Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sinar pagi menerobos masuk ke celah-celah pelosok kamar pesakit yang serba hijau itu. Menelan sedikit demi sedikit kesuraman yang menyelubungi bilik itu. Hampir seminggu dia terlantar di katil yang sama, melihat jururawat yang memakai uniform putih melakukan rutin harian yang baginya agak membosankan. "Cik, selepas makan sarapan pagi ini sila makan ubat yang telah saya sediakan ini, ya!" ujar jururawat itu sambil menghadiahkan sebuah senyuman dan beredar. Lia menghembus nafas lega. Sudah jemu dia melalui hari-hari yang mendatang dengan situasi yang sama. Terdengar daun pintu dikuak dari luar. Terjengul seraut wajah yang setia menemaninya sepanjang dia berada di situ. Lia pantas tersenyum, "Assalamualaikum, anak ibu. Tengah buat apa? Rasa sihat hari ini?" tanya Puan Nina sambil mengusap kepala anak dara kesayangannya itu. "Waalaikumsalam. Tak ada buat apa, bu. Adalah rasa okey sikit." balas Lia. Dia mencari kelibat ayahnya tapi tiada. "Ibu, ayah tak datang?" "Ayah kirim salam. Dia tak dapat datang sekarang. Petang nanti baru ayah datang, sayang." Puan Nina menuju ke tingkap lantas menyelak langsir berona putih itu manambahkan lagi kilauan mentari dalam bilik itu. "Ibu,mana Adam? Dia tak tahu ke Lia ada kat hospital ni?" Puan Nina terkedu. Melihatkan seraut wajah yang disayangi itu berubah, Lia mengeluh. Begitulah reaksi ibu dan ayahnya apabila dia bertanyakan tentang kekasih hati yang satu. "Kenapa semua orang macam sembunyikan sesuatu daripada Lia? Lia tak faham la, bu. Salah ke Lia cuma nak tahu Adam kat mana? Dah lama Lia tak jumpa dia…" hatinya meruntun sayu. Tanpa disedarinya, perlahan air jernih dari celah kelopak matanya mengalir. Sayu kedengaran suara Lia di cuping telinga Puan Nina lantas dia memeluk erat anaknya itu. "Sabarlah Lia. Satu hari nanti ibu akan bawa Lia jumpa Adam tapi Lia kena betul-betul kuat dulu. Ya, sayang?". Puan Nina mengucup dahi Lia. Pilu menjamah hati keibuannya.
**********************************************
"Adam!! Sudahlah tu…Lia dah tak larat ni…." mencungap-cungap Lia memanggil Adam yang sudah jauh ke hadapan meninggalkan dia keseorangan di belakang. Sangkanya dengan menerima pelawaan Adam untuk berjogging di tepi pantai petang itu dapat menenangkan fikirannya yang berserabut dengan masalah di pejabat tapi lain yang jadi. Adam menoleh ke belakang dan dilihatnya Lia sedang termengah-mengah untuk menyainginya lalu Adam memperlahankan lariannya. "Ya Allah…Lia!! Kenapa jauh sangat? Cepat la sikit!" teriak Adam sambil tersengih seolah mengejek buah hatinya itu. Lia yang memandang dari jauh hanya memuncungkan mulutnya. "Arghhh!!" Adam mengerang kesakitan. Dia mengetap bibir menahan sakit kepalanya sambil sebelah tangannya memegang kepalanya. Pantas dia meraba kocek seluarnya dan mengeluarkan ubat tahan sakit yang sentiasa menjadi teman setianya kini. Kemudian dia meneguk air botol yang dibawa. Sehingga kini hanya dia dan doktor peribadinya saja tahu tentang penyakit yang dihidapinya. Tumor otak yang kian membesar dalam kepalanya kini hanya menunggu masa untuk menamatkan riwayat hidup Adam. Dia pasrah. "Adam, Lia tak kira. Adam kena belanja Lia sebab tinggalkan Lia…Penat tau Lia kejar Adam." ngadu Lia manja. Sepantas kilat Adam memasukkan botol ubatnya ke dalam kocek semula. Adam mengukir senyuman tatkala mendengar permintaan ratu hatinya itu. Tiba-tiba hatinya dipagut sayu. Sayangnya pada Lia hanya Tuhan yang tahu. Dia hanya sebatang kara dan bibit pertemuannya dengan Lia semasa kemalangan kereta setahun yang lalu mewarnai semula hidupnya yang sekian lama pudar. Tapi kini, Dia akan ambil semula apa yang dipinjamkan-Nya. Entah bila tangannya menggengam tangan Lia pun dia tidak perasan. Perlahan dia meramas jari-jemari mulus kepunyaan Lia dengan sarat rasa kasih di kalbu terhadap perempuan itu. "Lia, Adam nak Lia tahu kasih sayang Adam pada Lia tidak pernah surut walau banyak dugaan yang datang. Malah semua yang berlaku menyemarakkan lagi cinta Adam pada Lia. Selagi diizinkan Tuhan, sehangat sinar mentari menyilaui alam, sehangat itulah kasih Adam. Sedingin salju merembasi bumi, sedingin itulah sayang Adam pada Lia…Biarpun satu hari nanti Adam sudah tiada lagi, getar rindu Adam akan terus bersenandung untuk Lia,". Serentak itu, dahi Lia dikucupnya dengan sebak. Ditahannya air mata dari menitis. Lia terpaku. Bingung.
