BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, April 28, 2009
Cerpen : Surat Cinta Oh "Surat Cinta"
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Biar abang bawa. Nanti kena saman lagi,"
Nadhira mencebik. Zachry tersenyum sambil membuka pintu kereta. Nadhira pula tanpa banyak bicara, terus mengambil tempat di tempat duduk penumpang. Biarlah Zachry mahu memandu. Dia boleh bersantai di sebelah. Dan, sebaik kereta bergerak, spontan bibirnya mula melantun kata. Tiba-tiba sahaja pelbagai peristiwa sepanjang persedian majlis sehingga majlis selesai bermain di kepalanya. Semuanya mahu dikongsi dengan Zachry.
Zachry pula, tiba-tiba dibuai leka mendengar celoteh isterinya sambil memandang inai yang masih merah di jari setiap kali tangan Nadhira terawang-awang sambil mulut riuh bercerita. Tidak sangka isterinya ini, sebegini peramah orangnya. Sesekali dia turut tergelak mendengar cerita lucu dari bibir Nadhira. Namun, bunyi siren di belakangnya, menyentap lekanya. Dari dalam cermin, dia Nampak sebuah motor besar cuba memotong keretanya sambil melambai.
"Kita langgar lampu merah ke, sayang?,"
Nadhira melopong.
"Ya ke?,"
Zachry memperlahankan kereta ke gigi jalan. Nadhira berpusing.
"Ya kot bang…,"ujarnya perlahan apabila melihat kenderaan lain berhenti di lampu isyarat yang baru saja suaminya lepasi.
"Hmmm… kawen je dengan sayang, terus abang kena saman,"
Nadhira tersengih.
"Mana wallet abang? Abang nak ambil lesen…,"
"Hah?,"
"Wallet. Kan abang suruh sayang ambil tadi. Sebelum keluar…,"
Nadhira tersengih kecut. Sungguh dia tidak dengar.
"Dhira tak dengar bang…,"
Zachry ternganga.
"Nadhira Osman!,"
"Ya, Zachry Hj Nordin….,"
Dan, ketukan di pintu keretanya, membantutkan rasa geram yang bertandang. Dia berpaling. Seorang polis trafik bermisai tebal sudah tercegat sambil memeluk tubuh.

****


"Alamak! Mampus aku," getusnya sambil mengetap bibir. Keretanya diperlahankan sebelum dia berhenti di gigi jalan. Ketukan perlahan di cermin kereta memaksa dia berpaling. Cermin kereta diturunkan. Lelaki berkaca mata hitam dan beruniform putih itu melemparkan sekuntum senyuman. Manis. Tetapi, dia tidak ada perasaan untuk membalas juga dengan senyuman manis. Sekarang, hatinya kecut.
"Selamat petang Cik,"
Nadhira senyum.
"Petang,"jawabnya sepatah.
"IC dan lesen, cik,"
Nadhira tersenyum sumbing. Sah. Mesti dia kena saman lagi. Perlahan dia keluarkan kad pengenalan dari purse. Dihulurkan pada lelaki itu.
"Lampu merah tadi tu cik,"
"Saya tak perasan. Betul-betul tak perasan. Maaflah. Saya tengok jalan lenggang, terus jalan. Tak perasan lampu merah. Maaf sangat-sangat Encik,"
"Maaf tu, maaflah cik. Tapi, kalau selalu tak perasan macam ni, bahaya cik,"
"Janji, lepas ni tak buat lagi,"
Lelaki itu senyum. Kaca mata ditanggalkan. Alamak! Dia dah keluarkan buku kecilnya.
"Tolonglah Encik. Tak payahlah saman. Kita selesai kat sini jelah,"
"Jangan cik. Tak baik bagi rasuah,"selamba saja lelaki itu bersuara sambil membelek IC dan lesen memandu di tangannya. Kata-kata yang membuat wajah Nadhira terasa membahang. Malu disindir begitu.
"Siapa kata saya nak bagi rasuah? Saya cuma..,"
"Cuma apa?," mata sudah berpandangan. Nadhira kerutkan kening seketika sambil mengangkat tangan. Jari telunjuk menunding ke wajah lelaki itu.
"Zach!,"
Polis trafik di hadapannya itu cuma mengerutkan kening.
"Zach. Its me. Nadhira. Takkan dah lupa,"
Lelaki itu senyum sambil menulis sesuatu.
"Alaa.. Tak payahlah saman, Zach. Bagilah chance kat saya,"
"Kalau tak nak kena saman, cik patut lebih hati-hati,"
"Dengan kawan pun nak saman. Dah lama tak jumpa, takkan jumpa aje, awak terus saman saya?,"
Lelaki itu sekali lagi tersenyum.
"Nah. Saman cik. Next time hati-hati. Bahaya kalau langgar lampu merah macam ni. Nasib baik tak ada kenderaan lain tadi. Kalau ada? Macam mana?,"
Nadhira menyambut kertas yang dihulur dengan muka yang sedikit kelat. Geram. Zachry langsung tidak diberi peluang.
"Dan.. ini phone number saya, Nadhira. Lama betul tak jumpa. Makin cantik awak, ya?,"
Nadhira ternganga. Cebisan kertas yang lelaki itu hulurkan disambut tanpa sedar.
"Ok. Jumpa lagi. Jangan lupa call. Boleh keluar dinner sama-sama. Miss you. And, jangan ulang kesalahan traffic," sempat lelaki itu kenyitkan mata sebelum berlalu ke arah motor besarnya.
Nadhira ketap bibir. Geram. Dia memandang kosong motor Zachry yang berlalu.
"Hantu raya punya Zachry. Memang betul anak hantu. Dah siap saman aku, boleh pulak bagi phone number. Sorrylah Zach. Tak ingin aku nak call kau,"dengan muncung yang cukup panjang, cebisan kertas di tangannya, dicampak ke jalan.

