Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Haziq melangkah menuju ke biliknya. Diletakkan briefcasenya di atas meja. Matanya terpandang gambar yang terletak elok di atas meja kerjanya. Gambar itu di tenung dalam. Merenung wajah yang pernah menjadi pujaan hatinya. Segala memori ketika dia bersama Irma bermain di ruang fikirannya.Semuanya indah belaka. Namun itu dulu.
Kini Irma sedang berbahagia bersama suaminya. Luluh hatinya ketika mendengar khabar itu. Dia masih teringat lagi janji Irma yang mahu sehidup semati dengannya. Kesanggupan Irma menghentikan segala aktivi-aktivi yang berkaitan dengan modeling setelah mereka berkahwin nanti. Kesungguhannya menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak membuatkan Haziq betul-betul terharu. Hatinya sebak. Dia masih tidak dapat melupakan cinta Irma. Dia tidak kisah dengan tomahan yang di lemparkan terhadap Irma. Baginya, Irma adalah segalanya.
Malam semakin larut. Namun matanya tidak mahu lena. Semuanya tidak kena. Pusing kiri salah. Pusing kanan tak kena . Sudahnya dia telentang mengadap siling.
Farisya terjaga dari tidur. Dia melihat sekeliling. Katilnya habis berselerak dengan buku-buku kuliahnya. Di kerling jam di meja solek. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Tekaknya merasa dahaga. Dibiarkan saja katilnya yang bersepah lalu bangun menuju ke dapur. Farisya membuka pintu dengan perlahan tidak mahu mengejutkan sesiapa. Dia malas untuk membuka lampu. Kesamaran cahaya dari dapur membantu dia berjalan di dalam gelap. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Telinga terdengar suara orang seperti mengaduh.
Dia menunggu lagi, mana tahu suara itu kedengaran lagi. ‘nasib baik tak dengar dah…hehehe…malam ni malam apa eks… arggg..lantak la ..takkan rumah besar macam ni ada hantu’ gumam Farisya.
Dengan perlahan dia menuruni tangga di dalam gelap. Tiba-tiba… "Opocot mak kau..!" entah macam mana Farisya terlanggar sesuatu lalu terjatuh. Gedebuk!!! Sebijik macam nangka busuk. Dia dapat merasa ada sesuatu sedang menindihnya. Tubuhnya mengigil. Dia tidak sedar yang menindihnya adalah Haziq. Dadanya sesak kerana tidak dapat menampung berat Haziq. Ketakutan menguasai dirinya.
"Arggghhh…Tolong…..!" "Hoit… yang kau jerit-jerit tu kenapa?" Dia tidak mengendahkan sergahan itu. "Arrrggghh…" Haziq terpinga-pinga apabila racau Farisya semakin menggila. Ketika itu lampu telah pun terpasang. Jeritan Farisya telah membuat semua orang terjaga.
Racau Farisya terhenti apabila terpandang cahaya memenuhi ruang itu. "Arrgghhh" Farisya menjerit kerana terkejut apabila wajah Haziq betul-betul berada di depan matanya. Cepat-cepat tanganya menolak tubuh Haziq yang menindihnya. "Haziq .. apa yang bising-bising ni?" Dato’ Razlan dan Datin Rosma menuruni tangga. Tidur mereka terganggu apabila terdengar jeritan Farisya. Haziq mengalihkan tubuhnya dari Farisya.
"Kenapa Farisya?" Dato’ Razlan melihat wajah Farisya seperti sedang menahan sakit. "Tak ada apa-apa papa. Tadi Isya haus.Nak ke dapur tapi terlanggar dengan Haziq kat tangga." Dato’ Razlan melihat anak dan menantunya, masing-masing menunjukkan wajah kesakitan. "Macam –macam la kamu berdua ni. Dari pagi sampai ke malam asyik nak accident saja." Ngomel Datin Rosma. Farisya hanya tersengih menampakkan giginya yang putih. "Dah pegi masuk tido. Dah lewat dah ni." Dato’ Razlan meredakan suasana yang agak kecoh sedikit. Bibik turut sama terjaga dari tidurnya.
"Kau tu jalan pakai hidung ke? Menyusahkan." rungut Haziq lalu bangun meninggalkan Farisya termanggu sendirian. ‘apahal pulak aku yang kena…dah dia terconggok dekat tangga tu sapa suruh…’ rungut Farisya. Akhirnya dia sendiri tidak jadi untuk ke dapur.
Farisya masuk ke biliknya. Hatinya sakit bila terkenangkan segala incident yang berlaku diantara dia dan Haziq. Hatinya sedikit resah. Bagaikan ada kuasa magnet mengalir ke dalam tubuhnya ketika dia rapat dengan Haziq. Perasaan itu hanya hadir ketika dia bersama Aswad dulu.
Dia teringatkan Aswad. Kenapalah jodoh aku bukan dengan Aswad. ‘Kenapa lah dengan mamat tiang lampu yang macam singa tu.’ Hatinya merintih sedih. Dia melihat nota yang sering di berikan oleh Aswad. Kata-kata semangat sentiasa tertulis di setiap helaian nota Aswad renungnya.
"Faham?" Farisya menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menggeleng lalu tersengih. ‘Mentang-mentang la gigi cantik, asyik nak tayang je.’ "Boleh explain lagi…hehhe..please," Farisya merayu. Kedua belah tangannya di satukan memohon simpati buah hatinya. Dengan sabar, Aswad menerang semula formula-formula bagi memudahkan dia menghafal data-data penting. Penat study Farisya cuba merenggangkan badannya. Cuba menghilangkan lenguh di badannya.