"Bang, Ina dah tak sanggup nak tengok Lia menanti macam itu lagi. Beritahu sajalah perkara yang sebenarnya, bang. Pedih hati Ina ni bila Lia asyik tanya pasal Adam. Kesian anak kita tu, bang…" rayu Puan Nina. "Entahlah Ina. Apa Ina ingat selama ini abang tak sedih tengok Lia macam tu? Doktor Izzul sendiri kata, Lia masih dalam trauma akibat kemalangan hari itu. Emosi dia belum stabil lagi. Abang takut dia tak dapat terima hakikat yang Adam sebenarnya dah pergi jauh meninggalkan kita semua…" balas Encik Johan. Ayah mana yang bahagia melihat anaknya mengharapkan kehadiran orang yang dicintai yang hakikatnya sudah tiada di alam fana ini. Hatinya pilu memikirkan perkara itu. "Nantilah,Ina. Abang fikirkan bila fikiran abang dah tenang…"
Tiada kata terluah antara dua orang insan yang sedang berhadapan antara satu sama lain itu. Masing-masing tenggelam dalam khayalan sendiri. Doktor Zakwan resah memikirkan permintaan pelik jejaka yang bertentangan dengannya itu. "Adam, betul kau dengan keputusan kau ni? Mahu mendermakan organ dalam tubuh badan kau untuk orang yang lebih memerlukan? Terutamanya untuk orang yang kau sayang?" soalnya pada Adam. "Betul, Wan. Aku serius. Apa salahnya aku berbakti untuk masyarakat sebelum aku pergi?". Dengan tenang Adam menjawab persoalan yang dikemukan oleh kawan baiknya itu. "Mana kau tahu yang kau akan mati? Allah yang tentukan soal hidup mati kita, Adam. Mana tahu Allah nak panjangkan umur kau?" "Panjang atau pendek bukan soalnya sekarang. Kau sendiri yang cakap, tumor dalam otak aku ni dah sampai peringkat terakhir. Peluang untuk aku hidup tak sampai 20% saja, Zakwan." beriya benar penjelasan Adam pada Zakwan. Bergenang kelopak mata Doktor Zakwan mendengarkan kata-kata itu. Baginya, sahabat seperti Adam hanya satu dalam sejuta. Mereka membesar bersama dan menuntut di universiti yang sama. Walau dalam bidang yang berlainan, mereka sentiasa bersama. Banyak pahit getir mereka harungi bersama cuma ujian yang satu ini, hatinya belum kuat. ‘Teman, ikhlas sungguh hatimu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas pengorbananmu ini…’ bisik hati kecil Doktor Zakwan.
"Ibu, Lia keluar dulu! Nak jumpa Adam kat tepi pantai! Bye. Sayang ibu. Muahh!!!" Lia lesap di sebalik pintu selepas membuat flying kiss pada Puan Nina. Belum sempat dia mendapatkan Lia, terdengar enjin kereta Honda City kepunyaan Lia menderu meninggalkan perkarangan rumah. Puan Nina menggeleng mengenangkan sikap anaknya itu yang kelam-kabut apabila melibatkan Adam dalam sesuatu hal. Tapi naluri ibunya membisikkan sesuatu yang buruk akan berlaku petang itu. "Ya Allah, mintak dijauhkan". Doa Puan Nina.
