Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hani terjelupuk di atas lantai. Shahir! Jangan pergi dulu! Aku sayang kau!
**********
"hei kau. ironkan baju aku." Shahir selamba menghulurkan kemejanya kepada Hani yang jelas kelam-kabut bersiap untuk ke pejabat. Hani menjeling. Sengal mamat ni! Dah tengok aku kelam kelibut cam ni lagi nak sabotaj aku.
"nampak tak papan iron tu? Nampak seterika tu? Ada kaki, ada tangan, jalan pergi sana, bukak suis, iron la SENDIRI!" tempelak Hani. Geram. Dia pantas mencapai tas tangannya lalu melangkah laju keluar bilik. Shahir senyum sinis. Cuma melihat Hani yang keluar macam ribut dari bilik itu. Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu di atas meja solek. Dia senyum lagi. Haha. Siap kau.
Hani masuk ke kereta, menyeluk-nyeluk tas tangannya mencari sesuatu.
"alamak, mana pulak kunci ni…" Hani mengomel sendiri. Kat atas ke? Hani masuk ke rumah semula, sampai di bilik, menjeling Shahir yang bersenang-lenang di atas katil, dan tangannya menyelongkar laci dan meja solek. Mencari-cari kunci keretanya. Ish, bencinya bila sampai part ni. Nak tak nak terpaksa dia bertanya.
"awak, Nampak kunci kereta saya tak?" Tanya Hani, egonya yang menebal ditolak tepi sekejap.
"tak." Jawab Shahir bersahaja, majalah Aksi AF dibelek-beleknya. Pandang wajah Hani pun tidak. Hani mendengus kecil. Argh, menyesal Tanya! Tapi ke mana pulak perginya? Dia menyelongkar lagi. Penat dan geram dengan situasi itu, dia menghempaskan punggung di atas katil.
Shahir kelihatan terganggu.
"hei kau. duduk baik-baik boleh? Bergegar katil ni." Hani tidak menjawab. Malas nak layan. Shahir senyum sendiri.
"ish, macam mana ni? Dah lambat sangat ni," Hani membebel sendiri, dijelingnya jam di tangan.
Dia bingkas, berusaha lagi mencari di dalam laci dan almari baju, mana tau tersesat ke. Walaupun dia positif kunci itu tidak akan sampai ke situ. Shahir bingkas juga, menghampiri meja solek sekejap sebelum menuju ke pintu.
"kau cari apa? Kunci kereta? Rabun ke? Atas meja tu pun tak Nampak ke?" lalu dia keluar dari bilik. Hani mengalih pandang ke atas meja solek. Ada! Tadi tak ada. dia mencapai kunci itu sebelum menyerbu keluar bilik.
"awak ambil kunci ni kan?" marah Hani. Shahir masih dengan wajah bersahaja.
"ah, takde masa la aku nak kacau barang kau." anak tangga dituruni satu persatu. Hani mengekor dari belakang dengan wajah tidak puas hati.
"tipu! Tadi tak ada!" ujar Hani lagi, suaranya meninggi.
"kalau mata tu dah memang rosak, pergi jumpa doctor, pakai cermin mata 10 inci, ok? Jangan nak main tuduh-tuduh lak." Shahir sudah memusing badannya menghadap Hani yang seakan-akan menunggu masa mahu menerkam Shahir. Nafas Hani turun naik menahan geram.
“argh‼‼ benci‼! Tepilah!" ujar Hani seraya menolak kasar badan bidang Shahir yang menghalang laluannya. Dia perlu cepat dan geramnya terpaksa diketepikan buat seketika. Bencinya pada insan bernama Shahir itu takkan pernah habis.
Dia masuk ke dalam kereta dan pintu dihempas kuat. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya dipandu laju pergi meninggalkan rumah yang tidak pernah aman padanya sejak 5 bulan lalu.
