Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Airmataku mengalir lagi. Seperti tidak akan surut. Peristiwa pagi tadi masih bermain-main di benakku. Pedih di hati masih terasa dan menusuk ke jantung.
" Abang...abang jangan sedih-sedih tau. Ayang tetap tunggu abang. Jangan risau tentang ayang. Jaga kesihatan. Jaga diri. Ayang tau abang sakit. Ayang tak nak abang sakit...hmm sayang ", pesanku kepada orang yang aku cintai, Rosmin. Yang nyata kata-kataku itu membuatkan dia semakin sebak sehingga mengalirkan airmata. Aku berpaling ke arah Farha, anak kecil yang bakal aku tinggalkan. " Kakak…kakak jaga ayah ya sayang. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap ayah ya sayang. Kakak mesti belajar rajin-rajin ok", aku senyum kepadanya walaupun airmataku sudah tidak dapat ku tahan lagi. Aku bakal merindui anak kecil ini. Ku lihat tergambar kesedihan di lubuk mata anak itu. Mungkinkah disebabkan aku menangis di depannya atau dia memahami keadaanku walaupun dia baru berusia 3 tahun. Lantas ku cium dahi anak kecil itu. Airmataku jatuh membasahi wajahnya. Aku merenung ke arah Rosmin. Ternyata dia juga tidak merelai perpisahan ini. Tanganku digenggam erat. Esakan kecil mulai terdengar di sudut bibirnya. " Abang, kita kena sabar ya sayang. Kita bukan berpisah untuk selamanya tetapi hanya untuk sementara sehingga masalah kita selesai. Kita tidak boleh terus berkeras. Mesti salah seorang harus mengalah. Ayang tetap sayang, cinta dan merindui abang. Hanya abang dihati ayang. Cuma…yalah sekarang ni keadaan kita masih bercelaru. Ayang tidak mahu menambah keruh keadaan. Biarlah ayang mengalah dulu. Bagi ruang untuk abang dan dia untuk berfikir dengan tenang. Selagi kita bertiga terus begini, takkan ada jalan penyelesaian yang kita dapat. Kalau hendak mengikutkan kehendak ayang, ayang pun tidak rela meninggalkan rumah itu, meninggalkan Farha, meninggalkan abang dan dia tapi ayang terpaksa untuk kebaikan kita bersama. Sabar ya sayang ‘, aku terus memujuk buah hatiku yang semakin tenggelam di dalam kesedihan. " Ayang…abang bukan apa…abang sedih kenapa ayang yang keluar dari rumah tu. Tidak pernah abang mengalami perasaan serba salah yang teramat sampai begini. Abang mengharapkan kita bertiga dapat hidup sebumbung tanpa sebarang masalah. Sekarang ni masalah kita sampai ke telinga keluarga masing-masing. Abang malu yang. Malu sangat dengan mak bapa ayang. Apalah tanggapan mak bapa ayang terhadap abang. Lepas tu keluarganya pun sudah tau tentang kita bertiga. Tapi kalau bukan ada yang membatu apikan dia mungkin takkan separah ini masalah kita yang. Abang sedih, malu… mana nak letak muka. Mak dan bapa ayang pun macam dah tak suka dengan abang. Semua gara-gara masalah kita ni. Mungkin salah abang juga kerana terlalu ikutkan keinginan untuk beristeri dua. Tapi ayang sudah tahu kan perkara ni semua bermula dari dia. Dia yang mencadangkan agar abang mengahwini ayang kerana dia tahu sebelum ni hidup ayang terumbang-ambing. Tidak tentu hala tuju. Ayang pun dengar sendiri dari mulut dia bahawa dia sanggup bermadu dengan ayang. Sekarang ni dah terlanjur abang sayangkan ayang timbul pula masalah tidak setuju ", Rosmin meluahkan seluruh perasaannya yang terbuku sejak semalam lagi. Aku membisu. Membiarkan dia meluahkan apa yang dipendamnya selama ini. Aku memandang tepat ke arahnya. " Abang…ayang pun tidak mahu perkara ini berlaku tapi mungkin ada silapnya dari ayang juga sehingga dia marah dan mengambil keputusan begitu. Abang dan dia tidak salah. Dia ada hak ke atas abang kerana abang suaminya. Ayang tidak ada hak terhadap abang kerana kita belum pun sah sebagai suami isteri. Abang kena ingat tu. Apa-apapun sekarang kita banyakkan berdoa semoga kita akan menemui jalan penyelesaian. Abang sabar je ok ", aku menggenggam erat tangannya. Sejuk. Aku mengalih pandangan ke laman rumah makcikku, tempat persinggahanku sebelum aku mencari rumah sewa baru. Di situ mak dan bapaku duduk memerhatikan tingkah kami berdua. " Abang…kita kena bersurai sebab ayang tak nak menambah kemarahan mak dan bapa. Abang tak nak bersalaman dengan mak dan bapa dulu? Sekurang-kurangnya ambillah hati orangtua ayang. Ayang tau dorang marah tak lama. Nanti kalau abang pergi macam tu je tambahlah dorang marah. Abang jumpa dorang dulu ok? ", aku menarik tangannya agar dia mengikutiku keluar dari perut kereta. " Kakak nak ikut salam nenek? " Aku bertanya kepada Farha yang duduk di belakang. " Kakak tak nak salam. Kakak mahu nenek ikut rumah", Farha membalas kataku dengan pelatnya. Aku tersenyum lalu aku