Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Sis, Ada customer tunggu dekat dalam" ujar atie sebaik aku masuk ke butik. Aku sekadar mengangguk sebelum meneruskan langkah kebilik. Sebaik tiba dipintu, aku tertarik dengan seorang perempuan yang kelihatan begitu sofisticated. Cantik..
" Maaf cik, kalau lama menunggu" ujarku lantas menghulurkan tangan.
" Datin Leina.." ujarnya sambil menyambut baik huluran tanganku. Senyumannya mengingatkan aku pada seseorang tapi kurang jelas siapa.
" Maaf datin.. you just look to young for that" ujarku ikhlas. Tak nampak macam mak datin pun, macam model ada lah.
" So sweet.. but you know what, I rasa umur anak I sekarang lebih kurang you" ujarnya. Biar betul? Berapalah umur dia agaknya. Aku sekadar tersenyum.
" So datin.. sekarang ni macam mana? Nak minta pandangan I or what?" soalku tidak ingin terus membuang masa.
" Kalau tunggu sekejap boleh tak? Actually I nak hadiahkan dress untuk seseorang, Rasanya kejap lagi sampai la tu"
" Sure. But by the way, you preffer coffee or tea?" soalku.
" Tea please.. but less sugar"
Seperti biasa, kalau bab air ni..Atie la yang jadi mangsa. Sementara menanti, sempat jugalah aku dengar kisah si Datin ni. Dia baru balik Malaysia, isteri bekas duta rupanya. Hello.. bukan duta produk tau, tapi duta negara.
" Excuse me, Sorry.. I am late " ujar seorang gadis yang baru sahaja muncul. Anak dia kot.. cantik dan manis. Tak nampak macam mak dengan anak..macam adik beradik pula.
" Its okay Eva.. come dear. I’ve got something for your birthday"
" Tapi kan lambat lagi.." ujar gadis yang dipanggil Eva tadi sambil mengambil tempat disebelah Datin leina.
" Baju ni nanti..eva boleh pakai untuk party tu..kan fatin" Aku sekadar tersenyum bila datin tujukan padaku. Tapi Senyumku tidak dibalas Eva. Kenapa pula perempuan ni tengok aku semacam? Bukannya dia kenal aku pun. Sombong pula..
" Eva ni, I dah anggap macam anak I sendiri.. iya lah.. I kan tak ada anak. So, I harap you dapat buat yang terbaik untuk dia" Ujar Datin pada aku. Tak ada anak? Bukan ke tadi dia ada cakap yang dia ada anak lebih kurang umur aku. Tak faham betul lah. Tapi bukan hal aku nak menyibuk pula.
" Sure datin, So miss Eva kan? You suka style macam mana?" soalku.
" Auntie..auntie rasa macam mana ya?" soal Eva tanpa menjawab soalanku dan sedikitpun tidak memandang kearahku. Minah ni, bukan tahap manja lagi ni, dah kategori mengada pun ada. Dari tadi asyik meliuk-liuk. Menyampah aku tengok.
***********
Setelah hampir dua jam tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Akhirnya sampai juga ke rumah yang aku cintai. Penat betul la hari ni. Malam ni aku mesti tidur awal, janganlah ada benda yang menghalang. Sebaik sahaja melangkah masuk kerumah, aku terhidu sesuatu yang cukup aku rindukan. Apa lagi kalau bukan sambal petai.Selera betul bau..macam tahu sahaja yang aku tengah lapar. Aku terus menuju ke ruang makan.
" Wah, aku di syurga rupanya.." ujarku sekuat hati bila melihat makanan yang terhidang diatas meja.
" Kamu gila ke apa?" terasa kepalaku ditampar. Mama ni..kacau mood aku sahaja. Aku menggosok kepala aku yang baru sahaja menjadi mangsa.
" Apa mama ni, cikgu orang kata kan. Tak baik main kepala" ujarku yang masih tidak puas hati. Kerusi dihadapan aku tarik perlahan sebelum duduk.Lama rasanya aku tak makan lauk macam ni.
" Apa yang kecoh sangat ni?" soal hafez yang baru muncul di dapur.
" Kamu tengoklah isteri kamu ni. Tiba-tiba terpekik.Di syurga konon.. tak ke gila namanya" ujar mama lantas berlalu ke dapur. ‘Apalah mama ni, tak baik cakap macam tu dekat anak sendiri’ aku mengomel sendiri.