"kau sure ke dia ambil kunci kau? ke kau memang tak Nampak?" Lina bertanya. Hani mendengus kecil. Asyik-asyik nak bela dia.
"yela, aku sure! Memang kunci tu tak ada mula-mula, lepas tu dia letak bila dia nak keluar. Dia ambil kunci tu. Aku dah cari bagai nak gila tak ada, tiba-tiba ada. takkan kunci tu boleh hidup kot? Main cak-cak pulak dengan aku!" marah Hani, baru berpeluang melepaskan geramnya pagi tadi.
"Hani, kau pun tau, kalau kita cari barang time kelam-kabut memang takkan jumpa. Bila dah rilek or orang lain tolong, baru benda tu akan kita jumpa, kadang-kadang kita dah Nampak tapi disebabkan perasaan tak tenang, kita memang takkan perasan. Kau main tuduh je, kalau dia tak salah buat dosa kering je."
"aku tak faham la, kenapa kau suka bela dia? Aku ni kawan kau tau, bukan dia!" tempelak Hani. Lina menggeleng.
"Hani, aku lagi tak faham, dia suami kau, kenapa kau benci dia sangat?" Hani terdiam.
Sebab dia Shahir! I hate you Shahir! Jeritan itu menyelubungi seluruh perasaannya tika itu.
**********
"hei gem! Nak pergi mana?" suara sinis itu kedengaran. Hani berlagak tidak dengar sahaja.
"woi, pekak apa?" suara itu kedengaran lagi. Hani menyelak majalah Vogue di tangannya.
"cheh, baca vogue. Kau ingat kau boleh jadi kurus ke baca vogue, ha gem?" Shahir ketawa dengan katanya sendiri. Hani menjeling geram. Tak lawak pun! Namun suaranya tak terkeluar. Dia terus berlari masuk ke rumah. Air mata saban hari menjadi peneman.
Hani sedar dia gemuk dan tidak cantik. Mahu melawan tapi kerana ingatkan nasihat ayahnya yang menjaganya sejak ketiadaan emaknya sejak dia berumur setahun lagi, dia tutup sahaja mulutnya. Namun suara celupar milik jirannya Shahir itu tidak pernah diam. Benci!
Apabila Shahir berpindah rumah, Hanilah orang yang paling bahagia sekali mendengar berita itu. Dia lega kerana tidak akan ada lagi suara sumbang itu kelak.
Berbelas tahun berlalu. Gemuk? Tidak lagi. Hani sudah menjadi seorang perawan yang cantik berkat sabarnya namun saban hari kerisauan Haji Salleh semakin bertambah kerana puterinya yang seorang itu tidak menunjukkan minat untuk berkahwin.
Bagi Hani, lelaki (selain ayahnya) semua hipokrit. Semasa dia gemuk dulu, mengejek selalu, mendekat tak mahu. Bila dah cantik, berebut-rebut datang! Dasar mata keranjang! Baik tak payah kahwin. Buat sakit hati je.
Dan suatu hari, ditakdirkan Haji Salleh bertemu kembali jiran lamanya, Haji Ali di sebuah kenduri kenalan. Kekecohan yang timbul di kenduri itulah yang menyilangkan takdir Hani dan Shahir di dalam alam perkahwinan yang tidak pernah termimpi oleh mereka. Bagaimana? Begini ceritanya…
Hani sudah kelaparan semula. Ayah jumpa kawan dah tak nak balik pulak. Hani merungut-rungut sendiri. Dia duduk di satu sudut berseorangan. Tiba-tiba, seorang jejaka mendekatinya. Hani menjeling sekilas, tidak berminat seperti biasa.
"hai sorang je?" Tanya lelaki itu. Hani tidak menjawab. Berpura-pura seperti lelaki itu tidak wujud di sisinya.
Kerusi ditarik lalu dia duduk tanpa dijemput. Hani mencebik. Memang buaya! Dia menyumpah di dalam hati. Ayah, cepat datang!
