Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
MIA DARINA sibuk menulis sesuatu dalam buku latihan Geografi yang disuruh oleh Cikgu Rosmini pagi tadi. Beberapa buah buku rujukan yang tebal berlonggok di atas meja pusat sumber itu.Kipas masih berputar tanpa mempedulikan dua sahabat yang tekun belajar itu. " Heh…korang dah siap ker ? " Tegur Erin yang baru datang bersama Lili lalu melabuhkan punggung betul-betul di hadapan Mia. "Korang pergi mana hah? Lambat betul. Beli air ker buat air?" Mia menujah dengan persoalan. Pandangannya jatuh ke wajah Adila di sebelah. Adila juga mengangguk setuju. "Kau nak tahu, ni berita paling sensasi aku dapat! Tadi aku dah nampak mamat tu kat kantin.Jangan terkejut, 'handsome' nya. Kalau jadi teman lelaki aku, korang semua melepas." Ujar Erin yang memang terkenal mulut kecoh. "Mamat mana pulak ni? Aku tahu lah kau ni banyak 'secret admire' " Sindir Mia sambil ketawa kecil memperlihatkan lesung pipitnya. "Ishhh,...ni yang 'latest' punya beb!" Tambah Lili sambil tersengih lebar. "Mamat yang jaga pagar tu ker?" Tanya Adila sambil merenung tepat ke wajah Erin. Terbayang wajah pengawas tingkatan 5 yang kurus kering di layar mindanya. "Yang jaga pagar dah jadi kenangan! Ni yang 'hot' , anak pengetua sekolah kita yang baru pindah kat sini." Kata Erin lagi. "Maksud kau anak Hajjah Nurani? Dia ada anak sekolah sini?" Giliran Mia pula yang tertanya-tanya. "Kau apa tahu? Ulat buku mengalahkan ulat dalam batu." Giat Lili sambil ketawa berpadu dengan Erin. "Auww" Erin mengaduh selepas kakinya ditendang di bawah meja. "Okay! Okay!...mamat ni masuk kelas 6 Atas Cekal. Dia budak ekonomi masa kat sekolah lama dia. Dia lebih mengancam daripada Adil Ikhwan, anak emas cikgu Ismail ketua 'prefect' kita tu." Tukas Erin lanjut. " Erin, kau ni kan, kalau bab ni kau memang capat ya! Tengok ni, kau dah siap tak kerja cikgu Rosmini?" Mia Darina mengulas lagi, malas mahu melanjutkan topik hangat itu. Biarlah mamat mana yang nak datang sekalipun dia tak nak ambil pusing.Cukuplah sekali hatinya pernah dilukai insan bergelar lelaki, dia tak nak terlibat dalam kes cinta kecundang sekali lagi.Bunyi loceng tamat waktu rehat menoktahkan perbualan mereka.
------------------------
Mia Darina terkocoh-kocoh berjalan turun dari tangga bas. Dia sedar hari itu dia sudah terlewat. Jam 8 pintu pagar sekolah akan ditutup.Tinggal lagi 10 minit. Gara-gara tidur lewat malam tadi, dia terbabas bangun pagi. " Tingkatan 6 pun datang lewat jugak, macam mana nak jadi contoh pelajar lain?" Satu suara menegur dengan tegas.Mia mengangkat wajahnya.Tangannya masih kejap memegang fail dan buku rujukan Sejarah Tamadun Dunia setebal 2 inci. Mata mereka bertaut beberapa ketika. Tatkala wajah Mia Darina menjadi tatapannya, Tengku Syamil bergetar hebat. Kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum ni? Ulahnya di dalam hati. " Dah ambil nama?" Tanya Tengku Syamil lagi. "Sudah Abang Syamil!" Jawab Julia pengawas tingkatan 4 yang bertugas hari itu. Julia nampak bagaimana renungan Tengku Syamil melihat Mia Darina yang terkenal cantik di sekolah, tetapi