Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ifa temankan ibu pergi Alor Setar. Ifa takde keje kan hari ni?" pinta ibu pada suatu pagi. Pelik pula dengan permintaan ibu ini. Selalunya ibu hanya akan keluar bershopping jika ditemani abah saja. Maklumlah perempuan kalau bershopping memang tak ingat dunia. Bila abah ada semua barang yang hendak dibeli haruslah dapat kebenaran daripadanya. Kadang-kadang geli hati pula bila aku memikirkan semua itu. seringkali aku melihat ibu memuncung kerana tidak dapat berbelanja untuk barang kesukaannya. Membazir, kata abah. Tapi itu semua tidak membuatkan ibu memberontak hebat. Sekadar rajuk kecil yang sudah tentu bisa dipujuk abah. Dalam keadaan apa jua pun, suami harus diutamakan. "Abah ada keje hari ni. Tak dapat temankan ibu. Dia yang suruh ibu pergi dengan Ifa," jelas ibu tanpa sempat aku bertanya. Pandai betul ibu menbaca fikiranku. "Boleh ibu. Ifa tak kisah pun. Ifa pun ada barang jugak nak beli. Emm, ibu nak beli apa?" "Nak beli apa lagi? barang dapurlah. Dah tak ada apa kat dapur tu. Nak masak untuk tengahari nanti pun tak boleh. Nak harapkan kamu? Huh, masuk dapur pun liat." Padan muka aku! dah kena peluru tanpa mata dari ibu. Apa lagi yang aku mampu lakukan melainkan tersengeh malu. Dalam diam aku mengakui kata-kata ibu itu. "Alah ibu ni, selalu nak mengata Ifa. Yelah-yelah, hari ni Ifa temankan ibu. Lepas tu biar Ifa yang masak hari ni. Kita tengok siapa yang handal memasak," kataku cuba mencabar ibu. "Eleh, nak lawan dengan ibu konon! Cara yang kamu masak dengan ibu sama aje, sayang. Bukankah ibu yang ajar kamu memasak. Sama aje rasanya nanti," tempelak ibu. "Eh, tak adalah! Tak sama punya. Sebab Ifa masak pakai buku resepi. Hahahaa…" Aku tertawa kuat. Seronok dapat mengenakan ibu. Ketawaku makin kuat apabila ibu menarik muka masam. "Mengarut aje kamu ni. Cepatlah siap. Kang abah balik kita tak masak-masak lagi. Mahunya muncung seminggu tak hilang," kata ibu selamba. Aku tertawa geli hati. Mungkin ibu serik. Yelah, pernah sekali abah balik, tapi ibu belum memasak. Naik angin orang tua itu. nak pulak mood abah ketika itu tidak begitu baik gara-gara dimarahi orang atasan. Terpaksalah aku keluar membeli lauk di gerai Pak Hashim.
Aku bersandar di pintu keretaPeluh yang memercik di dahi kukesat dengan menggunakan tisu yang memang tidak akan aku lupa bawa bersama. Maklumlah aku ni kuat berpeluh. Terutama sekali di bahagian hidung. Orang kata kalau kuat berpeluh di bahagian hidung tandanya kuat cemburu. Mungkin benar juga. Tiba-tiba fikiranku menjengah kenangan 5 tahun lepas.
