BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, April 16, 2009
Novel : Antara Benci dan Rindu 14
Nama Pena : Ida

Aku mengetuk-ngetuk meja sambil melihat jauh ke luar melalui cermin kaca sebuah retoran yang dipilih Yusrizal sebagai tempat kami untuk menjamu selera tengahari itu. Ibu, abah dan Yusrizal sibuk memilih makanan yang pelbagai. Sedangkan aku pula menjadi penunggu setia di sini. Aku tidak berniat untuk makan. Seleraku sudah hilang! Kukira hendak menelan dua butir nasi pun sudah tidak mampu. Aku hanya meminta abah membelikan aku minuman sahaja untuk alas perutku tengahari ini. Apa lagi kalau bukan teh ais kegemaranku.

Pada mulanya hairan juga orang tuaku kerana aku menolak untuk makan. Puas dipujuk mereka. Tidak ketinggalan juga Yusrizal. Katanya, takut perutku masuk angin. Penyibuk! Biarlah perut aku nak masuk angin, bukan perut dia. Yang sibuk sangat kenapa? Sifat degilku bukan mudah untuk dilenturkan. Apatah lagi jika melibatkan bekas suamiku itu, lagilah menjadi keras kepalaku. Aku tetap berkeras tidak mahu makan. Aku memberikan alasan yang aku kenyang. Mungkin ibu dan abah malas mahu memujuk lagi, lalu mereka terus berlalu untuk mengambil makanan.

"Hai, termenung jauh nampak!"

Aku mencebikkan bibir. Walaupun mataku masih menghala keluar tapi aku sudah tahu gerangan empunya suara itu. Makin menyampah aku dibuatnya.

"Ni, air yang Ifa pesan." Yusrizal menghulurkan bekas berisi minuman kepadaku. Tanpa memandang wajahnya, aku terus mencapai gelas itu dan menghirup airnya. Tidak aku peduli pada mata nakal Yusrizal yang memerhati tingkah-lakuku. Yang aku tahu tekakku harus dibasahkan. Aku memang dahaga saat itu.

Selepas separuh gelas teh ais aku hirup barulah aku melepaskan straw dari bibirku. Lega rasanya. Terasa sejuk sikit badanku ini. Barulah senang hati. Namun kesenangan itu sedikit terganggu apabila terperasankan mata Yurizal yang masih tidak sedikit pun beralih dari wajahku ini.

"Kenapa pandang saya macam tu?" tanyaku, tidak puas hati. Lain macam saja cara lelaki ini pandang aku. Tiba-tiba otakku berfikir kemungkinan Yusrizal telah mengenakanku. Jangan-jangan dia dah letak ubat tidur kat dalam air ni? Tak pun dia dah pukau aku dengan air ni? Lagipun aku bukan meminta dia yang membelikan air ini, tapi abah. Kenapa dia pula yang membawakan minuman untuk aku. Mana abah? Aku pun satu, terus saja minum tanpa berfikir panjang. Kalau betullah dia dah letakkan something kat dalam air ni, maknanya aku sudah terlambat untuk mengelak.

"Mengutuk abanglah tu." Yusrizal berserkap-jarang. Tapi nampaknya serkap jarang lelaki itu mengena pula.

"Yang awak pandang saya macam tu kenapa? Jangan-jangan awak dah masukkan ubat tidur kat dalam air ni. Tu yang awak pandang saya macam tu, tak tengok ubat tu berkesan ke tak, kan?"

Kata-kataku disambut oleh hilaian ketawa Yusrizal. Tapi masih lagi dalam volum yang kurasakan agak slow.

"Sampai macam tu sekali prasangka Ifa terhadap abang? Sayang, takdenyer abang nak buat benda-benda tak berfaedah tu. Buang masa aje."

"Habis mana abah? Kan saya minta abah yang belikan, bukan awak!"

"Abah yang minta abang bawakan dekat Ifa," terangnya.

"Yelah, mana abah? Takkan lama sangat pilih makanan?" tanyaku sambil mataku melilau mencari abah dan ibu. Tapi tidak pula aku nampak kelibat mereka berdua. Kemana mereka pergi?