bersifat sederhana. Ramai teman sekelasnya cakap Kak Mia tak nampak menyerlah sebab dia suka 'low profile' . "Boleh saya masuk kelas?" Tanya Mia selepas Syamil menyepi agak lama. Apa kena mamat ni? Ini lah agaknya anak pengetua sekolah yang rakan-rakanya sedang hangat bercerita.Dia tidak nafikan, lelaki itu 'handsome' seperti kata Erin dan Lili. Namun, lelaki itu agak prejudis dan menyelidik. Sesekali dia nampak berlagak, mungkin kerana dia anak pengetua sekolah yang diminati ramai. Mia Darina memulakan langkahnya, menuju kelas 6 Atas Budi , di Blok C , berhadapan dengan padang sekolah. Waktu rehat menjelma. Rata-rata murid sudah keluar. Ada yang buat urusan di kantin, ada yang ke tandas , ada yang membeli di koperasi sekolah, tak ramai juga yang berkunjung ke pusat sumber sekolah. "Ada buku rujukan Geografi Fizikal? Saya cari tak jumpa, boleh semak 'list' dalam komputer?" Satu suara mengejutkan Mia Darina yang asyik menyusun buku di rak. "Sekejap." Katnya tanpa menoleh ke belakang. "Pusat sumber sekolah ni lembab lah! Sekolah lama saya dulu, pengawas perpustakaan yang bertugas, cekap dan prihatin dengan keperluan murid." Suara itu menggamitnya sekali lagi. Mia Darina mengubah posisi badan. Matanya berlaga dengan pandangan Syamil.Pandangan itu redup dan sengaja merenung tajam kepadanya lagak seorang watak lelaki penggoda. "Kalau awak rasa pusat sumber sekolah ni tak cekap, awak balik kat sekolah lama awak yang hebat tu Tengku Syamil ! " Mia menggiat dengan sinis. Bencinya mengepung di segenap ceruk rantau jiwa. Berlagaknya anak pengetua ni! Ingat muka dia lawa, boleh jual minyak! Tak laku lah beb! Mia bermonolog dalam hatinya. " Awak ni budak kelas Budi kan, bukan main lagi ya ! Okay , saya cari sendiri! " Kata Syamil dan berlalu pergi dengan sebuah renungan tersirat.
--------------------- Pertandingan Forum Remaja peringkat daerah akan berjalan tidak lama lagi.Pemilihan peserta telah pun dibuat oleh Cikgu Siti Reha.Perjumpaan pertama akan dibuat selepas sekolah nanti. " Semua dah ada?" Cikgu Siti Reha bersuara. " Mia belum sampai cikgu." Kata Adila. Razman, Syamil, Adila dan Erin sudah pun bersedia untuk taklimat hari itu. "Assalamualaikum cikgu! " Suara Mia memecah kesepian yang tercipta sebentar tadi. "Hahh...kenapa lambat?" Tanya Cikgu Siti Reha yang sememangnya menyayangi anak muridnya itu. Dia tahu kebolehan dan kerajinan Mia di sekolah. Rata-rata semua guru menyenangi sikap berhemah Mia Darina. " Maaf cikgu. Saya baru lepas mesyuarat pusat sumber." Ujar Mia tenang. Pandangannya bertemu dengan Syamil. Dia cepat-cepat melarikan wajah ke arah lain. Dia tidak tahu kenapa, benci kah dia dengan anak pengetua yang sombong dan berlagak itu? Atau ada sesuatu yang melanda hatinya.Dia tidak pasti. " Kita tak ada banyak masa lagi. Cikgu harap pasukan kita boleh menang .Tahun lepas kita hanya dapat tempat ketiga. Tahun ni, cikgu yakin ada potensi besar. Syamil pun pernah wakil negeri tahun lepas." Terang Cikgu berbadan agak berisi itu panjang lebar. " Cikgu harap kamu semua boleh kerjasama dengan baik. Ini semua bahan yang kamu