BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Mei 18, 2009
Cerpen : Andai itu takdirnya
Nama Pena : hani_sweet

" Mutia setuju."
Kata putus yang terucap di bibir seorang gadis membuatkan semua yang berkumpul di ruang tamu itu melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga. Mutia tersenyum. Andai ini pengorbanan yang dia terpaksa lakukan agar kedua ibu bapanya senang hati, dia sanggup. Serta merta ingatannya terlayar pada perbualan dia dan mamanya dua hari lepas.
" Mutia. Mutia ingat tak Auntie Akma?" Mata mama menyorot muka mutia. Hatinya senang melihat anak gadisnya membesar di hadapan mata menjadi anak yang baik.
" Kenapa Ma?"
" Auntie Akma datang." Kata – kata mama terhenti.
" So?" Soal Mutia. Dia merasa hairan dengan kelakuan mamanya hari itu.
" Diaorang datang nak merisik Mutia." Dengan berhemah mama menuturkan kata – katanya.
Mutia tergamam seketika. Belum sempat Mutia mengeluarkan suara, mama menyambung kembali kata – katanya yang terhenti separuh jalan tadi.
" Mutia tahu kan. Mama dan Auntie Akma bukan sahaja dua pupu malah kami merupakan sahabat akrab sejak kecil lagi. Jadi Auntie Akma dan mama fikir, dengan menjodohkan Mutia dan Muslim, kami dapat merapatkan lagi hubungan antara dua keluarga. . Auntie Akma pasti happy kalau Mutia setuju. Tapi Mutia, kami juga tidak mahu memaksa Mutia. Semuanya di tangan Mutia." Mama memegang erat tangan Mutia.
Mutia hanya mendiamkan diri. Mindanya berfikir sejenak. Namun, hanya kebuntuan yang ditemui.
" Mama, Mutia minta sehari dua lagi Sebelum Mutia bagi kata putus. Bolehkan ma?"
" Sure Sayang. Take your time."
Mama segera menarik tubuh Mutia ke dalam pelukannya lalu didakap dengan penuh kasih sayang. Itulah anak perempuan tunggal yang dia ada. Mutia racun, Mutia juga penawar.
Hanya itu jalan yang dia ada untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan Akma setelah Mubin anak lelakinya satu – satu tidak mahu dikahwinkan dengan Akmal Marina kerana sudah mempunyai pilihan hati sendiri.
Mama berdoa agar rancangannya kali ini menjadi. Dia dapat merasakan bahawa 80 peratus angan – angannya akan menjadi kenyataan.

"Macam mana dengan jawapan Mutia mama?" Mubin yang baru pulang dari bekerja menghenyakkan tubuhnya ke atas sofa.
Dia menyoal sekadar untuk berbasa – basi. Mubin sebenarnya tidak bersetuju dengan agenda mamanya itu. Macam orang zaman dulu jer.
Muka mama berseri – seri. Tekaannya yang hanya 80 peratus sudah melonjak ke 100 peratus.
" Mutia setuju."
Air sirup yang tidak sempat melalui kerongkong Mubin hanya dapat dirasai oleh meja kayu yang ditempah khas dari Italy setelah tersembur keluar.
Mama bercekak pinggang. Alahai, habis meja aku. Baru jer lepas cuci. Mubin mengelap baju dan meja kaca dihadapannya dengan tisu. Kemudian dia ketawa.
"Are you teasing me, mom? Oh.. What the best joke I ever heard." Ketawanya terhenti apabila matanya menangkap gelengan Mama.
Mubin menyandarkan badannya. Dia tidak setuju sama sekali. Mutia. Mubin tidak sangggup melihat adiknya menjadi milik lelaki asing yang tidak diketahuo baik buruk perangainya. Dia tidak mahu adiknya dijadikan alat untuk bermain. Senang ditolak ketepi dan ketengah. Naluri seorang abang yang ingin melindungi adiknya terlalu kuat. Mubin sendiri tidak pernah mengenali siapakah gerangannya Ajmal Muslim. Hanya mendengar celoteh Mama sahaja. Namun, itu tetap tidak menjamin kebahagiaan adiknya.
" Mubin okey tak ni?" Suara Mama jelas kebimbangan apabila Mubin hanya memejamkan mta.
" No Mom. I’m fine. Papa mana?" Soal Mubin. Badannya ditegakkan.
" Kerjalah. Papa kau tu Mama ni macam bukan isteri dia pulak. Kerja tu kot bini dia." Bebel Mama
" Tak apalah Mama. Mubin nak naik atas dulu. Nak mandi." Usai berkata Mubin segera bergegas ke tingkat atas. Badannya yang melekit membuatkan Mubin tidak selesa.

Pintu bilik diketuk beberapa kali. Mutia tersentak. Dia pasti gerangan yang berada di luar biliknya adalah abangnya.
" Masuklah bang. Pintu tak kunci." Laung Mutia. Duduknya diperbetulkan.
Tombol dipulas. Mubin melangkah masuk lalu duduk di atas kerusi solek adiknya yang sudah dipusing menghadap Mutia..
"Adik okey tak ni?" Mutia bingung. Soalan jenis apa ni?
" Kenapalah pelik sangat bunyi soalan abang ni? Sure I’m okey. kalau tak dah dekat hospital. Tak pun Mama ada sebelah ni. Tengah jaga Mutia."
"Loyar buruk pulak. Ni bukan masa nak main – main tau. Why Mutia you accept their proposal. Mutia boleh menolak semua rancangan Mama tu tau." Mubin memandang adiknya geram. Eee.. Budak ni. Terlampau lurus. Macam lembu kena cucuk hidung. Omelnya dalam hati.
" It’s okey brother. Moreover, it’s for our family sake. Never mind. Lagipun adik bukannya ada special boyfriend pun. " Tutur Mutia perlahan.
" But you still a young lady. Umur tak cecah 23 pun lagi." Mubin tetap tidak berpuas hati.
"Abang Mubin. Belajar tinggi mana pun adik, ke dapur juga akhirnya. Lagipun adik dah besar lah. Bukan lagi budak cengeng." Sedaya upaya Mutia cuba meyakinkan abangnya.
" Huh. Dah adik cakap macam tu apa yang abang boleh buat. You win. But listen to me. Whatever will happen, I’ll always here. Beside you. Kalau adik sedih atau duka sekalipun, adik boleh cari abang bila – bila masa sahaja."
" Yes brother. I promise you that, I’ll never forget you. Kalau ada masalah, adik akan bagi tahu abang." Mutia melemparkan senyuman hambar.
" Alamak. Langkah bendul lah abang." Mubin cuba untuk mngembalikan suasana ceria. Mereka berdua ketawa. Persis zaman kanak – kanak mereka dahulu

" Aku terima nikahnya Nur Mutia bt. Hamid dengan mas kahwin RM 80.00 dibayar tunai."
Sekali lafaz, Mutia sudah sah menjadi isteri kepada Ajmal Muslim.
Sudah seminggu mereka kahwin, Ajmal dan Mutia tidak ubah seperti orang asing. Mutia terpaksa akur bila Ajmal memaksanya untuk tinggal di rumah Ajmal. Dalam keterpaksaan dia menurut kata perintah suaminya.
Dia juga menyedari sesuatu. Ajmal tidak menyetujui perkahwinan mereka. Ajmal dipaksa dan tidak rela.

