Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ayuna melihat jam di tangannya.Sudah berkali-kali dia melihat ke arah pintu restoran.Setelah hampir sepuluh minit menanti akhirnya orang yang dinanti muncul jua iaitu Kak Hana. "Maafkan akak terlambat.Yun sihat?"ujar Hana Nadiah sambil melemparkan senyum mesra buat Ayuna. Ayuna terpaku melihat wajah Kak Hana.Semua kesan parut sudah hilang.Malahan, hidung Kak Hana bertambah mancung.Plastic surgery!!! "Yun sihat.Ada apa akak nak jumpa Yun?" "Apa khabar kakak ipar Yun?Mesti seronok dapat kakak ipar baru kan?" Ayuna tersenyum sinis. "Yun lebih suka kalau akak yang kahwin dengan abang Adam.Boringlah dia tu.Berlagak baik depan mama dan papa.Semua orang sanjung-sanjung dia sangat.Entah apa yang baik tentang dia agaknya.Come on, kak.Takkan akak nak biar sahaja perkara ni. Akak nak lepas abang Adam macam tu je ke?" Hana Nadiah menangkat keningnya.Rancangan semakin sempurna.Apatah lagi dengan pertolongan Ayuna, adik kandung Adam sendiri.Sudah tentu hanya aku yang layak bergandingan dengan Adam Shafiq.Bukannya perempuan tak guna tu.Kalau tidak kerana kejadian tempohari pasti keadaan tidak menjadi kusut begini.Kalaulah aku sabar sikit.Kini Fahrin pula mengejar pelakon baru yang sedang meletup-letup iaitu Farra Fazira. "Yun sanggup tolong akak ke?Yun tak takut?" "Apa sahaja untuk akak.Lagipun Yun betul-betul terhutang budi dengan akak.Akak pernah tolong Yun dulu.Sekarang giliran Yun pula.Em, ada apa yang akak nak Yun buat?" Hana Nadiah tersenyum.Apalah sangat pertolongannya kepada Ayuna dahulu.Setakat membantu Ayuna menggugurkan kandungannya? Doesn’t really matter.Kesian dengan si Ayuna.Umur baru sahaja 18 tahun ketika itu, tapi sudah pandai melakukan perkara terkutuk tersebut.Kiranya keturunan Tan Sri Latif bukannya baik-baik sangat.Kalaulah Puan Sri Saleha dapat tahu.. terus gol orang tua tu. "Buatlah apa sahaja asalkan perempuan tu tersingkir dari keluarga Yun.Rasanya tak susah apa yang akak minta kan?" "Ok..senang sangat.Yun takkan kecewakan akak.."
Cazlin menutup buku Personalitinya.Dia menguap.Matanya semakin berat.Kalaulah dia masih menginap di kolej kediamannya, pastinya dia sedang berpesta sakan dengan Dayang dan Wawa sambil menikmati mee maggi beramai-ramai.Setiap mereka akan memasak perisa magi yang berlainan.Jadi, bolehlah mereka saling bertukar rasa.Hmm, rindu pula pada masa dahulu.Sekarang? Dia menoleh abang Adam yang sedang nyenyak tidur.Hai, geramnya melihat insan lain yang sedang lena dibuai tidur.Dia meneruskan pembacaannya lagi.Perutnya berkeroncong.Akhirnya dia membuat keputusan untuk turun ke bawah membuat susu coklat. Cazlin terserempak dengan Ayuna yang sedang menonton televisyen.Cazlin mendekati adik ipar yang sebaya dengannya itu. "Una tak tidur lagi?Tengok cerita apa?" soal Cazlin mesra. Ayuna menjeling Cazlin.Dia tidak menjawab pertanyaan Cazlin.Cazlin pula berusaha menegur Ayuna sekali lagi.Niatnya untuk berbasa-basi dengan Ayuna dipandang sepi. "Lin nak buat air susu coklat.Em, Una tunggu kejap ye.Lin buatkan untuk Una sekali," Cazlin terus berlalu ke dapur.Tidak lama kemudian dia kembali dengan dua buah cawan di tangannya.Cazlin menghulurkan cawan kepada Ayuna.Ayuna memandang wajahnya dengan pandagan sinis sambil memandannya dari atas ke bawah. "Aku tak pernah anggap kau kakak ipar aku.Aku juga tak nak ada apa-apa ikatan dengan perempuan macam kau.Kau tak layak jadi kakak ipar aku.Bagi aku hanya kak Hana sahaja yang layak dengan abang Adam.Kau jangan perasanlah," "Owh, ye ke? Kiranya Una perasanlah juga kehadiran Lin dalam rumah ni?Alhamdulillah," "Aku tak suka dengan kau.Sampai bila-bila..Kau jangan berharaplah kau akan berada di dalam rumah ni untuk tempoh yang lama.Aku akan pastikan kau sendiri yang akan keluar dari rumah ni dengan sendirinya." "Hai, siapalah yang sebenarnya yang perasan ek?Ada Lin minta Una suka pada Lin?Cukuplah abang Adam yang suka pada Lin.Kalau Una yang suka pada Lin…bahaya!Lagipun Lin takde taste lah kat kaum sejenis Lin.Nite.." ujar Lin lalu meninggalkan Ayuna sendirian di ruang tamu. Ayuna menggigit bibirnya.Tunggulah… hari kau pasti akan tiba Cazlin.
