Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SEJAK ada jalan raya tersebut, kehidupan keluarga Ali bertambah maju. Ayahnya mula membeli sebuah kereta untuk kemudahannya. "Baru saya cakap, dah sampai di depan rumah kereta ayah kamu," kata Harun. "Kereta setengah pakai, bukan kereta baru keluar dari kilang," jelas Ali dengan senang hati. "Ada juga kereta, tak macam ayah saya, hanya beli motosikal setengah pakai," komen Harun. "Bersyukurlah, dari mengayuh basikal lebih baik menunggang motosikal, nak bawa udang galah dan ikan sungai ke pasar," Ali menjelaskan dengan serius. "Nampaknya di antara keluarga kita berdua sudah ada perubahannya," kata Harun. "Hanya kamu yang pandai membuat perbandingan, tapi kamu tak nak tengok apa yang diusahakan ayah saya dan ayah kamu," tegas Ali dengan berani. "Hmm, betul juga, ayah kamu ada ternak lembu, kambing dan ayam itik, tapi ayah saya hanya bertani semata-mata," Harun mengakui. "Itulah, lain kali ukur baju di badan sendiri, jangan ukur baju di badan orang lain," Ali membahasakannya pula. "Jangan lupa, cuti yang akan datang ni kita ke rumah nenek kamu," Harun mengingatkan Ali. "Insya Allah!" balas Ali pula. "Kalau boleh bawa udang galah untuk nenek..." syor Ali sinis. "Hah, saya nak janji dengan ayah dulu...kalau tidak habis dijual semua..." terang Harun dengan serius. "Biasanya berapa harga sekilogram udang galah yang besar?" Ali ingin tahu terlebih dahulu. "Rasanya tak lebih RM20, tapi kalau yang kecil dedikit boleh dapat RM15," terang Harun sambil mengangguk. "Oh, tinggi juga harga udang galah... kalau ikan sungai seperti ikan baung tu berapa harganya?" Ali masih ingin tahu lagi. "Tak mahal, lebih kurang RM5 begitulah..." kata Harun sambil tersenyum. "Saya nak beli dulu...esok hantar ke rumah saya," Ali memberi kata putus petang itu. "Dua kilogram tiap satu, boleh?" Harun ingin kepastian terlebih dahulu. "Hmm, udang galah RM40 dan ikan baung RM10, cukup-cukup RM50... Okey boleh!" Ali menghitung secara congak. "Kita pergi dengan kamu ke?" soal Harun sambil tersengih. "Hai, dah ada kemudahan, gunakanlah kesempatan itu..." jawab Ali sambil menepuk bahu kiri Harun. "Tak sangka cempedak jadi nangka..." Harun membahasakannya pula. "Lain kali kena banyak membaca, biar banyak dapat peri bahasa..." saranan Ali. "Saya tahu... di perpustakaan tu banyak lagi buku yang belum dibaca..." ujar Harun sinis. Ali hanya tersengih. Dia memang tahu perkara itu. Malah dirinya pun demikian jua kerana tinggal dan belajar di suatu tempat di bandar. Pendek kata apa pun tidak boleh disembunyikan. Sebabnya, walau ke mana mereka tetap bersama sahaja. Jadi, apa-apa pun di antara mereka dapat mengetahuinya. Apa yang belum Harun ketahui kampung halaman nenek Ali. Perkara itu yang akan ditinjau dengan lebih dekat lagi. Hatta kegiatan nenek yang dikata mempunyai kepakaran dalam membuat tempe dan lain-lain. Inilah yang akan dikorek rahsia nenek dari awal hingga ke hari ini. Pertama-tama tentang meneroka hutan hingga menjadi sebuah kampung dan mempunyai tanah yang luas melaut-laut. Sudahlah begitu ada anak ramai yang terdidik dengan baik ilmu dunia dan akhirat. Sepatutnya Ali terjemahkan ke dalam sebuah buku biografi untuk