perlukan. Ada soalan? Latihan pertama minggu depan." Tambahnya lagi. " Saya ! Saya nak menarik diri cikgu! Saya cadang Amira ganti posisi saya sebab tahun lepas dia ikut sebagai simpanan." Mia bersuara selepas sekian lama menyepi. Pandangan Syamil berkalih. Tajam dia melihat wajah itu. "Bagi saya sebab yang munasabah Mia. Cikgu tak terima penarikan kamu.Kita tak ada masa lagi. " Ujar Cikgu Siti Reha. "Mia banyak kerja cikgu.Tak cukup masa nak bagi tumpuan. Kami ada masuk pertandingan pusat sumber tahun ni. " Ulas Mia lagi. " Atau ada sebab lain?" Tanya cikgunya lagi. Cikgu Siti Reha juga ada terdengar yang Mia dan Syamil tak berapa sebulu. Dia tidak tahu kenapa. Mia kelihatan bersahaja.Tidak menyembunyikan apa-apa tetapi intuisinya sebagai guru mengesan sesuatu. " Cikgu nak kamu fikir sekali lagi. Jumpa saya esok." Ujar Cikgu Wanita itu dan bergerak pergi. " Kenapa tak nak ikut pulak?" Razman, budak kelas 6 Atas Adil bertanya tiba-tiba. Dia tahu dan kenal kebolehan Mia. Mia akan membantu pasukan mereka menang selain Syamil. "Kalau sebab saya, jangan risau! Biar saya tarik diri, " Syamil bersuara tiba-tiba.Mengejutkan semua yang ada dalam bilik itu. "Jangan! Bukan sebab awak." "Saya yang tak nak." " Saya akan pastikan awak masuk bertanding" Kata Syamil lanjut. "Saya akan beritahu mama kalau awak tarik diri .Sila beri surat tunjuk sebab." Adila, Razman dan Erin terkejut dengan tindak balas Syamil. Mia Darina terjerat. Tidak adil Syamil buat begitu .Sebab dia anak pengetua, dia salah guna kuasa.Patut lah Mia tidak suka dengan lelaki itu. Fikir mereka. "Boleh kita mula perbincangan?" Syamil membuka bicara selepas beberapa detik suasana menyepi. Mia sedar dia tidak ada pilihan.
--------------------------
Kemenangan dalam pertandingan forum remaja daerah menjadi buah mulut sekolah . Syamil muncul sebagai ahli panel terbaik dan Mia Darina muncul sebagai pengerusi terbaik. Petang itu cuaca agak mendung.Bila-bila sahaja hujan akan turun. Selepas latihan bola tampar sekolah, Mia ingin terus pulang bila cuaca nampak mendung. Dia berlari-lari anak dari Blok C menuju ke pintu pagar sekolah. " Mari naik!" Syamil membuka pintu kereta selepas bergerak ke tepi. " Tak apa. Saya naik bas. " Mia menolak dengan baik. " Saya ikhlas. 'please', biar saya hantar awak Mia. Hari nampak nak hujan ni." "Terima kasih. Tak hujan lagi. Saya naik bas jer lah. Tak manis orang nampak." " Awak tak suka saya kan Mia?" Syamil memulakan bicara . Suasana sejuk bertambah dingin dengan pertanyaan itu. Syamil sudah turun dari kereta menuju tempat duduk di 'bus stand' " Mia tak cakap macam tu !" " Mia tak cakap, tapi mata Mia memberitahu." " Maaf , kalau awak terasa. Saya tak berniat macam tu." " Saya cemburu tengok awak berkawan baik dengan pelajar lain, tapi dengan saya, awak tak pandang pun!" Luah Syamil. " Bas dah sampai. Terima kasih temankan saya menunggu bas." Kata Mia dan berlalu pergi. "Sama-sama. Saya tak akan kacau awak kalau awak tak suka." Ujar Syamil. Bas bergerak perlahan-lahan dan semakin laju meninggalkan Syamil berteleku di situ sebelum masuk ke dalam kereta.