Mutia melangkah ke dalam Vila Cinta itu. Diperhatikan rekaan dalamnnya. Hem.. Not bad.
Mutia hairan. Sejak dia kahwin dengan Ajmal, tidak sekalipun lelaki itu berbicara dengannya. Melainkan semasa dihadapan keluarga.
Mutia melangkah ke biliknya seperti yang diberitahu oleh Ajmal. Lelaki itu? Entah ke mana menghilang. Mungkin ke belakang sekejap.
Biliknya dimasuki. Hatinya bertambah gembira apabila warna bilik itu memang warna kegemarannya. Ungu.
Namun, dia terlanggar sesuatu dan Prangg!! Bingkai gambar itu pecah. Gambar yang terlangkup itu diambil.
Hatinya terkesima. Ajmal dan Tasmin. Love Forever. Apa ni?? Dia memerhatikan lagi gambar seorang perempuan sedang memeluk suaminya mesra.
" Kenapa kau usik barang aku? Aku suruh kau masuk bilik ni, bukannya suruh kau musnahkan harta benda aku. Kau ni memanglah." Pantas Ajmal merampas gambar yang berada di tangan Mutia. Mutia terkejut. Bukan kerana rampasan itu. Tetapi suara Ajmal yang tinggi.
" Maaf Abang. Mutia tak sengaja." Mutia menunduk. Tak daya rasanya menatap wajah Ajmal yang merah.
" Maaf!! Hoi perempuan. Maaf jerlah yang kau tahu. Dengar sini perempuan. Kau ingat aku nak kahwin sangat ke dengan kau. Aku kena paksa tau. Kalau bukan kerana kau pasti aku akan berkahwin dengan Tasmin. Memang perempuan sial. Dan satu lagi. Jangan usik barang aku dan jangan panggil aku Abang. Kau tak layak." Cemuh Ajmal.
" Habis tu kenapa Abang terima? Abang berhak menolak. Tak guna Bang kita kahwin kalau jadi macam ni." Mutia cuba bertolenrasi dengan Ajmal.
Ajmal melangkah mendekati Mutia. Pipi Mutia dicengkam. Terpaksa Mutia mengangkat mukanya. Pandangan mereka bertembung.
" Kau nak tau kenapa? Sebab kau setuju. Aku pun ikut terpaksa." Pekik Ajmal.
" Tolong Bang sakit." Rintih Mutia.
Ajmal melepaskan pipi Mutia kasar. Dia berpaling. Namun kemudian, tangannya singgah di pipi Mutia. Mutia tergamam. Sakit pipinya bukan kepalang.
" Tu sebagai peringatan pada kau bahawa aku tak ingin kau jadi isteri aku. Dan jangan panggil aku Abang. Benci aku dengar.
Mutia memegang pipinya. Baru seminggu dia menjadi isteri Ajmal, pipinya sudah mendapat habuan. Sedangkan bertahun lamanya dia bersama keluarganya, tak pernah sesiapa berani menaikkan tangan ke mukanya.
Mutia meratapi nasibnya.

Sebulan sudah mereka berkahwin. Maki hamun menjadi santapan Mutia. Hati Mutia pedih. Namun untuk menitiskan air mata dihadapan Ajmal, tidak sesekali. Dia perlu menjadi seorang isteri yang tabah.
Sebulan juga dia tidak berjumpa dengan keluarganya. Rindunya pada Papa, Mama dan Mubin. Alangkah baiknya jika abangnya itu di sisi nya.
Sebulan juga sudah beberapa kali pipinya menjadi sasaran Ajmal. Kadang – kadang dia tidak mengetahui apakah salahnya sehingga begitu hina sekali dia di mata suaminya itu.
Mutia pasrah. Apa yang dia ketahui, Ajmal sering pulang lewat untu berjumpa dengan kekasihnya Tasmin. Bukan setakat itu, malah Tasmin pernah menelefon Ajmal seawal 3 pagi lagi.
Kebetulan pada awal pagi itu, tekaknya merasa dahaga. Perlahan kakinya menapak ke dapur.
" Sayang, sabarlah. Kita akan kahwin juga. Percayalah. Tunggu lah sehingga setahun. Then, I akan ceraikan dia. Hanya you yang bermakna dalam hidup I." Suara Ajmal menghentikan langkah Mutia.
" Tas, dia dan I tidur berasingan. Selama kami kahwin, I tak pernah usik dia tau. Jangan risau, hanya you jer yang akan jadi ibu kepada anak – anak I." Begitu yakin lelaki itu bersuara. Tanpa dia sedari, satu hati terluka.
Srrr. Tangan Mutia tergeser dengan meja. Tidak sampai 3 saat, tubuh Ajmal sudah berdiri dihadapannya.
Mutia takut. Mata Ajmal merenungnya tajam. Dia tahu, pasti panggilan yang sedang berlangsung tadi sudah dimatikan.
" Apa kau buat di sini? Nak mengintip aku?" Ajmal merentap lengan Mutia.
" Tak Ajmal. Mutia nak ambil air. Mutia haus." Lirih suara Mutia.
Namun, telinga Mutia terpaksa ditadahkn untuk mendengar cacian Ajmal.

Keesokannya, Mutia mendekati Ajmal. Hatinya dikuatkan. Perlahan – lahan kakinya diatur bersama doa yang tidak putus – putus di dalam hati.
" Ajmal, tadi kawan Mutia cakap, dekat tadika miliknya kekurangan guru. Boleh tak Mutia nak bekerja di situ.?" Setelah memberi salam, terus Mutia mengajukan pertanyaan.
" Aku benarkan. Kalau kau di rumah pun buat semak mata aku je. Tapi ingat. Aku nak kau pulang awal, sediakan makan malam aku. Faham! Dah berambus." Tegas Ajmal berkata.
Mutia geram. Selalunya kalau dia memasak, jadi habuan kucing atau tong sampah. Ajmal tidak lekat makan di rumah, selalunya malam di habis bersama Tasmin. A’ah. Tasmin.
" Terima kasih." Lembut suara Mutia menampar cuping telinga Ajmal.
Mutia berlalu pergi. Dalam hati, dia bersyukur. Ajmal dalam keadaan mood baik, sebab itulah, keizinan diberi segera. Kalau tak jangan harap.
Segera ditelefon Jamilah untuk mengkhabarkan persetujuannya.

Mutia melangkah ke dalam Tadika dan Taska An-Nur. Keriuhan kanak – kanak yang sedang bermain di halamn mencuit hatinya.
Sedang dia berjalan, tiba – tiba. Bupp!!
Seorang kanak – kanak perempuan melanggarnya. Mutia segera mendapatkan kanak – kanak itu.
" Adik okey, ada luka tak sayang?" Tangan Mutia membelek badan budak yang agak montel tu.
" Nama adik apa?" Soal Mutia. Hatinya puas setelah budak cilik itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
" Mutya!" Halus suaranya. Mutia terkejut.
" Macam mana ejaan nama?" Soal Mutia lagi.
" N-U-R –M-U-T-Y-A." Lancar, Mutya mengeja.
" Nama Auntie apa?" Giliran Mutya pula mengajukan soalan.
" Nama Auntie sama dengan Mutya Cuma ejaannya berbeza. M-U-T-I-A." Balas Mutia. Mutya ketawa
" E’Eh.. Samalah nama kita. Auntie jadi kawan Mutya nak?" Tangan dihulur.
" Sudah tentu Auntie nak Mutya." Segera tangan halus itu dicapai.
" Mutia." Panggilan seseorang membuatkan kedua – duanya berpaling.
" Jamilah."
" Ya Cikgu." Balas Mutya pula.
Ketiga – tiga mereka tertawa. Jamilah mendekati Mutia. Diarahkan gadis kecil itu untuk memasuki kelasnya. Setelah itu Jamilah membawa Mutia.

