Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kata- kata Imran tadi masih terngiang-ngiang di telinga Eddy. Dia sendiri masih menjadi tidak pasti. Apa yang dia mahu sebenarnya. Tapi jauh di sudut hatinya dia sangat berat untuk melepaskan Ira. Eddy menganggap perasaan itu mungkin disebabkan dia sudah terbiasa dengan kehadiran Ira dalam hidupnya.
" Hai sayang, you fikir apa ni sampai i ketuk pintu pun you tak sedar," teguran Zara mengejutkan Eddy dari lamunannya. Baru dia sedar sejak habis meeting dua jam lalu dia langsung tak buat apa-apa melainkan termenung.
" Eh! Bila you sampai? I tak sedar pun,"kata Eddy sambil berpura-pura mencapai fail di hadapannya.
" I ketuk pintu pun you tak sedar, so i masuk je la. You tak marah kan?" tanya Zara dengan nada manja.
" Hmm.. tak. I bungkuskan makanan untuk you. I tau you always busy sebab tu i pergi makan dengan kawan i je,"
" Dengan Ira ke?," tanya Eddy sambil terus meneliti fail di tangannya.
" Taklah....somemore friend," jawab Zara tanpa mendedahkan nama Am. " Lepas ni tak dapat la i nak makan dengan Ira lagi," tambah Zara sengaja melihat reaksi Eddy. Apabila Eddy tidak bersuara Zara segera menambah" Ada sorang guy ni cuba nak pikat Ira. Our new CEO, nama dia Megat Asyram, adik pada Hisyam,"
"Ye ker?,"tanya Eddy acuh tak acuh
" I kenal budak tu. Dia baik, tak macam abang dia. Lagipun i rasa Ira pun suka kat Am. Kalau tak, takkan la diorang sama-sama bercuti ke Pahang hari tu?" ujar Zara walaupun dia tahu yang pemergian Ira ke Pahang langsung tiada kena-mengena dengan Am. "Maafkan aku Ira, aku Cuma nakkan hak aku," bisik Zara dalam hati. Zara merasa lega kerana Eddy langsung tidak menunjukkan reaksi cemburu dengan apa yang diberitahu sebentar tadi.
" Err...okla sayang, I kena masuk ofis ni. Malam ni i call you,ok," ujar Zara.
Sebaik saja Zara keluar Eddy terus bangun dan menuju ke tingkap kaca ofisnya. " Kenapa dengan aku ni. Sepatutnya aku happy dia dah ada pengganti. Tapi apesal aku rase macam nak mati je?," bisik Eddy."Damn it!" Eddy menghentam cermin dihadapannya namun cermin tebal itu langsung tidak terjejas sebaliknya tangan Eddy yang sakit.
Sebentar kemudian dia mengambil keputusan untuk keluar menenangkan fikiran. Duduk di pejabat boleh membuatkan dia merasa sesak.
Baru hendak bersiap-siap untuk keluar, hensetnya pula berbunyi. Tertera nama Mia di skrin hansetnya.
" Hello Mia, you nak apa?" tanya Eddy malas.
" Eh sayang, you ni macam tak suka je i call," jawab Mia dengan suara yang mengada-ngada.
" I busy ni. Kalau takde hal penting i hang up," balas Eddy
" Wait, kita dinner malam ni, nak tak. I dah sediakan hadiah special untuk you," pujuk Mia.
" Sori malam ni tak boleh la. I banyak kerja," dalih Eddy. Sebetulnya dia cukup malas melayan perempuan mata duitan tu lagi.
" Kenapa? Perempuan tu tak bagi you keluar ke? Biar i cakap dengan dia," ujar Mia. Kali ni hilang semua suara manja yang dibuat tadi.
" Mia, stop it ok," Eddy mula berang dengan sikap Mia yang seakan memaksanya.
" No, i takkan puas hati selagi i tak ajar perempuan tu cukup-cukup," jawab Mia.
" Dengar sini! kau sentuh isteri aku, aku bunuh kau. That’s my word!,"tengking Eddy lalu menutup telefon bimbitnya.
.......................................................................................................... Di rumah, Ira kelam-kabut mencuba semua pakaian di dalam almarinya. Malangnya semua pakaian itu dirasakan tidak sesuai untuk ke rumah mertuanya.
Setelah hampai 5 bulan berkahwin, ini pertama kali Ira akan menjejakkan kaki ke rumah mertuanya setelah kahwin lantaran masing-masing sibuk dengan kerja. Bagaimanapun Ira sering juga meluangkan masa menemani ibu mertuanya shopping dan minum petang, Cuma belum berkesempatan ke rumah sahaja.
Baru pagi tadi Puan Sri Nora menelefonnya supaya datang ke rumah untuk makan malam. Bertambah gugup Ira apabila nenek Eddy yang baru pulang dari bercuti di Timur Tengah juga akan datang. Menurut Eddy, neneknya agak cerewet. Pantang nampak salah sikit habis semuanya ditegur. Memikirkan itu, hati Ira bertambah kecut.
" Hmm..mati la aku...aku mati..." bebel Ira sambil sibuk membelek baju di almarinya.
" Siapa yang nak mati tu," usik Eddy apabila melihat gelagat Ira yang kelam kabut.
" Eddy, tolong aku. Malam ni ada dinner kat rumah mama. Nenek pun ada sekali. Aku tak tau nak pakai baju apa ni," bebel Ira yang hampir nak menangis.
" Don’t panic,ok. Nenek aku tu tak makan orang," pujuk Eddy. Sedikit sebanyak dia rasa terhibur dengan gelagat Ira. " Kenapa aku tak tau pun pasal dinner malam ni?" tanya Eddy hairan.
