Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sejak balik daripada rumah mak cik Leha,aku terus mengunci diri di dalam bilik.Puas aku fikirkan apa yang harus aku lakukan untuk menghentikan semua yang berlaku.Aku sedar,segala yang berlaku hanya akan berakhir sekiranya perbuatan lepas mak cik Leha terbongkar dan jenazah mak cik Siti disemadikan dengan baik.Namun aku tidak tahu bagaimana hendak membongkar rahsia perbuatan mak cik Leha.Percayakah penduduk-penduduk kampung sekiranya aku katakan mak cik Leha merupakan pembunuh mak cik Siti?Percayakah penduduk kampung sekiranya aku katakan mayat mak cik Siti ditanam di kebun arwah Pak Samad dan mak cik Siti merupakan punca segala-gala yang berlaku kepada mak cik Leha?Aku pasti,penduduk-penduduk kampung semestinya sukar menerima apa yang aku katakan.Oleh itu,aku bertekad mencari jalan untuk menyelesaikan semua ini dengan cara sendiri.
Malam itu,seperti yang telah dirancang,setelah memastikan kedua-dua orang tuaku telah nyenyak dibuai mimpi,aku menuju ke kebun arwah untuk mencari tempat mayat mak cik Siti ditanam.Suasana pada malam itu begitu menakutkan.Petir sambar-menyambar menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja.Angin bertiup kencang dan dingin,bunyi salakan anjing pula begitu bising menambahkan lagi perasaan takutku.Dapat aku rasakan suasana persekitaran pada malam ini amat berlainan daripada hari-hari yang lepas dan aku rasakan bagaikan ada orang yang mengikuti setiap langkahku.Aku berjalan dengan langkah yang pantas dan terketar-ketar.Apatah lagi semasa melalui kawasan perkuburan sebelum sampai kepada kebun arwah,aku dapat dengar pelbagai suara dari kawasan perkuburan.Dari kawasan perkuburan,sayup-sayup kedengaran bunyi bisikan dan hilaian halus.Aku tabahkan hati dan mempercepatkan langkah meninggalkan kawasan tersebut.Aku berjalan pantas sambil tidak habis-habis berdoa dalam hati.
Ketika sampai di kawasan kebun arwah,bunyi salakan anjing semakin kuat dan dapat aku rasakan bulu romaku meremang.Aku menggigil menahan perasaan ketakutan.Tiba-tiba angin bertiup kencang dan aku jangka pasti mak cik Siti telah tiba untuk menunjukkan tempat mayatnya ditanam.Dalam keadaan samar-samar,aku melihat sesusuk tubuh berdiri berdekatan pohon kelapa.Aku pantas menuju ke arah susuk tubuh yang aku jangkakan mak cik Siti itu.Apabila aku menghampiri tubuh tersebut,angin bertiup semakin kencang dan bunyi hilaian mula kedengaran sambil memanggil namaku.Aku hairan dengan keadaan tersebut,sepatutnya mak cik Siti tak akan menakutkanku yang datang untuk menolongnya.Hatiku berdegup kencang dan mula berasa tidak tenteram.Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.Tiba-tiba kepala susuk tubuh tersebut berpaling ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya.Aku menggigil ketakutan setelah mendapati wajah tersebut bukan wajah mak cik Siti,sebaliknya suatu wajah yang dipenuhi dengan cacing-cacing dan bernanah.Akibat ketakutan,aku tidak mampu mengeluarkan sepatah pun perkataan.Aku terpaku dengan apa yang berlaku di depan mataku.Aku tidak mampu bergerak walaupun wajah tersebut semakin hampir denganku.
Tiba-tiba angin bertiup kencang dan dapat aku dengar suara mak cik Siti yang memanggil-manggil namaku agar meninggalkan tempat tersebut.Suara mak cik Siti bagaikan mempunyai kuasa yang menyedarkan aku daripada keadaan terpaku sebentar tadi.Bagaikan baru sedar daripada mimpi,lantas aku bertindak meninggalkan kawasan tersebut tanpa menoleh ke belakang.Namun begitu,dapatku dengar bunyi pertarungan sengit yang membingitkan telinga serta menakutkan sesiapa sahaja yang mendengar.Agaknya mak cik Siti sedang bertarung hebat dengan lembaga berwajah buruk tersebut. Tiba sahaja di rumah,aku lantas meluru masuk ke dalam bilik dan menyembunyikan diri dalam selimut.Dapat aku rasakan tubuhku yang menggeletar ketakutan.Sayup-sayup kedengaran bunyi hilaian dan jeritan dari luar rumah yang menjerit-jerit memanggil namaku.Bilikku pula diketuk bertalu-talu dari luar rumah.Aku semakin takut sambil menarik erat selimutku.Aku tidak sedar bila diriku terlena. Keesokkan harinya,aku puas memikirkan apa yang berlaku semalam.Siapa lembaga berwajah buruk itu? Kenapa lembaga tersebut memanggil-manggil namaku?Aku juga risau akan keadaan mak cik Siti yang bertempur dengan lembaga tersebut untuk menyelamatkanku.Selepas bersiap,aku segera menuju ke rumah mak cik Leha untuk mencari jawapan atas apa yang berlaku semalam.Tiba di rumah mak cik Leha,aku mendapati rumah mak cik Leha dipenuhi oleh penduduk kampung.Aku semakin hairan dengan keadaan tersebut.Tiba di ruang tamu mak cik Leha,aku mendapati mak cik Leha duduk dengan lemah dan di sebelahnya pula duduk seorang wanita dan lelaki yang memandangku dengan pandangan yang tajam.Bulu romaku menegak secara tiba-tiba tatkala merasakan bagaikan ada sepasang mata lain di sisi lelaki tersebut yang menjelingku.
