BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, April 19, 2009
Cerpen : BenCinta
Nama Pena : anne

"Uhuk,uhuk..". Dari tadi aku sudah terbatuk-batuk. Waktu untukku pulang ke kampung halaman memanglah sesuatu yang menyeronokkan tetapi inilah perkara yang paling aku benci. Terlalu ramai perokok menghembuskan asap-asap rokok di sini sana. Aku sangat membenci rokok. Tanpa kusedari, peristiwa lima tahun lalu kembali bertamu di ruang mindaku. Adikku, Adli meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk membeli rokok untuk ayah. Kata-kata ayah memang tidak boleh dibantah. Jika tidak, tubuhnyalah yang akan menjadi mangsa. Aku sungguh kesal dengan apa yang telah berlaku. Sekiranya ayah tidak berkeras memaksa Adli membelikan rokok untuknya, pasti kini Adli sedang berhempas pulas untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dua bulan lagi.

Sejak peristiwa itu, aku jadi membenci ayah. Sebenarnya, aku sendiri hairan dengan sikap ayah. Dalam keadaan keluargaku yang serba daif, ayah masih mampu untuk membeli rokoknya. Rokoklah yang tetap menjadi teman setianya. Pemergian Adli amat memilukan semua ahli keluargaku terutama ayah. Dia sudah tidak mengamalkan tabiat merokoknya. Kami sekeluarga amat bersyukur akan perubahan tersebut. Malangnya, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ayah telah disahkan menghidapi barah paru-paru yang kronik seminggu selepas jenazah Adli selamat disemadikan.Selepas dua bulan ayah bertarung nyawa untuk melawan penyakitnya, penderitaan ayah berakhir. Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas pangkuan ibu. Walaupun pemergian ayah dan Adli merupakan satu tamparan hebat bagi kami sekeluarga, ku lihat ibu begitu cekal dan tabah menghadapi segala dugaanNya. Dan aku, aku seharusnya bangkit membantu meringankan beban ibu. Pernah juga aku menyatakan hasrat hatiku untuk berhenti bersekolah dan bekerja untuk membantu keluargaku, tetapi ibu menentang sekeras-kerasnya. Beliau mahu dan hanya mengharapkan aku untuk mengubah nasib keluarga kami. Kata-kata ibu itulah yang membakar semangatku untuk mencapai cita-citaku supaya suatu saat nanti, aku mampu membantu ibu dan adik-adikku yang lain.

"Pekan Sanglang! Pekan Sanglang!" Lamunanku mati apabila mendengar suara konduktor bas mini yang kunaiki. Jauh juga aku mengelamun mengenang kisah silamku. Kuseka air mataku yang sudah bergenang dengan hujung bajuku. Aku turun bersama bagasiku yang berat.

'Cuti semester kali ini pasti akan aku manfaatkan sebaik-baiknya', bisik hati kecilku sambil berjalan menuju ke arah rumahku.

Senyumku melebar. Segalanya masih sama seperti dahulu. Langkah kakiku kulajukan menyusuri jalan tanah merah yang kering dek pancaran matahari yang terik. Kulihat jam di pergelangan tanganku, sudah pukul 12.30 tengah hari. Makin cepat kakiku melangkah. Rindu yang kutanggung selama dua tahun sudah hamper terlerai. Bukan aku tidak mahu pulang setiap kali cuti semester, tetapi aku mengambil keputusan bekerja untuk menghabiskan waktu cuti semesterku bagi menambahkan lagi simpananku dan mengumpul wang untuk pulang ke kampung. Walaupun aku merupakan salah seorang pemegang biasiswa tajaan MARA kerana aku selalu mendapat anugerah dekan setiap kali peperiksaan semester, wang biasiswa yang kuterima tidak pernah kusalahgunakan. Wang tersebut aku salurkan sepenuhnya untuk membeli buku-buku ilmiah dan untuk tujuan pelajaran.

"Ah, sakitnya!" Aku terduduk di atas tanah. Aku lihat ada sebuah kereta Perdana V6 hitam di belakangku.

"Oi, buta ke?" Aku mulai geram. 'Tak cukup besarkah aku sampai dia tak nampak!' bentakku di dalam hati.