mendukungnya keluar dari kereta untuk menemui emakku. " Makcik saya minta maaf kerana makcik datang ke rumah dalam keadaan kami bermasalah pula. Sama juga dengan pakcik. Saya minta maaf kerana pakcik baru pertama kali datang bertandang ke rumah tapi ini pula kejadiannya ", Rosmin tunduk. Dia menguis-nguis rambut puteri hatinya. Merah mata mak. Bapa pun sama. Aku tahu mereka boleh merestui hubunganku dengan Rosmin tetapi status Rosmin sebagai suami orang menjadi kebimbangan mereka. Mak menyeka airmata yang bergenang di kelopak matanya. " Makcik tak marah Min. Makcik faham perasaan isterimu. Mana ada perempuan di dunia ini yang rela dimadukan walaupun zahir dari mulutnya sendiri tetapi mungkin berat dihatinya untuk menunaikan. Makcik pun tidak menyangka perkara ni berlaku. Tapi bagi makcik, makcik faham. Makcik pun perempuan juga. Makcik pun sudah bergelar ibu dan isteri. Makcik minta maaf juga kalau kedatangan makcik menyusahkan kamu sekeluarga. Makcik bawa Nor keluar bukan kerana makcik tidak suka dia tinggal bersama-sama kamu tapi biarlah dia mengalah dulu. Redakan keadaan dulu. Makcik tidak marah. Bagi makcik dalam kehidupan memang ada masalah. Tidak ada insan yang sempurna. Makcik anggap Min dan isterimu macam anak makcik sendiri apatah lagi kamu semua sebaya dan pernah bersekolah sama-sama. Nor dan isterimu pula kawan baik dari sekolah lagi. Makcik dah kenal Min. Apa-apapun semoga dia dapat menimbang balik dan berfikir dengan tenang ", emak memandang ke arahku. Airmataku mengalir lagi. Begitu juga dengan Rosmin. Bapa pula diam membisu. Rosmin menyalam tangan kedua orangtuaku dan meminta diri untuk pulang. Aku menghantar mereka berdua ke kereta. Aku salam dan cium tangan Rosmin dengan hati yang berat. Rosmin mencium dahiku dan mengusap lembut kepalaku. " Ayang…abang pergi dulu. Jangan lupa jaga kesihatan dan jangan lupa kirim khabar kepada abang ok. Tak dapat call, ayang sms saja ok. Abang sayang ayang selamanya ", Rosmin berpesan kepadaku. Bahuku terhenjut-henjut kerana menahan perasaan sedih. Aku mencapai Farha dan aku peluk anak itu semahu-mahunya. Tangisanku mulai pecah. Aku tidak dapat bertahan lagi.Aku tidak dapat bertahan lagi. Aku terduduk di sisi kereta Myvi Silver milik Rosmin. Rawan hatiku mengiringi pemergian mereka.Rosmin menggengam tanganku. " Ayang jangan begini please. Makin sedih abang tengok keadaan ayang macam ni. Ayang juga suruh abang untuk bersabar. Ayang kena tabah sayang. Nanti abang cuba pujuk dia mana tahu keadaan kita boleh jadi bagus lagi. Bangunlah sayang, jangan buat abang macam ni. Abang tak nak tengok ayang bersedih. Tolonglah senyum untuk abang sebelum abang balik ", Rosmin memujukku. Aku turuti kata-katanya. Aku berdiri perlahan-lahan. Rosmin beredar perlahan memasuki kereta. Aku menutup pintu kereta dengan hati yang berat. Aku mengukir senyuman seboleh mungkin tapi senyumanku hambar. Namun untuk menjaga hatinya aku cuba sebaik mungkin untuk menjadi kuat. " Abang jangan pandu laju sangat. Ingat abang tu bawa Farha. Boleh jadi gila ayang kalau sesuatu terjadi dengan abang dan Farha. Jaga diri ya sayang ", aku berpesan. Rosmin memandangku lama sebelum menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Aku mengiringi pemergiannya sehingga bayang kereta itu hilang dari pandangan.
* * *
Terhenti lamunanku bila telefon bimbitku berdering. Ku lihat di skrin terpampang 1 mesej diterima. Aku buka sms yang datang dari Rosmin.
" Ayang buat apa? Mesti ayang menangis sekarang ni kan?.,.Ayang jangan sedih k. Abang di sini ok juga. Cuma rasa sunyi sebab tiada gelak tawa ayang. Abang rindu dengan ayang…ayang tau tak? si kakak marah dengan abang. Dia tanya abang kenapa abang tinggalkan mummy dan nenek di rumah Makcik Jenab? Abang jawab mummy dan nenek pergi lawat Makcik Jenab. Dia merajuk yang. Dari tadi dia sebut mummy je…Makin rindu abang dengan ayang…"
Laju airmataku membasahi pipi. Tidak ku balas sms itu. Aku tidak dapat menyusun kata-kata yang sesuai kerana dia pun tahu sikapku. Sudah masak dengan perangaiku yang agak manja dan mudah mengalirkan airmata. Tidak lama kemudian telefon bimbitku berdering lagi. Ada mesej lagi.
" Ayang kenapa tak balas sms abang? Jangan sedih sangat k. Ok la nanti kalau ayang dah berhenti menangis ayang sms abang ok…Jangan nangis lagi…abang sayang ayang…"
Makin sebak dadaku. Betapa hati lelaki itu sangat memahami hatiku. Aku sayang dengannya. Akhirnya, aku menangis sehingga aku tertidur.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wahh sedihnya...citer bermadu ke..sambung2 cepat...