Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ish, nak masuk ke tak ni. Mamat seorang ni, cubalah bagi salam atau apa- apa sign kalau nak masuk bilik pun. Tak adalah aku nak terkejut macam ni sekali. Sudahnya, aku yang termalu sendiri. Aku mengalihkan pandangan aku ke dalam bilik, tapi tidak terlihat pula kelibat si hafez tu. Aku salah dengar ke tadi? Ish, ni yang buat bulu roma aku berdiri tanpa disuruh. Aku kembali berpaling kehadapan. Sambil berpeluk tubuh, mataku meliar memandang sekitar yang sememangnya gelap. Ish, tak ada apa-apa pun.. karut betul aku ni, saja fikir yang bukan-bukan.
" Sejuk?"
Macam nak luruh jantung aku rasa dibuatnya. Mamat ni memang ada niat nak memendekkan umur aku. Nasib baiklah tiada tindakan refleks dari aku, buatnya bila aku terkejut, aku baling pasu bunga yang ada dekat sebelah aku ni..tak pun aku tolak dia jatuh dari balkoni.. kan tak pasal jadi janda aku.
" Terkejut ke?" soalnya pada aku, mungkin kerana soalannya tadi tidak ku jawab.
" Tanya lagi? Pendek setahun dah umur ni..dari mana ni? Tiba-tiba je muncul" balasku. Hafez mengambil tempat dikerusi sebelahku tanpa dipelawa. Kelihatan senyuman terukir dibibirnya. Itu tak lain, mesti mengejek aku.
" baru lepas cuci muka, tengok dari tadi fatin dekat sini.. takkan tunggu hafez kot" ujarnya yang kini lebih selesa bersandar dikerusi dan melepas pandang ke langit.
" Tunggu achik? Urgh.. in your dream!" balasku. Perasan betul mamat sihir ni.
" Mesti ngeri kan?" ujarnya tiba-tiba.
"Apa?" soalku.
" Ya lah, kalau fatin masuk dalam mimpi hafez" ujarnya bersahaja.
Eei..kalau aku belasah pun okay juga ni. Tikam empat belas kali, lepas tu lipat tiga masuk dalam beg dan lempar keluar terus dari bumi ni. Sengaja nak sakitkan hati aku. Ada sahaja benda nak kenakan aku.
" Ingat.." perkataanku tersekat disitu sahaja bila aku bepaling kearahnya. Matanya terpejam, Tidurkah dia?. Ada sesuatu pada wajahnya bila dia memejamkan mata seperti sekarang. Kelihatan begitu tenang membuatkan hatiku tercuit. Ish, apa yang aku fikir ni, ni mesti kuasa kegelapan dia ni, dasar ahli sihir. Aku segera berpaling kearah lain sebelum dia perasan aku tengok dia macam tu. Aku mengurut dada yang terasa macam baru lepas jogging.
" Apa?" balasku pendek. Macam- macam la dia ni. Malam-malam nak buat kuiz pula, tanya itu ini. Tapi lain betul nadanya dan aku masih ingat nada ni, kalau tak salah aku, masa malam selepas akad.
" Apa maksud cinta?" soal hafez berserta keluhan kecil. Apa punya soalan ni.. cubalah tanya soalan tentang hal ehwal semasa atau apa sahaja yang susah sikit. Boleh juga aku memanaskan otak.
" kesian.." ujarku perlahan. " Apa yang kasihan?" soalnya beria sambil memandang tepat kearah ku.
" iya lah, belajar bukan main lagi, kata ada master in mechanical engineering what so ever.. alih-alih bab bahasa kureng, maksud pun nak tanya orang" ujarku tanpa rasa bersalah
" Jawab je la " balasnya serius, sambil tangannya dengan penuh yakin menekan kepala aku sebelum kembali bersandar dan memejamkan mata. ‘Apa salah ke apa yang aku cakap, apa guna belajar tinggi kalau soalan macam tu nak tanya orang’ detik hatiku. Sambil menggosok kepala aku yang baru sahaja menjadi mangsa dek jawapan aku tadi.
" Apa yang susahnya, dah memang perkataan cinta dicipta untuk menyatakan cinta, kenapa susah-susah nak beri maksud lagi? Cinta..adalah cinta itu sendiri, tak perlu maksud sebagai.." wah, cayalah aku ni..tapi kenapa macam aku sendiri tak faham dengan apa yang aku cakap..ah, lantaklah. Asalkan aku jawab.
" Hmm.. kalau fatin tu, fatin la juga" ujarnya.
" kenapa?" soalku bila dia berkata begitu.
" Tak ada apa. hafez tiba-tiba teringat soalan tu" ujarnya. Aku memandang kearahnya. Apa maksud bila dia katakan teringat?.
" Kak marni?" akhirnya terluah dibibirku. Kelihatan dia mengerutkan dahi, mungkin tidak faham mengapa tiba-tiba aku sebut nama tu.