Seorang lelaki dalam linkungan 20-an keluar dari perut kereta tersebut. Ku lihat di tangannya terselit benda yang paling kubenci. Rokok!

"Apa masalah kau jalan kat tengah-tengah jalan? Dah lama hidup? Nak bunuh diri pun cari lah cara lain."

"Amboi, sedapnya bahasa! Dah tak ada cara lain ke nak tegur orang sampai perlu langgar orang? Bukan jalan kau pun!" hamburku.

"Banyak mulut lah kau minah. Bukan jalan kau juga," balasnya lalu menghembuskan asap rokoknya ke mukaku.

"Uhuk, uhuk, uhuk," aku batuk lagi. Aku lihat lelaki tersebut hanya mentertawakanku.

"Pinjam rokok tu sekejap!" pintaku. Kulihat mukanya sedikit kaget tetapi tetap mahu berlagak 'cool'. Rokok tersebut bertukar tangan. Aku campak rokok tersebut ke tanah, lalu kupijak-pijak rokok tersebut sehingga puas lalu aku berlalu meninggalkannya terpinga-pinga di situ.

"Padan muka kau! Harap muka je 'handsome' tapi sayang perangai tak seindah rupa," gumamku rendah. Senyuman puas tersungging di bibirku.

Dari jauh aku sudah boleh melihat keadaan rumahku yang semakin usang itu. Mala, Wira dan Iwan kulihat sedang berkejar-kejaran di halaman rumah. Adikku yang paling tua pula, Leha sedang menggenggam daun kangkung yang dipetiknya dari kebun sayur di seberang jalan.

Setibanya aku di halaman rumahku, adik-adikku meluru mendapatkanku .

"Kak Iqa! Kak Iqa! Ibu, kak Iqa balik bu!" Kupeluk, kucium mereka sepuasnya. Air mata kegembiraan mengalir di pipiku. Rinduku terubat kepada mereka. Biarpun sesibuk mana aku di universiti, mereka semua tetap di hatiku. Setiap kali selepas menunaikan solat, doa pasti kukirim buat mereka semua. Aku lihat ibu sedang berdiri di hadapan pintu. Aku meluru mendapatkannya dan aku dapat merasakan sesuatu yang sudah lama kurindu, kudamba di dalam pelukan ibu. Aku amat rindukan belaian ibu. Air mata kegembiraan mengalir kerana rindu yang terpendam sekian lama kini sudah terlerai. Walaupun kami telah terpisah lama, aku tidak pernah lupa untuk mengirimkan warkah berserta wang hasil pekerjaan sambilanku sebagai seorang tutor setiap bulan kepada mereka. Terpancar sinar kebahagiaan pada wajah masing-masing. Kami sekeluarga kembali bersatu.

Makan malam hari ini sangat seronok kerana sudah lama kami sekeluarga tidak makan bersama-sama seperti ini. Walaupun hanya berlaukkan 3 ekor ikan goreng yang dibahagikan kepada tiga setiap satunya bersama sayur kangkung goreng, kami semua tetap berselera dan adik-adikku tidak pernah merungut sama sekali. Kadang kala hatiku tersentuh melihat nasib yang menimpa keluargaku. Namun, apa yang bisa aku lakukan, aku sendiri belum mampu untuk menyara mereka. Aku berazam di dalam hati untuk menamatkan semester akhirku nanti dengan cemerlang supaya aku dapat mengubah nasib keluargaku.

***

"Tinnnnnnnn! Tinnnnn!" kedengaran bunyi hon kereta dari halaman rumah. Adik-adikku meluru masuk dan mendapatkanku di dapur.

"Siapa yang datang, Mala?" tanyaku.

"Orang jahat datang minta duit. Dia selalu datang. Bila dia balik, pasti ibu akan menangis. Dia selalu marah-marah ibu" terang Mala yang baru berumur lima tahun itu.

Dari dapur aku sudah dapat mendengar pujuk rayu ibu meminta tempoh untuk menjelaskan sewa rumahnya.

"Makcik, saya bukan tak mahu bagi makcik tempoh. Saya hanya menjalankan tugas. Hj. Roshid yang meminta saya ke sini dan meminta wang sewanya. Sudah tiga bulan makcik tak bayar. Kalau tidak, makcik terpakasa tinggalkan…."

