Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Family ko, Mahal Na Mahal Kita 3 (My Family, Love You So much)
Perjalanan masih jauh di hadapan, destinasi dituju dengan sejuta debaran membuatkan Mary, Daniel dan Donald tertidur dibuai mimpi. Richard dan Stenly sedang rancak mengatur setiap butir bual bicara mereka setelah sekian lama tidak bersua muka. Segala apa yang dipendam, disurat dan tersimpan dimuntahkan melalui cerita gelak ketawa. Kenangan masa kecil sehingga dewasa tatkala usia mereka masih muda, ketika wanita bernama Mary belum diketahui asal usulnya dan segala cerita sejarah diungkitkan kembali. Richard mula sedar, semua kisah lalu telah lama dilupakan sejak dia dan Mary berhijrah ke Malaysia. Baginya, itu semua adalah kisah silam dan tidak sepatutnya dilupakan.
Tanpa gurau senda dan gelak ketawa membuatkan perbualan mereka menyegarkan mata tanpa ada rasa mengantuk. Suasana disekitar perjalanan mulai senja nan merah. Unggas-unggas malam mula berbisik dan bersuara lantang dek keriangan malam yang dinanti. Daun-daun pokok terdengar dan bernyanyi mengikut alunan irama angin dan muzik burung yang bernyanyi. Bebola mata Richard melirik suasana yang penuh mengasyikan dan menyegarkan itu. Udara semakin dingin membeku dek kerana mentari telah mengucapkan selamat tinggal dan akan berjumpa kembali hari esok. Langit yang cerah bertukar wajah, menjadi kemerahan sebagai tanda malam akan menjelma.
Namun, mereka meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi. Kemungkinan esok pagi seawal jam 7.00 pagi baru mereka akan menaiki ferri menuju ke Santa Cruz. Dalam kegelapan malam bertemankan lampu sisi jalan dan cahaya neon kereta, Richard dan Stenly meneruskan bual bicara mereka. Dari usia kanak-kanak sehingga usia remaja, semuanya mengingatkan kembali memori suka, duka dan lara Richard.
"Kau ingat pada pohon yang aku, kau, Raul dan Rossa berikan nama Pohon Tuji?" suara Stenly memecahkan lamunan Richard. Terketar-ketar badan dan bibirnya sambil tanggan diusap ke lenggan. Cuaca semakin kedinginan, ditambah pula dengan awan yang mendung, Cuma menunggu rintik-rintik hujan membias warna-warna bumi. Udara dingin malam menyebabkan penyejuk udara dimatikan, sambil menikmati udara bumi filipina setelah sekian lama dirindui. "Pohon Tuji?" Lontaran suara Richard sambil mengingat kembali waktu silam. Pita suaranya bergetar dengan kencang menandakan tersentap apabila ditanya tentang pohon Tuji.
"Pohon yang dipersimpangan jalan itu ke? Ingat lagi, mana boleh lupa. Disitu tempat kita selalu bermain. Malah, kita bina pondok di atas pohon itu" jelas Richard sambil mengelamun sebentar zaman waktu kecilnya. Ingatanya mula melayang jauh nun di luar cakerawala sehingga tidak tercapai oleh akal. Ingin diputar waktu dan seluruh alam supaya dapat kembali ke zaman silam. Ada ketikanya, lamunan itu membuatkan Richard tertawa dan bersedih sendirian. Sayu-sayu degupan jantungnya membuatkan dia seolah-oleh merasakan masa kecilnya baru sahaja berakhir.
Dalam perjalanan itu, mereka berbicara tentang kisah sewaktu mereka masih kecil, pertemuannya dengan mary dan banyak perkara sehingga sedar tidak sedar perjalanan mereka akhirnya terhenti di suatu tempat, dia kawasan itu terlihat satu takungan air yang luas dan besar, di tengah-tengah takungan air itu terdapat sebuah daratan dan disitulah letaknya tiga daerah dan salah satunya Santa Cruz. Richard mula membuka pintu kereta dan menginjak kaki ke bumi filipina. Hatinya mula merlirik sejuta perasaan.