---------------------------
Sudah hampir lima bulan Syamil bersekolah di sekolah baru itu. Lima bulan itu juga, Mia rasai kelainan dengan sikap Syamil. Pelajar pujaan ramai itu seperti kurang menyengat. Dia tidak nampak berlagak seperti mula-mula masuk sekolah. Dia tidak gila kuasa dengan pangkat pengawasnya. Malah, dia tidak lagi sesuka hati mengherdik Mia seperti dulu. Peperiksan pertengahan tahun sudah tiga minggu selesai. Mia Darina berebut-rebut dengan pelajar lain melihat senarai keputusan peperiksaan yang dilekatkan pada papan kenyataan sekolah mengikut tingkatan. Mia mencari nama Tengku Syamil Tengku Iskandar. Dia dapat 5 Prinsipal A .Sudah tentu Hajjah Nurani bangga dengan anaknya. Mia Darina bergetar hebat.Bimbang akan tewas di tangan lelaki itu. Dia melihat namanya dia juga mendapat 5 Prinsipal A, tetapi Syamil mendapat kedudukan terbaik dalam keseluruhan tingkatan 6 dan dia hanya menyandang kedudukan tiga terbaik. Dia kalah dengan lelaki sombong anak pengetua sekolah itu. Mia tiba-tiba tertolak dari belakang sewaktu hendak melangkah. Dia hilang imbangan badan. Badannya hampir terjunam ke longkang .Tanpa sedar dia memaut apa sahaja yang tercapai olehnya. Dia tidak melayang seperti yang dibayangi. Seseorang memaut lengannya dengan kejap. " Terima kasih. Kalau tak tentu saya jatuh." Mia berbasa-basi, dan mengimbangi badannya kembali. Matanya menatap wajah itu. Senyumannya kaku. Syamil kah yang membantu dia tadi. " Tahniah...awak jadi 'best student ' " Mia bersuara semula selepas mengawal emosinya yang bergolak. "Terima kasih." Ujar Syamil dan bergegas pergi. Dia pergi begitu sahaja! Mia Darina kaget. Tiba-tiba hantinya tersentuh. Kecil hati kah aku dengan sikap dingin Syamil? Kenapa aku rasa dia seperti cuba mengelak!
------------------------
" Mia! Mia!" Suara Aidil menarik Mia ke alam nyata. Baru sebentar Mia membayangi wajah Syamil. Wajah yang redup dan nampak rendah hati. Berubah kah mamat sombong dan kuat berlagak tu.! " Kau buat aku terkejut lah !" " Kau tak tahu ker, kecoh satu sekolah, wang persatuan tingkatan enam, kena curi." Aidil bercerita. Lima minit lagi loceng tamat waktu rehat akan berbunyi. " Kena curi? Tak kan lah? " " Badan Pengawas buat pemeriksaan lepas ni, dari kelas ke kelas. " " Harap-harap jumpa.Banyak ker?' Soal Mia tenang. "Satu Ribu . Macam mana Amira boleh cuai.Selalu bab jaga duit dia pandai." Tambah Aidil lagi. "Syamil paling risau. Duit tu atas usaha dia, atas nama sekolah ni, nama baik pengetua sekolah.Dia takut dia kena tukar sekolah lagi kalau buat hal." " Sampai macam tu, nampak pengetua penyayang dengan anak emas dia tu." Mia menambah lagi. " Jom. Masuk kelas. Aku ada tugas ni." Aidil memulakan langkah. Mia mengekorinya. "Semua pelajar diminta ke hadapan." Syamil memberi arahan sebelum memulakan pemeriksaan beg pelajar dalam kelas. Selepas 15 minit, Amira bersuara cemas. Matanya tak berkelip memandang Syamil. " Mia! Mia ambil duit tu. Ada kat beg dia." " Apa? Duit tu kat beg aku?" Mia terkedu. " Kau curi duit tu kan? Kau dengki kat aku kan? Kau cemburu aku dengan Syamil kan?" Bertubi-tubi Amira membuahkan amarahnya. Cikgu Ismail masuk dengan tenang. Suasana kembali sepi. " Mia tak buat cikgu." Mia bersuara lembut dan tenggelam dengan getaran di dada. Dia melihat ke arah Syamil. Benci kah lelaki itu padaku, selepas semua ini. Marahkah dia dengan kejadian ini. Syamil merenung Mia Darina sejenak.Kemudian memandang arah lain. Dia nampak ada mutiara jernih bertakung di kolam mata gadis pujaannya. Dia tak sanggup tengok Mia menangis. Dia akan rasa sedih. Dia tak percaya Mia buat semua itu. Namun dia tak mampu bersuara .Dia harus menjaga etika seorang pengawas. Keadaan menjadi tenang. Semua pengawas sudah beredar. Mia dibawa ke bilik guru disiplin, Cikgu Ismail dan empat orang pengawas. " Mia tak buat ." "Macam mana boleh ada dalam beg kamu Mia?" Soal guru muda itu lagi. " Mia tak tahu Cikgu. Mia tak buat. Mia! Mia!...." Dia hilang arah. Matanya merah dan mukanya terasa pijar. Dia duduk di kerusi. Mengumpul kekuatan di hati. Mia cuba menahan tangisnya. Dia tak mahu nampak lemah. Syamil nampak semua itu. Semahunya dia hendak memujuk Mia, tapi dia masih hormat pada guru disiplin di hadapannya. Mia tak akan dihukum kalau dia di pihak yang benar.
