BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Mac 17, 2009
Novel : Bingkisan kasih 25
Nama Pena : pearl

Bab 25

Aku tersenyum senang. Tidak sabar rasanya untuk menemui isteriku. Rinduku yang ada ini sudah terlalu tepu untuknya. Amani, tunggu kedatangan abang. Melintas bayangan amani di depanku. Aku membelok ke simpang kiri.Aku sudah sampai di kampung mak leha. Puas aku mencarinya di mana-mana, rupa-rupanya dia ke sini. Langsung tidak terdetik inilah tempat persembunyiannya. Ah, mujur sahaja aizad terdengar perbualan rin di telefon semalam, jika tidak aku masih dalam pencarian.
"Abang betul-betul tak sangka rin tipu abang dan amir. Rin tahukan amir macam mana selama ini,"walaupun nada aizad agak tinggi, tapi riak wajah isterinya masih bersahaja.
"Apa yang kawan abang rasa sikit sangat kalau nak di bandingkan dengan apa yang amani rasa. Menderita konon,"Rin mencebik.
"Rin,jangan nak bersikap kurang ajar macam tu" aizad ku lihat seperti sudah hilang sabar. Mukanya merah padam, mungkin menahan rasa marah.
"Zad..,’dia berpaling,aku menggelengkan kepala. Tidak mahu rumahtangga mereka pula yang terjejas kerana aku.
"Rin, aku tahu aku yang silap. Kau pun tahukan keadaan amani macam mana sekarang. Aku suami dia, rin. Aku nak bersama dia waktu menyambut kelahiran anak sulung kami,"Rin diam mendengar kata-kataku. Mungkin membayangkan perasaan amani dan keadaannya.
"Dia tak apa-apa. Lagipun umi kau ada kat sana,"jawab rin akhirnya.
Aku dan aizad berpandangan. Umi? Sudah 2minggu umi ke Terengganu, kata Athirah umi mahu menenangkan fikiran di rumah mak leha. Jadi maksudnya...
"Amani ada di rumah mak aku selama ni. Aku yang menyuruh dia ke sana, sewaktu hari yang dia keluar dari rumah. Tapi dia nak aku rahsiakan dari semua orang. Umi dan athirah tahu lepas 3 hari dia kat sana,"Akui Rin akhirnya.
Aku mengganggukkan kepala mengerti. Sedikit sebanyak aku berterima kasih pada Rin kerana meminta amani ke kampungnya. Jika dia ke tempat lain, pasti tiada sesiapa yang dapat menjaga amani.
"Aku nak ke sana,"sungguh saat ini aku terasa hilang sebahagian masalah yang sarat bermain di kepalaku selama ini.
Dan di sebabkan itulah aku berada di sini saat ini. Aku meminta agar rin merahsiakan kedatanganku ke sini. Aku mahu amani gembira dengan kejutan yang aku lakukan ini. Mawar putih di seat sebelah ku jeling. Sengaja aku singgah di kedai bunga di bandar tadi, aku tahu amani pasti senang dengan pemberianku. Putih tanda kasihku suci pada isteriku itu. Aku tersenyum senang.
Aku memberhentikan keretaku di bawah pokok mempelam, tersenyum kepada umi dan mak leha yang sedang berehat di atas para. Mereka kelihatan tergamam dengan kehadiranku.
"Umi sihat?" aku menyalami umi. umi hanya mengganggukkan kepala. Aku beralih kepada mak leha, dan bertanyakan soalan yang sama.
"Amani mana, umi?" ah, aku sudah tidak sabar untuk menatap wajah lembut isteriku itu. Aku rindukan suaranya, rindukan keharuman tubuhnya.
Mataku meliar melihat sekeliling. Tapi kelibatnya tiada.
"Untuk apa kamu datang cari dia, mir. Nak sakitkan hati dia lagi,"aku tersentak mendengar soalan sinis umi.
"Umi.. dia isteri mir, umi,"Ya Allah, mengapa kata-kata itu yang umi lafazkan padaku. Ke mana menghilangnya umi yang sentiasa memahami diriku? Tidakkah umi tahu perasaanku pada amani selama ini.
