Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah hampir sebulan aku di sini, malah aku hanya menunggu saat untuk melahirkan. Pilu tetap ada kerana aku tidak seperti bakal ibu yang lain, yang di temani suami di saat-saat begini. Tapi sedikit sebanyak kekuatan yang aku cari telah aku temui. Jika di takdirkan aku kehilangan suami dalam usia semuda ini, aku pasrah. Tapi biarpun berkali-kali aku menangis terluka kerananya, berkali-kali dia menggores hatiku dengan perbuatannya, tak sedikit pun luak rasa cinta yang ada untuknya. Malah terasa setiap saat, setiap detik, rasa cinta itu tetap ada bahangnya, tidak pernah surut. Mungkin kehangatan cinta yang ada membuatkan aku menjadi lebih kuat dalam menghadapi setiap musibah ini. Dan anak yang bakal lahir ini akan menjadi tanda cintaku yang tidak padam itu. Tiap malam, aku tidak lupa untuk membaca surah maryam, supaya segalanya di berikan kemudahan oleh-Nya di saat aku melahirkan nanti. Adakalanya aku akan membaca surah luqman dan yusof, memohon anak yang akan ku lahirkan ini akan menjadi insan yang soleh dan berguna. Supaya anakku ini di berikan paras rupa dan fizikal yang sempurna. Amin. Itulah yang akan di lakukan oleh Amir jika aku agak keletihan. Dia akan berada di sisiku, membacakan surah-surah itu sehingga aku tertidur. Pernah aku terjaga di tengah malam, aku melihat dia masih di atas sejadah, menunaikan solat sunat. Kerapkali aku mendengar dia mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, dan juga rumahtangga kami. Dia seorang lelaki yang baik. Itu hakikatnya yang aku tahu. Malah aku yakin jika dia beristeri dua, dia akan bersikap adil. Cuma aku yang tidak mampu. Aku tahu setiap isteri yang meredhai suaminya berkahwin lain, akan di janjikan payung emas di syurga kelak. Tapi, layakkah aku memperolehi payung emas itu andai kata, di dalam hatiku ini tersimpan 1001 perasaan syak wasangka. Jika setiap masa aku berendam air mata, apabila membayangkan ada perempuan lain yang merasai kehangatan pelukan suamiku itu. Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui tahap keterbatasan dan keredhaanku dalam menerima semua itu. Hanya engkau, Ya Allah. Umi memasuki bilikku sewaktu aku baru sahaja membuka telekung sembahyang. Sudah dua hari umi di sini, katanya ingin menemaniku, apatah lagi di saat kecemasan seperti ini. Jika tidak, hatinya tidak tenang jika aku tiada di sisinya. "Makin berseri wajah anak umi sekarang ni,"aku tergelak kecil. Agak mengah untuk bangun, umi yang mengerti keadaanku, membantuku berdiri. Aku menatap wajah umi, tidak pernah ku tahu sebelum ini, banyak penderitaan yang umi lalui dalam perjalanan rumahtangga. Apa yang aku lalui tidak sesulit apa yang umi tempuhi. "Umi, bagaimana keadaan abang sekarang,"umi tersentak dengan soalanku. "Entahlah umi. bagaimana kalau terjadi apa-apa pada amani nanti, sempat ke amani nak mohon ampun dari abang. Banyak dosa amani dengan dia,"ya, bagaimana jika di takdirkan umur ku tidak panjang? Sedangkan masih banyak dosaku terhadap suamiku itu. "Amani, jangan pernah cakap macam tu lagi. Insyaallah, semuanya akan selamat. Anak dan cucu umi akan selamat,"aku tersenyum. Tidak mahu berkata apa-apa lagi, bimbang hati umi akan tersentuh. Cukuplah aku membuat umi risau dengan hubungan kami ini. Mujur saja, ibu dan papa tidak berada di Malaysia di saat kemelut ini berlaku. Jika tidak silap perkiraanku, mereka sekarang berada di Cairo. Aku masih ingat di saat papa meluahkan hasratnya kepada kami, anak-anaknya. "Papa dan ibu nak menunaikan haji tahun ini,"kami yang mendengarnya mengucapkan syukur dengan berita yang di sampaikannya. "Dan....,"kata-kata papa yang terhenti membuatkan kami tertanya-tanya termasuk ibu. Rupa-rupanya sifat papa yang romantis itu tidak pernah hilang walaupun di usia begitu. Ibu tidak terkata apa sewaktu papa memberitahu kejutan itu. Sempena meraikan umur ibu yang sudah mencapai jubli emas, papa merancang untuk membawa ibu melancong ke beberapa buah negara impian ibu. Kata papa, sebagai ganti honeymoon. Merah muka ibu apabila di usik kami apatah lagi dengan angah nazran yang kaki mengusik. Pada mulanya ibu keberatan apatah lagi dengan keadaanku yang baru saja di sahkan hamil dan rini yang hanya menunggu saat melahirkan. Dengan jaminan umi dan janjiku yang akan menjaga diri sebaiknya, ibu bersetuju asalkan pemergian itu selepas rini bersalin. Ibu, ibu..dalam keadaan begitu pun, anak-anak tetap menjadi keutamaannya. Mujur saja papa memahaminya.