Aku masih ingat kejadian pada suatu malam. Ketika itu aku sedang menyiapkan makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Entah mengapa tiba-tiba Yusrizal mengadu kelaparan. Sedangkan pada waktu itu sudah tiada apa-apa makanan yang tinggal. Aku sudah menghabiskan semuanya. Sementelah pula Yusrizal memang tidak gemar makan dirumah. Selama kami berkahwin boleh dikira berapa kali dia merasa hidangan yang aku sediakan. Itupun jika ada ahli keluarga, sanak saudara ataupun kawan-kawan yang makan dirumah. Semua itu dilakukan kerana tidak mahu mereka semua menghidu akan kedinginan rumahtangga kami. "Dah siap belum?" tanya Yusrizal dengan nada kasar. Terkejut aku dibuatnya. Bergegar tubuhku mendengar suaranya yang bagaikan halilintar membelah bumi. Hampir terlepas mangkuk yang berisi air asam jawa yang kupegang. Begitulah Yusrizal. Tidak pernah ingin bercakap dengan nada lembut bila berdua denganku. "Kejap lagi bang. Ifa nak masukkan air asam jawa ni. Lepas tu siaplah," ujarku tergagap-gagap. "Lembab betul!!" Aku mendiamkan diri. Walaupun sedikit terasa dengan herdikan suamiku itu, tapi aku hanya mengambil langkah mudah dengan berdiam diri. Kerna aku tahu kalau aku menjawab makin berapi amarah Yusrizal kepadaku. Itu hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan sebelum ini. Aku udah lali dengan itu semua. Tanpa melengahkan masa aku terus menyiapkan kerja-kerja memasakku. Kalau lambat nanti makin teruk aku disemburnya. Setelah siap pantas aku menghidangkannnya di atas meja di ruang makan. Kemudian aku memanggil Yusrizal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Cepat sahaja Yusrizal menapak ke meja makan. Mungkin sudah lapar benar. Aku juga pantas menyendukkan nasi ke pinggannya. Namun, apabila aku ingin mengambil lauk untuknya dia pantas menghalang. "Tak payah nak layan aku macam putera raja. Tahulah aku nak ambik sendiri. Dah, pergi! Nanti hilang selera aku nak makan bila mengadap muka kau!" Perlahan-lahan aku meletakkan kembali sudu ke tempat asalnya. Berkira-kira hendak naik ke bilikku. Sedikit perasaan kecewa hadir dalam diri dengan tingkah laku Yusrizal. Tiada langsung ucapan terima kasih diucapkan kepadaku yang telah bersusah-payah menyediakan makanan untuknya. Malah, dihalaunya aku pula. Belum pun sempat kakiku memijak anak tangga pertama aku terdengar lelaki itu memanggil namaku. Pantas aku mendapatkannya. "Ada apa bang?" Yusrizal menghadiahkan jelingan tajam sebelum bersuara. "Kupaskan buah epal kat dalam peti ais tu. Aku nak makan!" Aku menganggukkan kepala. Pelik juga aku dengan perangai Yusrizal hari ni. Macam-macam pula yang dimintanya. Kalau sebelum ni jangankan nak merasa hidangan yang disediakan aku malah apa-apa barang dapur yang dibeli aku juga tidak akan disentuhnya. Begitulah bencinya Yusrizal kepadaku. Sedang aku leka mengupas buah epal tetiba aku terdengar telefon bimbit Yusrizal berdering. Pantas saja dia mendapatkan telefon bimbitnya yang semakin galak berdering minta dijawab itu. "Hai sayang. Kenapa telefon I ni? Takkan dah rindu kot?" sapa Yusrizal pada orang dihujung talian. Dari lenggok bicara Yusrizal aku sudah dapat mengagak gerangan siapa yang menelefonnya. Sudah tentu Anne, teman wanita Yusrizal yang seksi itu. Maklumlah, model terkenal. Yusrizal begitu asyik sekali melayan kekasih hati. Sekejap tersenyum, sekejap ketawa. Suaranya pula lembut dan romantik sekali. Bukan suara yang selalu diperdengarkan kepada aku setiap hari. Terlintas di fikiranku jika Yusrizal mahu melayan aku sebegitu, sudah tentulah aku perempuan yang paling bahagia di dunia. Walaupun Yusrizal tidak pernah menganggap aku sebagai isterinya dan selalu mengherdik aku, tapi itu semua tidak menghalang perasaan sayangku bercambah untuknya. Kadang-kadang aku tidak mengerti, mengapa aku perlu mencintai lelaki sepertinya? Tapi apakan dayaku untuk menolak takdir yang maha Esa. Dia sudah menentukan semuanya. Perasaan cemburu mudah saja bermukim di dadaku bila mendengar perbualan Yusrizal dengan Anne sehingga tidak sedar yang aku sudah terhiris jariku sendiri. Aku hanya tersedar apabila mataku terpandangkan jariku yang sudah berlumuran darah. Waktu itu barulah rasa sakit datang menjengah. Pantas aku menuju ke sinki dan memcuci luka itu. Aku merintih perlahan apabila air mengena kesan luka. Tidak mahu Yusrizal menyedari akan situasi itu. Aku juga yang akan malu nantinya. Setelah yakin darah sudah berhenti mengalir aku mengesat tanganku. Kemudian aku menyambung semula mengupas epal yang tergendala tadi. Aku tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Akibat cemburu hampir hancur jari aku kerjakan. Sedangkan hakikatnya aku tidak layak untuk cemburu. Sepatutnya aku sedar siapa diriku di sisi Yusrizal. Aku tidak ubah seperti perempuan simpanannya saja. Cuma yang membezakan aku dan perempuan simpanan ialah aku tidak pernah disentuhnya. Hampir setahun usia perkahwinan kami, tidak pernah menggoyangkan imam Yusrizal terhadapku. Maklumlah, dia sudah punya tempat untuk melampiaskan nafsu. Jika nak dibandingkan aku dengan Anne memanglah jauh berbeza pada waktu itu. Sudah tentu aku tidak akan mampu bersaing untuk mendapatkan Yusrizal.