"Isteri,mir?Kamukan nak dapat isteri baru. Umi tak izinkan kamu berjumpa dengan dia, kalau hanya untuk buat dia menangis,"aku beristighfar mendengar kata-kata umi.
Aku berkalih pandang pada mak leha. Dia kelihatan serba salah dengan suasana tegang yang wujud antara kami berdua.
"Kak...biar mereka selesaikan sendiri masalah ni, kak,"pujuk mak leha, mungkin untuk mengendurkan keadaan.
"Leha, bukan akak nak masuk campur, tapi semuanya berpunca dari akak. Akak yang silap. Kalau akak tak beria nak bermenantukan amani, mungkin amani tak menderita macam sekarang. Pedih hati akak ni bila lihat dia curi-curi menangis tiap-tiap malam. Hancur hati akak ni, bila mengenangkan anak harapan akak yang buat dia macam tu,"melihat umi yang berlinangan air mata, aku menjadi sebak. Semakin menyalahkan diri sendiri. Anak apakah aku ni sehingga umi menjadi kecewa sebegitu.
"Umi, ampunkan mir. Ampunkan mir,"Berdosanya aku sebagai anak. Aku melutut di hadapannya. Kaki umi ku peluk erat. Aku mahu umi tahu, aku tak pernah kesal mengahwini amani, aku gembira dengan perjodohan yang di lakukannya.
Umi membangunkan aku. Melihat raut wajah umi yang penuh kesedihan, aku mejadi takut. Aku sudah terlalu jauh mengecewakan hatinya. Masih terampunkah dosaku pada umi.
"Mir,"aku terus memeluk tubuhnya. Dan aku menangis teresak-esak di bahunya seperti saat aku kecil dulu. Setiap kali aku di marahi umi kerana membuat silap, inilah yang akan aku lakukan. Mir tetap anak umi yang dulu,hatiku berbisik.
"Mir sayangkan umi,sayangkan Amani,"aku bersuara dalam esakan setelah pelukan kami terlerai.
Mak leha menyapu air matanya, tersenyum senang melihat kami berdua.
"Mir janji selepas balik ke kuala lumpur, mir akan selesaikan semuanya dengan baik. Amani akan tetap isteri mir dan menantu umi sampai bila-bila," Ya, itulah janjiku pada diri sendiri sebelum aku datang ke sini. Dan sekarang biar umi menjadi saksi bagi janjiku ini.
"Baguslah, mir. Buktikan anak umi yang baik dulu tak pernah hilang,"mendung wajah umi sudah bertukar menjadi cerah.
"Eh, abang amir pun adalah,"sapaan satu suara membuatkan aku berpaling. Nina dan Nani, si manis 17 dan 16 itu rupanya. Aku tersenyum.
"La, tokwan kan dah cakap panggil Ayah Mir. Dia sebaya dengan che su kamu tu,"tegur mak leha kepada kedua-dua cucunya itu.
"Tak sesuailah, tok wan. Muda lagi abang mir ni, hensem pulak tu. Mujur ayahsu kahwin dengan che su, kalau tak kami panggil je abang akbar. Betul,kan nina?"jawab nani bersahaja. Nina mengiakan.
"Ish, kamu berdua ni,"satu cubitan singgah pada lengan nina.
"Apa ni tokwan. Sakit, tau. Nani yang cakap, nina pula kena," nina mengomel. Tidak puas hati.
"Dah kamu yang dekat dengan tokwan,"jawab mak leha selamba.
"Ha, ni tokwan nak tanya, kamu pergi beli roti ke pergi buat roti. Tak silap tokwan dekat sejam kamu pergi. Kedai pakmid tu bukannya jauh sangat pun,"mendengar soalan mak leha itu, mereka berdua tersengih-sengih.
"Tadi kami terserempak dengan anak pak mid yang baru balik dari mesir tu. Kami boraklah dulu. Hensem, tok wan. Kalah abang mir, kan nani,"aku dan umi berpandangan,tergelak kecil dengan telatah mereka. terhibur. Anak dara sunti abang sulung rin ini memang lincah. Beza usia setahun membuatkan mereka amat akrab.
"A,ah. Paksu akbar pun tak boleh lawan,"sokong nani yakin.