****

Gelak tawa teman-teman membuat dia turut tersenyum. Dia memandang sekeliling. Agak ramai juga bekas pelajar sekolahnya yang menghadiri reunion yang Shima anjurkan. Seronok. Setelah bertahun-tahun, boleh berjumpa semula dengan rakan sekolah. Mengimbau kembali zaman persekolahan yang sudah lama berlalu. Berkongsi pelbagai cerita terkini tentang teman-teman sekolah. Ada yang bagai sudah dapat dijangka. Ada juga yang bagai tidak disangka-sangka.
"Memang tiap-tiap tahun kau buat reunion ni ke?,"Nadhira bertanya sambil meneguk minuman di tangannya.
"Ha ah. Tapi, tahun ni, lebih ramai yang datang,"Shima menjawab ringkas.
Nadhira mengangguk. Tujuh tahun di Sarawak membuat dia selalu sahaja ketinggalan untuk majlis sebegini. Baru tahun ini pertukarannya ke Semenanjung diluluskan. Jadi, baru tahun ini jugalah dia dapat merapatkan kembali hubungan yang kian jauh.
"Aku tak ada nampak Zachry pun. Dia tak datang ke? Hari tu kau cakap, kau jumpa dia,"Tushee teman sekelasnya bertanya sambil memandang wajah Shima.
"Entah. Memang aku ada jumpa dia. Baru-baru ni, aku dah dapat contact dia balik. Aku ada hantar jemputan. Dia sekarang jadi polis trafik, tau,"
"Please. Jangan sebut nama anak hantu raya tu, kat sini boleh tak?," Nadhira bersuara geram. Mendengar nama itu, dia teringat peristiwa minggu lepas. Melayang duitnya gara-gara saman Zachry.
"Amboi, marahnya. Kenapa? ,"
"Zach? Jadi polis traffic? Anak hantu tu, jadi polis trafik?,"Tushee menyampuk sebelum sempat Nadhira menjawab soalan Shima. Shima tergelak sambil mengangguk.
"Kenapa kau marah sangat dengan Zach ni? Takkan pasal surat cinta yang dia hantar dulu kot,"
"Surat cinta apa? Surat saman, tahu tak? Dia saman aku! Can you believe that?,"
"Laa. Kau langgar peraturan kot?,"Tushee bertanya.
"Dia saman aku. Lepas tu , boleh pula bagi nombor telefon, suruh aku call dia. Banyak cantik. Aku rasa dia balas dendam kot. Sebab aku tak balas cinta dia dulu,"
Shima dan Tushee sama-sama tergelak.
"Takkanlah kot. Kau buat salah, dia samanlah. Dah tu, kau call dia tak? Macam mana dia sekarang? Makin hensem ke?,"bertalu-talu soalan keluar dari mulut Tushee.
"Tak kuasa aku nak call. Aku buang nombor dia kat tepi jalan,"
"Awak buang?! Sampainya hati,"
Nadhira tergamam. Perlahan dia menoleh. Zachry tercegat di belakangnya.
"Patutlah saya tunggu awak call, sampai sekarang pun tak ada call. Sampai hati awak buang no phone saya,"
"And.. apa korang panggil tadi? Anak hantu raya? Siapa anak hantu raya?," Zachry bertanya sambil kerutkan kening. Shima dan Tushee tersengih.