"Inikah desa kelahiranku? Benarkah inikah desa ku?" bisikannya dalam suara yang tidak jelas kedengaran. Di desa kelahiran yang indah nan permai yang telah menunggu kehadirannya setelah sekian lama tidak kembali menyinggah. Pepohon, air takungan, dedaun dan angin-angin, tidak pernah jemu untuk menunggu kepulangan Richard sekeluarga. Daun nyiur melambai, angin dari semua arah membelai wajah nan sayu sehingga menyerpa raut wajah Mary dan kemudiannya tersedar dari lena mimpinya. Riak air di kali bagaikan bersedia, membasuhi tubuh mereka dari debuan kota. Sayup-sayup merdu terdengar alunan suara seruling, mendendangkan lagu anak desa nan riang. Angin pula turut berbunyi di pepohon nan rimba membawa berita khabar yang jauh sambil bernyanyi.
"Abang, kita sudah sampai?" tersentap Richard dari menikmati kenyamanan alam apabila Mary menyentapnya daripada belakang.
"Mary, lihat di seberang sana adalah Kampung kita. Kita dah nak sampai" Jelas Richard sambil tangan kanannya menunjukkan Mary ke arah daratan pulau Santa Cruz dengan lirikan senyuman yang girang. Tangan kirinya memegang bahu kiri Mary. Mary hanya mampu tersenyum dan menitiskan air mata rasa terharunya. Hatinya mula menangis dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menginjak kaki ke Santa Cruz sekali lagi.
"Donald, Daniel... bangun kita sudah di jeti, bangun. Sebentar lagi ferri tiba." Stenly mengejutkan anak buahnya itu yang lena dibuai mimpi. Daniel dan Donald bangkit dari tidurnya sambil menggosokkan matanya dengan tangan. Dilihat sekeliling diterangi dengan lampu neon, terdapat beberapa buah rumah tidak jauh dari jeti, ada kanak-kanak sedang berlari-lari seolah-olah sedang bermain sesuatu. Lampu-lampu rumah dan kedai membuatkan suasana di kawasan jeti itu dihujani dengan terangi lampu.
"Donald, Daniel mari nak. Kita naik ferri, sekejap lagi kita sampai di rumah nenek dan atuk." Donald dan Daniel tidak banyak berbicara kerana masih lagi mamai dari tidurnya. Hanya diam membisu dan mengikut kata-kata ibunya. Bagasi pakaian dikeluarkan daripada badan kereta dan mereka semua menuju dan melangkah ke jeti.
* * *
"Kriiinnggggggggggggg!!!"
Jam lonceng berbunyi menunjukkan tepat jam 4.30 pagi. Waktu di Filipina awal daripada waktu Malaysia. Mary dan Richard bangkit dan mengerjakan solat subuh bersama-sama dengan Donald dan Daniel. Keadaan ketika itu sunyi sepi dan gelap gelita. Mereka solat dalam keadaan senyap dan penuh ketenangan. Kepenatan semalam dan tidak cukup tidur dek kerana berbual-bual dengan ahli keluarga lain sehingga lewat masuk tidur membuatkan Richard, Mary, Daniel an Donald kembali masuk tidur setelah selesai solat.
Tepat jam 5.30, Mary bangkit dan mandi, kemudian menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Sudah menjadi rutin sehariannya untuk bangkit awal untuk memastikan suami dan anak-anaknya bersarapan di rumah sebelum berangkat ke tempat kerja dan sekolah.
“Mary, awal bangun?" tersentap Mary ketika suara Sarah menerpa cuping telinganya yang sedang membasuh beras.
“Akak, Mary nak buat sarapan." Balas Mary sambil tangannya menggauli butiran beras di dalam periuk.
“Sarapan? Mary selalu masak apa?"
“Mary buat nasi goreng, mee goreng, banyak lagi." Penjelasan Mary membuatkan Sarah faham.
“Akak selalu yang buat sarapan untuk semua orang, tapi yang biasa-biasa aja. Akak goreng sosej, roti dan telur rebus atau digoreng. Tapi hari ini, akak nak Mary siapkan sarapan ya. Akak akan tolong Mary apa-apa yang patut"
“Baiklah" jawab Mary.
Mary sedar, dia takut jika Sarah membuat sarapan, sudah tentu dia tidak boleh makan kerana sosej yang dimaksudkan itu adalah campuran daripada daging yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam iaitu kerbau berkaki pendek. Sedang Mary menggoreng nasi, tiba-tiba terdengar satu suara menerpa sisi cuping belakang telinganya.
“Ermmm..sedapnya." Suara mertua Mary iaitu Janet kedengaran apabila menghidu masakan Mary.
“Ooo...Mak, ingatkan siapa tadi. Terkejut Mary" balas Mary sambil mencium pipi ibu mertuanya yang baik itu.