" Apa yang dia jawab bila achik tanya dekat dia?" soalku dengan lebih jelas. Dia mengeluh kecil sebelum tersenyum dan berpaling kearah lain.
" Leaning . Optimist . Vague . Enthusiast" ujar hafez satu persatu.. kedengaran cukup berbeza dengan jawapan aku yang entah apa-apa tu. Ah, peduli apa aku, kenapa perlu aku bandingkan dengan dia.
" Achik, kalau tak kisah..boleh orang tahu tak, kak marni tu macam mana? Mesti sweet kan?" soalku.
" Selama hafez kenal marni, dia memang seorang yang lemah lembut, manja, and totally sweet.." ujarnya. Meluat pula aku dengar, itulah, siapa suruh aku tanya. Huh, aku pun sweet apa, walaupun ada sedikit kelam kabut .. sikit ke?. Ah, peduli apa aku.
" Ala.. kalau manis sangat pun bukannya elok, nanti kena kencing manis" ujarku sebelum bangun dengan niat masuk kebilik. Aku rasa sudah cukup lama aku di balkoni.
" you are not that sweet" ujarnya membuatkan langkahku terhenti. Hei, kalau aku tak manis pun, apa ada kena mengena dengan kau wahai raja kegelapan. Geramnya aku, aku tak harap pun yang aku ni manis dimatanya. Aku pantas meneruskan langkahku namun telingaku dapat menangkap sesuatu.
" you are sweetening, you sweeten your surounding"
Betulkah apa yang aku dengar ni? Dia puji aku ke?..ish, aku salah dengar kot. Aku menyambung langkah terus ke bilik air. Kalau betul dia puji aku, maknanya.. tak adalah seteruk mana hafez azfar ni. Aku tahu.. aku ni memang pemanis pun, hehe..terlebih perasan pula aku ni.
Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, aku lihat hafez sudahpun lelap diatas katil. Katil? Kalau dia tidur atas katil, aku nak tidur dekat mana.. takkan dekat bawah.
" Achik!" aku menggerak-gerakkan sedikit tubuhnya.
" Yes, my dear.." ujarnya masih sedang mata masih terpejam. Gila apa mamat ni.
" Orang nak tidurlah!" ujarku. Aku menampar-nampar pipinya yang mungkin belum sedar sepenuhnya.
" kenapa tampar ni? Nak tidur, tidurlah..takkan nak kena dodoi kot" ujarnya yang kini dengan mata yang terbuka.
" Ish, orang nak tidur mana kalau dah achik tidur sini? Bangunlah" ujarku geram dengan jawapannya.
" Katil ni boleh tahan juga besarnya, kalau nak tumpang.. silalah. Kalau tak sudi, tidur dekat bawah" Ujarnya sambil membetulkan selimut . tumpang? Kenapa pula? Ni kan katil aku..
" Kenapa orang kena tidur bawah?" soalku.
" Sebab fatin tak nak tidur atas" jawabnya mudah.
" Tak boleh! Achik yang tidur bawah" tegasku. Aku takkan beralah, ni katil aku. Aku segera naik keatas katil, dengan menggunakan bantal aku berusaha menolaknya ke bawah. Tak kira, aku mesti menang namun usahaku sia-sia bila dia merampas bantal dari aku. Dia kini bersila dihadapanku sambil memandang tepat kearahku tanpa perasaan, seperti mencabar. Ingat aku takut ke.
" 1, 2 jus!" ujarku. Hanya itu yang dapat aku fikir.
" siapa kalah, tidur bawah" tambahku lagi. Aku pasti aku akan menang kali ni. Dia hanya mengangguk yakin. Jangan haraplah kau menang.
1..2..jus! Aku menarik selimut dan bantal ke bawah, macam mana aku boleh kalah ni. ‘ Kejam betul ! mana ada lelaki macam ni..tak gentleman langsung’ aku mengumam sendiri.
" Sesekali kejam seronok juga ya, tapi bagus juga fatin tidur dibawah, takut juga hafez kalau tidur sebelah stalker" ujarnya yang mungkin terdengar kata-kata aku tadi. Stalker? Takkan dia nak ungkit kisah dulu? Dia ingat lagi ke? Ish, malulah aku.
" Agaknya macam mana rasanya cicak goreng belacan ek" tambahnya lagi mungkin sengaja ingin menyakitkan hati aku.
" Tidurlah!" geram betul aku. Bantal dalam dakapan, aku baling kearahnya. Karang bukan cicak yang aku goreng, kau yang mampus. Terdengar tawa hafez membuatkan bertambah rasa sakit hati. Aku menarik selimut menutup seluruh tubuh. Malas aku nak layan orang macam ni. Buang masa aku je. Ish, tak faham betul aku dengan mamat ni, baru sahaja aku nak rasa yang dia ok sebab pujiannya, alih-alih tak sampai beberapa minit dah nak cari pasal dengan aku. Aku rasa telinga aku bermasalah ni..mungkin aku tersalah dengar.