"Kaulah anak hantu raya,"jawab Tushee selamba. Zachry tersenyum sumbing. Tidak sangka rupa-rupanya ada panggilan seburuk itu untuknya.
"So, masa sekolah dulu, korang panggil aku anak hantu rayalah? Siapa punya idea ni?,"
"Awek cun yang kau minat nilah,"Shima pula menjawab sambil bibirnya dimuncungkan pada Nadhira.
"Awak?,"
Nadhira mengukir senyum yang tidak begitu menjadi.
"Kenapa awak panggil saya macam tu?,"
"Sebab perangai awak macam hantu,"selamba Nadhira menjawab.
Zachry tersenyum panjang. Wajah Nadhira di pandang agak lama. Makin cantik gadis yang dia gilai satu ketika dulu itu. Boleh jadi semakin gila dia nanti.
"Boleh join?,"silanya sambil memandang wajah Shima.
"Of course. Duduklah,"
Zachry tersenyum sambil melabuhkan punggung di sebelah Nadhira. Nadhira mengerling sekilas. Rasa geram gara-gara disaman terasa masih berbaki di hati.
"Aku tak Nampak Khairul pun. Padahal tadi aku rasa aku ternampak Suhana,"Zachry bersuara sambil matanya masih dipaku ke wajah Nadhira.
"Kau tanya aku ke, kau Tanya Dhira?,"soal Shima sedikit hairan
"Kaulah,"jawab Zachry sambil mengalihkan pandangannya bersama sengih yang panjang.
"Sejak bila kau jadi juling ni? Tanya aku, tapi, mata kat orang lain,"
Zachry tersengih. Nadhira sembunyi senyum.
"Kau tak tahu ke?,"Tushee mencelah.
"Tahu apa?,"serentak soalan itu keluar dari bibir Zachry dan Nadhira.
"Khairul dah clash dengan Suhana. And, you know siapa punca perpisahan tu?,"
Nadhira memandang Tushee menunggu cerita seterusnya. Cerita itu agak mengejutkan. Setahunya, tamat sahaja alam persekolahan Khairul dan Suhana mengikat tali pertunangan.
"Siapa?,"Zachry bertanya. Nadhira menjeling. Penyibuk juga rupanya Encik Polis Traffic ini.
"Dhiba,"
"Hah? Dhiba?,"serentak soalan itu keluar dari bibir Zachry dan Nadhira. Terkejut apabila yang menjadi punca perpisahan pasangan romantic itu adalah teman karibnya sendiri.
"Dhiba kan…,"
"Best friend Su..,"sampuk Nadhira laju. Ini baru betul-betul berita yang tidak disangka.
"Dhiba kahwin dengan Khairul…,"sambung Tushee menambahkan lagi terkejut Zachry dan Nadhira.
"Kau…biar betul!,"sekali lagi kata-kata itu serentak meniti di bibir Nadhira dan Zachry. Nadhira mengerling tidak puas hati dan Zachry tersengih panjang. Kebetulan yang tidak disengajakan. Tushee dan Shima tergelak besar.
"Chemistry lah korang berdua ni. Sama-sama penyibuk, sama-sama terkejut beruk,"
Nadhira menjeling tajam.
"Ada jodohlah tu…,"sampuk Zachry selamba bersama sekuntum senyuman nakal. Nadhira membuang pandang.