"saya Shahir. Awak?" Hani mengangkat mukanya. Ya, wajah itu kembali tapi dalam versi yang baru. Kacak? Huh! Muka tembok rumah tak siap lagi hensem dari muka dia!
"awak ni bisu ke?" suara itu bertanya lembut. Hani memalingkan mukanya. Ah, bicaranya cukup berbeza dengan dulu. Kerana dia gemuk! Sekarang? Ha, baru kau tau, dah la tak cam aku, boleh lak lembut gigi dari lidah sekarang ek? Lidah lembu betul mamat ni!
"suka hati saya la nak cakap ke tak! Awak sibuk kenapa?" tingkah Hani. Shahir tersentak sedikit. Pergh! Gila kasar cakap! Rupa dah ada, ni perempuan ke pompuan?
"amboi, kasarnya. Tak baik tau perempuan kasar-kasar macam ni. Nanti tak ada orang nak masuk meminang." Usik Shahir.
"eh, awak ni memang suka bercakap dengan orang asing ek? Apa saya kisah ada orang nak meminang saya ke tak? Lagi bagus kalau tak kahwin tau! Lelaki, hipokrit! Buaya! Mata keranjang!" dan terluahlah semuanya tanpa dia sedari. Ha, tu baru dendam belasan tahun! Kalau puluhan tahun tak tau ayat apa lagi nak keluar. Shahir terkedu.
Tetamu yang hadir sudah menjeling-jeling. Shahir menahan malu. Hani? Peduli apa dia dengan orang ramai. Geram, benci dan marah bersilih ganti.
"awak, orang tengok la. Kenapa garang sangat awak ni?" ujar Shahir lagi, masih berlembut.
Telinga Hani sudah kepanasan mendengar bicara lembut itu. Dulu kau gelakkan aku ikut suka, mengutuk suka-suka hati, sekarang sebab aku dah cantik cam ni dan kau tak cam aku, cakap bukan main lembut lagi. Meluatnya aku dengan mamat ni‼‼ Hani sudah berdiri. Tidak mampu lagi menerima sikap pura-pura dan menjelikkan itu.
Wajahnya sudah memerah marah. Ditenung Shahir seakan mahu ditelan. Dia sudah tidak peduli, kenduri tak kenduri, kesopanan dan kesusilaan rukun Negara kelima yang selama ini dpegangnya hilang entah ke mana. Geram dan marahnya beraja.
"eh, kau tau tak aku sapa ha? Amboi, amboi, dulu, masa aku gemuk bukan main kurang ajar cakap, sekarang, sebab aku dah cun macam ni, kau cakap bukan main lembut lagi. Hee, meluatnya aku dengan lelaki! Hipokrit! Aku benci kau!" Shahir terkedu. Nafas Hani turun naik menahan marah.
"Hani!" Hani menoleh. Gulp! Ayah! Maafkan Hani! Dan Shahir juga menelan liur membalas renungan tajam ayahnya di sisi Haji Salleh.
Itulah kisah yang membawa kepada perkahwinan mereka.
Seminggu selepas itu, Hani (yang menyesal tak sudah dengan peristiwa "pertukaran rupa"nya di kenduri itu) dipanggil ayahnya.
"Hani tak ada teman lelaki kan?"
Gulp! Kenapa Tanya pasal ni?
"err, tak ada ayah." Ujarnya ringkas. Dia masih berhutang dengan ayah kerana peristiwa hari itu. Ayah tidak marah padanya, sebaliknya ayah berlagak biasa. Hani tahu, bila-bila masa saja "hutang" marah ayah akan dituntut. Dan takkanlah ayah nak tuntut sekarang? Mampus!