"Tiinnnn! Tiinnnnnn! Tinnnnnn!" semua mata bertumpu pada sebuah kereta Perdana hitam di pinggir jalan.

"Eh, macam pernah kulihat kereta ini, tapi di mana ya? Oh, lelaki nikotin tu!" kataku rendah yang hanya memerhatikan ibu dari celah tingkap.

"Ada apa hal ni Mail?" soalnya.

"Begini Encik Imran. Ayah Encik Imran menyuruh saya ke sini untuk mengutip sewa rumah makcik ini. Sudah tiga bulan makcik ini tidak membayar sewa. Ayah Encik Imran mengarahkan mereka untuk berpindah dari rumah ini sekiranya merekan gagal membayar wang sewa rumah ini," jelas Mail kepada lelaki tersebut.

'Oh, namanya Imran. Anak tuan tanah rupanya,' bisikku sendiri.

"Tidak mengapalah Mail. Nah, ambil wang ini. Sewa untuk lima bulan. Jangan beritahu abah bahawa sayalah yang membayarkan sewa rumah untuk mereka," katanya kepada Mail sambil menghulurkan beberapa keping not RM50.

Baik juga mamat nikotin ni. Tapi sayang dia adalah seorang perokok. Kulihat ada terselit sebatang rokok yang tinggal separuh di celah-celah jarinya.

"Terima kasihlah nak. Budi baik anak tak dapat makcik balas," ibuku berkata.

"Tak mengapalah makcik. Sebagai salah seorang anggota masyarakat yang prihatin, tugas membantu orang lain sudah menjadi salah satu daripada tanggungjawab kita," balasnya berserta senyuman manis.

"Pandai pula nak berbudi bahasa!" bebelku lalu membuka langkah untuk ke dapur semula.

***

Awal-awal pagi lagi aku sudah bersiap. Hari ini, aku mahu membantu ibu membersihkan halaman rumahku. Sudah lama aku tidak menghirup udara segar di kampung. Aku menyapu daun-daun kering di halaman rumah sambil menyanyi-nyanyi kecil. Adik-adikku sedang berlari berkejar-kejaran di halaman rumah. Suasana inilah yang selalu kurindu ketika aku berada di universiti. Aman dan mendamaikan. Tiba-tiba, sebuah Perdana V6 hitam yang cukup kukenali membelokkan keretanya ke kawasan rumahku. Adik-adikku seronok dan berlari-lari mendapatkan pemilik kenderaan tersebut yang baru sahaja melangkahkan kaki keluar dari kereta tersebut.

"Abang Imran datang! Abang Imran datang!" adik-adikku menjerit kegirangan.

"Nah Leha, ambil barang-barang ini. Bawa ke dapur ya," katanya.

"Tak payah!" aku menghampirinya. Wajahnya kelihatan sedikit kaget. Mulutnya sedikit ternganga. Mahu tergelak rasanya melihat aksi spontannya, namun sedaya upaya aku cuba menahan diriku daripada tergelak.

"Tutup mulut tu! Nanti masuk lalat!" kulihat mukanya merah mendengar teguranku. Hatiku tersenyum puas.

"Saya sangat berterima kasih kerana awak sudah membantu kami melunaskan sewa rumah kami.Tetapi, kami tak mahu berhutang budi lagi dengan awak," luahku.

Imran tersenyum sambil menyalakan sebatang rokok. "Saya ni bukannya mengharapkan apa-apa balasan. Saya ikhlas. Tidak salah rasanya saya membantu. Kebetulan saya ada rezeki, janganlah ditolak,"jelasnya.

Asap rokok mula menusuk ke hidungku dan menyebabkanku mula terbatuk-batuk. Air mukaku serta merta berubah. "Terima kasih lah Encik….."

"Imran Najhan bin Roshid," balasnya.

"Terima kasihlah ya Encik Imran," tuturku sambil menjelingnya.

" Sama-samalah ya Cik….."

Senyap. Mataku melirik adik-adikku supaya mereka tidak memberitahu namaku.

"Cik…. Garang." Adik-adikku mentertawakanku mendengar ejekan Imran. Aku berlalu dan menyambung kembali kerja-kerjaku yang tergendala.

' Beruk punya pakcik,' kutukku di dalam hati.