" Semua murid, cikgu kenalkan. Ini cikgu baru. Cikgu Mutia." Jamilah memprkenalkan Mutia.
" Assalamualaikum Cikgu Mutia." Seluruh kelas bergema.
" Waalaikummussalam." Mutia memerhatikan seluruh kelas itu dan matanya tertancap pada seraut wajah. Mutya. Mutya tersenyum. Mutia membalas senyuman itu.
Pada hari itu, Mutia hanya berkenalan dengan muridnya seramai 12 orang. Mujurlah, dahulu dia pernah berpengalaman dalam menguruskan kanak – kanak. Hal ini menjadi semakin mudah.
Segala dukanya bersama Ajmal dirasakan hilang begitu sahaja. Karenah kanak – kanak ini mampu menceriakan hatinya.
Tangannya ditarik oleh Mutya. Mutia hanya menurut. Mereka duduk diatas lantai dibelakang kelas sebelum murid – murid perempuan yang lain menghampirinya dan duduk dalam keadaan separa bulat.
Kebanyakan kanak – kanak lelaki lebih suka membuat hal mereka masing- masing.
Pelbagai cerita dikongsi. Hatinya ketawa kecil dengan setiap gelagat mereka.

Sudah seminggu dia bekerja di An-Nur. Alhamdulillah sgalanya berjalan dengan lancar. Dirinya dirasakan sesuai dengan persekitaran itu.
Selama itu juga, dia sudah tidak dimaki dan dihamun oleh Ajmal. Entah apa cerita lelaki itu dia tidak tahu. Sebaik dia pulang, Ajmal keluar. Ajmal pulang, dia dah tidur. Dia bangun, Ajmal pulak yang tidur.
Hari itu dia pulang agak lewat dari kebiasaanya memandangkan tadika An-Nur mengadakan sedikit majlis kesyukuran.
Setelah mandi, Mutia lebih suka bersantai dalam biliknya. Novel Ada Cinta Di Hati dicapai. Novel itu dibelinya semasa dalam perjalanan pulang tadi. Mutia termenung seketika. Adakah nasibnya seperti Adreena. Akan menderita sebelum menemui kebahagiaan. Atau, selama – lamanya akan disulami kedukaan.
Hempasan pinta mengejutkan Mutia. Mutia segera menegakkan badan dan menuju ke pintu biliknya untuk mengetahui apakah yang terjadi.
Namun, belum sempat pintunya dibuka, pintu itu ditolak dengan kasar oleh Ajmal. Apa pula kesalahan dia kali ni?
" Kenapa Ajmal. Mutia ada buat salah ke?" Tanya Mutia berhemah.
" Memang. Kau tau tak? Gara – gara aku kahwin dengan kau. Macam – macam masalah timbul. Sekarang, disebabkan kau, Tasmin tak nak jumpa aku. Minta putus. Semuanya kerana kau. Kau tu tak guna. Bawa sial tau." Ajmal melangkah ke arah Mutia dan Pang!! Tangannya singgah lagi di pipi gebu itu.
Tubuh Mutia tertolak ke belakang kerana tamparan yang agak kuat dan bahunya terhentak di bucu meja. Sakitnya tidak terhingga.
Tanpa mempedulikan Mutia, Ajmal melangkah keluar. Mutia merintih. Hatinya mengutuk Ajmal. Nama jer Ajmal Muslim. Namun perangai tak muslim langsung. Aduh!!! Bajunya diselak. Lebam. Mama!! Tolong Mutia Ma. Seru Mutia dalam hati.

Perkahwinan mereka berdua sudah mencecah 6 bulan. Selama itu juga fizikal dan mental Mutia diseksa.
Tidakkah ada rasa simpati di hati lelaki itu. Kalau pun bukan sebagai suami tetapi sebagai seorang manusia.
Mutia melangkah longlai. Peristiwa dia ditolak, ingin dilupakan. Hatinya sedih dengan sikap suaminya yang sepatunya melindungi diri ini. Bukannya menyakiti.
Oppss!! Tubuh tinggi Mutia bertembung dengan sesosok tubuh lain.
" Miss, are you okey?" Satu suara kedengaran. Lelaki. Mutia mendongakkan kepala. Malunya!!.
" Err.. I’m fine. Thanks." Cepat – cepat Mutia menjawab.
" Pak Su!!" Laungan satu suara halus membuatkan kedua – duanya menghalakan pandangan ke satu arah.
" Oh.. My Princess. So, how are you? Lama Pak Su tak jumpa Mutya. Rindu Pak Su tak?" Lelaki itu mengangkat Mutya dan menciumnya bertalu – talu. Mutia yang hanya melihat babak itu sepi.
" Eh. Auntie?? Auntie dah jumpa Uncle Mutia ya?" Petah bibir itu berkata – kata.
Belum sempat Mutia membalas, suara garau lelaki itu mendahuluinya.
" Mutya tak nak kenalkan ke?"
" Yalah. Pak Su, ni cikgu baru Mutya. Nama dia Mutia. .M-U-T-I-A. Auntie, ni kenalkan Pak Su Mutya. Nama Pak Su. Ashreeq. A-S-H-R-E-E-Q." Ketiga – tiga mereka ketawa.
" Oklah Mutya. Mutya kena masuk kelaskan? Jom masuk dengan Auntie. Ashreeq, saya minta diri dulu ya. Seronok berkenalan dengan Pak Su budak lincah ni." Mutia berlalu pergi sambil tangannya memimpin tangan halus itu.
Namun, tidak sampai langkah yang ketiga, pandangannya berpinar – pinar. Dunia dirasakan berpusing.
" Auntie!!" Suara Mutya kedengaran berbalam. Belum sempat tubuhnya mencecah lantai, satu tangan menyambut badannya. Mutia tidak tahu apakah yang terjadi pada dirinya selepas itu.

Matanya dibuka perlahan – lahan. Cahaya terang menyilaukan pandangan. Setelah matanya terbuka, dia merasa pelik.
" Mutia kat mana ni?" Soalnya apabila dia menangkap kelibat Ashreeq disebelahnya.
" Mutia ada dekat klinik saya. Sabar dulu. Jangan bergerak banyak." Ashreeq menolong Mutia untuk bersandar di kepala katil.
" Apa yang terjadi?"
" Mutia pengsan."
" Ya Allah. Mutia kena pergi An –Nur. Mutia kena mengajar pagi ini." Mutia pantas ingin bangun, namun kepalanya terasa berat.
"Mutia rehat dulu. Ashreeq dah bagi tahu Jamilah tadi. Kebetulan, Jamilah tu best friend Ashreeq." Terang Ashreeq lebar.
" Ashreeq, apa sakit Mutia?" Mutia mengutarakan soalan.
" Mutia okey. Cuma letih, tekanan perasaan dan Migrain. Elakkan melakukan kerja yang meletihkan. Kurangkan keadaan yang mengganggu emosi." Terang Ashreeq.
"Hmm."
" Mutia, maaf Ashreeq tanya. Tadi pembantu Ashreeq cakap, bahu Mutia lebam. Pipi Mutia juga lebam sedikit. Kenapa boleh jadi macam tu?" Giliran Ashreeq bertanya.
" Tak ada apa – apa." Mutia menggelengkan kepalanya.
" Mutia nak balik." Kata Mutia setelah dia merasakan badannya sedikit sihat.
" Okey. Tapi biar Ashreeq yang hantar. Sebelum tu, kita keluar makan sebab Ashreeq tahu, Mutia belum makan." Usul Ashreeq.
Mutia diam seketika. Bolehlah. Lagipun Ajmal belum pulang. Ajmal juga tidak prihatin tentang dirinya. Biarkan. Mutia mengangguk perlahan.