"Han, awak sayang saya tak?" Farisya sedikit terkejut dengan ucapan Aswad. Sudah acap kali dia menyatakan kasih dan cintanya kepada untuk Aswad. "Kenapa? Awak masih tak percayakan saya lagi?" soal Farisya kembali. Dia bangun sambil berjalan menghampiri tasik. Di ambil sebiji batu lalu di lontarkan kearah tasik.
Aswad memerhati gelagat Farisya Hani. Dia tersenyum. Faham benar dengan apa yang sedang di fikirkan oleh Aswad. "Kenapa pandang saya macam tu. Batul la . Saya cuma sayang awak seorang.je tau" Aswad masih merenungnya. Farisya berjalan menghampiri Aswad. Tangan Aswad di genggam erat. Mengharap kepercayaan yang tidak berbelah bagi dari Aswad. Aswad mengeluh.
"Tah la wak. Saya tak sedap hatila. Saya rasa macam awak akan tingalkan saya satu hari nanti." Farisya tersenyum. ‘Kenapalah itu yang kau fikir sayang.’
"Jangan la suka fikir macam tu. Awak ni macam tak yakin je dengan saya." "Bukan macam tu. Macam mana saya tak risau. Awak masih belum bagitau parent awak kan?" Farisya buntu. Setiap kali asyik itu saja yang ditekan kan oleh Aswad. Bukan niatnya untuk merahsiakan hubungannya dengan Aswad dari kedua orang tuanya. Belum sampai waktunya untuk dia memaklumkan khabaran itu.
" Sabar la sayang. Tiba waktunya nanti saya cakap la. Please." Pujuk Farisya lagi. Aswad mengeluh. "Please…Emm..senyum la sikit." Farisya menyentuh dagu Aswad sambil menghadiahkan senyuman semanis mungkin. Sekali lagi Aswad mengalah. Bibirnya mengukir senyuman dalam paksa.
Kenangan bersama Aswad menjelma lagi. Air matanya menitis untuk sekian kalinya. Rasanya sudah puas dia menangis. Namun air matanya tidak pernah kering. Dia terpaksa akur dengan semua ini. Disebabkan kedegilannya untuk berahsia akhirnya memakan diri sendiri. Ditarik keluar sekeping gambar dari dompetnya.
Wajah Aswad di tatap buat kali terakhir. Rindu pada wajah itu membuatkan tangisannya semakin berlagu. Kecerian wajahnya hanya sebuah lakonan. Biarlah di tanggung luka itu sendiri. Tidak sanggup untuk menghampakan harapan kedua orang tuanya.
‘Relakan ku pergi sayang…anggapla kehadiran ku ini hanyalah mimpi di siang harimu…’ Bayangan serta memori ketika bersama Aswad di buang sejauh mungkin. Ia terlalu sakit untuk diingati. Perlahan-lahan gambar wajah Aswad direnyuk lalu dibalingkan ke dalam tong sampah. Matanya di pejam kuat semoga kesakitan yang di alaminya tidak akan berulang lagi. Dirinya pasrah dalam terpaksa.
******
" Haziq esok bawa Isya tengok baju weading ye. Mama dah arrange appointment ." pesan Datin Rosma kepada Haziq. Namun tiada jawapan. "Kamu dengar tak? Yang lain mama dah siapkan. Cuma baju kamu dengan Isya je belum lagi," Datin Rosma mengerling Haziq di hadapannya. "Hmmmm.." jawab Haziq pendek. Matanya masih leka dengan bacaannya. Mendengar jawapan bersahaja Haziq, Datin Rosma tidak lagi mengajak anaknya berbual. Tangannya lincah mengubah jambangan bunga untuk hari perkahwinan anaknya.
Dia hairan kerana mamanya hanya seorang diri. Papa kalau hari cuti begini selalu di padang golf. Bibik jangan cakap la. Kerja dia tak pernah habis. Semenjak kehadiran Farisya, dia tidak pernah lekang dengan mama. Ada saja yang mereka bualkan. Nak ambil hati mak mentua la katakan.
"Assalamualaikum." Farisya melangkah menuju ke arah Datin Rosma. Bacaan Haziq terhenti. Matanya menjeling ke arah gerangan empunya suara yang memberi salam. Dia melihat Farisya melangkah menuju ke arah mamanya lalu mencium tangan mamanya. " Macam mana? Dah selesai ke urusan kamu?" soal Datin Rosma. "Em.. dah ma." Jawab Farisya sambil duduk di sebelah Datin Rosma. Dia langsung tidak menoleh kearah Haziq. Dia tidak sedar yang dirinya sedang di perhatikan. Kalau boleh dia tidak mahu ada lagi incident akan berlaku antara dia dan Haziq.
"Mana papa, sunyi je?" soal Farisya sambil tangannya membantu Datin Rosma. Dia bukan la pandai sangat dengan bab-bab gubahan ni, tapi tak salah kan kalau nak mencuba. "Papa biasa la. Cuti macam ni di padang golf la," hatinya senang dengan keramahan bakal menantunya. "Oooo" Farisya mengangguk mendengar jawapan Datin Rosma.
Haziq masih lagi memerhatikan Farisya. Langsung tidak menunjukkan sebarang protes atas perkahwinan ini. Walaupun majlis perkahwinan itu dia yang merancang, tetapi tetap dalam paksaan kerana pengantin perempuan telah berganti. Di perhatikan gelagat Farisya yang sentiasa ceria. Dia keliru dengan tangisan yang didengarnya malam tadi. Hatinya memberontak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
actualy mmg xde blog...sorry k mmg x sngka ada persamaan dgn reality.. sumer tu sbnrnya rekaan je... hrp sumer pembaca puas hati... sy akn cuba load secepat mngkin... thanks semua....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tak de blog ke?