Daripada Sophia,aku ketahui bahawa rupa-rupanya wanita dan lelaki tersebut merupakan adik perempuan mak cik Leha serta suaminya dan masing-masing merupakan bomoh.Kedua-dua mereka baru tiba petang kelmarin setelah mendapat berita tentang keadaan mak cik Leha.Mereka bergegas ke mari sebaik sahaja kembali dari luar negara.Kini aku yakin apa yang berlaku semalam pasti angkara mereka.Namun aku tidak faham kenapa lembaga itu ingin mendekatiku?Melihatkan keadaan mak cik Leha yang lebih bermaya,aku semakin risau dengan keadaan mak cik Siti.Mak cik Siti semestinya telah meninggalkan tubuh mak cik Leha,namun di mana beradanya mak cik Siti kini setelah bertarung hebat dengan lembaga tersebut?Fikiran bercelaru lalu aku segera meninggalkan rumah tersebut.Sebelum melangkah pergi,sempat aku melihat sengihan adik dan adik ipar mak cik Leha.Selain itu,kedengaran juga bunyi hilaian yang mengerikan. Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik,bulu romaku meremang dan aku berasa amat dingin.Sebaik sahaja menutup pintu bilik,kedengaran suara lemah mak cik Siti.Namun mak cik Siti tidak kelihatan di mana-mana dalam bilikku.Suara mak cik Siti terus bergema.Rupa-rupanya adik dan adik ipar mak cik Leha telah mengetahui apa yang berlaku.Oleh itu mereka menghantar jin peliharaan mereka untuk mengawasi kawasan mayat mak cik Siti agar tidak didekati oleh aku dan mak cik Siti.Dengan ini rahsia perbuatan jahat mak cik Leha tidak akan terbongkar..Kini,sedarlah aku kenapa lembaga tersebut ingin mendekatiku.Rupa-rupanya adik dan adik ipar mak cik Leha ingin menggunakan lembaga tersebut untuk menahanku daripada mencari bukti perbuatan jahat mak cik Leha.Aku mengeluh memikirkan perkara tersebut.Kawasan kebun kini diawasi oleh lembaga tersebut.Bagaimana pula aku dapat mencari tempat penanaman mayat mak cik Siti sebagai bukti kesalahan mak cik Leha.Tambahan pula,aku yakin lembaga tersebut pasti tidak akan melepaskanku dengan begitu mudah.Perasaan takut menyusup dalam diriku memikirkan kesemua itu.Aku harus mencari cara lain yang membolehkanku membongkar perbuatan lepas mak cik Leha.Yang penting,jenayah mak cik Siti dapat disemadikan dengan baik.