Kulihat Imran begitu sabar melayan kerenah adik-adikku yang sedikit nakal. Namun hatiku tetap mahu menafikan kebaikannya di sebalik perasaan geram dengan sikapnya.

***

Sedar tidak sedar, sudah tujuh minggu aku berada di kampung. Cuti semesterku sudah hampir tamat. Petang ini, aku akan kembali semula ke Kuala Lumpur. Aku sibuk megemas barang-barang yang perlu kubawa pulang ke kampus. Seperti kebiasaannya, Imran bertandang ke rumahku pagi itu. Namun, dia pelik dengan sikap adik-adikku yang senyap berbanding hari-hari biasa.

"Hai semua!" Imran memulakan bicara namun tiada respons.

"Kenapa semua senyap ni? Leha? Mala? Wira? Iwan?" semuanya tetap senyap namun akhirnya Leha menjawab.

"Hari ini Kak Iqa akan pulang ke Kuala Lumpur. Pasti kami akan rindu padanya nanti.

"Leha, Mala, Wira, Iwan, Kak Iqa pergi untuk belajar. Bukan untuk bersuka ria. Lagipun, hujunga tahun ni akak akan tamat pengajian. Selepas itu, akak akan kembali ke sini semula," aku memujuk mereka dari pintu rumah.

Mereka semua menghampiriku dan memelukku.

"Janganlah menangis ya adik-adikku sayang. Kamu semua kena kuat. Belajarlah rajin-rajin. Kita semua kena bantu ibu supaya hidup kita tidak susah lagi. Kak Iqa nak kamu semua berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh," nasihatku.

"Kami janji Kak Iqa," jawab mereka serentak.

Imran hanya memerhatikan tautan kasih sayang yang terhebat yang pernah dia saksikan sepanjang hidupnya. Sebatang rokok dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu dinyalakan. Aku hanya menjelingnya tajam walaupun dia tidak perasan.

*****

"Iqa, mari saya hantarkan awak ke terminal," ujar Imran yang tiba-tiba muncul dengan Perdana hitamnya ketika aku sedang menunggu bas mini untuk ke terminal.

"Err, tak apalah. Saya boleh naik bas mini sendiri," balasku.

Imran turun dari keretanya dan membukakan pintu untukku. Beg-beg di tanganku diambil dan diletakkan di bonet keretanya.

'Ish mamat ni. Nak tunjuk baik ke? Huh, malas nak layan,' bisikku di dalam hati. Aku menurutnya kerana aku tahu keluargaku sudah banyak berhutang budi dengannya. Sepanjang perjalanan, masing-masing membisu.

"Iqa belajar 'course' apa?

'Menyibuk pula nak tahu pasal orang,' aku berkata di dalam hati namun kujawab juga pertanyaannya. "Perubatan."

"Ooh, bakal doktor lah ni. Senang lah kalau saya sakit nanti. Ada yang tolong ubatkan," katanya sambil tersenyum namun fokus terhadap pemanduannya tidak diabaikan.

"E'eleh mamat ni. Ingat aku nak kena rawat dia seorang saja ke? Ingat aku ni bini dia ke?" gumamku rendah.

"Apa? Iqa cakap apa?"

"Eh, tak ada apa-apa. Hari macam nak hujan je," kelentongku. Padahal di luar, sang suria masih lagi memancar terik.

'Ah, apa-apa sahaja lah,' tuturku sendiri. Sedikit malu.

Imran mula mengeluarkan sebatang rokok dan dinyalakan. Aku mula terbatuk-batuk. Sengaja kukuatkan batukku.

'Takkan masih belum tahu yang aku ni alah dengan rokok!' bisik hatiku geram.

"Oh, maaf. Saya lupa awak 'allergic' dengan rokok," katanya lalu mencampakkan rokoknya ke luar tingkap.

Setibanya di terminal bas, aku mengucapkan terima kasih dan bersedia untuk turun. Aku mahu segera lari daripada lelaki ini.

"Err, Iqa!" langkahku mati.

"Saya ada sesuatu yang penting yang saya ingin katakana. Sebenarnya, saya… Saya…. Saya sudah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita bertemu," penjelasannya benar-benar membuatku kaget dan serta merta, wajahku merona merah menahan malu.