"Abah dan ibu makan dah nak habis pun," ujarnya sambil memuncungkan bibir ke arah meja makan yang terletak di sudut belakang restoran itu. Aku pantas mengalihkan pandangan. Alangkah terkejutnya aku apabila mataku menangkap kelibat mereka. Benar kata Yusrizal. Abah dan ibu sudah hampir selesai makan. Maknanya mereka memang sengaja membiarkan aku di sini bersama lelaki ini. Tiba-tiba saja aku merasakan ada gunung berapi yang bakal meletus. Sampai hati abah dan ibu buat macam ni. Kalau aku tahu lebih awal ini yang bakal mereka lakukan sudah tentu aku pulang dulu. Menyakitkan hati saja. Boleh juga merasa hidangan yang bakal aku masak sendiri. Ini tidak, terpaksa melangut mengadap muka mamat selenge ni. Hilang selera aku! Omel aku sendirian.

"Dah tak payah nak buat muka macam tu. Tak baik tahu marahkan orang tua," tegur Yusrizal. Eleh, nak tunjuk baik konon! Tapi bila difikirkan ada benarnya juga. Berdosanya aku kerana marahkan ibu dan abah. Dengan jelas pulak tuh, aku tunjukkan kemarahanku. Malu pula aku dengan Yusrizal.

"Saya nak baliklah," beritahuku dan terus mencapai handphone dan dompet kecilku.

Yusrizal yang baru menjamah makanan terkejut. "Eh, takkan dah nak balik. Abang makan pun tak habis lagi. Nanti ibu nak balik dengan sape?" tanyanya dengan suara yang agak cemas.

"Ada saya peduli awak dah habis makan ke belum? Pasal ibu awak tak payah nak risaukan. Abah boleh hantarkan. Tak pun apa kata awak buat amal jariah sikit. Tolong hantarkan ibu balik ek," kataku selamba dan berura-ura hendak bangun. Tapi nampaknya Yurizal lebih pantas. Tanganku digengamnya kuat. Tanda tidak membenarkan aku berganjak dari tempat dudukku itu.

"Eh, apa pegang-pegang ni? Lepaslah!" marahku sambil cuba melepaskan genggaman tangan kasar itu.

"Abang akan lepaskan, tapi sebelum tu sayang kena janji yang sayang akan temankan abang makan," ugutnya. Aku mengetapkan bibir tanda tidak puas hati. Ah, lelaki ini penuh dengan ugutan.

Aku masih cuba melepaskan genggaman tangannya. Tidakku peduli kepada ugutannya itu kerna aku yakin jika aku berusaha pasti akan berjaya, ahaks. Boleh pakai ke pepatah saat macam ni? Ah, lantaklah. Yang penting tanganku harus dilepaskan.

"Ish, lepaslah. Sakit tahu tak? Tangan dahlah macam gorila!"

Sempat lagi aku mengutuk tangannya itu. Yusrizal melepaskan tawanya apabila mendengar kata-kataku itu. Kuat pulak tuh. Merona wajahku apabila pengunjung-pengunjung restoran yang duduk berdekatan dengan kami mula hilang minat terhadap makanan mereka kerana mungkin merasakan apa yang berlaku di depan mata mereka saat ini lebih menarik.

"Eh, awak tak malu ke? Semua orang dah tengoklah!"

"Biarlah orang tengok. Abang peduli apa. Kalau Ifa tetap berdegil, abang tak kisah kalau kita perlu begini sampai esok pagi!" ugutnya lagi.

Tak boleh jadi ni. Sudah penat aku mencuba tetapi masih tidak menampakkan hasil. Lenganku sudah berbirat dikerjakan dek manusia bertangan gorila ni. Peminat-peminatku drama sebabak yang aku persembahkan dengan Yurizal saat ini semakin bertambah. Malu tak usah dicakap. Kalaulah ada studentku di sini memang kes naya. Heboh satu UUM nanti, ‘pensyarah fakulti perakaunan main tarik tangan dengan lelaki’! Abah, ibu tolong Ifa! Mataku pantas mencari ibu dan abah. Pandangan penuh mengharap aku lemparkan buat mereka. Berharap mereka sudi menghentikan perbuatan tak berakal Yusrizal ini.

