. Yang penting sekarang ni, adik nak beritahu yang adik dahpun jadi saudara baru dalam Islam ni."

"Syukur, alhamdulillah," jawabku spontan sambil linangan air mata mulai jatuh berderai ke pipi. Aku terus menggengam erat tangan adikku yang telah sekian lama aku tinggalkan. Aku mencium dahinya. Gembira sungguh hatiku pada ketika itu tidak mampu untuk digambarkan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hatiku.

"Abang, jom. Ikut adik."

"Pergi mana ni? Duduk sini sudahlah."

"Jomlah."

Adikku menarik tangan kananku lantas bergerak ke hadapan. Aku turutkan saja diriku ini mengikuti gerak langkah adikku sehingga langkah aku terhenti. Kedua-dua orang tuaku berada di hadapan aku. Hanya beberapa meter berselang jaraknya dari tempatku berdiri dengan mereka. Aku tergamam melihat kelibat mereka. Segak berbaju tradisional bangsa Cina bagi ayah manakala ibu pula anggun dengan pakaian cheong sam moden sambil bertudung. Kedua-duanya mengenakan warna merah hati. Nampak sepadan bersama.

"Assalamualaikum, anakku," sapa ayahku setelah beberapa ketika aku dan mereka hanya memandang saja sejak dari pertemuan tadi.
posted by Penulisan2u @ 2:26 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 26/5/09 10:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah begitu syahdu sekali
    kikikiki....

     

  • At 29/5/09 7:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story line..
    sya pling suke ending die..sgt bermakna...
    keep it up!

     

  • At 29/5/09 11:39 PTG, Blogger Lady N said…

    aah...nic story..
    jarang dapat bce cte cm neh..
    slalu jer luv story..
    ni pn luv story gak..
    cme cintakn islam..
    truskn usaha lagi ye..

     

  • At 31/5/09 3:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Subhanallah..
    menitis air mata bila nak dkt ending tu..
    mesti die terharu sgtkan..huhu
    Alhamdulillah..
    Allah SWT dah kabulkan doa dye :)
    to penulis tahniah sgt yep!
    cerita ini amat bagus dan teruskan berkarya!

    buLanbinTang~

     

  • At 1/6/09 11:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story..pengolahan yg menarik..
    macam kisah benar jer..
    apapun selamat maju jaya...
    teruskan berkarya...

    ~harith damia~

     

  • At 5/6/09 8:17 PTG, Blogger Unknown said…

    Salam...
    Terima kasih kepada sume yang sudi membaca...
    Untuk pengetahuan sume, karya nie telah diolah semula berdasarkan kisah benar...
    Harap anda semua terhibur...
    Terima kasih sekali lagi yang memberikan komen...
    Saya harapkan komen anda untuk meperbaiki lagi mutu nukilan saya...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group