"Maaf, saya tak boleh terima cinta awak. Saya masih belajar dan masih banyak perkara lagi yang perlu saya fikirkan. Saya tiada masa untuk hal-hal yang remeh seperti ini," balasku.

"Saya sanggup menunggu sehingga awak tamat pengajian. Tentang perkara-perkara yang awak perlu fikirkan, saya rasa kita boleh memikirkan dan menghadapinya bersama-sama. Atau awak sebenarnya sudah memiliki kekasih hati?" sambung Imran.

"Maaf, saya terpaksa pergi. Assalamualaikum," aku gegas berlari menuju ke arah basku yang akan bertolak dalam masa lima minit lagi. Tidak sanggup lagi rasanya menatap wajah Imran. Aku tinggalkannya terkulat-kulat di situ.

*****

"Vena cava membawa darah… Arrgh! Kacau! Kenapa aku mesti ingat dia!" rengusku sendiri. Fokusku hilang kerana asyik teringatkan Imran.

"Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta…," lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna seakan-akan mengejek kekusutan yang ku alami melalui corong radio.

******

Merdeka! Diam tak diam hari ini aku berjaya menamatkan kertas anatomy yang merupakan kertas terakhir untuk peperiksaan akhirku. Alhamdulillah, mujur aku masih boleh fokus sepanjang proses mengulangkaji walaupun minggu lepas aku menerima panggilan telefon daripada ibu yang menyatakan bahawa ada orang menghantar rombongan meminang dan ibu telah menerimanya. Aku serahkan sahaja soal ini kepada ibu kerana aku yakin pilihan seorang ibu merupakan pilihan terbaik untuk anaknya.

Aku mengambil keputusan untuk bekerja dahulu sementara menunggu keputusan peperiksaan dan hari graduasi yang akan diumumkan dua bulan sahaja dari sekarang. Untuk sementara waktu, aku menumpang di rumah sahabat baikku, Husna. Sekurang-kurangnya dapatlah aku meringankan sedikit beban ibu yang terpaksa menanggung lima orang anak termasuk aku.

Dua bulan telah kulalui, hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidupku kerana hari ini merupakan hari graduasi. Keputusan telah pun diumumkan pada minggu lepas. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, aku berjaya mendapat 4 plat dalam peperiksaan akhir ini dan seperti biasa aku tersenarai dalam kalangan pelajar-pelajar yang menerima anugerah dekan. Apa yang lebih memeranjatkanku, ibu dan adik-adikku hadir dalam majlis tersebut. Aku sungguh terharu. Katanya, tunangku yang membawa mereka. Aku masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan tunang misteriku itu? Siapa dia? Namun, apabila aku bertanya kepada ibu siapakah tunangku, ibu hanya tersenyum dan menjawab, "Esok dia yang akan datang mengambil kamu pulang. Esok kamu tahulah siapa tunang kamu. Jangan risau, orangnya sangat baik."

"Sekarang, dengan segala hormatnya saya ingin menjemput saudari Hanisah Faiqah binti Abdul Majid ke atas pentas untuk menerima anugerah dekan. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Hanisah Faiqah merupakan seorang pelajar genius yang telah menerima anugerah dekan setiap kali peperiksaan," terang pengacara majlis kepada hadirin yang gamat bertepuk dan berbisik-bisik tentang gadis istimewa di atas pentas itu. Dari atas pentas, aku dapat melihat seisi dewan. Ku lihat ibu dan adik-adikku bertepuk untukku. Air mata gembira mengalir di pipinya.

'Terima kasih ya Allah kerana Kau telah mengabulkan doa hamba-Mu ini,' bisikku di dalam hati.

Aku lihat sesusuk tubuh yang ku kenal, Imran. Tetapi, kenapa dia perlu ada di sini? Kenapa setiap kali aku memandangnya, pandangannya dialihkan ke tempat lain. Ah, mungkin pelanduk dua serupa. Selepas menyampaikan ucapan, aku turun dan memeluk ibuku yang tercinta. Seisi dewan bertepuk melihat aksi kami yang cukup menyentuh hati.