" Mutia nak makan apa?" Soal Ashreeq.
" Entah." Acuh tak acuh jawapan Mutia.
" Ashreeq pilih ya."
" Hmm."
Setelah memesan makanan, mereka berdual berbual seketika. Terus terang kepada Ashreeq diberitahu bahawa dia sudah bersuami. Ashreeq berterima kasih kepada Mutia kerana memberitahu kedudukannya.
"Mujurlah Mutia bagi tahu awal, kalau tak jawabnya Ashreeq jatuh cinta pada isteri oranglah gamaknya." Usik Ashreeq. Mereka ketawa lagi.
Ehem!!
Deheman seseorang menghentikan tawa mereka. Ajmal. Mutia menundukkan pandangan.
" Ya Encik." Ashreeq tersenyum ikhlas.
" Hai, saya Ajmal. Suami Mutia." Beritahu Ajmal.
" Oh. Beruntungnya saya. Kami baru jer lepas berbual tentang Encik Ajmal. Duduklah." Pelawa Ashreeq ramah.
" Tak pelah. Saya pun kebetulan ada kerja. Tak sangka isteri saya tak kerja hari ni." Perli Ajmal.
Ashreeq yang menyedari situasi tersebut cuaba untuk memberitahu yang sebenar kepada Ajmal namun lelaki itu meluru pergi.
"Tak apa Ashreeq. Dia pun bukannya kisah pasal saya. Dahlah, kata nak hantar saya pulang. Saya letih sangat ni." Mutia segera bangkit.
Ashreeq merasa bersalah. Segera dia pergi ke kaunter pembayaran. Mutia pula sudah menuju ke kereta.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dalam kereta, dia terlihat Ajmal sedang berjalan sambil memaut bahu gadis lain. Hatinya yakin, ada sesuatu yang berlaku.

Mutia termenung di tepi tingkap. Huh! Kalau aku keluar dengan sesiapa sibuk jer nak ambil tahu. Kalau dia berkepit dengan perempuan tu tak apa.
Mutia tak tahu dimana dia mendapat kekuatan berkata seperti itu. Namun hanya dapat diluah di dalam hati. Kalau cakap depan Ajmal, mau pipinya berbekas lagi.
Seperti biasa, malam itu sekali lagi Ajmal mengamuk. Habis semua barang dirumah bersepah. Mutia yang ketakutan hanya mendiamkan diri.
" Siapa lelaki itu?" Pekik Ajmal.
" Err.. Ashreeq." Jawab Mutia teragak – agak.
" Kalau bercakap tu pandang aku." Tengking Ajmal lagi.
" Sejak bila lagi kau kenal dia?" Soal Ajmal lagi.
" Tadi, Mutia pengsan. Kebetulan Ashreeq ada di situ. Dia juga seorang doctor. Dia yang tolong Mutia tadi." Beritahu Mutia jujur.
" Oh.. Baru jumpa sekali, dah berani keluar. Kenapa kau pengsan tadi? Jangan cakap kau mengandung sudahlah. Kau ingat sikit. Kau tu bini orang." Sinis sekali kata – kata Ajmal.
" Isteri orang! Huh. Mutia isteri siapa Ajmal? Isteri Ajmal ke? Mutia tak mengandung, tapi Mutia pengsan sebab Mutia tekanan perasaan. Ajmal nak tahu siapa yang buat Mutia pengsan? Ajmal!." Mutia sudah tidak sanggup lagi mendengar cercaan Ajmal.
" Kurang Ajar!!" Serentak itu, entah kali yang keberapa pipi Mutia menjadi tempat persinggahan tangan Ajmal. Bibirnya luka sedikit.
" Puas hati Ajmal. Dapat pukul Mutia sesuka hati. Pukullah lagi Mal. Pukul. Bukan ke kerja Ajmal Muslim memukul isteri dia. Bukannya untuk dibelai.
Mutia tidak mencintai Ajmal. Tapi Mutia boleh menerima diri Mal. Kenapa Mal tak pernah sesekali cuba untuk buka hati Mal untuk Mutia. Kalaupun bukan sebagai isteri tapi sebagai kawan.
Tuhan mencipta hawa bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan di kaki untuk jadi pengalas tapi dari rusuk Mal. Untuk dilindungi dan disayangi. Sekali aja Mal. Tolonglah hargai Mutia. Ajmal tak nak menerima Mutia sebagai isteri, tak apa Mutia terima. Tapi jangan seksa Mutia macam ni sekali." Selesai berkata – kata Mutia berlari ke atas menuju biliknya bersama tangisan.
Ajmal yang sejak tadi terdiam terjelepok di atas lantai. Kata – kata Mutia menyentuh hatinya. Ya Allah. Begitu kejam aku terhadap Mutia. Dia tidak bersalah namun aku yang menurut amarah dan hawa nafsu.

Air mata yang mengalir seperti aliran sungai dipipinya sudah tidak dihiraukan. Akhirnya Mutia berasa tenang kerana segala rasa hatinya sudah diluahkan. Kesedihannya dibawa sehingga ke dalam mimpi.
Ajmal melangkah ke arah biliknya. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Kakinya berhenti dihadapan bilik Mutia. Perlahan – lahan tombol pintu dipulas. Sekujur tubuh yang berada di atas katil direnung dengan perasaan bersalah. Perlahan – lahan kakinya menapak ke dalam bilik itu.
Dia duduk di sisi Mutia. Lebam bibir itu diperhatinya lama. Mutia maafkan aku. Hati kecil Ajmal berkata – kata.
Matanya tetancap pada bingkai gambar yang berada dalam dakapan Mutia. Perlahan – lahan, dia mengambil gambar yang terlangkup itu. Hatinya terkesima. Selamat Pengantin Baru Mutia dan Muslim. Hatinya semakin tercuit.
Tangannya diletakkan di dahi Mutia. Entah apa yang memaksanya untuk berbuat begitu. Sekali lagi hatinya terkejut. Panas ni.
Ajmal kerisauan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berada di samping Mutia. Hatinya bimbang. Dia melelapkan mata atas sofa dipenjuru bilik itu.

Mutia cuba mengangkat matanya perlahan. Beratnya. Badannya dirasakan panas sekali. Dia juga cuba untuk bangun. Badannya dirasakan sangat letih
Sudah beberapa kali dicuba namun hasilnya tetap seperti tadi. Badannya terlalu lemah. Dia mengaduh kecil.
" Kau berehatlah dulu. Badan kau lemah sangat tu. Panas. Aku dah beli makanan tadi. Nanti aku bawa naik. Lepas tu makan ubat." Setelah itu Ajmal langsung pergi. Mutia memejamkan matanya kembali. Dia tertidur.
Ajmal yang naik semula ke kamar Mutia dengan sarapan hanya memerhatikan Mutia yang tertidur.
Diambil sapu tangan, dicelup air lalu dilapkan di tangan Mutia. Setelah itu, dia menyelak sedikit rambut ikal Mutia kebelakang. Namun matanya menangkap kesan lebam di situ. Hatinya dihimpit perasaan bersalah yang amat sangat.
" Er… Ajmal… Mutia lapar." Terketar – ketar tutur Mutia. Hanya Ajmal tempat dia bergantung sekarang.
" Err.. Ni. Biar aku yang suap. Kau tak larat sangat ni. Aku dah cakap dengan Jamilah tadi yang kau tak pergi bekerja hari ni." Terang Ajmal. Mutia hanya menganggukkan kepalanya.
Setelah dua tiga suap makan, Mutia memakan panadol. Dia memandang Ajmal. Kenapa lelaki itu berbeza hari ini? Hatinya berkata – kata.
" Ajmal tak kerja ke? Pergilah. Mutia dah baik dah."
" Emm. Kalau ada apa – apa call aku." Sempat Ajmal berkata sebelum dia berangkat ke tempat kerjanya.
Menjelang tengah hari, panas badan Mutia sudah surut. DIa sudah boleh bergerak meskipun kepalanya masih pening.
Menjelang pukul 2 petang. Telefonnya berbunyi.
Setelah memberi salam, Ajmal bersuara.
" Dah surut ke demam tu?"
" Emm. Ajmal balik awal ke?" Soal Mutia.
" Mungkin. Kenapa?" Soal Ajmal.
"Err. Mutia masak yer." Mutia ingin membalas jasa Ajmal yang menguruskannya pagi tadi.
" Emm. Okey jugak."
Setelah itu, Mutia menuju ke dapur untuk memasak.

