Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi Ahad yang cerah.Soffy bangkit dari baringannya.kemudian mengenyeh matanya yang masih sedikit mengantuk.Menoleh ke luar tingkap yang sudah terang.Soffy menggeliat.Hari minggu,tidak perlu tergesa-gesa kerana dia tidak perlu ke tempat kerja. Dia melangkah ke pintu.Mengorak langkah longlai ke tandas.Membasuh muka dan juga memberus gigi.Kemudian dia menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Sunyi.Rumah Semi-D dua tingkat yang dihuni bersama Ben itu terasa sepi.Soffy menjengah,mencari kelibat Ben yang tidak kelihatan. "Eh…mana si Ben ni?Selalu aku bangun dia dah bangun…"omel Soffy sendiri.Dia naik ke tingkat atas semula.Kali ini langkahnya diatur segera pada kamar Ben yang terletak bersebelahan dengan perpustakaan mini. Senyuman meleret di bibir Soffy sebaik sahaja tangannya menguak pintu bilik Ben.Lelaki itu nampak nyenyak di atas katil.Masih berselimut.Terlintas di mindanya untuk mengusik lena lelaki itu. Soffy melangkah ke hujung katil.Menyelak selimut yang menyelimuti tubuh lelaki itu lalu perlahan-lahan jemarinya menggeletek telapak kaki lelaki itu. "Ermm…ermm…" Tidur Ben terganggu.Tapi matanya masih terpejam.Makin galak pula Soffy mengeletek telapak kaki lelaki itu. "Soffy!Aduh,aduh…janganlah…gelilah.Hei!" Ketika itu tawa Soffy sudah terburai.Dia tersengih memandang wajah kelat Ben yang sudah terjaga. "Amboi…tuan puteri…Kau dah meninggi hari pun tak bangun lagi.Bangun cepat!" Ben menjeling geram. "Sibuk aje.Dengki!Aku tak kacau pun kau tidur kalau kau bangun lambat…" "Ehh…siapa suruh kau baik sangat!Dah,dah,bangun…pergi buat sarapan.Aku dah lapar ni…" Soffy menepuk perutnya yang kempis.Ben mencebik. "Dahlah,pergi keluar.Aku nak mandi ni." Ben bingkas bangun dari katil.Tapi tidak lama kemudian,ketawa Soffy sekali lagi kuat menghiasi kamar sederhana itu. "Ben?Kau salah beli baju ke?" "Apa?"tanya Ben dalam wajahnya yang berkerut. Soffy tersengih-sengih.Kepalanya menggeleng-geleng. "Cantiknye….baju tidur kau ek.Pink!Aku yang perempuan ni pun tak ada baju pink.Hahaha..." "Engkau Soffy…" Belum sempat dia menghabiskan ayat,Soffy sudah berlari keluar dari bilik itu dengan ketawa yang masih bersisa.
"Ben!Masak apa?Dari tadi aku dengar blender ni memekak,kau tak siap masak lagi ke?" Soffy menjengah di tingkap dapur.Dahinya dibasahi peluh.Bajunya sedikit basah.Baru selesai mencuci kereta. "Adoi…jangan terjah-terjah aku macam tu la.Kalau ada sakit jantung,insurans belum habis bayar lagi tau…" Mendengar kata-kata Ben itu,Soffy tersenyum nipis. "Ala…baru terjah sikit dah nak terperanjat.Kecoh je.Cepatlah,apa yang kau masak?" Ben mematikan suis pengisarnya.Bercekak pinggang memandang Soffy yang menanti di muka tingkap. "Masak kicap je…"balasnya selamba.Tahu kuah kicap ialah kuah yang paling tidak digemari Soffy. "Eii…kicap…tak nak aku.Apasal kau masak kicap?Masak lainlah….chicken chop ke…" "Banyak kau punya chicken chop.Hari ni makan telur goreng je.Letak kicap,dah,habis cerita!" "Ben…kau jangan.Aku tak nak makan kicap hari ni.Esok pon sama.Sampai bila-bilalah.Kalau tak,mata kau lebam malam nanti,"ugut Soffy serius.Ben mencebik. "Ala…tak heranlah…" "Ohh…tak heran…sekarang bolehlah cakap,kita tunggu and lihat je malam nanti." "Yelah…" "Aku serius tau,Ben." Ben terdiam.Dia menoleh pada riak wajah Soffy yang nampak bersungguh. "Okey,okey…aku masak kuah asam pedas hari ni.Puas hati?"
"Pandailah kau masak.Tak sia-sia aku kahwin dengan kau…" Pantas pipi kiri Ben ditarik sekuat-kuatnya.Lelaki itu mengaduh. "Aduh,aduh…ei,sakitlah!Ganaslah kau ni Soffy…habis pipi aku tau…" Ben menggosok-gosok pipinya yang perit.Soffy tersengih. "Esok masak lagi tau.Kau lepas kerja,balik rumah terus.Nanti aku balik lambat.Masak cepat-cepat tau,"pesan Soffy bersungguh-sungguh.Ben hanya mengangguk. "Ye…lepas kerja,aku balik." "Ha…macam tulah.Good…err… ‘girl’…" "Ei,jahat!"
kamu2 semua... sorry3... ribu3 sorry kerana buat cite ni terbengkalai lme2 bz sikit skrg nie... part yg len tgk dkt http://coretanmissao.blogspot.com insya allah saya updatekan di situ... sorry again...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lor terbalik ker diorg ni...
ishishish