tatapan anak cucu nenek di sana sini. Perkara itu akan dibincang dengan Ali apabila sudah berjaya mendekati nenek pada suatu hari nanti. Sebabnya, dia pernah membaca biografi dan rasa tertarik untuk menulisnya. Semoga dengan adanya Ali mengajak dirinya ke rumah nenek maka akan dapat diusahakan. Itu yang dinamakan 1001 Impian, fikirnya. Dia hendak menulis tentang neneknya sendiri tidak punya bukti yang kukuh. Apatah lagi ayahnya pun tidak punya kepandaian yang boleh dibanggakan. Hanya sekadar seorang nelayan sungai. Tetapi jika tentang ayahnya mungkin boleh kerana sanggup berpanas dan berhujan demi mencari rezeki yang halal untuk menyara isteri dan anak-anak. Harun tida boleh lupa pada apa yang pernah dibaca. Semuanya masih terbayang di ruang matanya dengan jelas. Andainya diberi peluang duduk dengan sebatang pena dan buku, pasti boleh diturunkan apa yang diingat. Di situ yang membuat dirinya terlalu prihatin akan ilmu yang dipelajari sejak masuk ke sekolah berasrama. Latif dan Mokhtar yang tinggal sekampung sudah berhijrah ke tempat lain. Katanya mengikut abangnya yang bekerja di Cameron Hinglands. Begitu juga dengan Kudin dan ramai lagi. Mereka sudah tidak mahu menyambung persekolahan di atas sebab kemiskinan yang amat sangat. Dalam perkara itu ibu bapa Ali tidak mampu untuk memberi bantuan seperti dirinya. Harun itu pun, ibu bapa Ali datang ke rumah memohon keizinan mereka. Sebab Harun anak orang dan tiada pertalian persaudaraan hanya saudara seIslam. Jika tidak Harun memang tidak ada pelung belajar di bandar. Apabila mengenangkan nasib dirinya, air matanya bagaikan hendak gugur setitis demi setitis. Tetapi dia tetap tabah menghadapi semua dugaan hidup yang amat sangat. Sebab itu apa yang ada di hadapannya boleh dilakukan dengan mudah. Mungkin kerana Ali sering mengingatkan dirinya supaya sentiasa ingat kepada Allah. Allah itu yang menjadikan semua di muka bumi ini! "Aku tak sangka orang lain macam Ali dan keluarganya sanggup membimbing aku..." bergema di dalam dadanya. Harun tidak dapat menahan sebaknya itu. Diurut-urut dadanya sehingga Ali menyedari akan apa yang dilakukan. Tersipu-sipu malu dibuatnya tetap apa yang hendak dikata kerana itu suatu kenyataan yang tidak boleh disembunyikan. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengakui akan kebenaran dengan dada yang lapang. "Memang tak ada siapa yang tahu, tapi Ali dan keluarganya tahu..." gerutu di hatinya pula. Apa yang diingat lagi, dia akan membalas jasa baik Ali dan ibu bapanya. Di sebabkan mereka dirinya sudah muncul sebagai pelajar yang baik. Diharap dari tahun ke tahun akan lebih meningkat lagi hendaknya. Semuanya bergantung kepada kecekalan hatinya menghadapi ujian demi ujian. "Aku tak mahu jadi orang miskin lagi," gerutu di hatinya. Dia memang tahu pedih dan sengsaranya menjadi orang miskin. Bangaimana bapanya boleh menghadapi dugaan hidup yang begitu rupa? Apakah kerana sudah tidak ada jalan lain untuk mencari kekayaan? Mengapa tidak mahu mencari pekerjaan di bandar? Apa di bandar lebih banyak cabaran demi cabaran? "Hai, entahlah... aku tak tahu semuanya itu..." keluh Harun dengan sedalam-dalam hatinya. Fikirnya lagi, di bandar itu ramai orang yang kaya raya. Rumah