"Patutlah abah kamu dah tak larat nak jaga kamu berdua ni. Pantang jumpa laki lawa sikit, mula lupa diri. Marilah mir, kita naik. Layan budak berdua ni sampai esok pun tak selesai,"nina dan nani menarik muka masam mendengar kata nenek mereka itu.
"Tokwan tak sportinglah. Tak macam nenek,"rungut nina sambil memeluk lengan umi.
Kami masuk melalui pintu dapur. Aku terus duduk di meja makan. Perutku sudah meminta untuk di isi. Apatah lagi apabila mak leha memberitahu yang umi memasak bubur jagung. Kecur air liurku mendengar. Bubur jagung umi yang lemak manis itu bagaikan sudah terasa di hujung lidahku.
"Amani ke tandas dulu,"beritahu mak leha melihat aku memandangnya. Mengerti dengan maksud pandanganku. Sempat aku berpesan tadi supaya tak di beritahu dulu kedatanganku padanya. Aku mahu melihat reaksi isteriku apabila memandangku nanti.
Aku baru saja ingin menyuapkan bubur jagung yang pertama apabila terdengar bunyi jatuh dan jeritan kecil.
"Amani,"umi bersuara dan kami semua bergegas ke tandas.
Luruh jantungku melihat keadaan amani yang berlumuran darah di pangkuan umi. Aku terkaku seketika. Aku tak pernah menyangka yang pertemuan yang aku inginkan ini bermula dengan keadaan sebegini. Sedetik, aku tersedar.
Cepat-cepat aku memeluknya. Abang datang, amani. Amani dan anak kita akan selamat.
Tubuhnya ku cempung. Ya Allah, selamatkan isteri dan anakku. Kepadamu aku bermohon dan berserah. Aku masih memerlukan dirinya, Ya Allah.
Abang Faizal sudah menanti dengan vannya. Cepat-cepat aku masuk di ikuti umi. sepanjang perjalanan aku di buru rasa cemas yang tak berkesudahan. Keadaan amani yang masih kehilangan darah membuatkan aku bimbang. Aku betul-betul takut kehilangannya. Abang Faizal yang mengerti makin melajukan pemanduannya. Mujur saja ada dia, kalau tidak aku tidak tahu hendak berbuat apa, dalam keadaan begini, aku tidak yakin aku boleh memandu.
Attendan hospital terus mendapatkan kami sebaik saja van berhenti di depan pintu ruangan kecemasan. Amani terus di kejarkan ke wad kecemasan. Aku yang tidak di benarkan masuk bersama resah. Umi menghampiriku. Aku mendongak.
"Mir baliklah dulu. Bersihkan diri. Biar umi tunggu kat sini,"
"Tapi, umi..,"isteriku bertarung nyawa saat ini, mana mungkin aku pergi dari sisinya.
"Tengok keadaan kamu tu.. tak elok kamu menunggu dalam keadaan macam ni. Syaitan suka mengganggu,mir,"pujuk umi lagi. Aku meneliti pakaianku. Baju kemeja yang berwarna kuning air tadi sudah bertukar merah. Walaupun hatiku berat, tapi aku akur dengan nasihat umi. keadaan emosi aku yang tak stabil dan keadaan diri yang kotor, aku lebih senang hilang pertimbangan.
"Yelah, mir balik dulu, sekejap lagi mir datang. Umi, kalau ada apa-apa, telefon mir ye,"umi mengganggukkan kepala mendengar pesananku. Aku mendapatkan abang faizal yang masih menunggu.
"Insyallah, amani selamat. Banyakkan berdoa, mir,"ujar abang faizal sebelum menghidupkan enjin.
Aku memandang ke dalam hospital. Membayangkan amani yang berada di dalam sana. Amani harus bertahan, sayang. Amani harus bertahan untuk abang, untuk anak kita. Abang sayangkan amani. Sangat sayang.
posted by Penulisan2u @ 1:16 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
26 Comments:
  • At 17/3/09 4:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hohooo,,
    jgn la ade pape jd kat amani!!!
    bgusla klu amir tu dh sdr...