"ayah nak kahwinkan Hani dengan anak kawan ayah. Hani bukan muda lagi. Dah nak masuk 30. Tengok gaya Hani macam ni sampai bila ayah nak tunggu." Luah ayah. Hani menunduk. Perlukah diturut? Dia hormat ayah, tak sanggup menolak. Kalau menolak, memang dia jadi "andalusia" la gamaknya.
"kenal Shahir?" Tanya ayah berbasa-basi, tidak menuntut jawapan yang memang telah dia tahu.
Hani memandang ayahnya seakan tidak percaya. Ayah tidak memandang wajahnya. Bererti ayah tidak mahu berbincang. Muktamad. Hani menelan liur.
************
Hani memandu pulang. Resah setiap kali waktu pejabatnya habis. Benci dengan kenyataan yang dia kini berkongsi hidup dengan Shahir. Dan yang paling dia tak puas hati ialah penerimaan Shahir. Kata ayah (Hani bertanya bila mood ayah dah baik sikit), Shahir tidak menolak langsung bila diusulkan tentang perkahwinan itu.
Cis, dasar lelaki! Pantang dapat peluang! Pantang dapat perempuan cantik! Namun Hani sudah bertekad tidak akan memberi hak suami itu kepada Shahir. Dan Shahir? Tidak pernah kisah langsung. Lega juga Hani melihat Shahir begitu. Sekurang-kurangnya, tak akan ada berita "Suami dibunuh isteri di malam pertama" terpampang di muka depan akhbar utama.
Namun hidupnya tidak pernah aman juga. Kerana hari mereka akan bermula dengan pertengkaran dan berakhir dengan pertengkaran. Tidur sebilik? Hani terpaksa bila memikirkan amaran ayah sebelum dia bernikah.
"kalau ayah tau Hani tidur bilik lain, ayah takkan maafkan Hani, ingat."
Dan terikatlah Hani di alam perkahwinan yang sepatutnya menjadi impian indah semua insan. Tidak percaya juga dia bila memikirkan sudah 5 bulan berlalu dan mereka masih "suami isteri" di atas kertas. Hani tidak mahu mempersoalkan hal "cerai" kerana sayangnya pada ayah. Dia rela berkorban. Tapi pengorbanan itu tiada hasil langsung. Yelah, tidur masing-masing bagi belakang tak ada guna juga kan?
Hani tidak mahu beralah. Dia tidak akan beralah dengan Shahir. Jika dulu dia akan berdiam, sekarang semua benda akan dijawabnya. Pantang ada peluang.
Sampai di rumah, Hani melangkah longlai. Masih teringat peristiwa pagi tadi. Kereta dia ada, maksudnya dia ada. Hani melepaskan keluhan panjang. Bosan dengan hidup. Dia masuk ke dalam rumah yang sunyi, menaiki tangga ke bilik.
Tiada orang di dalam bilik. Hani tidak ambil kisah. Lagi senang. Mungkin dia di bilik bacaan. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.
Beberapa minit kemudian, dia selesai mandi. Mencari-cari sesuatu yang kurang. Alamak! Gaun mandi tak ada kat sini!
Dipandang sepi tualanya. Tuala pendek pulak. Muat-muat saja dari dada sampai ke atas lutut. Habis la. Lupa pula dia gaun mandi itu dijemur di luar sebentar pagi tadi. Macam mana nak gantung dalam bilik air?
Shahir mandi mengalahkan puteri. Lama bukan main. Bosan menunggu, Hani terus terlupa tentang gaun mandi itu. Bangun pulak lambat, lagi la. Hari ni memang hari paling malang antara hari malang selama 5 bulan ni (sebab sejak kahwin memang harinye dilabel malang semua).
Macam mana ni? Dan tiba-tiba Hani terjerit kecil apabila pintu bilik air diketuk dari luar kuat. Bagai nak roboh pintu.
"wei, cepat sikit. Aku sakit perut ni!" jerit Shahir dari luar. Hani terdiam. Gila nak keluar macam ni? Selama 5 bulan Shahir hanya mampu menatap dari hujung rambutnya hingga ke lehernya saja. Dia tidak pernah mendedahkan lebih dari itu.