*******
Entah kenapa, aku terasa masa begitu cepat berlalu. Hari ni bertukar semalam..dan esok dalam sekelip mata aku tempuh. Dalam sedar, pelbagai perkara telah aku tempuhi, pelbagai kenangan telah aku tinggalkan. Cuma sekarang yang menjadi tanda tanya, adakah benar masa yang terlalu pantas berlari ataupun aku yang terlalu lambat mengejarnya.
Jam di pergelangan tanganku menunjukkan 11.30 pagi. Masih terlalu awal rasanya untuk makan tengah hari tapi sudah terlalu lewat jika ingin bersarapan. Tapi entah kenapa perutku benar minta diisi. Ini semua tak lain sebab tak sempat bersarapan pagi tadi. Semua salah si hafez tu, pagi-pagi dah buat hal, sengaja berebut bilik air dengan aku. Sudahnya, aku yang terlewat. Siksa betul berkongsi bilik ni.
Sekali lagi aku mengerling jam di pergelangan, kemudian aku mencapai beg tangan serta laptop. Aku bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik. Kelihatan Atie dan jojie sibuk melayan pelanggan.
Aku mengatur langkah ke starbuck. Secawan kopi dan puff menjadi pilihan, cukuplah untuk mengalas perut yang sedang menggila ni. Sementara pesanan belum tiba, aku mencapai laptop dari dalam beg. Sudah agak lama rasanya aku tak check email.
"having breakfast or lunch" kedengaran satu suara asing menegurku, membuatkan mataku beralih pandang. Macam aku pernah tengok mamat ni. Eh, aku kenal dia ni tapi apa nama dia. ‘come on fatin, cuba ingat betul-betul’. Lelaki yang berdiri dihadapanku tersenyum menanti. Kalau yang sebelah dia tu memang lah aku kenal, dah muak pun tengok.
"Aku la ni, Adi. Tak banyak berubah kau ek, Cuma makin comel je " ujarnya membangkitkan ingatan aku. Tak sangka betul dapat jumpa balik.
" Wala..betul la kau adi, terima kasih.. aku tahu aku comel.. kau pun sama, still kurang inchi macam dulu ek" balas ku. Teruja betul aku dapat jumpa balik kawan lama macam ni.
" Mulut kau ni dari dulu lagi memang tak cukup rasa kan. By the way, really miss you babe" ujarnya sambil menghulurkan tangan.
" Ehem.."
" Kau kenapa fez? Aku tahu la dia ni isteri kau, tapi kau jangan lupa, dia kawan aku" ujar Adi sambil menyigung pinggang sahabatnya yang dari tadi kaku disebelahnya.
" Aku tak cakap apa pun Cuma..tekak aku sakit..ehem, tengok, aku rasa aku kurang minum air la" balas hafez dengan wajah yang tak berperasaan. Adi sekadar merenung hafez.
" Ah, pedulikan dia..duduklah adi, kita sembang- sembang" aku menarik adi supaya duduk disebelahku. Hafez turut mengambil tempat bertentangan denganku tanpa disuruh. Namun, perbualan yang baru bermula terganggu kerana bunyi handphone hafez. Potong mood betul la mamat ni.
" Sorry guys, i’ve got to go" ujar hafez lantas bangun dari kerusi. Panggilan dari siapa la agaknya yang penting sangat tu. Kerja kot..
" Ok, dont worry i’ll take care of your wife" ujar adi sambil tersengih seperti kerang busuk. Hafez menepuk bahu sahabatnya itu sebelum terus berlalu tanpa sedikit memandang kearahku. Ah, peduli apa kalau dia tak tengok aku.
" It’s must be ma.." kata-kata adi terhenti disitu sahaja sebelum dia beralih kearah aku dan tersenyum.
" pardon"
" Nothing. Hmm..hafez cakap you fashion designer sekarang" ujar adi cuba mengalih tajuk. Kalau benar tekaan aku.. ish, tak kot. Ah, abaikan sahaja.
aahlah dik, setipa kali, blh kata hari2 akak masuk sini, akak mesti ckeck cite ni, ada nw n3 ke tak. jenuh tunggu, baru ada new n3. best cite ni, pd akak biar lambat asalkan bersambung, ok! sygkan bakat yg ada tu. all the best!!!!!!!!!!!!!!!!
salam.. firstly, Oren nak minta maaf coz jarang post new n3. Oren actually masih blaja skrg. Final yEar..banyak komitmen len yang membuatkan oren x dapat tumpu dalam penulisan.orEn btul2 mnt mnulis..sbb 2 Oren sgt2 mngHargai koraNg sume. KoraNg suma mmg best. OrEn haRap KoRang sumA sUdi trUs mnYokonG Oren.OrEn trima kalau ad yang kata oreN x bsUngguh atau mnulis skadaR main2..sbb mmG slh oRen pon. Trima kasih 'aqilah', 'aku insan biasa' n 'smuA'..May Allah bless Us. (OrEntALez)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lamenye menyepi...