******

Barang-barangku sudah kukumpulkan di suatu tempat. Hatiku resah menanti siapakah gerangan tunangku. Siapakah dia? Bermisaikah dia? Berjambangkah dia? Botakkah dia? Segala persoalan itu mati selepas terlihat kelibat sebuah Proton Perdana hitam yang ku kenali. Imran ke? Aku memandang ke arah lain apabila dia turun dari keretanya dan memandang ke arahku. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Kacaknya dia.
Ish, kenapa pula aku puji dia? Aku tonyoh sambal belacan kat muka dia baru tau. Omelku sambil melayarkan pandangan ke pagar asrama puteri. Manalah tunang aku.

"Assalamualaikum Hanisah Faiqah. Dah sedia nak balik? Mana barang-barang awak?" tanyanya.

"Waalaikumsalam. Kenapa awak tanya? Saya balik dengan tunang saya," balasku. Perkataan 'tunang' sengaja kutekankan kepadanya.

"Hanisah Faiqah, sayalah tunang awak, Imran Najhan bin Roshid," jelasnya.

Aku rasakan bagaikan ada sepohon pokok menghempapku. Seperti ada halilintar memanah tubuhku. Apakah yang aku dengar ni? Benarkah? Pantas aku membuka langkah berlari meninggalkan Imran.

"Iqa! Tunggu Iqa!"

Jeritannya tidak kupedulikan sebaliknya aku meneruskan langkahku. Aku sendiri bingung kenapa aku mesti lari? Kan aku suka kat dia? Oh, tidak! Aku tak boleh suka pada dia! Dia perokok! Dia pembunuh! Dia membunuh diri dia sendiri!

"Iqa! Tunggu Iqa!" pintanya sebaik sahaja berjaya memaut pergelangan tanganku.

"Iqa, saya tahu Iqa bencikan saya sebab saya dah banyakkan sakitkan hati Iqa. Saya perokok. Iqa, saya dah tinggalkan tabiat buruk saya sebab saya mahukan Iqa. Saya dah berhenti merokok. Awalnya memang susah, tetapi saya kuatkan hati saya sebab saya sayangkan Iqa. Saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan Iqa. Saya ingat lagi, masa tu Iqa pijak rokok saya. Sampai lunyai rokok tu tau tak?" katanya dengan muka serius.

Apabila aku mendengar penjelasannya, aku tergelak besar. Sempat lagi nak buat lawak dengan aku. Penat aku buat drama. Hampeh punya mamat. Imran turut tertawa melihat responsku. Barang-barangku sudah siap dimasukkan di dalam kereta Imran. Penuh.

"Saya rasa barang-barang awak ni lebih 100 kilo. Awak tau tak, setiap kali penambahan berat 15kg dalam kereta, penggunaan minyak akan meningkat 2%. Saya tak tahulah dah berapa peratus meningkat ni," guraunya dengan muka tiada perasaan.

"Eleh, awak juga yang nak saya balik dengan awak. Kalau tak, saya balik naik bas sajalah," balasku.

"Alalaa… Tunang saya ni merajuk la pula. Comel sangat la tu," balasnya dengan senyuman tersungging di bibirnya. Macam kerang busuk.

Perdana hitam milik Imran sudah mula meluncur di atas jalan. Hatiku kini berbunga-bunga dan mula menyayangi tunangku. Sebelum pulang, kami singgah makan di Secret Recipe. Aku menerima layanan yang sangat baik daripada Imran. Aku berasa sangat bertuah memiliki Imran. Biarpun dahulu dia ,merupakan seorang perokok tetapi kini aku berbangga dengannya. Aku berharap dia tidak berubah hanya keranaku, tetapi kerana sedar bahawa rokok akan membawa mudarat kepada dirinya sendiri.

"Iqa, saya nak Iqa tahu, saya sayangkan Iqa seluruh hati saya. Iqa dah curi hati saya dan Iqa dah mengubah cara hidup saya. Saya sangat berterima kasih pada Iqa. Saya tahu cita-cita Iqa sangat tinggi. Imran takkan halang. Tapi, izinkan saya berada di sisi Iqa dan membantu Iqa mencapai impian Iqa. Saya minta maaf atas segala kesalahan saya selama ini dan saya janji saya tak akan sia-siakan Iqa lagi. Hanya nama Hanisah Faiqah yang ada dalam hati saya sampai bila-bila." Luahan hati Imran benar-benar meresap dalam diriku. Tanpa kusedari, air mataku mengalir.