"dah tak ada bilik air lain ke awak nak guna? Turun bawah lah." Jerit Hani pula.
"suka hati aku lah! Aku bayar sewa jugak! Bukan kau je duduk kat rumah ni!" tempelak Shahir.
"tak nak! Awak turun bawah!" jerit Hani, tidak mahu kalah. Tak boleh!!
"wei, kau ni kenapa? Keluar la perempuan! Aku tak tahan ni!"
"tak nak‼" jerit Hani lagi. Kalau ikutkan, dia tak kebulur nak terperap dalam bilik air ni. Tapi dia terpaksa sangat! Tak mungkin dia akan keluar!
"Hani! Kau gila ke ha?"
"memang saya gila! Suka hati saya la! Awak ambik kunci saya pagi tadi! Rasakan lah!" teringat pulak cerita pagi tadi. Tak berniat tapi lebih kepada mencari dalih. Tidak mahu Shahir tahu sebab sebenar dia tidak mahu keluar.
"gila!" jarit Shahir sebelum sepi menyelubungi suasana.
Hani tertanya-tanya sendiri. Dia dah turun ke? Ish, susah betul! Hani membuka pintu bilik air sedikit.
Mengintai kelibat manusia. Tak ada. selamat kot? Dia pantas keluar, berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Mahu dikuncinya. Belum sempat tangannya mendarat di tombol, pintu telah terbuka dulu dari luar. Alamak!
Shahir terkedu. Hani tergamam. Shahir mengatur langkah perlahan ke arah Hani. Senyuman terukir di wajahnya. Hani menggelabah. Tu senyum perogol dalam tv! Alamak, nak lari mana?
Dia pantas bergerak mahu menuju ke bilik air namun langkahnya terhenti. Tangannya tersangkut pada sesuatu. Or lebih tepat lagi, sesuatu menyangkut pada pergelangan tangannya. Jemari Shahir.
"lepas lah!" tempelak Hani. Lebih kepada menunjuk kuat. Sedang hatinya Tuhan saja yang tahu. Matilah aku! Esok, gerenti tajuk "Isteri dirogol suami" jadi muka depan akhbar! Aku tak nak!
"patutla degil tak nak keluar. Rupanya pakai tak senonoh." Hani menjeling Shahir. Cis, sungguh sengal ayat itu!
"suka hati saya lah! Sekarang lepaskan tangan saya boleh?" Hani, jangan tunjuk lemah!
"tak boleh lah. Takkan saya nak biar je ikan goreng depan mata?" ces! Hampeh betul laki ni!
"hei, awak. Kalau dah tau rabun kenapa tak pergi jumpa doctor je ha? Beli cermin mata 15 inci! Dah tak reti beza ke orang dengan ikan?" bebel Hani. Gelabahnya jangan kata. Habis!
Dia tidak boleh meronta juga kerana tualanya boleh terlucut bila-bila masa saja. Sebelah tangan pegang ikatan tuala, sebelah lagi dah kena gari, macam mana ni?
Hani tidak sanggup memikirkan nasibnya selepas ini. Gementar menyelubungi dirinya. Shahir mendekat, jemari Hani di dalam genggamannya dikucup. Hani terkedu! Habislah gelaran isteri dara yang aku pegang selama ni! Shahir mendekat lagi, wajahnya didekatkan pada rambut Hani yang basah.
Peluh dingin memercik. Hani memejamkan matanya. Dia tahu, hanya satu cara sahaja lelaki itu akan melepaskannya, cara yang tidak pernah dia gunakan dengan Shahir. Merayu. Ya, Hani perlu merayu supaya lelaki itu melepaskannya. Dia tidak rela perkara yang sedang dibayangkan di dalam mindanya sekarang terjadi. Tidak rela hari itu menjadi hari ini dalam sejarah.