    >mya nuryana<

     

  • At 17/3/09 5:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lupe lak~
    cpt2 upload n3 bru ye kak!!


    >mya nuryana<

     

  • At 17/3/09 10:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    setiap manusia pasti akan sedar...
    cuma cepat dan lambat je...
    best3....


    -nia arissa-

     

  • At 17/3/09 11:57 PG, Blogger Unknown said…

    sambung la cepat-cepat...best sungguh cerita ni..

     

  • At 17/3/09 11:59 PG, Blogger nana_yoong said…

    ermm...abg yg baru balek dr mesir tu akan wujud lagi ke dlm cerita seterusnya?? ke akan jadi saingan amir..
    alahaii..bertuah amani dpt amir..terlalu sygkannya..tapi dugaan diberi buat dia xdpt rasa kelebihan itu..bersabarla amani

     

  • At 17/3/09 2:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nana ni wat tambah2 watak saingan lak..hahaha..aku rasa pun kalu amir wat dak juga gan amani tu maybe ada saingan kot..huhu...tambah2 dlm watak ni dua2 sama cantik sama padan.huhu..8->

    lambat lg ka cite ni nak abiss...xsabar nak tgu ni..uwaaa..

    ~aku insan biasa~

     

  • At 17/3/09 4:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni sampai episod bape...
    tak sabar nak tunggu....

     

  • At 18/3/09 4:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Susoens nie...cian kt amani n baby....penulis ada blog x????

     

  • At 18/3/09 3:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mintak2 amani takda ape2...cian dia.

     

  • At 18/3/09 5:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    maaf pada pembaca..saya tgh busy skrg..mgkin n3 seterusnya lambat sikit. hm, pasal blog, buat masa ni saya tak ada blog. tiada masa untuk uruskannya. insyallah, suatu hari saya akan ada blog sendiri. pembaca terpaksalah menunggu untuk next n3.sorry 100x

     

  • At 19/3/09 7:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala2 cpat ckit taw..huhu
    x sabar dah ni...

     

  • At 19/3/09 9:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nyerrrrrrrrrrrrrrr
    kak cepat upload ek.. x sabar
    hrp2 xder ape jadi ngan amani

    --syafa--

     

  • At 19/3/09 4:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt!!cpt upload lg...

     

  • At 4/4/09 7:51 PTG, Anonymous fisa said…

    sdih gler...mcm nk nangis...huhu...slmt kn la amani n baby....amir jgn la wt hal lg.cian sgt2 kt amani...huhu....

     

  • At 10/4/09 9:32 PTG, Blogger Unknown said…

    lambatnya post n3 baru....tak sabar ni...huhuhu

     

  • At 19/4/09 7:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat la anta n3 baru....
    lmbt la.........

     

  • At 19/4/09 10:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ni ble nk upload the nxt part ni...

    dah sbulan dah aku tgg ni....

     

  • At 23/4/09 4:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    maaf sgt2..sy skrg ni kekeringan idea..hm, silap idea dh ada tp bila nk menulis, rasa kosong..maaf sgt2.

    ~pearl

     

  • At 24/4/09 9:07 PG, Anonymous fisa said…

    owh...xpe2.cuba lg cri idea ye?good luck!n3 ni mmg suspen sgt.nk tau pe jd kt amani n baby...mntk2 la ain tau cpt sbb cian amani t'tekan...huhu...klu la ain t'serempak ngn amani & amir kt hospital,xtau la pe nk jd...pape pun,cite ni best sgt2.thanks tulis cite yg menarik utk tatapan pmbaca=)

     

  • At 29/4/09 10:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alaa....mne lg sambungan novel ni,cpat la sambung,

    dah berbulan dah tunggu ni...hu hu...

     

  • At 13/5/09 12:42 PTG, Anonymous jelita said…

    best2, cpt upload citer bru k, xsabar nak tau citer selanjutnye.....

     

  • At 18/5/09 5:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita ni menarik la...
    best sangat n kalu bleh terbitkan la mcam nvel biarla YM yang bicara...
    x sabar dah nak tunggu cerita selanjutnya..
    suspen betul..

     

  • At 27/5/09 11:53 PG, Blogger Unknown said…

    syabas!!! citer sungguh menyayat hati...
    sedih sungguh isk isk isk...
    saya doakan semoga writer mendpt
    ilham mencurah2 amin..

    cepat2 la sambung yea...

     

  • At 4/6/09 4:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ai penulis, dh 3 bln x upload, apecer

     

  • At 5/6/09 1:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    askum..
    1st skali sy nk minta maaf byk2..lately,tlalu byk mslh yg datang,n kerja yg melambak shingga sy takde ruang untuk menulis even nak brehat:(
    insyallah, next n3 akan sy uploadkan dalam ms terdekat ni..smbungannya dah ada tp ada prob line bila sy nak upload..insyallah next week, sy uploadkan sambungan tu..doa2kanlah:)arap kwn2 dpat bsabar..

    salam kemaafan dari sy.
    ~pearl

     

  • At 16/6/09 12:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dear pearl..hrp dpt upload n3 baru cepat2 ye..dah x sabar n tau citer selanjutnya..citer ni mmg best sesgt..keep up the good work..thumbs up for u..;-)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group