BAB 11
Adam menyentuh bahu Cazlin yang sedang sibuk menelaah buku sejak dari selepas solat subuh tadi.Cazlin menoleh.Cepat-cepat dia menutup matanya setelah apa yang dilihatnya. "Apa abang buat ni?Pergilah pakai baju…"Jerit Cazlin selepas melihat Adam yang hanya bertuala mandi.Adam ketawa terbahak-bahak. "Eh, ni bilik abang.Suka hati abanglah.Abang nak bogel pun abang punya sukalah.Hari tu Lin pakai macam abang juga.Abang tak marah pun.Abang lagi suka,"Adam tergelak lagi. "Hari tu Lin tak sengaja la.Bukan Lin suka-suka tau.Pergilah pakai baju,"Cazlin menolak-nolak tubuh Adam sambil menutup matanya dengan sebelah lagi tangannya. "Macam mana abang nak pakai baju.Lin tak gosok pun baju kerja abang." Cazlin membuka matanya.Adam menghulurkan bajunya kepada Cazlin. Macam mana aku boleh lupa nak gosok baju kerja mamat ni.Adei, lepas tu boleh pula tayang badan kat aku.Ceys.Aku juga yang berkeras nak gosokkan baju kerja abang Adam.Aku yang tak bagi si Yanti tu gosok baju abang Adam.Yelah, aku tau tanggungjawab aku sebagai isteri.Walaupun kami berdua Cuma berpura-pura, tapi kenalah bagi real sikit.Isteri yang solehah la kononnya.Tapi andai kata aku berkahwin betul-betul suatu hari nanti, inilah perkara yang wajib aku buat.Takpe..takpe..practice make perfect Cazlin.Cazlin mencuri-curi melihat abang Adam yang sedang membelek kertas kerjanya.Boleh pula belek-belek kertas kerja dengan berpakaian tuala sahaja.Tak senonoh.Ingat seksi sangatlah tu.Piraah.Tapi kan…tough gila badan abang Adam.Betul-betul macam badan Aaron Aziz.Eh, diorang ni kembar ke?Haha…
Cazlin menelan cekodok pisang buatan Yanti.Em, sedapnya.Abang Adam hanya sempat menghirup air di dalam cawannya.Lalu cepat-cepat dia bersalam dengan mama.Tiba-tiba dia memanggil namaku.Apa lagi mamat ni mahu? "Lin," Adam menunjukkan kolar bajunya.Tangannya pula memegang tie yang belum diikat.Sengaja dia ingin bermanja dengan Cazlin di hadapan keluarganya. Cazlin menelan air liurnya.Ikat tie?Manalah aku tau?Apasal pula mamat ni buang tabiat pagi-pagi buta ni suruh aku ikat tie?Cazlin menyambut tie dari abang Adam..Dia melihat tie tersebut.Terkebil-kebil dia memandang abang Adam meminta simpati. "Nanti belajar ikat tie tau," abang Adam mengambil tali leher dari tanganku lalu mencium lembut dahiku.Dia pun berlalu pergi.Aku terpegun.Kurasakan bagai darah merah menyerbu naik ke mukaku. Aku memandang mama, dan papa.Mama hanya tersenyum pada papa.Abang Adam ni memang tau!!!
p/s- salam kpd para pembaca yg dihormati.thnx sudi membaca karya sulung saya.Maafkan kerana lambat memasukkan karya seterusnya.Saya sedang final exam di ukm sekarang.InsyaAllah, saya akan menyambung kembali secepat yyg mgkin.Mmmmuah syg korg =)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehe..best2..!ala,tkutla una tu wat sumthing kt lin..
xsuke una & hana..nk lg..!gud luck 4 ur xm..