"Shahir, lepaskan saya, please." Suara Hani mengendur. Suaranya lirih.
Shahir tidak menjawab, masih meneruskan gerakannya, dan bibirnya kini singgah di leher Hani. Hani melarikan kepalanya sejauh yang termampu.
"Shahir, please. Let me go." Air mata sudah mengalir laju menuruni pipi. Ketakutannya sudah tidak terbendung.
Masih tiada tindak balas yang diharapkan dari Shahir.
"Shahir, please. Jangan tambahkan lagi sebab untuk saya benci awak, tolong Shahir. Saya merayu pada awak." Esakan kecil kedengaran. Gerakan Shahir terhenti.
Shahir merenung tepat mata Hani yang sudah basah. Wajah itu direnung dalam.
Sebelah tangannya perlahan dan lembut mengusap pipi Hani yang sudah basah. Hani tidak mampu menepis, dan dia tiada daya menepis. Asalkan Shahir tidak menggila, dia akan membiarkan lelaki itu menang dalam hal lain.
Pandangan mata mereka bertentangan.
"but I have never hated you Hani. Never ever." Luah Shahir perlahan, dia menyinggahkan bibirnya lama di dahi Hani, sebelum pegangannya dilonggarkan dan dia melangkah keluar dari bilik. Hani tergamam dan terkedu. Tidak berapa lama kemudian, dia mendengar deruman enjin sebelum bunyi itu menjadi sayup di kejauhan. Hani mencapai bangku meja solek, dan dia terduduk lemah.
Tidak tahu apa reaksi yang patut diberikan. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. bingung dengan suara hatinya juga yang seakan-akan bersorak ceria dengan tindakan Shahir mengucup dahinya. Hatinya berbunga. Hani bingung, sungguh bingung. Aku benci dia, tapi kenapa….
Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam dan Shahir masih belum pulang. Hani menjeling jam untuk kesekian kalinya sambil matanya silih berganti memandang ke porch. Masih tiada tanda-tanda Shahir akan pulang.
Telefon? Kerana bencinya, mereka tidak pernah ada nombor telefon masing-masing. Berhubung Cuma dengan telefon rumah (itupun boleh dikira dengan jari, selalunya bertengkar dan bertekak depan-depan je). Dan kini sesalan timbul, sesal kerana dia terlalu ego hinggakan nombor telefon Shahir pun sanggup dia tidak ambil.
Dan tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit-jerit minta diangkat. Lina.
Hani menekan butang hijau.
"helo Lina."
"Hani, aku ada berita ni, tak tau la aku patut cakap ke tak tapi aku rasa patut."
"Hani, sebab tu aku datang terus lepas kau diam masa aku tengah bercakap tadi."
"Shahir Lina, apa jadi dengan dia?" Tanya Hani lagi, air mata mengalir laju membasahi pipi.
"Hani, aku rasa baik kita ke hospital sekarang, aku tak berani nak cakap Hani." Wajah Lina mendung. Hani tidak sedap hati. Shahir, maafkan aku!
**********
Sampai di hospital, Lina memimpin Hani yang sudah lemah jalannya ke wad kecemasan. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa agar masih ada peluang untuknya menebus salahnya pada suami yang baru diakuinya.
"Lina, salah aku Lina, salah aku. Aku sakitkan hati dia." Rintih Hani.
"tapi setahu aku kau tak kisah kan?" Tanya Lina, agak hairan dengan bicara Hani yang kedengaran ganjil itu.
"Lina, aku sayang dia. Aku tak nak dia pergi Lina. Aku sayangkan dia," luah Hani lagi, sudah tiada malu bicaranya didengar orang.
"Hani, kau kan tak pernah kisah dengan dia?"