***
Jam di tangan dibelek untuk ke sekian kali. Hati sudah mula diasak rasa geram. Pinggang sudah terasa lenguh. Matanya melilau di sekitar restoran. Mencari bayang Shima. Tiada.
"Assalamualaikmum…,"
Dia mengangkat muka. Senyuman manis Zachry membuat dia terpana seketika.
"Waalaikumussalam. Apa awak buat kat sini?,"
Zachry tersenyum.
"Boleh duduk?,"
Nadhira mengerutkan kening. Belum sempat menjawab, Zachry sudah bersilang kaki di kerusi di hadapannya sambil tersengih.
"Apa awak buat kat sini?,"
"Jaga lalu lintas…,"
Nadhira menjeling dan Zachry tergelak.
"Ni kan restoran. Mestilah nak makan. Kata cikgu BM, tapi, bina soalan pun tak pandai… Macam mana ajar anak murid ni?,"
Mendengar kritikan Zachry, matanya dijegilkan. Zachry menyambung tawa. Perlahan dia menarik nafas dalam. Mencari ketenangan. Sangkanya Zachry sudah berubah. Rupa-rupanya tidak. Lelaki ini tetap seperti bertahun-tahun yang lalu. Hidup penuh dengan jenaka dan ketawa. Bersama sedikit kutukan buat dirinya. Dan, kutukan itulah yang membuat dia geram pada Zachry. Mulut cabul. Malas melayan gurauan sinis Zachry, matanya kembali melilau mencari bayang Shima.
"Dah order ke? Kalau belum, order lah…,"
"Hello, Encik Zachry. Saya tunggu Shima. Bukan saya janji nak makan dengan awak,"
Zachry tergelak lagi.
"And… hello Cik Nadhira, Shima tak akan datang…,"
Nadhira terkebil-kebil memandang Zachry yang sedang membelek menu.
"Maksud awak?,"
"Saya yang minta dia tolong aturkan pertemuan ni,"
"Hah?,"
"Bukan salah saya. Saya bagi phone no, awak campak tepi jalan. Sampai hati. Saya minta semula hari tu, awak jual mahal. Nak dating dengan awak, terpaksalah minta tolong Shima. Nasib baik dia nak tolong. Tu pun kena bagi rasuah…,"
"Hai Encik Zachry, tak baik bagi rasuah ni….,"sindir Nadhira selamba.
"Tak apa. Ini namanya rasuah cinta. Rasuah cinta, term yang lebih tepatnya, dipanggil pengorbanan….,"
Nadhira mencebik membuat Zachry ketawa besar.
"So, boleh order sekarang?,"
"Boleh…,"
Zachry tersenyum sambil melambai pada pelayan restoran. Nadhira tersenyum sambil mencapai menu.
"Kenapa saya nampak senyum awak, macam senyum jahat aje?,"
Nadhira diam mendengar soalan itu. Cuma membiarkan senyum terus terukir di bibirnya.
"Order Encik?,"
Zachry senyum sambil memandang wajah Nadhira yang masih berseri dek senyuman yang tidak dia ketahui apa puncanya.
"Orderlah Dhira. Saya makan apa yang awak order hari ni…,"
"Saya order?,’
"Ya,"
"Okay. Hmm… kasi saya ikan bakar dua set. Saya nak ikan bawal. Masak tiga rasa. Hmm.. seafood tomyam. Daging masak kicap. Ayam goreng. Kailan ikan masin. Kerabu mangga…lagi…lagi apa ya?,"
Zachry tersengih kelat.
"Serius ke?,"
"Seriuslah. And, tambah satu lagi ya…nak udang goreng mentega,"tambah Nadhira sambil tersenyum pada pelayan yang tersengih panjang.
"Itu saja?,"
"Ha ah. And, of course dua nasi putih. Awak nak tambah apa-apa ke?,"
Zachry tersengih.
"Tak payah. Kasi saya air suam je satu,"
Nadhira tersenyum.
"And, carrot susu untuk saya. Gelas besar ya,"
Pelayan restoran Cuma tersenyum sambil mengangguk. Kemudian berlalu pergi.
"Banyak betul awak order. Boleh ke habiskan semua tu?,"
Nadhira senyum lagi.
"Kalau dah banyak sangat, no choice lah kan? Kejap saya call Shima and Tushee. Mesti dia orang tak kisah nak datang. Takkan nak membazir kan?,"
Zachry mencebik.
"Tak jadilah dating kita….,"
"Tak apa awak. Ini namanya, pengorbanan,"
"Ekk?,"
"Ha ah. Ekk…,"balas Nadhira nakal.
Zachry Cuma mencebik sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.
"Nak call siapa?,"
"Housemate. Minta tolong datang kongsi bayar semua ni…,"
Nadhira tergelak.
"Kedekut!,"
Zachry sekadar tersenyum. Pantas tangannya lincah mencari nama di telefon.
"Serius ke nak kongsi bayar?,"
"Tak la. Mana habis setakat tiga orang anak dara nak makan semua ni. Hmm…Tak pasal-pasal dating saya kena kacau. Pandai awak ya…,"
Nadhira tersenyum manis.