Alhamdulillah, sejak peristiwa itu, Ajmal sudah tidak seperti dulu. Meskipun kadang – kadang suaranya masih meninggi namun, pipinya sudah lama tidak menjadi tempat lelaki itu melepaskan amarah.
Selama 9 bulan dia mengahwini Ajmal. Sudah 3 bulan juga dia berkenalan dengan Ashreeq.
" Assalamualaikum." Mutia memberi salam.
" Waalaikummussalam. Mutia ni Ashreeq."
" Ya Ashreeq. Ada apa?" Soal Mutia.
" Ashreeq ada hal penting nak cakap. Kita jumpa di restoren Saujana ya."
Klik telefon dimatikan. Mutia hairan. Hmm. Terpaksa lah dia balik lambat.

" Ada apa Reeq?" Sekal lagi soalan sama diutarakan.
Setelah memesan makanan, masing – maing sepi. Mutia yang merasa bosan merasakan lebih elok kalau dia yang memulakan bicara
" Err. Reeq harap Mutia tak marahkan Reeq yea." Takut – takut Ashreeq berkata.
Mutia ketawa. Kenapalah dengan doctor muda ni. Selama ini tak macam ni pun.
" Ya. Mutia tak akan marahkan Ashreeq."
" I… I…" tergagap – gagap Ashreeq menutur perkataan.
Belum sempat Ashreeq menghabiskan kata – katanya Mutia sudah menyergah. Tidak sabar menanti kata – kata Ashreeq yang seterusnya.
" I apa benda?"
" I love you." Spontan perkataan itu keluar. Laju dari bibir Ashreeq. Mungkin kerana terperanjat disergah oleh Mutia.
" Stop joking Reeq. Ni bukan Apri Fool tau."
" Reeq tak main – main. Reeq betul – betul dah jatuh cinta dengan Mutia." Serius Ashreeq berkata. Mutia yang galak ketawa terhenti. Mutia mengeluh.
" Reeq, Reeq tahu kan. Mutia isteri orang."
" Ya. Reeq tahu. Reeq juga tahu yang Mutia tidak pernah bahagia. Ajmal pun ada perempuan lain kan. So. Maafkan Reeq tapi Reeq tak sengaja terdengar perbualan Mutia dengan Ajmal. Ajmal akan ceraikan Mutia kan. Reeq akan tunggu sehingga saat itu tiba." Bersungguh – sungguh Ashreeq meluahkan perasaanya.
Mutai merasa berdosa. Memang sifat Ashreeq yang penyayang, mengambil berat ditambah dengan wajah yang kacak serta mempunyai pakej lengkap idaman wanita mampu menggoyahkan perasaan wanita.
Malangnya bukan Mutia. Mutia sedar dirinya dimiliki oleh seorang lelaki. Tidak akan sesekali dia berlaku curang.
" I’m sorry Reeq. Tapi selagi Mutia isteri Ajmal, tak akan sesekali Mutia berlaku curang." Terang Mutia
" Reeq faham Mutia. Tapi Reeq juga nak Mutia tahu bahawa Reeq tetap menunggu Mutia. And Reeq harap hubungan kita masih seperti dulu, meskipun Reeq meluahkan perasaan Reeq pada Mutia." Reeq memandang Mutia dengan penuh pengharapan.
" Okey." Mutia melemparkan senyuman pada Ashreeq.

Ajmal memandu kereta Spectra miliknya perlahan. Hatinya memikirkan tentang Tasmin. Sudah 2 minggu kekasih hatinya itu menghilang. Lamunannya terputus dikejutkan dengan deringan telefonnya.
"Helo."
" Helo." Suara seorang lelaki yang tidak diketahui menarik perhatian Ajmal.
" Ya. Siapa ni?" Soal Ajmal. Nombor itu tidak berada dalam simpanannya.
" Kau dengar sini. Aku tahu kau tak cintakan Mutia. Aku nak kau lepaskan dia. Aku tahu kau juga mencintai orang lain. Aku nak bagi tahu kau bahawa aku lebih mencintai Mutia. Tolonglah, lepaskan dia." Rayu lelaki itu. Ajmal tergamam.
" Tapi kau ni siapa?" Soal Ajmal kasar.
" Aku orang yang sangat mencintai Mutia." Serentak itu talian terputus.
Ajmal bengang. Mutia curang dengannya. Dia berpatah balik menuju ke rumah Tasmin. Dia ingin memberitahu kekasih hatinya itu bahawa dia akan menceraikan Mutia.

Sampai di rumah Tasmin, Ajmal mengetuk pintu. Namun, tiada yang menyahutnya. Tak mungkinlah Tasmin tiada di rumah sebab lampu terpasang. Dia memerhatikan tempat letak kasut. Hatinya terkejut melihat sepasang kasut lelaki. Spontan hatinya merasa ada sesuatu yang tidak kena.
Ajmal memulas tombol pintu rumah Tasmin. Tidak berkunci. Dengan perlahan, dia menceroboh rumah itu. Kakinya diatur ke bilik Tasmin. Sampai di pintu bilik Tasmin, spontan telinganya menangkap suara Tasmin dan seorang lelaki.
" Sayang, bukan ke you tengah bercinta dengan Ajmal?" Suara garau seorang lelaki kedengaran.
" A’ ah. Tapi I sebenarnya bercinta dengan duit dia. I nak permainkan dia jer. Dia yang tidak sedar. I nak buat macam mana. Nasib dialah masuk jerat I." Tidak lam kemudian terdengar keduanya tertawa.
" Habis I ni pun mangsa you ke?" Kedengaran sekli lagi suara lelaki itu.
" Taklah. You ni kekasih hati I. Swear."
Ajmal yang mendengar berasa panas telinga spontan tangannya memulas tombol pintu itu.
" Astaghfirullahul Azim. Ni kerja korang berdua ya?" Bibir Ajmal mengucap panjang melihat keadaan Tasmin yang hampir terlucut pakaian dibadannya sedang berada di atas katil bersama seorang lelaki.
Tasmin yang terkejut cepat – cepat memperbetulkan bajunya yang terlondeh. Namun belum sempat dia bebuat apa – apa Ajmal sudah menangkap gambarnya. Lelaki yang berada di sebelah Tasmin tergamam.
" Ajmal, dengarlah penjelasan I." Rayu Tasmin.
" Tak payah you nak bagi penjelasan pada I. bagi sahaja penjelasan you tu dekat Pegawai pencegah maksiat nanti." Sehabis sahaja Ajmal selesai berkata – kata, kedengaran salam diberi.
" Ini dia tuan. Saya tangkap mereka sedang berkhalwat. Gambar sekali saya dah ambil untuk dijadikan bukti." Ajmal menghulurkan telefon berkameranya.
" Saya minta diri dulu tuan. Tuan ambilah gambar ini untuk dijadikan bukti. Saya terpaksa pergi dulu." Ajmal berlalu. Namun telinganya masih menangkap suara Tasmin.
" Maafkan Tas, Mal. Tas, menyesal."
Ajmal berlalu pergi tanpa menoleh buat kali kedua.