Sementara itu di kamar sepi, Adam menarikan mata penanya di atas sehelai warkah kosong bertintakan sayangnya pada Lia…
Lia, Cintaku tidak seutuh sayang Nabi Muhammad pada Khadijah Cintaku tidak seharum kasih Majnun pada Laila Cintaku tidak sesuci cinta Syah Jehan pada Mumtaz Tapi aku ingin kau mengerti, Cintaku ibarat sang pelangi yang menjengah selepas hujan membasahi bumi… Umpama bayu yang mendamaikan pepohon merimbun di bening suram… Bak putik kemboja yang gugur di pusara sepi mewangi harumnya… Bagaikan kerdipan kejora yang menghiasi indah malam sunyi… Sayang, Sekiranya nyawaku di hujung nafas, izinkanku kucup suci hatimu Merasai hangat setia kasihmu bersama sulaman serindu syahdu Kemas diulit menjadi sejarah cinta agung kita Usah kau ragu, akan kekal kasihku mewangi… Salam Sayang, Adam.
Menitis air matanya jatuh setitis dua ke atas warkah yang ditujukan kepada ratu hatinya yang satu. Entah kenapa dirasakannya sebentar lagi masa untuk pergi mengadap Ilahi akan tiba. Adam memandang ke arah jam. Dia sudah berjanji dengan Lia untuk bertemu di tepi pantai sebentar lagi. \' Lebih baik aku sembahyang sunat dulu. Rasa macam tak sempat pulak nanti..\' Getus hati kecilnya. Adam bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk lalu mengerjakan solat fardu Asar diikuti solat sunat dua rakaat. Lama dia sujud pada sujud yang terakhir. Sudah lama tidak dirasakan aman yang sebegitu rupa. Namun tiada siapa mampu menduga ketentuan Illahi yang berkehendakkan itulah ibadah yang terakhir daripada hamba-Nya yang bernama Adam bin Muhamad.
Di jalanraya, Lia merasa serba tidak kena. Kebiasaannya apabila dia berjanji mahu bertemu dengan Adam di tempat biasa hatinya melonjak-lonjak kegirangan. Maklumlah kesibukan kerja di pejabat menjadikan satu-satunya waris tunggal keluarga Encik Johan dan Puan Nina itu jarang bertemu dengan kekasih hatinya yang satu itu. Waktu di hujung minggu yang patutnya digunakan untuk berehatlah yang digunakannya untuk mereka bertemu. Tapi berlainan sungguh perasaan Lia petang ini. Lampu isyarat bertukar merah sebaik kereta Honda City milik Lia berhenti beberapa inci sebelum garisan putih. Lia pantas brek mengecut. Bunyi berdecit tayarnya jelas kedengaran. Kereta di belakangnya membunyikan hon tanda tidak puas hati atas sikap Lia tadi. Lia mengucap panjang. Sungguh dia sendiri tidak sedar bila lampu isyarat hijau tadi bertukar kuning seterusnya merah. Angka yang tertera di skrin lampu isyarat bertukar nombor kepada 90 dan ke bawah. Fikiran Lia mula melayang. Dia terbayangkan saat-saat manisnya bersama Adam. Mereka banyak menghabiskan masa bersama di tepian pantai. Lia mula merasakan keserasian antara mereka berdua apabila mengetahui mereka banyak mempunyai minat yang sama seperti menghayati pemandangan alam semulajadi dan mengembara. Lia tersenyum. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Adam pada kali terakhir mereka bertemu. "Biarpun satu hari nanti Adam sudah tiada lagi, getar rindu Adam akan terus bersenandung untuk Lia" Bagaikan dia terdengar suara Adam terngiang-ngiang di cuping telinganya membisikkan ayat itu. Lia merasakan seperti Adam seolah-olah akan pergi jauh daripadanya. Saat itu juga Lia seakan-akan terbayang sekujur tubuh milik kekasih hatinya yang satu itu berdiri di balik tubir matanya. Lelaki itu hanya tersenyum dari kejauhan dengan sekuntum senyuman yang disukai oleh Lia. Dilihatnya seolah Adam sedang pergi meninggalkan dirinya sambil melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal dan semakin menjauh. "Adam...jangan tinggalkan Lia,Adam...Adam!! Adaaammm!!!!" Lia menjerit sambil menggapai tangan kanannya ke hadapan. Tanpa disedari kaki kanannya turut menekan pedal minyak. Bunyi hentaman yang sangat kuat kedengaran memecahkan keheningan petang itu apabila sebuah van yang datang dari arah kanan merempuh kereta milik Lia itu. Lampu isyarat bertukar warna hijau.