besar dan kereta mewah. Anak-anak mereka berbelanja sekolah semahu-mahunya. Tidak seperti dirinya yang tersiput-siput untuk kegunaan hari-harai mendatang. Pun bukan itu sahaja tetapi ada dibekalkan telefon bimbit yang canggih. Harun memang tidak berani memegang telefon bimbit kawannya. Dia takut terjatuh di atas simen hancur berkecai. Bagaimana dia hendak menggantinya kerana tiada wang seperti mereka? Sebab itu dia kecut perut apabila ada kawan-kawan yang cuba mempermain-mainkan dirinya. Akhirnya dia lebih senang berada di sisi Ali yang mengetahui keadaan dirinya dari A hingga Z. "Bila ayah kamu nak ke rumah nenek?" Harun mengajukan soalan. "Esok lusa, boleh kamu ikut?" Ali menjawab dengan senang hati. "Oh, mak kamu nak masak udang galah dan ikan baung tu dulu?" ujar Harun sambil tersenyum. "Hai, anak menantu kesayangan ibu mertua...bukan kamu tak tahu..." terang Ali sambil membalas senyuman Harun. Harun tidak terkata lagi. Dia amat senang hati mendengar akan kata-kata Ali yang menyatakan tentang ibunya dengan neneknya. "Kalau begitu kemesraan mereka, sudah tentu tak ada apa yang tersimpan di dalam hati..." Harun mengandaikannya pula. "Memanglah...dalam keluarga kami tak ada perkara yang menyakitkan hati..." jelas Ali dengan serius. "Bertuahnya kamu dapat ibu dan nenek yang baik hati..." cetus Harun. Ali agak kaget kerana jarang mendengar kata-kata seperti itu. Terbit di benaknya ingin bertanya kepada Harun, tetapi khuatir harun berkecil hati. Akhirnya apa yang dirasa digenggelamkan di dasar hatinya. "Aku tak mahu mengetahui semuanya itu," bisik di hatinya. Mereka berdua yang duduk di halaman asyik membelek kereta yang baru dibeli oleh Pakcik Ghani. Dari warnanya merah saga sudah menandakan tuan yang punya berani berjuang. Makcik Esah turun dengan pakaian yang kemas lagi cantik. "Mak nak ke mana tu?" Ali bertanya dengan penuh harapan. "Mak nak ajak kamu keluar ke bandar sekejap," jawab Makcik Esah sambil mengamit Harun. "Harun, mari kita ikut sama," ajak Ali sambil menarik tangan Harun. "Boleh juga," Harun meluru masuk ke perut kereta buatan Malaysia. Pakcik Ghani mula menghidupkan enjin dan memandu dengan penuh berhemah. Di simpang hadapan rumah Harun, kereta diberhentikan kerana ayah Harun ada di tepi jalan. "Esok sediakan udang galah tiga kilo dan ikan baung pun sama, ini duitnya kalau tak cukup esok saya tambah," kata Pakcik Ghani. Ayah Harun menerima dengan senang hati. Tetapi dia agak tercengan kerana harun ada di dalam kereta Pakcik Ghani. "Kami nak ke bandarr sekejap, langsung bawa Harun sekali..." Makcik Esah memberitahu. "Baiklah kak..." jawab ayah Harun sambil mengangkat tangan. Mereka pun meninggalkan kampung dengan megah. Itulah kali pertama mereka menaiki kereta dari dalam kampung. Sebelum itu memang tidak siapa yang memiliki kereta. Tiba di suatu kedai runcit Pakcik Ghani berhenti dan mengeluarkan sebuah kotak. Tahulah Ali dan Harun bahawa kerepek ubi tiga rasa dijual di situ. Selesai berurusan dengan tauke kedai, Pakcik Ghani terus memandu lagi. Lebih kurang lima buah kedai yang disinggahi atas urusan jualan makanan ringan yang selama ini dijaja oleh Ali dan Harun. Sementara telur masin di hantar ke kedai-kedai makan