Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sepanjang tempoh sebulan aku duduk di rumah, aku banyak menghabiskan masaku dengan menemani mama ke butik ataupun bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Kekadang aku menelefon kawan-kawan lamaku untuk bertanyakan khabar. Ada juga diantara mereka yang keluar bersamaku seperti sahabat baikku Liyana.
Liyana atau nama manjanya Yana merupakan sahabat baikku sejak di bangku sekolah lagi. Setelah keputusan SPM diumumkan, kami terpaksa berpisah untuk sementara waktu demi mencapai cita-cita kami. Yana sekarang telah bergelar seorang doktor di salah sebuah hospital terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Sebelum ini, Liyana melanjutkan pelajarannya di universiti luar nagara dalam bidang perubatan. Selalunya kami hanya menghantar email sebagai penganti diri untuk bertanyakan khabar.
Seorang lagi kawan baikku ialah Nadim. Buat masa ini kami masih belum pernah bertemu lagi. Esok Nadim akan pulang ke Malaysia kerana telah tamat ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan. Aku dan Yana ingin membuat kejutan kepada Nadim. Kami berjanji untuk tunggu Nadim sampai di lapangan terbang KLIA. Sudah lama kami tidak bertemu. Kalau tidak silap lebih kurang dua tahun. Pertemuan terakhir kami pun semasa hari raya aidilfitri. Itupun sebab kami sama-sama balik bercuti untuk beraya bersama keluarga.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, mengejutkan lamunanku. "Hello Syira. Ini aku la Yana."
"Oh... kau Yana. Kenapa kau telefon aku malam-malam ni?"
"Aku nak bagi tau kau, esok kita pergi lapangan terbang dalam pukul 3.00 petang. Pasti aku nak minta tolong kau. Boleh tak?"
"Kau nak mintak tolong apa Yana?"
"Aku tak boleh datang terus ke lapangan terbang sendiri. Sebab kereta aku kakak aku nak pakai esok. Jadi aku nak mintak tolong kau ambik aku dekat rumah dulu. Selepas itu, baru kita pergi bersama-sama ke lapangan terbang."
"Oh... Kalau macam tu, nanti aku ambik kau dekat rumah dalam pukul 2.15 petang. Ingatkan kau dah tak jadi ikut."
"Mana boleh aku tak datang. Itukan kawan baik kita."
"Emm... Oklah Yana. Esok kita jumpa. Bye," kataku lalu menekan punat merah di telefon bimbitku.
**********
"Pon... Pon..." Sengaja aku membunyikan hon kereta di hadapan rumah Yana. Dari dalam rumah aku lihat Yana melambai-lambaikan tangan ke arahku. Beberapa minit kemudian, Syahirah masuk ke kereta dan duduk di sebelahku. Aku meneruskan perjalanan ke lapangan terbang. Kami harus sampai awal ke lapangan terbang. Takut terlambat pula.
"Mana la si Nadim ni," detikku di dalam hati. Kami berjalan-jalan di sekitar balai ketibaan sambil mencari kelibat Nadim. Tiba-tiba Yana menepuk bahuku dan menunjukkan sesuatu dari arah hadapan. "Eh... itu Nadim la. Jom kita pergi dekat dia," kata Yana kepadaku. Kami berjalan beriringan menuju ke arah Nadim.
"Dah lama ke sampai?" kataku kepada Nadim. Nadim memusingkan badannya ke arah kami.
"Syira? Liyana? Macam mana kamu berdua boleh ada di sini?"
"Nak jemput sahabat lama. Itu yang kami datang tu. Terkejut tak kau tengok kami datang jemput," kata Yana.
"Tak sangka aku boleh berjumpa dengan kamu berdua hari ini. Seronok sangat rasanya. Aku lapar la. Perut aku dari tadi lagi da bernyanyi-nyanyi. Jom pergi makan dulu?"
"Boleh jugak. Jom kita pergi," kataku sambil ketawa bersama-sama dengan Yana. Teringat kami yang Nadim ni memang kaki makan tapi badan dia tetap kurus. Harapkan makan je banyak, tapi badan tak mau naik jugak.
Kami singgah ke Restoran Nasi Ayam untuk menjamu selera. Suasana di restoran ini agak lengan jugak. Hanya ada beberapa orang pengunjung. Mungkin kerana sekarang waktu minum petang. Aku dan Yana hanya memesan bihun sup dan Nadim memesan nasi ayam. Nadim makan dengan penuh bersemangat. Mungkin kerana sudah lama tak jumpa nasi ayam. "Sekarang kau kerja di mana Syira?" tanya Nadim.
"Aku belum mula lagi. Tapi aku akan kerja dengan papaku. Kau pulak Nadim, apa perancangan selepas ini?"
"Minggu depan aku dah kena mula kerja di Menara Petronas sebagai jurutera mekanikal. Aku dapat tawaran itu pun semasa aku belajar di tahun akhir dulu."
"Wah, untungnya kau," kata Syahirah.
"Kau pulak kerja kat mana Yana?" tanya Nadim.
"Dalam banyak-banyak tempat kerja, tempat kerja aku paling bersih. Dah nama pun doktor, kerja dekat hospital la," kata Yana sambil tersengih-sengih ke arah Syira dan Nadim.
"Buat lawak pulak dia. Aku tau la doktor kerja dekat hospital. Tapi hospital mana?" kata Nadim sambil menjuihkan bibirnya ke arah Yana.
"Aku kerja dekat Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur. Kalau sakit boleh jumpa aku dekat sana."
"Kalau tak kena bayar aku pergi, tapi kalau kena bayar aku tak pergi," kata Nadim.
"Engkau memang, kedekut campur haji bakhil." Tergelak kami dibuatnya setelah mendengar ayat yang Yana ucapkan.
Setelah selesai makan, aku dan Yana menghantar Nadim pulang ke rumahnya. Kemudian aku menghantar Yana pula pulang ke rumah. Tepat jam 9.45 malam barulah aku sampai ke rumah. Mama menyambutku di depan pintu.
"Sudah mama," kataku sambil berlalu pergi naik ke bilik.
Setelah selesai mandi dan bersolat, aku baring sambil membelek-belek majalah Wanita. Badanku terasa segar sedikit setelah mandi. Tetapi penat masih terasa. Tambahan pula, sepanjang perjalanan tadi aku yang memandu. Akhirnya, aku tertidur dengan majalah Wanita di tangan.
~bersambung~
p/s: hope lps baca bolehlah beri sedikit komen agar saya dapat memperbaiki karya ini.
buat masa nie xde unsur yg dpat mnaikn moodk... pape pon buat yg tbaik... gud luck kpd pnulis... chayok3!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ada sedikit kesilapan ejaan... saya ingat tadi yana n syira jatuh ati kat jejaka yang same. alih2 bsambung plak da... hihihi