****

Nadhira menggaru kepala. Apa pula kali ini? Mahu atau tidak, keretanya diberhentikan di gigi jalan. Dia tunduk. Lengkap bertali pinggang keledar. Apa pula salahnya kali ini. Lampu merah sebentar tadi pun, tidak dilanggarnya.
Ketukan perlahan di pintu kereta memaksa dia mendongak, memandang wajah Zachry yang tersengih panjang. Dengan malas cermin kereta diturunkan.
"Kenapa ni? Saya tak ada buat apa-apa pun ya. Kenapa tahan saya?,"
"Jom,"
Nadhira merenung tajam.
"Jom ke mana?,"
"Jom kahwin,"
Nadhira mencebik. Zachry tersenyum cuma.
"Awak nak ke mana ni?,"
"Suka hati sayalah. Tak ada kena mengena awaklah…,"
"Amboi… kurang ajaq dengan suami…,"
Nadhira mencebik lagi.
"Jomlah. Saya belanja awak minum. Kali ni, saya yang ambil order. Tak mahulah awak jemput satu kampung pulak nanti,"
Nadhira tergelak.
"Awak kan on duty. Mana boleh ponteng. Tak baik,"
"Dah habislah. Memang on the way nak balik pun. Nampak pula kereta makwe. Tu yang tahan kejap tu,"
"Suka-suka hati tahan kereta orang,"
"Kereta orang lain, bersebab. Kereta awak saja saya tahan saja-saja,"
Nadhira menjeling.
"Jomlah. Ajak kahwin tak nak. Ajak dating tak nak. Ajak minum pun tak nak. Surat cinta saya masa form three pun awak tak balas. Apa ni?, Surat saman saya aje yang awak alert agaknya kot?"
Nadhira tergelak mendengar bebelan itu. kelakar di telinganya. Perlahan-lahan matanya dipaku pada wajah Zachry yang selamba bersandar pada keretanya. Namun, Cuma untuk seketika. Bunyi hon menarik perhatiannya. Juga membuat Zachry sedikit terkejut.
"Zach!,"dia menjerit kuat.
Belum sempat dia berbuat apa-apa, tubuh Zachry sudah tercampak dilanggar sebuah motosikal.
"Zach!,"dia menjerit hysteria. Pantas keluar dari kereta. Zachry sudah terbaring di tepi jalan. Laju dia berlari mendapatklan lelaki itu.
"Zach! Zach. Awak okay?,"suaranya menggeletar. Dengan tangan yang menggigil dia memangku Zachry ke ribanya. Air mata menitis tanpa sedar.
"Zach. Please. Buka mata Zach. Zach…,"dia bersuara lagi. Gerun melihat darah yang mengalir di kepala Zachry. Juga gerun melihat kaki Zachry turut lencun dek darah merah. Mata Zachry yang terpejam menambahkan ketakutannya.
"Zach! Buka mata. Jangan tinggalkan saya. Saya tak nak kehilangan awak. Buka mata Zach. Jangan tinggalkan saya…,"jeritnya hiba. Dadanya yang berombak kencang sedikit mereda, apabila mata lelaki itu terbuka perlahan-lahan.
"Zach….,"
"Saya sayang awak Dhira. Saya cinta awak…,"
"Me too. Please Zach. Bertahan. Awak akan okay,"
"For the last time, awak nak kahwin dengan saya?,"
"Nak. Saya nak kahwin dengan awak. Please. Jangan cakap bukan-bukan,"
"Janji?,’
"Ya, saya janji. Bertahan ya. awak tak akan apa-apa. Saya dapatkan bantuan,"
"I think so…,"balas Zachry bersama senyuman yang sedikit hambar.
"You think so? Maksud awak?,"
"Rasanya saya tak apa-apa. Bleeding sikit saja kot…,"
"Hah?,"
Dalam menahan sakit, zachry tersenyum nakal. Membuat air mata Nadhira semakin laju.
"Awak jahat…,"
"Pengorbanan… awak…,"
Nadhira menarik muncung sambil menyeka air mata yang membanjiri pipi.
"Ingat. Janji tetap janji. Awak dah janji nak kahwin dengan saya,"
Belum sempat Nadhira menjawab, beberapa orang yang melihat kemalangan sudah mengerumuninya.
"Dah call ambulance?,"
Nadhira mendongak. Perlahan dia menggeleng pada seorang lelaki yang bertanya. Pantas lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit. Perlahan Zachry mencari jemari milik Nadhira. Mengenggam erat jemari itu. Senyumnya melebar apabila terasa genggaman jarinya berbalas. Terasa sakitnya hilang seketika tatkala air mata Nadhira menitis jatu ke pipinya.