Semakin dekat tarikh yang di jangka, semakin kuat rasa cemas dan bimbang yang ada diriku. Umi yang mengerti sebolehnya cuba untuk menghiburkan aku. Perut yang memboyot ku usap lembut. Cepat benar aku terasa mengah jika aku berbuat apa-apa walaupun hanya untuk membasuh sebiji pinggan! Akhirnya, aku terus di manjakan mak dan terutamanya umi. segan pun ada, yelah duduk menumpang tapi di layan seperti ratu. Kalau ikutkan umi, makan pun dia mahu suapkan. Ish, umi, di layannya aku seperti orang yang terbaring sakit, yang tidak mampu berbuat apa-apa. Umi,marahnya pada amir masih belum surut sehingga hari ini. Pernah juga aku menerangkan perkara yang sebenar, yang suamiku itu hanya terpaksa mengalah dengan keadaan tapi umi lebih senang berdiam diri. Tidak dapat aku meneka apa yang tersembunyi di lubuk hatinya. Umi melancarkan perang dingin pada anak kesayangannya! Itulah yang di bisikkan athirah padaku sewaktu menghantar umi tempoh hari. Tidak pernah ku tahu umi pernah melalui kehidupan bermadu sebelum ini. Rahsia hidupnya itu tersimpan kemas lebih daripada 20 tahun. Aku tidak dapat melupakan linangan mata umi sewaktu membuka semula kisah itu. Di wajahnya tergambar kedukaan yang tidak dapat aku terjemahkan. Kata umi, semuanya bermula waktu suaminya mengenali seorang perempuan muda di pejabatnya. Dia mula mengabaikan tanggungjawabnya, lupa anak dan isteri sedangkan sebelum ini dialah suami yang romantis, bapa yang penyayang. Anak-anak yang selama ini sangat rapat dengannya, tidak lagi di endahkan. Pernah umi terpaksa berhutang barang dapur di kedai gara-gara suaminya tidak balik ke rumah sehingga berminggu-minggu. Yang paling teruk menerima kesan adalah suamiku, yang sememangnya sangat akrab dengan ayahnya itu. Yang lebih memeritkan hati umi, setelah sekian lama menanti kepulangan suami, akhirnya dia pulang memberitahu yang umi sudah di madukan. Aku yang hanya mendengar cerita umi terasa sakitnya bagai di tusuk sembilu , apatah lagi umi yang merasai semua itu. Setelah berkahwin lain, umi dan anak-anak terus di pinggirkan dan tak sampai sebulan perkahwinan kedua, umi di ceraikan. Bermula dari situ, umi tekad memulakan hidup yang baru. Untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, umi mengambil tempahan menjahit dan menyulam baju. Mujur sahaja umi mempunyai kemahiran dalam bidang itu, setidak-tidaknya kata umi, mereka tidak mengemis untuk sesuap nasi. "Masa itu, najwa baru 7 tahun, amir pula 4 tahun. Manalah mereka faham sangat apa yang berlaku. Amir kerap sakit waktu itu, ketahanan badannya lemah. Apa tidaknya, makan cuma ala kadar,"Ya Allah, tidak pernah ku tahu selama ini terlalu banyak kesulitan yang terpaksa mereka hadapi. Dalam menempuhi kesukaran itu, umi tidak pernah menyangka, akan ada sinar kebahagiaan yang menantinya. Doktor yang merawat amir meluahkan hasrat hatinya untuk melamar umi menjadi isteri. "Umi awalnya menolak, yelah dengan apa yang umi lalui, umi serik nak berkahwin. Rasa trauma dengan apa yang berlaku tu masih ada. Lagipun umi bimbangkan tanggapan orang, keluarga dia. Macam-macam umi fikir. Umi janda anak dua tapi dia masih bujang lagi,"umi tersenyum mungkin teringatkan kenangan manis sewaktu di lamar itu. "Apa yang membuat umi berubah fikiran?"aku jadi tidak sabar mendengar cerita umi. "Kesabaran dia, amani. Kasih