Dari jauh dapat kulihat riak kerisauan di wajah ibu. Mungkin takut sekiranya Yusrizal melakukan perkara-perkara yang tidak baik terhadapku. Tahu pun risau! Tapi tinggalkan aku berdua dengan lelaki sewel ni. Aku alih pandangan buat abah pula. Abah tersenyum melihatku. Ahh, abah! Waktu gawat macam ni pun boleh senyum lagi. Tapi senyuman abah disusuli dengan anggukan pula. Apa erti anggukan itu? Aku kurang mengerti. Abah seakan memahami kerutan di dahiku ini. Lalu abah memberikan isyarat mulut dan tangan terhadapku. Barulah aku mengerti. Rupanya abah mahu aku duduk semula. Ah, tidak! Aku takkan ikut kehendak lelaki ini. Tapi kalau aku tak turutkan aku juga yang bakal malu. Makin ramai pula peminatku nanti. Alamak, tak boleh jadi ni! Pengurus restoran pun dah menjeling semacam ni. Malunya!

Lalu tanpa berfikir panjang aku kembali duduk di hadapan Yusrizal. Lelaki itu lantas tersenyum senang. Mungkin merasakan kemenangan di pihaknya. Aku menjeling tajam. Tak apa, hari ni hari kau. Hari aku belum sampai lagi. Sampai hari aku nanti tahulah nasib kau wahai manusia bertangan gorila! Cemuhku di dalam hati.

"Hello, saya dah duduk kan? So, boleh tak lepaskan tangan saya ni?"

"Ok," ujar lelaki itu. Masih tersenyum. Langsung tiada riak bersalah diwajahnya kerana telah memalukan aku. Ahh, dasar lelaki muka tembok! "Rasa macam tak nak lepas. Seronok pulak!"

Aku menjegilkan mata. Dia tertawa kelucuan dengan tingkahlakuku itu. Kemudian dia kembali menjamah makanannya.

Aduh, sakitnya tanganku ini. Merahnya! Berbirat pulak tuh! Alamak, berapa hari nak hilang ni? Sakitnya hati. Kalau ikutkan hati mahu aku cekik saja lelaki ini biar mati. Kecik-kecik tak nak mampus. Dah besar menyusahkan orang.

"Nape? Sakit ke?" Yusrizal bertanya tiba-tiba. Mungkin dia perasan riak wajahku yang berkerut-kerut sambil menggosok lenganku yang digenggamnya tadi.

"Tak adalah, sedap sangat...," jawabku dengan nada ceria yang dibuat-buat. Sudah nampak muka kita berkerut ditanya lagi. Apa dia ingat tangan dia tu lembut macam perempuan? Yang halus dan pasti tidak akan meninggalkan kesan sebegini di lenganku?

"Nanti hilanglah tu. Sakit sekejap aje," ujar Yusrizal lebih kepada memujuk. Senang saja bercakap. Bukan dia yang rasa, tapi aku.

"Ifa..." panggil Yuzrizal apabila aku tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap kata-katanya tadi. Aku memandangnya sekilas. Kemudian kembali menumpukan perhatian kepada lenganku.

"Ifa..." panggilnya sekali lagi. Kali ini suaranya kedengaran keras sedikit. Mungkin marah kerana aku tidak mengendahkannya.

"Boleh tak cepat sikit makan tu. Kalau ginilah awak makan sampai bila pun tak luak nasi tu. Saya nak balik ni!" Pantas aku memintas percakapannya. Malas mahu mendengar butir bicaranya yang lebih kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Wajah Yusrizal sedikit berubah dengan kata-kataku itu. Namun, dengan perlahan-lahan dia kembali menyambung semula makan. Tiada lagi suara yang kedengaran selepas itu. Sehinggalah dia selesai makan. Aku menarik nafas lega. Bermakna aku sudah boleh pulang ke rumah. Cepat saja aku mengemas barang-barangku. Bersedia untuk pulang.

"Nak kemana tu? Abang belum habis bercakap dengan Ifa lagi ni?"

"Apa lagi? Saya nak baliklah. Ibu dengan abah mesti dah lama tunggu!"

"Ibu dan abah agaknya dah sampai rumah dah pun!"

"What?" Aku pantas mengangkat wajah. Yusrizal hanya tersenyum sambil mengalihkan pandangan ke arah tempat yang diduduki oleh abah dan ibu tadi. Aku juga pantas memusingkan wajahku ke belakang. Benar seperti yang dikatakan Yusrizal. Meja makan yang diduduki oleh ibu dan abah sudah kosong. Bertambah kecewa aku diperlakukan sebegitu. Kenapa ibu dan abah hendak pulang tidak maklumkan kepada aku dulu? Kenapa tinggalkan aku begini? Sakitnya hati! Memang dah meletup ni!