***

Dalam menggelabah, Nadhira berhenti di gigi jalan. Terkena lagi. Dia tahu silapnya. Memang diluar jangkaannya. Selalunya tidak pernah ada sekatan jalan raya di kawasan ini. Tingkap kereta diturunkan perlahan.
"Tahu apa salahnya kan?,"
"Alaa… saya nak cepatlah awak,"
Zachry menggeleng perlahan.
"Tak payahlah saman awak,"
Tanpa mempedulikan kata-kata Nadhira, Zachry membelek sticker cukai jalan yang tertampal di cermin hadapan.
"See… dah tamat tempoh,"
Nadhira terkebil-kebil. Perlahan-lahan dia menepuk dahi.
"Saya lupalah awak. Lupa nak tampal,"
"Kan saya dah cakap semalam, terus tampal. Dah lah renew last minute. Nak tampal pun susah. Tengok sekarang…,"
"Awak pun, kenapa tak tolong tampal?,"
"Salahkan orang…,"
"Alaa… kan awak tahu, road taxnya dah ada. Tak payahlah saman. Saya lupa. Sekarang, tertinggal kat rumah. Cepatlah awak. Saya nak cepat ni. Nak jumpa Kak Mila. Ambil baju pengantin ni. Kak Mila nak balik kampung petang ni,"
"Sorry sayang. Dah buat salah, terpaksa saman. Lain kali jangan cuai sangat. Tu, tali pinggang tak pakai…,"
Cepat-cepat Nadhira mengenakan tali pinggang keledar bersama muncung panjang.
"Nak saman, samanlah cepat. Kan Kak Mila tutup kedai, tak bersanding, padan muka awak…,"
"Janganlah. Saya tulis cepat-cepat ni. Tak bersanding, rugi nanti,"
Nadhira menjeling. Sedikit geram dengan kata-kata Zachry. Langsung tidak boleh berkira. Muncungnya bertambah panjang sebaik kertas saman dihulurkan Zachry.
"Awak bayar saman ni nanti, tau,"
"Okay. Potong duit hantaran awak…,"
"Jahat tau. Tunang sendiri pun nak saman. Saya nak cepat, sebab awak juga tahu. Sebab nak ambil baju pengantin kita,"
"Nak cepat ke… lambat ke… itu bukan alasannya. Lain kali, kalau tak nak kena saman, jangan cuai, sayang,"
"Malaslah cakap dengan awak…,"
Zachry tersenyum.
"Malam nanti saya ke rumah awak. Nak tengok baju pengantin saya,"
"Tak boleh. Awak belum kahwin dengan saya,"
"Saya datang dengan maklah,"
Nadhira menjeling sambil menaikkan cermin kereta.
"Kejap sayang,"
"Apa lagi?,"
"Malam nanti masak tomyam ya…,"
"Tak nak,"
Zachry tergelak melihat muncung Nadhira yang semakin panjang. Namun, mana mungkin dia boleh abaikan kesalahan Nadhira dalam operasi sebegini.
"Love you, sayang,"ujarnya perlahan, namun dia yakin Nadhira faham. Dia tersenyum lagi apabila Nadhira cuma jelirkan lidah sambil menjeling. Nadhira merajuk kerana disaman lagi. Oleh tunang sendiri pula. Itupun seminggu sebelum pernikahan mereka.

