Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Shima, pelase..! Jangan buat saya macam ni. Saya tahu tindakan saya selama ni pada awak salah.. Saya terlalu sayangkan awak. Cuma saya ego! Saya tak mahu akui perasaan saya pada awak. Awak lah yang saya cari selama ni. Janganlah seksa perasaan saya ni lagi.." rayu Fendi. Biarlah dibuang jauh-jauh ego yang selama ini membelenggu.
Aku tidak mengambil peduli lagi dengan kata-kata Fendi. Mulai hari ni, aku bukan lagi setiausaha peribadinya. Yang perlu menjaga segala hal ehwalnya. Yang perlu mengikut segala arahannya. Aku letak notis berhenti kerja dua puluh empat jam di atas mejanya semasa makan tengah hari tadi.
"Shima, jangan pergi dari hidup saya! Saya perlukan awak di sisi saya. Tanpa awak, hidup saya tak bermakna, Shima! Saya akui saya terlalu bodoh memikirkan cara sebegini dengan membuat perjanjian yang karut tu supaya awak sentiasa dekat dengan saya. Sedangkan awak sepatutnya jadi diri awak sendiri. Tetapi saya dah ubah untuk mengikut segala citarasa saya. Juga saya nak awak ada semua perasaan terhadap saya. Benci, geram, sakit hati, garang, suke marahkan saya, sayangkan saya, rindukan saya dan segalanya. Saya nak merasa perasaan tu dengan awak, Shima!"
"Saya bukannya orang yang layak untuk semua tu, Fendi! Saya bukannya perempuan yang perlu mengikut segala arahan lelaki. Saya mahu jadi diri saya sendiri. Saya tak mahu orang mengarahkan saya bermacam perkara yang karut marut ni! Saya nak bebas! Cukuplah, Fendi.. Saya tak perlukan awak untuk menyusun atur cara hidup saya. Saya akan berhenti kerja, Fendi. Saya harap awak dapat cari pengganti saya! Mungkin lebih baik dari saya…"
Aku ligat mengambil segala barangku di atas meja lalu kumasukkan ke dalam kotak. Habis licin meja yang aku sudah duduki beberapa bulan lalu dari segala barangku. Mungkin bukan di sini lagi rezekiku. Fendi pula dari tadi membontotiku dari belakang.
Aku mencapai pasu kristal yang pernah dihadiahkan Fendi dulu. Pasu kristal yang diberi untuk meraikan ulang tahunku. Seingatku, ini sajalah perkara baik yang Fendi lakukan padaku. Masa tu aku rasa terharu juga kerana Fendi ingat tentang tarikh lahir sedangkan aku tidak pernah memberitahunya. Mungkin dia tahu dari file profile staff di sini.
Apa motifnya di sebalik pemberian pasu kristal itu, tidak pula aku ketahui. Mungkin sebagai menghargai kerja ku selama ini.
Mendung wajah Fendi melihat aku yang sudah selesai mengemas. Beberapa staf lain termasuk Nurul turut tercengang mengetahui aku akan berhenti kerja. Nurul dari tadi memujukku agar membatalkan hasratku itu.
"Kenapa ko perlu berhenti, Shima? Ko tak sayangkan pekerjaan ini? Kalau semua ni disebabkan Fendi, maafkanlah dia! Barangkali perangainya kebudakan sedikit tapi percayalah, Fendi memang mempunyai perasaan pada ko, Shima!" beritahu Nurul.
Seperti biasanya, Nurul memujukku untuk tidak terasa hati dengan Fendi. Entah kenapa, Nurul seakan beria-ia cuba menyatukan aku dengan Fendi. Ada sesuatu yang aku tidak tahu ke??
Fendi pula sudah hilang entah ke mana. Agaknya dia sudah kepenatan memujukku. Biarlah, ini balasan yang kukira sesuai untuk membalas segala yang telah dilakukan padaku dulu.
"Shima, selama ko bekerja di sini, aku selalu perhatikan cara layanan Fendi pada ko! Dari segala gerak gerinya, aku tahu dia sudah jatuh cinta pada ko. Mungkin kerana egonya yang tinggi sebagai lelaki, Fendi tidak mampu meluahkan perasaan dia pada ko. Mungkin juga ada sesuatu yang menghalangnya. Tapi, percayalah, Shima, Fendi sayangkan ko lebih dari segalanya."
"Kadang-kadang cinta tu akan datang tanpa kita sedar. Orang selalu mengatakan cinta itu buta, tiada nilainya. Kerana ia buta, cinta Fendi tu terarah pada ko tanpa ko sedar. Sebab cinta yang hadir dalam diri ko tu adalah cinta yang datang dalam keadaan yang ko tak rela. Cara cinta tu hadir tu juga menyebabkan ko makin membenci Fendi. Fendi menganggap dengan cara ini, ko akan sentiasa dekat dengan dia. Shima, berilah peluang pada Fendi tu. Aku tahu Fendi tak pernah meluahkan rasa cintanya pada ko, tapi ko tentu boleh tunggu saat yang sesuai itu. Tunggulah hingga Fendi benar-benar bersedia!" luah Nurul berdiplomasi panjang lebar denganku.
Aku tergamam dengan pengakuan Nurul. Mana dia tahu semua tentang Fendi tu..? Adakah Nurul memang berkawan dengan Fendi dari dulu. Kalau betul, kenapa aku tidak tahu? Selama ini aku hanya menganggap antara kami semua yang berada di ofis itu hanyalah rakan sekerja semata-mata.
Nurul mengenggam erat tangan kananku. Sinar matanya cuba memberikan keyakinan padaku. Keyakinan di mana kata-katanya tadi adalah benar.
Cuma aku yang masih meraguinya. Kerana di hatiku tidak pernah hadir perasaan itu. Juga kerana tindak tanduk Fendi yang menyusahkan aku. Entahlah, yang aku tahu kini, aku perlu segera meninggalkan tempat ini. Pasak Bumi Holding meninggalkan banyak kenangan pahit padaku dan rasanya aku sudah tidak mampu berdepan dengan kerenah Fendi lagi.. Aku inginkan diriku semula………
urmm..kira ok gak nvl ni.nuriesya ada blog x.mna thu,blh gak bca smbungan nvl ni dblog anda.sy rsa x ade ksilapan ejaan smasa anda mnaip dcni.Tahniah nur
thanks untuk pujian sherie tu..rasenya dh banyak kali saya bagi hint untuk pembaca link ke blog saya..maybe kebanyakkan anda tidak perasaan..so kat sini saya bagi id blog saya..sori yer kerana linknya terlalu panjang..harap x salah taip..smile always..harap sherie boleh jadi pengikut story saya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
urmm..kira ok gak nvl ni.nuriesya ada blog x.mna thu,blh gak bca smbungan nvl ni dblog anda.sy rsa x ade ksilapan ejaan smasa anda mnaip dcni.Tahniah nur