Aku sedikit tersentak apabila terasa ada tangan yang menampar kaut bahuku. Hilang bertaburan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan ibu sedang memandangku dengan kerutan di dahi. "Kamu ni kenapa Ifa? Termenung sampai tak ingat dunia sekeliling. Sampai ibu buka pintu kereta pun kamu tak sedar," omel ibuku. Aku hanya tersengih malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ibu menggelengkan kepala lalu bergerak ke boot kereta. Pada waktu itu barulah aku tersedar seperti ada seseorang yang sedang membantu ibu memunggah barang-barang lalu dimasukkan ke dalam boot kereta. Pantas aku menjengah ke belakang. Serasa seperti aku kenal lelaki itu. "Awak?? Macam mana pulak awak boleh ada kat sini?" sergahku kepada lelaki itu. Kemana saja aku pergi ada saja wajahnya. Apa yang lelaki ini buat di sini? Takkanlah mengikuti aku dan ibu kot. Ish, ini tak boleh jadi ni! "Abang terserempak dengan ibu tadi. Kesian pulak tengok ibu bawa banyak barang. Sebab tu abang tolong," balas Yusrizal. "Betul tu. Nak harapkan kamu jangan haraplah. Bukan nak tolong ibu bawakan barang, termenung pulak dekat sini. Nasib baik ada Rizal ni. Kalau tak, tak tahulah ibu macam mana nak bawa barang yang banyak ni." Aku mengerutkan dahi. "Apa pulak bu. Kan ada troli tu. Tolak ajelah sampai ke kereta. Apa yang susah?" aku membantah. Tidak mahu mengalah. Ibu memang suka malukan aku. Jatuh air muka di depan Yusrizal. Mesti dia ingat aku pemalas kerana tidak mahu menolong ibu. Padahal dia tidak tahu hal yang sebenarnya. Ibu kalau memilih memang lama. Sebab itulah abah tidak membenarkan dia keluar bershopping denganku. Oleh kerana rasa bosan yang mencengkam kerana membontoti ibu sedari tadi, aku mengambil keputusan untuk menunggu ibu di kereta saja. Ditambah pula dengan manusia-manusia yang membanjiri pasaraya Tesco hari ini makin menambahkan rasa sesakku. Sedari kecil aku memang tidak suka dikelilingi orang yang ramai. "Pandailah kamu tu nak membela diri. Sudah ibu dah lapar ni. Jom kita pergi makan dulu. Rizal makan dengan kami sekali ek?" Ibu dengan senang hati mempelawa Yusrizal. Lelaki itu pula dengan senang hati menerima pelawaan ibu. Aku pelik. Bukankah tadi ibu beriya-iya mahu membeli barang dapur sebab nak memasak untuk makan tengahari. Ni nak makan di kedai pula. Habis, abah nak makan apa tengahari nanti? "Tadi, ibu kata nak balik masak. Ni kenapa nak makan kat kedai pula ni? Kang, abah balik nanti kita tak masak lagi." "Ibu dan telefon abah tadi, ajak makan kat luar. Office abah pun bukan jauh sangat. Biarlah, sekali-sekala makan kat luar apa salahnya, kan Rizal?" Yusrizal tersenyum sambil menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata ibu. Mereka kelihatan senang hati sekali. Aku pula yang keresahan. Makan dengan Yusrizal? Erk..naik loya pula tekak aku. Apalah malang nasib aku hari ini dapat bersemua-muka dengannya. Itulah siapa suruh aku teringatkan dia. Kang dah terpacul kat depan mata. Marah aku dalam hati.
yelaaa..saya akan sambung..saya dah hantar.. tunggu penulisan2u keluarkan k..daaa
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nape last episod yer??