***

Pintu kereta ditutup agak kuat. Melangkah keluar dari kereta. Nadhira terkedu. Cepat-cepat turut keluar dari kereta. Laju Zachry melangkah masuk ke dalam, membuat langkahnya turut laju mengejar.
"Kenapa ni?,"
Nadhira menoleh. Memandang wajah ibunya yang sedikit kehairanan.
"Kesilapan teknikal, mak…,"jawabnya sambil tersenyum kelat.
"Dhira masuk dulu, ya mak…,"
"Hmm.. yelah,"
Pantas Nadhira bergerak ke biliknya. Dia tahu Zachry marah. Daun pintu ditolak perlahan.
"Tu ha… Nampak wallet abang tu?,"
Nadhira memanfang wallet yang elok terletak di atas meja.
"Sorrylah bang. Dhira betul-betul tak dengar pagi tadi,"
"Tak pasal-pasal abang kena saman…,"
"Sorrylah. Dhira minta maaf ya…,"
Zachry membuang pandang. Nadhira resah sendiri. Perlahan dia bergerak menghampiri Zachry.
"Pleaselah abang. Jangan marah ya. Baru semalam kita nikah bang. Takkan hari ni dah nak gaduh. Malulah bang. Tunggulah sebulan dua dulu. Tak pun, lepas kenduri rumah abang ke. Janganlah marah Dhira dulu…,"
Dalam marah, Zachry tersenyum sendiri mendengar cadangan isterinya. Boleh pula tunda marah. Melihat sedikit senyum di bibir Zachry, Nadhira sedikit lega.
"Dhira minta maaf ya. betul-betul Dhira tak dengar apa suruh ambil wallet abang…,"
"Hmm.. apa nak buat. Dah kahwin dengan orang selalu kena saman, terkenalah tempiasnya…,"
Nadhira tersenyum mendengar sindiran itu.
"Abang tak pernah kena saman tau. Sejak jadi polis traffic, abang tak pernah kena saman. Baru nak masuk dua hari kahwin dengan Dhira, dah terkena,"
"Alaa… selalu asyik saman orang… sesekali kena saman, apa salahnya…,"gumam Nadhira perlahan.
"Apa?,"
Nadhira tersengih sambil menggeleng.
"Apa?,"
"Tak ada apa-apa,"
"Cakap. Apa sayang kata?,"
"Tak ada apa-apa bang,"gelak Nadhira sambil bergerak cuba lari dari pelukan Zachry.
"Cepat cakap…,"
Nadhira terjerit kecil apabila Zachry memeluk pinggang sambil menggeletek pinggangnya.
"Cepat cakap,"
"Sorry. Dhira gurau je…,"
"Gurau ya? Jom kita bergurau…,"
Nadhida tergelak kegelian apabila Zachry terus menggeletek tubuhnya. Sambil, Zachry turut tergelak senang melihat wajah Nadhira sudah memerah menahan gelak dan geli.

*****
TAMAT
posted by Penulisan2u @ 2:50 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
49 Comments:
  • At 28/4/09 5:39 PG, Blogger Orkid Edyliyne said…

    best cerita ni...

     

  • At 28/4/09 5:51 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer kak hani slalu best...
    no komen...

    *pmnat novel*

     

  • At 28/4/09 8:15 PG, Blogger nurulfzz said…

    hehe..sweet je!!
    bace citer ni before nk g exam
    ilang tnsion jp..hee
    tp klau dpt pakwe straight cmni..p0ning gk kpale..hehe
    k.hani..u're da best!

     

  • At 28/4/09 9:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story,igt klu dapat abg polis trafic leh lebih kurang la klu pasal saman.lebih baik polis lain saman xde sakit ati sangat:p
    to writer do more erk..like u story.

     

  • At 28/4/09 11:33 PG, Blogger LiSa KhAiRuL said…

    ahaks......
    kah3....
    klako gile cite nih..
    best arr...

     

  • At 28/4/09 11:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nyeeee...lain dari yang lain....dapat laki saman bini je....hakhakhakahk

     

  • At 28/4/09 12:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kelakar citer ni
    best...

     

  • At 28/4/09 12:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez cite nih..kelaka


    (:~D)
    ske komen

     

  • At 28/4/09 12:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg best citer ni..lain dari yang lain rasanya.. terhibur juga..

     

  • At 28/4/09 1:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    he..he... klakar la

     

  • At 28/4/09 2:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2...

     

  • At 28/4/09 2:23 PTG, Anonymous Tyna_Vir said…

    sweet la citer ni.... bezt gak....gud job!!!

     

  • At 28/4/09 3:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet. suke3

     

  • At 28/4/09 3:48 PTG, Anonymous katak said…

    mmg the best....
    jarang leh bce cite cmni kn..

    ohhh...so sweet..

     

  • At 28/4/09 5:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    syoknye bje citer karya akak,

    sy sukeeee sngt..

     

  • At 28/4/09 5:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha..
    kelakar lorh..
    besh.. besh.. besh...
    suke.. suke.. suke...

    lain drpd yg lain..
    suke sgt..
    :)

    ~miera,form3~

     

  • At 28/4/09 5:29 PTG, Anonymous fafa said…

    sgt2 besttt.
    saya sgt suka.
    hee..
    teruskan berkarya!

     

  • At 28/4/09 6:30 PTG, Anonymous eira said…

    slalunye org polis nie tegas org nye..
    tp cite nie abg polis penyayang plak yer..
    haha..
    nway,best best best !!

     

  • At 28/4/09 6:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kuang kuang kuang
    xley berdiplomasi tul dpt tunang cm nie..
    alih2 terkena kat dr sndr lak:)
    best sih!!!

     

  • At 28/4/09 7:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la !

