Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Yeah! Sampai jugak aku akhirnya dekat KL ni, a.k.a tempat lahir aku yang comel ini dahulu kala nya he he he. Yay! Here"s Kuala Lumpur! I"m coming!" Jerit Zack sambil terlonjak-lonjak macam kera sumbang di Pudu Raya petang itu.
Orang ramai hanya memandangnya dengan hairan. Kena sawan ke budak ni? Tak pun terlupa makan ubat tak? Namun, Zack tidak mempedulikan semua mata yang memandang, yang penting, aku dah sampai! Dan aku nak enjoy, of course!
" Eh, dah nak maghrib rupanya." Kata Zack seorang diri sambil melihat pada jam tangannya. Aku singgah surau la kejap. Dia pun masuk ke dalam surau yang agak sempit di Pudu Raya itu dan berasak-asak dengan orang lain. Ada yang tidur, ada yang gayut dengan handphone, yang bergosip pun ada!
" Aduh, nak bukak kedai kopi pun pada-pada la. Ni dalam surau penuh rahmat dan barakah ni gak dia nak bukak!" Bising Zack, dalam hati aje la. Karang dikata bercakap dengan hantu pulak kalau orang nampak dia bercakap seorang-seorang.
Selepas mengambil wudhuk, Zack pun kembali ke ruang tempat solat. Matanya digosok-gosok dan dikelipkan berkali-kali. Kemudian, dia mula menyepah-nyepahkan telekung dan berjalan ke sana sini. Dijenguk ke luar, diangkat sejadah yang sedang dihampar oleh seorang makcik.
" Eh, kenapa ni?" Tanya makcik yang rasa terganggu dengan tindakan Zack tadinya, penuh hairan namun masih bersabar.
" Ahh! Beg aku! Mana dia? Mana??" Semua mata mengarah kepadanya selepas mendengar dia menjerit kuat.
" Eh, kenapa kau masuk sini?! Sini tempat sembahyang untuk perempuan lah!" Mulanya tiada siapa pun menyedari dan mempedulikan kehadirannya, namun selepas dia menjerit tadi, semua orang mula meng"attack" nya.
" Eh, mana ada! Saya perempuan ni!" Zack mempertahankan dirinya. Tapi, semua orang sudah mula menghampiri dirinya dan menampar-nampar muka dan badannya. Ada yang menggunakan tangan, kaki, kasut pun ada!
" Penipu! Mana dada kau kalau betul kau perempuan, hah?"
" Entah-entah pondan!"
" Eh, eh apa ni main raba-raba? Ya, ya! Saya keluar!!" Adeh! Dah la beg hilang, kena halau pulak tu! Apa nasib aku ni? Dah jatuh ditimpa tangga besi pulak! Ya Allah! Kau kena tolong aku! Dia mula meraba-raba poket. Berulang-ulang kali, poket atas, poket bawah, depan, belakang, semacam babun terkena kurap pun ada.
" Apa pun takde! Ahh, mati aku macam ni. Jadi tenggiling kurus la aku!" Dia mula berjalan-jalan tanpa arah. Dompet, IC, handphone, semua hilang! Jahanam punya siapa yang keparat pergi curi beg aku! Dah la buruk lepas tu koyak-koyak pulak, ada hati jugak dia nak curi!
Macam mana aku nak hidup ni? Hatinya resah, dah la dia keseorangan di bandar besar gedabak tu. Tiada sesiapa yang dapat diminta bantuan.
" Kak. Ada kerja kosong tak kat sini?"
" Kamu ni orang apa ni? Bangla ke?"
" Apa pulak bangla nya kak? Saya orang Melayu ni. Tolong la kak. I.C saya dah hilang. Ada orang curi beg saya."
" Sorry la, dik ye. Akak tak dapat tolong la kalau macam tu. Akak tak nak kalau nanti orang kata akak ni bela PATI pulak."
" Ahh! Kenapa semua orang KL macam ni?? Apa dah jadi? 18 kedai aku tanya, 18 18 jawab yang sama! Aku nak gila dah ni! Yahh!!"
Zack terduduk di atas kerusi di kedai makan di situ. Kepalanya diletakkan di atas meja.
" Adik, kalau tak nak makan, boleh tolong pergi tak? Akak ada costumer lain ni." Zack mengangkat kepalanya, dia menjeling akak tadi, dahla tak nak tolong aku, halau-halau pulak! Ini dah melampau tahap planet Pluto dah ni!
" Yelah. Saya pergi!" Balas Zack lalu bangun dan menyepak kerusi besi di kedai itu. Adeh! Bangang betul kerusi ni! Bengkak 5 hari kaki aku! Tula, takde penyakit, pergi cari, kan dah kena. Padan muka! Sambil terhincut-hincut, dia meninggalkan deretan kedai makan di situ, lalu berjalan menuju ke mana-mana yang dapat dia pergi.