"Buah pinggang Lia rosak?" "Ya, Encik Johan. Akibat daripada hentakan yang kuat buah pinggang anak encik gagal berfungsi lagi. Tapi encik usah risau. Pesakit peribadi rakan setugas saya telah meninggal pada masa yang sama dengan waktu anak encik terlibat dalam kemalangan. Menurut Doktor Zakwan iaitu rakan setugas saya , pesakit berkenaan berhasrat untuk mendermakan organnya kepada sesiapa yang memerlukannya terutamanya pada orang tercinta." "Orang tercinta?" Encik Johan mula berasa curiga. "Ya, Encik Johan. Maaflah, saya juga kurang faham apa maksudnya itu tapi saya ada fail berkenaan dengan pesakit tersebut." Doktor Izzul menunjukkan fail yang berwarna kuning yang sedang dipegangnya. "Ehmm...boleh saya tahu siapa pesakit tu, doktor?" Tanya Encik Johan "Namanya Adam bin Muhamad." "Adam Muhamad??" Encik Johan terkejut mendengarkan nama itu. "Iya. Adam Muhamad. Menurut Doktor Zakwan, pesakitnya ini menghidap tumor otak peringkat akhir tetapi ditemui meninggal dunia ketika sedang solat." "Tumor otak?" Encik Johan tergamam. ‘Innlillahiwainnailahiraji’un....Adam dah tiada...Lia??’ Encik Johan dipagut kebimbangan.
Lia mula resah apabila kereta yang dipandu oleh ayahnya itu mula memasuki ke kawasan perkuburan dan ibunya tidak henti-henyi mengusap tangannya yans mula sejuk. "Lia, kita dah sampai. Jom turun…" Encik Johan bersuara. Entah bila ayahnya memberhentikan kereta pun Lia tidak perasan. Matanya tidak henti-henti memerhatikan kawasan yang sunyi itu. "Ibu, ayah, kata nak bawa Lia jumpa Adam. Kenapa bawa Lia pergi sini?" soal Lia kehairanan. Encik Johan dan Puan Nina saling berpandangan. Puan Nina lantas menundukkan wajahnya melepaskan sebak yang membusut di dada. Lia masih terpinga-pinga. Dia pelik melihat ibunya yang menangis secara tiba-tiba. Dia memandang ayahnya mengharapkan penjelasan yang lebih jelas. "Lia, ayah nak Lia dengar betul-betul apa yang ayah nak beritahu Lia ni. Tabahkan hati. Ingat bahawa setiap apa yang kita miliki sekarang hanyalah pinjaman daripada Allah. Dia berkuasa mengambil apa sahaja yang Dia pinjamkan pada kita. Apa yang berlaku ni ada hikmahnya, Lia..." Suara Encik Johan terhenti. Sebak menyelubungi dadanya. Tidak sampai hati ingin menceritakan perkara yang sebenar. Dia memandang ke arah isterinya seolah-olah meminta persetujuan daripada Puan Nina. Wanita itu hanya sekadar menganggukkan kepalanya sambil tangannya mengelap air mata yang sudah berguguran. "Ayah...apa semua ni? Ibu??" Lia bingung. "Lia...sebenarnya..."
*****************************************
Adam, Walau roh dan jasadmu berserakan di seluruh semesta ini, setanggi cintamu masih kuhidu. Dapat kubau harum bunga kasihmu umpama bunga kemboja yang gugur di segenap pusaramu. Biar mentari menginjak sepi dan malam melabuhkan tirai menyusur dingin, tetap kurasa hangat tanganmu mengusap jari-jemariku. Terima kasih untuk semua pengorbanan, kasih sayang serta kerinduan yang Adam serahkan pada Lia. InsyaAllah, ada jodoh kita akan bertemu lagi di alam sana…
Salam Kasih, Lia.
Monolog terakhir si ratu hati pada kekasihnya yang satu. Warkah yang dititip oleh pujangga hatinya itu akan dijadikan haruman penawar hatinya sewangi haruman kemboja yang mewangi di pusara kekasih hati yang satu...
hidup...pasti berakhir dgn kematian... Hidup juga x dpt lari dri rsa cinta.. Suatu cerita yg punya unsur nilai murni yg baik.. Mndrma organ,,,, pasrah dgn tkdir ilahi, bbls simpti.. secara x lgsung karya ini mengajak kita mnjadi insan yg tidak pntgkan dri,,, tetap bbelas ehsan w'pun nywa di pghujung wktu,,, syabaz ppenulis ~salam~
biase je penulis.. xpe, bykkn membace & belajar lg.. jgn putus asa..teruskn menulis n GOOD LUCK!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
adoi yai..knapa semua cite ending mati..
aiseh..ni yang lemah nak baca ni..