Ajmal membawa kereta dalam keadaan yang bercelaru. Hatinya merasa terluka. Serta – merta ingatannya terlayar pada Mutia. Seraut wajah itu bermain di ingatannya. Mutia. Ajmal minta maaf. Spontan tangannya ingin mencapai telefon namun nasibnya tidak baik kerana teleon itu terjatuh.
Dengan keadaan yang masih memandu, Ajmal cuba untuk mengambil telefon itu. Sikit lagi. Sikit lagi. Akhirnya berhasil. Didail nombor isterinya. Namun belum sempat tangannya menekan punat hijau, silauan lampu mengejutkannya.
Dumm!! Ajmal menoleh ke kiri. Rasa sakit yang amat sangat namun, wajahnya menangkap seraut wajah ayu sedang menghulurkan tangan Mutia. Setelah itu, pandangannya menjadi gelap gelita. Tidak lama kemudian, kawasan itu dipenuhi orang ramai dan anggota polis.

Mutia gelisah. Kenapa dengan Ajmal ni. Selalunya pukul 3 dah balik. Hati Mutia merasakan ada sesuatu yang buruk sudah berlaku. Namun, cepat – cepat dihalaunya kemungkinan itu. Mutia tdak senang duduk. Sekejap bangun, sekejap berdiri.
Kringg!! Deringan telefon mengejutkan Mutia. Hatinya bertambah berdebar. Ganggang telefon diangkat.
" Helo."
"Ya."
" Apa?"
Serentak itu, badan Mutia terjatuh. Air mata membasahi pipi. Seminit kemudian, Mutia menjadi panic. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Setelah berselawat, akhirnya dia mendapat sedikit ketenangan.
Dengan terketar – tekar nombor telefon Mubin didail.
" Ya Mutia, ada apa dik?" Setelah menjawab salam, Mubin bertanya dalam keadaan mamai.
" Err.. Abang.. tolong adik Bang. Ajmal.. dia… keretaa… lori…" Kata- kata Mutia berterabur. Tidak lama kemudian dia kembali menangis.
Mubin risau dengan keadaan adiknya. Rasa mengantuk sudah terbang entah ke mana. Suara Mutia meyakinkannya bahawa ada khabar buruk.
" Mutia. Calm down. Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus." Arah Mubin. Mutia melakukan seperti yang disuruh abangnya. Setelah mendapat sedikit kekuatan dia membuka mulut.
" Ajmal accident. Sekarang ada di hospital. Adik ada dekat rumah ni. Abang tolong datang ambil adik. Adik nak pergi hospital cepat sikit Bang." Rayu Mutia.
" Okey. Adik tunggu sana. Abang datang. Banyakkan selawat. Kita sama – sama doakan keselamatan Ajmal okey?"
" Okey!"

Mutia berjalan laju ke bilik pembedahan. Setelah diberitahu oleh jururwat yang kebetulan merupakan petugas kes Ajmal.
Seorang lelaki yang berada di situ tidak dihiraukan. Mubin memegang bahu adiknya.
"Sabar adik."
" Abang, kat dalam tu suami adik, Bang. Adik nak tengok keadaan Ajmal, bang." Mutia meronta – ronta. Mubin memegang kejap bahu adiknya.
" Adik ingat Allah dik. Doktor sekarang sedang sedaya upaya menyelamatkan Ajmal. Kita duduk sini dulu ya." Mubin membawa Mutia ke bangku yang disediakan.
" Maafkan saya. Awak berdua ni keluarga mangsa ke?" Soal lelaki yang dilihatnya tadi.
" Ya. Encik ni siapa?" Soal Mubin mewakili adiknya.
" Saya kebetulan lalu di tempat kejadian. Saya yang telefon pihak polis dan ambulans. Jadi saya merasa tanggungjawab saya untuk berada di sini sambil menunggu kedatangan ahli keluarga. Oh. Sebelum tu nama saya Syah." Syah menghulurkan tangannya. Mubin menyambutnya. Bibrnya mengukir senyuman.
" Ini isteri saya Farah." Syah memperkenalkan isterinya kepada Mutia.
" Maaflah. Adik saya dalam keadaan yang tidak stabil lagi."
" Oh Tak apa. Saya faham." Balas Farah mesra.
" Saya minta diri dululah. Memandangkan ahli keluarga saudara mangsa dah sampai. Tapi sebelum itu, saya nak serahkan telefon milik kalau tak silap saya Encik Ajmal kan?" Tangan Syah menghulurkan telefon Ajmal kea rah Mubin.
" Terima kasih." Mubin menyambut huluran.
" Satu lagi yang saya nak bagi tahu. Tadi masa Encik Ajmal dikeluarkan dari kereta, handphonenya berada di tangan. Malah, tertera nama Mutia di skrin. Masa dia dibawa dalam ambulans tadi pun, nama Mutia yang bermain di bibirnya. Saya anggap Mutia tu mungkin isterinya. Okeylah. Kami pergi dulu." Selesai berkata – kata farah menggenggam tangan Syah dan mereka berlalu pergi.
Mutia semakin hiba. Ya Allah selamatkanlah suami aku.

Setelah hampir 8 jam menunggu, akhirnya Ajmal dikeluarkan dari bilik pembedahan. Doktor Yuni memberitahu Mutia bahawa keadaan Ajmal sangat parah. Kakinya patah. Namun itu tidak membimbangkan mereka. Tetapi, darah beku di kepala Ajmal.
Mutia tidak dibenarkan berjumpa dengan Ajmal sehingga Pembedahan untuk mngeluarkan darah beku di kepala Ajmal selesai dilakukan.

Setelah mendapat persetujuan dari seluruh ahli keluarga pembedahan dijalankan. Mutia tidak henti – henti berdoa agar Ajmal selamat. Begitu juga dengan air matanya yang tidak habis – habis mengalir.
Sudah 6 jam lebih. Namun masih tiada berita tentang Ajmal. Doktor Yuni masih tidak keluar sejak tadi.
Hati Mutia berbisik kecil. Ya Allah lindungilah suamiku.
" Doktor, keadaan pesakit semakin lemah." Doktor Yuni mengangguk lemah
Please Encik Ajmal. Bertahanlah.
" Nadi pesakit semakin menurun." Suara seorang jururawat membuatkan semua yang berada di bilik pembeahan itu semakin bertungkus – lumus.
Tutt!!
Skrin menunjukkan keadaan nadi yang mendatar. Doktor Yuni pasrah. Pesakit itdak dapat diselamatkan. Dia segera menuju ke pintu untuk keluar dari bilik pembedahan.