-----------------------
KES kecurian wang persatuan tingkatan enam sudah berlalu.Segala persoalan sudah terjawab. Amira yang sengaja meletakkan wang itu kerana cemburu akan Mia Darina. Dia mengaku kepada Unit Disiplin selepas perkara itu hampir terbongkar. " Tunggu bas?" Suara itu memancing lamunan Mia. " Emm...awak tak balik lagi?" Tanya Mia lembut. Kali ini dia ingin menatap wajah itu puas-puas. Seraut wajah itu amat dirinduinya.Amat mengganggu rutin hidupnya kini. Budak ego , anak pengetua sekolah yang berlagak, yang dia benci dulu, kini terpahat di lubuk hatinya yang paling dalam. Mamat sombong tu, dah baik.Penuh kesederhanaan. " Mil, jangan pandang Mia macam tu boleh! Mia tak selesa." Kata Mia bila Syamil asyik merenung kepadanya dengan satu perasaan aneh. " Naluri lelaki Mia! Suka tengok perempuan cantik!" Balas Syamil mengukir senyuman manis. Mia mendiamkan diri seketika. Melayan hatinya sambil membuang pandang ke arah pelajar yang berduyun-duyun keluar dari pintu pagar sekolah menuju ke arah kenderaan masing-masing yang menunggu di luar sekolah. Jangan cair! Jangan cair! Ingat Mia, mamat ni tengah nak goda kau! Hatinya berdetik .Muka Mia berubah merah. Terasa degupan jantungnya semakin laju. Dia menentang anak mata Syamil. Kenapa dulu aku jual mahal dengan mamat ni hah! Melepas! " Saya harap kita boleh berkawan semula !" Ayat itu melantun-lantun di udara, menerawang ke segenap saluran darah . Meresap ke urat saraf dan bermukim di hati. Mereka bertukar senyuman. " Mia masih marah?" Syamil bersuara lagi. Senyuman berpaut di bibirnya. Wajahnya yang tulus melahirkan keikhlasan. Mia mengangguk dengan senyuman manis terukir. Syamil faham apa yang tersirat. "Mil temankan Mia naik bas boleh?" " Terima kasih, Mil." " Tak perlu" "Mia yang mengajar Mil macam mana mamat yang sombong dan berlagak ni dah jadi baik." Mia Darina ketawa puas. Semakin cantik di mata Syamil bila lesung pipit gadis itu terserlah. Aku cinta pada mu Mia! Syamil berbisik dalam hati. Dia akan menanti masa yang sesuai meluahkan semua itu .Bukan sekarang! STPM Masih perlu dilepasi 4 bulan lagi. Dia ingin ke menara gading bersama-sama gadis itu. "Jom! Bas dah sampai. " Mereka melangkah pergi.
Kencana merana 15 hb 1 2009 Cinta berlari tanpa notasi! Tumbuh tanpa kompromi!
iye r macam ada something missing tapi cerite ni menarik gak..zaman sekolah dlu selalu ada secret admire bila dingatkan kembali rasa===) lucu lak.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mcm ada something missing....tapi layn jugaklah