sahaja. Begitulah hal keadaannuya sehingga tiba ke bandar. Pakcik Ghani memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Kemudian mengatur langkah menujur ke pasaraya. Kepalang kagetnya Ali dan Harun kerana mereka di bawa ke tempat membeli belah. "Apa nak beli ni?" soal Harun agak kehairanan. "Tak beli tengok-tengok saja..." jawab Ali sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Orang ramai membuat mereka agak bingung sedikit. Tetapi Pakcik Ghani sudah seperti selalu masuk ke pasaraya. Makcik Esah pun agak kekok kerana banyak sangat jenis barangan yang hendak dipilih. Kemudian dari satu tingkat ke satu tingkat mereka naik ke atas dengan tangga yang boleh berpusing sendiri. Pada mulanya memang rasa gayat tetapi lama kelamaan menjadi seronok dan ingin turun naik selalu. "Beli buku nak?" Ali bertanya kepada Harun. "Ini buku untuk kanak-kanak sekolah rendah saja," terang Harun yang sedang mengamat-amati buku tersebut. "Kita baca buku di perpustakaan saja sudah," putus Ali sambil menarik tangan Harun menuju ke arah bahagian pakaian kanak-kanak. "Mak nak beli pakaian untuk siapa?" Ali bertanya sambil membelek pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan. "Adik-adik Harun..." jawab Makcik Esah. Harun terkedu. Dia memang tidak menduga begitu mulia hati Makcik Esah. Kemudian Ali dan Harun mengasingkan diri. Mereka ke bahagian kasut pula. Tetapi tidak berani menyentuh kasut yang tersusun indah. "Kasut kita masih elok lagi bukan?" Harun minta pengesahan Ali. Ali hanya mengangguk. Dia memang tahu tidak mahu menyusahkan ibu bapanya berbelanja dengan boros. Sejurus kemudian mereka beralih ke tempat permainan kanak-kanak. Di situ Harun menggeleng kepala. Adik-adiknya yang masih kecil tentu akan menjadi asyik dengan permainan yang ada. "Mengapa ni Harun?" Ali bertanya dengan jujur. "Tak boleh, tak boleh dibelikan budak-budak dengan permainan macam ini, bahaya," jawab Harun dengan serius. "Hah, marilah tengok tempat lain..." ajak Ali pula. "Ayah kamu ke mana tadi?" Harun rasa kehilangan orang yang membawa dirinya ke bandar. "Ada cari barang dapur agaknya..." Ali menyatakan dengan suara perlahan. "Kalau begitu mari kita cari dia," ajak Harun. "Jom!" Ali meluru ke tangga untuk turun. "Mak kamu tak turun lagi?" Pakcik Ghani ingin tahu. "Belum... ada apa yang nak dibeli ke ayah?" soal Ali dengan penuh harapan. "Nanti tunggu mak kamu turun dulu..." jawab Pakcik Ghani sambil mengisi barangan di dalam troli. "Tak apa, biar saya panggil mak turun," ujar Ali sambil berlari anak mendaki anak-anak tangga pusing. Pakcik Ghani tidak berkata apa. Biarkan mereka berseronok di masa terluang. Lagi pun selalu turun ke bandar bersama keluarga. Nanti mereka akan terbiasa dan tidak kekok dengan keadaan yang begitu merumitkan. Ali dan Harun yang menurut Makcik Esah, terpegun kerana mendapati sudah sarat kedua-dua belah tangannya. Lantas mereka segera menyambut untuk menjinjing beg-beg plastik. "Ayah nak beli barang, tunggu mak turun..." ujar Ali serius. Makcik Esah hanya mengangguk sahaja.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pastu ape y jd pd ali dan harun ni...mcm saspen je cite ni...mesti nk wt smbgn erk....
ape2 pon nice story