" Macam mana keadaan suami saya doctor?" Mutia menerpa kea rah Doktor Yuni. Doktor Yuni diam seketika. Tidak sampai rasanya hati ingin menyampaikan berita buruk ini kepada ahli keluarga mangsa terutama sekali isteri Ajmal. Mata gadis ayu itu sudah cengkung kerana banyak menangis.
" Doktor, macam mana keadaan anak saya?" Giliran Auntie Akma pula untuk meyoal.
" Kami minta maaf tapi kami sudah membuat sedaya upaya kami. Nampaknya, Allah lebih sayangkan Encik Ajmal." Tutur doctor muda itu perlahan.
Mutia terjatuh di atas lantai hospital. Tidak lama kemudian dia segera bangkit dan menerpa ke dalam bilik pembedahan.
Beberpa orang jururawat cuba menghalang Mutia.
" Biarkan dia." Doktor Yuni berkata perlahan. Jururawat itu hanya membiarkan tubih Mutia menerpa ke arah Ajmal.
" Abang. Bangun bang."
Sepi.
" Abang bangun Bang. Mutia minta maaf kalau Mutia ada buat salah. Marilah Bang. Baliklah pada Mutia Bang. Ibu, Ayah, Mama dan Papa semuanya sedang menunggu Abang." Seru Mutia lagi
" Abang tak sayangkan Mutia ke Bang? Mutia sayangkan Abang. Abang kuatkanlah hati Abang. Baliklah Bang."
Setitis air mata Mutia jatuh di tangan Ajmal.
Mutai menggenggam tangan Ajmal erat. Doktor Yuni sebak. Tidak sanggup dia melihat babak sedih itu. Sebaik sahaja Doktor Yuni berpaling. Mutia terkejut. Pegangan tangannya dirasakan berbalas.
"Doktor!!" Tempiknya.
" Doktor! Nadi pesakit kembali berdenyut." Seorang jururawat yang kebetulan berada di situ berteriak.
Doktor Yuni terkejut. Pantas dia menerpa masuk ke dalam dewan pembedahan diikuti beberapa jururawat dan doctor lain.
"Puan, sila keluar." Seorang jururawat membangunkan Mutia.
Mutia melangkah keluar. Hatinya mengucapkan perasaan syukur. Ahli keluarga yang lain juga menadahkan tangan. Auntie Akma tidak habis – habis melahirkan rasa terima kasih pada yang Esa.

Hari ini sudah masuk 2 minggu, Ajmal tidak sedarkan diri. Meskipun begitu, Mutia sentiasa setia berada di sisi duaminya. Membisikkan kata – kata semangat. Sering kali air matanya tumpah. Namun hatinya sentiasa tabah. Dia tidak kisah andai Ajmal ingin tidur buat berbulan lamanya. Tapi untuk meninggalkan jangan.
Malam itu, diluar hospital hujan turun renyai – renyai. Mutia berada di sisi Ajmal. Tangannya mengusap – usap rambut Ajmal.
Diperhatikan raut wajah Ajmal. Hensem jugak suami aku ni. Ada iras – iras… siapa ek? Aaron aziz kut. Cuma Ajmal mempunyai lekuk di dagu dan dibibirnya.
Mutia ketawa. Nakal juga hati aku ni. Tangan sejuk Ajmal diramas. Mutia sudah boleh menerima Ajmal sebagai suaminya. Perasaan cintanya kini hanya untuk Ajmal. Sekarang terpulang pada lelaki itu untuk menerima atau menolaknya.
Mutia menundukkan wajahnya ke arah dahi Ajmal. Chup! Ciuman ikhlas dari seorang isteri.
" Abang bangun lah. Semua orang rindukan Abang." Mutia berbisik halus di telinga Ajmal.
Setelah itu, Mutia merebahkan kepalanya di sisi tangan Ajmal.
"Mutia.. Tak rindukan Abang ke?" Satu suara mengejutkan Mutia. Pantas kepalanya diangkat.
"Abang..!! Er.. Maaf. Ajmal." Mutia menundukkan kepalanya. Tersasul.
" Kenapa Ajmal. Abang kan lebih elok." Ajmal senyum mesra.
" Abang nak Mutia panggil doctor." Mutia ingin berlalu namun tangannya dipaut lembut.
" Tak perlu. Abang okey. Mutia duduk sini. temankan Abang."
" Hmm.. Okey." Mutia duduk kembali di atas kerusinya
" Dah lama ya Abang tidur?" Soal Ajmal.
" A’Ah. Dekat 2 minggu. Lena sungguh Abang tidur. Abang terjumpa dengan puteri kayangan yang cantik ke sampai tak nak buka mata. Semua orang risau." Mutia mengusik suaminya.
" Emm. Memang Abang jumpa puteri kayangan yang cantik. Tapi tak ada yang secantik Mutia. Sebab tu Abang bangun." Ajmal membalas usikan Mutia.
Mutia merasa bahagia. Inilah kali pertama dia bergurau mesra dengan suaminya. Nampaknya Ajmal sudah berubah.
" Yalah tu." Mutia memuncungkan mulutnya.
" Yalah. Takkan Abang nak tipu pulak."
" Dahlah Abang. Abang masih lemah. Abang rehat dulu ya." Usul Mutia.
" Emm."
"Mutia temankan Abang ya." Semakin kejap pegangan Ajmal.
" Ya Abang. Mutia temankan Abang. Takkan lah Mutia nak lari balik."
Perlahan – lahan Ajmal memejamkan matanya. Mutia tersenyum. Mutia juga turut merebahkan kepalanya disisi Ajmal. Tangan mereka bertaut erat.

Sudah 2 Bulan Ajmal terpaksa berada di hospital. Alhamdulillah, kakinya juga sudah boleh bergerak. Ajmal sudah boleh berjalan meskipun agak lambat.
Akhirnya, hari itu dapat juga dia keluar daripada bilik yang hampir 90 peratus dicat warna putih. Mutialah yang akan menjemputnya. Pintu biliknya diketuk. Memandangkan dia berada di wad kelas pertama jadi hanya dia yang menghuni kamar itu.
" Masuk."
Serentak dengan itu muka Ajmal berubah tegang. Ashreeq. Apalagi yang lelaki ini nak? Takkan dia masih tidak berputus asa.
" Apa khabar?"
"Sihat." Jawab Ajmal acuh tak acuh.
" Macam mana? Bila kau nak lepaskan Mutia?" Soal Ashreeq.
" Aku takkan lepaskan dia. Dia isteri aku." Tegas Ajmal.
" Ohh. Jadi dah sedar Mutia tu isteri kau." Sindir Ashreeq.
" Aku nak bagi tahu kau sesuatu. Hargailah Mutia. Kalau kau cuma nak jadikan sebagai pengalas kaki kau, baik tak payah. Masih ada yang begitu mencintai Mutia. Mutia sentiasa cakap yang kau suami yang baik. Malangnya Mutia seorang yang tidak pandai menipu." Setlah menghabiskan kata – katanya Ashreeq meminta diri untuk pulang. Meninggalkan Ajmal yang membisu.

Mutia terserempak dengan Ashreeq. Dia berbual seketika sebelum ashreeq meminta diri untuk pergi kerana dia sudah berjanji dengan Mutya untuk keluar bersiar – siar.
Mutia memasuki kamar yang diduduki Ajmal. Dilihat suaminya sedang mengelamun. Perlahan – lahan Mutia mendekati Ajmal.
" Kenapa lambat?" Soal Ajmal kasar.
" Emm traffic jam."
" Tak de soalan lain ke? Bukannya Abang tak tau. Ni mesti bercakap dengan buah hati kan?" Serkap Ajmal.
Buah hati mana pulak laki aku ni. Macam – macam hallah. Ai cik Abang. Sakit – sakit pun sempat marah orang.
" Yalah. Kan buah hati Mutia dihadapan mata ni. Jomlah." Mutia mengangkat beg pakaian Ajmal.
Pergerakan Ajmal yang sedikit lambat memaksa Mutia memperlahankan sedikit langkahnya. Ajmal masih memasamkan muka.
Mutia ketawa kecil. Terus dicapai lengan Ajmal dan dipaut mesra. Ajmal yang masih marah terubat hatinya.
" Marah lagi ke?" soal Mutia
" Entah."
"Dahlah. Senyum sikit. Nanti orang cakap kena paksa keluar hospital pulak." Mutia ketawa kecil. Ajmal menukirkan senyuman manis.