Aku tahu kini tiada cara lain selain meminta bantuan bapa dan akanku ceritakan segala-gala yang berlaku.Selepas makan malam,aku mengajak bapa untuk berbual-bual.Aku terus mengambil kesempatan ini menceritakan apa yang berlaku.Pada mulanya bapa kelihatan tidak mempercayai apa yang dikatakan olehku.Maka,untuk menyakinkan bapa atas apa yang dikatakan,aku mengajak bapa pergi ke kebun arwah.Akhirnya bapa bersetuju dengan ajakanku. Malam semakin larut dan suasana kampung begitu sepi.Cuma kadang-kala kedengaran bunyi salakan anjing sahut-menyahut.Dengan adanya bapa sebagai teman,aku berasa lebih tenang.Namun semasa melintasi kawasan perkuburan,tiba-tiba angin bertiup kencang dan bunyi hilaian serta jeritan dari kawasan perkuburan mula kedengaran.Lampu jalan pula terpadam tiba-tiba.Aku mula dilanda perasaan takut.Bapa lantas menarik erat tanganku meninggalkan kawasan tersebut.Kini,kami berdua berjalan dalam kegelapan sambil melafazkan doa untuk menenteramkan diri.Dalam kegelapan,kami berusaha mencari letaknya kebun arwah.Akhirnya kami tiba di kebun arwah.Angin bertiup semakin kencang diikuti oleh bunyi hilaian yang memecahkan suasana malam yang sepi.Dalam samar-samar kelihatan satu lembaga besar yang menghampiri kami sambil menjerit-jerit marah menghalau kami dari situ.Lembaga tersebut semakin radang melihatkan kami sibuk membacakan ayat-ayat suci.Angin bertiup semakin kencang dan lembaga tersebut semakin menghampiri kami.Lembaga tersebut menghulurkan tangan ingin mencekik bapa.Aku yang cuba membantu tercampak jauh akibat pukulan lembaga tersebut.Keadaan menjadi begitu kacau sehinggalah kemunculan mak cik Siti.Mak cik Siti melayang pantas ke arah lembaga tersebut cuba menyelamatkan bapa sambil meminta kami meninggalkan kawasan tersebut. Aku dan bapa segera berlari menuju ke rumah iman kampung serta beberapa orang penduduk kampung.Tanpa berlengah-lengah kami menceritakan apa yang berlaku.Seterusnya kami semua menuju ke kebun arwah.Suasana di kebun arwah begitu kacau dan bising.Angin bertiup kencang ditambahkan pula dengan jeritan mak cik Siti dan lembaga tersebut.Keadaan ini amat menyeramkan.Namun begitu,bapa,iman kampung dan penduduk yang lain kelihatan tenang sambil mula membacakan ayat-ayat suci.Suasana menjadi semakin riuh sebaik sahaja ayat-ayat suci dilafazkan.Dapat aku dengar jeritan kesakitan daripada mak cik Siti dan lembaga tersebut.Agaknya tidak tahan dengan keadaan tersebut, maka lembaga tersebut bertindak melayang meninggalkan kebun.Mak cik Siti pula terlantar lemah berhampiran dengan sepohon pokok yang rendang.Aku menghampiri mak cik Siti dengan perasaan belas,dengan lemah mak cik Siti menunjukkan ke arah pokok tersebut lalu hilang daripada pandangan.Seterusnya kami semua bersama-sama menggorek tanah di bawah pokok tersebut.Hampir satu jam,tiba-tiba bapa menjerit menunjukkan hasil korekannya.Di situ dapat kami lihat satu kotak buruk yang besar dan mengandungi sekujur tubuh yang telah reput dan menggeluarkan bau yang begitu busuk.
Beberapa orang penduduk diarahkan berjaga di situ manakala aku dan bapa serta imam kampung menuju ke balai polis berdekatan kampung kami.Hari sudah siang dan kini kampung kami menjadi begitu riuh. Peristiwa yang berlaku semalam tersebar begitu cepat.Pihak polis ada yang menuju ke rumah mak cik Leha manakala ada yang menuju ke tempat kejadian,iaitu kebun arwah Pak Samad.Walaupun berasa letih,namun aku berasa gembira kerana akhirnya jenazah mak cik Siti dapat disemadikan dengan baik.Di rumah mak cik Leha pula,mak cik Leha ditangkap oleh pihak berkuasa manakala adik dan adik iparnya telah meninggalkan kampung tanpa disedari oleh sesiapa.Kini Sophia juga telah mengetahui tentang malapetaka yang menimpa ibunya.Sophia akhirnya bertindak meninggalkan kampung mengikut mak saudara sebelah bapanya selepas mengebumikan ibunya.Aku berharap Sophia akan menghadapi kehidupan dengan tabah dan bahagia pada masa akan datang.Aku pasti kini arwah mak cik Siti telah mencapai ketenangan.Mak cik Leha pula menurut berita kini berada di hospital sakit jiwa menerima rawatan.Walaupun berasa sedih dengan keadaan mak cik Leha,namun dia memang wajar menerima balasan atas perbuatannya.
:> sambungan kurang menarik kerana citer dah sampai ke penghujung...tiada klimaks....cerpen sy yg 1 lagi 'pengalaman ngeri di asrama'...bagi yang meminati cerita seram,i will try my best to hasilkan citer yang lebih seram..ha ha....
boleh la tahan. tp ade yg tk logik sket. ko kalo nk buat cerita hantu, kena logik sket. hantu lawan hantu. hantu cekik manusia. syaitan mane boleh bunuh manusia. tp aku suka yg cerita mak cik siti yg first tu dgn kejadian ngeri di asrama. teruskan usaha.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ayatnye terlalu mendatar