sayang dia pada anak umi yang menambat hati umi. Cuma masa tu ada sesuatu yang menghalang umi untuk berterus-terang tentang hati umi. umi takut keluarga dia tak menerima umi. umi anak yatim piatu, amani. Kalau boleh biarlah umi dapat menumpang kasih sayang dari keluarga suami umi. tapi umi silap tentang itu, mak dan ayah dia datang jumpa umi, pujuk umi supaya bersetuju. Gabra juga umi mula-mula masa mereka datang, bimbang kalau di tuduhnya umi ni janda gatal," umi dan aku tergelak kecil. Umi, umi sampai ke situ umi berfikir. "Apa yang jadi dengan bekas suami umi?,"umi terdiam seketika mendengar soalanku. "Setahun umi berkahwin lepas tu, umi melahirkan athirah. Umi masih ingat masa tu umi dalam pantang, ada saudara umi sampaikan berita yang dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan. Mereka mati di tempat kejadian," kali ini aku yang terdiam, benarlah setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. "Arwah abah tak pernah bezakan kasih sayang antara anak kandung dan anak tirinya. Itu yang buat najwa dan amir tak pernah merasakan yang arwah abah tu ayah tiri mereka. Cuma mungkin athirah lebih ikut perangai arwah abahnya. Penyabar, pemaaf,"Ya, akhirnya kebahagiaan itu menjadi milik umi. walaupun begitu, kenangan pahit yang di laluinya, takkan mudah untuk dilupakan begitu sahaja. Apabila amir melahirkan hasrat untuk berkahwwin lagi, sedikit sebanyak ianya seakan menggamit memori pahit yang umi lalui selama ini. "Patutlah mak panggil pun tak menyahut.. ingatkan tidur rupanya mengelamun," aku tersengih memandang mak. Gelagatnya berdiri depan pintu sambil bercekak pinggang amat mencuit hatiku. Lagaknya seperti sedang memarahi anak daranya. "Ada apa, mak? Maaflah amani tak perasan pula,"aku mencapai penyepit rambut. Menyanggul rambutku supaya lebih kemas dan rapi. "Ni ha, umi kamu dah masak bubur jagung, katanya kamu nak makan. Marilah makan,"bubur jagung? Umi, umi. Baru pagi tadi, aku menyebutnya. "Amani nak ke tandas dulu. Mak pergilah dulu. Riuh kat dapur tu, siapa lagi yang ada, mak?"aku bingkas bangun,menuju ke tandas. "Nina dan Nani ada datang. Hati-hati sikit. Lantai tu licin,"pesan mak sebelum berlalu ke dapur. Belum sempat aku melangkah keluar dari tandas, tiba-tiba aku terasa seperti hilang imbangan. Aku cuba untuk berpaut pada kolah tapi tanganku tak sampai. "Allah," hanya itu yang mampu aku ucapkan sebelum badanku menyembah lantai. Rasa perit dan ngilu yang teramat di celah kelangkangku. Rasa takutku bertambah melihat aliran darah yang semakin banyak keluar dari situ. "Astaghfirullahazim, amani,"umi bergegas mendapatkanku. Mak pula meminta cucunya memanggil ayah mereka. "Anak amani, anak amani,"hanya itu yang aku fikirkan saat ini. Anakku. Aku tak mahu kehilangannya. Pandanganku semakin gelap..Hanya terdengar suara umi dan mak yang bersilih ganti memanggil namaku. Dalam kegelapan itu, muncul amir dan dia memelukku. Abang, maafkan amani.
sdihnya n3 kli nie.. cian plk kat amani.. writer de blog x???? nvel nie smpai epsod brp????? hope ending nvel nie mnggembirakn smua yg bc cte nie..huhu
Kecewa nya dapat baca sampai bab 26 je. Kenapa tak ada sambungan lg ke? Best sgt cerita ni
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mntak2 la xjd ape2 kat amani..
hope cite ni hepi ending la..huhu..
smbung lg..!