Perkarangan rumahnya dimasuki. Rumahnya dipenuhi kasut dan selipar. Apa pula yang berlaku ni? Hati Ajmal tertanya – tanya. Ingin ditanya Mutia namun isterinya hanya tersenyum.
Sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah, rumahnya dipenuhi dengan ahli keluarga yang terdekat.
"Selamat Pulang dan semoga cepat sembuh." Bergema rumahnya dengan ucapan tersebut. Ajmal terharu. Mungkin inilah yang membuatkan Mutia lewat tadi. Hatinya merasa bersalah kerana marah – marah tanpa usul periksa. Terus diraih isterinya itu ke dalam pelukan.
Masing – masing menjamu juadah yang disediakan oleh Mutia, Mama, Auntie Akma. Opss bukan Auntie dah. Ibu. Dan juga Bibik.
Mutia memerhatikan tetamunya itu. Di kirinya Abang Mubin bersama bakal tunangnya Kak Hannah.
Mama, Papa, Ibu dan Ayah sedang berbual di halaman rumah berhampiran dengan kebun bunga kecil yang ditanamnya sendiri.
Berhadapan dengannya pula adik Ajmal. Amalin dan Azlina. Kedua – duanya sedang menuntut di University.
Terasa lengkap hidupnya. Menjelang malam, kesemua tetamu meminta diri. Mutia mengucapkan terima kasih kerana mereka sanggup meluangkan masa untuk majlis buat Ajmal. Ajmal juga begitu. Setelah kesemua pulang, Mutia meminta diri untuk ke dapur manakala Ajmal terus ke biliknya.
Setelah menyelesaikan sedikit pekerjaan yang masih tidak selesai, Mutia melangkah ke bilik Ajmal. Oppss. Bukan bilik Ajmal dah. Tapi bilik mereka berdua.
Hai. Mengelamun lagi. Marahkan aku ke? Hati Mutia berbisik kecil.
"Tengok apa tu Bang. Abang kan still sakit. Rehatlah dulu." Mutia menapak ke arah Ajmal.
" Abang tengah tengok bintang dan bulan. Cantik." Puji Ajmal. Mutia melihat ke langit. Hatinya turut memuji. Ajmal memeluk isterinya. Maafkan Abang. Atas semua yang Abang dah lakukan." Lirih suara Ajmal meminta maaf.
" Mutia pun." Mutia menyembamkan mukanya di dada Ajmal. Ajmal mengusap rambut Mutia dengan penuh kasih sayang.
Mutia bahagia. Apakah ini takdirnya? Menempuh keperitan sebelum menemui kebahagiaan. Bagaimanapun dia bersyukur kerana doanya dimakbulkan. Ajmal sudah mulai menyayanginya sepenuh hati. Mutia dapat merasakan dirinya seperti dilindungi. Dirinya merasa berharga pada pandangan Ajmal. Seperti berharganya sebutir mutiara.

Sabtu
02.05.2009
09.45 p.m
posted by Penulisan2u @ 12:58 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
26 Comments:
  • At 18/5/09 3:13 PG, Blogger nadiah_abdllah said…

    macam cerita taufik and salina..
    :D
    best jugak...
    tapi, tak pernah dgr nama mutia.
    apa makna die eh?

     

  • At 18/5/09 5:30 PTG, Blogger Miss Violet said…

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

     

  • At 18/5/09 5:33 PTG, Blogger Miss Violet said…

    hani_sweet..
    ni first cerpen saya. harap bagi komen yang sejujurnya. segala kesilapan harap maaf

     

  • At 18/5/09 6:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mutia? mcm nama dlm cerita indonesia tu yg kat tv9 tu
    hehe

     

  • At 18/5/09 7:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    okat la.....
    nice try...

     

  • At 19/5/09 12:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcm nvl andai itu takdirnya je.....

     

  • At 19/5/09 3:37 PTG, Anonymous atiq said…

    bahsa yg terkawal..keep trying..cerita yg mnrk..walaupun dah biasa di dengar..all the best!!..

     

  • At 19/5/09 4:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hani_sweet.
    saya tak baca lagi novel andai itu takdirnya... but everyone said novel tu best... thanks untuk komen. saya hargainya sesangat.. kembar mutia dalam tv9 kut.. saya pun tak tahu makna Mutia ni.. pakai tulis jer.

     

  • At 19/5/09 8:27 PTG, Blogger nothing said…

    lebih kutg dgn cerita andai itu takdirnya...
    knp x try ubah sdikit plot crite....
    sebab bila bca nanti akn diangap meniru cerita andai itu tkdirnya..
    by the ways it's ok...
    love to read it..

     

  • At 20/5/09 7:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha..citer ni klakar la..
    sebijik cam citer hindustan lark..
    bdk Ajmal tu dh xleh diselamatkn,alih2 nadi gerak balik erk..

    hahaha..
    tp best sbb bhsa tersusun..
    ejaan yg x guna short form..bagus2!!
    lain kali wat plot yg lg menarik yerk..
    sure best citer u..good luck!

    ~~SukaBaca~~

     

  • At 20/5/09 1:39 PTG, Blogger bidadari cinta said…

    NOT BAD...TRY DO BETTER AGAIN...
    N TRY BUAT PLOT CITER YG LAIN SIKIT N UNIK..
    KEEP UP..

     

  • At 20/5/09 4:09 PTG, Anonymous ron apilza said…

    not bad. nice try. Anda seorang yang berbakat. Bila selalu diasah, tulisan akan jadi lebih lancar dan menarik.
    Tq.

     

  • At 21/5/09 7:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nama xsedap...
    mutia..wek wek..
    cte biase2 jew...
    keep it up!!

     

  • At 21/5/09 11:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    plot citer dia biasa jerk..
    macam dalam novel2 lain.. tak de perubahan..
    boleh diagak penghujung dia.. try again..

     

  • At 23/5/09 10:50 PG, Blogger ღAuni_Amauniღ said…

    huhu..best gak citer ni sebab saye suke citer in marriage..hoho
    nice try, author! ^^
    jemput semua bace novel saye kat blog saye..
    tinggalkan komen anda yang jujur sebab saye dalam learning process lagi huhu..

    http://arminua.blogspot.com

     

  • At 25/5/09 12:51 PG, Blogger IDA MANSOR / IENA MANSOR said…

    yela mcm cte andai tiu takdirnya..
    huhu...npe x ub hsket jln cte die?

     

  • At 25/5/09 4:43 PTG, Blogger Lady N said…

    cte niy mcm novel andai itu takdirnye...
    tp it ok..
    as long as u try ur bes in creating this short stories..
    it can be accepted..
    try again in ur next short comings myb..

     

  • At 26/5/09 4:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hani_sweet

    maaf byk2 byk atas persamaan tu. actually saya memang tak baca cerita tu. just dgr dari kwan. insya Allah segala kesilapan akan saya baiki dalam cerpen yg akan datang. bacalah ya. insya Allah akan beri kelainan..

     

  • At 29/5/09 2:24 PTG, Blogger diha said…

    sy sukakannya

     

  • At 30/5/09 4:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story
    try your best next time

     

  • At 5/6/09 2:28 PG, Blogger ceritaku MEMORIKU said…

    good job.
    best2.
    he3
    -na'dz

     

  • At 17/6/09 10:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best r..
    wat yg len plak taw..

     

  • At 19/6/09 11:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ek leh...da xde idea lain ke???
    sume citer same jer....
    boring tau x????

     

  • At 21/7/09 11:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    novel 'Andai itu takdirnya' memang best n sedih sangat..citer 2 menyentuh perasaan. best gak novel nie..
    nice try....
    nanti try wat novel yang sedih2 ek...

     

  • At 2/8/09 5:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la ckit. boleh kalau nak wat novel

     

  • At 17/6/11 10:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bolehlah,,kalu 5 bintang sye bgi 4.. kalu nak buat cerpen, saye syorkan buat yg romantik sikit..tapi sye nak ckp cerpen ni x berjaya buat air mata sye jatuh..jgn kecil hati pulak..overall best.. 4/5 :D

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group