"Jangan marahkan mereka. Abang yang suruh ibu dan abah pulang dulu. Abang ada perkara nak cakapkan dengan Ifa. Nak minta tolong sebenarnya," terang Yusrizal dengan nada yang lembut. Pandailah, nak minta tolong suara lembut bukan main. Hai Yusrizal, kalaulah kau bersuara lembut begini dahulu sudah mungkin bukan layanan yang sebegini aku persembahkan buatmu. Biarpun kau tidak mencintai aku, tetapi aku tidak kisah kerana layanan sebegini sudah mencukupi buatku.

"Awak nak minta tolong apa? Cepatlah?" Aku mula berkompromi. Malas lagi hendak bergaduh. Hanya menambahkan kedutan di wajahku ini. Cepat tua kata orang tua jika selalu marah-marah. Walaupun ternyata aku bukanlah muda remaja lagi.

"Hujung minggu ni company abang ada buat annual dinner. Jadi abang nak ajak Ifa temankan abang, boleh tak?"

"What? Temankan awak? Tak naklah!" Pantas saja aku memberikan jawapan tanpa berfikir dahulu. Memang mustahil aku menemankan lelaki itu ke majlis-majlis seperti itu.

"Alah Ifa, please. Abang tak tahu nak ajak sape ni. Abang bukan kenal sesiapa pun dekat sini melainkan Ifa sorang," rengek Yusrizal dengan wajah kasihannya. Aku menjeling. Geli pula bila Yusrizal merengek seperti itu.

"Ooo..maknanya kalau ada orang yang awak kenal, awak takkan ajak sayalah, macam tu? Kalau macam tu saya dengan senang hatinya boleh offer kawan-kawan saya yang masih single kalau awak nak," kataku dengan nada terkilan. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu berasa terkilan bila Yusrizal berkata begitu. Perasaan aku pada waktu seperti mengkehendaki supaya Yusrizal mengajak aku kerana dia sememangnya mahu aku menemankannya.

"No, jangan salah anggap sayang. Bukan begitu maksud abang. Kalau boleh memang abang nak Ifa yang temankan abang. Ifa masih ingat dulu, masa kita masih suami isteri? Abang tak bawa Ifa kan? Tapi abang bawa Anne. Ifa ingat tak?"

Serta-merta wajahku berubah. Terasa ada air mata yang bergenang bilaku ingat peristiwa itu. Sebak mencengkam jiwa. Pantas aku alihkan wajah dari pandangan Yusrizal.

"Abang tahu Ifa terluka malam tu. Hati abang tersentuh bila abang pulang, abang tengok Ifa tertidur dekat sofa dengan pakaian yang mama belikan untuk dinner malam tu. Ifa tunggu abang ambil Ifa kan? Abang..."

"Cukup! Saya tak nak dengar!" serentak dengan itu air mataku menderu laju menuruni pipi. Cepat juga aku mengesatnya. Aku tidak mampu mengawal kesedihan bila mengenangkan peristiwa itu. Hilang maluku saat itu.

Yusrizal pula kelihatan tergamam apabila melihat aku menangis. "Ifa, abang.....abang tak bermaksud nak lukakan hati Ifa. Oh, no! What i’ve done? Ifa, please jangan menangis," pujuk Yusrizal.

Namun itu belum cukup untuk menenangkan perasaan aku. Makin banyak pula air mataku mengalir. Sudah lama aku tidak menangis. Hari ini seakan-akan luahan perasaan buatku. Di depan Yurizal pula.

"Ifa, abang minta maaf kalau abang dah buat Ifa terluka. Abang tak bermaksud macam tu," pujuk Yusrizal lagi.

"Saya nak balik!" aku terus bangun dan berlalu dari situ. Tidak berpaling lagi. Yusrizal juga tidak menghalang aku lagi. Aku malu sebenarnya. Menjatuhkan airmata di depannya memang tidak aku duga. Daripada dulu lagi aku memang tidak akan sesekali menangis di hadapannya, kecuali kalau aku benar-benar terluka. Tapi itu jarang sekali berlaku. Tapi kenapa hari ini mudah benar air mataku jatuh?
posted by Penulisan2u @ 5:28 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group