"Maafkan saya Imran. Maafkan saya kerana pernah menafikan cinta saya pada awak dulu. Terima kasih kerana sayangkan saya. Saya harap Imran dapat bersama-sama saya dan sentiasa berada di sisi saya tak kira susah atau senang. Izinkan saya mencintai dan dicintai awak untuk selamanya," aku luahkan segala rasa yang terbuku dalam hatiku.

"Terima kasih Allah." Hanya itu ungkapan yang kudengar lahir dari bibirnya. Aku turut mengucapkan kata-kata syukur di dalam hatiku. 'Alhamdulillah.'

-TAMAT-
posted by Penulisan2u @ 11:08 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
32 Comments:
  • At 20/4/09 12:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    koya gle iqa 2...
    tp oke le....
    dear writer...
    jgn wat ayt skema sgt....

     

  • At 20/4/09 12:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    skema sangat ke?
    hek3..
    lps ni i cbe wat xskema lak..
    hehe..
    thnx 4 reading~
    >anne<

     

  • At 20/4/09 1:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hurm,
    good try...
    skema tak skema,yg penting bahasa melayu tak tunggang langgang...
    haha...
    all the best..
    ~u know who am i~ haha

     

  • At 20/4/09 7:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eh ada ka exam anatomi lg masa final year medic???
    gelak terbahak-bahak aku kat cni..
    kalu ye nak wat heroin bdk medic pn bg la real ckit..
    ms final year medic org dh mula praktikal dh pn..dah tak blaja anatomi dah..

    ~aku yang gelak terbahak-bahak~

     

  • At 20/4/09 10:06 PTG, Blogger siti87 said…

    raSa CAM betul gak, bukan anatomi tu masa first year ke second year ntah... but, nice story...

     

  • At 20/4/09 10:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i'm not a mdic student..
    haha..i need to do more research la rite?
    hehe..
    nway, thnx 4 comment..
    >anne<

     

  • At 20/4/09 11:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahhaha..ala weh rilek le mungkin salah teknikal tu..cik writer take a note ye..apepon cite ni besh..sy juga tak suke org laki hisap rokok..good job!:)

     

  • At 21/4/09 12:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    skema gile ayat dier...

     

  • At 21/4/09 3:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bosan la citer nie...

     

  • At 21/4/09 4:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    no comment..

     

  • At 21/4/09 5:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la...
    usaha lg...

     

  • At 21/4/09 10:19 PTG, Blogger yaya said…

    weyyy..gile la ko..
    da pndai tulis cerpen skg..
    hikhik..besh la beb..
    ey..dorg2 ni..mhrpkan lebey2 plak.
    die baru je dlm bidang ni..
    bg la support..cis..
    aku mrh ni..huahua..
    gud job reef..suke2.. keep it up.

     

  • At 21/4/09 10:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ermm..
    2 all yg komen..
    insyaAllah sy cbe lbey baik..
    nway, dis is my 1st cerpen..
    really appreciate that u all sudi bace smpai abes..
    >anne<

     

  • At 21/4/09 10:50 PTG, Anonymous sengal said…

    haah... ak buat anatomy masa first sem!! sengal je modul tu.. tahun terakhir da buat praktikal.. xda plak blaja teori.. siap jwb paper lg.. hahaha..

     

  • At 21/4/09 11:33 PTG, Anonymous zue said…

    nak kenal penulis...
    ngeh3

     

  • At 22/4/09 1:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    better wat cite dr pglmn sndr..x de la brlku kslpn teknikal cmtu..kalo x nk diketawakn pmbaca wat research dlu tntg info dlm cite yg nk ditonjolkn..pe pun tahniah citenye menarik.kalo x menarik sya x kn bce smpai hbs..

     

  • At 22/4/09 4:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    banyak yang perlu diperbaiki... buat research untuk apa yang hendak diutarakan... agak kelakar bila part universiti life style... graduasi?? konvo dik...
    apa2 pun permulaan yang baik... good try...
    teruskan usaha...

     

  • At 22/4/09 4:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer yg biasa d bca..d hrpkn writer membuat research dlu sblm wat cerprn yer..all d best.