     

  • At 28/4/09 9:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best:p

     

  • At 29/4/09 1:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x pasal2 aku gelak pg2 buta ni..he2..u're always gud in ur story..keep it up..gud luck..

     

  • At 29/4/09 2:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waweeeeeeeeeee~
    bestnyeeee....aaahahhahahaa

     

  • At 29/4/09 12:30 PTG, Blogger AkMa said…

    ^_________________________^

     

  • At 29/4/09 1:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best3x.... (upin&ipin)
    (^-^)Y

    ~mazz_hazel~

     

  • At 29/4/09 1:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...klakar
    good luck wat penulis ni...

     

  • At 29/4/09 2:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gler.
    :D

    ~myza2l~

     

  • At 29/4/09 8:38 PTG, Blogger Atul said…

    mmg bezttt....

     

  • At 29/4/09 10:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt...suke la

     

  • At 29/4/09 10:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahha..
    kan da suami tu kene badi bini dy same.
    ngeh3

     

  • At 30/4/09 8:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehehehe best sgt la
    erm tp pelik lak cm xde laki tu sorg jerk polis
    cz dhira tu asyik kne saman oleh org yg sama jerk

     

  • At 30/4/09 9:14 PG, Blogger Unknown said…

    hahahaha.....kesian kau suami....best2...pehni watla cite sal perempuan pilot ngan suami mak andam..wahaha.. havoc2,

     

  • At 30/4/09 2:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    very da best....
    very da excited, ulang berkali2 baca...
    very da kreatif...
    very da teringin pak we cam ni,tegas tp romantik,kelakar n nakal...

     

  • At 30/4/09 6:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BESTLAH....
    HU3X

    VEPA_BIRU87

     

  • At 1/5/09 2:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best.....
    tp ak mmg x ske polis...

     

  • At 2/5/09 2:04 PG, Anonymous aadindaa said…

    klakar giler. ayat pn power.tak boring baca. huhuhu.congrate author

     

  • At 3/5/09 9:25 PG, Blogger PELINDUNGcahayaKebahagiaan said…

    shuke citer nieh.. (~_0)...

     

  • At 3/5/09 11:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best3..ske..tp aku just bce spruh je dlu,
    tpksa save ad hal..hu3..
    but xnk trleps bg komen,he3
    keep writing :)


    *bintangkayu

     

  • At 4/5/09 5:39 PTG, Anonymous sherie93 said…

    bla bca crita ni,trasa bbunga2 je hati.best sgt.Hanni klu bkarya,ayat mmg best2.suka sgt dgn pnggunaan ayt Hanni.ksilapan smasa mnaip pn,jrang nk jmpa.tp dlm crita ni,rsanya > persedian,jatu & memanfang.anywy,syabas Hanni :) :) :)

     

  • At 4/5/09 5:43 PTG, Anonymous ilham said…

    huhuhuu.. bes nyer cter niii.. tp memg tul2 ada ke story gni eik?? kalo ada mesti sweet kan.. nyway,, ol d best to writer..

     

  • At 5/5/09 4:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best lah citer ni...tak berat sgt..leh ilangkan tension

     

  • At 5/5/09 7:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST GILER...SAYA SUKA SANGAT TULISAN AKAK N HARAP AKAK AKAN TERUS SUCCESS DAN SOKONG KARYA ADIK-ADIK YANG BARU NAK BELAJAR MACAM SAYA NI...

    NUQYQA_SMSIS

     

  • At 5/5/09 7:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST GILER...SAYA SUKA SANGAT TULISAN AKAK N HARAP AKAK AKAN TERUS SUCCESS DAN SOKONG KARYA ADIK-ADIK YANG BARU NAK BELAJAR MACAM SAYA NI...

    NUQYQA_SMSIS

     

  • At 7/5/09 1:54 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ahai~
    cute yg amat :)

     

  • At 7/5/09 1:54 PG, Blogger L0nEvEeD said…

    hahhaa...

    best! sweet sgt~

     

  • At 25/5/09 12:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sgt best....nkl2 gtu,...klaka...n hepi jer...hehe...thniah k.hani oke...watlar lg cte2 yg best2....

     

  • At 1/6/09 3:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez giler......

     

  • At 25/7/09 10:46 PTG, Anonymous cha said…

    this is my 1st time layari blog ni.. very superb.. saya pengemar novel, dan cerpen ini tak kurang menariknya..
    saya pun turut terhibur...

     

  • At 10/8/09 4:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..nk cri pkwe polis traffic la...tp da dpt cikgu...mcm mn ek???hehe...bezz3....!!!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group