“Mak, dah nak siap dah ni. Sekejap lagi kita sarapan sama-sama"
"baiklah, lagipun semua orang dah bangun dan tunggu nak sarapan je" balas Janet sambil tersenyum.
Sarah mengangkat teko air hangat yang telah dibuatnya, pinggan dan cawan serta mengaturnya di atas meja seperti kebiasaan yang lakukannya. Setelah selesai sarapan yang dibuat, Mary mengatur langkah menuju ke ruangan meja makan. Itulah kali pertama dia masak untuk ahli kelurganya di Filipina. Semua keluarga yang merasa masakannya memuji nasi goreng yang dibuat sedap. Nasi goreng yang selalu dimakan berbeza daripada nasi goreng yang terdapat di Santa Cruz.
Tergambar senyuman kepuasan di wajah segelintir ahli keluarganya. Raut-raut wajah itu tesenyum sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut. Mary dan Richard hanya melirik mata, memandang setiap wajah tersebut menunggu respon daripada ahli kerluarganya yang lain. Mereka khuatir nasi goreng lain dari kebiasaannya akan tidak diterima oleh keluarga mereka. Analoginya, makanan dari dua budaya yang berbeza memberikan gambaran yang kuat terhadap penerimaan mereka. Sama ada mereka suka atau tidak bergantung kepada pemakan. Begitu juga dengan agama, mereka berpendapat walaupun dari rumpun fahaman yang sama tetapi berpunca dari satu nama akhirnya mereka menerima juga.
Punca yang sama itu disamakan dengan nasi goreng yang digoreng. Di Filipina memang terdapat sejenis nasi yang digoreng tetapi cara gorengannya berbeza daripada di Malaysia. Penggunaan bahan-bahan rempahnya juga ada yang berlainnan. Kebanyakan makanan yang cuba dimasak oleh Mary adalah untuk dihalalkan pemakan.
"Sedapnya...dari mana kamu belajar cara masak macam ni?" tanya sarah sambil mengukirkan kepuasan.
"Saya menetap di Malaysia sudah hampir 20 tahun. Banyak perkara saya belajar ketika bermastautin di Malaysia" sambut Mary sambil memberikan maksud yang tersirat.
"Ala, bukan sedap mana pun. Aku masak lagi sedap." Hazel iaitu saudara tiri Richard menyindir Mary. Dia memang berdendam dengan Mary sebelum Richard menjadi suami Mary.
"Mama, sedaplah masakan mak cik Mary. Laura tak pernah makan masakan Malaysia" balas Laura anak kepada Hazel yang berusia 15 tahun.
"Betul tu Laura. Nenek setuju, nenek makan sedap." Janet mengiyakan kata-kata cucunya itu sambil memandang sinis Hazel. Sikap Hazel yang suka berdendam tidak berubah dari dulu. Ini membuatkan, Janet sering menyindir Hazel dengan harapan bahawa anak tirinya itu sedar akan kesilapannya yang suka berdendam.
Hazel hanya diam sambil matanya menajam ke arah Mary. Hatinya membuak-buak rasa benci terhadap Mary sekeluarga. Termasuk saudara tirinya iaitu Richard yang suka membela isterinya. Hazel menuduh Mary membunuh kakaknya, Kristina. Walaupun kisah ini berlaku lebih daripada 20 tahun, dendam kesumat tidak pernah akan terpadam dalam hati Hazel meski pun ada niat dihatinya untuk berbaik. Tetapi itu semua adalah tipu muslihat.
Sebaik sahaja mendengar berita kepulangan Richard sekeluarga, hati Hazel mula merasakan tidak tenang. Dia mendakwa kepada suaminya, Orlando roh Kristina tidak tenang dan masih lagi menuntut pembalasan diatas kematiannya. Itulah yang sering membayangi Hazel dan membuatkan benci dihatinya semakin menebal.
"Aku tidak sesekali memaafkan kau Mary, Richard. Aku akan tuntut di atas kematian kakak aku Kristina" benak Hazel menahan kemarahan.
*** Maaf semuanya, baru sekarang boleh buat sambungannya. Saya tengah mencari idea untuk membuatka cerita dan konflik ini lebih menarik lagi, insyaAllah doakan saya ya. Terima kasih semuanya. Cerita ini bersambung... abg aloha ***
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
x pe x pe
take ur time
:))
best !