Selepas penat berjalan, dia berhenti dan duduk menyandar di atas lantai berhadapan dengan Hotel Ancasa. Perutnya sudah lama berkeriuk-keriuk macam bom atom meletup dah bunyinya. Dia menutup mukanya dengan topi Nikenya yang sudah berbau masam kerana peluhnya. Akhirnya, dia terlelap di situ.
Sesedar dari tidurnya, dia melihat topinya telah jatuh dan berada di sisinya. Dengan mata yang masih ala-ala terpejam itu, di dalam samar-samar kegelapan malam, dia ternampak 2 keping not RM1 di dalam topinya.
" Ya Allah! Rezeki jatuh dari langit! Thank you, Allah!" Lagu nasyid Raihan dialunkan sambil langkah kakinya dilangkah panjang-panjang menuju ke kedai makan berhampiran.
" Bang. Nasik apa yang harga RM2 kat sini?"
" Mana ada makanan harga macam tu dekat sini, dik oi."
" Dekat tempat saya, ada je nasik harga macam tu. Tolong la bang. 5 minit lagi kalau saya tak makan, arwah lah saya, bang. Nasik dengan telur seketul tambah kicap pun dah ok bang. Takde kicap, garam pun jadi lah bang." Abang di kedai itu kasihan melihatkan Zack yang sudah ala-ala Michael Jackson itu. Sudah la kurus kering macam cekadak, merayu-rayu pulak mintak nasik.
" Nah, abang belanja. Makan elok-elok."
" Ya Allah! Baiknya hati abang! Moga abang cepat kahwin, amin.."
" Tahu pulak dia aku tak kahwin lagi."
Zack apa lagi. Dah dapat nasik dengan telur pun dia dah nampak macam ayam panggang seekor dah depan mata. Tunggu apa lagi, beb, melantaklah! Dengan gelojohnya dia menyuap nasik dengan kuah sup yang dituang habis semangkuk kecil dan digaul bersama nasik itu. Abang tadi menggeleng-geleng kepala melihatnya. Orang lain cuma memandang sinis ke arahnya. Ah, aku peduli apa korang! Aku lapar nak mati dah ni!
" Bang! Tolong! Tercekik!" Zack menjerit sambil tangannya melambai-lambai dan sebelahnya lagi menepuk-nepuk dadanya.
" Ya Allah! Hah, tu la! Lain kali, makan baca doa." Zack menyambut huluran segelas air yang diberi oleh abang kedai tadi. Abang itu menepuk-nepuk belakangnya. Terbatuk-batuk dia seketika.
" Kenapa? Apa dah jadi?" Abang tadi duduk menghadap Zack.
" Beg saya kena curi. Habis semua. Barang-barang penting semua hilang. Macam hampeh je orang yang curi tu!"
" Ada, tapi jauh sikit. Esok abang bawak kan."
" takpe bang. Saya pergi sendiri. Abang bagi je koordinat dia, saya cari."
" Ala, takpe. Abang free esok."
" Din! Woi ada orang nak kira tu! Menyembang je kerjanya." Rakan sekerja abang Din itu memanggilnya.
" Dik nama apa? Panggil abang, abang Din je, ok?"
" Panggil Zack. Okeh, bang. Saya gerak dulu. Nak cari balai. Tak tidur saya nanti, bang. Terima kasih banyak, bang!"
" Singgah la lagi kalau ada masa, Zack!"
" InsyaAllah, bang Din. Assalamualaikum."
' Baik benar kau dengan budak tu? apa cerita?'
' Tak, aku teringat adik aku dekat kampung, tu je.' Abang Din membalas endah tak endah sahaja soalan kawan sekerjanya itu lalu terus berlalu ke dapur. Apa lah agaknya nasib budak tu?
cam best je cte nie... first epi ok lah... agak2 lpas nie zack kwen ngn abg din x??? hihiii...just joking.. smbng cpat tau writer... writer de blog x???
hahahaha.. bpk lawak gle.. dr ceruk mne la si zack 2 muncul... tetibe lompat cm beruk.. pas2 hilang beg.. n then minx abg at kdai mkn blanje?? alahai. baiknye la si abg din 2.. agk2 diowg kawin x nnt??
==> uihh...bwu episod 1st da wat andaian cam2.. hehehe..nyway 2 writer..cpt smbg key??cm best jew cter ni..
Ingatkan zack tu lelaki,sekali gi sembahyang kat surau perempuan, kena halau pulak.Alahai, mmg kesian kat dia. Nasib di KL,mmg macam tu. Cerita ni mmg best, suka membacanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
realiti hdup kat kl..
nak plak org yg cam zack..
cian,huhuhu..