Hafez tersenyum manis. Tampak ikhlas. " Sayang penat sangat ke? Nampak pucatlah " soal hafez lembut. Bukan main baik lagi kalau mama ada.
" Sayang? Gila ke apa?" ujarku spontan.
" Ada ke cakap macam tu dekat suami. Sudah, pergi masuk tukar baju, mandi dulu! Tak senonoh betul" Ujar mama yang tiba-tiba muncul dari dapur dengan sedulang gelas ditangan. Nasib baiklah dia pegang benda, kalau tak dah lama aku jadi mangsa dera agaknya. Aku menjeling kearah hafez yang masih tersenyum.Dia ni,sengaja nak kenakan aku. Siaplah kau nanti.
********
Aku meletak pinggan yang terakhir disebelah sebelum mencapai kain untuk mengeringkannya. Kini tinggal aku dengan mama sahaja didapur.
" Cepat sikit, lepas ni kamu potong buah ni then bawak ke depan" ujar mama sebelum keluar dari dapur. Aku hanya akur,buah kiwi dan juga epal yang dihulur mama sebentar tadi aku potong sesuka hati sebelum digaul dengan sedikit yogurt dan kismis. semuanya dimasukkan kedalam mangkuk- mangkuk kecil.
Aku melangkah ke ruang tamu. Semua kelihatan ceria, dan aku dapat lihat hafez tersenyum makna kepadaku. Apa pulalah yang tersirat sebalik senyum si raja kegelapan ni. Aku mengambil tempat disebelahnya setelah meletakkan buah diatas meja. Tanpa mempedulikan orang lain, aku menyumbat buah- buah kegemaran aku itu dan penuh khusyuk menatap skrin televisyen.
" Actually mama ada berita gembira nak bagitahu ni" kata- kata mama hanya antara sampai atau tidak ketelinga aku. Namun aku pantas berpaling kearah mama bila skrin tv tiba-tiba bertukar hitam.
" Apa mama ni, buka la balik tv..kan orang tengah tengok" sedikit rasa tidak puas hati bila fokus ku diganggu.
" Kamu dengar la apa mama nak cakap ni, kak long kamu mengandung.." ujar mama tersenyum.
" hai..bukankah iskandar baru nak masuk setahun.. Tapi tak kisahlah, apa-apa pun kenapa sampai nak tutup tv.." ujarku sambil cuba merampas alat kawalan dari mama namun tidak berjaya malah satu cubitan hinggap di tangganku. Kerana terlalu geram, aku menyumbat sebanyak mungkin buah kedalam mulutku. Aku menjeling kearah hafez yang sedang senyum seakan memerli.
"Kamu mengandung juga ke?" soal mama mebuatkan aku tersedak..buah yang aku kunyah tiba bertukar seperti fiber glass. Secara tidak segaja, hafez di depan mata menjadi mangsa semburanku..
"Apa tak senonoh sangat kamu ni" ujar mama sambil menghulurkan tisu pada hafez.
" It’s, ok mama.. orang mengandung memang macam ni agaknya" satu jelingan tajam darinya aku balas dengan penuh yakin. Apa yang dia cakap ni?. Hafez kemudian bangkit ke bilik. Tukar baju agaknya. Aku dapat merasakan tiga pasang mata merenungku.
" Betulkah fatin?" soal abah kelihatan senang dengan kenyataan gila hafez.
" Senyap- senyap sahaja kamu ni" telah mak su pula. Aku memandang kearah mak su, mama dan seterusnya abah. Rasanya dah merah muka aku ni. Siaplah kau hafez, sengaja nak kenakan aku.
" Apa yang betul? Apa yang senyap? Karut betul!" bentakku lantas meletak mangkuk buah yang sedari tadi dalam pegangan. Aku bingkas bangun dan berlalu kebilik.
" Angin lain macam, betul la tu.." kata- kata maksu menghentikan langkahku seketika. Sabar fatin..
aahlah dik. penantian suatu penyeksaan blh digunakan disini, menggambarkan rasanya menunggu sambungan cite ni. fatin, tak baik tau buat suami camtu!!!!!!!!! he...he... apapun, akak follow........................
oren da post 2x.. tp x masok pown..nnt past oren update blog oren, orEn kasitAwu ek. iSk3~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha lawak seh...
akhirnya ada gak sambungan citer ni..
lama tol menunggu...