"aku kisah! Sebab aku cintakan dia! Lina, mana Shahir, kenapa kau tak bawak aku dekat dia Lina, mana dia Lina? Mana?" rintih Hani lagi, pelukan Lina masih kejap. Tidak menyangka kawannya akan menjadi begitu apabila mendapat berita buruk ini.
"cari aku ke?" Hani terdiam mendengar suara itu di belakangnya. Dia menoleh perlahan. Dan Shahir bersandar di dinding, senyuman terukir di bibir. Tak ada ciri-ciri orang lepas accident pun.
"kau." tutur Hani.
"yelah aku, siapa lagi?" senyuman Shahir semakin lebar. Hani menoleh melihat Lina yang sudah tersenyum-senyum simpul juga. Tiba-tiba muncul pula seorang lagi lelaki yang tidak pernah Hani kenali berdiri di sebelah Lina. Di dahinya bertampal plaster. Di tangannya pun ada.
"tapi, kereta dia remuk, kenapa…." Tanya Hani, masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Helmi pinjam kereta aku, dia yang accident, bukan aku. Kau tak happy tengok aku sihat macam ni?" Tanya Shahir, tiada berselindung.
Hani terdiam. Air matanya dikesat. Dipandangnya Lina.
"kau kenakan aku Lina." Nafasnya turun naik, menahan malu dan geram. Malu kerana isi hatinya terluah juga. Geram bila mengetahui yang dia dipermainkan. Dia menoleh kepada Shahir semula.
"dan aku benci kau!" jeritnya sebelum dia mengatur langkah laju, mahu melintasi Shahir yang terlebih dahulu menangkap kedua-dua bahunya lalu tubuh Hani dibawa dalam pelukannya.
Hani meronta-ronta, air mata mengalir lagi. Shahir masih memeluknya kejap. Dan Hani sudah menyerah. Menangislah dia di dada lelaki itu.
"maafkan aku, aku yang bersalah."
"aku benci kau." tutur Hani dalam sendu. Ditumbuknya Shahir perlahan namun Shahir Berjaya mengunci tangannya juga.
jalan citer best, susunan bhs menarik, sy dh baca 2 kali. cuma ayat pertama hani terjelopok kat lantai tu masa dia terpisah dgn shahir masa kecik ke atau masa shahir masuk hospital. lg best kalu adegan gaduh ditambah lg...kasi pembaca benci betul kat shahir...k tahniah...hehe
bez...saya pun sedih bc cita ni apabila Syahir xcden... betul...lau benci sgt nanti bertukar suka,sayang dan seterusnya cinta...begitulah yang terjadi kepada saya di sekolah empat tahun yang lalu...and i miss him so much... thanx kpd penulis krn migtkn sy kepada si dia... =)
hi, sy copy paste cerita dlm blog sy. but i put a credit to the writer and this site. love the story, sooooo sweeetttt... ^-^ this is my blog http://pearl-stud-earrings-rahma.blogspot.com keep up the good work!! ^-^
to those who want to copy any of my stories, you may do so in my blog..you can't copy them from this site...http://anarifartpieces.blogspot.com...thanks for the support...
woit~ sweet giler citer... buat malu akuh jer tersenyum sengsorang kat cyberkios sengsorang... argh.... malu beb... anyway... congratulations becoz u have done a great love story.... (nia)
best woooo....smue ade plihan kluarga ni brkat kn?? pas tu jgn t'lalu bnci org taw... n cinta lps kawin ni biasenyer lbih romantic.. so,,bercinta la lps kawin..hehehehe jgn main2 cinta ek..
kenapa tyme gemuk lelaki tuh tak pandang? siap caci n maki lagi.. bila dah kurus n cantik.. terus suka pulak.. adil ke mcm tuh? nape yang kurus jer ke bley bercinta? abistuh yang gemuk kena caci n maki jer??
Soo sweettt! <3 dis cerpen so much... Make dis story as novel.. N add some interesting adegn again;-) guwd job writer!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wawawa...sweetnyer cerita ni...