     

  • At 22/4/09 7:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erk...
    buruk tol cerita ne..
    boringlah....

     

  • At 22/4/09 9:47 PTG, Blogger umairah said…

    agak lawak r sal anatomi tu..
    papepon cte ni bes...
    tahniah kpd penulis...
    pasni wat research sket ek..
    hihi..

     

  • At 23/4/09 5:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cter nih..juz salah kt ctu la..
    sy nih tataw style kat u len..tapi lau u saya maner da masa grad leh plak mc nak explain y die dean list every sem..
    y dean list every sem nih kt u saye die pgil anugerah naib canselor..so automatic org da taw, die siap dapat selempang khas ag pakai selain dr jubah konvo..
    beribu student die nak bacer tak sempat nk xplain..
    then da trun pentas kena ikut queue msuk balik seat masing2 tgu majlis berakhir..
    da kua t baru la leh peluk family...
    ag satu biasenyer 2 org jer wakil/parents seorg graduate y leh masuk dewan.. takleh ramai2..

    jgn marah ek..
    ni sekadar nk bg awak gambaran cner konvo..even my brother grad kt u len pon lebih kurg camtu aturan majlis die..

     

  • At 23/4/09 2:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bnyk komen la..klau x puah atty x pyh bce..nme lagi cite..biarla...

     

  • At 24/4/09 1:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xjgk...time aku konvo dlu pon....leh msk ngamai2..mak aku...bf aku bapak aku...ok jerk msknya..huhu..
    anyway....leh thn la cte nie.....not bad..

     

  • At 24/4/09 6:11 PTG, Anonymous pieces said…

    bese je....

     

  • At 25/4/09 1:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best.......

     

  • At 25/4/09 3:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la cte ni..mcm cte len..memula x ske pastu tgkp cintan..
    tp bab convo 2 xleh blah..
    siap wt pengumuman psl student tu lg..
    mcm die sorg je dpt dl..huhuhu..
    nway, semoga penulis akan lbh berusaha tok hasilkn cte yg len dr len..(^^,)V

     

  • At 5/5/09 3:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x suka perokok..

     

  • At 7/5/09 12:47 PG, Anonymous e'EeQutE said…

    xpela ksilpan kcil pn leh dprbutlkn rite? lgpn pnulis ni kn da kta ni 1st tme dye wat cerpen..so not bad la..
    usaha lg yerk..chaiyowk!

     

  • At 7/5/09 1:44 PG, Anonymous ~fiQ~ said…

    stuju ayat BM x tunggang langgang, nice. tp terlalu skema la.. huhu.. jln penceritaan napa dia x ske perokok agak d stresskan, which is very nice. tp bab2 dah mula tangkap cintan tu x bape kene la.. tetiba je dia suka. gado2 memula tu best, reason konkrit ada, cuma jln penceritaannya x d stresskan sbgaimana jln pncritaan napa dia x ske perokok. sy hrpkan cerita lebih pjg sikit utk stresskan camne dia leh suka Imran tu..

    sblum bt citer, mmg kene wat research dlu bila berkaitan ngan real life. even novelist pun wat research. stuju dgn komen lain, part univ life tu agak kelakar n sdikit 'kebudak-budakan'.. lebih banyakkan bertanya pd yg berpengalaman, x leh hentam keromo saja..huhu..

    ini your 1st kan? good job.. sdikit pembaikian then kamu punya next karya akan lebih mantap, InsyaAllah.. nice...

     

  • At 29/5/09 8:44 PTG, Anonymous Ecah said…

    ok!!!!all da bez untuk penulis. juz apa yg nk disampaikan 2 cam kureng feel r....wat lg superb dr ni. good job!

     

  • At 30/6/09 1:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh..even skema tapi msg nak disampaikan jelas n nyata.. I pun tak suke perokok..tunang I dulu isap rokok kuat gak..kawan ngan I terus berenti..Alhamdulillahh..tapi I bukan bdk medik laa..kalo anne tibai anatomi ke sains tulen last semester ke..I caye je..hehheheheeeee..btw, gud job!

     

  • At 29/10/10 2:56 PTG, Blogger Adii NakHeran said…

    huhu,,,
    damn!! i ni perokok,,,
    btw cite ni mmg best la,,, good job writer ^^

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group