" Alamak! Aku terlupa nak bagitau kau. Lepas mama phone pagi tadi aku terus mintak cuti half day. Ingatkan nak bersiap awal sket tapi sampai sekarang pun tak siap-siap lagi," jawab Ira. Eddy hanya menggelengkan kepala mendengar jawapan Ira. " Kalau aku tak balik tadi macam mana?" bebel Eddy. Dia terus menuju ke arah almari Ira dan mengambil sepasang baju kebaya berwarna peach lalu diberikan pada Ira." Kau pakai baju ni, mesti cantik. Nenek suka warna macam ni. Pakai sekali dengan selendang tu, ok." Eddy memberi cadangan sambil menunjuk kearah selendang yang agak sedondon dengan warna baju kebaya Ira.
" Tq, kalau kau takde tadi sampai ke malam lah jawabnya aku pilih baju," kerana terlalu gembira Ira menggenggam tangan Eddy. Eddy agak tersentak namun hanya membiarkan sahaja perlakuan Ira, dalam masa yang sama, dia asyik merenung wajah Ira yang kembali ceria. Seketika kemudian baru Ira tersedar perlakuannya. Baru saja dia hendak melepaskan tangannya, dia melihat tangan Eddy agak bengkak.
" Eddy, tangan kau ni kenapa?" tanya Ira sambil membelek tangan Eddy. Eddy yang leka merenung wajah Ira tersentak apabila Ira menekan bahagian tangannya yang sakit.
" Aku tanya, tangan kau ni kenapa?" tanya Ira sekali lagi apabila Eddy langsung tak memberikan jawapan.
" Oh! Ni...hmm terhentak bucu meja tadi," jawab Eddy memberikan alasan.
Serta-merta Ira mengambil sehelai kain dan menggumpal kain tersebut lalu meniupnya beberapa kali.
Sebentar kemudian, Ira menekan kain tersebut pada bahagian tangan Eddy yang bengkak.
Tersentuh hati Eddy melihat Ira yang tekun menuamkan kain tersebut di tangan Eddy. Eddy dapat merasakan tangan Ira agak menggigil sewaktu memegang tangannya, namun dia hanya tersenyum.
" Apesal kau senyum?" sergah Ira.
" Takde la. Kau ni, bila aku marah kau melawan, tapi bila pegang tangan aku menggigil pulak," usik Eddy
" Nah! Kau buat sendiri," marah Ira lalu mencampakkan kain tersebut ke arah Eddy. Eddy hanya ketawa melihat wajah Ira yang kemerahan menahan malu.
Suasana di banglo milik Tan Sri Yunus begitu meriah dengan kehadiran sanak- saudara terdekat. Ramai yang memuji penampilan Ira dengan baju kebaya. Eddy pula memakai baju melayu sama warna dengan Ira dan mengenakan seluar jeans. Dua –dua nampak sepadan.
Ira langsung tidak kekok berada di kalangan sanak- saudara Eddy memandangkan kebanyakan daripada mereka sering berurusan dengan Ira dalam perniagaan mereka. Bahkan ada di antara mereka merupakan supplier di tempat Ira bekerja. Eddy sendiri terkejut mendengar Ira berpangkat ketua jurutera di tempatnya. Selama ini dia melihat cara hidup Ira agak sederhana bahkan hanya menggunakan kereta kancil sahaja ke tempat kerja. Rupanya masih banyak yang belum diketahui tentang isterinya itu.
" Ira, tambah lagi nasi tu, nak," pelawa Puan Sri Nora kepada menantu kesayangannya itu.
" Mama ni anak sendiri langsung tak nak pelawa," usik Eddy. " Nenek, kenapa dari tadi senyap je. Tak sedap ke makanan tu?" tanya Eddy apabila melihat nenekya langsung tidak menjamah makanan di hadapannya.
" Nenek tak boleh nak makan makanan macam ni. Berminyak ," jawab neneknya dengan sedikit angkuh.
" Kalau macam tu saya suruh bibik buatkan makanan lain untuk mak ye, ‘sampuk Puan Sri Nora. Dari muda lagi dia memang tidak rapat dengan ibu mertuanya itu lantaran sikap cerewet wanita itu, namun sebagai menantu dia tidak pernah melawan kata-kata mertuanya itu.
" Eddy, kau nak tambah lagi tak, aku ambikkan," tanya Ira. Namun dia agak pelik kerana reaksi Eddy seperti memberi isyarat kepadanya. Baru dia tersedar dia telah tersilap membahasakan dirinya ‘aku’ dengan Eddy. Waktu itu semua mata yang berada di meja makan itu tertumpu kearahnya. Paling menakutkan pandangan dari nenek Eddy.
" Ira, jumpa nenek kat atas. Eddy ikut sekali." Tegas neneknya lalu bangkit dari kerusi.
" Kali ni memang betul-betul mati," bisik Ira.
" Releks ok, aku ada," jawab Eddy walaupun dia pasti sebentar lagi mereka memang kena ‘basuh’ cukup-cukup. ......................
suke ayat nie.."kau sentuh isteri aku, aku bunuh kau".. nampak sgt eddy syg kat ira.. saye pling suke criter nie.. penulis buat la blog.. tak susah mana pun.. masuk blog orang pastu klik je kat creat u own blog.. tu yg pling senang...
hahah..waduh2..bikin gawat neyh.. boley2 plak gn aku,ko..adoih.. btw,suke gile ayat 'kau sentuh isteri aku,aku bunuh kau!' gile xbest nenek die..tp best jgk utk citer ni!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ahaha..ira..ira..
leh plak ber"aku" "kau" dkt depan famili mertua..
kekeke..best2..smbung lg ye..!
xsabar nk tggu eps seterusnye..!